PENGARATAN
Objek yang diperbuat daripada
besi akan berkarat
Paku A,B dan D berkarat kerana terdedah kepada
air dan udara
Manakala
Paku C, E dan F tidak berkarat kerana tidak
terdedah kepada air dan udara
CIRI-CIRI OBJEK YANG BERKARAT
1. Kelihatan buruk
2. Berwarna perang kemerahan
3. Menggerutu
4. Kasar
5. Tidak berkilat
6. Rapuh/ mudah patah
7. Merbahaya kepada kesihatan
Cara mencegah pengaratan (4M)
Cara Kepentingan
-1. Mengecat - Membentuk lapisan perlindungan daripada air dan
udara.
2. Menyapu minyak
pelincir atau gris - Objek kelihatan cantik dan bersih
- Objek kelihatan baru
- Menghalang permukaan besi terdedah kepada air dan
udara
- Melancarkan pergerakan rantai
3. Menyadur Menyadur ialah proses melapisi permulaan besi dengan
bahan logam yang tidak berkarat seperti timah , emas
perak atau aluminium
4. Menyalut Menyalut ialah proses menyalut bahan besi dengan
plastik atau getah bagi menghalang besi daripada
terdedah kepada air dan udara.
Kepentingan mencegah
pengaratan
1. Objek kelihatan bersih, cantik dan
berkilat
2. Objek besi tahan lebih lama
3. Objek besi selamat digunakan
4. Menjimatkan kos kerana objek besi tidak
perlu ditukar dengan kerap.