PENGENALAN Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Program Bijak Sifir ini akan diadakan selama 6 minggu, dimana murid-murid yang terlibat akan diberi satu Kad Bijak Sifir yang memerlukan mereka untuk mendapatkan tandatangan guru, ibu atau bapa. Bagi mendapatkan tandatangan tersebut, murid perlu membaca sifir tanpa melihat buku sifir dihadapan guru, ibu atau bapa. Sifir yang ditetapkan ialah sifir 2, sifir 3, ,sifir 4, sifir 5, sifir 6, sifir 7, sifir 8 , sifir 9 , sifir 10 , sifir 11 dan juga sifir 12. Ini bermakna, murid-murid perlu mendapatkan 33 tandatangan . Murid– murid yang berjaya mendapatkan semua tandatangan dalam tempoh yang ditetapkan akan diberi cenderahati.
MATLAMAT Program ini bertujuan untuk memupuk semangat belajar murid khususnya dalam subjek Matematik dan meningkatkan kemahiran mengingati sifir . Di samping itu , ia mampu meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap subjek Matematik OBJEKTIF Menguasai kemahiran mengingat sifir. Memberi kesedaran pentingnya penguasaan Matematik dalam kehidupan. Persediaan menghadapi ujian-ujian Akademik. Mendisiplinkan diri dengan sikap bertanggungjawab ,berdedikasi dan berbudi pekerti mulia.
ATURCARA MAJLIS 7.45 Pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (Guru Bertugas Mingguan) : Taklimat Penyelaras Program : Ucapan Guru Besar & Perasmian : Persembahan Murid : Penyerahan Kad sifir kepada Semua Guru Matematik : Bersurai
JAWATANKUASA TERTINGGI Pengerusi En. Hamzah bin Mat Salleh (Guru Besar) Naib Pengerusi Pn. Hajah Norhayati bt Mamat (GPK Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 Pn. Norakma binti Ahmad (GPK HEM) Naib Pengerusi 3 En.Mohd Amirul bin Razali (GPK Kokurikulum) Setiausaha Pn. Hayati Binti Yaakob AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pn. Wan Hazrina Binti Wan Kadir (Cenderahati) Pn. Norhasliza binti Mohd Doom (Persembahan) En. Kamarulazmi bin Abu Bakar (P.A. Sistem/ Siaraya) En. Kamaruzzaman bin Mohamed (Persediaan Tempat) Pn. Aminah Rohana binti Omar@Abdul Aziz (Guru Pemulihan Matematik) Pn. Marhaiza binti Mahmud & Pn Noraniza binti Abd Rani (Jurugambar dan Dokumentasi) Pn. Nurussaadah binti Mohammed (Penyediaan Buku Program)