The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beth, 2020-12-17 17:52:09

Pemerintahan Sultan Mahmud Syah

kumpulan 8
Tugasan 2

Tugasan 2
BSS3143 Teks Kanon Melayu

Kumpulan 8
1. Nur Aida Bt Abd Rahim (D20172080733)

2. Bethnie Juanis (D20172080739)
3. Kamarul Aizat Bin Zamani (D20181082530)



Sambung titah baginda lagi

“ kerana firman Allah Taala Inna’ilahu ma’as sabirin, yakni bahawa
Allah Taala serta pada segala. Dan jikalau datang kepada dua

pekerjaan suatu pekerjaan Allah dan suatu pekerjaan dunia maka
dahulukan lah olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia”.

“Hendaklah engkau sangat-sangat
menyerahkan dirimu kepada hadrat Allah
Taala yang akan memelihara akan kamu,
kerana wa man yatawakkal ‘ala’illah. Dan
segala anak Melayu bagaimanapun besar
dosanya, jangan olehmu diaifi dia dan

sampai kepada hukum syarak dosanya
derhaka, bunuhlah kerana segala Melayu
itu ketanahanmu, seperti kata Arab Al’-
abdi tinu’lmaulhu, yang hamba itu tanah

tuhannya”.

“ Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya,
bahawa kerajaanmu binasa. Hey anakku, hendaklah
engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini dan
kau kerjakan supaya berkat diberi Allah subha nahu

wa taala”.

Setelah menyampaikan wasiat tersebut,
Sultan Alau’d Din mangkat lalu dikebumikan

mengikut adat yang telah diamalkan.

Setelah kemangkatan Sulatan
Alau’d Din, maka anakandanya iaitu

Raja Mamadlah yang meneruskan

kepimpinan di negeri tersebut.

Pemerintahan Raja
Mamadlah menggunakan

gelaran sebagai Sultan
Mahmud Syah.Bermula
dari sinilah pemerintahan
di bawah naungan Sultan
Mahmud Syah di negeri

Melaka.





Selepas beberapa lama, baginda
sudah boleh bersantap sendiri
tetapi bentan. Maka, keadaan

baginda yang sabur itu pun
diratapi orang.

Mendengar perkara tersebut, bonda Sultan
Alau’d-Din pun datang. Bonda Sultan Alau’d-Din
(raja tua) ninda kepada Sultan Mahmud Syah itu

sangat kasih akan cunda baginda iaitu Sultan
Menawar yang di Kampar.Fikirnya “Serta aku
datang, aku tiarapi Sultan Mahmud Syah,
kutangisi supaya ia mati; Sultan Menawar
Syahlah kerajaan di Melaka kelak”.

Namun, belum sempat bonda Sultan
Alau’d-Din berbuat demikian sudah

dihalang oleh bendahara dan
laksamana. Katanya “Jangan tuanku

hampir paduka cunda”

Maka kata raja tua
“Mengapa maka hamba

tiada diberi dekat
kepadanya?”. Balas
bendahara dan laksamana
“Sahaja tidak patik beri
tuanku dekat kepada
cunda. Jika tuanku dekat
pada paduka cunda, patik
amuk.” seraya mengisar

kerisnya.

Maka, kata Raja Tua “Syahidlah
anak Melayu hendak derhaka”

tetapi balas bendahara dan
laksamana “Sekali ini Melayu
bernama derhakalah. Jikalau
tuanku hendak bergagah juga
mendekati paduka cunda, sahaja

patik amuklah.”

Maka, Raja Tua pun tidak jadi menghampiri
Sultan Mahmud Syah, lalu kembali.


Click to View FlipBook Version