The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzulfitreee, 2022-06-13 10:27:20

Penghayatan Etika dan Peradaban tajuk filem : Sarjan Hassan

sarjan hasan

MPU21032-PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

PROJEK KEEMPAT: FILEM

SARJAN HASSAN

SESI II 2021/2022

Nama Pensyarah:
Ustazah Ruslinawati bt Abdul Ghani Unit
Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am,
POLIMAS

TAJUK PROJEK:

-Sarjan Hassan-

Lamberto Avellana P. Ramlee
(PenolongPengarah)

Mengulas sesuatu plot cerita dari filem Sarjan
Hassan yang berkaitan dengan penggerak

kesepaduan nasional.

AHLI KUMPULAN

SITI MAHERAN BT MAT YAACOB
O3DPR21F2069

MUHAMMAD IZZUL FITREE BIN
MD REDZUAN
O3DPR21F2064

NURUL AYESHAQAMARINA BT
KAMARUZI
03DPR21F2114

NUR ALIA FITRAH BT MOHD
ALI
03DPR21F2067

FILEM

Sergeant
Hassan

‘ AKU BERHARAP JANGAN ADA LAGI
MANUSIA SEPERTI INI DI TANAH AIR KITA ‘

ISI KANDUNGAN

-Pendahuluan:

Pengenalan Kesepaduan
Nasional
Kepentingan Kesepaduan
Nasional

-Carta Gantt

-Pengenalan: Objektif
Ulasan/Perbincangan
Cadangan
Tema
Nilai dan Pengajaran
Penutup

-Kritikan drama

-Refleksi

-Kesimpulan

-Lampiran

-Rujukan

PENGENALAN KESEPADUAN
NASIONAL

Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus ‘peradaban
majmuk’ Malaysia sangat dipengaruhi teknologi semasa, iaitu,

Information Communication Technology (ICT), terjelma dalam
bentuk Internet, Digital Apps, Facebook, Instagram dan berbagai

lagi tapak digital. Ianya telah menular dalam setiap lapisan
masyarakat dan generasi, termasuk di Malaysia. Dari satu segi,

ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada satu institusi

sejagat yang mengawal perkembangan ini, menjadikannya

seperti digital jungle. Serentak ICT boleh jadi kawan dan jadi

lawan, positif dan negatif, membina dan menghancurkan.

Dengan berleluasanya fake news melalui media sosial seperti
Facebook adalah satu contoh yang sangat dirisaukan oleh

kerajaan dan orang awam. Kefahaman mengenai etika dalam

penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan peradaban di

Malaysia sangat diperlukan oleh semua pihak. Kupasan

mengenai pros & cons mengenai ICT, budaya digital dan disiplin

dalam kalangan pengguna ICT perlu diwacanakan.

Dengan ini filem Sarjan Hassan menunjukkan semangat
mempertahan tanah air daripada penjajah. Seterusnya
menghayati erti keamanan dan kemakmuran yang dikecapi oleh
Malaysia pada masa sekarang. Generasi muda perlulah
menghargai pergorbanan yang telah di buat oleh para pejuang
yang telah membebaskan tanah air daripada penjajahan. Filem
Sarjan Hassan merupakan contoh perjuangan tersebut. Antara
perjuang yang lain ialah Mat kilau , Dato Bahaman dan Tok
Janggut.

KEPENTINGAN KESEPADUAN
NASIONAL

Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu
keistimewaan yangmemainkan peranan penting
demi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi
Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa,
agama dan budaya kerana keharmonian dan
kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi
pegangan kepada pandangan positif rakyat
antarabangsa terhadap Malaysia. Semangat
perpaduan perlu dipupuk di dalam setiap rakyat
Malaysia dari bangku sekolah lagi seiring dengan
mengukuhkan semangat jati diri, disamping
memberi keutamaan kepada mata pelajaran
Sejarah dan menjadikan sistem pendidikan sebagai
medium mustahak untuk mengkekalkan perpaduan
kaum. Melalui penghayatan perpaduan serta
sejarah negara, diharap akan lahirnya generasi
muda yang akan bertindak sebagai warganegara
yang matang lagi bertanggungjawab.

Selain itu, kepelbagaian agama di Malaysia
juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara
kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan
menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih
terbuka untuk mengenali dan memahami
kepelbagaian agama di negara ini demi
menguatkan lagi kesefahaman antara kaum
dan agama .Tambahan pula, sambutan
pelbagai hari perayaan seperti Hari
RayaAidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh
dijadikan platform untuk mengenali budaya
dan adat resam sesama masyarakat sambil
memperbaharui ikatan persahabatan.
Keharmonian demi kesatuan ini juga
merupakan keunikan yang bukan sahaja
memperteguhkan lagi perpaduan antara
kaum, malah menjadi penanda aras bagi
Malaysia dalam mencapai matlamat sebagai
negara. Misalnya, rumah terbuka bagi setiap
satu perayaan diadakan untuk meraikan
perpaduan kaum yang memupuk amalan
ziarah-menziarahi, saling menolong dan
semangat kejiranan sebagai budaya harian
kita.

CARTA GANTT

Bulan Mei 2022 Jun 2022
Minggu
Penerangan Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu Minggu
9 10 11 12 13 14
Membuat perancangan Projek
a. Menetapkan matlamat dan objektif
b. Membentuk draf aktiviti bersama ahli kumpulan
c. Merangka draf tentatif projek

Menghasilkan kertas projek dan membentangkan

Membentuk struktur organisasi, menyediakan senarai semak
tugasan
a. Nurul Alia Fitrah (Ketua projek)
b. Siti Maheran (Timbalan Ketua Projek)
c. Nurul Ayeshaqamarina (Perancang aktiviti kumpulan)
d. Muhammad Izzul Fitree bin Md Redzuan ( Penyelaras

bahan ICT dan multimedia)

Menetapkan butiran penting projek seperti tarikh, masa, bahan dan
seumpamanya.

Melaksanakan projek seperti yang dirancang dan mengedarkan
borang maklum balas penilaian projek kepada ahli kumpulan serta
mungumpulkan bahan seperti dalam perbincangan.

a. Menyediakan laporan bertulis serta mempunyai gambar
b. Mengadakan post mortem aktivit dan membuat refleksi

dengan merujuk kepada borang penilaian peserta.

PENGENALAN FILEM

‘Sergeant Hassan’ yang diterbitkan pada 1958, bukanlah

sebuah filem biasa-biasa. Harapan cemerlang Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee ni membabitkan plot yang berkisar kepada
penjajahan Jepun di Tanah Melayu sewaktu era Perang Dunia
Kedua. Karya hebat ni ditayangkan di pawagam pada Ogos
1958, iaitu sempena sambutan ulang tahun pertama
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Filem yang dibaluti unsur patriotisme, sejarah, drama dan

perjuangan ni adalah terbitan Malay Film Productions Ltd.
Filem ini asalnya diarahkan oleh Lamberto Avellana dari

Filipina, tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini
sepenuhnya, akibat masalah dalaman dengan syarikat
produksi dan para pelakon. Dengan tenang dan yakin, P.
Ramlee yang asalnya adalah penolong pengarah kemudiannya
bertindak untuk meneruskan pembikinan dengan jayanya.

OBJEKTIF

Menghargai dan menanam semangat patriotisme dalam diri
kami dan generasi muda yang lain.
Mengenal pasti sumber sejarah dengan tepat dan benar.
Memberi pemahaman da melatih diri kami dalam membuatkan
satu kajian yang bersifat ilmiah.
Melahirkan semangat patriotik dalam diri agar sentiasa
bersatu padu dalam menentang acaman meskipun berlainan
agama dan bangsa.
Menyemarakan sikap penyayang antara satu sama lain
agar dapat melahirkan generasi yang aman dan damai.
Mewujudkan semangat kerjasama antara masyarakat agar
hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan dengan
lebih kukuh.

ULASAN

Apabila filem Perang Dunia Kedua "Bridges On The River
Kwai" (1957) yang dibintangi Alec Guinness dan William
Holden serta diarahkan David Lean mendapat sambutan

yang luar biasa, pihak atasan MFP pun berhasrat membuat

filem corak yang sama. Yang menariknya 'screenplay'

(lakonlayar) dihasilkan oleh P.RAMLEE berdasarkan cerita

Ralph Modder yang sebelumnya menulis cerita "Azimat"

arahan Rolf Bayer. Bagi mengarahkan filem bercorak perang
ini, MFP telah membawa masuk seorang lagi pengarah dari

Filipina - Lamberto V.Avellana. Dia dibawa ke Singapura
setelah Run Run Shaw tertarik dengan filem arahannya

"Badjao" yang telah memenangi anugerah Pengarah Terbaik
di Festival Filem Asia Pasifik (Tokyo, 1957).
Bukan itu saja yang dimenangi "Badjao" tetapi 3 lagi - Cerita

Terbaik (Rolf Bayer), Penggambaran Terbaik (Mike Accion)

dan Suntingan terbaik (Gregorio Carballo). Ceritanya
bukanlah kisah benar (walaupun seolah-olah seperti kisah
benar). Tidak seperti "Leftenan Adnan". Ia cerita fiksyen yang
berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua. Dari segi
persembahan, filem ini tidak mengecewakan. Adegan-
adegan pertempuran menggunakan senjata api dan bom
(walaupun dalam kelengkapan yang terbatas masih
memberi nyawa kepada filem ini. Ini mungkin penasihat

teknikalnya datangnya dari kalangan tentera - Major I.Strutt.

watak Sarjan Hassan terhadap P.RAMLEE berasas pemilihan
sesuaian dengannya, dan ini memperlihatkan keunggulannya
di mana seorang lagi pengarah (pertama kali mengarah filem
di MFP) mengambil P.RAMLEE memegang peranan utama
dalam filem arahannya setelah beberapa pengarah

sebelumnya berbuat demikian. Unsur-unsur "Wuthering
Heights" masih terdapat dalam filem ini apabila ayahnya

meninggal dunia kemudian dipelihara oleh Tok Penghulu
(sebelum meninggal dunia ayah Hassan bekerja dengan Tok
Penghulu) dan mendapat tentangan dari anak Tok Penghulu
sendiri - Aziz. Kebencian Aziz terhadap Hassan membawa
hingga mereka dewasa.
Adegan ketika Hassan (sewaktu kecil) memeluk tok
Penghulu kerana kesanggupan memeliharanya, sama

seperti Heathcilff (sewaktu kecil) memeluk ayah angkatnya
kerana kesanggupan Earnshaw mengambilnya sebagai anak
angkat. Selain itu unsur-unsur filem "Sands Of Two Jima"

meresap dalam filem ini dimana adanya pertentangan
antara P.RAMLEE dengan JIns Shamsudin - sama

pertentangan antara John Wayne dengan John Agar. Pada

keseluruhannya, filem ini menarik dan para pelakonnya pun
turut memainkan peranan memberi nyawa terhadap filem ini
terutama sekali Anni Jasmin dan Leng Hussein selain
Sa'adiah, Salleh Kamil, Jins Shamsudin dan Daeng Idris.

CADANGAN

Pada pandangan kami , berdasarkan temu bual akbar berita
harian oleh Norzamira Che noh pada 8 September 2018
mendapati filem Sarjan Hassan tidak memaparkan kesemua
kisah perjuagan datuknya Sarjan hassan. Dengan itu
wajarlah kisah datuknya dipaparkan dengan jelas supaya
menjadi inspirasi kepada generasi muda sekarang. Paparan
tersebut boleh dalam bentuk majalah karikator atau komik.
Itu juga dalam bentuk drama bersiri atau filem.
Bagaimanapun, tidak ramai tahu berlaku satu peristiwa
tragis, seterusnya menjadi dendam yang mendorong Sarjan
Hassan menyertai Askar Melayu untuk menentang komunis
ketika darurat. Mohd Ariffin Abd Karim, 37, berkata
Allahyarham datuknya itu hanya orang kampung biasa yang
melakukan kerja kampung, tetapi pada masa sama turut
menentang komunis secara senyap. “Bagaimanapun,
apabila pihak komunis tahu mengenainya, mereka mencari
keluarga arwah datuk saya dan membunuh isterinya yang
sarat mengandung, ibu mentua serta anak saudara, malah
rumah mereka turut dibakar. “Arwah datuk begitu marah
dan beliau tahu sukar untuk membalas dendam sendirian.
Justeru, beliau menyertai Askar Melayu untuk sama-sama
berjuang membebaskan tanah air daripada ancaman
komunis,” katanya ketika ditemui di sini. Kami berhadap
agar cerita seperti sarjan hassan ditayangkan semula agar
supaya boleh dijadikan iktibar kepada semua.

TEMA

Kasih sayang

Kesungguhan

Berperikemanusiaan

Berwawasan

Taat kepada ibu
bapa

(SILA SCAN QR CODE DISEBELAH
KIRI UNTUK MELIHAT TEMA SARJAN
HASSAN)

TEMA 1

KASIH SAYANG

Kasih sayang adalah perkongsian kasih dan sayang
serta tindakan mengambil berat. Kasih sayang perlu
ditunjukkan melalui tindakan dan perlakuan. Kasih
sayang memerlukan masa dan pengorbanan. Kalau
kita tidak dapat memberi kasih sayang, tidak mungkin
kita akan menerima kasih sayang. Kasih sayang tidak
bermakna persetujuan secara mutlak dalam semua
hal.

TEMA 2

KESUNGGUHAN

Kesungguhan ada ketika ada seseorang yang
bersungguh-sungguh dalam bekerja. Ketika seseorang
bersungguh-sungguh dalam berupaya, belajar,
berusaha dengan sepenuh hati, disana tampak adanya
kesungguhan. Kesungguhan dapat menggejala dalam
orang-orang yang sedang berusaha dengan sabar
memelihara dan mempertahankan perkawinan,
persahabatan, berteman dan bahkan bernegara.Bahkan
dengan cerdas kita bisa merasakan, menangkap
kesungguhan orang dalam menjalani kehidupan

TEMA 3

BERPERIKEMANUSIAAN

Perikemanusiaan merujuk sifat yang wajar bagi
manusia seperti bertimbang rasa, tolong-menolong
dan mengasihani . Perikemanusiaan berkait rapat
dengantindakan yang berasaskan pemikiran yang
rasional terhadap manusia, haiwan dan alam
sekitar. Perlakuan berperikemanusiaan dapat
membantu membentuk masyarakat yang sejahtera.

TEMA 4

BERWAWASAN

Berwawasan bermaksud seseorang usahawan mesti
menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa
hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua
jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka
masapanjang. Wawasan dapat mengelakkan
lencongan. Dengan adanyahala tuju atau wawasan
yang jelas, segala usaha yang diambildisasarkan ke
arah pencapaian wawasan yang ditetapkan.

TEMA 5

TAAT KEPADA IBU BAPA

ketaatan : Kita dituntut agar berbuat baik kepada kedua
ibu bapa dan tuntutan tersebut adalah suatu kewajipan
yang perlu ditunaikan . Ibu ialah seseorang yang telah
melahirkan manusia di muka bumi ini dan setiap
permulaan kehidupan manusia adalah bermula dengan
kelahiran dari seorang ibu. Maka Islam memandang
serius hukum berkaitan hubungan anak dengan
ibubapa. Kita diperintahkan untuk sentiasa melakukan
kebaikan, berlemah lembut, berbudi bahasa dan
bersopan santun terhadap mereka

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara nilai yang terdapat dalam kisah ini
adalah Kasih sayang. Hassan telah kematian
ibu dan kurang mendapat kasih sayang
daripada bapanya kerana kesusahan hidup.
Hassan dipelihara oleh datuknya, Penghulu
Ismail, Selain itu, Hassan seorang yang
berdisiplin dan patuh kepada arahan ketua.
Semasa dalam tentera Hassan patuh kepada
disiplin tentera. Dia mematuhi arahan ketua
untuk bertugas mencari bangkai kapal yang
terhempas walaupun ketika itu sepatutnya
bersedia untuk menghadapi ujian kenaikan
pangkat. Kerajinan dan berjimat cermat.
Hajah Siti Amai hidup senang pada zaman
Jepun kerana pandai berjimat cermat dan
mengusahakan kebun serta menterak lembu.
Penghulu Ismail pula berniaga beras pada
zaman Jepun. Tambahan lagi, Hassan
seorang bertanggungjawab. Dia
bertanggungjawab melaporkan kegiatan
maksiat kepada pegawai kanannya. Dia
bertanggungjawab untuk membaiki keadaan
tersebut. Kita hendaklah bijak merancang
kehidupan. Penghulu Ismail mengahwinkan
Hassan untuk mengelakkan tindakan Jepun
menghantarnya ke Thailand.

Selain itu, kita hendaklah rajin berusaha dan
berjimat cermat, Hajah Siti Amai dianggap
kaya kerana rajin mengusahakan tanah dan
menternak, disamping menyimpan wang

pound., Kita haruslah mematuhi perintah

agama, Hassan berpegang kepada agama
dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda
oleh Ah Moi. Tambahan lagi, kita hendaklah
bersatu padu menentang musuh. Orang
kampung tidak berani membela Hajah Siti
Amai yang dibunuh komunis kerana mereka
tidak bersatu. Kita jugalah haruslah
mengenang jasa dan keberanian perajurit.
Hassan mendapat pingat daripada Ratu
Inggeris kerana keberaniannya menjalankan
operasi menggempur komunis.

PENUTUP

Kesimpulan secara ringkas, filem Sarjan
Hassan membawa mesej yang positif kepada
masyarakat Malaysia. Filem ini mengandungi
banyak nilai dan pengajaran contohnya, kasih
sayang. Hassan telah kematian ibu dan kurang
mendapat kasih sayang daripada bapanya
kerana kesusahan hidup. Hassan dipelihara
oleh datuknya, Penghulu Ismail. Selain itu,
Hassan scorang yang berdisiplin dan patuh
kepada arahan ketua. Semasa dalam tentera
Hassan patuh kepada disiplin tentera. Dia
mematuhi arahan ketua untuk bertugas
mencari bangkai kapal yang terhempas
walaupun ketika itu sepatutnya bersedia untuk
untuk menghadapi ujian kenaikan pangkat,.
Kerajinan dan berjimat cermat. Hajah Siti Amai
hidup senang pada zaman Jepun kerana panda
berjimat cermat dan mengusahakan kebun
serta menternak lembu. Penghulu Ismail pula
berniaga beras pada zaman Jepun. Tambahan
lagi, Hassan seorang bertanggungjawab. Dia
bertanggungjawab melaporkan kegiatan
maksiat kepada pegawai kanannya. Dia
bertanggungjawab untuk membaiki keadaan
tersebut. Kita hendaklah bijak merancang
kehidupan.

Penghulu Ismail mengahwinkan Hassan
untuk mengelakkan tindakan Jepun
menghantarnya ke Thailand. Selain itu, kita
hendaklah rajin berusaha dan berjimat
cermat. Hajah Siti Amai dianggap kaya
kerana rajin mengusahakan tanah dan
menternak, disamping menyimpan wang

pound. Kita haruslah mematuhi perintah

agama. Hassan berpegang kepada agama
dan tidak dipengaruhi maksiat apabila digoda
oleh Ah Moi, Tambahan lagi, kita hendaklah
bersatu padu menentang musuh. Orang
kampung tidak berani membela Hajah Siti
Amai yang dibunuh komunis kerana mereka
tidak bersatu. Kita jugalah haruslah
mengenang jasa dan keberanian perajurit.
Hassan mendapat pingat daripada Ratu
Inggeris kerana keberaniannya menjalankan
operasi menggempur komunis.

KRITIKAN

Kritikan Daripada Pengiat Seni

Sarjan Hassan (1958) antara lain

memaparkan semangat orang Melayu

yang bergabung sebagai tentera dan
berusaha untuk menentang musuh
terutama sewaktu pendudukan Jepun.
Penonton juga dipaparkan dengan
pengkhianat bangsa seperti watak Buang
yang sanggup menjadi tali barut Jepun pada
waktu itu. Namun begitu, Sarjan Hassan
(1958) bukan satu-satunya filem yang
memaparkan filem perjuangan dalam

meraih kemerdekaan oleh malay Film
Productions. Filem Mata Hari (1958) turut

membawa tema yang serupa. Mata Hari
(1958) kurang mendapat perhatian
meskipun turut diterbitkan pada tahun yang
sama seperti Sarjan Hassan (1958).
Walaupun pelakon wanita utama Matahari
(1958) adalah Maria Menado, namun tidak
dapat disangkal aura bintang P.Ramlee
yang membintangi filem ini telah
menenggelamkan filem Mata Hari (1958).

Mata Hari (1958) mengisahkan perjuangan
seorang wanita bernama Mata Hari sebagai
pemimpin pasukan Gerila setelah bapanya
ditangkap oleh pihak tentera Jepun. Matahari
telah membangkitkan semangat pasukan
Gerila dan orang kampung dalam bangkit
menentang kemaraan tentera Jepun. Akhirnya
Matahari seorang sahaja wanita yang tinggal
menentang bersama 6 orang askar Melayu
dan seorang askar Gurkha sehingga ke titisan
darah yang terakhir. Mutakhir ini, filem ini
sering diputar kembali di kaca televisyen.
Selain dua filem yang diterbitkan ini, sebuah
lagi filem penting yang turut mengangkat
tema yang serupa iaitu filem Seruan Merdeka
(1947). Sayangnya filem ini telah hilang dan
tidak dapat lagi dinikmati kini. Menurut
catatan dalam buku 50 Tahun Filem Malaysia
& Singapura(1930-1980) tulisan Mustafar A.R.
filem ini mengisahkan keganasan kempetai
(tentera Jepun) yang ditentang sebuah gerila
yang dipimpin oleh Leftenan Rashid. Leftenan
Rashid yang merupakan askar Melayu dari
unit Semboyan telah ditawan oleh tentera
Jepun kerana dikatakan sebagai tali barut
tentera Persekutuan. Namun, Leftenan Rashid
telah berjaya meloloskan diri. Di samping itu,
filem ini juga turut memaparkan adegan
percintaan di antara Leftenan Rashid (Salleh
Ghani) dan Zaharah (Rokiah Wandah).

Kritikan Daripada Blog The Patriotis

Karya yang dianggap sebagai satu
penghormatan kepada Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD) ini sebenarnya mengangkat
watak sebenar yang wujud. Sarjan Hassan
Othman, salah-seorang pejuang negara
adalah wira yang tidak didendang itu. Namun,
berbeza dengan filem, Sarjan Hassan yang
sebenar berkhidmat ketika era serangan
komunis, dan bukannya Jepun. Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee dikatakan membeli skrip
yang ditulis sendiri oleh Hassan dengan
harga RM10,000, selain imbuhan diberikan
oleh penerbit kerana menggunakan
namanya.
Lahir pada 15 Februari 1927 di Kampung
Pantai, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau
dikatakan menyertai tentera selepas isteri
(Siti Zabedah Ali), ibu mertua dan anak
saudaranya dibunuh oleh pihak Bintang Tiga.
Pada 1950 hingga 1953, beliau telah
membunuh 11 orang anggota komunis ketika
menjadi ketua seksyen dan platun dalam
Batalion Empat RAMD.

10 hari sebelum pengisytiharan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu,
Sarjan Hassan juga dikatakan terbabit dalam
tindakan menggagalkan usaha 400 hingga
500 anggota komunis di WaterFall Estate,
Rawang, Selangor yang didakwa cuba
mensabotaj majlis tersebut. Hassan
menamatkan perkhidmatan sebagai
Penolong Ketua Kompeni di Kompeni Lima
Melayu pada 1967 selepas berkhidmat
selama 21 tahun dengan menyandang
pangkat terakhir sebagai kapten.
Allahyarham Sarjan Hassan meninggal dunia
pada 30 April 1991 ketika berusia 63 tahun,
akibat sakit jantung di Hospital Tuanku
Ja’afar, Seremban dan dikebumikan di
Makam Haji Said, Seremban, Negeri
Sembilan. Lembaga Muzium Negeri Sembilan
(LMNS) sendiri pernah mengadakan pameran
“Sarjan Hassan: Pahlawan Terbilang”, di
Muzium Negeri Sembilan, pada 16 hingga 31
Ogos 2016. Lambang cinta askar Melayu
terhadap tanah air Sesungguhnya, Filem
Sargeant Hassan menceritakan bagaimana
seorang askar Melayu yang sangat
mementingkan jati diri serta cintakan tanah
air, melebihi dirinya. Hassan yang sering
dicaci dan disindir saudara serta rakan-
rakannya, tidak mudah mengalah dan tetap
menyemai cita-cita untuk mempertahankan
negaranya.

Karya ini juga menyentuh tentang isu
pengkhianatan, yang sentiasa relevan,
kerana ada yang sanggup menjadi duri dalam
daging, semata-mata demi kelangsungan
hidup serta kepentingan diri. Sifat
kepahlawanan dan kewibawaan watak utama
filem ini, seharusnya menjadi inspirasi
kepada kita semua. Mengenang dialog Sarjan
Hassan selepas menewaskan Buang:
“Dengarlah wahai kawan kawanku sekalian!
Aku berharap tiada lagi manusia seperti ini
dalam tanah air kita, kerana manusia yang
seperti inilah yang akan merosakkan
keturunan kita. Ya, memang bangsa kita
masih muda dan masih lemah. Aku tak peduli
itu semua! Harapanku hanyalah kita sesama
bangsa bersatu padulah hendaknya!” Bangkit!

Kritikan Daripada Youtuber

(SILA SCAN QR CODE DIBAWAH UNTUK
MELIHAT KRITIKAN DARIPADA
YOUTUBER)

REFLEKSI

Refleksi Diri : Semangat patriotik merupakan perasaan cinta
yang kuat terhadap negara.Seseorang yang mempunyai
semangat patriotik sanggup mengorbankan apa sahaja demi
maruah tanah airnya. Semangat patriotik amat penting
dalam diri setiap warganegara kerana iamelambangkan
jati diri rakyat di sesebuah negara. Patriotik penting sebagai
pemangkin negara. maju, memupuk perpaduan rakyat dan
menjadi contoh kepada generasi muda supaya banggadengan
negara sendiri.
MUHAMMAD IZZUL FITREE BIN MD REDZUAN
03DPR21F2064
Refleksi diri: Berdasarkan filem Sarjan Hassan ini, saya dapat
mempelajari betapa pentingnya untuk menjaga amanah dan
tanggungjawab dalam menjalankan tugas walaupun amanah
dan tanggungjawab itu berat untuk dipikul oleh seorang.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari sifat keberanian
dalam diri contoh seperti Sarjan Hassan yang berani
membuat keputusan untuk menyerang perkhemahan
pengganas.
SITI MAHERAN BINTI MAT YAACOB
03DPR21F2069

REFLEKSI

Refleksi Diri : Antara isu penting yang dipaparkan dalam
video ini ialah pengorbanan askar-askar Melayu semasa
penjajahan Jepun. Hal ini boleh dilihat melalui sedutan filem
Sarjan Hassan. filem ini merupakan adaptasi dari kisah
benar. Sarjan Hassan, diarah dan dilakonkan oleh
Tan Sri P.Ramlee ditayangkan pada tahun 1958 iaitu pada 28
Ogos.
NURUL AYESHAQAMARINA BINTI KAMARUZI
03DPR21F2116

Refleksi diri: Berdasarkan filem Sarjan Hassan ini, saya dapat
mempelajari untuk terus bersemangat dalam hidup walaupun
banyak cabaran yang dihadapi.
NURUL ALIA FITRAH BINTI MOHD ALI
03DPR21F2067

KESIMPULAN

Filem Sarjan Hassan menceritakan tentang
kisah seorang anak yatim piatu iaitu, Hassan
yang dibesarkan oleh bekas majikan ayahnya
yang juga mempunyai seorang anak. Pada
suatu hari, Aziz telah terbaca di dalam surat
khabar tentang berita bahawa Askar Melayu
sedang mencari ahli baharu. Aziz beiminat
untuk menyertainya dan niatnya itu telah
diizinkan oleh ayahnya. laitu Tok Penghulu.
Hassan turut berminat untuk menyertainya
tetapi niatnya itu dihalang oleh ayah
angkatnya. Bagaimanapun, dia tetap mahu
menyertainya dan dia nekad untuk pergi ke
sana untuk menjadi askar, Pada suatu hari,
Jepun telah memperluaskan wilayahnya
termasuklah Malaya. Tentera Jepun mendarat
melalui Kota Bharu.

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Gerak kerja

RUJUKAN

Munirah Mustaffa et.al. 2020. Penghayatan Etika dan

Peradaban. Kuching: Politeknik Kuching.

Siti Zaharah Setapa et.al. 2022. Penghayatan Etika dan

Peradaban.Subang Jaya: Penerbit Ehsan(M) Sdn.Bhd.


Click to View FlipBook Version