The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Panduan LI Program Sarjana Muda FPPP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by UPNM, 2021-03-15 01:46:46

Buku Panduan LI Program Sarjana Muda FPPP

Buku Panduan LI Program Sarjana Muda FPPP

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
PROGRAM SARJANA MUDA

FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Buku Panduan Latihan Industri Program
Sarjana Muda Fakulti Pengajian dan
Pengurusan Pertahanan

Penerbitan Pertama: Mac 2021

©️Copyright 2021.

Semua hak terpelihara. Sebarang
bahagian dalam buku ini tidak boleh
dipergunakan lagi atau dipindahkan
dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang cara baik dengan cara
elektrolik, mekanik, penggambaran
semula, perakaman dan sebagainya
tanpa izin terlebih dahulu daripada
editor.

Disusun oleh;

Nurhana binti Mohamad Rafiuddin
(Ketua Editor)

Dr. Hafizah binti Mat Nawi, Dr. Amnah
Saayah binti Ismail, Prof Madya Dr. Aida
Nasirah binti Abdullah, Dr. Nur Surayya
binti Mohd Saudi, Kol Prof. Madya Dr
Burhanuddin bin Jalal, Lt. Kol. Prof
Madya Ariffin bin Ismail (Bersara), Dr.
Mohd Hamran bin Mohamad, Lt. Kol. Dr.
S. Ananthan a/l Subramaniam
(Bersara), Dr. Salma binti Yusof, Amer
Fawwaz bin Mohamad Yasid,
Khairulefendi bin Kamarulzaman dan
Noor Ain binti Roslan.

2

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PRAKATA

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan kehendakNya,
Buku Panduan Latihan Industri ini dapat disiapkan dan diterbitkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada
semua penyelaras Latihan Industri di FPPP dan pihak pengurusan FPPP yang sudi
meluangkan masa serta memberi nasihat dan kerjasama yang tinggi dalam proses
penghasilan buku ini.
Buku Panduan Latihan Industri ini dihasilkan bagi memberi panduan kepada pelajar
untuk menjalani Latihan Industri. Buku panduan ini mengandungi 1.Panduan Umum
Latihan Industri, 2. Pengenalan Latihan Industri, 3. Pelaksanaan Latihan Industri, dan
4. Peranan dan Tanggungjawab Pihak yang Terlibat dalam Latihan Industri.
Semoga buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar, penyelia latihan
industri, penyelia organisasi dan penyelaras latihan industri. Saya mohon jasa baik
semua untuk memberi teguran sekiranya terdapat kecacatan dan kelemahan dalam
buku ini supaya ianya dapat ditambahbaik pada masa akan datang.
Ketua Editor,
Puan Nurhana binti Mohamad Rafiuddin

3

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

CARTA ALIR LATIHAN INDUSTRI FPPP

Mula

Lantik PY LI
Aturkan sesi taklimat LI
Senaraikan Alamat Industri

Aturkan Mesyuarat

Sediakan dan hantar surat permohonan kepada industri
Sediakan Senarai Pengesahan Industri

Sediakan Surat Jaminan dan folder PLJR
Lantik PYL LI

Maklum senarai alamat industri kepada PYL LI
Aturkan jadual lawatan LI

Sediakan Notis Penamatan dan Sijil Penghargaan LI

Terima Buku Log dan Laporan Akhir
Terima penilaian daripada PYLID
Sediakan pemarkahan
Hantar pemarkahan kepada PY LI

Masukkan markah dalam Sistem Kemasukan Markah

Tamat 4

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
KANDUNGAN

Prakata 3
Carta Aliran Latihan Industri 4
Isi Kandungan 5
Panduan Umum Latihan Industri 6
Pengenalan Latihan Industri 10
13
Pelaksanaan Latihan Industri 22
Peranan dan Tanggungjawab Pihak yang Terlibat dalam 27
Latihan Industri
Lampiran

5

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

1.0 PANDUAN UMUM LATIHAN INDUSTRI

1.1 PENGENALAN

Semua pelajar program pengajian akademik, Fakulti Pengajian dan Pengurusan
Pertahanan wajib menjalani Latihan Industri (LI) dalam tempoh pengajian. Latihan ini
dilaksanakan pada Semester Akhir pengajian tidak kurang daripada 18 minggu di
syarikat / organisasi yang berkaitan dengan program yang diikuti. LI juga salah satu
syarat wajib bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pertahanan
Nasional Malaysia (UPNM).

1.2 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Matlamat Latihan Industri ialah untuk memberikan pendedahan, pengalaman dan
kemahiran profesional kepada pelajar bagi membentuk ahli akademik yang cekap
dan bertanggungjawab sejajar dengan misi UPNM.

1.3 OBJEKTIF

Objektif Latihan Industri ialah untuk membolehkan pelajar:

i. Memahami pelbagai aspek pekerjaan di organisasi / industri bagi
mendapatkan kemahiran asas profesional dalam jangka masa yang
ditetapkan

ii. Mempraktik teori yang dipelajari oleh pelajar dalam situasi pekerjaan
sebenar.

iii. Menghayati nilai etika profesional dalam bidang pekerjaan.
iv. Menjalinkan hubungan dengan ahli profesional di luar UPNM
v. Membina daya kreativiti dan menyumbang buah fikiran yang berkualiti

kepada organisasi / industry

6

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

1.4 SKOP DAN PROGRAM LATIHAN

Skop latihan meliputi segala pengalaman yang akan dilalui oleh pelajar di organisasi
/ industri berkenaan mengikut program yang meliputi pelbagai aspek seperti:

i. Terlibat sama dalam perkara keselamatan, pertahanan dan
kemasyarakatan

ii. Mempelajari peranan dan struktur organisasi / industri
iii. Memahami sistem pengurusan dan pentadbiran organisasi
iv. Meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan perundingan dalam

organisasi
v. Menambahkan maklumat dan mengaitkan visi, misi dan objektif organisasi

berpandukan teori dalam pembelajaran.

Skop tugas harus memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta mendapat pendedahan amalan
kerja dalam bidang pengkhususan masing-masing.

1.5 PENILAIAN

Prestasi pelajar semasa menjalani Latihan Industri serta perkembangan sahsiahnya
perlu dinilai oleh penyelia akademik dan penyelaras organisasi / industri. Aspek yang
dinilai termasuklah prestasi kerja, hasil kerja dan sahsiah Pelajar. Penilaian dibuat
melalui cara-cara berikut:

i. Pemerhatian dan laporan Penyelia Latihan Industri dari UPNM.
ii. Pemerhatian dan laporan Penyelia Organisasi / Syarikat dari agensi.
iii. Pemeriksaan buku log.
iv. Pemeriksaan laporan akhir (Hanya untuk program Sarjana Muda

Pengajian Strategi)

7

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

1.6 TANGGUNGJAWAB PELAJAR

Semua pelajar adalah dikehendaki untuk:

i. Menghadiri taklimat / penerangan Latihan Industri.
ii. Mematuhi semua arahan UPNM yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
iii. Mematuhi segala peraturan kerja dan peraturan organisasi.
iv. Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditentukan oleh organisasi.
v. Menjaga nama baik UPNM.
vi. Memberi kerjasama kepada pihak organisasi sepanjang masa.
vii. Menghubungi penyelia dengan segera sekiranya menghadapi sebarang

masalah.
viii. Membuat catatan buku log, menulis laporan Latihan Industri dan

melaksanakan tugas lain seperti yang diarahkan.
ix. Sentiasa bersikap positif serta memberi sumbangan dalam pelbagai

bentuk mengikut kemampuan supaya dapat membuktikan yang pelajar
adalah asset kepada pihak organisasi.
x. Menjalinkan hubungan dengan organisasi untuk persediaan bagi
mencebur diri dalam alam pekerjaan.
xi. Menghubungi pihak UPNM dengan segera jika berlaku perubahan lokasi
latihan industri.

1.7 PENILAIAN BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (LI)

Panduan penilaian buku log dan Laporan Industri adalah seperti berikut:

i. Buku log dan Laporan LI mesti diisi dengan kemas dan tulisan yang boleh
dibaca. Pelajar juga boleh menaip laporan dan disahkan oleh Penyelia
Industri.

ii. Buku log dan Laporan LI yang lengkap mestilah diserahkan kepada fakulti
semasa melapor diri tamat Latihan Industri.

8

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

iii. Buku log dan Laporan LI juga mestilah diserahkan kepada Penyelia Latihan
Industri untuk semakan dan ulasan semasa lawatan Penyelia Latihan
Industri.

iv. Kandungan Buku log dan Laporan LI mesti lengkap termasuk laporan
aktiviti harian dan laporan terperinci aktiviti-aktiviti.

v. Buku log dan Laporan LI akan diberikan sebelum Latihan Industri bermula.
Perubahan maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

9

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

2.0 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri yang juga dikenali sebagai internship atau praktikum
merupakan satu aktiviti pembelajaran berasaskan terapan (Applied Learning)
atau pembelajaran berasaskan pengalaman (Experiential Learning). Pelajar
akan didedahkan kepada situasi sebenar pekerjaan dalam bidang yang
diceburi bagi membolehkan mereka menerapkan apa yang dipelajari ke dalam
konteks sebenar serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan bidang daripada pengalaman kerja semasa menjalani Latihan
Industri. Peluang ini membantu pelajar mendalami perkaitan antara teori,
konsep, prinsip dan amalan sebenar pekerjaan.

Di samping itu, Latihan Industri juga dapat membantu pelajar
menjadi modal insan berbakat besar yang berupaya untuk memenuhi
keperluan semasa dan masa hadapan negara. Usaha ini adalah sejajar
dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang
berpengetahuan, berdaya saing, berfikiran kreatif, inovatif, kritis dan
analitikal. Untuk menjadi insan bakat besar, pelajar bukan sahaja perlu
meguasai kemahiran teknikal atau kemahiran kefungsian tetapi juga mahir
dalam kemahiran insaniah. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah
menghasilkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft-Skills) yang
berteraskan kepada 7 Kemahiran Insaniah (KI) yang perlu diterapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

Tujuh KI tersebut merangkumi kemahiran berkomunikasi, pemikiran
kritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan,
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran
keusahawanan, etika dan moral professional dan kemahiran kepimpinan
(KPT, 2006).

Melalui Latihan Industri, pelajar dapat menguasai kemahiran insaniah
seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis den kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran berpasukan serta etika dan moral
professional. Kemahiran komunikasi amat penting untuk dikuasai oleh

10

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

pelajar kerana ia merupakan satu keperluan kemahiran yang amat
dititikberatkan oleh pihak majikan. Pelajar perlu berupaya menguasai Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dari segi penulisan dan secara lisan untuk
menjadi lebih berdaya saing dan dianggap sebagai aset dalam sesebuah
organisasi.

Selain itu, pengalaman dan pengetahuan yang dipelajari semasa
menjalani latihan industri serta kemahiran insaniah yang diperolehi dapat
membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran boleh bekerja (Employability
Skill) mereka. Secara langsung, Latihan Industri akan membantu
meningkatkan kebolehpasaran pelajar apabila menceburi alam pekerjaan
kelak.

Majikan di Malaysia sangat menitikberatkan kemahiran boleh kerja
dan menganggap pelajar mesti mempunyai kemahiran tersebut. Kemahiran
bolehkerja merupakan kemahiran asas yang diperlukan untuk membolehkan
seseorang melakukan kerja dengan baik yang merangkumi kemahiran, sikap
dan perlakuan / tindakan yang membantu pekerja dalam menjalin hubungan
yang baik dengan rakan sekerja dan ketua serta membuat keputusan secara
bijak. Majikan amat mementingkan:

i. Pekerja yang boleh berkomunikasi, berfikir dan ingin terus belajar
sepanjang hayat mereka.

ii. Pekerja yang mempamerkan sikap dan tingkah laku yang positif,
bertanggungjawab dan berupaya untuk menyesuaikan diri.

iii. Pekerja yang boleh bekerja dengan pekerja lain. Maklumbalas dari
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia turut meletakkan kualiti
peribadi sebagai kriteria utama dalam memilih pekerja.

Justeru, melalui pengalaman yang dilalui semasa pelajar menjalani
Latihan Industri akan dapat meningkatkan kemahiran bolehkerja pelajar
Program Diploma.

Selain daripada pelajar, agensi yang menerima pelajar untuk
menjalani latihan industri turut mendapat manfaat dari aktiviti ini. Organisasi
memperolehi bantuan sementara daripada pelajar dalam menyempurnakan

11

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

sesuatu tugas serta dapat membuat penambahbaikan kerja berdasarkan
maklumbalas pelajar dari pengetahuan yang diperolehi di universiti.

Selain itu, latihan industri merupakan alat saringan yang berkesan
dalam menyaring bakal pekerja yang berpotensi yang boleh dijadikan sebagai
aset dalam sesebuah organisasi. Tambahan pula, pelajar yang telah
menjalani latihan industri tidak memerlukan banyak latihan serta dapat
menyesuaikan diri dengan lebih cepat jika ditawarkan pekerjaan.

Latihan industri juga dapat memupuk serta mengeratkan jaringan
universiti-industri bagi mengalakkan perkongsian dan pemindahan ilmu-
teknologi serta memupuk hubungan usahasama antara industri dengan
universiti.

Walaubagaimanapun, untuk memastikan aktiviti Latihan Industri
dapat memberi impak positif seperti yang diharapkan, Latihan Industri perlu
dilaksanakan secara terancang dan berstruktur. Selain itu, latihan industri
yang berkesan memerlukan komitmen dan kerjasama bukan sahaja dari pihak
universiti tetapi juga dari pelajar dan universiti.

12

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

3.0 PELAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri pelajar dilaksanakan secara berstruktur. Latihan Industri
akan dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu:

A. Peringkat I - Persediaan
B. Peringkat II - Pelaksanaan
C. Peringkat III - Penilaian

Persediaan Pelaksanaan Penilaian
n (18 minggu) (Selepas)

Rajah 1: Model Latihan Industri Pelajar Program Diploma

A. Peringkat I – Persediaan

Pelajar perlu membuat persediaan awal bagi memperoleh manfaat
daripada Latihan Industri yang dijalani. Pelajar yang lebih bersedia akan lebih
yakin untuk menjalani Latihan Industri dan menyempurnakan tugas yang
diberi kerana pelajar sudah mempunyai maklumat untuk melaksanakan
sesuatu tugas yang diberi dengan lancar. Pihak Fakulti turut mengadakan sesi
taklimat persediaan Latihan Industri untuk semua pelajar sebelum keluar
menjalani Latihan Industri.

Tanggungjawab pelajar semasa peringkat persediaan pelajar adalah:

i. Menghadiri ke semua sesi taklimat persediaan latihan industri.
ii. Menyediakan resume dan mengisi borang permohonan pelajar untuk

menjalani Latihan Industri.
iii. Mendaftar dalam Sistem Pendaftaran Kursus (Portal Pelajar)(Rujuk

www.upnm.edu.my)
iv. Mengenal pasti agensi pilihan:

Langkah 1: Hubungi agensi untuk mengesahkan sama ada mereka
menerima pelajar untuk menjalani latihan. Dapatkan maklumat tentang
nama agensi, matlamat, skop atau bidang utama agensi tersebut,
produk, jumlah pekerja, aktiviti program yang dijalankan dan lokasi
latihan industri.

Panduan pemilihan agensi adalah seperti berikut:
o Agensi dapat menyediakan pengalaman atau memberi

pendedahan yang berkaitan dengan bidang pengajian.

13

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

o Agensi menyediakan penyelia untuk membimbing dalam tugasan
yang dilakukan.

o Pelajar mempunyai prospek kerjaya di agensi tersebut setelah
pelajar tamat pengajian.

o Agensi sesuai dengan pilihan pelajar untuk memulakan
kerjayanya dalam bidang yang ingin diceburi di masa akan
datang.

o Agensi mampu memberi elaun Sara Hidup.

Langkah 2: Hantar surat permohonan penempatan LI (Lampiran 1)
dan resume pelajar.
o Pelajar perlu membuat permohonan kepada tiga atau lebih

agensi dalam satu masa.

Langkah 3: Pelajar perlu hubungi agensi untuk menyemak status
permohonan anda:
o Pelajar mungkin akan dipanggil untuk temuduga sebelum agensi

menerima anda.
o Pastikan anda membuat persediaan sebelum menghadiri

temuduga. Pelajar akan diberi bimbingan tentang teknik
menjawab temuduga semasa sesi taklimat.

Langkah 4: Jika agensi menghantar surat jawapan (Lampiran A dan
B) (terima/menolak pelajar menjalani Latihan Industri kepada pelajar,
pelajar perlu menyerahkan surat jawapan tersebut kepada Fakulti.

Langkah 5: Sekiranya, pelajar menerima tawaran Latihan

Industri lebih dari satu agensi:

o Pelajar perlu membuat pilihan – dapatkan nasihat Penyelaras
atau Penasihat Akademik.

o Pelajar wajib menghubungi agensi melalui telefon untuk
mengesahkan penerimaan/penolakan tawaran menjalani latihan
industri serta mengesahkan penerimaan anda/penolakan
tawaran anda secara bertulis.

o Maklumkan kepada fakulti.

Langkah 6: Pelajar perlu sentiasa berhubung dengan

Penyelaras Latihan Industri untuk mendapatkan nasihat dan

bimbingan dalam membuat persediaan untuk menjalani Latihan

Industri.

Langkah 7: Pelajar perlu proaktif dalam membuat persediaan

kendiri dengan mencari dan menambah pengetahuan tentang konsep,

teori dan amalan bagi memudahkan pelajar melaksanakan tugas dan

tanggungjawab yang diberi oleh agensi. Perkukuhkan kefahaman

14

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

anda tentang apa yang telah dipelajari terutama tentang konsep
program yang berkaitan dengan anda yang selalu menjadi tumpuan
sesebuah organisasi.
Langkah 8: Pelajar amat digalakkan untuk memperbaiki/
mempertingkatkan keupayaan bertutur/ menulis dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.

15

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

B. Peringkat II – Pelaksanaan

Pelajar akan menjalani Latihan Industri untuk tempoh sekurang-kurangnya 18
minggu di agensi. Tanggungjawab pelajar semasa menjalani Latihan Industri
adalah seperti berikut:

1. Lapor diri ke agensi pada tarikh yang disahkan tepat pada waktu mula
kerja. Semasa melapor diri pelajar perlu membawa dokumen berikut untuk
diserahkan kepada agensi:

i. Salinan borang pengesahan Latihan Industri (Lampiran 2).
ii. Salinan surat Jaminan yang dikeluarkan oleh UPNM
iii. Borang Pengesahan Diri- Organisasi (Lampiran 3)
iv. Borang rekod kehadiran (Lampiran 4)

2. Pelajar perlu mengisi Borang Pengesahan Diri-Organisasi dan (Lampiran
3) dan dapatkan pengesahan dari Pegawai di agensi. Fakskan/Serahkan
ke Fakulti dalam masa 2 minggu dari tarikh lapor diri.

3. Catat log mingguan sepanjang latihan untuk dijadikan bahan dalam
penyediaan laporan akhir menggunakan Buku Log Latihan Industri yang
disediakan.
i. Catat aktiviti & pengalaman yang dilalui dalam sehari bekerja pada
setiap hari.
ii. Buat refleksi tentang pengalaman pembelajaran yang penting yang
diperolehi serta tindakan susulan yang perlu diambil.
iii. Antara perkara penting yang perlu pelajar lakukan dalam mengisi
buku log dan laporan adalah:
a. Membuat pemerhatian dengan melihat, mendengar dengan
baik serta meneliti ke semua aktiviti/tugasan yang perlu
disempurnakan.
b. Menyatakan teknik, kaedah dan strategi yang sesuai dalam
tugasan yang diberi.
c. Menjelaskan secara terperinci tentang setiap aktiviti yang
dibuat oleh pelajar.
d. Mencatatkan suasana gembira, sedih, keliru, kecewa dan
sebagainya dengan jelas.
e. Mencatat kesukaran yang dilalui di agensi serta bagaimana
anda mengatasi kesukaran tersebut.
f. Mencatatkan aktiviti yang memberikan motivasi, dorongan, dan
galakan semasa bekerja.
g. Dapatkan pengesahan penyelia agensi pada setiap minggu.

Pensyarah akan melawat pelajar satu (1) atau dua (2) kali mulai minggu
kelapan (8) hingga minggu kelapan belas (18). Semasa lawatan pelajar perlu:

16

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

i. Atur pertemuan antara pensyarah dengan penyelia untuk berbincang
tentang prestasi pelajar secara surat atau email atau telefon

ii. Membuat pembentangan menggunakan PowerPoint tentang aktiviti yang
dijalankan kepada pensyarah memantau. Pembentangan perlu
mengandungi perkara berikut:
a. Pengenalan agensi (struktur organisasi, fungsi, visi, misi dan
matlamat agensi) terutamanya aspek mengenai Strategi dan kaitan
dengan Dasar Keselamatan Negara.
b. Deskripsi tugas yang diberi oleh agensi.
c. Pelaksanaan aktiviti/tugas yang diberi oleh agensi.
d. Pengalaman pembelajaran yang diperolehi berasaskan teori
pengurusan yang dipelajari.
e. Isu dan cabaran pelajar di agensi.
f. Komen dan cadangan penambahbaikan.

iii. Sediakan deraf Laporan Latihan Industri – bincang dengan pensyarah.
iv. Bincang dengan pensyarah jika memerlukan bantuan tentang tugasan-

tugasan yang diberi. Jika menghadapi apa-apa masalah maklumkan
kepada pensyarah.
Pelajar perlu berhubung dengan Penyelaras Latihan Industri atau Penyelia
Latihan Industri untuk rujukan, nasihat atau pandangan untuk melakukan
sesuatu tugas yang kompleks.

Menyerahkan Borang Penilaian Penyelia Agensi (Lampiran 5) kepada
penyelia di agensi untuk menilai anda. Borang Penilaian Penyelia Agensi
perlu dihantar terus ke Fakulti seminggu sebelum tamat latihan industri.
Pelajar dikehendaki menjalani tempoh latihan industri dalam masa yang
ditetapkan. Kehadiran perlu 100%.

i. Jika mengambil cuti – perlu mendapat kelulusan penyelia agensi dan
memaklumkan kepada Penyelaras. Cuti perlu digantikan.

ii. Jika tidak hadir lebih dari 5 hari bekerja atau tidak menjalani latihan
dengan memuaskan pelajar diwajibkan mengulang semula latihan di
semester yang akan datang.

iii. Jika sakit – perlu dibuktikan dengan sijil cuti sakit dan diberi kepada
Penyelia Agensi dan Penyelaras Latihan Industri.

17

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

C. Peringkat III – Penilaian

Penilaian Latihan Industri dilaksanakan bagi memastikan hasil pembelajaran
yang ditetapkan untuk kursus ini tercapai. Penilaian Latihan Industri terbahagi
kepada dua iaitu penilaian agensi dan pensyarah.

i. Penilaian Agensi

Penilaian dilaksanakan oleh penyelia berdasarkan kriteria yang
ditetapkan di dalam Borang Penilaian Penyelia Agensi (Rujuk Lampiran
5). Antara kriteria yang perlu ditonjolkan oleh pelajar semasa menjalani
Latihan Industri adalah disiplin, kebolehan dan kesungguhan kerja pelajar

Selain itu, penyelia agensi juga perlu menilai Bahagian Tiga dalam Buku
Log dan Laporan Latihan Industri secara mingguan. Bahagian Tiga
tersebut memerlukan pelajar untuk melaporkan aktiviti harian pelajar di
organisasi. Seterusnya, aktiviti-aktiviti yang dinyatakan tersebut perlu
disahkan oleh penyelia agensi.

ii. Penilaian Pensyarah

Semasa pelajar menjalani latihan industri, pensyarah yang memantau
aktiviti latihan industri pelajar menggunakan Borang Penyelia Akademik
Latihan Industri (Lawatan) (Rujuk Lampiran 6) bermula dari minggu
kelapan (8) hingga minggu ke enambelas (16). Kekerapan pemantauan
adalah sekali atau dua kali sepanjang tempoh latihan industri.

Semasa lawatan pensyarah, pelajar dikehendaki membuat pembentangan
kepada penyelia latihan industri. Pembentangan hendaklah dibuat
menggunakan PowerPoint Presentation dan salinan PowerPoint
(Hardcopy) perlu diserahkan kepada penyelia latihan industri sebelum
pembentangan dimulakan.

Kandungan Pembentangan – Slide ‘PowerPoint’ meliputi
(a) Latarbelakang syarikat & jabatan tempat anda praktikal
(b) Aktiviti utama yang dilakukan
(c) Pengalaman pembelajaran – aspek program
(d) Menerangkan aplikasi kursus yang di pelajari dalam bidang tugas

yang dilaksanakan dalam organisasi
(e) Cabaran/Kekangan yang dihadapi sepanjang Latihan Industri
(f) Komen/cadangan/kesimpulan
(g) Nilai etika profesionalisme program yang diperolehi serta

tanggungjawab kepada masyarakat
(h) Masa pembentangan – 30 minit.

18

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Pensyarah juga akan turut menilai Buku Log dan Laporan Pelajar
berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam borang Penilaian Buku Log
dan Laporan Latihan Industrri (Rujuk Lampiran….).

Buku Log dan Laporan Latihan Industri yang telah lengkap perlu
diserahkan kepada Fakulti selepas tamat menjalani latihan industri iaitu
pada hari pelajar melaporkan diri ke fakulti. Kegagalan berbuat demikian
boleh mengakibatkan pelajar perlu mengulang semula kursus Latihan
Industri.

Seterusnya, pensyarah (penyelia Latihan Industri) akan mengisi borang
Laporan Keputusan Latihan Industri (Rujuk Lampiran 8) berdasarkan
borang-borang penilaian pelajar (Lampiran 5, 6 dan 7) yang telah
dikumpulkan.

Secara keseluruhan, pelajar akan dinilai melalui tiga jenis penilaian iaitu; 1.
Penilaian penyelia agensi, 2. Penilaian penyelia akademik Latihan Industri
(Lawatan) dan 3. Penilaian Buku Log dan Laporan Latihan Industri. Jadual 1
menunjukkan perincian peratusan bagi setiap kategori penilaian.

Jadual 1 – Perincian Penilaian Latihan Industri

Jenis Penilaian Peratus Huraian

1. Penilaian 30% Penilaian penyelia agensi terhadap pelajar
Penyelia Agensi berdasarkan disiplin, kebolehan dan kesungguhan
kerja pelajar. Rujuk Lampiran 5.

2. Penilaian 20% Penilaian penyelia akademik Latihan Industri
Penyelia terhadap;

Akademik Latihan a) Ciri-ciri profesionalisme dipamerkan oleh pelajar
Industri (Lawatan) berdasarkan pertambahan pengetahuan dan
sikap.

b) Kemampuan pelajar untuk menerangkan dengan
jelas tentang tugas-tugas/aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan semasa menjalani Latihan Industri.

c) Kebolehan pelajar untuk mengaplikasi kursus
yang telah dipelajari dalam berbagai situasi kerja
yang sebenarnya.

Rujuk Lampiran 6

19

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

3. Buku Log dan 50% Penilaian penyelia agensi dan penyelia akademik
Laporan Latihan Latihan Industri terhadap;

Industri a) prestasi kehadiran dan pelaksanaan tugasan
yang disediakan oleh organisasi dan syarikat.
JUMLAH
b) Kemahiran pelajar dalam menggunakan teknik,
kaedah dan sistem yang sesuai oleh pelajar
dalam tugasan yang diberi.

c) Keupayaan pelajar dalam mengaplikasi teori,
prinsip dan proses-proses pembelajaran dalam
berbagai situasi kerja yang sebenarnya.

Rujuk Lampiran 7

100%

Jadual 1a - Penilaian Latihan Industri (pelajar ZP44 sahaja)

Peringkat Jenis Penilaian Peratus Hasil pembelajaran yang dinilai

PENILAIAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI 1. Penilaian 30% Penilaian penyelia agensi terhadap
Penyelia Agensi pelajar berdasarkan disiplin,
kebolehan dan kesungguhan kerja
pelajar. Rujuk Lampiran 5.

2. Penilaian 20% a) Ciri-ciri profesionalisme
Penyelia Akademik 20% dipamerkan oleh pelajar
Latihan Industri – berdasarkan pertambahan
Lawatan (Penyelia pengetahuan dan sikap. .

Latihan Industri) b) Kebolehan untuk mengamalkan
sikap beretika, di samping
4. Penyeliaan Buku menunjukkan mempunyai rasa
Log latihan Industri tanggungjawab terhadap
(Penyelia Latihan masyarakat. Rujuk Lampiran 6

Industri) a) Peniliaian prestasi kehadiran
dan pelaksanaan Latihan
Industri.

b) Prestasi melaksanakan
tugasan. Rujuk Lampiran 9.

JUMLAH 100% 6 JAM KREDIT

20

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

PENILAIAN SELEPAS TAMAT 5. Penilaian Laporan 100% 1. Penilaian pelajar tentang teori,
MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Akhir Latihan prinsip dan proses-proses
pembelajaran dalam berbagai
Industri (Penyelia situasi kerja yang sebenarnya
Latihan Industri)
2. Penggunaan teknik, kaedah dan
sistem yang sesuai oleh pelajar
dalam tugasan yang diberi. Rujuk
Lampiran 10.

JUMLAH 100% 3 JAM KREDIT

21

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAW AB PIHAK YANG TERLIBAT
DALAM LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri yang berkesan memerlukan kerjasama utuh dan komitmen
daripada tiga pihak utama dalam melaksanakan latihan industri, iaitu pelajar,
pensyarah dan agensi. Bahagian ini menggariskan peranan dan
tanggungjawab setiap pihak yang terlibat.

A. Peranan dan Tanggungjawab Pelajar
Setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri di sesebuah agensi
dikehendaki mematuhi segala peraturan dan tanggungjawab seorang pekerja
di sesebuah organisasi. Pelajar perlu:

a. Mematuhi waktu kerja, polisi, peraturan dan prosedur yang
menggariskan tatalaku professional pekerja di agensi berkenaan.

b. Mematuhi polisi kerahsiaan agensi dalam mengendalikan maklumat
sulit.

c. Mematuhi etika berpakaian di agensi tersebut.
d. Bertanggungjawab secara peribadi dan professional ke atas tindakan

dan aktiviti yang dilakukan.
e. Menjalin serta memelihara hubungan dengan pekerja lain (termasuk

pelanggan) di agensi berkenaan.
f. Melakukan sesuatu tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-

sungguh.
g. Mengaplikasi ilmu yang dipelajari dalam teori akademik ke dalam tugas

dan tanggungjawab yang diberi oleh agensi.
h. Menyerahkan/menyempurnakan tugasan yang diberi oleh agensi tepat

pada masanya secara konsisten.
i. Mempamerkan sikap, nilai dan tingkah laku yang mencerminkan

kewibawaan dan keperibadian positif pelajar.
j. Setiap pelajar dikehendaki menjaga imej universiti dengan tidak

melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej universiti.
k. Mencatat bahagian tiga dalam Buku Log dan Laporan Latihan Industri

setiap minggu dan secara konsisten.
l. Wajib hadir menjalani latihan industri di agensi dengan 100%

kedatangan. Sekiranya tidak dapat hadir atas alasan sakit atau
kecemasan, maklumkan kepada agensi serta merta. Untuk kes sakit,
pelajar perlu menunjukkan bukti sijil cuti sakit.

i. Pelajar perlu mengganti semula sekiranya pelajar tidak hadir atas
sebab-sebab di atas.

ii. Pelajar yang tidak hadir lebih dari 5 hari bekerja dikehendaki
mengulang semula Latihan Industri pada semester akan datang.

m. Menghantar Borang Pengesahan Diri yang telah ditandatangani oleh
Penyelia Agensi kepada Fakulti selewat-lewatnya seminggu dari tarikh
melapor diri.

n. Membuat persediaan rapi semasa Penyelia Latihan Industri datang
memantau seperti:
i. Membuat pembentangan awal kepada Penyelia Latihan Industri.
ii. Menyediakan Buku Log dan Laporan Latihan Industri dan
bincangkan dengan Penyelia Latihan Industri.

22

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

iii. Memperkenalkan jabatan/ bahagian pelajar ditempatkan kepada
Penyelia Latihan Industri.

iv. Memperkenalkan penyelia agensi kepada Penyelia Latihan
Industri. Berbincang dengan Penyelia Latihan Industri tentang
masalah (jika ada) yang dihadapi atau dapatkan bimbingan dari
Penyelia Latihan Industri dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

o. Pelajar bertangungjawab ke atas segala kos sara hidup dan penginapan
di sepanjang latihan.

B. Peranan dan Tanggungjawab Agensi

Kerjasama dan sokongan daripada agensi adalah sangat diperlukan dalam
memberikan sumbangan yang maksimum kepada pelajar untuk mendalami
pengetahuan dan kemahiran serta membentuk etika profesionalisme sebagai
pengamal program strategi. Berikut adalah peranan dan tanggungjawab
agensi yang boleh dijadikan panduan bagi setiap agensi:

a. Memberi induksi kepada pelajar tentang struktur dan operasi agensi.
b. Memberi orientasi kepada pelajar tentang polisi dan prosedur syarikat,

waktu bekerja, etika berpakaian, dan sebagainya.
c. Memberi orientasi kepada pelajar tentang polisi, peraturan dan prosedur

Jabatan.
d. Memperkenalkan pelajar kepada pegawai dan kakitangan yang akan

bekerja dengan pelajar berkenaan.
e. Menyediakan sumber yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan

yang diberi.
f. Melantik penyelia untuk memantau kemajuan pelajar.
g. Memberi tugas yang bersesuaian dengan kemampuan dan bidang

pengajian pelajar
h. Memberi peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam aktiviti berkenaan

program serta yang berkaitan dengannya.
i. Memberi tugas serta menyelia penyempurnaan tugas dan

tanggungjawab yang diberi kepada pelajar selaras dengan peranan
pelajar sebagai pelatih di agensi tersebut.
j. Memberi maklumbalas kepada pelajar tentang keupayaan, kelemahan,
kemajuan dalam kerja yang dilakukan secara membina.
k. Berkomunikasi dengan Penyelaras Latihan Industri jika penyelia
menghadapi masalah dengan pelajar atau mendapat pelajar
menghadapi masalah yang menjejaskan pembelajaran dan prestasinya.
l. Menilai prestasi pelajar menggunakan Borang Penilaian Prestasi Pelajar
(Agensi) dan menyerahkan Borang Penilaian tersebut kepada Fakulti
pada alamat berikut selewat-lewatnya seminggu sebelum tamat
Latihan Industri.

23

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

Beberapa pendekatan telah dikenal pasti bersesuaian dengan tanggungjawab
penyelia agensi untuk memberikan latihan secara langsung di organisasi
antaranya dengan memberi arahan kerja, pertunjukan demonstrasi dan
membuat senarai semak seperti yang berikut:

a. Membuat persediaan
 Sediakan jadual tugasan serta kemahiran yang diperlukan.
 Tetapkan jangka masa bagi setiap tugasan.
 Tentukan siapakah yang bertanggungjawab

b. Memberi penerangan
 Membuat pembahagian tugas.
 Menjelaskan bidang tugas.
 Mengadakan perbincangan dua hala mengenai tugas

c. Pelaksanaan
 Memberi hak keupayaan kepada pelajar
 Membuat pembetulan
 Meminta penjelasan daripada pelajar
 Memberikan kebebasan kepada pelajar menjalankan tugasan
 Menyediakan tenaga sokongan
 Membuat susulan
 Memberi maklum balas

Di samping itu, penyelia di agensi turut memainkan peranan sebagai mentor
kepada pelajar. Di harap penyelia dapat membimbing pelajar jika berl aku
sebarang kesilapan dan juga kelemahan dalam membuat keputusan yang
telah diambil oleh pelajar. Beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh
penyelia tentang kemajuan pelajar:

a. Tahap kerja yang kurang cekap – berikan maklum balas dengan
segera untuk meningkatkan tahap kerja pelajar.

b. Tidak memenuhi tahap yang disediakan – semak semula tahap
piawaian yang disediakan serta berikan bimbingan.

c. Kecuaian dalam tugasan – maklumkan kepada pelajar dan beri tunjuk
ajar yang sesuai.

d. Susah untuk bergaul – libatkan pelajar serta berikan tanggungjawab
yang khusus.

e. Personaliti yang tidak menarik – memberikan latihan yang tertentu dan
membuat penambahbaikan.

f. Khidmat yang cemerlang – memberikan pengiktirafan.

Pihak agensi tidak perlu bertanggungjawab ke atas kemudahan pelajar
seperti penginapan dan pengangkutan. Walaubagaimanapun, sekiranya pihak
agensi mempunyai peruntukan bagi tujuan berkenaan, pihak fakulti sangat

24

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

menghargainya kerana memudahkan pelajar menjalani latihan industri
mereka dengan lebih baik seperti elaun sara hidup.

C. Peranan dan Tanggungjawab Penyelia Latihan Industri yang
memantau

Setiap Penyelia Latihan Industri berperanan untuk memastikan objektif
latihan industri tercapai bagi memastikan pelajar menjalani latihan industri
dengan berkesan. Penyelia Latihan Industri akan menjalankan pemantauan
pada minggu kesembilan dan seterusnya. Selain itu, Pensyarah yang dilantik
sebagai pemantau latihan industri turut berperanan dalam mewujudkan
hubungan dua-hala yang aktif dengan agensi. Peranan pensyarah
termasuklah:

a. Menghadiri sesi taklimat akhir. Penyelia Latihan Industri akan berkongsi
pengalaman bagaimana penyeliaan pelajar dijalankan.

b. Memastikan objektif latihan industri tercapai.
c. Melaksanakan pemantauan dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa

sesi pemantauan dijalankan pensyarah akan berjumpa dengan pelajar
di agensi tempat pelajar menjalani latihan industri. Antara perkara yang
perlu dilakukan semasa sesi pemantauan adalah:

i. Meminta pelajar membuat pembentangan awal.
ii. Membimbing pelajar dalam melaksanakan tugas yang

dipertanggungjawabkan kepada pelajar
d. Membimbing dan menyelia pelajar sepanjang latihan industri.
e. Mendapatkan maklumbalas daripada Penyelia Agensi mengenai

perkembangan dan kemajuan pelajar.
f. Mewujudkan hubungan dua-hala dengan agensi dengan:

i. Mendapatkan maklumat terkini tentang amalan Program.
ii. Berbincang dengan agensi aspek Program Pengurusan Logistik dan

Program Pentadbiran Perniagaan yang perlu ditekankan oleh
Universiti dalam usaha menambahbaik kurikulum sedia ada bagi
memenuhi kehendak pasaran.
iii. Berbincang mengenai keperluan pengamal Program Pengurusan
Logistik dan Program Pentadbiran Perniagaan di masa hadapan
bagi membantu dalam perkembangan kerjaya Pelajar Diploma.
iv. Menawarkan khidmat kepakaran Fakulti kepada agensi.

i. Membuat penilaian pelajar – semasa pemantauan dan menilai
laporan latihan industri.

ii. Menilai laporan pelajar

25

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

D. Peranan dan Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri
Penyelaras latihan industri bertanggungjawab untuk menyelaras,
membimbing dan memberi maklumbalas kepada pelajar, agensi dan
pensyarah yang memantau (Penyelia Latihan Industri). Peranan Penyelaras
Latihan Industri termasuklah:

a. Merancang sesi taklimat/bengkel persediaan untuk memberi persediaan
kepada pelajar dalam menjalani Latihan Industri.

b. Menyaring agensi yang dipilih untuk menjalani Latihan Industri.
c. Memastikan objektif Latihan Industri tercapai.
d. Membimbing pelajar dalam menjalani Latihan Industri dengan berkesan.
e. Berhubung dengan agensi sekiranya agensi menghadapi masalah

dengan pelajar.
f. Merancang penilaian Latihan Industri.
g. Melantik pensyarah untuk memantau Latihan Industri.
h. Menyelaras markah mengikut jenis penilaian yang dibuat serta

menyerahkan kepada Bahagian Akademik dalam masa yang ditetapkan.
i. Lain-lain Pentadbiran dan Pengurusan Latihan Industri Jabatan yang

diperlukan dari masa ke semasa.

26

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 1

27

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

28

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

29

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 2

30

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

31

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 3

32

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 4

33

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 5

34

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

35

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 6

36

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

37

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 7

38

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 8

39

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 9

40

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

41

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 10

42

BUKU PANDUAN LATIHAN INDUSTRI PROGRAM SARJANA MUDA
FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

LAMPIRAN 11

43


Click to View FlipBook Version