The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN KATA BAHARU & ISU KESALAHAN BAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sirajanalsera, 2024-03-20 20:44:15

TUGASAN 2 BMMB 3203

PEMBENTUKAN KATA BAHARU & ISU KESALAHAN BAHASA

BMMB 3203 morfologi bahasa melayu Pembentukan Kata Baharu Isu Kesalahan Bahasa Disediakan oleh: Avril Chew dan Alsera binti Sirajan


Alsera binti Sirajan Ahli Kumpulan Avril Chew


Pengenalan Isu Kesalahan Bahasa dalam Media Cetak Isu Kesalahan Kata dalam Media Elektronik Kesimpulan Rujukan Isi Kandungan Pembentukan Kata Baharu


Pengenalan Secara umumnya, pembentukan kata baharu melibatkan bidang bunyi bahasa, pembentukan kata dan perbendaharaan kata yang digabungkan bagi memenuhi kendendak semasa. Hal ini mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam kalangan masyarakat pengguna bahasa seperti perancangan bahasa rasmi dan penggunaan perkataan popular secara berleluasa. Faktor-faktor pembentukan kata baharu termasuklah pengaruh psikologi, pemantapan struktur bahasa, pembentukan istilah baharu, pengaruh agama, peredaran masa serta perniagaan dan perdagangan. Secara langsung, hal ini memperkenalkan kita dengan pembentukan perkataan secara teratur yang bermula daripada bunyi asli bahasa Melayu, pinjaman seiring dengan pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing. Namun begitu, terdapat pelbagai isu kesalahan bahasa yang timbul secara tidak terkawal sehingga boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran berbahasa individu.


Bunyi Asli Bahasa Melayu


Bunyi bahasa atau dikenali sebagai fonem merupakan unit terkecil dalam sesuatu bahasa. Terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Bunyi Asli Bahasa Melayu: - 24 bunyi asli bahasa Melayu (keseluruhan) - 18 konsonan, enam vokal Bunyi Bahasa Melayu


Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Letupan p, b t, d k, g Letusan c, j Sengauan m n ny (ng) ŋ Geseran s h 18 konsonan asli bahasa Melayu dapat diklarifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya. Konsonan


Cara Sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Getaran r Sisian l Separuh vokal w y 18 konsonan asli bahasa Melayu dapat diklarifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya. Konsonan


Awal perkataan Tengah perkataan Akhir perkataan p putih lapar malap k kuah akar merak b buih sabun jawab Contoh Taburan Konsonan Asli Bahasa Melayu Kedudukan Konsonan


Depan Tengah Belakang Sempit i u Separuh sempit e o Separuh luas e (ə) Luas a enam vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, satu vokal tengah dan dua vokal belakang Vokal Kedudukan lidah Keadaan bibir


Awal perkataan Tengah perkataan (terbuka) Tengah perkataan (tertutup) Akhir perkataan a api batu bantu bola é enak keluar bengkok — i ini hiris pintu tepi e emas bela bengkak – o otak pola songkok – u urat sudah buntu kutu Kedudukan Vokal Taburan Vokal Asli Bahasa Melayu


Tengah perkataan Akhir perkataan ai laici semai au saudara bau oi – amboi Diftong Kedudukan Diftong


Bunyi Bahasa Pinjaman


Bunyi Bahasa Pinjaman Daerah sebutan Cara sebutan Bibir - gigi Gigi Gigi - gusi Lelangit keras Lelangit lembut Anak tekak Letupan Geseran q f, v th, dz/dh z sy kh (x), gh Terdapat 9 konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu


mithal > misal bahath > bahas th > s dz > z dzalim > zalim dzat > zat dh > d dhaif > daif hadhir > hadir sh > sy sharat > syarat shaitan > syaitan q > k maqam > makam qadhi > kadi


Pembentukan Kata Baharu


Pembentukan Kata daripada Imbuhan Bahasa Asing 01 Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit 02 03 Imbuhan daripada Arab-Parsi Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris


01 Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit Berasal daripada bahasa Sanskrit Imbuhan yang telah lama diserap ke dalam tatabahasa Melayu Contoh penggunaan imbuhan produktif: mahapratatapancaContoh penggunaan imbuhan tidak begitu produktif: tunatri- -nita Imbuhan Sanskrit terbahagi kepada dua iaitu awalan dan akhiran


Awalan Keterangan Contoh mahaBerfungsi melahirkan bentuk kata adjektif dan kata nama yang membawa pengertian paling atau tahap terbesar, tertinggi dan teragung Mengikut kelaziman, ejaan bentuk terbitan daripada jenis maha + kata adjektif dieja berasingan. maha- + guru = mahaguru maha- + agung + maha agung tataDigunakan khusus untuk menerbitkan kata nama yang membawa pengertian suatu susunan atau peraturan. tata- + tertib = tatatertib tata- + hukum = tatahukum praAwalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya. pra- + syarat = prasyarat pra- + sarana = prasarana swa- Menerbitkan kata nama yang memberi makna sendiri. swa- + sambada = swasambada (keperluan sendiri) Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit Awalan 01


Awalan Keterangan Contoh tunaMenerbitkan kata nama untuk memberi makna tiada atau tidak mempunyai. tuna- + netra = tunanetra (buta) tuna- + wisma = tunawisma (tiada rumah) eka-, dwi-, tri-,pancaMenerbitkan kata nama untuk membawa pengertian bilangan, iaitu eka- (satu), dwi-(dua), tri-(tiga) dan panca - (lima) eka- + bahasa = ekabahasa(satu bahasa) dwi- + fungsi = dwifungsi (dua fungsi) tri- + bulan = tribulan (tiga bulan) panca- + sila = pancasila (lima dasar) pascaMenerbitkan kata nama untuk membawa pengertian ‘sesudah’. pasca- + siswazah = pascasiswazah pasca- + kolonial = pascakolonial Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit Awalan 01


Akhiran Keterangan Contoh -wan, -man Menerbitkan kata nama yang membawa pengertian pelaku sesuatu perbuatan, pekerjaan atau tugas; atau pemilik sesuatu sifat atau keupayaan. seni + -man = seniman sukarela + -wan = sukarelawan -wati, -nita Sebagai usaha menimbulkan padanan pada kahiran -man dan -wan untuk menimbulkan jantina iaitu -wati dan -nita untuk perempuan seni + -wati = seniwati (rujuk seniman) sukarela + - wati = sukarelawati (rujuk sukarelawan) Imbuhan daripada Bahasa Sanskrit Akhiran 01


Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam Bahasa Arab mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu Penyerapan imbuhan Arab-Parsi ini adalah terbatas Memudahkan asimilasi unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu Imbuhan Arab- Parsi terbahagi kepada dua jenis awalan dan akhiran 02 Imbuhan daripada Arab-Parsi


02 Imbuhan daripada Arab-Parsi Awalan Keterangan Contoh biBererti tidak dan digunakan untuk menerbitkan kata adjektif tetapi penggunaannya adalah terbatas. bi - + lazim = bilazim (tidak lazim) bi- + adab = biadab (tidak beradab) Awalan


02 Imbuhan daripada Arab-Parsi Akhiran Keterangan Contoh -wi, -i Digunakan secara terbatas untuk menimbulkan bentuk kata adjektif, iaitu mencirikan sifat yang terkandung pada kata dasar. bahar + -i = bahari manusia + wi =manusiawi -iah Membentuk kata adjektif yang membawa makna sifat atau ciri yang terkandung dalam kata dasar. alam + -iah =alamiah batin + -iah =batiniah -in, -at, -ah Menunjukkan kata nama lelaki dan perempuan hadir + -in =hadirin hadir + -at = hadirat salih + -ah =salihah Akhiran


Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu Tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu Bentuk imbuhan yang lain diserap sebagai sebahagian daripada kata pinjaman Kekecualian : Imbuhan awalan seperti pro-, anti-, mono-, poli-, auto- dan supra03 Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris


03 Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Awalan Keterangan Contoh proMenunjukkan tanda bersetuju, memihak, atau menyebelahi sesuatu pihak. promajikan propembangkang antiMenunjukkan tanda melawan, membantah, menentang, atau tidak bersetuju dengan sesuatu pihak. antisosial antipenjajah poli- Memberi pengertian banyak. polifasa poliarca auto- Memberi pengertian secara bersendirian automatik autograf Awalan


03 Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Awalan Keterangan Contoh subMemberi pengertian sebahagian daripada keseluruhan. substandard subgolongan supraMemberi pengertian melebihi, mengatasi atau merentas. suprakategori suprasegmen Awalan Selain bentuk-bentuk awalan yang produktif di atas, terdapat juga bentuk yang lain yang terserap ke dalam bahasa Melayu bukan sebagai imbuhan tetapi sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Sebagai contoh ; hetero-, heksa-, hidro-, homo-,hiper-,infra-, inter-,intra-, iso-, kilo-, makro-, meta-, mikro-, mili- dll


03 Akhiran Contoh -isme kolonialisme sosialisme -ik fonemik saintifik -si revolusi nasalisasi -al klinikal kritikal -is praktis kritis Imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris Akhiran Sebahagian besar daripada bentuk ini wujud dalam perkataan yang dipinjam seacra keseluruhan ke dalam bahasa Melayu.


Isu Kesalahan Bahasa


Media cetak Sumber : Notis premis Sumber : Poster bercetak Sumber : Papan Kenyataan Sumber : Poster bercetak Lewah sila jangan jangan Penggunaan kata perintah yang berlebih-lebih Ejaan disini dirumah di sini di rumah ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis berjarak Tatabahasa bila apabila ‘ bila’ merupakan kata tanya dan tidak sesuai digunakan pada ayat penyata


Media cetak Sumber : Buku Pencampuran kod dalam talian online dalam talian berlaku percampuran kod iaitu bahasa Inggeris ‘online’ ‘dalam talian’ sudah cukup memadai kerana ‘online; merujuk maksud yang sama juga menyebabkan berlaku kesalahan lewah


Media cetak Kesalahan: Tatabahasa yang justru kata penghubung tidak boleh diletakkan selepas noktah perkataan justeru disebut sebagai kata tugas di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan bukannya sebagai penanda wacana. Sumber: Brosur


Media cetak Sumber : Kain banting Kesalahan: Ejaan kuew teow kuetiau Ejaan tidak perlu dirumitkan, perkataan ‘kuetiau’ merupakan ejaan yang betul dan diterima ramai berdasarkan sumber DBP.


fleksible fleksibel di kalangan dalam kalangan karena oranglain kerana orang lain Media ELEKTRONIK Sumber : Poster digital Sumber : Paparan hablur cecair Sumber : Tiktok Ejaan Tatabahasa Ejaan ‘di’ digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama manakala ‘dalam’ pula untuk persekitaran yang mempunyai ruang atau jarak Berdasarkan Kamus Dewan (2005), ejaan yang betul adalah seperti yang berikut Berdasarkan Kamus Dewan (2005), ejaan yang betul adalah seperti yang berikut dan kesalahan ‘oranglain’ perlu dijarakkan


hal hal hal-hal takda tiada mg memang Media ELEKTRONIK Sumber : Youtube Sumber : Facebook Tatabahasa Ejaan penggunaan kata ganda perlu mempunyai tanda sempang (-) penggunaan bahasa rojak juga berlaku apabila wujud perkataan ‘lurve’ Berdasarkan Kamus Dewan (2005), ejaan yang betul adalah seperti yang berikut, penggunaan singakatan yang tidak betul dan pencampuran kod bahasa Inggerisw wujud apabila terdapat perkataan seperti ‘walkin’ dan ‘online’ .


Media ELEKTRONIK Kesalahan: Pengimbuhan terletakkan terletaknya Penggunaan imbuhan akan mempengaruhi maksud sesebuah perkataan Sumber: TikTok


Media ELEKTRONIK terpaling paling Penggunaan kata penguat secara berlebihan tidak akan membawa maksud yang lebih 'gempak' dalam sesebuah ayat, malah telah menjadi sebuah kesalahan dalam tatabahasa Sumber: TikTok


KESIMPULAN Tuntasnya, pembentukan kata baharu meliputi bunyi bahasa Melayu yang terdiri daripada konsonan dan vokal serta bunyi bahasa pinjaman. Dalam pembentukan kata juga wujud imbuhan daripada Sanskrit, imbuhan daripada Arab-Parsi dan imbuhan daripada Yunani-Latin-Inggeris. Pelbagai contoh yang dapat diketahui melalui pembentukan kata baharu ini. Seterusnya, isu kesalahan bahasa yang telah dikenal pasti melalui media cetak dan media elektronik memberi gambaran yang jelas bahawa keutuhan tatabahasa dalam kalangan masyarakat semakin membimbangkan Oleh itu, setiap warganegara yang berjiwa patriotisme perlulah berganding bahu memartabatkan bahasa Melayu dengan penggunaan tatabahasa yang betul dalam kehidupan seharian.


RUJUKAN Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2014). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Haji Sabran, Nawi Ismail & Zulkarnain Farihin Abdullah.(2020). Pemantapan Pemahaman Tatabahasa Bahasa Melayu.Selangor : Mutiara Suria Ilmu Resources. Sidang Pengarang. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.


Daun sirih daun selasih, Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version