The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lyea Rashid, 2023-03-26 03:34:11

Buku Cerita Interaktif Malang Pak Kaduk

Tugasan 2 BBMB 3213

Keywords: Buku cerita

"Malang Pak Kaduk"


Dalam sebuah kampung ada seorang bernama Pak Kaduk. Pak Kaduk suka menyabung ayam. Pak Kaduk menggelarkan ayamnya Si Biring.


Si Biring selalu menang sabung. Pada suatu hari, Pak Kaduk inging menyabung ayamnya dengan ayam raja. Raja bersetuju.


Pak Kaduk sangat suka hati. "Si Biring tentu akan menang. Aku akan dapat banyak hadiah," kata Pak Kaduk dalam hatinya.


Pak Kaduk lalu pergi ke istana. Ramai orang datang. Mereka mahu menyaksikan ayam Pak Kaduk bersabung dengan ayam raja.


"Si Biring tentu akan menang," kata mereka. Pak Kaduk berasa megah mendengar kata-kata itu. Sebelum sabung itu dimulakan, raja dan pak Kaduk membuat perjanjian.


“Jika ayam kamu menang, kamu akan menerima hadiah daripada beta. Tetapi jika ayam beta menang, kampung kamu akan menjadi milik beta,” titah raja. Pak Kaduk bersetuju.


Raja mahu menukarkan ayamnya dengan ayam Pak Kaduk. Sekali lagi Pak Kaduk bersetuju. Dalam sabung itu, Si Biring menang. Ayam raja yang kalah itu lari susupsasap.


“Si Biring menang! Si Biring menang!” Pak Kaduk terlompat-lompat kerana sangat gembira. “Si Biring menang! Si Biring menang!” Pak Kaduk bersorak-sorak.


“Wahai Pak Kaduk, betalah yang menang, bukan kamu! Kamu bersetuju menukarkan ayam Si Biring itu dengan ayam beta. Oleh yang demikian, beta menang,” titah raja.


Mendengar titah raja itu, barulah Pak Kaduk teringat akan janjinya tadi.


Pak Kaduk berasa malu dan menyesal. Dia memang sudah kalah. Kampungnya kini menjadi milik raja.


Itulah sebabnya selalu dinyanyikan orang: “Pak Kaduk menang sorak, kampungnya tergadai.”


TAMAT Disediakan oleh: Nurlyea Afieyana Shaqina Binti Abd Rashid.


Click to View FlipBook Version