BIODATA
Nama : Nur Errysha Iris Bt Mohamed Farok
4 Delima
Kelas : [email protected]
Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light
Email : 36, Lebuh Light, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Nama : Joisse Luisse A/P Krishnan
6 Kristal
Kelas : [email protected]
Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light
Email : 36, Lebuh Light, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Nama : Nadhirah Yamini binti Shahmirul
6 Delima
Kelas : [email protected]
Sekolah Kebangsaan Convent Lebuh Light
Email : 36, Lebuh Light, 10200 Georgetown, Pulau Pinang
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
PENGENALAN
Lemak manis bubur keladi,
Bubur nasi didalam belanga;
Nahas di jalan raya satu tragedi,
Sikap cuai sebab utama.
Slogan seperti ‘Pandu Cermat, Jiwa Selamat’ dan ‘Ingatlah Orang Tersayang’ merupakan
antara slogan yang sentiasa kita dengari. Slogan ini mengambarkan betapa pentingnya berhati-
hati ketika berada di jalan raya. Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa
yang terjadi hampir setiap hari. Tragedi yang berlaku sangat menyayat hati apabila ia
melibatkan nyawa. Oleh itu, pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib.
Namun, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap
dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat
penting.
KESELAMATAN DI JALAN RAYA
Tahukah anda? Terdapat pelbagai tips dan panduan supaya kita kekal selamat di jalan raya.
Tip di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih
dititikberatkan pada masa hadapan.
1. PAKAI TALI PINGGANG KELEDAR PADA SETIAP MASA
Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh
mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat
yang lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat.
2. PAKAI DAN KETATKAN TOPI KELEDAR
Bagi penunggang motosikal dan juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar
ketika berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian
kepala anda. Dan, ketatkan tali semasa memakainya agar dapat memberi perlindungan yang
sepenuhnya.
3. JANGAN PANDU LAJU DAN AWASI HAD LAJU
Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila
pandu di lorong paling kanan. Jangan fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan.
Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya.
4. GUNA LALUAN PEJALAN KAKI APABILA MELINTAS JALAN
Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan.
Lihat kiri dan kanan terlebih dahulu sebelum melintas.
5. GUNA KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK
Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi
keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda
tali pinggang keledar di kerusi tersebut.
6. JANGAN GUNA TELEFON BIMBIT SEMASA MEMANDU
Membiasakan diri untuk menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet dan
sosial media semasa memandu adalah perkara yang amat membahayakan buat pemandu,
penumpang mahupun pemandu yang lain. Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda
leka semasa memandu.
7. JANGAN MENGEKORI KENDERAAN LAIN DENGAN TERLALU DEKAT
Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi.
Ini kerana kereta anda masih berada di jarak yang selamat jika anda menggunakan brek
kecemasan.
SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI
JALAN RAYA
Sikap positif adalah satu titik mula yang mesti ada dalam diri kita. Ini termasuklah ketika
menggunakan jalan raya.
Pemandu yang baik dinilai bukan sahaja melalui kemahiran dan pengalaman tetapi juga
memalui sikap atas disiplin di atas jalan raya merangkumi perkara-perkara di bawah :-
1. BERTANGGUNJAWAB
Sebagai pemandu yang bertanggunjawab, kita mestilah mempertimbangkan keselamatan :
a. Diri dan penumpang
b. Pengguna jalan raya yang lain
Berupaya memberi penumpuan semasa memandu dalam apa jua keadaan bagi menjamin
keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Setiasa memberi penumpuan terhadap pemanduan dan jalan kerana kecuaian yang kecil boleh
menyebabkan kemalangan.
Elakkan daripada memandu apabila :
a. Letih atau kurang sihat
b. Dalam keadaan marah
c. Mengalami tekanan perasaan.
Pastikan memandu dalam jarak selamat agar dapat memberi masa yang lebih untuk bertindak.
Penumpuan adalah asas bagi kemahiran menjangka. Ia dibantu melalui :
a. Penglihatan yang baik
b. Pendengaran yang baik
c. Kesihatan yang baik
d. Disiplin diri
Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengalih penumpuan pada jalan seperti
menggunakan telefon bimbit, mendengar muzik dengan kuat dan lain-lain lagi.
2. JANGKAAN
Jangkaan dalam pemanduan bermaksud bersedia dan merancang lebih awal, seterusnya
mengambil tindakan yang sepatutnya untuk menghadapi segala perubahan sekeliling..
Sentiasa membuat jangkaan terhadap tindakan pengguna jalan raya lain.
Sekiranya merancang lebih awal dan selalu menjangka tindakan pengguna jalan raya yang lain
ia dapat mengelakkan kita dari terlibat dengan kemalangan.
3. KESABARAN
Kesabaran adalah sikap terpuji dan merupakan kunci utama ke arah pemanduan yang selamat.
Ketidakcekapan dan kelakuan buruk pengguna jalan raya yang lain akan menguji kesabaran
ketika memandu. Jangan sekali-kali membiarkan perkara ini mempengaruhi pemanduan.
Bersedia untuk memaafkan kesilapan mereka.
Mencuba untuk membalas kesalahan mereka dengan melakukan pemanduan yang bahaya atau
tidak sopan hanya akan menjurus kepada konflik yang sekali gus meningkatkan risiko
kemalangan.
4. KEYAKINAN
Keyakinan berkait rapat dengan kemahiran, keupayaan menjangka dan pengalaman. Pemandu
baru selalunya kurang yakin dengan pemanduan mereka tetapi keyakinan akan bertambah
dengan latihan dan pengalaman. Pemandu yang baik akan mengelak daripada merasa terlalu
yakin.
Perkara yang tersebut di atas membentuk sikap pemandu sekali gus akan mempengaruhi cara
pemanduan seorang pemandu. Memupuk dan mengamalkan sikap yang betul di atas jalan raya
adalah sangat penting bukan sahaja membentuk peribadi pemandu yang baik bahkan dapat
menjamin keselamatan pemandu, penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sekali gus
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang berpuncar daripada kesilapan pengguna jalan
raya sendiri.
BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN YANG SELAMAT
1. Bahagian jalan terdiri daripada:
i. jejantas
ii. penghadang jalan
iii. lintasan zebra
iv. lampu isyarat
v. lampu isyarat pejalan kaki
vi. papan tanda lalu lintas
vii. lebuh raya
viii. jalan persekutuan
2. Persekitaran yang selamat ialah seperti :
i. jalan raya terhindar dari halangan seperti pokok tumbang
ii. jalan raya tidak dinaiki air ketika hujan
iii. jalan raya tidak berlopak atau rosak
iv. selalu memakai topi keledar semasa menunggang motosikal atau menaiki basikal
v. memakai tali pinggang keledar semasa menaiki kenderaan
vi. mengekalkan jarak yang selamat ketika memandu kenderaan
vii. melihat cermin sisi sebelum membelok
CARA MELINTAS JALAN RAYA DENGAN SELAMAT
Kemalangan dan kecelakaan juga turut berlaku sekiranya pengguna jalan raya terutamanya
pengguna pejalan kaki tidak menitik beratkan cara-cara melintas jalan dengan selamat.
Terdapat beberapa cara untuk melintas jalan dengan selamat.
i. Sebelum melintas jalan, kita seharusnya memerhatikan keadaan sekeliling kita.
ii. Berhenti dibendul jalan
iii. Kita perlu menoleh ke kanan, ke kiri dan ke kanan.
iv. Kita perlu memastikan kenderaan yang menggunakan jalan raya sedar akan
kehadiran kita.
v. Kita perlu memastikan kenderaan terbabit berhenti sebelum kita melintas
terutamanya ketika kita menggunakan lampu isyarat dan lintasan zebra.
vi. Berfikir dengan pantas dan buat keputusan yang tepat ketika melintas.
vii. Lintaslah dengan penuh keyakinan dan berhati-hati.
Antara panduan yang boleh kita ambil untuk melintas jalan dengan selamat ialah :
i. Melintas jalan dengan orang dewasa
ii. Melintas jalan di tempat yang selamat seperti di lintasan zebra
iii. Melintas dengan menggunakan jejantas
iv. Melintas di lampu isyarat pejalan kaki
KONSEP KESELAMATAN DI JALAN RAYA
PENCEGAHAN KEMALANGAN JALAN RAYA
Keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan set langkah, peruntukan,
peraturan, antara lain, yang ada di sekitar pergerakan orang dan kereta di jalan-jalan dan lebuh
raya, dan itu mempunyai misi yang jelas untuk mencegah kemalangan di jalan raya.
Kita perlu sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya. Ini kerana, kecuaian yang hanya melibatkan
sesaat mungkin boleh menyebabkan kemalangan dan kecelakaan di jalan raya.
DASAR YANG MENGHALANG, NORMA YANG MENGHUKUM
Keselamatan jalan raya dilaksanakan bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya
mematuhi undang-undang di jalan raya. Dengan ini, semua pengguna jalan raya mematuhi
undang-undang yang telah ditetapkan agar semua pengguna yang lain berada dalam keadaan
yang selamat.
KOMITMEN PEJALAN KAKI DAN PEMANDU
Pejalan kaki juga merupakan pengguna jalan raya. Sebagai pejalan kaki, kita juga tertakluk
kepada undang-undang dan peraturan di jalan raya. Kita tidak boleh mengabaikan undang-
undang dan peraturan yang telah digariskan kerana hal ini boleh mengundang kepada masalah
yang lebih besar kepada pengguna jalan raya dan diri sendiri.
ELEMEN YANG MENAMBAH KESELAMATAN
Terdapat juga elemen-elemen lain yang dapat menyumbang
kepada keselamatan jalan raya, kita mesti peka kepada keadaan di jalan raya. Selain itu, kita
hendaklah berhati-hati dan lebih fokus ketika berada dikawasan yang jarang-jarang dilalui.
Malahan, penyelenggaraan kenderaan juga harus dilakukan secara berkala agar kondensi
kenderaan adalah dalam keadaan yang terbaik.
TIDAK MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT
Penggunaan telefon bimbit ketika memandu boleh menyumbang kepada hilang fokus kepada
pemanduan dan boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan terhadap kenderaannya.
KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN
Pernahkan anda melalui kawasan jalan raya yang sedang dibaiki?
Dapatkan anda melihat pekerja memakai vest berwarna oren terang?
Selain itu, terdapat juga kon yang berwarna oren yang diletakan ditempat-tempat kerja
pembinaan di jalan raya.
Alat-alat keselamatan ini sebenarnya berfungsi untuk meningkatkan lagi tahap amaran dan
berjaga-jaga kepada pengguna jalan raya.
Malahan, kita juga tentu pernah melihat tanda amaran di belakang lori yang memantulkan
cahaya ketika di malam hari. Pemantul cahaya MS828 sangat terang dan boleh dilihat dalam
gelap sejauh 200m apabila disimbahi cahaya kenderaan. Akta Pengangkutan Jalan menetapkan
syarat, agar dua pemantul cahaya MS828 dipasang pada bahagian belakang kenderaan
perdagangan supaya pengguna jalan raya sedarakan keberadaannya.
PENUTUP
Mematuhi undang-undang dan peraturan di jalan raya adalah tanggungjawab setiap individu.
Kita tidak boleh leka dan memandang ringan akan hakikat ini. Ini kerana, sebarang kecuaian
boleh mengakibatkan kemalangan jiwa. Seribu kali penyesalan tidak akan mengubah situasi
yang berlaku. Oleh itu, kita perlu sentiasa beringat dan berdoa agar kita tidak terlibat dalam
kemalangan jalan raya atau mengakibatkan kemalangan jalan raya.
Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa peka dan mengetahui peraturan di jalan
raya. Kita tidak boleh mengamalkan sikap mementingkan diri atau sambil lewa ketika di jalan
raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk kita menguji kemahiran memandu kita dengan
menjadikan pengguna yang lain sebagai bahan uji kaji kita. Sikap suka berlumba di jalan raya
seperti yang sering ditonjolkan dalam sesetengah movie haruslah dijadikan sempadan.
Kita haruslah menjadi contoh dan teladan yang baik kepada generasi akan datang.
Pandulah kenderaan kita dengan cermat dan berhati-hati. Sikap positif seperti toleransi dan
bertimbang rasa adalah antara sikap yang menjadi tunjang utama untuk memastikan jalan raya
tempat yang selamat untuk semua.
SUMBER RUJUKAN
INTERNET
1. https://www.msn.com/en-my/news/berita/keselamatan-pengguna-jalan-raya-terjamin-
dengan-barangan-pantulan-cahaya/ar-AAMpO0P
2. https://sites.google.com/site/webpkjr/prosedur-yang-selamat-untuk-melintas-1
3. https://www.youtube.com/watch?v=U4agAObTG3A
4. https://www.youtube.com/watch?v=WHTo6pg_BK4
BUKU
1. Buku Aktiviti Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Bahasa Melayu
2. Statistik Jalan Edisi 2018
3. Buku Aktiviti Kanak-Kanak Bijak di Jalan Raya