Pakaian Seragam UNIFORM NO.3 - (WANITA)
Pakaian Seragam UNIFORM NO.4 - (LELAKI)
Pakaian Seragam UNIFORM NO.4 - (WANITA)
Pakaian Seragam UNIFORM NO.4B - (LELAKI)
Pakaian Seragam UNIFORM NO.4B - (WANITA)
Pangkat dan lencana kemahiran BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 1 Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-PertuanAgong FIELD MARSHALL 2 Menteri Pendidikan Malaysia 1. Ketua Menteri (menggungkanJat a Negeri) 2. Menteri Besar (menggunakanJat a Negeri) 3. PENAUNG KRS MALAYSIA 3 Timbalan Menteri Pendidikan PENASIHAT KEHORMAT KRS MALAYSIA
Pangkat dan lencana kemahiran BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 4 i.Exco Kerajaan Negeri ii.KetuaSetiausaha KPM iii.TimbalanKetuaSetiaus aha KPM Penasihat Kehormat KRS 5 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ketua Pengarah KRS Malaysia 6 Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan Ketua Pengarah KRS Malaysia 7 i. Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM ii. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) i. Pengarah KRS Malaysia ii. Rektor KRS IPGM
Pangkat dan lencana kemahiran BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 8 i. Pengarah Bahagian di KPM ii. Pengarah JPN iii. Pengarah IPG Kampus iv. Timbalan Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM v. Timbalan Rektor IPGM i. Pengarah KRS Bahagian ii. Pengarah KRS JPN iii. Pengarah KRS IPG Kampus iv. Timbalan Pengarah KRS Malaysia v. Timbalan Rektor KRS IPGM 9 i. Timbalan Pengarah Bahagian di KPM ii. Timbalan Pengarah JPN iii. Timbalan Pengarah IPG Kampus iv. Ketua Penolong Pengarah (Pasukan Badan Beruniform) Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM v. Ketua Penolong Pengarah IPGm vi. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah i. Timbalan Pengarah KRS Bahagian ii. Timbalan Pengarah KRS JPN iii. Timbalan Pengarah KRS IPG Kampus iv. Ketua Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Ketua Penolong Pengarah KRS IPGM vi. Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah
Pangkat dan lencana kemahiran BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 10 i. Ketua Penolong Pengarah Bahagian di KPM ii. Ketua Penolong Pengarah di JPN Ketua Penolong Pengarah di IPG Kampus iv. Pen. Pengarah (Pasukan UB BSKK, KPM) v. Penolong Pengarah di IPGM vi. Tim. Ketua Pegawai Pendidikan Daerah i. Ketua Pen. Pengarah KRS Bahagian ii. Ketua Penolong Pengarah KRS JPN iii. Ketua Penolong Pengarah KRS IPG Kampus iv. Penolong Pengarah KRS Malaysia v. Penolong Pengarah KRS IPGM vi. Timbalan Ketua Pegawai Pendidikan KRS Daerah 11 i. Penolong Pengarah Bahagian di KPM ii. Penolong Pengarah di JPN iii. Penolong Pengarah IPGK iii. Pen. Pegawai Pendidikan Daerah v. Pengetua/Guru Besar (Sekolah) vi. Panel KRS Kebangsaan, Sekreteriat KRS Kebangsaan (Pegawai Tadbir KRS Negeri), Sekreteriat KRS IPG. Ditauliahkan oleh KPM setelah memenuhi syarat kelayakan/ setelah hadir seta lulus kursus i. Pen. Pengarah KRS Bahagian. ii. Pen. Pengarah KRS JPN iii. Pen. Pengarah KRS IPG Kampus iv. Pen. Pegawai Pendidikan KRS Daerah v. Komandan KRS/TKRS Sekolah vi. Leftenen Kolonel KRS
Pangkat dan lencana kemahiran BIL. PENYANDANG PANGKAT TANDA PANGKAT 12 i. Pen. Kanan (GPK) Tadbir dan Kurikulum/HEM/Kokurikulu m/GPK Petang ii. Pensyarah di IPGK iii. Pegawai Tadbir KRS dan TKRS Daerah, Pegawai Latihan KRS di IPG (ditauliahkan oleh KPM setelah memnuhi syarat dan hadir serta lulus kursus dan temuduga) i. TImbalan Komandan KRS Sekolah ii. Pensyarah KRS IPG Kampus iii. Mejar KRS 13 i. Guru Kanan Mata Pelajaran ii. Pegawai Latihan KRS di IPGK/ sekolah (ditauliahkan oleh JPN/IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) i. Pen. Komandan KRS Sekolah ii. Kapten KRS 14 i. Pegawai Latihan KRS di IPGK dan sekolah Leftenan KRS 15 Guru Penasihat KRS & TKRS di Sekolah/Pelatih di IPG Leftenan Muda KRS 16 Guru Penasihat KRS & TKRS di sekolah Guru pelatih di IPG yang belum mengikuti kursus/belum ditauliah Pegawai Kadet
5.0 LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN
MINGGU 1 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 1 Tarikh: 10 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar/Dewan Badminton IPGM Kampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: TOPIK 1 1. Pengurusan dan Pentadbiran • Pendaftaran ahli dan kumpulan • Kuasa penganjur • Struktur unit • Pengurusan buku log/folio/laporan aktiviti • Tanggungjawab pegawai • Pakaian seragam ahli dan pegawai • Takwim dan rancangan aktiviti • Pengurusan badan unit beruniform secara sistematik dan terancang
MINGGU 1 Aktiviti/perkara: Melaksanakan perhimpunan pagi bersama dengan semua Unit Beruniform. Istiadat perhimpunan pagi KRS. Pemeriksaan tatacara pemakaian baju Unit Beruniform KRS oleh beberapa jurulatih seperti Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah, Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani, Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. Mempelajari bahasa hukuman dengan betul seperti, masuk baris dalam kawad kaki oleh Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani. Mengikuti kuliah teori berkenaan dengan topik 1 bersama Mejar Shelen Aderina Kok. Refleksi: Pada minggu pertama, seawal jam 7:00 pagi semua Unit beruniform termasuk KRS telah mengikuti perhimpunan pagi di gelanggang bola tampar IPG Kampus Kent. Selepas itu, jurulatih setiap UB telah membuat pemeriksaan terhadap tatacara pemakaian dan juga kelengkapan uniform kadet. Pemeriksaan tersebut agak sedikit lama kerana terdapat beberapa kadet yang tidak memakai aksesori kelengkapan uniform dengan betul walaupun sudah mempelajari tatacara pemakaian baju uniform KRS. Selain itu, terdapat juga pakaian kadet yang tidak lengkap termasuk saya yang tidak mempunyai kasut kawad pada masa itu. Hal tersebut telah menyebabkan kami lewat untuk naik ke Gelanggang Badminton untuk meneruskan kuliah teori bersma dengan Mejar Shelen Aderina Kok. Oleh kerana itu, kuliah tersebut telah dilaksanakan dengan agak sedikit terburu-buru, namun begitu kuliah tersebut dapat diselesaikan dengan jayanya. Bagi penambahbaikan pada diri saya, adalah lebih baik jika saya telah menempah kasut kawad tersebut dengan lebih awal agar saya dapat melengkapkan pakaian uniform. Selain itu, walupun sudah diber taklimat tentang tatacara pemakaian uniform KRS, saya perlu juga merujuk di internet untuk pengetahuan lebih lanjut agar lebih jelas tentang pemakaian uniform KRS.
MINGGU 1 (Lampiran) Ahli KRS mendapat taklimat ringkas sebelum menjalankan aktiviti minggu pertama Mejar Shelen memberi pendedahan dan penerangan tentang istiadat kawad KRS Ahli Kadet Remaja Sekolah bergambar bersama Mejar Shelen setelah selesai latihan
MINGGU 2 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 2 Tarikh: 17 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 2 2. Sejarah, Perlembagaan, Struktur dan Organisasi Pertubuhan • Sejarah - Sejarah pengasas - Sejarah penubuhan - Sejarah penubuhan di Malaysia • Perlembagaan - Tujuan penubuhan - Prinsip-prinsip asas pertubuhan - Perlembagaan pertubuhan - Lambang dan cogan kata - Bendera dan lagu pertubuhan • Struktur dan organisasi - Struktur dan organisasi peringkat kebangsaan/negeri/daerah/IPGM/IPGK - Struktur dan organisasi peringkat sekolah - Fungsi majlis tadbir
MINGGU 2 Aktiviti: Perhimpunan pagi dengan semua Unit Beruniform Istiadat perhimpunan pagi KRS yang dikendalikan oleh platun Bravo. Pemeriksaan pakaian oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Latihan kawad kaki statik dan kawad Istiadat untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dengan Skuad Shafil Afique Bin Shaharuddin sebagai komandan. Latihan kawad dinamik bagi KRS oleh Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih dan Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah. Tepukan KRS. Persembahan tarian perang. Menyanyikan lagu Dindaku Sayang. Refleksi: Pada minggu kedua, seperti biasa semua UB telah melaksanakan perhimpunan pagi dan KRS juga telah melaksanakan istiadat perhimpunan pagi, namu pada kali ini, kami telah dipuji oleh Mejar Shelen Aderina Kok kerana terdapat peningkatan terhadap pengendalian perhimpunan oleh kami, walaupun baru memasuki minggu kedua. Selain itu, kami juga telah berkerjasama dalam menyediakan tarian perang namun pada masa itu, hanya kadet lelaki yang telah mempersembahkannya kerana kadet perempuan tidak sempat berlatih dengan mereka. Manakala, kami juga telah menyanyikan lagu Dindaku Sayang dengan penuh semangat walaupun masih terdapat kesilapan seperti salah lirik lagu, kami tetap berusaha meneruskan persembahan kami sehingga selesai. Untuk kelemahan saya pada masa itu, saya telah ditegur oleh Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah kerana masih belum memakai kasut kawad pada masa itu kerana kasut yang saya tempah belum sampai. Saya juga agak kurang sihat pada masa itu, menyebabkan saya tidak mampu meneruskan untuk mengikuti istiadat perhimpunan pagi KRS. hal ini kerana saya tidak bersarapan pada pagi itu, oleh hal tersebut, saya menjadi lebih peka untuk mengambil sarapan setiap pagi sebelum pergi kuliah.
MINGGU 2 (lampiran) Ahli KRS menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS Nyanyian lagu Dindaku Sayang dan juga tarian perang KRS Ahli KRS menjalankan latihan kawad statik
MINGGU 3 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 3 Tarikh: 24 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 3: -Orientasi Kurikulum - Kurikulum TKRS - Perancangan program -Skim latihan
MINGGU 3 Aktiviti/perkara: Perhimpunan pagi bagi semua Unit Berunifrom. Istiadat perhimpunan pagi KRS oleh Platun Charlie. Taklimat tentang tugasan seperti memilih dan merancang satu program tahunan untuk Unit Beruniform KRS dan Membaca nota mengenai orientasi kurikulum di Google Classroom oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Melakukan tarian perang, tepukan KRS dan menyanyikan lagu Dindaku Sayang. Latihan mengenai hukuman kawad masuk baris dalam platun masing-masing oleh Kapten Zainuddin. Mencipta satu yell dan mempersembahkannya. Refleksi: Pada minggu ketiga, aktiviti pada masa itu dilaksanakan dengan baik dimana, kami semua telah menunjukkan kerjasama yang sangat baik dari segi persembahan tarian perang, dimana semua kadet telah terlibat pada masa ini. Tidak lupa juga pada masa itu, kami juga telah menyanyikan lagu Dindaku Sayang dengan tepukan KRS yang sangat bersemangat. Latihan kawad masuk baris juga telah dilaksanakan dalam platun dimana saya sebagai Platun Echo sangat berpuas hati dengan kerjasama ahli Platun Echo yang sangat bersemangat berlatih. Namun saya tidak sempat mencuba menjadi sebagai komandan pada masa itu kerana masa yang diberikan agak singkat. Aktiviti diteruskan dengan mencipta yell dalam platun masing-masing, dan pada masa itu kami sebagai Platun Echo berbincang dengan teliti untuk mencipta yell untuk platun. Setelah mencipta yell platun masingmasing, kami telah mempersembahkan yell mengikut platun masing-masing dengan penuh semangat. Dari segi kelemahan pula, saya masih tidak yakin untuk menjadi komandan semasa berlatih kawad masuk baris oleh kerana saya masih belum menghafal sepenuhnya bahasa hukuman untuk kawad masuk baris tersebut. Oleh itu, saya perlu mengambil peluang yang ada pada masa akan datang agar saya dapat mencuba perkara baharu bagi meningkatkan lagi pengetahuan dalam diri.
MINGGU 3 (lampiran) Ahli KRS menjalankan istiadat perhimpunan pagi KRS Latihan kawad masuk baris dalam platun masing-masing Perbincangan persembahan yell dalam platun masing-masing Ahli kadet bergambar dengan jurulatih
MINGGU 4 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 4 Tarikh: 31 Januari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Asas kawad kaki - Bahasa hukuman Aktiviti Tambahan: Aktiviti tambahan dilaksanakan sebagai persiapan Karnival Unit Beruniform yang berlansung pada 1 dan 2 Mac 2024 dan juga Perkhemahan Unit Beruniform Aktiviti gabungan bersama PPIM mengenai Simpulan & Ikatan. Simpul manuk. Simpul Balak. Overhand knot. Simpul buku sila.
MINGGU 4 Aktiviti/perkara: Perhimpunan pagi bagi semua Unit Beruniform. Istiadat perhimpunan pagi KRS oleh Platun Delta. Pemeriksaan pakaian kadet oleh mejar Shelen Aderina Kok. Taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan, iaitu kawad istiadat, kawad statik, kawad dinamik serta aktiviti gabungan simpulan dan ikatan. Aktiviti gabungan simpulan dan ikatan bersama Unit Beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Oleh Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih dan Mejar Herman Bin Tajing. Refleksi: Pada minggu keempat, seperti biasa kami akan melaksanakan perhimpunan pagi untuk semua UB dan Istiadat perhimpunan pagi KRS. Selepas itu kami juga telah mempelajari simpulan dan ikatan di dewan bersama dengan Unit Beruniform PPIM. Kekuatan yang saya dapat lihat dalam diri kami pada masa itu adalah, wujudnya kerjasama antara Unit Beruniform PPIM dan KRS semasa mengikuti pembelajaran simpulan dan ikatan di dewan serbaguna IPG Kampus Kent. Kerjasama tersebut dapat dilihat apabila kami saling memberi tunjuk ajar antara satu sama lain jika ada yang kurang mahir dalam simpulan dan ikatan tersebut. Oleh itu, saya juga telah berjaya mempelajari beberapa simpulan dan ikatan berkat dari pelaksanaan aktiviti tersebut dan juga jurulatih yang hebat seperti Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih dan Mejar Herman Bin Tajing. Bagi kelemahan pula, tali yang kami gunakan untuk berlatih dalam simpulan dan ikatan agak kurang sesuai untuk digunakan mengikat. Hal tersebut menyebabkan saya mengalami sedikit kesukaran untuk membuat simpulan atau ikatan kerana tali tersebut agak licin dan mudah terurai apabila digunakan. Oleh itu, untuk masa akan datang, sebelum membeli tali, saya perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu atau bertanya kepada jurulatih.
MINGGU 4 (lampiran) Unit KRS menjalankan Istiadat perhimpunan pagi Demonstrasi simpulan dan ikatan oleh Kapten Suhairullah dan Tuan Herman Ahli KRS dan juga PPIM menjalankan aktiviti simpulan dan ikatan
MINGGU 5 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 5 Tarikh: 7 Februari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Asas kawad kaki - Kawad statik Aktiviti Tambahan: Aktiviti tambahan dilaksanakan sebagai persiapan Karnival Unit Beruniform yang berlansung pada 1 dan 2 Mac 2024 dan juga Perkhemahan Unit Beruniform. Aktiviti Pembinaan Mini Gajet Kraftangan.
MINGGU 5 Aktiviti/perkara: Istiadat perhimpunan pagi KRS oleh Platun Echo. Pemeriksaan pakaian kadet oleh Kapten Dohimbang Bongkihoi. Taklimat berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan. Membuat mini kraftangan dengan bahan terpakai 3 orang dalam 1 kumpulan. Membentangkan hasil kraftangan . Refleksi: Pada minggu kelima, perhimpunan bagi semua Unit Beruniform telah dibatalkan oleh kerana semua pensyarah Unit Kokurikulum terlibat dengan Bina Insan Guru. Istiadat perhimpunan pagi KRS dilaksanakan oleh Platun Echo iaitu platun saya sendiri. Saya telah mengambil bahagian untuk bertugas dalam perhimpunan tersebut sebagai wakil platun menerima fail laporan dari Platun Delta. Kekuatan yang saya dapat katakan adalah kerjasama platun kami yang telah membincangkan lebih awal tentang pembahagian tugas sebelum 2 hari sebelum kejadian. Selain itu, terdapat juga kerjasama dan semangat yang kuat dalam kumpulan saya semasa mencari bahan untuk membuat kraftangan tersebut. Kami juga telah membahagikan tugas seperti, siapa yang akan mencari bahan, membuat kraftangan dan membentangkan kraftangan yang telah dihasilkan. Yang paling membanggakan lagi, kumpulan kami telah terpilih sebagai pemenang pada masa itu, walaupun ianya bukan pertandingan namun usaha kami telah dihargai. Untuk kelemahan, saya masih kurang tau tentang protokol mengambil fail laporan semasa istiadat perhimpunan tersebut. Saya juga lupa membawa bahan dan alatan yang digunakan untuk menghasilkan kraftangan, menyebabkan kami perlu mengambil daun kelapa menggunakan tangan. Oleh hal yang demikian, saya perlu berlatih lagi tentang protokol semasa mengambil fail dan juga sentiasa peka dengan aktiviti yang akan dijalankan agar dapat bersedia awal.
MINGGU 5 (lampiran) Unit KRS menjalankan Istiadat perhimpunan pagi Ahli KRS mencari bahan buangan dan menghasilkan kraf tangan Persembahan kraf tangan yang dihasilkan Bergambar bersama Kapten Dohimbang
MINGGU 8 Kod Kursus: MPU3471A Nama Kursus: KOKURIKULUM – Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah Minggu Interaksi: Minggu 8 Tarikh: 28 Februari 2024 Masa: 7.00 pagi Tempat: Gelanggang Bola Tampar dan Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent Kehadiran Ahli: 32 Ahli Kadet Remaja Sekolah Nama Jurulatih: i). Mejar Shelen Aderina Kok ii). Mejar Ahmad Fauzi Bin Mohd Satnih. iii). Kapten Suhairullah Bin Omar Ramih iv). Kapten Dorothea Marukau@Nuratiqah v). Kapten Zainudin Bin Ab. Ghani vi). Kapten Daisy Constance Anak Banta vii). Kapten Herman bin Tajing Tajuk: Topik 4: 4. Kawad • Kawad Istiadat -Istiadat perhimpunan Aktiviti Tambahan: Aktiviti gabungan UB Pertolongan Cemas = Pengakap + KRS + BSMM
MINGGU 8 Aktiviti/perkara: Perhimpunan pagi bersama semua UB. Istiadat perhimpunan pagi KRS oleh Platun Bravo. Taklimat tentang bengkel pertolongan cemas oleh Mejar Shelen Aderina Kok. Menyertai bengkel pertolongan cemas yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan BSMM. Refleksi: Pada minggu kelapan, perhimpunan bagi semua UB dan istiadat perhimpunan KRS telah Dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas itu, kami telah menyertai bengkel pertolongan cemas yang dikendalikan oleh jurulatihb jemputan BSMM. Bagi kekuatan semasa bengkel pertolongan cemas, kami telah menyediakan kain anduh sendiri yang dibeli dengan wang pungutan kami sendiri. Hal tersebut memperlihatkan kerjasama kami dalam mempersiapkan diri sebelum mengikuti bengkel tersebut. Semasa bengkel dijalankan kami juga bersungguh-sungguh untuk mempelajari tentang pertolongan cemas tersebut seperti, menggunakan kain anduh untuk membalut dan memberi bantuan CPR yang betul terhadap orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Saya juga telah mempelajari semua pertolongan cemas yang telah diajar dan ia sangat berguna untuk saya pada masa yang akan datang. Kelemahan yang saya dapat lihat adalah, saya tidak berani mencuba untuk mendemonstrasi CPR kerana saya sedikit malu dan risau jika saya melakukan kesilapan. Oleh itu, pada masa akan datang saya perlu sentiasa bersedia untuk mencuba perkara yang baharu aggar saya dapat mempelajarinya dengan lebih dalam lagi.
MINGGU 8 Rajah 1: Unit Krs mendengar taklimat Bengkel Pertolongan Cemas Rajah 2: Demonstrasi teknik penggunaan kain anduh dan bantuan pernafasan
REFLEKSI KARNIVAL UNIT BERUNIFORM
Aktiviti: Persediaan tempat pameran Menyiapkan gajet Persediaan bagi setiap pertandingan Latihan kawad Pameran UB / Gajet Pada hari pertama berlangsungnya Karnival Unit Beruniform IPG Kampus Kent Tuaran, terdapat dua sahaja pertandingan yang telah berlangsung iaitu pertandingan pameran Unit Beruniform dan juga pertandingan gajet. Pertandingan tersebut telah dijalankan pada masa petang kerana untuk memberi laluan kepada setiap UB untuk bersedia dari awal pagi. Bagi aktiviti masa pagi pada hari tersebut, saya dan rakan saya yang telah menyertai pertandingan masakan rimbah membuat persediaan seperti, membuat alas sebagai alas menghidang masakan nanti, Sementara itu rakan yang lain juga turut membuat persiapan dengan pertandingan yang telah disertai masing-masing. Bagi kekuatan pada hari tersebut adalah, kami semua berkerjasama dalam menyediakan keperluan untuk setiap pertandingan, bahkan beberapa hari sebelum, kami juga bertungkus-lumus mencari kayu dan bahan-bahan untuk membuat gajet. Kerjasama yang kukuh juga dapat dilihat apabila kadet yang tidak terlibat langsung dengan sesebuah pertandingan tersebut gigih membantu rakan yang lain. Sebagai contoh, rakan saya yang menyertai kawad turut membantu kami dalam persediaan masakan rimbah selepas mereka siap melakukan latihan kawad. Bagi kelemahan pula, kami terlalu awal menyediakan bekas makanan seperti potongan buluh, menyebabkan beberapa bekas tersebut mengering dan tidak dapat digunakan. Oleh keranan hal tersebut, kami terpaksa menggantikkannya dengan batang buluh yang baru pada hari pertama untuk digunakan semasa pertandingan. Bagi penambahbaikan, kami perlu berfikir terlebih dahulu apabila membuat sesuatu agar tidak menyusahkan diri sendiri kelak. hARI PERTAMA (1 MAC 2024)
Aktiviti: Pertolongan cemas dan orientering Masakan rimbah dan kawad Malam kebudayaan. Pada hari kedua Karnival Unit Beruniform IPG Kampus Kent Tuaran, kami telah tiba di Dewan Serbaguna IPG Kampus Kent untuk menghadiri perhimpunan bersama rektor. Perhimpunan tersebut telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas perhimpunan tersebut, pertandingan pertolongan cemas dan orientering telah dijalankan secara serentak, sementara bagi yang tidak terlibat dengan pertandingan yang berlangsung tersebut, kami telah membuat persediaan untuk pertandingan yang akan berlangsung seterusnya. Pertandingan masakan rimbah dan kawad kaki juga telah dijalankan secara serentak dan pada malam pula telah berlangsung pertandingan malam kebudayaan. Kekuatan pada masa tersebut dapat dilihat melalui kerjasama kami semasa setiap pertandingan berlangsung, sebagai contoh, seperti pertandingan yang saya sertai iaitu masakan rimbah dan dan juga malam kebudayaan. Saya dapat perhati bahawa setiap dari kami bersungguh-sungguh untuk menyumbangkan skor kepada Unit Beruniform KRS. Semasa pertandingan malam kebudayaan berlangsung, terdapat juga penyertaan daripada rakan yang lain untuk menyokong persembahan kami pada malam itu, sehingga Unit Beruniform KRS telah berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan malam kebudayaan tersebut. Dari sudut kelemahan pula, semasa latihan persembahan malam kebudayaan, sesetengah dari kami masih kurang yakin untuk mempersembahkan lakonan. Hal ini kerana, kami kurang penghayatan dalam watak dan tidak bersungguh-sungguh mempersembahkan lakonan tersebut. Oleh itu, kami diberikan teguran, penambahbaikan serta nasihat oleh Mejar Shelen Aderina Kok untuk lebih bersungguh-sungguh dalam persembahan tersebut. Namun begitu, berkat dari teguran dan nasihat Mejar Shelen Aderina Kok tersebut, kami telah membuat persembahan sebaik-baiknya sehingga berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan malam kebudayaan dan tempat kedua bagi keseluruhan. hARI KEDUA (2 MAC 2024)
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM
PERANCANGAN TAKWIM