The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Teks Digital Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIDA BINTI ABU BAKAR KPM-Guru, 2023-10-25 23:39:09

Buku Teks Digital PJPK T3 KSSM

Buku Teks Digital Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3

RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN Penulis Chia Chiow Ming Gananathan a/l M. Nadarajah Gopal a/l Raman Mohd. Irwan bin Miskob Editor Kok Mong Lin Nurulhudha binti Omar Norfarahin Athirah binti Ab. Rahim Pereka Grafik Nurulhuda binti Sulaiman Ilustrator Meor Mohd. Shukor bin Muhamad Suhaimi 2018


PENGHARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Kawalan Mutu Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. • SMK Puchong Permai, Selangor. • SMK Seri Kundang, Rawang, Selangor. • Persatuan Dodgeball Malaysia. • Malaysia Basketball Association (MABA). • Jabatan Pengajian Sukan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. • Persatuan Ngajat Asal Iban (NGASI). • Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor. • Jump Street Trampoline Parks Malaysia. Semua pihak yang terlibat dalam proses penerbitan buku ini. KPM2018 ISBN 978-967-2212-03-4 Cetakan Pertama 2018 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini, tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sungai Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8925 8975 No. Faksimile: 03-8925 8985 Laman Web: arasmega.com Reka Letak dan Atur Huruf: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Myriad Pro Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh: Percetakan Surya Sdn. Bhd. Plot 29, Jalan IKS BK 2, Taman IKS Bukit Katil, 75450 Bukit Katil, Melaka. Tel: 06-2324475/4479 Faks: 06-2324960 No Siri Buku : 0071


KANDUNGAN PENDIDIKAN JASMANI iii GIMNASTIK ASAS • Gimnastrada - Gimnastik untuk Semua 2 4 PERGERAKAN BERIRAMA • Pergerakan Kreatif • Tarian Zapin • Tarian Ngajat 10 12 14 17 PERMAINAN KATEGORI SERANGAN • Bola Keranjang • Hoki 25 26 36 PERMAINAN KATEGORI JARING • Pingpong • Tenis 47 48 60 PERMAINAN KATEGORI MEMADANG • Sofbol 73 74 OLAHRAGA ASAS • Lari Berpagar • Lompat Kijang • Lempar Cakera 86 88 92 96 REKREASI DAN KESENGGANGAN • Pandu Arah (Orienteering) • Dodgeball • Permainan Tradisional Gelap Cerah Aci Sep 102 104 108 112 112 114 KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN KESIHATAN • Kapasiti Aerobik - Litar Kardio • Kelenturan - Bantuku Lentur • Kekuatan Otot - Kuat dan Segak • Daya Tahan Otot - Cabaran Litar • Komposisi Badan - Lemak oh Lemak • Pentaksiran Kecergasan Ujian SEGAK - Bersama Kita Maju 118 120 122 124 126 128 131 UNIT 1 UNIT 3 UNIT 4 UNIT 6 UNIT 5 UNIT 7 UNIT 8 PENDAHULUAN v PENGENALAN IKON vi UNIT 2


UNIT 1 UNIT 2 UNIT 3 PENDIDIKAN KESIHATAN iv PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) • Kesihatan Diri dan Reproduktif 136 136 • Penyalahgunaan Bahan 142 • Pengurusan Mental dan Emosi 150 • Kekeluargaan 156 • Perhubungan 162 • Penyakit 170 • Keselamatan 176 PEMAKANAN 182 PERTOLONGAN CEMAS • R.I.C.E. 188 190 SENARAI RUJUKAN 193 INDEKS 194


v PENDAHULUAN Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 ini dihasilkan berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Dalam buku teks ini terdapat lapan unit bagi Pendidikan Jasmani dan tiga unit bagi Pendidikan Kesihatan. Buku teks ini dipersembahkan berdasarkan tiga domain utama iaitu, psikomotor, kognitif dan afektif dalam kandungan teks, aktiviti serta latihan pengukuhan. Menarik tentang buku teks ini ialah dimulakan dengan halaman rangsangan yang dipersembahkan secara double spread, yang mengandungi standard kandungan, standard pembelajaran, foto, ilustrasi dan juga pengenalan permulaan bagi setiap unit. Buku teks ini juga mengekalkan pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) bagi kemahiran dalam Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang dicadangkan ini bersesuaian dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi menggalakkan guru dan murid menjadi lebih kreatif, aktif dan inovatif dalam merancang permainan dan penyelesaian masalah. Pendidikan Kesihatan mengekalkan tiga komponen utama, iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas. Fokus utama Pendidikan Kesihatan dalam buku teks ini adalah untuk melahirkan generasi yang sihat, demi kesejahteraan bangsa dan negara. Selain itu, elemen tambahan seperti Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Pembelajaran Abad ke-21, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta Kemahiran Pemikiran Komputasional (Computational Thinking Skills) turut diterapkan bagi memastikan objektif utama mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 3 tercapai. Diharapkan agar penerbitan buku teks ini dapat dimanfaatkan oleh guru, murid, ibu bapa dan masyarakat di negara ini. Semoga penerbitan buku ini dapat memenuhi keperluan sistem pendidikan negara untuk mendepani keperluan pendidikan akan datang.


vi Untuk mengimbas kod AR, anda perlu memuat turun aplikasi 'Zappar'. PENGENALAN IKON Ikon yang merujuk pembelajaran yang dapat mengukur pencapaian kognitif dan psikomotor murid. UNIT Ikon yang merujuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT Ikon yang merujuk penggunaan kod QR untuk maklumat tambahan. KOD QR Ikon yang merujuk aktiviti yang melibatkan kreativiti murid mencipta sesuatu projek atau tugasan. AKTIVITI Ikon yang merujuk maklumat tambahan tentang sesuatu topik. TAHUKAH ANDA? Ikon yang merujuk aspek keselamatan yang harus dipatuhi. KESELAMATAN Ikon yang merujuk aspek keperluan informasi Internet. CELIK SIBER Ikon yang merujuk soalan pengukuhan dalam aktiviti yang berbentuk kognitif. LATIHAN PENGUKUHAN Ikon yang merujuk penggunaan kod AR. KOD AR Ikon yang merujuk aplikasi pemikiran komputasional dalam pembelajaran. PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL


GIMNASTIK ASAS 1.1 2.1 5.2 5.3 5.4 Melakukan rangkaian kemahiran gimnastik asas dalam gimnastrada. Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik semasa melakukan rangkaian kemahiran gimnastik asas dalam gimnastrada. Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti. Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Gimnastrada ialah persembahan berkumpulan mengikut muzik dan melibatkan kemahiran gimnastik, tarian dan pergerakan untuk tujuan hiburan. Persembahan gimnastrada menyediakan peluang bagi peserta daripada pelbagai umur, tahap kemahiran, kebolehan dan disiplin untuk menunjukkan bakat, kreativiti dan imaginasi mereka. Alatan dan prop juga digunakan untuk menyerikan persembahan. Setiap individu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan persembahan berkumpulan. Komunikasi dan kerjasama yang baik dapat membentuk satu kumpulan yang mempunyai keserasian dan persefahaman dalam persembahan rutin gimnastrada. Pengenalan Standard Kandungan 1 UNIT 2


Nama gimnastrada dibentuk daripada perkataan gymnastic iaitu istilah antarabangsa untuk semua sukan yang berhubungan dengan gimnastik. Estrada pula bermaksud panggung dan strada bermaksud jalan dalam bahasa Belanda (Dutch). Sumber: Teaching rhythmic gymnastic: A developmentally appropriate approach (1961). Tahukah Anda? Video gimnastrada UNIT 1 Gimnastik Asas 3


1.1.1, 2.1.1, 5.2.4 Gimnastrada boleh terdiri daripada gabungan rangkaian kemahiran gerak edar, imbangan, putaran dan hambur secara berkumpulan. Susun atur rangkaian pergerakan boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan kreativiti. Cuba hasilkan satu rangkaian pergerakan gabungan kemahiran gerak edar, imbangan, putaran dan hambur mengikut kreativiti kumpulan seperti gambar di sebelah. Aktiviti Gimnastrada - Gimnastik untuk Semua Gerak Edar: Pergerakan dari satu tempat ke tempat lain dengan menggunakan pergerakan lokomotor. Saya perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Merangkak Langkah silang (Grapevine) Berskip Gerak Edar Imbangan Imbangan: Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang atau tapak sokongan diubah. Imbangan ini amat mencabar. Imbangan skala Imbangan bentuk piramid Turutan dan jenis gerak edar, imbangan, putaran dan hambur memainkan peranan penting semasa mereka cipta rutin gimnastrada. Mengapa? UNIT 1 Gimnastik Asas 4


Putaran: Pergerakan pusingan pada sesuatu paksi badan seperti paksi menegak dan mendatar. Putaran roda Guling hadapan Putaran menegak 360 Hambur: Melibatkan aktiviti yang menghasilkan anjakan badan yang cepat. Anjakan tersebut boleh dilakukan dari kaki atau tangan atau kedua-duanya. Lombol kangkang Hambur atas alatan Putaran Hambur Murid boleh menyenaraikan dan melakukan pelbagai kemahiran gerak edar, imbangan, putaran dan hambur berdasarkan pengalaman sedia ada. UNIT 1 Gimnastik Asas 5


Berskip dan diikuti dengan imbangan skala sambil bermain dengan prop pom pom. Hambur ke atas rakan yang membongkok badan. 1.1.2, 2.1.2, 5.4.4 Konsep Pergerakan: Kesedaran tubuh badan Pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. Kesedaran ruang Pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras dengan laluan lurus, berlengkok, spiral, dan zig-zag. Kualiti pergerakan Pergerakan yang melibatkan kelajuan cepat atau lambat, dan penggunaan daya antara ringan dan berat berdasarkan tempo dan irama. Hubungan Pergerakan yang melibatkan hubungan antara alatan, pasangan atau kumpulan. Sumber: Siri pendidikan guru: Pergerakan asas (2014). Tahukah Anda? Cabaran Gimnastrada Mari kita mereka cipta persembahan gimnastrada mengikut muzik "Keranamu Malaysia". Pengetahuan tentang konsep pergerakan dapat membantu kita mereka cipta rutin persembahan yang kreatif. Gimnastrada sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Bincangkan. 1 3 UNIT 1 Gimnastik Asas 6


Melakukan putaran roda. Melakukan imbangan bentuk piramid sebagai penutup persembahan. Lagu "Keranamu Malaysia" 1. Lakukan kemahiran mengikut kemampuan diri sendiri. 2. Gunakan tilam semasa melakukan aktiviti putaran dan hambur. 3. Lakukan aktiviti dengan pengawasan guru. Keselamatan Penggunaan alatan atau prop semasa persembahan dapat membantu menghasilkan persembahan yang menarik. 4 2 UNIT 1 Gimnastik Asas 7


Dalam kumpulan kecil, cipta dan persembahkan satu rutin gimnastrada berdasarkan aspek-aspek berikut mengikut muzik pilihan sendiri. Nama kumpulan: Aspek Jenis kemahiran/konsep pergerakan Gerak edar Putaran Hambur Imbangan Konsep pergerakan Pilihan muzik Lakaran formasi Justifikasi pemilihan aspek di atas Cadangan penambahbaikan Aktiviti 1.1.3, 2.1.3, 5.3.1 UNIT 1 Gimnastik Asas 8


LATIHAN PENGUKUHAN 1. Senaraikan kemahiran yang boleh dilakukan di bawah. 2. Berdasarkan kemahiran di atas, pilih kemahiran yang sesuai untuk dijadikan satu rangkaian pergerakan dan nyatakan justifikasi pemilihan anda. Justifikasi Pemilihan Gerak Edar 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Imbangan Putaran Hambur UNIT 1 Gimnastik Asas 9


PERGERAKAN BERIRAMA Pergerakan berirama menggalakkan murid bertindak secara fizikal, sosial dan emosi terhadap sesuatu irama atau muzik tertentu melalui pergerakan kreatif dan tarian. Pergerakan kreatif ialah satu bentuk ekspresi fikiran, idea atau perasaan melalui pergerakan badan secara simbolik. Tarian tradisional dibentuk oleh rakyat yang melambangkan kehidupan dan pengalaman mereka di sesuatu daerah atau negara, manakala tarian etnik mencerminkan ciri-ciri unik suku kaum tertentu terutamanya kebudayaan, kaum dan keagamaan mereka. Kandungan dalam bab ini mendedahkan anda tentang pergerakan kreatif dengan menggunakan prop, tarian tradisional dan etnik seperti Zapin dan Ngajat mengikut muzik, serta membuat persembahan menggunakan improvisasi, kreativiti dan daya imaginasi kumpulan. Pengenalan 1.2 Melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut muzik. 2.2 Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dalam pergerakan berirama. 5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.3 Berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti. 5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Standard Kandungan 2 UNIT 10


UNIT 2 Pergerakan Berirama 11


Pergerakan kreatif ialah satu bentuk ekspresi diri yang unik untuk berkomunikasi melalui pergerakan badan secara simbolik. Prop yang digunakan juga menggalakkan imaginasi, inovasi, kelestarian serta nilai estetik murid. Dengan menggunakan lagu "Jalur Gemilang", kenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan dalam persembahan anda. 1 Berskip dengan pool noodle mengikut warna jalur gemilang. 3 Mengayun pool noodle secara berselang-seli untuk membentuk ombak. 2 Melentik ke sisi kanan dan kiri. 4 Mencongklang mengikut arah jam sambil mengayun pool noodle. Pergerakan Kreatif Pool noodle (Woggle): Batang foam berbentuk silinder yang biasa digunakan untuk membantu apungan semasa berenang. Glosari Pergerakan kreatif dapat meningkatkan kemahiran sosial dan emosi seseorang. Bincangkan. UNIT 2 Pergerakan Berirama 12


Dalam kumpulan kecil, reka cipta pergerakan kreatif mengikut muzik, prop dan tema yang dipilih sendiri. Pergerakan kreatif kumpulan anda harus mengandungi sekurang-kurangnya empat jenis pergerakan lokomotor, tiga jenis pergerakan bukan lokomotor dan tiga konsep pergerakan. Persembahan hasil reka cipta kumpulan anda akan dinilai oleh kumpulan lain berdasarkan senarai semak yang disediakan dalam kod QR. Aktiviti A B Menggelongsor ke formasi segi empat. Gerakkan pool noodle dari tangan kanan ke tangan kiri secara berselang-seli. Tamat dengan menghulurkan pool noodle ke hadapan. 6 Kumpulan A: Membentuk bunga raya sambil memusing ke arah lawan jam. Kumpulan B: Melutut dan membentuk jalur gemilang secara berselang-seli. Tukar peranan. 5 1.2.1, 2.2.1, 5.3.1, 5.4.1 Lagu Jalur Gemilang Senarai semak pergerakan kreatif UNIT 2 Pergerakan Berirama 13


R L R L Tarian Zapin merupakan salah satu daripada jenis tarian Melayu tradisional. Zapin berasal daripada perkataan Arab iaitu “Zaffan” yang bererti penari dan “al-Zapin” yang bermaksud gerak kaki. Tarian ini diperkenalkan oleh para pedagang dari Timur Tengah pada abad ke-14 dan amat popular di negeri Johor. Tarian zapin biasanya diiringi oleh beberapa alat muzik tradisional seperti gambus, rebana, gendang dan marwas. Secara umumnya, semua tarian Zapin menggunakan langkah kaki yang sama. Perbezaan dapat dilihat pada pergerakan tangan. Sumber: klikweb.dbp.my/wordpress/?p=11412 Tarian Zapin R L R L L R 1 Langkah Asas Zapin Melayu Johor Kaki kiri bersilang di hadapan. Tangan diayun secara berselang-seli. 1 2 Kaki kanan bersilang di hadapan. Penari tarian zapin berinteraksi dengan pasangan masing-masing secara mencabar dan bergurau sambil menikmati alunan muzik. Tahukah Anda? L R L R L R L Kaki kiri melangkah ke kiri dan ambil lajak. 3 Kaki kanan dan kiri melangkah ke hadapan sambil pusing 180o mengikut arah jam. 4 Langkah Asas Zapin Melayu Johor UNIT 2 Pergerakan Berirama 14


2 Asas Zapin Pekajang Pusing ke arah ikut jam menghala ke belakang. 3 Pacak tumit kaki kanan. (Cecah hujung kaki untuk perempuan). Ulang langkah 1 hingga 4 ke arah belakang. 4 Petunjuk: Pacak tumit kaki (lelaki) Kaki kiri Kaki kanan Cecah hujung kaki (perempuan) L R Asas Zapin Pekajang R L R L R L L R Guru boleh mempelbagaikan langkah Zapin Johor seperti di bawah. Asas Zapin Kores Asas Zapin Tenglu Kreasi Asas Zapin Tanjung Labuh Kopak (Muzik Intermisi) Kaki kanan menjengket diikuti dengan kaki kiri diangkat dan bersilang di hadapan kaki kanan. 1 Kaki kanan melangkah ke hadapan dan mencangkung. 2 UNIT 2 Pergerakan Berirama 15


Mari kita menari tarian Zapin Johor bersama-sama dengan pasangan mengikut lagu “Instrumental: Zapin Melayu Riau Rhythm” berdasarkan rutin berikut. Anda juga boleh berlatih dengan menonton rakaman video rutin tersebut melalui kod AR. Dapatkah anda mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam tarian Zapin tersebut? Bil. Jenis Langkah Zapin Kiraan Formasi Intro Masuk dari sisi kiri dan kanan 4 × 8 X O 1. Langkah asas 4 × 8 X O 2. Kopak (muzik intermisi) 1 × 8 X O 3. Pekajang 4 × 8 X O 4. Kopak (muzik intermisi) 1 × 8 X O 5. Kores 4 × 8 X O 6. Kopak (muzik intermisi) 1 × 8 X O 7. Tanjung Labuh 4 × 8 X O 8. Kopak (muzik intermisi) 1 × 8 X O 9. Tenglu Kreasi 4 × 8 X O 10. Kopak (muzik intermisi) 1 × 8 X O 11. Tanjung Labuh 4 × 8 X O 12. Kopak (muzik intermisi) 2 × 8 X O 13. Keluar ke sisi kiri dan kanan 2 × 8 X O TARIAN ZAPIN JOHOR Video: Zapin Melayu - Riau Rhythm Muzik instrumental: Zapin Melayu - Riau Rhythm Konsep pergerakan dapat memperkaya nilai estetik dalam tarian. Bincangkan. UNIT 2 Pergerakan Berirama 16


Ngajat juga dikenali sebagai “kajat” atau “ajat”, berasal daripada perkataan “engkajat” yang bermaksud “lompat setempat”, merupakan satu tarian etnik kaum Iban yang unik. Tarian ini dilakukan apabila mengadakan sesuatu majlis dan masih ditarikan mengikut perayaan kaum Iban. Penari lelaki dan perempuan mempunyai gaya Ngajat yang berbeza dan melibatkan banyak pergerakan pusingan yang tepat. Ngajat untuk golongan lelaki adalah lebih agresif dan menggambarkan seorang lelaki yang perkasa atau burung sedang terbang. Corak Ngajat perempuan pula terdiri daripada pergerakan yang lembut dan anggun. Mari kita belajar beberapa langkah asas tarian Ngajat dengan muzik “Taboh Ngajat” yang dimainkan dengan menggunakan alat instrumen yang bernama Engkerumong. Engkerumong Terdiri daripada satu peranggu gong kecil berbentuk mangkuk bercembul, biasanya lima hingga sembilan biji dan diletakkan secara mendatar di atas bingkai kayu. Tahukah Anda? Petunjuk: Pacak tumit kaki (lelaki) Kaki kiri Kaki kanan Pacak hujung kaki (perempuan) L R Langkah Burung Semalau 1 Langkah Burung Semalau Kedua-dua tangan diayunkan serentak di hadapan badan. 1 Kaki kiri dienjut lebih kuat daripada kaki kanan. 2 L R L R Tarian Ngajat Sumber: Persatuan Ngajat Asal Iban (NGASI). UNIT 2 Pergerakan Berirama 17


2 Langkah Bersilang 3 Langkah Burung Kenyalang (Lelaki dan Perempuan) Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. Tangan diayun berselang-seli ke atas dan ke bawah secara lembut dengan mata memandang ke tangan atas. 1 2 Tangan lelaki dibuka luas, tangan perempuan rapat pada badan. 3 Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi. 4 Pergerakan tangan seperti langkah 1 dan 2. 1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. 2 Kaki kiri dibuka ke sisi kiri. 3 Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi. 4 Kaki kanan dibuka ke sisi kanan. Langkah Burung Kenyalang Langkah Bersilang L R L R R L L R L R R L R L L R UNIT 2 Pergerakan Berirama 18


4 Langkah Burung Merak 5 Langkah Bunga Ajat Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri dan fleksi. Kedua-dua tangan ditarik ke dada. 1 2 Kaki kiri dibuka ke sisi kiri. Kedua-dua tangan ditolak ke hadapan. Kaki kiri bersilang di hadapan kaki kanan dan fleksi. Kedua-dua tangan ditarik ke dada. 3 Kaki kanan dibuka ke sisi kanan. Kedua-dua tangan ditolak ke hadapan. 4 Berat badan pada kaki kanan, tumit kaki kiri dinaikkan dan mengenjut. Kedua-dua tangan dibawa ke dada. 1 2 Tangan kanan diangkat ke atas dan tangan kiri ditolak ke bawah. Berat badan pada kaki kiri, tumit kaki kanan dinaikkan dan mengenjut. Kedua-dua tangan dibawa ke dada. 3 4 Tangan kiri diangkat ke atas dan tangan kanan ditolak ke bawah. Langkah Burung Merak L R L L R R L L R R L L R R L R L R R L L R Langkah Bunga Ajat UNIT 2 Pergerakan Berirama 19


6 Langkah Pusing ke Baruh (Bawah) 1 Kaki kanan bersilang di hadapan kaki kiri. 2 Badan berpusing 360° ke arah lawan jam. 3 Badan diturunkan. Kedua-dua tangan ditarik ke dalam. Duduk di atas kedua-dua kaki. Kedua-dua tangan diletakkan di atas paha. 4 Langkah Pusing ke Baruh L R L R L R R R L L L R 7 Langkah Mengaut Air Duduk di atas kaki, kedua-dua tangan bertemu seperti aksi menadah air. 1 Tangan kanan dibawa ke belakang dan membuat lakuan seperti mengaut air. Badan mencondong ke kiri. 2 3 Kedua-dua tangan bertemu di hadapan dada seperti langkah 1. Tangan kiri dibawa ke belakang dan membuat lakuan seperti mengaut air. Badan mencondong ke kanan. 4 Langkah Mengaut Air UNIT 2 Pergerakan Berirama 20


Step-close: Satu langkah ke sisi kanan, rapatkan kaki kiri ke kaki kanan (2 ×). Tukar ke sisi kiri dengan kaki kiri. Glosari 9 Langkah Titi Batang (Lelaki dan Perempuan) 1 Melompat kecil ke arah kanan seperti burung tiung. 2 Tangan ke atas dan ke bawah secara berselang-seli. 3 Bergerak ke arah kiri dengan kaki kiri dihentak-hentakkan. Tangan lelaki dan perempuan sama seperti dalam langkah Burung Terbang. 4 8 Langkah Titi Tiung (Lelaki dan Perempuan) 1 Bergerak ke kanan dengan langkah “step-close”. Tangan diayun ke sisi secara berselang-seli seperti dalam langkah Burung Terbang. 2 3 Bergerak ke kiri dengan langkah “step-close”. 4 Tangan seperti dalam langkah 2. L R R L R R L L R L L R L R L R L R L R Langkah Titi Tiung Langkah Titi Batang UNIT 2 Pergerakan Berirama 21


Secara berpasangan, mari kita berlatih tarian Ngajat mengikut muzik dengan menonton rakaman video yang disediakan melalui kod AR. Kenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam tarian Ngajat tersebut. TABOH NGAJAT 1.2.2, 2.2.2, 5.2.4 Bil. Jenis Langkah Ngajat Kiraan Formasi Intro Setempat 1 × 8 X O 1. Burung Semalau 2 × 8 X O 2. Burung Merak 2 × 8 O X 3. Bunga Ajat 2 × 8 X O 4. Burung Kenyalang 2 × 8 X O 5. Titi Tiung 2 × 8 X O 6. Pusing Baruh ke Bawah 1 × 8 X O 7. Mengaut Air 2 × 8 X O 8. Pusing Baruh Naik 1 × 8 X O 9. Bersilang 2 × 8 X O 10. Titi Batang 2 × 8 X O 11. Burung Semalau 1 × 8 X O Video: Tarian Ngajat Muzik instrumental: Taboh Ngajat Apakah perbezaan antara tarian tradisional dengan tarian etnik? UNIT 2 Pergerakan Berirama 22


Aktiviti Reka Cipta Tarian Pergerakan Tarian Zapin Tarian Ngajat Lokomotor a. b. c. a. b. c. Bukan lokomotor a. b. a. b. Konsep pergerakan a. b. c. a. b. c. Justifikasi pemilihan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep pergerakan yang berkenaan Cadangan penambahbaikan Dalam kumpulan kecil, reka cipta dan persembahkan tarian Zapin dan tarian Ngajat mengikut muzik pilihan anda: (a) Satu pergerakan tarian menggunakan improvisasi langkah tarian Zapin. (b) Satu pergerakan tarian menggunakan improvisasi langkah tarian Ngajat. • Tarian anda harus mengandungi sekurang-kurangnya tiga jenis pergerakan lokomotor, dua jenis pergerakan bukan lokomotor dan tiga konsep pergerakan. • Rakamkan persembahan kumpulan anda dan kumpulan lain. • Cadangkan penambahbaikan persembahan tersebut. • Praktikkan tarian tersebut sebagai aktiviti meningkatkan kecergasan anda semasa waktu lapang. 1.2.3, 2.2.3, 5.3.1 UNIT 2 Pergerakan Berirama 23


LATIHAN PENGUKUHAN 1. Cadangkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, konsep pergerakan dan prop yang sesuai dengan tema pergerakan kreatif. 2. Lakarkan enam formasi bagi persembahan pergerakan kreatif anda. Prop Konsep pergerakan Pergerakan bukan lokomotor Pergerakan lokomotor Tema 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. UNIT 2 Pergerakan Berirama 24


Unit ini akan membincangkan permainan dalam kategori serangan yang melibatkan dua pasukan iaitu pasukan menyerang dan pasukan bertahan. Tujuan utama pasukan menyerang adalah untuk menyerang kawasan pihak lawan dan mendapatkan gol atau mata, manakala pasukan bertahan pula cuba mempertahan kawasan gol mereka daripada dibolosi pihak penyerang. Contoh permainan dalam kategori ini ialah bola keranjang dan hoki. 3 UNIT PERMAINAN KATEGORI SERANGAN UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 25


BOLA KERANJANG 1.3 Melakukan kemahiran asas bola keranjang dengan lakuan yang betul. 2.3 Mengaplikasikan pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas bola keranjang. 5.2 Menunjukkan keyakinan dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal. 5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal. Standard Kandungan Pengenalan Bola keranjang ialah permainan kategori serangan. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain dalam setiap pasukan. Tujuan permainan ini adalah untuk menjaringkan bola ke dalam keranjang di hujung gelanggang lawan. Permainan ini diperkenalkan oleh Dr. James Naismith pada tahun 1891. Permainan ini melibatkan kemahiran menghantar, menerima, mengelecek, mengadang dan menjaring yang dapat diaplikasikan dalam permainan kecil. 26


Spesifikasi Bola AKTIVITI BERAT LILITAN Saiz 6 Perempuan sekolah menengah Saiz 7 Lelaki sekolah menengah 510 - 567 g 567 - 650 g 72.4 - 73.7 cm 74.9 - 78 cm Sumber: Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah Sukan Bola Keranjang. 3.048 m Sumber: International Basketball Federation (FIBA): Official Basketball Rules 2017 (Valid as of 1st October 2017). 0.90 m 28 m 3.6 m Bulatan Tengah 1.575 m 6.75 m 15 m Diameter 46 cm Garisan 3 mata Garisan balingan percuma UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 27


1.3.1, 1.3.2, 2.3.1, 2.3.2, 5.2.1 Kemahiran menghantar dan kemahiran menerima ialah kemahiran asas yang penting dalam permainan bola keranjang. Terdapat tiga jenis hantaran asas dalam permainan bola keranjang iaitu hantaran paras dada, hantaran lantun dan hantaran atas kepala. Salah satu kedudukan yang penting dalam permainan bola keranjang ialah kedudukan ancaman tiga (triple threat). Kedudukan ini memberi seseorang pemain tiga pilihan tindakan selepas menerima bola, iaitu untuk menjaring, menghantar atau mengelecek. 1. Murid dalam kumpulan kecil berlima. 2. Dua pasukan akan bermain dalam satu gelanggang. Sediakan bilangan gelanggang yang secukupnya. 3. Setiap pasukan memilih seorang ahli pasukan untuk menjadi keranjang. 4. Murid yang bertindak sebagai keranjang akan berdiri di dalam gelung dengan memegang sebuah bakul di hujung gelanggang pihak lawan. 5. Permainan akan dimainkan dengan pemain menghantar bola kepada rakan dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran. 6. Pemain yang memegang bola hanya dibenarkan melakukan pivot. 7. Setiap pasukan akan cuba menghantar bola kepada murid yang bertindak sebagai keranjang. 8. Murid yang bertindak sebagai keranjang hanya boleh menerima bola dengan bakul di atas paras kepala dan semasa berada di dalam gelung. 9. Pemain pertahanan dibenarkan memintas hantaran pihak lawan. 10. Pemain pertahanan tidak dibenarkan memasuki gelung. Cara Bermain Variasi: Sesuaikan saiz, jenis bola dan bilangan pemain dengan kebolehan murid. Hantaran lantun Bola Bakul Saya perlu menyerap daya sebaik sahaja menerima bola. UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 28


Hantaran atas kepala Hantaran paras dada Kedudukan ancaman tiga Kedudukan ancaman tiga (triple threat position): Kedudukan pemain yang memegang bola dengan kedua-dua tangan pada paras pinggang dengan lutut fleksi untuk bersedia menjaring, menghantar atau mengelecek. Glosari Mata sentiasa fokus pada arah pergerakan bola agar memudahkan menerima hantaran. UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 29


1.3.3, 2.3.3, 5.2.4 Saya perlu melantun bola dengan jari agar kawalan bola lebih kemas. Gunakan ruang pandang anda untuk mengelak pengejar. 1. Murid dalam kumpulan kecil berlapan. Tiga orang sebagai pengejar dan lima orang sebagai pengelecek. 2. Pengejar cuba menyentuh bola yang dikelecek dalam kawasan yang ditetapkan. 3. Jika bola disentuh, pengelecek perlu mencangkung. 4. Murid yang mencangkung boleh bergerak semula apabila rakan sepasukan dapat melantun bola mengelilinginya. 5. Murid yang tidak dapat mengelecek bola secara berterusan atau membuat kesilapan mengelecek dianggap sebagai telah disentuh dan perlu mencangkung. 6. Teruskan permainan sehingga tamat waktu 3 minit atau semua murid yang mengelecek telah mencangkung. 7. Tukar pengejar dan ulang permainan. Cara Bermain Variasi: • Tambah atau kurangkan bilangan pengejar mengikut keadaan. • Ubah suai saiz kawasan mengikut kebolehan murid. Ruang pandang (peripheral vision) penting dalam semua permainan. Ruang pandang membantu kita mengesan pergerakan atau perkara lain di luar pandangan utama kita tanpa memusingkan kepala dan membolehkan kita mengelak daripada ditakel oleh pihak lawan. Ruang pandang juga membantu kita membuat hantaran kepada rakan tanpa mengalih pandangan. Tahukah Anda? Kemahiran mengelecek melibatkan aksi melantun bola dengan sebelah tangan secara berterusan sambil berlari atau berjalan untuk mengatasi pemain lawan. Jika seorang pemain berhenti mengelecek bola, dia mesti menghantar atau melakukan cubaan untuk menjaring. Bola tidak boleh dilantun berterusan dengan dua belah tangan. Semasa mengelecek, hanya jari sahaja digunakan. Bola tidak kena pada telapak tangan. Bola Sep UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 30


Mengelecek Cepat sep saya. Fleksi lutut Tolak bola ke lantai menggunakan jari Berat badan di atas bebola kaki Mata pandang ke hadapan Bergerak melindungi bola daripada pihak lawan dengan menggunakan tangan kanan dan kiri Semasa mengelecek Video kemahiran mengelecek UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 31


1.3.4, 1.3.5, 2.3.4, 2.3.5, 5.5.3 Mengadang Mata Jaringan 1 Balingan percuma (penalti) 2 Jaringan dari dalam garisan 3 mata 3 Jaringan dari luar garisan 3 mata Tahukah Anda? Pemberian mata untuk jaringan: Depa tangan dan rendahkan pusat graviti badan semasa mengadang. Mengadang ialah kemahiran bertahan yang penting. Seorang pengadang yang efisien dapat mengadang pemain lawan daripada mengelecek, melakukan hantaran yang tepat dan membuat jaringan. Kemahiran menjaring pula ialah kemahiran yang diperlukan untuk mendapat mata dan kemenangan. Pengadang Gagah Penjaring Lincah 1. Murid dalam kumpulan kecil berempat. 2. Dua kumpulan akan bermain di separuh gelanggang. 3. Permainan dimulakan dengan satu pasukan membuat hantaran kepada rakan dari garisan tengah. 4. Pasukan lawan akan cuba mengadang untuk mendapatkan bola. 5. Sekiranya bola dapat dirampas, pasukan itu perlu membuat tiga hantaran sesama sendiri sebelum membuat percubaan untuk menjaring. 6. Dua mata diberi sekiranya bola dapat dirampas daripada pihak lawan. 7. Dua mata diberi sekiranya jaringan dapat dilakukan. 8. Permainan akan dimulakan semula dari garisan tengah oleh pasukan yang tidak berjaya menjaring. 9. Pasukan yang memungut mata terbanyak pada penghujung masa yang diperuntukkan adalah pemenang. Cara Bermain UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 32


Saya mesti elak daripada mengasari pemain lawan. Menjaring gaya jump shot Menjaring gaya lay up Menjaring gaya set shot Video kemahiran menjaring UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 33


LATIHAN PENGUKUHAN 1. Antara berikut, pilih tindakan yang boleh anda lakukan dari kedudukan ancaman tiga. I Mengelecek II Menghantar III Menjaring gaya lay up IV Menjaring gaya jump shot A I, II dan III sahaja B I, II dan IV sahaja C I, III dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja 2. Antara jenis hantaran berikut, tandakan (3) pada hantaran yang sesuai digunakan jika rakan anda diadang oleh pemain lawan. (Anda boleh pilih lebih daripada satu). UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 34


3. Apakah peranan ruang pandang dalam permainan kategori serangan? A Membantu anda mendengar arahan jurulatih. B Membantu anda mengelecek bola dengan lebih laju. C Membantu melompat lebih tinggi semasa melakukan jaringan gaya lay up. D Membantu anda mengesan kedudukan rakan sepasukan dan pemain lawan. 4. Berdasarkan rajah gelanggang bola keranjang di bawah, berapakah mata diperoleh jika jaringan dibuat dari tempat bertanda A, B, C dan D? Tempat Mata A B C D A B C D 5. Dalam kumpulan berlima, reka cipta dan anjurkan satu permainan kecil yang melibatkan semua kemahiran bola keranjang yang anda telah pelajari. Bincang dan buat penambahbaikan kepada permainan kecil yang telah direka cipta oleh kumpulan anda. UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 35


Tahukah Anda? Permainan hoki juga boleh dimainkan di dalam dewan yang permukaannya terdiri daripada kayu, linoleum atau vinil dan garisan tepinya diganti dengan papan. Pemain dibenarkan menggunakan papan ini untuk membuat hantaran. Bilangan pemain dalam hoki dewan ialah seramai enam orang termasuk seorang penjaga gawang. Semasa bermain, bola perlu sentiasa berada di atas permukaan kecuali menjaringkan gol dalam kawasan separa bulatan. Sumber: http://www.koasports.org/ HOKI 1.4 Melakukan kemahiran asas hoki dengan lakuan yang betul. 2.4 Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas hoki. 5.1 Boleh mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan keselamatan. 5.4 Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. 5.5 Memahami dan mengaplikasikan etika dalam sukan semasa melakukan aktiviti fizikal. Standard Kandungan Pengenalan Hoki merupakan permainan kategori serangan. Permainan ini ialah satu permainan berpasukan yang boleh dimainkan di atas padang rumput, padang tiruan dan di dalam dewan. Setiap pasukan bermain dengan 11 pemain termasuk seorang penjaga gawang. Kemahiran hoki yang dipelajari dalam unit ini melibatkan kemahiran menghantar, menerima, mengelecek, menjaring bola dan menjaga gawang. Murid berpeluang mengaplikasikan prinsip mekanik dan konsep pergerakan semasa bermain permainan kecil yang memberi fokus kepada penggunaan kemahiran hoki yang telah dipelajari. 36


Pelindung groin (lelaki) Pelindung pelvik (perempuan) Sumber: The International Hockey Federation (FIH): Rules of Hockey (Effective from 1 January 2017). 55 m 91.40 m Garisan tengah Garisan 23 m Garisan 23 m Kayu Hoki Pelindung Kickers Pelindung Kaki Pelindung Tubuh Pelindung Tangan Kiri Helmet Pengadang Kerongkong Pelindung Lengan dan Siku Pelindung Tangan Kanan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 37


1.4.1, 1.4.2, 2.4.1, 2.4.2, 5.4.1 1. Murid dalam kumpulan kecil berempat. 2. Dua kumpulan akan bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan dengan skitel. 3. Permainan dimulakan dengan salah satu kumpulan membuat hantaran kepada rakan dari tengah kawasan. 4. Semua murid dibenarkan menggunakan kemahirankemahiran menghantar dan menerima bola yang telah dipelajari. 5. Setiap kumpulan perlu melakukan kemahiran menghantar bola kepada sekurang-kurangnya dua orang rakan sebelum membuat jaringan. 6. Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan dikira sebagai pemenang. Cara Bermain Variasi: Mengubah suai saiz kawasan padang permainan mengikut kebolehan murid. Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) merupakan badan antarabangsa yang mengendalikan pelbagai pertandingan hoki untuk kategori lelaki dan wanita. Antaranya termasuklah Hoki Trofi Juara-juara (Champions Trophy), Sukan Olimpik (Olympic Games), Hoki Piala Dunia (World Cup), Hoki Liga Dunia (Hockey World League) dan Hoki Piala Dunia Remaja (Hockey Junior World Cup). Tahukah Anda? Saya perlu rendahkan kayu dan mencondongkannya ke bawah untuk menyerap daya bola. Kemahiran menghantar bola memerlukan kemahiran menolak, memukul, mencedok dan menguis bola kepada rakan sepasukan dengan bahagian rata kayu hoki. Kemahiran memukul dan mencedok digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada jauh manakala kemahiran menolak pula digunakan untuk hantaran dekat atau rapat. Kemahiran menerima bola boleh dilakukan secara pepat atau kilas. Kemahiran ini bertujuan untuk mengawal bola yang dihantar oleh rakan. Kayu hoki perlu menyerap daya semasa bersentuhan dengan bola supaya bola berada dalam kawalan pemain. Satria-Stick Video kemahiran menghantar bola Video kemahiran menerima bola UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 38


Memukul Menerima pepat Mencedok Menerima kilas Pastikan kedudukan tangan pada kayu hoki betul semasa memukul, menolak dan mencedok bola. Apakah tindakan yang boleh dilakukan supaya kemahiran menghantar dan menerima bola lebih berkesan? Menolak UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 39


1.4.3, 2.4.3, 5.1.3 1. Murid dalam kumpulan kecil berempat. 2. Dua kumpulan akan bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan dengan skitel. 3. Permainan dimulakan dengan satu kumpulan membuat hantaran kepada rakan dari tengah kawasan. 4. Semua murid dibenarkan menggunakan kemahirankemahiran yang telah dipelajari seperti mengelecek, menghantar dan menerima bola. 5. Jaringan dikira selepas murid melakukan kemahiran mengelecek bola mengelilingi kon kumpulan lawan. 6. Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan dikira sebagai pemenang. Cara Bermain Variasi: • Menetapkan jenis kelecek yang perlu dilakukan sebelum hantaran bola kepada rakan. • Mengubah suai saiz kawasan padang permainan mengikut kebolehan murid. Saya perlu bijak memilih kelecek yang sesuai untuk menjaringkan gol. Pastikan anda mengelecek dengan selamat. Kemahiran mengelecek bola merupakan kemahiran mengawal bola semasa bergerak supaya bola berada dekat dengan kayu hoki. Terdapat tiga teknik mengelecek iaitu kelecek longgar, kelecek rapat dan kelecek India. Kemahiran mengelecek longgar dilakukan dengan menolak bola yang berada di sebelah kanan ke hadapan sambil berlari pantas. Kelecek rapat pula digunakan untuk mengawal bola ketika pihak lawan berada lebih hampir dengan pemain. Dalam kemahiran ini, bola adalah rapat dengan kayu hoki. Kelecek India digunakan dengan bola ditolak ke kiri dan ke kanan dengan kayu hoki di hadapan pemain dengan cekap dan pantas. Satria-Dribble Video kemahiran mengelecek UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 40


Saya perlu menggunakan kelecek India untuk melepasi pemain lawan. Kelecek longgar Kelecek rapat Kelecek India Bagaimanakah kemahiran mengelecek bola membantu anda melepasi pemain lawan? UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 41


1.4.4, 2.4.4, 5.4.4 Cepat, pantas bertindak, buat pilihan tepat! 1. Murid dalam kumpulan kecil berempat. 2. Dua kumpulan akan bermain dalam kawasan yang telah ditetapkan dengan skitel. 3. Permainan dimulakan dengan salah satu kumpulan membuat hantaran kepada rakan sepasukan dari kawasan tengah gelanggang. 4. Semua murid dibenarkan menggunakan kemahiran-kemahiran hoki yang telah dipelajari untuk menjaringkan gol. 5. Jaringan hanya boleh dilakukan apabila murid berada dalam kawasan separa bulatan. 6. Kumpulan yang berjaya mendapat jaringan terbanyak dalam tempoh masa yang diberikan dikira sebagai pemenang. Cara Bermain Variasi: Mengubah suai saiz kawasan padang permainan mengikut kebolehan murid. Tahukah Anda? Jaringan dalam permainan hoki boleh dilakukan sekiranya pasukan diberi pukulan penalti dan pukulan sudut penalti. Kemahiran menjaring ialah kemahiran yang dilakukan oleh pemain apabila berada dalam kawasan separa bulatan, yang juga dikenali sebagai kawasan D. Jaringan boleh dilakukan dengan memukul, menguis, menolak atau mencedok bola ke dalam gol. Satria-Skor Video kemahiran menghantar semasa menjaring UNIT 4 Kategori Jaring Permainan UNIT 3 Permainan Kategori Serangan 42


Click to View FlipBook Version