The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIDA BINTI ABU BAKAR KPM-Guru, 2023-10-29 01:04:31

BIDANG 3 : Pengenalan Sains Pergerakan

3.2 - Jenis-jenis Pergerakan

Keywords: BBM SST4

3.2 JENIS-JENIS GERAKAN SAINS SUKAN TINGKATAN 4 KSSM OLEH CIKGU NORAZILA KHALID SMK ULU TIRAM, AJOHOR


Gerakan Linear Gerakan linear terhasil apabila daya diaplikasikan ke pusat graviti jasad. Daya yang menghasilkan gerakan linear ialah daya sentrik. Gerakan berlaku dalam garis lurus iaitu menegak dan mendatar pada jarak dan tempoh masa yang sama. Keadaan jasad dalam gerakan linear juga tidak mengalami perubahan bentuk.


Gerakan Linear Gerakan Rektilinear Gerakan Kurvilinear


Gerakan Rektilinear Pergerakan ini melibatkan sasaran dalam satu landasan yang lurus. Sebagai contoh, gerakan lompatan dalam acara palang gimnastik. Pergerakan ini membuatkan kedudukan sendi bahu dan pinggul bergerak pada arah yang sama.


Gerakan Kurvilinear Pergerakan ini melibatkan pergerakan dalam landasan yang melengkung dengan kedudukan semua badan ke arah yang sama. Sebagai contoh, pergerakan fasa lompatan dalam gimnastik. Kedudukan sendi bahu dan pinggul masih berada dalam keadaan yang sama


Contoh gerakan linear dalam aktiviti sukan Kelajuan pada atlet berbasikal acara pecut. Pelari pecut yang sedang memecut ke garisan penamat. Bola yang ditendang dan arah pergerakan bola melengkung.


Gerakan Bersudut Gerakan bersudut terhasil apabila titik aplikasi daya berada di luar pusat graviti jasad. Daya yang menghasilkan gerakan bersudut ialah daya esentrik. Segmen jasad berubah posisi daripada kedudukan asal ke kedudukan baharu. Gerakan ini berlaku di sekitar paksi dan sendi bertindak sebagai paksi dalam gerakan bersudut. Gerakan bersudut melibatkan perubahan sudut pada sendi.


Gerakan Bersudut Rotasi dalaman Rotasi luaran


Rotasi dalaman Paksi rotasi dalaman ialah paksi yang berpunca daripada bahagian sendisendi jasad.


Rotasi luaran Paksi rotasi luaran ialah paksi yang berpunca daripada bahagian luar tubuh. Sebagai contoh, fasa menghayun keseluruhan tubuh dalam acara palang gimnastik artistik. Paksi rotasi tubuh ialah palang yang digenggam.


Contoh gerakan bersudut dalam aksi sukan Seorang atlet yang sedang melakukan putaran untuk membaling tukul besi Atlet yang melakukan terjunan dari papan anjal. Semasa melakukan pitching dalam permainan sofbol.


Gerakan Umum Gerakan umum merupakan gabungan gerakan linear dan gerakan bersudut yang berlaku di sekitar paksi sendi. Secara asasnya semua gerakan manusia digambarkan sebagai gerakan umum.


Gerakan Umum Bola sepak Hoki


Gerakan Umum Berbasikal Sepak takraw


TAMAT


Click to View FlipBook Version