FASILITATOR
DEFINISI
• Berasal dalam Bahasa Latin bermaksud memudahkan. Taylor (1998)
menyatakan memudah cara melibatkan tindakan memberikan
sokongan,membimbing, memboleh dan menggalak dan
membenarkan ahli menggunakan potensi dirinya.
MAKSUD FASILITOR
Pemudah cara
PERANAN FASILITATOR
Menggerak dan membimbing proses kelompok
Tidak berperanan sebagai pakar
Menggalakkan perbincangan
Menyediakan maklumat lengkap
Tidak mengajar dan memberikan jawapan lengkap
Tidak melibatkan diri secara terus dalam isi perbincangan kelompok
Bertindak sebagai role-model kepada sikap dan tingkah laku
komunukasi yang berkesan
PERSEDIAAN
• Perlu bersedia secara mental, pengetahuan dan terlatih dalam
mengendalikan kelompok kecil.
• Memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan lancar,
menetapkan tempat perbincangan, peralatan dan menentukan objektif
sesi kelompok.
• Ahli kelompok juga perlu ditapis sesuai dengan kehendak objektif
kelompok
Susunan Kelompok Kumpulan
• Tujuannya supaya ahli dapat berinteraksi dan dapat memandang
antara satu sama lain dengan jelas, terutamanya semasa
perbincangan atau melaksanakan aktiviti.
• Leigh (1991) terdapat perhubungan antara penerimaan
pembelajaran oleh otak dengan keselesaan kerusi duduk.
Susunan Kedudukan Bentuk Bulatan
Fasilitator
Susunan kedudukan separa bualatan
(U-Shape)
Fasilitator
Contoh susunan meja
Sifat-sifat fasilitator
PEMBIMBING
• Fasilitator perlu mengetahui langkah dan proses kerja dari awal
hingga akhir dan boleh membimbing peserta.
• Beri penerangan dan ajukan soalan dengan penuh kesabaran.
• Menerangkan perbincangan dengan menyoal dan bersabar
MOTIVATOR
• Motivator mesti mewujudkan momentum dengan memberi katakata
semangat serta menghidupkan suasana yang ceria , yakin dan
berterus terang di dalam kumpulan
• Contoh: Menetapkan dan mengekalkan langkah yang munasabah
dengan yakin dan bersemangat
PENGHUBUNG
• Fasilitator sebagai penghubung untuk mencari persamaan dan
persetujuan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki sekiranya
terdapat perbezaan pendapat.
• Contoh: Perlu dapatkan persetujuan dalam kumpulan
PERAMAL
• Semasa sesi perbincangan fasilitator perlu meneliti samada potensi
untuk berlaku keletihan, gangguan dan idea tidak berkembang (tepu)
• Bertindak balas terlebih dahulu untuk mengelakkan kegagalan kepada
fungsi dan tingkah laku
• Kekalkan penyertaan dalam kumpulan dengan mentafsir dan
menggunakan bahasa badan
PEMUJI
• • Pada setiap peluang, fasilitator harus memuji usaha yang dilakukan,
progres yang sedang dibuat dan hasil yang dicapai. Pujian baik, pujian
sering atau pujian khusus.
• • Mewujudkan dan membina hubungan yang baik dengan ahli
jawatankuasa
PENDAMAI
• Walaupun sering berlaku konfrantasi secara langsung di antara
peserta, fasilitator mesti segera bertindak, menetapkan semula
sasaran kerja dan meminta ahli kumpulan ke arah penyelesaian yang
membina.
PAKAR BIDANG
• Fasilitator bertanggungjawab mengawal sesi perbincangan sentiasa
on-track. Memotong perbincangan yang tidak relevan dan melencong
dengan bijak dan mengekalkan perbincangan yang konsisten
sepanjang masa. Mengambil langkah luar jangka bagi mengekalkan
proses perbincangan.
• Idea yang tidak relevan disimpan untuk digunakan ditempat lain
(parking)
PENDENGAR YANG PEKA
• Fasilitator hendaklah sentiasa mendengar, memahami isi kandungan,
hasrat, makna dan perasaan peserta akan apa yang diperkatakan
• Cth. Kaedah:Diam
KEMAHIRAN FASILITATOR
Berusaha Ke Arah Penguasaan Diri
Kemahiran Persembahan & Penampilan Diri
Kemahiran Logistik Dan Pengetahuan
Kemahiran Campur Tangan
Kemahiran Pengurusan & Kesedaran Kumpulan
Kemahiran Menghubung Kait
BERUSAHA KE ARAH PENGUASAAN DIRI
• a. Tunjukkan kestabilan emosi walaupun di bawah tekanan
• b. Ajak dan kendalikan maklumbalas daripada peserta
• c. Kekalkan peranan sebagai pemudahcara yang berkesan dan dapat
bezakan antara kandungan kerja dan proses kerja.
• d. Kekalkan objektif sebagai pemudahcara dan hindarkan sifat
kecenderungan peribadi
• e. Adaptasi kepada situasi yang berubah-berubah.
KEMAHIRAN PERSEMBAHAN & PENAMPILAN
DIRI (PRESENCE & PRESENTATION SKILLS)
• Membantu kumpulan menentukan dan mencapai objektif yang jelas dan
boleh diurus
• Teliti dan berpengetahuan dalam penyediaan bahan-bahan sebelum
persembahan.
• Penggunaan peralatan untuk persembahan seperti carta flip, projektor,
komputer, mikrofon dll. dengan betul
• Gunakan bahasa badan dan suara dengan berkesan untuk berhubung serta
melibatkan peserta.
• Uruskan masa yang ada dengan seimbangkan jadual dan objektif kursus.
• Menggunakan humor apabila sesuai (bersahaja, santai, ceria dan kreatif)
KEMAHIRAN LOGISTIK & PENGETAHUAN
(LOGISTICS SKILLS & KNOWLEDGE)
1. Merancang dan membuat persiapan
2. Mengembangkan agenda penglibatan yang berkesan
3. Memastikan kemudahan sesuai (Persekitaran fizikal) dan bekalan
mencukupi untuk sesi yang akan dijalankan.
4. Persediaan ahli kumpulan mengikut kepakaran, maklumbalas dan
tindakan susulan.
5. Mengendalikan sesi mesyuarat/bengkel dengan berkesan
6. Menggunakan kemudahan secara optimum (Masa, ruang kerja,
peralatan dll.)
KEMAHIRAN CAMPUR TANGAN
(INTERVENTION SKILLS)
1. Menyelesaikan konflik antara peserta.
2. Memudahkan segala persiapan dan penutupan aktiviti kumpulan
3. Sentiasa memastikan perbincangan kumpulan mengikut tugasan
yang diberikan
4. Sentiasa menggalakkan dan menghargai pendapat orang lain.
5. Mengenal pasti perkara untuk mendapatkan kesepakatan dalam
kumpulan.
6. Kenalpasti segala andaian dan agenda tersembunyi. 7. Cekap
mengenalpasti dan campur tangan dalam menangani permasalahan
KEMAHIRAN PENGURUSAN & KESEDARAN KUMPULAN
(GROUP AWARENESS & MANAGEMENT SKILLS)
1. Menetapkan peraturan asas (Ground rules) dan
menguatkuasakannya
2. Membina kepercayaan dan dapatkan kerjasama kumpulan untuk
keselesaan setiap individu
3. Menggunakan “masalah” sebagai peluang pembelajaran
4. Sensitif kepada isu kumpulan dan cara mengatasinya.
5. Menggalakkan idea dan kreativiti dari peserta dengan berkesan
6. Menghormati kebijaksanaan dan keupayaan kumpulan untuk
melakukan kerja mereka sendiri
7. Mengekalkan suasana yang selamat - secara fizikal dan emosi
KEMAHIRAN MENGHUBUNG KAIT (RELATING WITH
OTHERS)
1. Menunjukkan kebolehan untuk mendengar
2. Memberi kuasa kepada kumpulan untuk menyelesaikan masalah mereka
sendiri dan memproses isu mereka sendiri
3. Penggunaan “senyap” sebagai alat untuk meredakan suasana yang
tegang
4. Menunjukkan keupayaan untuk menjadi empati (menyelami dan
memahami perasaan atau emosi orang lain) untuk menyesuaikan diri
mengikut situasi.
5. Bersetuju, menyokong dan mengesahkan pendapat orang lain yang
sesuai
6. Mentafsir dan menjelaskan andaian supaya komunikasi lebih berkesan.
7. Boleh mencabar jika pendapat yang diutarakan tidak sesuai.
TERIMA KASIH
Rujukan
• https://www.ciast.gov.my/wp-
content/uploads/2019/PPL/FASILITATOR/Nota_fasilitator/Slide%201%
20PENGENALAN%20FASILITATOR.pdf