ADAB DENGAN GURU
Assalamualaikum kawan-kawan…
Saya……………………………………..pengawas bertugas menyampaikan
ibrah hari ini. Tajuk yang akan saya sampaikan hari ini ialah Adab Dengan
Guru.
1. Sebagai seorang murid, Antara adab yang pertama adalah sentiasa
menghormati guru. Kita hendak lah menghormati guru dengan cara, apabila
bertemu dengan guru hendaklah berdiri dan memberi salam kepada mereka,
dengan cara penuh beradab dan sopan santun.
2. Apabila kita ingin bertanyakan soalan kepada guru, hendak lah mengangkat
tangan dan meminta izin terlebih dahulu sebelum bertanya. Jika diizinkan,
barulah ajukan soalan. Hendaklah kita menggunakan Bahasa yang sopan dan
jelas supaya guru faham soalan yang hendak ditanya.
3. Sebagai seorang murid, diam ketika guru sedang menyampaikan ilmu adalah
amalan yang mulia. Seseorang murid menjadi mulia pada masa mereka
memuliakan gurunya.begitu juga sebaliknya. Guru adalah insan yang perlu kita
hormati dan dikenang jasanya.
4. Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru. Sebagai seorang murid,
perlakuan meninggikan suara kepada guru adalah salah satu daripada sahsiah
yang tercela. Jika ingin menegur seseorang, kita diajar untuk menggunakan
Bahasa yang baik dan bukan sebaliknya.
5. Sebagai seorang murid, jauhkan diri kita daripada banyak bergerak-gerak
seperti memalingkan muka kekiri dan kanan, ketika guru berada di hadapan.
Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak beradab. Memberi
perhatian semasa guru mengajar merupakan salah satu daripada adab yang
terpuji. Oleh itu sebagai seorang murid, kita hendaklah memberi sepenuh
perhatian kepada ilmu yang disampaikan oleh guru.
6. Elakkan membuat sesuatu yang tidak disukai oleh guru, kerana keberkatan ilmu
terletak kepada keredhaan seorang guru. Hendaklah seorang murid yang
mendapat ilmu daripada gurunya, mengamalkan ilmu tersebut dan
menyampaikan pula kepada orang lain. Ilmu yang diperoleh tidak akan
berkurang walaupun dikongsi kepada orang lain.
SEBAGAI PENUTUP, SEMOGA KITA DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DAN AMALKAN
IBRAH YANG DIPELAJARI PADA HARI INI.
SEKIAN TERIMA KASIH