The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pelan Strategik 2019-2023 Kurikulum
SMK Konven St Cecilia, Sandakan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CHONG FUI HA Moe, 2022-02-12 04:29:05

Pelan Strategik 2019-2023 Kurikulum

Pelan Strategik 2019-2023 Kurikulum
SMK Konven St Cecilia, Sandakan

SMK

K Konven St. Cecilia
Sandakan

PELAN STRATEGIK 2019 – 2023
SMK KONVEN ST. CECILIA, SANDAKAN

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH

Pendidikan SMK Konven St Cecilia, Sandakan mempunyai keupayaan dan kebolehan ikhtisas serta
komitmen untuk memberi pendidikan yang sempurna dan berkualiti tinggi bagi memajukan murid kami
demi melahirkan insan yang berdisiplin selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

OBJEKTIF SEKOLAH

1. Sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum.
2. Membudayakan nilai-nilai murni dan semangat kolaboratif serta ingin maju diri di kalangan

warga sekolah.
3. Melahirkan generasi muda yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,

kemahiran dwibahasa, menghayati etika dan kerohanian serta identiti nasional.
4. Mengaplikasikan KBAT dan HOTS dalam Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

MOTTO SEKOLAH

First Things First (Utamakan yang penting)

SLOGAN SEKOLAH

St Cecilia Hebat! Katakan Ya kepada Nombor Ketiga Terbaik di Sandakan.

1

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH

1. Menjadikan SMK Konven St. Cecilia sebagai institusi pendidikan terbaik yang mementingkan
budaya ilmu dan kecemerlangan bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara.

2. Mewujudkan jentera dan sistem pentadbiran sekolah yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan
berteraskan kepada penambahbaikan dan inovasi yang berterusan.

3. Menguruskan segala kerja dengan proaktif, cekap, pantas dan bijaksana.
4. Membimbing murid ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah melalui

penghayatan dan amalan nilai-nilai murni.
5. Memastikan semua murid sekolah ini dapat belajar sepanjang masa dengan lancar, berkesan dan

bermutu.
6. Memastikan perkhidmatan dan pendidikan terbaik kepada semua murid agar menjadi insan

berilmu, berketerampilan, berfikiran matang, berdaya saing, berakhlak mulia, produktif dan inovatif
menjurus ke arah pengisian matlamat wawasan negara.
7. Memastikan semua urusan yang berkaitan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia serta ibu bapa dan guru-guru
disiapkan dengan berkualiti dan dihantar sebelum tarikh akhir tamat.
8. Memberi layanan segera dan mesra kepada semua ibu bapa, penjaga dan tetamu sekolah.
9. Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan selamat sesuai dengan motto sekolah “First Things
First”.

2

PIAGAM GURU

Kami, guru-guru SMK Konven St. Cecilia Sandakan berjanji untuk:

1. Menyediakan rancangan mengajar tahunan, rancangan mengajar harian berdasarkan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebelum 1 Januari setiap tahun.

2. Merancang, merekodkan dan membuat persiapan untuk proses pengajaran dan pembelajaran bagi
setiap subjek satu hingga dua hari sebelum PdPc dijalankan.

3. Memeriksa dan menandakan buku latihan murid dalam masa 7 hari selepas kerja rumah diberikan
dan memberi ulasan dan maklum balas konstruktif untuk mengatasi kelemahan murid dalam
tempoh tiga hari selepas buku latihan itu dikembalikan.

4. Menyediakan soalan-soalan pentaksiran / ujian / peperiksaan berbentuk formatif dan sumatif yang
mengikuti format dan standard kualiti peperiksaan umum sebenar dalam masa tujuh hari sebelum
ujian / peperiksaan diadakan dan menandakan kertas jawapan murid dalam masa lima hari selepas
pentaksiran / ujian / peperiksaan itu diadakan.

5. Merekodkan markah murid, menganalisis keputusan pentaksiran / ujian / peperiksaan dan
merancang tindakan susulan yang sesuai dalam masa 2 minggu selepas pentaksiran / ujian /
peperiksaan itu selesai diadakan.

6. Merancang dan menyelia aktiviti serta mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya dua kali
sebulan untuk menjayakan program kokurikulum setiap unit beruniform sekolah, persatuan / kelab,
sukan dan permainan.

7. Berjumpa dengan ibu bapa murid bermasalah selepas surat amaran ke-3 dikeluarkan mengikut
tatatertib prosedur disiplin sekolah.

8. Berjumpa dengan murid-murid yang memerlukan bimbingan guru sekurang-kurangnya dua kali
sebulan dan memberi motivasi 5 minit kepada semua murid yang diajar setiap kali kelas diadakan.

9. Menghadiri sekurang-kurangnya 7 hari kursus untuk meningkatkan tahap kompetensi dan
profesionalisme diri.

10. Menjalankan penilaian dan mengemukakan laporan bagi setiap aktiviti yang dikelolakan seperti
yang dikehendaki oleh mana-mana pihak atasan dalam masa lima hari selepas arahan dikeluarkan.

3

PIAGAM MURID

Kami, murid-murid SMK Konven St. Cecilia, Sandakan berikrar dan berjanji akan
mengamalkan nilai-nilai dan budaya belajar seperti berikut:

1. Sentiasa menyiapkan kerja yang diamanahkan oleh guru mengikut masa yang ditetapkan.

2. Budaya di dalam kelas
a. Semasa guru mengajar
i. Duduk dengan sopan.
ii. Mendengar dengan taat dan penuh perhatian.
iii. Jika ada persoalan mesti meminta kebenaran guru dengan sopan dan bersungguh-
sungguh.
iv. Bertanya dengan suara yang jelas.
v. Berbincang dengan rakan lain tentang pelajaran.
vi. Hanya buat kerja bagi subjek yang sedang diajar oleh guru.

b. Semasa ketiadaan guru di dalam kelas.
i. Sentiasa senyap dan jika ada keperluan dengan rakan lain, hendaklah bertanya dengan
suara yang sederhana.
ii. Sentiasa berada di tempat duduk masing-masing.
iii. Mesti mengulang kaji pelajaran.
iv. Sentiasa menghargai masa.

3. Budaya semasa berada di dalam kawasan sekolah
a. Sentiasa membawa nota ringkas atau buku.
b. Sentiasa berpakaian sopan dan kemas.
c. Sentiasa menghormati warga sekolah dan tetamu.
d. Sentiasa menjaga kebersihan.

4. Budaya peperiksaan
a. Sentiasa bersedia.
b. Sentiasa gunakan masa yang sepenuhnya dalam peperiksaan.
c. Sentiasa patuhi peraturan peperiksaan.

5. Budaya membaca
a. Membaca sekurang-kurangnya 2 buah bahan bacaan setiap minggu
b. Menulis sinopsis bagi bahan bacaan yang dibaca
c. Meningkatkan ilmu sepanjang masa di sekolah.

4

PERANCANGAN STRATEGIK KURIKULUM 2019 – 2023
SMK KONVEN ST. CECILIA, SANDAKAN

VISI BIDANG KURIKULUM
SMK Konven St. Cecilia, Cemerlang dan Berkesan Dalam Bidang Kurikulum Menjelang Tahun 2023

MISI BIDANG KURIKULUM
Semua guru dan murid akan bersama-sama untuk:

1. Mewujudkan budaya pembelajaran setiap masa.
2. Menyediakan asas yang kukuh dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai

kecemerlangan akademik.

OBJEKTIF PROGRAM KURIKULUM
1. Membantu mencapai visi sekolah iaitu Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
2. Merancang, melaksanakan dan memantau program-program kurikulum untuk meningkatkan
pencapaian akademik menjelang 2023 dengan objektif khusus berikut:
2.1 Meningkatkan prestasi akademik murid kepada dengan sekurang-kurangnya 60% lulus di
semua tingkatan.
2.2 Menambah baik GPS (gred purata sekolah) di bawah 3.00 pada peringkat PT3.
2.3 Menambah baik GPS (gred purata sekolah) di bawah 4.70 pada peringkat PT3.
2.4 Menyediakan kursus yang sesuai kepada semua guru sebagai pemantapan dalam
pelaksanaan KSSM, PBS dan PBD.
2.5 Meningkatkan kualiti Pep dengan kekerapan pemantauan PdP oleh pentadbir.

5

SMK KONVEN ST. CECILIA, SANDAKAN
ANALISIS PERSEKITARAN “SWOT” BIDANG KURIKULUM

KEKUATAN (S) PELUANG (O)

1. SMK Konven St. Cecilia memiliki sumber 1. Sekumpulan kecil murid SMK Konven St.
tenaga pengajar yang mencukupi. Cecilia berpotensi berpencapaian tinggi
berdasarkan keputusan UPSR.
2. Bilangan komposisi guru senior yang
berpengalaman dan muda yang setara. 2. Terdapat guru pemeriksa kertas SPM dan
guru cemerlang di daerah Sandakan.
3. Infrastruktur mencukupi untuk pengajaran
dan pembelajaran. 3. Terdapat perpustakaan daerah, pusat
tuition dan kedai buku yang berdekatan
4. Kerjasama, sokongan dan bantuan dengan sekolah.
kewangan yang sentiasa diterima daripada
pihak Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG 4. Terdapat sumber rujukan online yang amat
dan Persatuan Alumni untuk menjalankan membantu guru dalam PdP sama ada dari
aktiviti sekolah dan memajukan sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia atau
portal rasmi yang sesuai.

KELEMAHAN (W) ANCAMAN (T)

1. Kebanyakan murid kelas Peralihan dan 1. Tahap kesedaran ibu bapa tentang
Tingkatan satu memperolehi keputusan kepentingan pelajaran kepada anak masih
UPSR yang sederhana sahaja. rendah.

2. Murid mempunyai asas yang lemah dalam 2. Tarikan media sosial seperti Internet
subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, menjejaskan pelajaran murid.
Matematik dan Sains.
3. Murid kurang sedar tentang kepentingan
3. Terdapat guru yang mengajar mata kecemerlangan akademik terhadap kerjaya
pelajaran yang bukan opsyen. dan masa depan mereka.

4. Pelaksanaan KSSM, PBS dan PBS kurang 4. Pelaksanaan KSSM, PBS dan PBD tidak
mantap. dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya
dalam masa yang singkat.

6

FOKUS 1 : PENGURUSAN AKADEMIK SMK KONVEN ST. C
ASPIRASI SISTEM : PELAN STRATE
KUALITI BIDANG KU

TERAS STR
ASPIRASI

PENGETAHUAN, KEM

FOKUS 1.1 : Peningkatan Prestasi Akademik ISU STRAT

MATLAMAT INISIATIF KPI

Meningkatkan prestasi - Pemantapan Kurikulum KSSM, Peratus mu
peperiksaan
sekolah / Pentaksiran Bilik PAK21 dan KBAT tahun 2018

Darjah - Pemantapan Kompetensi Guru

FOKUS 1.1 : Peningkatan Prestasi Akademik ISU STRAT

Meningkatkan prestasi - Dialog Prestasi GPS PT3 T
PT3 - Bengkel PT3 2017 Tahun
- Kelas Tuisyen Ambang PT3

FOKUS 1.1 : Peningkatan Prestasi Akademik ISU STRAT

Meningkatkan prestasi - Dialog Prestasi GPS SPM
SPM - Bengkel SPM Tahun 2017
- Kelas Tuisyen Ambang SPM Tahun 2018

7

CECILIA, SANDAKAN
EGIK 2019 – 2023
URIKULUM

RATEGIK : PEMBELAJARAN MURID ANJAKAN :
I MURID : 1 dan 6
MAHIRAN BERFIKIR

TEGIK 1 : Penguasaan tahap minimum murid-murid kurang dari 60%

TOV SASARAN UNIT
2019 2020 2021 2022 PELAKSANA
2023

urid lulus 62% Bidang & Panitia
n akhir 22.7% 32% 40% 48% 56%

TEGIK 2 : Prestasi PT3 kurang cemerlang

Tahun 3.27 3.20 3.10 3.05 3.00 2.95 Bidang & Panitia
n 2018 3.30

TEGIK 3 : Prestasi SPM tidak mencapai KPI PPD Sandakan

7 4.93 4.70 4.60 4.55 4.50 4.45 Bidang & Panitia
8 4.80

7

SMK KONVEN ST. C
PELAN STRATE
BIDANG KU

FOKUS 2 : PENGURUSAN SEKOLAH TERAS ST

ASPIRASI SISTEM : ASPIRASI

KUALITI PENGETAHUAN, KEM

FOKUS 2.1 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ISU STRAT

MATLAMAT INISIATIF KPI

Memantapkan kompetensi Bilangan
guru dalam pelaksanaan - Kursus KSSM kursus ke

KSSM semua g
setahu
Memastikan pelaksanaan - Kursus Pentaksiran Bilik Darjah
PBD sepenuhnya Bilangan
kursus P
Memantapkan kefahaman kepada se
guru terhadap pentaksiran - PP PBD SumberKU
setahu
sekolah
Peratus g
Peningkatan Kualiti PdP - Pemantauan PdP menggun
panduan se

pentaks

Bilangan
pemantaua

seming

8

CECILIA, SANDAKAN
EGIK 2019 – 2023
URIKULUM

TRATEGIK : GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH

I MURID : ANJAKAN :

MAHIRAN BERFIKIR 1&6

TEGIK 1 : Pentaksiran Berasaskan Sekolah tidak dilaksanakan dengan
sepenuhnya

TOV SASARAN UNIT
2019 2020 2021 2022 PELAKSANA
2023

n kali

epada 1 222 2 2 Bidang & Panitia
guru

un

n kali 2 Unit LDP
PBD
emua 0 2 2 2 2
un

guru 10% 50% 80% 100% 100% 100% Jawatankuasa
nakan PBS & PBD
emakan
siran

n kali 0–2 3–5 3–5 3–5 3–5 3 – 5 Pentadbir
an PdP
ggu

8

© SMK Konve

en St. Cecilia, 2022


Click to View FlipBook Version