E-HAD MAZE (EM) TheRevolution Of Hadis I N O V A S I D I G I T A L D A L A M P E N D I D I K A N I S L A M
PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH STRATEGI PENYELESAIAN OBJEKTIF DAN RASIONAL PROJEK PRODUK IR 4.0 KOMPONEN 6C IMPAK KEPADA MURID KORMESIAL 10 RUJUKAN 01 0203 0405 0607 0809 KANDUNGAN Isi
Islam merupakan suatu agama yang menyeluruh serta melengkapi semua aspek kehidupan daripada sebesar-besar perkara hinggalah sekecilkecilnya. Terdapat 2 sumber panduan dalam Islam iaitu Al-quran dan Hadis. Hadis merupakan sumber utama dalam ajaran agama Islam selepas Al Quran (Sulaiman, 2020). Hadis juga merupakan salah satu bidang dalam matapelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Memahami hadis dapat membantu murid memahami cara hidup Islam yang sebenar. Hal ini demikian kerana, pendedahan awal kepada hadis dapat membentuk pemahaman yang betul tentang Islam sejak usia muda lagi. Ini dapat mengukuhkan asas keyakinan dan identiti keagamaan dalam diri murid. Tambahan pula, pengajaran hadis boleh membantu memupuk akhlak dan perilaku mulia dalam diri murid. Hal ini kerana, hadis mengandungi ajaran berkaitan etika dan nilai-nilai murni. Oleh itu, hadis penting dipelajari dan difahami oleh murid di sekolah rendah. EM PENGENALAN
Bidang hadis merupakan salah satu bidang yang terdapat dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Kurikulum menetapkan pembelajaran bidang hadis kepada murid sekolah rendah adalah pada usia 9 tahun iaitu Tahun 3. Berdasarkan pemerhatian semasa praktikum. Bidang hadis kurang dikuasai oleh murid Tahun 3 kerana itu merupakan kali pertama murid didedahkan terhadap bidang hadis. Hal ini menyebabkan penguasaan murid terhadap kemahiran membaca serta memahami tuntutan hadis berada di tahap yang kurang memuaskan. EM PERNYATAAN MASALAH Membaca hadis dengan bacaan atau sebutan yang salah Masalah yang dihadapi murid Tahun 3 dalam bidang hadis Tidak dapat mengenalpasti tuntutan di dalam hadis berdasarkan terjemahan hadis
STRATEGI PENYELESAIAN Murid membaca hadis dengan sebutan yang salah Murid tidak dapat mengenalpasti tuntutan hadis Mengenalpasti masalah Mencari maklumat berkaitan bahan yang ingin digunakan Menjana Idea bersama rakan siswa guru yang lain Membuat perancangan dan penjanaan idea Membangunkan projek dengan teliti Menjalankan uji rintis di sekolah melalui bantuan rakan siswa guru yang sedang berpraktikum Membangunkan projek dan menjalankan uji rintis Menambahbaik produk setelah di uji rintis Mempromosikan dalam kalangan guru dan di media sosial Menambahbaik dan membuat pengkormesialan
Menarik minat murid terhadap bidang hadis RASIONAL PROJEK Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi OBJEKTIF Membaca hadis dengan sebutan yang baik dan betul Mengenalpasti dan menentukan tuntutan hadis Mengaplikasikan tuntutan hadis dalam kehidupan EM
Inovasi meningkatkan kualiti PdP (E-HAD MAZE) PRODUK E-had Maze merupakan suatu produk inovasi digital berbentuk bahan bantu mengajar bagi subjek Pendidikan Islam dalam bidang hadis. E-had merupakan singkatan dan gabungan daripada e-book dan juga hadis. Manakala Maze pula menunjukkan aktiviti gamifikasi yang diterapkan. Sasaran utama produk ini adalah murid Tahun 3. Produk ini dibangunkan selaras dengan kurikulum Pendidikan Islam iaitu KSSR yang terkini di bawah bidang hadis yang bertajuk “Yang muda dikasihi, yang tua dihormati”. Produk ini dibangunkan kepada 2 bahagian iaitu e-book dan juga gamifikasi. Menurut Yusminar (2014) e-book ialah buku versi elektronik hasil daripada buku bercetak tradisional yang boleh dibaca menggunakan komputer riba atau dengan menggunakan alat teknologi maklumat lain. Pengunaan e-book yang mengandungi video serta gambar mampu menjadikan teori yang abstrak kepada teori yang konkrit (Dwi Martha et al., 2018). Selain itu, gamifikasi dalam pendidikan pula merupakan strategi bagi meningkatkan penglibatan murid dengan memasukkan elemen permainan ke dalam pengajaran dan pembelajaran (Dichev dan Dicheva 2017). EM
Terdapat 2 aspek yang diketengankan dalam inovasi ini iaitu aspek pengetahuan dan penilaian. Aspek pengetahuan melibatkan e-book manakala aspek penilaian melibatkan gamifikasi. Pada aspek pengetahuan, murid akan didedahkan berkaitan pengenalan hadis, cara bacaan hadis yang betul serta tuntutan hadis. Kemudian, murid akan diuji kefahaman mereka dalam aspek penilaian iaitu melalui gamifikasi. Pengetahuan Penilaian EM
Revolusi Industri 4.0 telah diperkenalkan sebagai trend ke arah pendigitalan dan automasi dalam senario industri global (Oesterreich & Teuteberg, 2016). Di dalam sistem pendidikan salah satu cara menerapkan elemen IR 4.0 adalah dengan penggunaan ICT dalam PdP. ICT menjana transformasi pendidikan IR 4.0 E-had Maze yang dibangungkan ini sangat menggalakkan penggunaan IR 4.0. Hal ini kerana ianya dibangunkan melalui aplikasi google slide. Ia juga turut menggunkan teknologi AI seperti narakeet bagi menghasilkan audio berkaitan ebook. Dengan penggunaan IR 4.0, E-had Maze dapat dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa. Hal ini kerana ianya mudah untuk di akses iaitu hanya dengan mengimbas qr qode sahaja, murid dapat memulakan pembelajaran. EM
KOMPONEN 6C E-had Maze dapat meningkatkan kemahiran komunikasi murid terutamanya dalam bacaan hadis yang betul. Terdapat audio cara bacaan hadis yang betul di dalam e-book yang dihasilkan. Murid dapat mengulang audio tersebut sehingga mereka mampu mengenalpasti cara sebutan yang betul di dalam bacaan hadis tersebut. Aspek penilaian dalam E-had Maze dapat membantu murid berfikir secara kritis. Hal ini kerana di dalam permainan tersebut murid perlu memilih tuntutan hadis yang betul. Jika murid gagal mengenalpasti tuntutan hadis yang betul, maka murid tidak dapat menyelesaikan permainan. Dengan adanya e-book dan juga aktiviti gamifikasi, murid lebih mudah memahami kandungan hadis “Yang muda dikasihi, Yang tua dihormati”. Kesannya murid dapat mengaplikasikan tuntutan hadis tersebut dalam diri mereka. Ini akan membentuk karakter murid yang beradab serta sopan santun. 1 KOMUNIKASI 2 3 PEMIKIRAN KRITIS KARAKTER EM
IMPAK KEPADA MURID Berdasarkan uji rintis yang dijalankan, Ehad Maze mampu menarik minat murid. Ia dapat dilihat melalui gambar rajah di sebelah yang menunjukkan murid yang bukan beragama islam juga turut tertarik dengan E-had Maze. Murid mudah tertarik EM Membantu murid fokus Murid lebih yakin Berdasarkan uji rintis yang dijalankan, E-had Maze mampu menjadikan murid lebih fokus. Gambar rajah di sebelah menunjukkan murid fokus terhadap e-book yang dipaparkan. Berdasarkan uji rintis yang dijalankan, Ehad Maze mampu meningkatkan keyakinan murid. Daripada gambar rajah di sebelah menunjukkan murid lebih yakin untuk bersoal jawab dengan guru semasa PdP.
Dalam kalangan guru di sekolah serta dalam kalangan siswa guru praktikum melalui perbualan KORMESIAL Mempromosikan di media sosial seperti di aplikasi instagram dan facebook E-had Maze ini boleh di komersialkan kepada kenalan rapat serta masyarakat luar. Kenalan rapat Masyarakat luar EM
Sulaiman, M. H. (2020, June 20). Fahami maksud sebenar hadis. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2020/06/702485/fahamimaksud-sebenar-hadis Yusminar. (2014). E-book and university library users in Jakarta. AlMaktabah Vol, 13 (1), 34-39. Dwi Martha, Z., Pramono Adi, E., & Soepriyanto, Y. (2018). Ebook Berbasis Mobile Learning. Jurusan Teknologi Pendidikan, Fakultas Ilmu Pendidikan, Univesitas Negeri Malang, 1(2), e-ISSN: 2615-8787. https://media.neliti.com/media/publications/334803-e-book-berbasismobile-learning-e4339e2b.pdf Dichev, C., & Dicheva, D. (2017). Gamifying education: what is known, what is believed and what remains uncertain: a critical review. International Journal of Educational Technology in Higher Education, 14(1). https://doi.org/10.1186/s41239-017-0042-5 Oesterreich, T. D., & Teuteberg, F. (2016). Understanding the implications of digiti sation and automation in the context of Industry 4.0: A triangulation approach and elements of a research agenda for the construction industry. Computers in Industry, 83,121–139. Sebarang persoalan sila hubingi : nurliana07-494@epembelajaran.edu.my Nurliana Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas 011-11969235 R U J UKAN E-book Gamifikasi