3.0 MATLAMAT
• Melahirkan murid - murid yang lebih bertanggunjawab dan berdisplin serta
berdaya saing.
• Mempunyai jati diri yang tinggi dan berkeperibadian tinggi, disamping mengetahui
betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan mereka.
• Memupuk jiwa pelajar supaya lebih yakin dalam setiap perkara.
4.0 OBJEKTIF
• Dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan diri dalam
bidang akademik dan ko-akademik.
• Memberi pendedahan pelajar tentang kaedah memajukan diri sendiri.
• Dapat melahirkan anak-anak didik yang mempunyai kecemerlangan akademik
serta sahsiah yang mulia pada masa akan datang.
• Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur
dan menanam sikap cintakan ilmu pengetahuan.
• Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
• Mengurangkan isu kemerosotan prestasi dalam pembelajaran dan kes-kes
pelanggaran disiplin
5.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 08 September hingga 9 September 2021
Tempoh : 2 Hari 1 Malam
Tempat : Jerai Hill Resort
Peserta : 50 orang calon UPSR Sekolah Kebangsaan Cempaka
6.0 TENTATIF PROGRAM
HARI PERTAMA – 8 SEPTEMBER 2021
Masa Program / Aktiviti Tempat
8.30 am Berkumpul di sekolah Dataran perhimpunan sekolah
9.00 am Bertolak ke Jerai Hill Resort Sekolah - Jerai Hill Resort
10.00 am Pendaftaran peserta Perkarangan dewan serbaguna
Dewan serbaguna
10.30 am Taklimat dan jamuan ringan Dewan serbaguna
Kafeteria
11.00 am Ice Breaking - Talent Ball Bilik & Surau
Dewan serbaguna
12.30 pm Makan Tengahari Dewan serbaguna
1.15 pm Pengurusan diri & Solat Zohor berjemaah
2.00 pm LDK 1 - Menara Kertas
3.00 pm Ceramah 1 - Slot bersama GBK
(Halatuju Kerjaya Murid)
Masa Program / Aktiviti Tempat
4.30 pm Minum Petang & Solat Asar berjemaah Kafeteria & Surau
Dewan serbaguna
5.30 pm Riadah 1 - Bola beracun Bilik
Kafeteria
6.30 pm Pengurusan diri Surau
Surau
7.00 pm Makan Malam Dewan serbaguna
Kafeteria
7.30 pm Solat Maghrib berjemaah & Kuliah Maghrib Bilik
8.30 pm Solat Isyak berjemaah
9.00 pm LDK 2 - Perkembangan Diri
10.30 pm (Modul Tolong Ingatkan Aku)
Minum malam
10.45 pm Pengurusan diri & Lelap Mata
HARI KEDUA – 9 SEPTEMBER 2021
Program / Aktiviti Tempat
Surau
Masa
Surau
4.45 am Qiamulail
Bilik & Kafeteria
5.30 am Solat Subuh Berjemaah & Kuliah Subuh Perkarangan dewan
serbaguna
7.30 am Khidmat diri & Sarapan Pagi Sebahagian kawasan resort
8.15 am Malaysia Cergas Kafeteria
Bilik & Surau
9.00 am Riadah 2 - Treasure Hunt Dewan serbaguna
Dewan serbaguna
12.30 Makan Tengahari Jerai Hill Resort - sekolah
pm
1.00 pm Khidmat diri & Solat Zohor berjemaah
2.30 pm Ceramah 2 - Minda Intelek (Penceramah
Jemputan)
4.00 pm Penutup
4.30 pm Bertolak pulang
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : En. Zulkipli B. Othman (Guru Besar)
Pengerusi : En Rashidi B. Hamzah (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Puan Mashitah Bt Basri (GPK Tadbir & Kurikulum)
Naib Pengerusi 2 : En. Suffian B. Yusuf (GPK Kokurikulum)
Kem Komandan : En. Rustam B. Khairul (Ketua Guru Disiplin)
Setiausaha : Pn Nur Husna Bt Abd Ghani (Guru Bimbingan Dan Kaunseling)
Bendahari : Pn. Nik Alyaa Nasuha Bt Nik Azhar
8.0 AJK PELAKSANA : En Nasir B.Othman
:Pn Nur Husna Bt Abd Ghani
Penyelaras :En Sabri B. Ahmad
Pen.Penyelaras :Pn. Hawa Bt Zainal & Lee Pooi Cheng
Fasilitator :En. Badruddin B. Abu Bakar
Pendaftaran :En. Azlan B. Muhammad
Pengangkutan :Pn Nur Husna Bt Abd Ghani
Teknikal :En. Adli B.Hassim
Fotografi :En Sabri B. Ahmad (fasilitator)
Dokumentasi :Pengurusan Jerai Hill Resort
Sijil/Cenderahati :Fasilitator/ Pengurusan Jerai Hill Resort
Makan/Minum :Semua Guru Terlibat
Penyediaan Bahan
Kebersihan & Keselamatan
9.0 BELANJAWAN
1. Bayaran Penceramah Anggaran Perbelanjaan RM 200.00
RM 200.00 x 1 RM 30.00
2. Perbelanjaan jamuan VIP RM 5.00 x 6 orang RM 2750.00
RM 50.00
3. Penginapan dan makanan peserta RM 55.00 x 50 orang
RM 150.00
4. Alat tulis dan ‘handouts’ RM 50.00 RM 60.00
5. Sijil RM 3.00 x 50 orang RM 150.00
RM 50.00
6. Hadiah kumpulan RM 15.00 x 4
RM 3440.00
7. Sewaan Bas Sekolah RM 150.00
8. Sewaan Fasiliti RM 50.00
JUMLAH
10. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini diharapkan dapat mencapai segala objektif
yang telah disasarkan dengan baik dan ia diharapkan juga dapat memberikan kesan yang
positif terhadap perkembangan dan pembangunan pelajar sekolah masa kini. Adalah
menjadi harapan agar kertas konsep ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan
yang sewajarnya agar program ini akan menjadi satu realiti demi perkembangan dan
pembangunan serta kecemerlangan anak didik kita di sekolah. Ini kerana dalam proses
ke arah untuk mempertingkatkan kualiti dan kecemerlangan pelajar sekolah,
kepentingan, peranan dan fungsi keseimbangan antara jasmani, rohani dan intelek tidak
boleh dipandang ringan. Sehubungan dengan itu, program yang dicadangkan ini
mempunyai agenda dan strateginya dalam membentuk satu pendekatan dan kaedah ke
arah membina peserta program ini yang mempunyai minda dan kemahiran diri yang
cemerlang supaya dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik dan
berkesan. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami agar kertas konsep ini mendapat
perhatian yang sewajarnya dari pihak tuan agar setiap apa yang telah dirancang akan
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
__________ _________ _________
TERIMA KASIH
KUMPULAN
7
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN 2
43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR
KERTAS CADANGAN
PROGRAM “IKON SAHSIAH”
TARIKH:
SEPANJANG TAHUN (JANUARI-OKTOBER)
TEMA:
DISIPLIN DAN SAHSIAH MURID
ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
KERTAS CADANGAN PROGRAM “IKON SAHSIAH”
TAHUN 2021
“SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID”
1.0 PENGENALAN
Program ikon sahsiah merupakan sebuah program yang menggalakkan
pelajar-pelajar untuk sentiasa menjaga perilaku dan sikap mereka supaya berada pada
tahap cemerlang. Berdasarkan teori Behavioris, peneguhan, rangsangan dan modelling
perlu digunakan bagi mengubah tingkah laku pelajar mengikut tingkah laku yang diingini
supaya sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu meningkatkan
sahsiah dan disiplin murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015)
Program juga dilaksanakan bagi membentuk persekitaran yang positif antara
pelajar dengan pelajar dan juga antara pelajar dengan guru. Hal ini berikutan adanya
aduan dari guru dimana terdapat kes pelajar tidak beradab dengan guru didalam kelas
dan pelajar yang ponteng kelas. Faktor lain adalah kerana terdapat kes pelajar
bergaduh kerana tidak berpuas hati dengan sikap yang ditonjolkan oleh rakan
sekelasnya atau rakan kelas lain. Program dijalankan bagi membentuk suasana hormat
menghormati dan penerapan nilai murni dalam diri pelajar terhadap persekitarannya
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kes tidak menghormati guru dan rakan pelajar lain ini telah menjadi sesuatu isu
yang semakin hangat diperkatakan dalam masyarakat. Kes ini bukan sahaja
berlangsung di dalam persekitaran sekolah sahaja malah telah berlaku di luar sekolah
dan merebak ke dalam sosial media. Pada hari ini, banyak hinaan dan cacian diberikan
kepada guru mahupun orang yang tidak mereka berpuas hati secara meluas di internet.
Berdasarkan pemerhatian, ketidakpuasan hati terhadap seseorang individu merupakan
antara sebab berlakunya hal sebegini seperti tidak puas hati dengan layanan atau sifat
yang dipamerkan oleh orang lain terhadapnya.
3.0 RASIONAL
Mendidik murid dengan menerapkan dan mewujudkan suasana yang boleh melatih
pelajar beramal dengan nilai-nilai murni dan pribadi yang baik sebagai pelajar serta
menghormati guru serta rakan sebaya.
4.0 MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan
bersahsiah tinggi.
5.0 OBJEKTIF
1. Untuk melahirkan pelajar yang beradab dan menghormati guru-guru yang
mengajar mahupun yang tidak mengajar
2. Untuk menambahkan pengetahuan murid melalui pendekatan poster
3. Untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan warga sekolah yang lain
4. Untuk mewujudkan persaingan antara pelajar secara sihat
6.0 FOKUS PROGRAM
Program ini difokuskan kepada semua murid dan menerapkan nilai murni dalam diri
murid untuk membentuk sahsiah dan disiplin yang baik.
7.0 TARIKH
Program ini dijalankan sepanjang tahun dari bulan Januari hingga bulan Oktober.
8.0 SASARAN PROGRAM
Semua murid.
9.0 KPI
9.1 Output : Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda-tanda murid yang tidak
beradab dengan guru serta murid diterapkan dengan nilai-nilai murni dan cara beradab
dengan guru
9.2 Outcome : Murid dapat mengamalkan panduan beradab dengan guru yang
diberikan guru kaunseling, menerapkan diri dengan nilai-nilai murni serta sedar akan
pentingnya beradab dengan guru.
10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
Bil Perbelanjaan Kos/Perbelanjaan
1. Hadiah ikon sahsiah (RM30x10 RM300.00
bulan)
2. Pengurusan program/ luar jangka RM100
JUMLAH PERBELANJAAN RM400.00
10.1 SUMBER KEWANGAN : Bantuan Geran Per Kapita Kaunseling
11.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : Encik Ahmad Zuhair bin Zaimuddin ( Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 : Puan Qismina binti Zainuddin (GPK HEM)
Naib Pengerusi ii : Cik Noorlela binti Abdul Razak (GPK Pentadbiran)
Setiausaha : Puan Asmauthaqifah Najihah binti Rosli
(Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa)
Ahli Jawatankuasa : Puan Siti Zaiton Binti Faizal (AJK Google Form)
Encik Karim Md Noor (AJK Poster)
Puan Suriyati Binti Ali (AJK Agihan Poster)
Encik Irfan Syahmi (AJK Hadiah)
Cik Hana Khalilah (AJK Sosial Media)
12.0 Tugas AJK
Bil. Ahli Jawatan Kuasa Tugas
1. AJK Google Form (Unit 1. Bertanggungjawab untuk
Disiplin) menghasilkan sebuah borang atas
talian melalui Google Form untuk
diberikan kepada guru.
2. Bertindak sebagai penganalisis
maklumat dan menentukan pemenang
bagi Ikon Sahsiah.
2. AJK Poster (Unit Bimbingan 1. Menyediakan poster berkaitan adab
& Kaunseling) dengan guru dan sebagainya setiap
minggu.
2. Bertanggungjawab menghasilkan
poster yang menarik dan bermaklumat
agar difahami oleh pelajar
3. AJK Agihan Poster (Guru Bertanggungjawab mengagihkan poster
Kelas) kepada semua murid mengikut kelas
masing-masing
4. AJK Hadiah ( Unit Bertugas dalam menyediakan dan
Bimbingan & Kaunseling) memberikan hadiah kepada pemenang Ikon
Sahsiah pada setiap bulan
5. AJK Sosial Media ( Unit ICT 1. Bertanggungjawab dalam
Sekolah) menguruskan laman web Facebook
rasmi sekolah.
2. Mengemaskini status Facebook rasmi
sekolah dengan poster-poster yang
telah dihasilkan
13.0 TENTATIF PROGRAM
Tarikh/ Aktiviti Pendekatan Kaedah Jawatankuasa
Masa Kerja
Edaran Info Pencegahan ● Guru
Tauladan Kelas
Setiap -AJK Agihan Poster akan
minggu memberikan poster yang ● AJK
sepanjang dihasilkan oleh AJK Poster Sosial
bulan kepada setiap guru kelas Media
Januari
hingga - Guru kelas akan sebarkan ● AJK
Oktober poster tersebut kepada pelajar Agihan
melalui group kelas di aplikasi Poster
Whatsapp
● AJK
Poster
-AJK sosial media akan muatnaik
poster tersebut dalam laman
utama Facebook rasmi sekolah
Minggu Pemilihan Perkembanga -Setiap guru akan AJK Google
terakhir Ikon n memperhatikan tingkah laku Form
setiap setiap pelajarnya
bulan
(Januari -Guru akan mengisi 3 nama
pelajar terbaik melalui Google
Form pada minggu terakhir setiap
bulan
-AJK Google form akan
menganalisis nama tersebut
hingga -Pemilihan ikon akan dibuat pada
Oktober) setiap bulan
Setiap Ikon Sahsiah Perkembanga - AJK Google Form menganalisis ● AJK
awal n maklumat serta menentukan Hadiah
bulan pemenang Ikon Sahsiah.
(Januari ● AJK
hingga - 3 pelajar yang mendapat undian Google
Oktober) tertinggi akan diberikan ganjaran Form
pada setiap bulan
-AJK hadiah akan menyediakan
hadiah kepada pelajar tersebut
14.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif
program ini sekaligus berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang hasil
kerjasama semua pihak sekolah.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
………………………. …………………………..
(ASMAUTHAQIFAH HAJIHAH BINTI ROSLI) (AHMAD ZUHAIR BIN ZAIMUDDIN)
Setiausaha Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Guru Besar SK Jalan 2,
Sekolah Kebangsaan Jalan 2, 46350 BANDAR BARU BANGI SELANGOR
43650 BANDAR BARU BANGI SELANGOR