The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nama: Ramsay Kumaravelu
Ting : 3 Sapphire
Nama : Puan Hanifah binti Jamaluddin
guru
Tajuk : Amalan Kitar Semula di Taman
Mutiara Bestari

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ramsay Kumaravelu, 2021-12-13 03:21:39

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI 2021

Nama: Ramsay Kumaravelu
Ting : 3 Sapphire
Nama : Puan Hanifah binti Jamaluddin
guru
Tajuk : Amalan Kitar Semula di Taman
Mutiara Bestari

SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3

Tajuk:
Amalan Kitar Semula di
Taman Mutiara Bestari, Johor Bahru,Johor

Nama : Ramsay Kumaravelu

Kelas : 3 Sapphire

Nama Guru : Puan Hanifah binti Jamaluddin

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk M/S
1
1.0 Penghargaan 2
2.0 Pendahuluan 3
3.0 Objektif Kajian 4
4.0 Kawasan Kajian 6
5.0 Kaedah Kajian 11
6.0 Hasil Kajian 17
7.0 Rumusan 19
8.0 Rujukan 20
9.0 Lampiran

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Tuan Razali bin
Tamadi kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada
saya ketika membuat kerja lapangan ini. Saya juga turut ingin
berterima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu
Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiapkan kerja
kursus ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa saya iaitu Kumaravelu a/l Supramaniam
dan Batamah Dewi a/p Veraniadu kerana telah memberi saya
semangat dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya
iaitu Hemaraj dan Haziq yang banyak membantu dan memberi
kerjasama ketika menyiapkan kerja lapangan ini. Tunjuk
ajar,kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak
membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja lapangan
Geografi dengan jayanya.

1

2.0 PENDAHULUAN

Kajian lapangan ini merupakan tugasan wajib seperti yang
diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk dijalankan oleh setiap pelajar tingkatan 3 yang
akan menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Tajuk kajian
bagi kajian lapangan saya adalah Kitar Semula di Taman
Mutiara Bestari dan saya Ramsay Kumaravelu pelajar tingkatan
3 Sapphire dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail
telah melakukan kajian ini di kawasan Taman Mutiara Bestari.

Antara sebab utama saya memilih kawasan Taman Mutiara
Bestari sebagai kawasan kajian adalah kerana ia merupakan
tempat tinggal saya dan berdekatan dengan sekolah. Ini akan
memudahkan urusan saya untuk membuat kajian kerana
berhampiran dengan rumah saya. Selain itu, saya juga mahir
dengan kawasan ini justeru memudahkan saya mendapat
data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja
lapangan saya.

Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan
dengan sebaiknya dari hari pertama hingga hari kerja kursus ini
telah disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya telah
menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk
mendapatkan data-data yang tepat. Saya sangat bersyukur dan
berterima kasih kepada semua responden kerana telah
memberi kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya
menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh masa yang
diberikan.

2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi
kehendak kajian kes melalui aspek dan perkara-perkara seperti
berikut:
 Menjelaskan konsep dan takrifan amalan kitar semula
 Mengenal pasti latar belakang kawasan kajian
 Menghuraikan amalan kitar semula di kawasan kajian
 Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula
 Menghuraikan kesan jika amalan kitar semula tidak

diamalkan
 Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula di

kawasan kajian

3

4.0 KAWASAN KAJIAN

Saya memilih Taman Mutiara Bestari sebagai kawasan kajian
untuk kerja kursus saya. Taman Mutiara Bestari mempunyai
banyak ciri-ciri yang berpontensi untuk dijadikan sebagai
kawasan kajian saya. Taman ini merupakan antara kawasan
yang berpenduduk padat kerana kawasan ini melebihi 200
orang sekilometer persegi dan juga merupakan kawasan yang
strategik serta terletak di kawasan tanah pamah yang rata.

Kawasan ini mempunyai darjah ketersampaian yang amat tinggi
kerana terdapat beberapa infrastruktur yang berdekatan dalam
jangka masa darjah ketersampaian 5 minit sahaja seperti
Lotus,Mydin, Restoran McDonalds, Restoran Kfc, Stesen Pam
Minyak Petronas dan sebuah taman rekreasi yang besar yang
sering dikunjungi oleh penduduk dari taman yang lain mahupun
taman yang berjauhan.Bukan itu sahaja,kawasan ini terletak
berhampiran dengan Stadium Sultan Ibrahim dengan jarak 5km
atau 10minit sahaja.

Kawasan ini mempunyai kemudahan pendidikan yang menjadi
tumpuan penduduk kerana terdapat peluang pekerjaan serta
kemudahan infrastruktur yang lengkap seperti Smk Mutiara
Rini 1, Smk Mutiara Rini 2, Smk Damai Jaya dan Pusat Tuisyen
Sinaran Intensif.

Saya memilih kawasan ini sebagai kawasan kajian saya kerana
saya tinggal di kawasan ini. Hal ini dapat menggalakkan saya
untuk mengumpal maklumat yang tepat dan sesuai untuk
menyiapkan kerja kursus saya.

4

Peta Lakar Kawasan Kajian Taman
Mutiara Bestari

5

5.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah melakukan beberapa kaedah untuk mengumpul data
dan maklumat yang lebih tepat dan sesuai dengan kajian saya.
Antara kaedah kajian yang saya telah melakukan ialah:

1) Kaedah Pemerhatian

Kaedah yang pertama yang saya telah melaksanakan ialah
kaedah pemerhatian. Saya telah membuat pemerhatian atau
tinjauan di kawasan yang berpontensi menjadi kawasan kajian
saya.Kawasan ini dapat memberikan data dan maklumat yang
diperlukan dalam kerja kursus saya.Maklumat yang diperolehi
dapat saya membuat tafsiran peta kawasan kajian tersebut.

2) Kaedah Temu bual

Kaedah yang kedua yang saya telah melakukan ialah kaedah
temu bual. Kaedah ini melibatkan dua pihak iaitu pengkaji dan
responden. Responden ini terdiri daripada penduduk Taman
Mutiara Bestari. Dengan menjalankan kaedah temu bual ini
saya telah mendapat beberapa jawapan awal untuk kajian saya,
justeru boleh digunakan sebagai soalan dalam borang soal
selidik saya bagi mendapatkan jawapan yang lebih menyeluruh.
Saya telah menemu bual 3 orang penduduk kawasan kajian
saya. Salah satu daripadanya ialah Encik Andy yang berumur 46
tahun dan bekerja sebagai Pengarah Urusan sebuah syarikat
yang terletak di Singapura. Berikut merupakan temu bual di
antara Encik Andy dengan saya:

6

Saya : Hai Encik Andy, apa khabar?

Encik Andy : Hai Ramsay! Saya khabar baik.

Saya : Maaf kerana mengganggu masa terluang encik.
Bolehkah encik memberi saya kebenaran untuk
menemu bual encik untuk mendapatkan maklumat
tentang kerja lapangan Geografi saya?

Encik Andy : Pasti boleh adik, saya memang gembira untuk
menjawab soalan adik.

Saya : Terima kasih untuk kebenaran encik, jadi marilah
kita bermula. Adakah encik mengamalkan amalan
kitar semula?

Encik Andy : Ya, saya amat suka mengamalkan amalan kitar
semula. Saya sekeluarga sentiasa mengamalkan
amalan tersebut. Kalau dik tak percaya, tengoklah
tanaman saya kat situ!

Saya : Wah! Cantiknya tanaman encik. Eh, pasu bunga tu
dibuat daripada tayar ke encik?

Encik Andy : Ye adik, ini bermaksud ‘Recycle’ iaitu kitar semula.

Saya : Ohh begitu! Encik, selain daripada recycle ini,
encik menggunakan cara apa?

Encik Andy : Selain daripada itu, saya telah mengajar anak saya
untuk membuat pemegang alat tulis mengunakan
plastik botol Dengan ini ,saya dapat mengurangkan
kos perbelanjaan serta mendidik anak saya untuk
mengamalkan amalan kitar semula.

7

Saya : Wah! Bijaknya cara encik mengamalkan amalan
kitar semula ni. Baiklah, soalan seterusnya, apakah
kesan jika kita tidak mengamalkan amalan kitar
semula?

Encik Andy : Oh! Bahaya ni adik, ada banyak kesan buruk.
Beginilah dik, saya nak tanya satu soalan. Apakah
yang akan berlaku jika adik tidak berus gigi setiap
hari?

Saya : Gigi saya akan menjadi kotor dan berbau busuk
serta menyebabkan peningkatan bakteria di mulut
saya.

Encik Andy : Syabas! Itu lah jawapan yang kamu mencari tadi.

Saya : Aik, saya tak faham pun.

Encik Andy : Jadi, seperti gigi yang akan menjadi kotor jika tidak
diberus, kawasan persekitaran juga akan menjadi
kotor dan berbau busuk jika tidak mengamalkan
amalan kitar semula.

Saya : Wah! Jelasnya penerangan encik ini! Pasti isteri
encik merupakan seorang guru yang cemerlang
sehingga menyebabkan encik pun berpengetahuan
tinggi.

Encik Andy : Eh, tak lah. Dia sedang tidur sahaja dari pagi tadi.

Saya : Haha, lawaknya encik ni. Baiklah mari kita kembali
kepada soalan ,apakah langkah-langkah untuk
meningkatkan amalan kitar semula?

8

Encik Andy : Antara langkah ialah pihak yang berkuasa bolehlah
mengadakan sebuah kempen kesedaran.

Saya : Kempen kesedaran? Apa kegunaanya?

Encik Andy : Kempen kesedaran ini dapat melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan yang tinggi
mengenai amalan kitar semula. Bukan itu sahaja,
kempen ini dapat melahirkan masyarakat yang
bertanggungjawab menjaga kelestarian alam
sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi yang
akan datang.

Saya : Oh! Baru saya faham. Selain daripada itu, apakah
langkah yang lain yang boleh dilakukan?

Encik Andy : Seterusnya, pihak yang bertanggungjawab
haruslah menyediakan tong kitar semula di setiap
kawasan perumahan supaya dapat memudahkan
para penduduk untuk mengasingkan bahan yang
ingin dikitar semula.

Saya : Begitu ya! Baiklah encik rasanya saya dah
mengumpul maklumat awal untuk kerja kursus
saya. Maklumat ini akan banyak membantu.
Terima kasih banyak encik kerana sudi meluangkan
masa untuk menemu bual dengan saya.

Encik Andy : Baiklah, sama-sama. Aduh! Saya lupa nak tutupkan
dapur, pasti roti sudah bakar. Saya nak pergi ya,
terima kasih juga adik.

Saya : Haha, sama-sama encik!

9

3) Kaedah Soal Selidik

Kaedah seterusnya selepas kaedah temu bual adalah
merupakan kaedah soal selidik. Bagi melaksanakan kaedah ini,
saya telah menyediakan borang soal selidik dan mengedarkan
kepada penduduk yang dipilih di sekitar kawasan Taman
Mutiara Bestari. Melalui kaedah ini saya telah memperolehi
beberapa maklumat melalui aspek:

i. Menyatakan kepentingan amalan kitar semula
ii. Mengenal pasti jenis -jenis bahan kitar semula yang

digunakan oleh penduduk di kawasan kajian
iii. Menyatakan kesan jika amalan kitar semula tidak diamalkan
iv. Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula

yang bersesuaian

4) Kaedah Rujukan

Kaedah yang terakhir yang saya telah menggunakan ialah
kaedah rujukan. Dalam meniti arus kemodenan ini, kemajuan
internet telah mencapai tahap yang luar biasa. Dengan ini, saya
telah menggunakan internet sebagai sumber rujukan saya bagi
mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja kursus saya. Bukan itu sahaja, saya telah menggunakan
buku teks dan buku rujukan sebagai panduan bagi menyiapkan
kerja kursus saya.

10

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Konsep dan Takrifan Amalan Kitar Semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
2007 (Akta 672), kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Kerajaan telah menetapkan bahawa 11 November pada setiap
tahun sebagai Hari Kitar Semula Kebangsaan.

Menurut wikipedia Bahasa Melayu, Kitar Semula merupakan
proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan objek
baharu. Kitar semula bahan bergantung pada kemampuannya
untuk mendapatkan semula sifat yang ada pada keadaaan asli
atau asal. Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah
secara konvensional yang dapat menjimatkan bahan dan
membantu menurunkan gas rumah hijau. Kitar Semula dapat
mencegah pembaziran bahan yang berpontensi berguna dan
mengurangkan penggunaan bahan mentah segar.

Menurut Portal Rasmi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara,
maksud Kitar Semula dibahagikan kepada tiga iaitu,
pengurangan penggunaan sumber semula jadi (reduce),
penggunaan semula barangan berulang kali (reuse),dan
mengitar semula dengan mengasingkan sisa, kemudian
menyalurkannya kepada organisasi atau kilang-kilang yang
memprosesnya semula supaya menjadi produk yang baharu.

11

6.2 Menghuraikan amalan kitar semula di kawasan kajian

Selepas membuat pemerhatian di kawasan kajian saya, saya
dapat mengenal pasti amalan kitar semula yang diamalkan oleh
penduduk di kawasan kajian saya. Berikut merupakan antara
amalan yang diamalkan:

1) Menggunakan tong kitar semula
Kawasan kajian saya mengamalkan amalan kitar semula dengan
menggunakan tong kitar semula. Terdapat tiga jenis tong
sampah dengan warna berlainan seperti biru,coklat dan jingga.
Setiap tong sampah membawa kegunaan masing-masing.
Misalnya, untuk tong berwarna biru, penduduk hanya boleh
membuang bahan yang bersifat kertas. Semua kertas yang
berwarna atau tidak berwarna seperti majalah, akhbar, buku
dan kadbod.

2) Pengasingan sampah
Ketika saya melakukan pemerhatian di kawasan kajian, saya
telah mendapati bahawa penduduk sedang mengasingkan
sampah yang hendak dibuang. Sampah tersebut diasingkan
mengikut kategori seperti kertas,kaca,tin aluminium dan plastik.
Hal ini dapat memudahkan proses pembuangan bahan kitar
semula ke dalam tong kitar semula.

3) Penghasilan baja kompos
Penduduk di kawasan kajian saya telah menghasilkan baja
kompos dengan sisa makanan.Mereka menggunakan bahan
seperti tong bertutup dengan mempunyai saliran paip, serbuk
Bokashi dan cecair EM (Effective Microorganism). Sisa makanan
akan diletakkan di dalam tong berselang seli dengan serbuk
Bokashi sehingga penuh. Setiap lapisan akan disemburkan
dengan cecair EM untuk mempercepatkan proses penguraian.
Tempoh penghasilan baja kompos ini adalah selama 2 minggu.

12

6.3 Menjelaskan kepentingan amalan kitar semula

Kepentingan amalan kitar semula di Taman Mutiara Bestari
adalah seperti berikut:

I. Menjimatkan sumber semula jadi
Melalui permerhatian saya, terdapat penduduk mengumpulkan
air hujan menggunakan beberapa buah baldi. Dengan berbuat
demikian, air hujan tersebut dapat digunakan semula untuk
mencuci longkang, halaman rumah dan juga kereta. Amalan
yang bijak ini dapat menjimatkan sumber semula jadi.

II. Mengurangkan pencemaran alam sekitar
Melalui tinjauan saya, saya mendapati seorang penduduk yang
baru balik dari kedai runcit selepas membeli barang keperluan
rumah dengan menggunakan beg kain sendiri. Hal ini demikian
kerana beg kain sentiasa boleh diguna semula jadi beg kain
dapat menggantikan penggunaan beg plastik. Amalan yang
mulia ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar yang
diakibatkan oleh beg plastik.

III. Mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih
Hasil daripada pemerhatian saya, saya boleh membuktikan
bahawa amalan kitar semula di kawasan kajian tersebut telah
mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersih. Hal ini
dikatakan demikian kerana selepas sampah atau bahan yang
ingin dikitar semula dapat diasingkan dengan katergori
masing-masing dan dibuang, tahap kebersihan di kawasan
tersebut dapat meningkat. Apabila tiada sampah berkeliaran,
bau busuk dan penyakit berjangkit juga dapat dielakkan seraya
menjamin keselamatan semua para penduduk di kawasan
tersebut. Bukan itu sahaja setiap 2 bulan sekali, semua para
penduduk berganding bahu untuk bergotong-royong bagi
mengasingkan bahan kitar semula serta membuangnya
mengikut katergori.

13

6.4 Menghuraikan kesan jika amalan kitar semula tidak
diamalkan

I. Pencemaran alam sekitar
Jika amalan kitar semula tidak diamalkan, pencemaran alam
sekitar boleh berlaku seperti pencemaran udara dan
pencemaran air. Terdapat orang yang mempunyai sikap yang
mementingkan diri sendiri kerana mereka membuang sampah
merata-rata tanpa memikirkan kesan buruknya. Hal ini akan
mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

II. Pembazirkan sumber alam semula jadi
Sumber alam semula jadi akan dibazirkan jika amalan kitar
semula tidak diamalkan.Dalam pemerhatian saya, terdapat
orang yang membazirkan banyak air di kawasan kajian. Sebagai
contoh, dia telah menggunakan banyak air untuk mencuci
kereta, perkarangan rumah dan juga menyiram pokok di kebun
kecilnya. Sebagai tindakan alternatif, dia bolehlah mengumpul
air hujan ketika hujan turun dan menggunakanya semasa
membuat pembersihan di rumah. Tindakan yang dibuat oleh
penduduk tersebut mengakibatkan pembaziran sumber alam
semula jadi.

III. Kesihatan manusia terjejas
Kesan apabila para penduduk mengabaikan amalan kitar
semula ialah kesihatan manusian akan terjejas. Kawasan yang
tidak dibersihkan akan mengakibatkan longkang tersumbat dan
kawasan tersebut akan menjadi sebagai tapak pembuangan
sampah. Dengan ini, pembiakan nyamuk, populasi tikus dan
haiwan vektor akan meningkat. Haiwan vektor adalah haiwan
yang mengangkat patogen dan menyebarkan penyakit berjankit
kepada para penduduk seperti virus denggi, hantavirus, malaria
dan juga leptospirosis. Oleh itu, pengabaian amalan kitar
semula di sesuatu kawasan akan mengakibatkan kesihatan
manusia terjejas.

14

6.5 Mencadangkan usaha meningkatkan amalan kitar semula di
kawasan kajian

1) Mengadakan kempen kesedaran
Berdasarkan jawapan responden dari borang soal selidik, badan
bukan kerajaan seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM) perlulah
mengambil langkah inisiatif dengan mengadakan sebuah
kempen. Contoh kempen kesedaran yang boleh diadakan ialah
“Kempen Hari Kitar Semula”, “Kempen Hari Alam Sekitar” dan
“Kempen Hari Tanpa Beg Plastik”. Hasil daripada kempen ini,
pengetahuan tentang kepentingan kitar semula dapat
direalisasikan oleh para penduduk. Bukan itu sahaja, kempen
kesedaran ini dapat melahirkan masyarakat yang prihatin dan
bertanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar dengan
mengamalkan amalan kitar semula.

2) Mengadakan Pertandingan Kitar Semula
Pihak komuniti bolehlah bertanggungjawab mengadakan
pertandingan kitar semula di kawasan kajian. Dengan berbuat
demikian, para penduduk akan memberikan sambutan yang
hangat dengan melibatkan diri dalam pertandingan. Pihak
penganjur bolehlah menyediakan hadiah yang menarik kepada
para pemenang pertandingan tersebut. Sebalik daripada
pertandingan ini, matlamat utama pertandingan ini adalah
untuk menggalakkan semua para penduduk untuk
mengamalkan amalan kitar semula. Dengan ini, kawasan
tersebut dapat dibersihkan dan diceriakan serta mengurangkan
risiko penyakit berjangkit.

15

3) Bergotong- royong
Daripada hasil borang soal selidik, saya telah mendapati ramai
responden mencadangkan para penduduk melaksanakan
aktiviti gotong-royong. Jadi, pihak penganjur bolehlah
menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk mengumpulkan
para penduduk bagi melaksanakan aktiviti gotong-royong.
Justeru, para penduduk bolehlah berganding bahu melakukan
aktiviti gotong-royong dengan mengasingkan bahan yang boleh
dikitar semula dan bahan yang tidak boleh dikitar semula.
Bahan yang tidak boleh dikitar semula diwajibkan membuang
ke dalam tong sampah yang telah disediakan manakala bahan
yang ingin dikitar semula haruslah diasingkan mengikut
kategori masing-masing seperti kaca, kertas, tin aluminium dan
juga plastik. Selepas proses pengasingan telah dilakukan, para
penduduk bolehlah membuangnya ke dalam tong kitar semula
mengikut kategori yang disediakan.

4) Menguatkuasakan undang-undang
Pihak komuniti di kawasan kajian bolehlah menguatkuasakan
undang-undang supaya para penduduk dapat mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, bagi
penduduk yang melanggar peraturan seperti membuang
sampah di merata tempat akan dikenakan bayaran denda serta
sikit teguran. Dengan berbuat demikian, tindakan penduduk
yang tidak mengamalkan amalan kitar semula dapat dikawal
dan dielakkan.

5) Pendidikan
Pihak sekolah haruslah mendidik murid-murid tentang
kepentingan kitar semula supaya dapat melahirkan generasi
muda yang bertanggungjawab dan menyemai perasaan cinta
akan alam sekitar. Pihak sekolah juga bolehlah mengadakan
akitiviti kitar semula di kawasan persekolahan supaya
murid-murid dapat mempelajari caranya dan mengaplikasian
konsep yang sama di dunia yang sebenar.

16

7.0 RUMUSAN

Hasil daripada data-data serta maklumat yang telah berjaya
diperolehi melalui kaedah-kaedah kajian yang telah dijalankan,
setiap objektif kajian yang digariskan pada awal kajian telah pun
dijawab dan dicapai. Selain itu analisis terhadap maklumat yang
diperolehi juga telah dilakukan bagi mendapatkan kesimpulan
daripada dapatan kajian ini.

Kesimpulannya, melalui kajian ini, saya dapat memahami
kepentingan amalan kitar semula seperti mengurangkan
pencemaran alam, menjimatkan sumber semula jadi, mewujudkan
persekitaran yang bersih dan lain-lain. Selain itu, saya juga
memahami kesan jika amalan kitar semula diabaikan seperti
pencemaran alam sekitar, pembaziran sumber semula jadi dan
kesihatan manusia terjejas. Di samping itu, saya juga dapat
mengenal pasti usaha untuk meningkatkan amalan alam sekitar
seperti mengadakan kempen kesedaran, mengadakan pertandingan
kitar semula, menguatkuasakan undang-undang dan sebagainya.

Akhir sekali, amalan kitar semula haruslah diamalkan oleh setiap
lapisan masyarakat terutamanya generasi muda. Generasi mudalah
merupakan generasi yang dapat menyelamatkan kelestarian alam
sekitar pada masa yang akan datang jadi generasi muda haruslah
menyemai perasaan tanggungjawab dan cinta akan alam sekitar
sejak kecil lagi seperti kata mutiara “jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya”.

Jadual 7.1 Kepentingan Amalan Kitar Semula di Taman Mutiara Bestari

Kepentingan Amalan Kitar Semula di Bilangan Responden

Taman Mutiara Bestari

Mengurangkan pencemaran alam 7

Menjimatkan sumber semula jadi 6

Mewujudkan persekitaran yang bersih 8

Mengurangkan kesan rumah hijau 5

Menjimatkan kos penyelenggaran 4

17

PETUNJUK

Mengurangkan pencemaran
alam

Menjimatkan sumber
semula jadi

Mewujudkan persekitaran
yang bersih

Mengurangkan kesan rumah
hijau

Menjimatkan kos

Jumlah: 15 orang

Carta Pai 7.2 Kepentingan Amalan Kitar Semula di Taman Mutiara Rini

Carta Pai di atas menunjukkan kepentingan amalan kitar
semula di Taman Mutiara Rini. Antaranya ialah mengurangkan
pencemaran alam, menjimatkan sumber semula jadi,
mewujudkan persekitaran yang bersih, mengurangkan kesan
rumah hijau dan menjimatkan kos. Terdapat 23% daripada 15
orang telah memilih kepentingannya sebagai mengurangkan
pencemaran alam, 20% orang telah memilih kepentingannya
sebagai menjimatkan sumber semula jadi, 27% orang telah
memilih kepentingaannya sebagai mewujudkan persekitaran
yang bersih, 17% orang telah memilih kepentingannya sebagai
mengurangkan kesan rumah hijau dan 13% orang telah memilih
kepentingannya sebagai menjimatkan kos. Jumlah peratus
kepentingan amalan kitar semula yang tertinggi adalah seramai
27% orang iaitu mewujudkan persekitaran yang bersih
manakala jumlah peratus yang paling kurang adalah seramai
13% orang iaitu menjimatkan kos.

18

8.0 Rujukan

Sumber internet

 https://earth.google.com/web/
 https://online.anyflip.com/zdwrj/gzkr/mobile/index.html
 https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2019-kegiatan-e

konomi.html
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
 https://anyflip.com/feneh/gfbz/basic

Sumber buku

 Ahmad Ridzuan Bin Rahman , Buku Teks Geografi Tingkatan
3 KSSM ,2018 IMS Books Trading Sdn . Bhd.

 Huzail Hussin, Revisi Poket PT3 Geografi, 2021 Ilmu Bakti
Sdn. Bhd.

 Ibrahim bin Hj, Ahmad, BA (UM) MA (UM), Azizah bt.
Supardi, BA (UM), SS (UKM), Saidah bt, Kamin, bSc (AS),
Kamus Dewan Edisi Keempat, Reka Cetak Sdn, Bhd., No, 12
& 14, Jalan Jemuju Empat 16/13 D, Seksyen 16, 40200 Shah
Alam, Selangor Darul Ehsan.

19

9.0 Lampiran

Tong kitar semula
di Taman Mutiara

Bestari

Kawasan
perumahan Taman

Mutiara Bestari

Taman Mutiara
Bestari menjaga
kelestarian alam

sekitar

20

Lorong Taman
Mutiara Bestari

yang bersih

Rumah Encik Andy
yang menemu bual

dengan saya

Rumah
penduduk
Taman Mutiara

Bestari

21

Tayar dikitar semula
sebagai pasu bunga

Bahan kitar semula
diasingkan

mengikut kategori
plastik

Bahan yang tidak
boleh dikitar semula
telah diasingkan dan
diikat dengan kemas

22

23

24

25

26

27


Click to View FlipBook Version