Sains Tahun 4
Bersama Cikgu Suhana
Panjang dan arah
bayang-bayang
Panjang dan arah bayang-bayang
adalah kesan daripada putaran Bumi
di atas paksinya.
Kedudukan bayang-bayang
bertentangan dengan arah
matahari.
Jika Matahari di Timur maka
bayang-bayang di Barat.
Arah matahari Mm Arah matahari
tenggelam terbit
(Petang) (pagi)
Saiz bayang-bayang Saiz bayang-bayang Saiz bayang-bayang
pagi tengah hari petang
Kedudukan Matahari sebenarnya
tidak berubah.
Matahari kelihatan berubah-ubah
kerana putaran Bumi di atas paksinya.
Kita di Bumi tidak merasai putaran Bumi
kerana saiz Bumi yang besar.
1. Panjang bayang-bayang awal pagi
dan lewat petang adalah paling
panjang.
2. Panjang bayang-bayang waktu
tengah hari paling pendek kerana
matahari berada tegak di atas objek.
3. Bayang-bayang pagi di sebelah Barat
manakala bayang-bayang petang di
sebelah Timur.
Terima kasih
Selamat belajar