K U M P U L A N I B N U S I N A IVF (IN VITRO FERTILIZATION) NAMA PENSYARAH: DR. HAJAH MAHNESSA BINTI A KADIR NAMA AHLI : NUR AMIRA IRDINA (F2061) NOR SYAHIRAH (F1028) NURUL SABRINA (F1035) NUR AMIRAH (F1017)
ISI KANDUNGAN Pendahuluan Etika Islam serta Dalil (Al-Quran dan Hadis) - Definisi IVF Pandangan Ulama' tentang IVF Prinsip Syariah dan Kaedah Fiqh Kesimpulan 03 06 04 05 07 Sumber Rujukan 08
Definisi Persenyawaan In Vitro (IVF) Persenyawaan In Vitro (IVF) merupakan proses di mana sel telur disenyawakan oleh sperma di luar rahim, in vitro. IVF merupakan rawatan utama bagi kemandulan apabila kaedah teknologi membantu pembiakan telah gagal. Proses ini membabitkan pengawalan hormon bagi proses ovulatori, mengambil ovum (telur) dari ovari wanita dan membiarkan sperma mensenyawakannya dalam perantaraan cecair. Telur yang telah disenyawakan (zigot) kemudian dipindahkan kepada uterus pesakit dengan matlamat menghasilkan kehamilan. Kelahiran pertama bagi "bayi tabung uji", Louise Brown, berlaku pada tahun 1978. Sebelum itu, terdapat kehamilan biokimia peralihan yang dilaporkan oleh penyelidik Australian Foxton School pada tahun 1973 dan kelahiran ektopik yang dilaporkan oleh Steptoe dan Edwards pada tahun 1976. Istilah in vitro, berasal dari bahasa akar Latin bererti dalam kaca, digunakan, kerana ujikaji biologi awal membabitkan pertumbuhan tisu di luar organisma hidup dari mana ia di ambil, dilakukan dalam bekas kaca seperti bikar, tabung uji, atau piring petri. Masa kini, istilah in vitro digunakan bagi merujuk kepada sebarang prosedur biologi yang dilakukan di luar organisma yang ia biasanya terjadi, semasa tisu kekal dalam organisma hidup di mana ia biasanya dijumpai. Istilah kolokial bagi bayi yang terhasil dari IVF, bayi tabung uji, merujuk kepada bekas plastik ataupun kaca berbentuk tabung, digelar tabung uji, yang biasa digunakan dalam makmal kimia dan makmal biologi. Bagaimanapun, persenyawaan in vitro biasanya dilakukan dalam bekal lebih tohor yang digelar piring petri. (Piring petri juga mungkin diperbuat daripada rsein plastik.) Bagaimanapun, kaedah IVF bagi "Autologous Endometrial Coculture" sebenarnya dilakukan pada bahan organik, tetapi belum digelar in vitro. Ianya digunakan apabila ibubapa menghadapai masalah kesuburan atau apabila mereka inginkan anak kembar. PENDAHULUAN 03
Prinsip Syariah 1) Muzakarah ke-5 (1982) telah menggariskan bahawa hukum rawatan IVF, di mana embrio yang terhasil dari persenyawaan telur dan sperma dari pasangan suami isteri yang sah adalah Harus. 2) Muzakarah ke-55 ( 2003) telah menetapkan yang pemindahan embrio ke dalam rahim isteri setelah kematian si suami adalah tidak dibenarkan. 3) Muzakarah-56 (2006 ) telah bersepakat bahawa persenyawaan telur yang telah dihasilkan sebelum perkahwinan yang sah, dengan sperma suami adalah haram walaupun proses persenyawaan itu telah dilakukan setelah ijabkabul dilaksanakan. 4) Muzakarah ke-80 (2008) telah menetapkan yang 'ibu tumpang' “ surrogacy” adalah haram walaupun embrio itu telah dihasilkan dari sperma dan telur dari pasangan suami isteri yang sah. 5) Rawatan kesuburan hendaklah dilakukan di antara pasangan suami isteri tanpa ada individu ketiga. Ia juga mesti dilakukan di dalam tempoh perkahwinan, bukan sebelum atau sesudah kematian si suami. 04 PRINSIP SYARIAH DAN KAEDAH FIQH Kaedah Fiqh Para ilmuan fiqh telah menetapkan keharusan dalam IVF bagi situasi ini dengan syarat seperti berikut : · Penyempurnaan perbuatan IVF ini adalah dengan kerelaan pasangan suami isteri dan pada waktu hubungan suami isteri masih kekal (belum bercerai) · Doktor yang melaksanakan kaedah ini perlulah daripada kalangan doktor Muslim yang boleh dipercayai dalam agama dan ilmu kedoktorannya.[4] · Mempunyai jaminan yang sangat cukup daripada berlakunya percampuran nasab.[5]
ETIKA ISLAM SERTA DALIL (AL-QURAN DAN HADIS) Dalil Al-Quran Apabila mani yang disimpan di dalam tabung dan dimasukkan kedalam rahim wanita tersebut yang ternyata bukan isterinya yang sah, maka bayi tabung tersebut hukumnya haram. Hal itu telah disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda : Hadis 05 "Tidak ada dosa yang lebih besar setelah syirik dalam pandangan Allah SWT, dibandingkan dengan perbuatan seorang lelaki yang meletakkan spermanya (berzina) didalam rahim perempuan yang tidak halal baginya.." Maksudnya: “Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat[dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”(Surah Al-Isra Ayat 70) َناُهْم َناُهْم ِمَن الَّطِّيَباِت َو َفَّضْل َبْح ِر َوَرَزْق ْل َب ِّر َوا ْل َناُهْم ِفي ا َقْد َك َّرْمَنا َبِني آَدَم َوَحَمْل َوَل ْقَنا َتْفِضياًل َع ٰىَل َكِثي ٍر ِمَّمْن َخَل Hadis Rasulullah SA.W yang mengatakan, “tidak halal bagi seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat menyiramkan airnya (sperma) pada tanaman orang lain (isteri orang lain).” (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan dipandang Sahih oleh Ibnu Hibban).
PANDANGAN ULAMA' TENTANG IVF Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara “terhormat” adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah, bayi tabung itu adalah tidak sah. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pusaka dari keluarga yang berhak. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat. Pandangan Para Ulama' Para Ulama di Malaysia yang bergabung dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia memberi fatwa tentang bayi tabung yang dimana telah menghasilkan keputusan seperti yang berikut: 06
KESIMPULAN Secara ringkasnya, kita dapat menghuraikan bahawa penggunaan Teknologi IVF atau Bayi Tabung Uji adalah dibenarkan dan sah disisi Islam jika mengikut fatwa-fatwa yang telah ditetapkan oleh para ulama di negara masing-masing. Ini disebabkan terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan mengikut negara masing mengenai Bayi Tabung Uji. Oleh itu, penggunaan Bayi Tabung Uji atau IVF mestilah digunakan sebagai jalan penyelesaian terakhir bagi pasangan suami isteri yang menginginkan zuriat sendiri setelah mencuba kaedah-kaedah yang lain. 07
SUMBER RUJUKAN 1) https://www.sopheafertility.com/garis-panduan-syarak 2)http://anisatulqalbi.blogspot.com/2012/07/fiqh-ivf-in-vitrofertilisation-2.html?m=1 3)http://esrees.blogspot.com/2015/09/fatwa-fatwa-mengenaiivf.html?m=1 08
S E S I : I I 2 0 2 2 / 2 0 2 3 PEMBEDAHAN PLASTIK M P U 2 3 0 5 2 S A I N S T E K N O L O G I D A N K E J U T E R A A N D A L A M I S L A M FOLIO AYUNI BATRISYIA BINTI AHMAD FADZIL (23DLH22F1048) AIESYA HUMAIRA BINTI AZMAN (23DLH22F1041) NUR AZYYATI ARFINA BINTI MOHD SHARIMAN (23DLH22F1012) ATIQAH BINTI ABDUL RAZAK (23DLH22F1021) PENSYARAH -DR. HAJAH MAHNESSA BINTI A. KADIR-
Pendahuluan Prinsip Syariah Definisi Teknologi 03 06 04 05 02 ISI KANDUNGAN Objektif 09 Kaedah Fiqh 10 Etika Islam Serta Dalil Berkaitan Pembedahan Plastik 11
OBJEKTIF Tajuk E-Folio ini menerangkan tentang isu pembedahan plastik dari persepsi islam sendiri. Penulisan ini juga akan menceritakan bagaimana prinsip syariah, kaedah fiqh, etika dalam islam beserta dalil berkaitan isu pembedahan plastik dan ulasan atau pandangan ulama' dan badan bertanggungjawab terhadap isu yang diceritakan. 03
Dunia hari ini telah berkembang pesat dengan seribu satu kemodenan dan kecanggihan sehinggakan hampir segala kehendak dan keinginan manusia di dunia ini dapat dipenuhi. Sebagaimana yang telah dimaklumi setiap sesuatu itu pasti mempunyai dua sisinya, positif dan negatif, kebaikan dan keburukan, manfaat dan mudarat, kelebihan dan kekurangan serta hitam dan putihnya. Kita dapat melihat terutamanya dunia perubatan telah mencapai kepada satu tahap yang tidak terjangkau oleh akal manusia pada kira-kira 50 tahun dahulu. Kemajuan dunia perubatan hari ini telah banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Banyak penemuan baru telah dicapai di dalam kaedah rawatan melalui pelbagai cara dan peralatan yang canggih. Ia dianggap sebagai satu pencapaian yang gemilang dan bukti kebijaksanaan manusia. Kemajuan dan pencapaian ini merupakan satu cabaran kepada perundangan Islam. Para ulama’ harus melihat fenomena ini dengan penuh kepekaan dan rasa tanggungjawab. Alhamdulillah setakat ini ramai yang telah tampil dan membuat kajian dan rujukan untuk menjawab pelbagai persoalan yang dikemukan oleh masyarakat berkenaan hukum dan pekaraperkara yang berkaitan dengannya. Sejak akhir-akhir ini, banyak masalah moden yang timbul dalam lapangan perubatan yang memerlukan pendapat dari segi fiqh untuk menjelaskan kedudukannya, seperti pembedahan kecantikan atau pembedahan kosmetik. Mengikut tajuk kertas ini, kami akan membawa dan memilih beberapa perbincangan sebagai garis panduan kepada beberapa isu- isu perubatan moden masa kini dengan pengkhususan tentang pembedahan. 04 PENDAHULUAN
DEFINISI PEMBEDAHAN PLASTIK / PLASTIC SURGERY: Bahasa Arab - jiharah tajmil Operasi atau pembedahan bertujuan untuk mempercantik atau memperbaiki satu bahagian di dalam anggota badan, baik yang nampak atau tidak, dengan cara ditambah, dikurang atau dibuang. Ia bertujuan untuk memperbaiki fungsi dan estetika (seni) tubuh badan. Apakah yang dimaksudkan dengan pembedahan plastik? Pembedahan plastik juga berasal dari bahasa Yunani , iaitu “plastikos” yang bermaksud “membentuk” atau memberi bentuk. Benarkah ia adalah suatu perbuatan yang haram disisi Syarak? Pembedahan plastik ini telah melalui satu peringkat perkembangan yang amat menakjubkan. Perkembangan di dalam bidang perubatan ini juga membawa kepada keinginan manusia itu sendiri untuk melakukan pembedahan plastik yang lain seperti mengecilkan lubang hidung, dagu, mencantikkan telinga, membesarkan atau mengecilkan bibir dan lain-lain lagi. 05
TEKNOLOGI 06 Pembedahan Buang Lebihan Kulit ( Liposuctions) Malaysia adalah anatara negara yang mempunyai kes obesiti yang amat tinggi. Maka, adalah tidak mengejutkan bahawa Liposuctions adalah salah satu daripada pembedahan plastik yang paling popular di Malaysia. Liposuctions atau " LIPO" adalah satu prosedur dimana pakar bedah menyedut lemak berlebihan daripada bahagian tubuh untuk memulihkan lengkung cantik badan kita. Lelaki secara umumnya menjalaniliposuction untuk menyingkirkan gynecomastia ( payudara lelaki) manakala wanita pula menjalani rawatan ini untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih cantik dan menarik. Namun, pembedahan ini dibolehkan bagi mengelakkan penyakit- penyakit yang akan datang dan dapat memudahkan urusan harian. Peralatan yang digunakan semasa pembedahan ini ialah retraktor. Retraktor digunakan untuk menarik kembali, membuka atau menggerakkan tisu semasa pembedahan.
TEKNOLOGI 07 Pembedahan Tulang Rahang Tulang rahang yang luas boleh berlaku akibat penambahah otot maseter iaitu otot yang digunakan untuk mengunyah. Ketika dahulu, pakar bedah akan memotong sedikit otot ini melalui pembedahan tetapi pada masa kini, pakar bedah mengurangkan saiz otot dengan menyuntik botox ke dalamnya. Botox akan melemahkan otot menyebabkan ia mengecil. Namun kesan ini hanya dapat bertahan selama 6 bulan sahaja dan mereka perlu mengulangi semula prosedur ini jika ingin memiliki rahang lebih cantik. Pembedahan ini dibolehkan untuk mengelakan fitnah bagi menjaga maruah diri. Namun, jika membuat pembedahan dengan tujuan untuk mencantikkan diri, pembedahan ini diharamkan dan hukumnya berdosa. Peralatan seperti distraksi diguna ketika pembedahan ini dan di letakan di tulang rahang bawah. Dikstraksi diguna untuk menarik dan membentuk tulang rahang.
TEKNOLOGI 08 Pembedahan Penghasilan Lesung Pipit Ramai orang menganggap mempunyai lesung pipit akan membuatkan senyuman anda lebih manis. Namun, tidak semua mempunyai lekuk kecil pada pipi. Kini, beberapa pakar pembedahan plastik mampu mencipta lesung pipit. Prosedur ini melibatkan permotongan di bahagian dalam mulut dan membuat jahitan kecil antara otot buksinator dan kulit pipi. Lesung pipit buatan manusia biasanya tidak dapat dibezakan dengan lesung pipit asli dan hanya muncul apabila anda senyum. Pembedahan ini diharamkan kerana sudah semestinya melakukan pembedahan ini bagi tujuan memberikan senyuman yang lebih manis. Peralatan yang digunakan ketik melakukan pembedahan ini ialah sutur. Sutur digunakan ketika menjahit kulit bawah dan jaringan dari dalam dengan benang dan diikat bersama supaya tidak meninggalkan bekas yang terlihat dari luar.
PRINSIP SYARIAH 06 - Segala hukum hakam adalah bersifat sederhana. Tidak ekstream kepada yang berlebihan atau berkurangan. Islam mengharuskan perkara-perkara yang dilarang ketika darurat namun seseorang itu tidak boleh berlebihlebihan dengan kelonggaran yang diberi dan dipermudahkan dalam perkara haram atas alasan darurat. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya,Islam mengharamkan pembedahan plastik pada umat Islam tetapi diharuskan jika niat untuk kekal sihat atau semakin sihat untuk melakukan ibadah harian. Wasatiyyah - pendekatan yang sederhana Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat ) sedang ia tidak menginginninya dan tidak pula melampaui batas ( pada kadar benda yang dimakan itu,) maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:173) 09
KAEDAH FIQH 10 Membaik pulih anggota badan yag tidak normal dan tidak dapat berfungsi akibat daripada kecacatan dari lahir, penyakit atau kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan anggota badan adalah harus. Hukum ini menjadi harus berdasarkan kaedah fiqh yang terlibat dalam digunakan. KAEDAH 1 ( SETIAP SATU PERKARA ITU BERGANTUNG KEPADA NIAT) Niat bermaksud suatu lintasan dalam hati bagi melaksanakan sesuatu perkara. Dalam tujuan pembedahan plastik, niat yang dibenarkan adalah membuat ia kerana Allah S.W.T. Namun, perlu diingatkan juga bahawa bukan sekadar hanya niat kerana niat tidak menghalalkan cara. Jika melakukan pembedahan palstik niat kerana Allah sedangkan tidak ada sebarang keperluan untuk dirinya dalam melakukan pembedahan plastik, semestinya pembuatannya tidak diterima. Hal ini kerana niat ketika melakukannya hendaklah bertujuan baik dan menepati syarak serta bergantung kepada keadaan. KAEDAH 2 ( KESUKARAN MENARIK KEMUDAHAN) Islam tidak menjadikan umatnya menanggung keberatan dan kesusahan dalam perkara agama. Bagi mereka yang mempunyai kecederaan yang parah, tambahan pula kecederaan tersebut menjadikan kesusahan bagi seseorang melaksanakan ibadah dan kerja harian, maka pembedahan plastik ini dibenarkan. Hal ini kerana ia termasuk rukhsah yang dibenarkan syarak iaitu pengguguran. Hukumnya digugurkan atas sebab yang boleh dianggap sebagai kemudaratan bagi dirinya jika tidak melakukan pembedahan plastik.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: " Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan Allah menurunkan pula ubatnya". (HR Bukhari) Firman Allah s.w.t. ; maksudnya: " Allah berkehendakkan kamu merasai kesenangan dan tidaklah pula Allah itu hendak kamu merasai kesusahan" (Ayat 185; surah al-baqarah) Dalil tentang kebolehan ini ialah sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi yang dinukilkan daripada Arfajah ibnu A'sad yang berkata: ْنًفا ِمْن َو ِرٍق اَّت َخْذُت َأ َجاِهِلَّيِة َف ْل ْل ُكاَلِب ِفي ا ْنِفي َيْوَم ا ُأِصيَب َأ َّتِخَذ ْن َأ َم َرِني َرُسوُل ِهَّللا صىل هللا عليه وسلم َأ ْنَتَن َعَلَّي َف َأ َف َأ ْنًفا ِمْن َذَهٍب َأ " Hidungku telah terputus pada hari peperangan Al-Kulab masa Jahiliyyah. Jadi saya mengambil (menggantikan) hidung saya dengan wariq (perak). Lalu (beberapa ketika) hidungku menghasilkan bau busuk. Maka Rasulullah saw memerintahkan aku untuk menggantikan dengan hidung yang diperbuat daripada emas. 11 ETIKA ISLAM SERTA DALIL BERKAITAN PEMBEDAHAN PLASTIK