The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by girlusm, 2018-12-28 03:06:35

soal jawab pbd

soal jawab pbd pdf

SOAL JAWAB PBD

Soalan Lazim PBD
Dari laman web BPK, KPM : https://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-
lazim/kurikulum

1. Apakah PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan
dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?

PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada
tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?

PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat komponen dalam PBS iaitu
Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksrian Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata
pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid
dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam
pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran yang terlibat dengan PBD?

Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

5. Mengapa PBD penting?

PBD dapat membantu guru dalam:
 Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
 Mengetahui keberkesanan pengajaran
 Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
 Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

6. Bagaimana PBD dilaksanakan?

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD
dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

 Pemerhatian
 Penulisan
 Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan
Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

7. Apakah pertimbangan profesional?

Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid
yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.

8. Bagaimana PBD dilaporkan?

Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail
Excel yang digunakan secara luar talian. Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta
dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang
dilaksanakan?

Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua
mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen
pentaksiran yang digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi
(perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan kualiti PBD?

Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
 Pengetua/Guru Besar
 Penolong Kanan Pentadbiran
 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 Penolong Kanan Ko Kurikulum
 Penolong Kanan Petang
 Penolong Kanan Pendidikan Khas
 Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang
 Ketua Panitia
 Guru Cemerlang
 Jurulatih Utama
 Mana-mana guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?

Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

12. Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat
berkaitan KSSM?

 Buku Panduan
 Laman sesawang http://bpk.moe.gov.my
 JPN
 PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod transit?

Tidak. Perekodan boleh dilakukan dalam dokumen seperti rekod mengajar, buku catatan guru,
senarai semak, templat pelaporan Excel atau lain- lain tempat merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format pelaporan penguasaan murid
dalam PBD?

Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dalam laman
web BPK. Pelaporan dibuat dua kali setahun.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang baharu ini untuk semua
Tahun dan Tingkatan?

Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum
KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan. Ini bermakna pada tahun 2018, templat
pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2. Manakala
templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3
KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5
pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022. Semua templat pelaporan yang baharu akan
dimuat naik di laman web BPK lebih kurang enam bulan sebelum tahun pelaksanaannya.

16. Mengapa tiada surat siaran atau pekeliling untuk melaksanakan
PBD?

PBD merupakan sebahagian dari kurikulum. Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi
dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran. Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku
secara serentak dan tidak memerlukan surat pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil. 8/2016 manakala surat pekeliling bagi
melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap
Penguasaan Keseluruhan?

Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran
bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut. Tahap

Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran
tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

Soalan Tambahan
1. Sejauh mana PBD mampu diperkasakan dan dihayati oleh warga sekolah
2. Bagaimana memastikan ketelusan pentaksiran di peringkat sekolah
3. Adakah implikasi umum akan memberi persepsi bahawa tugas guru semakin ringan
dan mudah

1. Jika tiada peperiksaan, murid langsung tiada tekanan, tiada motivasi nak belajar,
kesannya makin malas nak belajar.
2. Ibubapa tidak nampak secara jelas pencapaian anak. Markah Peperiksaan salah satu
petanda pencapaian murid.

3. Bimbang ada sesetangah cikgu tidak adil kpd anak murid.
1. Apa kaedah yang paling sesuai diguna utk menilai murid? Lisan, lembaran kerja,
perubahan tingkah laku?
2. Berapa kali pentaksiran yang perlu dijalankan pada seorang murid? Hari, minggu,
bulan dsb..

edited

1. Adakah cara lain utk kita menguji tahap penguasaan murid ?
2. Bagaimana cikgu mengukur tahap penguasaan 3 m anak didik cikgu ???
3. Sejauh mana kami sebagai ibu bapa murid, tahu tahap pencapaian mereka.. apakah
senarai semak yang digunakan ???
a. Adakah akan wujud favouritisme dalam penilaian guru?
b. Dokumentasi baru yang menambah bebanan guru?
c. Selamatkah masa depan anak saya jika guru tidak menyukai anak saya?
d. Ketelusan?
e. Adakan murid murid tahu meteka akan dinilai sepanjang masa dalam bilik darjah?

Sekadar soalan yang akan diaju oleh ibu bapa dan guru.
Hakikatnya setiap perkara batu pasti ada pro dan cons.. perlu masa untuk cuba jaya.
Guru risau dengan tambahan kerja dan dokumentasi akibat kurang kefahaman dalam
pelaksanaan. Kebarangkalian terjadi seperti dikatakan oleh KPPM, kecairan dan
kepekatan akan berlaku ikut fahaman negeri dan daerah.

Tambahan banyak program yang diturunkan oleh pihak kpm masih tidak difahami

sepenuhnya oleh guru guru seperti pak21, kbat, skpmg2 dll.

Di pihak ibu bapa, bimbang ketelusan dan intergriti guru. Makluman kepada ibu bapa
tidak disampai dengan baik oleh pihak sekolah. Ibu bapa juga belum bersedia dengan
sistem ini

Beri masa dan jangan putus asa untuk memberi kefahaman kepada semua pihak untuk
jalankan ikut arahan yang tepat dan tidak ditokok tambah. In sya allah sedikit demi
sedikit, sistem.kita akan berubah seperti yang dihasratkan.

Manfaatkan design thinking untuk membantu merangka intervensi yang berkesan untuk
membantu pendedahan berkesan kepada warga8 sekolah, ibu bapa dan murid murid.
Bukan sekadar cara biasa biasa.

Hanya satu pandangan. Terima kasih.


Click to View FlipBook Version