The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F8 NURHUSNA SOLEHA (Penulisan Akedemik-Budaya)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhusna09-474, 2022-05-20 01:37:50

F8 NURHUSNA SOLEHA (Penulisan Akedemik-Budaya)

F8 NURHUSNA SOLEHA (Penulisan Akedemik-Budaya)

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
EDUP 3033

Disediakan oleh:

Nama: NURHUSNA SOLEHA BINTI SHUKRI
No. Kad Pengenalan: 000814-06-0660
2020192340155
Angka Giliran: PISMP F8
Kumpulan/ Unit DR SITI HALIMAH
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 8 APRIL 2021

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabil’alamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi
dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini
dengan penuh jayanya. Saya juga ingin menyampaikan ucapan penghargaan kepada
pensyarah subjek ini, di atas kesudian DR dalam memberikan tugasan. Beliau juga
banyak membantu saya sepanjang proses pembentukan tugasan ini dilakukan. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan- rakan yang yang banyak
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan tugasan.
Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang tugasan ini disiapkan. Saya juga ingin
memohon maaf sekiranya banyak melakukan kesilapan semasa dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar DR dapat menghalalkan segala ilmu
yang diberikan.

KANDUNGAN 4
PENGENALAN
5
LANGKAH MENGURUSKAN BILIK DARJAH 6
MESRA BUDAYA
KESIMPULAN

RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia, dengan adanya pendidikan,
nasib individu dapat diubah kepada yang lebih baik. Namun, sesebuah pendidikan tidak akan
dapat dipisahkan dengan budaya manusia. Budaya dapat ditafsirkan sebagai suatu bentuk
kemajuan akal fikiran (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010). Penyatuan antara kedua-dua elemen
ini sudah tentu dapat mewujudkan sebuah suasana yang kondusif dan harmoni terutamanya
kepada para pelajar sewaktu proses PdP berlangsung. Oleh itu, guru sebagai penggerak perlu
menjadi agen pelaksana dalam mewujudkan sebuah suasana mesra budaya sewaktu di dalam
bilik darjah.

2.0 LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Pewujudan bilik darjah mesra budaya merupakan suatu cabaran yang perlu dihadapi oleh para
guru di dalam bilik darjah. Untuk mewujudkan bilik darjah mesra budaya, guru perlu melibatkan
beberapa aspek iaitu fizikal, emosi dan sosial.

ASPEK FIZIKAL

Aspek fizikal lebih menyentuh kepada usaha dan langkah yang boleh digunakan guru dalam
membentuk bilik darjah yang mesra budaya. Aspek fizikal ini melibatkan susur atur kelas, guru
perlu mengatur susunan kerusi dan meja pelajar dalam keadaan yang selesa dan kondusif.
Dalam hal ini , guru seharusnya menyusun kerusi dan meja murid dalam satu kumpulan yang
mana setiap kumpulan mempunyai taburan kaum yang sama dengan kumpulan yang lain
(Najeemah Yusof, 2016). Menerusi penyusunan secara berkumpulan, murid dapat berkerjasama
antara satu dengan yang lain sewaktu melaksanakan aktiviti PdP . Perkara ini juga secara tidak
langsung mewujudkan persefahaman antara murid yang berlainan kaum, seterusnya murid juga
dapat menghayati perbezaan dalam kalangan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan
yang diberikan oleh guru. Deduksinya, susunan kerusi dan meja murid yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang secara berkumpulan dapat meningkatkan persefahaman sesama murid
serta menepati garis panduan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pembelajaran secara
koperatif.

Selanjutnya, guru juga boleh menghias kelas dengan elemen kebudayaan dan keseniaan
kaum-kaum di negara ini. Melalui cara ini, para pelajar akan dapat mempelajari perkara baharu
mengenai perbezaan yang wujud antara kaum dan meningkatkan keterbukaan murid dalam
meraikan persamaan dan mengetepikan perbezaan. Misalnya, guru menampalkan nota-nota
mengenai juadah antara kaum seperti nasi lemak, capati dan kuih bulan dan imej sambutan

seperti Hari Raya, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Melalui cara ini, guru dapat memupuk sikap
toleransi antara murid yang berbeza kaum dan budaya. Murid, secara tidak langsung akan
menghargai hiasan-hiasan yang diletakkan di dalam kelas mereka.

ASPEK EMOSI

Manusia memiliki berbagai emosi yang boleh berubah-ubah dan turut dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran dan faktor lain. Oleh itu, guru perlu membina bilik darjah yang mesra budaya dan
perlu meliputi aspek emosi antaranya, guru perlu melayani setiap pelajaranya dengan adil dan
tidak melabel atau membezakan para pelajarnya. Setiap manusia sudah pasti mahu dilayan
dengan adil dan sebaik mungkin dalam setiap perkara. Maka guru perlu profesional dalam
membahagikan perhatiannya kepada para pelajarnya.

Aspek emosi juga boleh dilaksanakan guru melalui penerapan nilai murni oleh guru
sewaktu murid berada di dalam bilik darjah. Elemen Merentas Kurikulumyang ditekankan dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sepetutnya dipraktikkan oleh guru ketika
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. EMK ialah unsur nilai tambah
yang diterapkan dalam Standard Kandungan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013).
Sebagai tamsilnya, guru boleh menerapkan pelbagai nilai murni dalam kalangan murid seperti
hormat-menghormati, kerjasama dan semnagat bermasyarakat bagi memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan murid. Pemupukan nilai murni dalam kalangan murid yang pelbagai
kaum adalah penting untuk memastikan murid menerima dan mengahayati perbezaan sesama
mereka. Tuntasnya EMK yang ditekankan dalam KSSR dapat mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya melalui penerapan nilai murni yang dapat memupuk sifat yang terpuji
dalam kalangan murid.

ASPEK SOSIAL

Para pelajar merupakan golongan yang masih berada dalam lingkungan kanak-kanak. Maka,
mereka akan berkelakuan dan mengikut perilaku berdasarkan apa yang mereka lihat dan
perhatikan. Oleh itu, mereka akan memerhatikan segala tingkah laku dan gerak geri guru ketika
berada di dalam kelas mahupun ketika berbicara di luar bilik darjah. Guru seharusnya menjadi
suri teladan yang bail untuk ditiru oleh murid-muridnya. Melalui cara ini, mereka mampu untuk
bergaul dengan rakan sekelas melalui kaedah yang sopan dan menghormati antara satu sama
lain. Sebagai contoh, ketika berada di dalam kelas, guru menggunakan bahasa yang lembut dan
sopan serta memiliki dan mempamerkan ciri akhlak dan peribadi yang terpuji dan murid secara
langsung akan melakukan perkara yang sama.

Selain itu, guru juga perlu membentuk pengaruh sosial yang positif antara murid sewaktu
di dalam kelas. Ini sangat penting untuk dilaksanakan oleh guru dan perlu melibatkan kesemua
murid tanpa mengira perbezaan pada pelajar tersebut. Perkara ini sudah tentu akan dapat
membentuk suatu gaya pembelajaran yang aktif kepada murid di dalam kelas. Pembelajaran
yang aktif terwujud apabila murid-murid melibatkan diri secara aktif sewaktu PdP berlangsung,
dan cara ini sememangnya membantu murid menerima ilmu pada tahap yang maksimum. Aktif
di dalam kelas juga bermaksud murid aktif berbincang, berbicara dan bertukar pendapat (Kamarul
Azmi, 2012). Misalnya, seorang murid yang bukan berbangsa melayu dan tidak fasih dalam
menggunakan bahasa melayu dalam komunikasi pasti akan berasa rendah diri dengan
kekurangan yang dimilikinya, namun guru boleh membentuk keyakinan murid itu melalui
sokongan rakan pelajar yang lain, dan interaksi positif yang berterusan dengan murid tersebut.
Impaknya akan dapat dilihat apabila mereka saling memotivasikan antara satu sama yang lain.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pelbagai langkah boleh diambil oleh guru dalam usaha

mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya, ini kerana perkara ini merupakan suatu yang

penting dalam merialisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025) yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan

negara. Dengan adanya bilik darjah yang mesra budaya, ini akan menggalakkan murid untuk

mewujudkan konsep penerimaan dan persefahaman dalam kalangan murid yang terdiri daripada

latar belakang yang berbeza.

RUJUKAN
Abdul Rasid. (2020). Sistem pendidikan asas bina jati diri murid. Berita Harian Online.

Ahmad Ali & Warti Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Freemaind Horizons Sdn.Bhd.

Aznal Arief. (2017). Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya. Academia.edu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kementerian
Pendidikan Malaysia .

Deddy Makmur. (2019). https://docplayer.info/. Retrieved from docplayer.info:
https://docplayer.info/73058018-Kepelbagaian-sosio-budaya-individu-dalam-sistem-
pendidikan-bukan-sahaja-dilihat.html

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan . Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamarul Azmi. (2012). Penyeliaan Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti
Teknologi Mara.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maryam Ahmad. (2019). Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Terhadap Guru dan Murid. UKM
Journal.

Najeemah Yusof. (2016). Bahasa dan Sempadan Etnik dalam Kalangan Murid Peelbagai Etnik
di Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noriati Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah & Zuraidah Majid. (2017). Budaya dan
Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Syed Ismail. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Penerbitan Multimedia.


Click to View FlipBook Version