BURUJ
SAINS TAHUN 6
BERSAMA CIKGU SUHANA
JENIS-JENIS BURUJ
DAN
CIRI-CIRI BURUJ
Buruj Biduk (Big Dipper)
- Sekumpulan tujuh bintang yang membentuk
corak seperti senduk atau cebok air.
- Dua biji bintang pada muncung cebok itu
sentiasa menunjukkan ke arah utara.
- Boleh dilihat di hemisfera utara antara bulan
April dan Julai pukul 8 malam hingga 10 malam.
- Petunjuk Musim Menanam di Hemisfera Utara
2) Buruj Belatik (Orion)
- Sekumpulan bintang yang membentuk corak
seperti seorang pemburu dengan perisai dan
pedang.
- Boleh dilihat dari hemisfera utara dan
hemisfera selatan antara bulan Disember hingga
Februari pukul 8 malam hingga 10 malam.
- Menunjukkan arah Kiblat orang Islam di Asia.
3) Buruj Skorpio (Scorpius)
- Sekumpulan bintang yang membentuk corak
seekor kala jengking.
- Boleh dapat dilihat di hemisfera selatan antara
bulan Jun dan Ogos pukul 8 malam hingga
10 malam
4) Buruj Pari (Southern Cross)
- Sekumpulan empat bintang yang membentuk
corak pedang atau layang-layang.
- Satu bintang yang paling terang pada kaki Pari
biasanya menunjukkan arah selatan.
- Hanya dapat dilihat pada hemisfera selatan
antara bulan April hingga Jun pukul 8 malam
hingga 10 malam
Masa kemunculan buruj
2) Seekor Jebon Oren
Sekor - SKORPIO
Jebon - JUN
Oren - OGOS
3) Bella Dislike Fruits
Bella - BELANTIK
Dislike - DISEMBER
Fruits - FEBRUARI
Mengapa buruj mempunyai masa
tertentu untuk muncul di ruang
angkasa langit?
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
- Kerana kedudukan buruj-buruj ini
sentiasa berubah mengikut putaran
bumi yang berputar pada paksinya
dan mengikut peredaran bumi yang
beredar mengelilingi orbitnya.
Kepentingan buruj kepada manusia
1. Petunjuk arah Utara dan Selatan
2. Petunjuk musim menanam dan
menuai tanaman
3. Petunjuk arah kiblat