The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nurul Eisyarinaizati binti Asi
BA21110665
Seksyen 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurul_eisyarinaizati_ba21, 2022-06-09 09:05:26

Assignment 3 - Diari Seorang Pekerja

Nurul Eisyarinaizati binti Asi
BA21110665
Seksyen 3

NURUL EISYARINAIZATI BINTI ASI (BA21110665)
SEKSYEN 3

Nama saya Nurul Eisyarinaizati binti Asi dan pengalaman saya bekerja ketika
berumur 19 tahun ketika menamatkan tingkatan 6 dan peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM). Saya mengambil keputusan untuk berkerja bagi
mencari pengalaman dan sementara menunggu keputusan STPM. Hal ini
disebabkan saya turut memikirkan bahawa lebih baik saya mencari wang
daripada membuang waktu duduk di rumah sahaja. Tambahan pula, dengan
bekerja saya dapat meringankan beban keluarga saya dan menyimpan wang bagi
pembiayaan menyambung pendidikan apabila mendapat panggilan.

Saya mula mencari kerja kosong dengan menggunakan aplikasi facebook dan
telegram dengan mencari iklan-iklan kerja dalam talian. Platform tersebut
memudahkan saya mencari kerja kosong akan tetapi begitu banyak persaingan
yang berlaku daripada ramai orang yang turut mencari pekerjaan. Oleh hal yang
demikian saya mengambil keputusan untuk berusaha mencari kerja di luar secara
walk-in dengan membawa resume. Saya menemukan iklan kerja kosong yang
ditampal pada pintu kaca hadapan kedai Cosway.

Jawatan kosong yang terpapar dalam iklan tersebut adalah
Juruwang. Saya masuk ke dalam kedai dan berjumpa dengan
pengurus bagi sesi temuduga. Selepas sesi temuduga dijalankan
pengurus mengatakan bahawa saya diterima bekerja dan boleh
mula bekerja pada keesokan harinya. Pengurus juga memberi saya
baju uniform khas dan memberikan maklumat bahawa premis
beroperasi selama 9 jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi sehingga
pukul 5 petang.

Keesokan harinya, saya pun mula bekerja dan datang pada
waktu yang telah ditetapkan. Sebelum memulakan kerja
pengurus memnerangkan skop kerja saya iaitu mengimbangkan
daftar tunai dan menghasilkan laporan untuk penjualan kredit
dan debit serta menerima pembayaran, memastikan semua harga
dan kuantiti tepat dan membuktikan penerimaan kepada setiap
pelanggan. Selain itu saya sebagai juruwang juga berperanan
memproses pembayaran balik dan pertukaran, menyelesaikan
aduan, mengikuti semua prosedur kedai mengenai kupon, kad
hadiah, atau pembelian barang tertentu, imbas barang dan
pastikan harga tepat

Selepas mengetahui peranan-peranan kerja yang
dilakukan, majikan mula menawarkan gaji yang sesuai
dengan tanggungjawab kerja yang dilakukan oleh saya.
Gaji yang ditawarkan oleh majikan adalah sebanyak
RM1200.00 dan saya bersetuju dengan tawaran tersebut.
Majikan turut memberitahu masa cuti saya iaitu pada hari
ahad. Selain itu, saya turut diberikan kontrak pekerjaan
untuk ditandatangani.

Pengurus mula mengajarkan cara mengunakan
mesin wang dan cara membuka kaunter
sendiri. Latihan berlangsung selama 3 hari dan
hari seterusnya saya mula membuka kaunter
secara sendirian. Rakan sekerja juga banyak
membantu selama latihan berlaku dan
memberikan tunjuk ajar. Namun begitu, pada
hari pertama membuka kaunter sendiri saya
telah melakukan kesilapan iaitu berlaku
kekurangan wang daripada jumlah wang yang
sepatutnya.

Kecuaian yang berlaku menyebabkan saya
terpaksa menggantikan wang yang rugi iaitu
sebanyak rm50.00. Kecuaian ini menyebabkan
saya lebih teliti dalam bekerja agar kesilapan
lalu tidak berlaku kembali. Pengalaman yang
paling diingati semasa bekerja menjadi
juruwang adalah terpaksa menghadapi
pelanggan yang pelbagai ragam dalam situasi.

Secara ringkasnya, terdapat banyak pengalaman suka
duka yang dihadapi apabila bekerja menjadi seorang
juruwang. Bila menghadapi hari yang tenang dan
gembira, saya bersyukur kerana ianya menguatkan
lagi semangat untuk berkerja. Namun bila menghadapi
hari yang menyedihkan, saya akan mencuba
menguatkan semangat dan berusaha lebih kuat serta
berhati-hati pada hari yang mendatang supaya tidak
berulang kembali. Insyallah. Doakan saya untuk yang
terbaik di sini dan di sana nanti. Aamiin.


Click to View FlipBook Version