The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota penuh Geografi Tingkatan 1 bab 13

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by beth, 2021-08-01 12:38:23

Bab 13 Sisa Domestik

Nota penuh Geografi Tingkatan 1 bab 13

Bab 13 Sisa domestik

Geografi tingkatan 1

Jenis-jenis sisa domestik

Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan
cecair yang dikategorikan sebagai bahan
organik dan bahan bukan organik.

Bahan organik

• Boleh diurai
• Boleh dilupuskan
• Bahan bersumber:

i. Haiwan
ii. Tumbuhan
• Contoh:
i. Sisa makanan
ii. Sisa kebun
iii. Kertas

Bahan bukan organik

• Sukar diurai
• Sukar dilupuskan
• Bahan bersumberkan mineral
• Contoh:

i. Tin
ii. Plastik
iii. Besi buruk
iv. Kaca

Di Malaysia, sisa domestik adalah sisa yang terhasil dari kawasan perumahan. Ia
terdiri daripada dua kategori iaitu sisa pepejal dan sisa cecair.

Contoh sisa pepejal

• Sisa makanan
• Plastik
• Kertas
• Logam
• Perabot
• Lampin pakai buang

Contoh sisa cecair

• Minyak masak
• Kumbahan

Kesan-kesan pembuangan sisa
domestik di Malaysia

Pencemaran

1. Pencemaran air
• Akibat pembuangan sampah sarap

ke dalam sungai.

2. Pencemaran udara
• Akibat pembakaran sisa domestik

di tapak pelupusan sampah.

3. Pencemaran bau
• Akibat timbunan sisa domestik

yang tidak diurus.

Wabak penyakit

• Sisa pembuangan sampah menjadi
tempat penularan penyakit oleh
haiwan seperti tikus, lalat dan lipas.

• Contoh penyakit:
i. Taun
ii. Demam denggi
iii. Malaria
iv. Zika
v. Rotavirus

Peningkatan kos penyelenggaraan

• Meningkatkan kos selenggara oleh
pihak kerajaan terutamanya pihak
berkuasa tempatan (PBT).

• Kos selenggara melibatkan:
i. Tapak pelupusan
ii. Baik pulih kemusnahan
iii. Rawatan air tercemar
iv. Gaji pekerja pembersihan

Banjir kilat

• Pembuangan sisa domestik ke
dalam longkang menyebabkan
longkang tersumbat.

• Bila hujan lebat, banjir kilat
berlaku akibat longkang
tersumbat sisa domestik.

Langkah-langkah mengurangkan
kesan pembuangan sisa domestik

Amalan 3R (Kurangkan, guna semula dan
kitar semula = Reduce, Reuse, Recycle)

• Kurangkan guna beg plastik dan
bekas polisterina.

• Guna semula bekas minuman,
surat khabar, majalah / derma
buku dan pakaian.

• Kitar semula – hasilkan kraf
tangan dan baja kompos
daripada barangan terbuang.

Penggunaan teknologi terkini

• Loji Waste to Energy (WtE)
i. Dapat kurangkan sehingga 85%
sisa yang dihantar ke tapak
pelupusan.

• Pinggan daripada ubi kayu ganti
pinggan polisterina kurangkan
kesan pembuangan sisa
domestik.

Penguatkuasaan undang-undang

• Pihak berkuasa tempatan (PBT)
kenakan denda dan hukuman lebih
berat untuk beri kesedaran kepada
masyarakat.

• Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta
672) dan Akta Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam
(Akta 673) untuk urus sisa
domestik dengan baik dan
sistematik.

Pendidikan

• Program pendidikan penjagaan
alam sekitar.

• Melalui mata pelajaran Geografi
dan sains.

• Pelbagai aktiviti tambahan boleh
dibuat di sekolah contohnya
kitar semula.

Kempen

• Agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan (NGO), pihak berkuasa
tempatan (PBT) dan orang
perseorangan banyak jalankan
pelbagai kempen.

• Kempen secara menyeluruh
melalui pelbagai media sosial.

• Pelbagai kempen oleh Jabatan
Alam Sekitar contohnya, Kempen
Kesedaran Alam Sekitar, Kempen
3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.


Click to View FlipBook Version