Langkah-langkah pengurusan kecederaan RICER Rajah di bawah ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa pengurusan kecederaan RICER. R R I C E R Rest Rehat Ice Ais Compression Tekanan Elevation Tinggikan Referral Rujukan I E C R http://arasmega.com/ qr-link/ricer/ RICER 193 BIDANG 7
DRABC DRABC ialah tindakan yang perlu dilakukan sebelum mengurus kecederaan mangsa. Prosedur ini digunakan untuk membantu seseorang yang didapati tidak bergerak atau tidak sedarkan diri. Langkah ini penting untuk tujuan meminimumkan kecederaan yang belum diketahui. Akronim DRABC bermaksud bahaya (danger), tindak balas (response), saluran pernafasan (airway), pernafasan (breathing) dan peredaran darah (circulation). Danger (Bahaya) Pastikan kawasan persekitaran selamat dan mangsa bebas daripada bahaya. Response (Tindak balas) Perhatikan gerak balas mangsa untuk memastikan keadaan sebenar mangsa. Mangsa sepatutnya bergerak balas terhadap cahaya yang terang, suara, bunyi, sentuhan, bau dan rasa. Jika tidak ada gerak balas yang berlaku, ini bermaksud mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri atau dalam keadaan terkejut. Airway (Saluran pernafasan) Pastikan saluran udara tidak tersumbat untuk membolehkan mangsa bernafas dengan baik. Breathing (Pernafasan) Pastikan pernafasan mangsa. Hal ini boleh dilakukan dengan mendekatkan telinga di hadapan hidung mangsa untuk mengesan hembusan udara dari mulutnya. Jika mangsa tidak bernafas, bantuan pemulihan pernafasan hendaklah diberikan dengan segera. Circulation (Peredaran darah) Pastikan peredaran darah mangsa masih baik dengan mengesan nadi mangsa. Denyutan nadi menunjukkan bahawa jantung mangsa masih berfungsi dengan baik. http://arasmega.com/ qr-link/drabc/ DRABC Kadar pernafasan seminit. Dewasa 12 – 20 kali/seminit 6 bulan 25 – 40 kali/seminit Lahir hingga 6 minggu 30 – 40 kali/seminit Sumber: Duma et al. (2008). 194 BIDANG 7
Danger Bahaya Response Tindak balas Airway Saluran pernafasan Breathing Pernafasan Circulation Peredaran darah Langkah-langkah pengurusan kecederaan DRABC Rajah di bawah ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa pengurusan kecederaan DRABC. SKALA KOMA GLASGOW Pembukaan mata Respon verbal Tindak balas pergerakan motor Spontan 4 Terarah 5 Mematuhi arahan 6 Kepada bunyi (suara) 3 Keliru 4 Dapat kenal pasti secara tepat 5 Kepada tekanan (sentuhan) 2 Percakapan yang tidak sesuai 3 Fleksi 4 Tiada 1 Bunyi yang tidak boleh difahami 2 Fleksi yang abnormal 3 Tiada 1 Ekstensi 2 Tiada respon 1 Sumber : www.glasgowcomascale.org Skala koma glasgow ialah kaedah rujukan untuk mengukur tahap kesedaran atlet yang cedera. Terdapat tiga respon yang boleh dikenal pasti iaitu respon pembukaan mata, respon verbal, dan respon tindak balas pergerakan motor. Jumlah interpretasi pemeriksaan tindak balas mata, verbal dan pergerakan motor digabungkan dan dimasukkan dalam kriteria normal 15 dan kurang normal 3-14. 195 BIDANG 7
Keadaan saluran pernafasan yang terhalang oleh kedudukan lidah. Dagu Hidung Lidah Laluan udara Laluan udara yang terhalang Posisi Pemulihan Posisi pemulihan dapat mengurangkan risiko kesukaran bernafas kepada mangsa. Posisi pemulihan berfungsi melindungi saluran pernafasan. Mangsa yang pengsan tidak dapat melindungi saluran udara kerana kehilangan kontraksi otot dan menyebabkan lidah menyekat saluran udara. Berikut adalah langkah-langkah posisi pemulihan: Secara berkumpulan, lakukan amali bagi pengurusan kecederaan sukan berikut: 1. TOTAPS 2. RICER 3. DRABC 4. Posisi Pemulihan Learn how to put someone in the recovery position http://arasmega.com/qr-link/ learn-how-to-put-someonein-the-recovery-position/ Fleksi siku (kiri) selari dengan bahagian kepala dan kedua-dua kaki diluruskan. Fleksi siku (kanan) ke bahagian dada. Tetapkan kedudukan tangan. Pandangan hadapan posisi pemulihan. Iringkan mangsa dengan menarik paha kanan ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat dan condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka. 1 3 2 4 196 BIDANG 7
Balutan, Splinting dan Taping Balutan Balutan dilakukan untuk membantu pembebatan. Fungsi utama pembebatan adalah untuk menutup luka, mengawal pendarahan, memastikan splint tidak bergerak dan sebagai sokongan pada bahagian yang cedera. Terdapat beberapa jenis pembalut, iaitu kasa, segi tiga, gulung dan mampat. 1. Pembalut kasa 2. Pembalut segi tiga 3. Pembalut gulung 4. Pembalut mampat Terdapat dua jenis pembalut mampat: (a) Pembalut mampatan regangan pendek Pembalut ini digunakan untuk anggota bahagian bawah badan. Pembalut mempunyai cengkaman yang sangat baik, tidak mengenakan tekanan yang tinggi serta dianggap selamat dan selesa untuk kegunaan jangka masa panjang. Pembalut ini boleh diregangkan tidak melebihi 60% daripada panjang sebenar. (b) Pembalut mampatan regangan panjang Pembalut ini mempunyai ciri-ciri regangan yang panjang iaitu 140% daripada panjang sebenar. Pembalut mempunyai kuasa mampatan tinggi dan mudah diselaraskan. Oleh kerana kadar mampatan yang tinggi, pembalut ini mesti dibuka oleh pemakainya pada waktu malam atau jika atlet berada dalam keadaan rehat. Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam pengurusan kecederaan sukan iaitu balutan, splinting dan taping. Balutan, splinting dan taping digunakan untuk membataskan gerakan yang tidak diingini dan berbahaya namun harus memastikan julat pergerakan sendi (ROM) dapat berfungsi dengan baik. Pembalut kasa ialah sejenis kain yang mempunyai jalur tenunan berfungsi sebagai bahan penyerap haba sekiranya ada luka di kawasan kecederaan. Pembalut kasa mempunyai pelbagai ukuran lebar dan panjang yang boleh digunakan sebagai pembalut bagi semua jenis kecederaan pada kulit. Pembalut segi tiga adalah sekeping kain berbentuk segi tiga bersudut tegak yang digunakan sebagai anduh atau dilipat sebagai pembalut biasa. Kebaikan pembalut ini ialah senang digunakan dan diperbuat daripada perca kain. Pembalut gulung adalah balutan berbentuk panjang yang digunakan untuk memegang pembalut luka atau splint, memberikan sokongan kepada kecederaan strain atau sprain serta menghentikan pendarahan. 197 BIDANG 7
Splinting Splint digunakan untuk menyokong dan mengehadkan pergerakan pada bahagian tulang yang patah atau sendi terkehel dan secara tidak langsung dapat mengurangkan kehilangan darah, rasa sakit atau tidak selesa. Tanpa penggunaan splint, risiko kecederaan bertambah serius adalah sangat tinggi. Rajah 7.13 menunjukkan jenis-jenis splint. 1. Splint lembut Splint lembut merupakan kaedah paling mudah kerana mangsa boleh menggunakan bahan yang lembut seperti bantal atau selimut sebagai alat asas. Bahan yang digunakan akan menutupi sekitar kawasan kecederaan dan perlu diikat. Splint lembut adalah sokongan sementara pada bahagian yang cedera dan memberi sedikit keselesaan kepada atlet. Rawatan lanjut perlu disegerakan kerana splint lembut hanyalah bantuan sementara dan tidak dapat memberi sokongan dalam jangka masa yang lama. Splint lembut Splint keras Splint udara atau vakum Splint tarikan Jenis-jenis Splint Teknik Balutan Langkah di bawah menunjukkan teknik balutan pada bahagian lengan yang cedera. Letakkan pad pada bahagian yang luka. Tarik dan balut pada arah yang bertentangan. Ulangi sehingga balutan ketat. Masukkan “Cloth Leader” ke dalam “pressure bar”. Klip “cloth bar” pada bandage. Applying a Figure 8 Elastic Bandage to an Injured Wrist http://arasmega.com/ qr-link/applying-a-figure8-elastic-bandage-to-aninjured-wrist/ Pemakaian pembalut tekanan boleh dilakukan dalam dua cara: 1. Teknik lingkaran 2. Teknik angka 8 Pembalut pertindihan 50% Kaki Sudut 6o Sudut 12o Tekanan Pembalut pertindihan 50% Kaki Sudut 6o Tekanan Rajah 7.13 Jenis-jenis splint. 198 BIDANG 7
2. Splint keras Splint keras ialah sejenis balutan yang digunakan untuk kecederaan yang teruk. Dalam keadaan terdesak, kotak atau papan yang diubah suai boleh diaplikasikan sebagai splint keras. Dalam keadaan yang lebih teratur, splint keras biasanya diperbuat daripada gentian kaca atau plaster yang boleh dibentuk untuk memenuhi keperluan pesakit. 3. Splint udara atau vakum Splint udara atau vakum ialah sejenis anduh yang digunakan bagi kecederaan ortopedik. Splint ini sangat sesuai untuk kecederaan pada bahagian tangan dan kaki. 4. Splint tarikan Splint tarikan digunakan untuk menyokong tulang yang patah, mengurangkan perubahan struktur tulang, memberi daya tarikan untuk menjadikan tulang sejajar dan menghalang daripada berlaku pergerakan. Splint tarikan sering digunakan untuk kecederaan tulang femur, tibia atau fibula. Teknik Splinting Prinsip asas teknik splinting Kebolehan untuk melakukan splinting memerlukan latihan dan kemahiran teknikal yang tinggi bagi memahami dengan tepat prinsip-prinsip asas. Antara perkara yang perlu dikenal pasti sebelum melakukan splinting ialah memerhatikan keadaan kulit, status neurovaskular, tisu lembut dan struktur badan. Setelah keperluan asas dikenal pasti, pakar atau doktor akan membuat keputusan untuk melakukan splinting. Splint bahagian yang patah sebelum pindahkan mangsa. Gunakan alat bantu untuk mengurangkan risiko kerosakan, pendarahan dan potensi untuk kecederaan menjadi lebih serius jika tidak dilakukan dengan sempurna. Lakukan splint di tempat kejadian bagi mengelakkan pergerakan. Lakukan satu ikatan di atas dan satu di bawah pada bahagian yang patah. Prosedur splinting pada waktu kecemasan http://arasmega.com/ qr-link/splinting-101- volar-resting-splint/ Splinting 101: Volar Resting Splint 199 BIDANG 7
Rajah 7.14 Teknik menggunakan splint semasa kecemasan. 1 2 3 4 5 6 Taping Taping ialah satu kaedah menggunakan pita pembalut sukan (kinesiology tape) yang diaplikasikan terus pada kulit bertujuan memberi sokongan kepada sendi serta mengekalkan kedudukan dan menstabilkan sendi pada bahagian cedera. Taping dapat meningkatkan maklum balas proprioseptif pada bahagian sendi, mengurangkan rasa sakit, membantu proses pemulihan akibat lebihan gunaan dan kecederaan lain. Semasa melakukan aktiviti sukan, taping berfungsi untuk: http://arasmega. com/qr-link/kt-tapingrunners-knee/ KT-Taping Runner›s Knee Menstabilkan dan menyokong sendi selepas kecederaan otot atau ligamen. Mengurangkan tekanan di kawasan cedera semasa melakukan aktiviti. Membantu dan membolehkan atlet untuk meneruskan aktiviti selepas kecederaan minor. Mencegah dan mengurangkan sakit pada kawasan cedera. Fungsi Taping Mengekalkan mekanik perlakuan yang betul semasa melakukan aktiviti. Mencegah kerosakan saraf. 1 4 2 5 3 6 200 BIDANG 7
Persediaan kulit Cukur bulu dan bersihkan kulit pada bahagian yang cedera. Taping hanya dilakukan pada anggota badan yang telah bersih dan kering. Posisi bahagian yang cedera Posisi bergantung kepada bahagian badan yang akan di taping. Posisi fisioterapi atau jurulatih Pastikan kedudukan dalam keadaan yang selesa semasa proses taping. Hal ini bertujuan untuk mengurangkan masalah keletihan dan penat sepanjang sesi taping. Aplikasi kinesiology tape Jenis dan lebar kinesiology tape mesti sesuai untuk membalut bahagian yang cedera. Kulit yang sensitif perlu dilindungi dengan pelapik atau dikenali dengan under wrap. Pastikan perkara berikut dipatuhi semasa taping • Kinesiology tape tidak kusut (wrinkle free). • Tidak menganggu peredaran darah, saraf atau pergerakan otot. • Tidak memberi masalah pada bahagian badan lain. Buka taping yang telah digunakan Kinesiology tape hendaklah dipotong dan dibuang daripada bahagian yang cedera dengan berhatihati. Gunting khas diperlukan untuk proses ini kerana mungkin akan menyebabkan rasa sakit dan luka pada kulit. Teknik Taping Perkara asas yang perlu dilakukan ialah: 1 2 3 4 5 6 Rajah 7.15 Teknik menggunakan taping. 1 2 3 Secara berpasangan, lakukan amali untuk teknik balutan, splinting dan taping. How to tape a knee - ACL / Anterior Cruciate Ligament Sprain - Sports Taping Series http://arasmega.com/qr-link/how-to-tape-a-knee/ 201 BIDANG 7
Alat Ganti Bagi Alatan Balutan, Splinting Dan Taping Pada waktu kecemasan, penggunaan bahan-bahan di sekeliling ialah cara yang paling pantas dan selamat sementara menanti rawatan. Penggunaan material yang disarankan oleh pakar perubatan profesional merupakan jalan penyelesaian terbaik dalam urusan balutan, splinting dan taping. Pastikan bahan yang hendak digunakan itu keras dan sesuai untuk menstabilkan bahagian yang cedera. Surat khabar, buku, kayu, papan atau tuala yang digulung boleh dijadikan alternatif untuk menghasilkan alat ganti bagi alatan balutan dan splinting. Jika terpaksa menggunakan sesuatu bahan yang bahagian tepinya tajam atau terdapat serpihan, pastikan bahan tersebut dibungkus terlebih dahulu dengan kain. Tali kasut, tali pinggang, tali, jalur kain atau pita boleh digunakan untuk mengikat bahagian yang cedera. Alat ganti untuk balutan luka boleh dipelbagaikan. Penggunaan bahan yang lembut dan boleh menyerap seperti tuala, kertas atau perca kain dapat digunakan sebagai alat ganti semasa situasi kecemasan. Bagi kecederaan seperti patah pula, alatan ganti yang boleh diguna untuk splint adalah daripada bahan yang keras tetapi tidak berbahaya seperti kayu, buku atau surat khabar untuk menampung bahagian yang cedera sebelum mendapat rawatan daripada pakar perubatan. Reka cipta alat ganti bagi balutan, splinting dan taping dengan menggunakan bahan kitar semula. Foto 7.2 Alat ganti balutan. Foto 7.3 Alat ganti splint. Sportswear with kinesiology tape http://arasmega.com/ qr-link/sportswear-withkinesiology-tape/ 202 BIDANG 7
1. Apakah pengurusan kecederaan yang paling utama apabila seseorang itu mengalami kecederaan yang pelbagai (multiple injuries)? A. Pengunaan splint B. Kawal pendarahan C. Kapasiti pengaliran darah D. Kenal pasti laluan pernafasan 2. Apakah yang dimaksudkan dengan splint tarikan? A. Mengawal pengaliran darah. B. Memberi daya untuk menjadikan tulang sejajar. C. Splint sementara yang diperbuat daripada bahan yang lembut. D. Splint yang boleh dihasilkan mengikut keselesaan atlet yang cedera. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan posisi pemulihan dalam pengurusan kecederaan? A. Posisi pembantu mula. B. Posisi pembantu mula dan atlet yang cedera. C. Posisi pesakit ketika ditemui semasa kecederaan berlaku. D. Posisi yang membenarkan pernafasan normal dan kedudukan jantung dapat dilihat semasa kecederaan. 4. Kenal pasti dua (2) prosedur utama yang perlu dilakukan untuk menangani kecederaan tisu keras. 5. Apakah prosedur yang digunakan untuk menilai tahap kecederaan dan rawatan perubatan yang diperlukan atlet? Huraikan prosedur tersebut. 6. Nyatakan tujuan prosedur RICER dalam pengurusan kecederaan sukan. 7. Senaraikan fungsi taping semasa melakukan aktiviti sukan. 203 BIDANG 7
Terapi dan Rehabilitasi Sukan Rehabilitasi atau program pemulihan kecederaan atlet perlu dirancang dan diuruskan oleh pegawai perubatan. Atlet perlu menjalani rehabilitasi untuk mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan asal. Perkara yang menjadi fokus semasa rehabilitasi ialah menguatkan struktur otot, ligamen dan tendon, memulihkan tahap kecergasan atlet, meningkatkan julat pergerakan dan kestabilan sendi atau otot serta mengembalikan keyakinan atlet terhadap keupayaannya. Unit ini membincangkan rehabilitasi sukan dan kepentingan rehabilitasi sukan, terapi yang sesuai berdasarkan jenis kecederaan sukan dan peringkat-peringkat rehabilitasi sukan. Unit Menerangkan rehabilitasi sukan dan kepentingan rehabilitasi sukan. Mencadangkan terapi yang sesuai berdasarkan jenis kecederaan sukan. Menerangkan peringkat-peringkat rehabilitasi sukan. 7.4.1 7.4.2 7.4 7.4.3 Standard Pembelajaran: 204 BIDANG 7
Rehabilitasi sukan Rehabilitasi sukan bertujuan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal dalam jangka masa yang singkat selepas berlaku kecederaan. Rehabilitasi dapat mengurangkan rasa sakit, mengembalikan julat pergerakan sendi serta menambahbaik kekuatan dan daya tahan. Antara faktor yang mempengaruhi rehabilitasi dan kepentingan proses rehabilitasi ialah: Layari laman sesawang untuk mengetahui tentang reseptor sendi dan aktiviti proprioseptif. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi jika atlet tercedera tidak melalui proses rehabilitasi? Bicep Sendi siku Golgi tendon organ Reseptor sendi: Muscle spindle Gelendung otot (muscle spindle) dan golgi tendon organ (golgi tendon apparatus) ialah reseptor yang terdapat pada sendi bagi tujuan mengawal atur regangan dalam kapsul sendi sinovial, memberi maklumat mengenai kedudukan dan pergerakan serta menyelaraskan tindakan otot yang terlibat. Faktor-faktor yang mempengaruhi rehabilitasi Tahap keseriusan kecederaan Tahap penyembuhan tisu Jenis rawatan yang diterima Kekuatan otot Kesakitan pada pergerakan sendi Julat pergerakan sendi Bengkak pada sendi Melegakan kekejangan Peningkatan metabolisme sel Meningkatkan peredaran darah ke kulit Meningkatkan fungsi limfa Pemulihan fungsi sendi Peningkatan regangan otot Meningkatkan kekuatan otot Meningkat kebolehpanjangan tisu penghubung Meningkatkan rangsangan reseptor pada sendi Pengurangan aktiviti proprioseptif Kepentingan proses rehabilitasi Rajah 7.16 Faktor yang mempengaruhi rehabilitasi. Rajah 7.17 Kepentingan proses rehabilitasi. 205 BIDANG 7
1 Peringkat-peringkat Rehabilitasi Sukan Peringkat rehabilitasi yang perlu dipatuhi dalam program pemulihan ialah: 2 3 Layari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat tentang fasa program rehabilitasi Anterior Cruciate Ligament (ACL) Stage 1: https://youtu.be/ bnrKqxoofXw?t=2m45s Stage 2: https://youtu.be/ n85lPsobznA?t=2m23s Stage 3: https://youtu.be/ PRMxbw0k3V8?t=3m54s Plan rehabilitasi berlaku dalam enam langkah berikut: 1. Pemeriksaan klinikal oleh doktor. 2. Mengawal rasa sakit, bengkak dan baik pulih tisu yang rosak. 3. Mengekalkan julat pergerakan sendi (ROM) dan fungsi saraf. 4. Mengekal kawalan motor, kekuatan dan daya tahan. 5. Mengekalkan kuasa dan kawal atur fungsi pergerakan yang kompleks. 6. Melakukan kemahiran spesifik. Sumber: Denegar, Saliba & Saliba (2016). Peringkat Pertengahan Penggunaan ais boleh diteruskan dalam sela masa sesuai dan alat sokongan boleh digunakan untuk memberikan kestabilan sementara pada bahagian yang cedera. Penggunaan ais dan brace adalah sekurang-kurangnya selama enam minggu. Proses rehabilitasi semasa fasa ini memberi tumpuan untuk menguatkan otot, tendon, ligamen, tulang, meningkatkan julat pergerakan dan mengurangkan ketegangan pada bahagian yang cedera. Peringkat Awal Pada peringkat awal, tumpuan program rehabilitasi diberikan untuk baik pulih tisu yang rosak. Pada peringkat ini atlet perlu lebih peka semasa menjalani program kerana kesilapan kecil akan mengganggu dan melambatkan proses pemulihan serta atlet terdedah kepada kecederaan berulang. Peringkat Lanjutan Pada peringkat ini, program rehabilitasi memberi fokus kepada latihan fungsi dan latihan untuk memastikan atlet bersedia untuk kembali bermain. 206 BIDANG 7
Terapi kecederaan sukan Atlet berisiko mengalami kecederaan seperti luka, lebam dan patah. Atlet perlu mengurus kecederaan untuk memastikan keadaan pulih seperti biasa. Dalam proses fisioterapi, terdapat pelbagai jenis rawatan yang digunakan misalnya aplikasi haba, elektrik dan mekanikal. 1. Terapi Haba (Thermal modalities) Foto 7.4 Terapeutik haba dan sejuk (therapeutic heat and cold). Foto 7.7 Iontophoresis. Foto 7.8 Interferential Current (IFC). Foto 7.9 Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS). Foto 7.5 Ultrabunyi dan gelombang terapeutik (therapeutic ultrasound and shortwave). Foto 7.6 Diatermi gelombang mikro (microwave diathermy). 2. Modaliti elektrik Terapi modaliti elektrik menggunakan arus elektrik dengan pelbagai frekuensi dan amplitud yang dialirkan melalui kulit. Terapi modaliti elektrik digunakan untuk mengurangkan kesakitan serta bengkak sendi, mengurangkan kekejangan otot, memulihkan pergerakan sendi dan meningkatkan aliran darah. Antara contoh modaliti elektrik yang digunakan untuk merawat kecederaan ialah Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS), Interferential Current (IFC), Russian Stimulation, Neuromuscular Electrical Stimulation (NMES), High Voltage Electrical Stimulation dan Iontophoresis. Kaedah terapi haba adalah selamat, murah dan mudah diurus oleh atlet dengan pemantauan pakar fisioterapi. Terapeutik haba dapat meningkatkan tisu kolagen, mengurangkan kekakuan sendi, melegakan kekejangan otot serta edema dan meningkatkan aliran darah. Antara contoh terapi haba adalah seperti pada foto 7.4, 7.5 dan 7.6. Treat Chronic Knee Pain With Interferential Therapy. http://arasmega.com/qrlink/treat-chronic-kneepain-with-interferentialtherapy/ Tuala atau kain perlu digunakan bersama dengan modaliti terapi haba seperti hot pack untuk menghalang kulit daripada sentuhan terus kepada alatan. 207 BIDANG 7
3. Modaliti mekanikal Urutan dan teknik tarikan adalah sebahagian daripada bentuk mekanikal terapi fizikal. Urutan ialah rubbing, taping atau kneading pada bahagian yang cedera bertujuan untuk meningkatkan peredaran darah dan melegakan kesakitan. Teknik tarikan adalah satu kaedah yang menggunakan bebanan untuk meregangkan otot atau membantu meningkatkan ruang di antara vertebra bagi tujuan melegakan pemampatan saraf. Foto 7.10 Teknik urutan. Foto 7.11 Teknik tarikan. Jenis Terapi Berdasarkan Jenis Kecederaan Sukan 1. Terapi Kecederaan Tisu Lembut Kecederaan tisu lembut yang berlaku pada otot, tendon, ligamen, kartilej, organ dan saraf boleh diklasifikasikan sebagai akut dan kronik dengan merujuk kepada jangka masa kecederaan. Kecederaan akut melalui tiga fasa penyembuhan berbeza iaitu fasa radang, pemulihan dan fasa pembentukan semula. Rajah 7.19 menunjukkan contoh program terapi fizikal bagi kecederaan Triangular Fibro Cartilage Complex. Layari laman sesawang untuk mempelajari lain-lain modaliti: Biofeedback, Low Power Laser Dan Ultra Therapy. Rajah 7.18 Kecederaan Triangular Fibro Cartilage Complex. Triangular Fibro Cartilage Complex Ulna Radius 208 BIDANG 7
Exercises for Wrist Strain http://arasmega.com/ qr-link/exercises-forwrist-strain/ Rajah 7.20 Fleksi dan ekstensi. Rajah 7.21 Pergerakan ke sisi (Radial-ulnar deviation). 70º 30º 20º 0º 80º Posisi neutral 50 40 30 30 20 20 10 10 0 Secara berpasangan, pilih sebarang jenis kecederaan tisu lembut, lakukan latihan amali dengan menggunakan modaliti terapi haba dan sejuk. Buat penilaian yang teliti berdasarkan kos, keberkesanan dan emosi pesakit. http://arasmega.com/qr-link/ knee-conditioning-program/ Knee Conditioning Program Kecederaan: Kecederaan Triangular Fibro Cartilage Complex. Jenis terapi: Latihan regangan dan latihan kekuatan. Rajah 7.19 Latihan regangan dan kekuatan untuk terapi kecederaan Triangular Fibro Cartilage Complex. a e b f c g d h 2. Terapi Kecederaan Tisu Keras Kecederaan pada tisu keras perlu diuruskan dengan cepat oleh pakar perubatan dengan mengehadkan pergerakan menggunakan anduh, sling atau pelapik khas. Ais digunakan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Rawatan lain untuk kecederaan tisu keras ialah ubat-ubatan dan pembedahan. Kecederaan tisu keras mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana bekalan darah adalah lebih rendah ke tempat kecederaan. Jadual 7.1 menunjukkan contoh program terapi fizikal kecederaan patah tulang femur. Program terapi kecederaan tisu keras melibatkan tiga fasa. 209 BIDANG 7
Fasa I Selepas Pembedahan (Minggu 0 - 4) 1. Modaliti elektrik 2. Regangan otot (posisi duduk) 3. Latihan kekuatan 4. Latihan keseimbangan Fasa II (Minggu 4 - 8) 1. Ulangi aktiviti fasa I 2. Latihan kekuatan (bebanan dan rintangan) 3. Latihan keseimbangan 4. Latihan daya tahan kardiovaskular Catatan: Latihan bersama beban dan rintangan mengikut kemampuan atlet untuk setiap jenis latihan. Fasa III (Minggu 8 - 18) 1. Ulangi aktiviti fasa II 2. Latihan kekuatan (bebanan dan rintangan) 3. Latihan keseimbangan 4. Latihan daya tahan kardiovaskular Catatan: Penambahan beban dan rintangan ditingkatkan untuk setiap jenis latihan. Jadual 7.1 Program terapi fizikal. Pek ais boleh digunakan untuk tempoh 10 minit - 3 ke 4 kali sehari, selama 2 hari selepas kecederaan. Kecederaan: Patah tulang femur Jenis terapi: Program terapi fizikal kecederaan tisu keras melibatkan tiga fasa. Perkara penting untuk diambil perhatian sebelum memulakan program pemulihan ialah pastikan atlet telah mendapat kebenaran daripada pihak hospital. 210 BIDANG 7
1. Apakah fokus utama atlet pada fasa terakhir program rehabilitasi fizikal? A. Daya tahan. B. Kelajuan dan kuasa. C. Senaman proprioseptif. D. Kemahiran sukan spesifik. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan rehabilitasi sukan? 3. Perihalkan kepentingan rehabilitasi dalam sukan. 4. Nyatakan kesan modaliti elektrik terhadap terapi kecederaan sukan. 5. Teknik tarikan merupakan salah satu bentuk terapi modaliti mekanikal. Huraikan. 6. Bincangkan faktor-faktor yang menentukan kesediaan atlet untuk kembali bermain selepas kecederaan. 7. Gastrocnemius tear dikategorikan sebagai kecederaan tisu lembut. Bina satu program terapi fizikal bagi atlet yang mengalami kecederaan ini. 211 BIDANG 7
Unit Stres Haba Menjelaskan tentang stres haba dan punca stres haba. Menjelaskan tentang kecederaan yang disebabkan oleh stres haba. Mencadangkan strategi mengurangkan risiko stres haba. 7.5.1 7.5.2 7.5 7.5.3 Standard Pembelajaran: Suhu badan yang normal adalah antara 36o C hingga 37o C. Suhu badan di bawah 35o C mempunyai risiko hipotermia manakala suhu badan 38o C ke atas pula mempunyai risiko demam dan penyakit haba yang lain. Pendedahan berterusan kepada haba yang tinggi menyebabkan tindak balas negatif kepada sistem tubuh seperti kekejangan, pengaliran semula darah ke jantung tidak mencukupi dan lain-lain. Hal ini, menyumbang kepada berlaku gangguan stres haba yang serius seperti radang haba, ruam haba, strok haba, kekejangan haba dan keletihan haba. Walau bagaimanapun, suhu badan yang tinggi ini dapat dikawal secara semula jadi melalui proses perpeluhan. Unit ini membincangkan stres haba dan punca stres haba, kecederaan yang disebabkan oleh stres haba dan strategi mengurangkan risiko stres haba. 212 BIDANG 7
punca Stres haba Stres haba terjadi apabila tubuh terdedah kepada bahang matahari (suhu persekitaran tinggi berbanding suhu badan) dan kelembapan udara yang tinggi semasa menyertai aktiviti sukan. Keadaan ini menyebabkan badan tidak berupaya untuk menghilangkan haba menerusi radiasi. Kelembapan udara persekitaran yang tinggi (65% hingga 75%) boleh menjejaskan kehilangan haba melalui proses perpeluhan. Rajah 7.22 menerangkan punca stres haba yang berlaku. Punca dalaman yang boleh menyebabkan stres haba ialah pengurangan kandungan air dan elektrolit dalam badan. Terdedah kepada sinar matahari Kelembapan udara sekeliling (humiditi) tinggi Haba dari permukaan bumi Tiada tiupan angin (still air) HABA Punca Stres Pakaian sukan berwarna gelap Jangka masa terdedah kepada persekitaran luar tinggi Suhu persekitaran tinggi Rajah 7.22 Punca stres haba. Bagaimanakah badan bertindak balas kepada cuaca panas? Tubuh dapat mengawal suhu persekitaran dengan meningkatkan aliran darah ke permukaan kulit dan juga perpeluhan. Keadaan ini menghilangkan haba dari permukaan badan melalui proses sejatan. Haba juga boleh hilang disebabkan oleh radiasi dan perolakan dari permukaan kulit. 213 BIDANG 7
Kesan stres haba Ketika dalam keadaan rehat, badan akan kehilangan 75% daripada haba secara konduksi, perolakan atau radiasi melalui peredaran darah di bawah permukaan kulit. Apabila haba dalam badan meningkat, saluran darah akan mengembang dan kadar nadi meningkat lebih tinggi. Keadaan ini memberi tekanan kepada jantung dan sistem peredaran darah. Carta Indeks Haba seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.2 adalah skala rujukan suhu yang diukur pada suatu masa serta risiko sekiranya atlet terdedah pada keadaan ini. Suhu Risiko Stres Haba Akibat Aktiviti Fizikal 32.2ºC 40ºC Risiko: Kekejangan haba atau keletihan haba Solusi: Ubah suai latihan - minum air setiap 15 ke 20 minit 40.6ºC 51.1ºC Risiko: Kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba Solusi: Ubah suai latihan - tidak boleh memakai pelindung kepala atau perlu memakai pakaian yang paling ringkas, rehat dan kerap minum air (setiap 15 minit) 51.7ºC Risiko: Stres haba Solusi: Berhenti melakukan latihan Jadual 7.2 Carta Indeks Haba. Suhu bebuli basah adalah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan haba secara langsung di bawah pancaran cahaya matahari dengan mengambil kira suhu, kelembapan, kelajuan angin, sudut matahari dan awan. Foto 7.12 Suhu bebuli basah @ WetBulb Globe Temperature (WBGT) Bentuk kumpulan kecil dan lakukan perbincangan kesan stres haba terhadap prestasi seorang atlet. 214 BIDANG 7
Kecederaan yang disebabkan oleh stres haba Kategori kecederaan yang disebabkan oleh stres haba berdasarkan ketidakaturan suhu badan iaitu, ketidakaturan minor dan ketidakaturan major. Foto 7.13 Radang kulit. Foto 7.14 Ruam haba. Ketidakaturan Minor (Minor Irregularity) 2 Ruam haba Ruam haba akan menyebabkan tompok kecil, kemerah-merahan atau berjerawat. Bahagian badan yang biasa terdedah kepada keadaan ini ialah dada, leher, pangkal paha dan siku. Rawatan terbaik ialah menyediakan persekitaran yang sejuk, kurang lembap dan kawasan kering. Bedak serbuk boleh digunakan untuk meningkatkan keselesaan dan elakkan penggunaan krim kerana boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. Kebiasaannya, ruam haba tidak memerlukan rawatan perubatan. Simptom (a) Ruam kemerah-merahan (b) Kegatalan 1 Radang kulit Radang kulit yang disebabkan oleh sinar matahari menyebabkan kulit kemerah-merahan dan terasa panas semasa disentuh di samping risiko lain seperti kulit kering, bintik-bintik gelap, bintik-bintik kasar dan kanser kulit (melanoma). Simptom (a) Kelas pertama - kulit merah dan rasa sakit (b) Kelas kedua - melecet atau mengelupas (c) Kelas ketiga - melecet yang teruk, pendarahan dan kerosakan tisu dalaman Ketidakaturan Major (Major Irregularity) Foto 7.15 Kekejangan haba. 1 Kekejangan haba (Heat cramp) Kekejangan haba ialah kecederaan haba yang disebabkan oleh kehilangan sejumlah besar elektrolit dan air melalui senaman. Kekejangan haba biasanya dikaitkan dengan kekejangan pada bahagian perut, lengan dan betis. Hal ini disebabkan oleh air atau elektrolit yang tidak mencukupi dalam badan. 215 BIDANG 7
2 Keletihan Haba (Heat Exhaustion) Keletihan haba disebabkan oleh kehilangan air dan elektrolit melalui perpeluhan. Keadaan ini berlaku kerana terdedah kepada suhu tinggi, dan dehidrasi. Sekiranya tidak dikawal akan menyebabkan berlaku strok haba yang boleh merosakkan otak dan organ penting yang lain serta boleh menyebabkan kematian. Simptom 1. Perpeluhan yang banyak 2. Rasa dahaga akibat daripada dehidrasi 3. Kulit sejuk, lembap dan pucat 4. Kadar nadi meningkat 120 ke 200 denyutan per/minit 5. Tekanan darah rendah daripada normal (kurang 120/80 mmHg) 6. Letih, lemah atau kehilangan koordinasi Cirit-birit merupakan penyebab dehidrasi. Simptom awal 1. Keliru 2. Muntah 3. Pening kepala 4. Kadar nadi laju 5. Badan jadi lemah Simptom lanjutan 1. Koma 2. Sawan 3. Pengsan 4. Kadar nadi tidak dapat dikesan 5. Suhu badan melebihi 42ºC 6. Masalah pernafasan 7. Anak mata menjadi kecil 8. Tekanan darah naik lebih cepat 9. Suhu badan tinggi melebihi 390 C 10. Kulit kemerahan dan kulit kering 11. Tidak berpeluh (kebanyakan kes) 3 Strok haba Strok haba memerlukan rawatan perubatan dengan segera kerana telah merekodkan kadar kematian yang tinggi. Strok haba bermula dengan gejala kekejangan haba, keletihan haba dan seterusnya meningkat secara mendadak kepada keadaan strok haba diikuti oleh kemerosotan tahap fizikal atlet. Apabila badan kehabisan bekalan air dan elektrolit, perpeluhan akan terhenti menyebabkan suhu badan akan meningkat dengan cepat. Strok haba berlaku dengan lebih mudah apabila badan telah mengalami gangguan haba. Berikut adalah simptom awal dan simptom lanjutan bagi strok haba. Masalah kekejangan haba ini tidak berlaku sertamerta tetapi berkemungkinan boleh berlaku pada lewat malam atau ketika rehat. Perpeluhan yang banyak menyebabkan kekejangan haba, terutamanya apabila atlet tidak menggantikan garam atau potasium dengan sistematik walaupun air diganti dengan cukup. Simptom 1. Berlaku secara tiba-tiba 2. Panas dan kulit lembap 3. Suhu badan masih normal tetapi mula meningkat secara perlahan-lahan 216 BIDANG 7
Strategi mengurangkan risiko Stres haba Berikut merupakan cadangan strategi untuk mengurangkan risiko stres haba dalam kalangan atlet yang terdedah kepada suhu persekitaran tinggi. 1. Aklimasi terhadap keadaan panas secara beransur-ansur Atlet perlu menyesuaikan diri terhadap perubahan cuaca panas dan membuat perancangan latihan yang mudah dan tidak terlalu berintensiti tinggi. Selain itu, atlet mesti membiasakan diri dengan keadaan panas dan kelembapan yang tidak stabil pada minggu pertama serta kedua sesi latihan. Atlet juga digalakkan untuk memulakan latihan penyesuaian lebih awal seperti beberapa bulan sebelum musim pertandingan yang sebenar. Sekiranya sesi latihan perlu dilakukan semasa cuaca panas, maka atlet perlu lakukan aktiviti di tempat yang terlindung. 2. Peka kepada cuaca panas dan kelembapan Suhu dan kelembapan udara persekitaran perlu diambil kira semasa melakukan latihan. Atlet disarankan untuk membuat pengiraan jumlah suhu dan kelembapan humiditi. Contoh : Suhu 27oC + kelembapan (51%) = 78 Sekiranya jumlah suhu dan kelembapan humiditi adalah sama atau melebihi 160, langkah berjaga-jaga perlu diambil dan sekiranya jumlah suhu dan kelembapan humiditi melebihi 180 maka latihan perlu dibatalkan. 3. Kekerapan sela rehat antara aktiviti Semasa melakukan aktiviti, seseorang atlet perlu mengambil kira masa rehat. Semasa cuaca panas seseorang atlet perlu berehat pada kadar 15 minit untuk setiap 1 jam. Atlet perlu berehat di tempat yang terlindung, tanggalkan alat pelindung kepala jika ada dan longgarkan sedikit pakaian untuk pengudaraan. 4. Keperluan air Minum air adalah menjadi satu kemestian kepada setiap atlet. Atlet perlu minum sebanyak yang boleh apabila berada di tempat yang panas. Minuman sukan yang mengandungi garam mineral adalah tidak perlu. 217 BIDANG 7
Ukur suhu dan kelembapan selama 3 hari berturutturut dan bentangkan hasil dapatan. 5. Timbang berat badan Atlet perlu menimbang berat badan setiap kali sebelum dan selepas latihan bagi tujuan mengawasi kadar kehilangan air dalam badan. Kehilangan air yang melebihi 3% dikategorikan sebagai berisiko dan 5% adalah sangat bahaya kepada atlet. 6. Pakaian yang sesuai Pakaian atlet mesti sesuai dengan keadaan cuaca yang panas. Baju yang telah dibasahi dengan peluh perlu ditukar segera untuk keselesaan atlet. Topi atau pelindung kepala yang sesuai adalah disarankan ketika berlatih atau bermain di tempat terbuka. 7. Mengenal pasti atlet yang berisiko Sesetengah atlet lebih cenderung untuk mendapat stres haba jika dibandingkan dengan atlet yang lain. Jurulatih dan atlet sendiri bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan mengambil berat tentang keadaan yang boleh mendorong kepada keadaan ini. Situasi seperti berat badan berlebihan, penyakit kronik atau diabetes ialah petanda utama dalam mengenal pasti atlet yang berisiko. Oleh itu, perhatian rapi perlu diberikan kepada atlet yang pernah mengalami keadaan ini. 8. Mengenal pasti simptom atau tanda awal Jurulatih dan atlet perlu mengambil berat tentang tanda awal dehidrasi atau penyakit haba seperti keletihan, kelesuan, hilang fokus atau pitam. Atlet yang mengalami keadaan ini perlu segera berhenti daripada bermain dan rehat di tempat yang terlindung. Collapsed compilation marathon http://arasmega.com/qr-link/ collapsed-compilation-marathon/ 218 BIDANG 7
1. Antara berikut, manakah strategi untuk mengurangkan risiko stres haba? I. Peka kepada cuaca panas dan kelembapan. II Kerap melakukan sela rehat antara aktiviti. III. Mengambil garam mineral yang tinggi. IV. Mengaklimasi terhadap haba secara beransur-ansur. A. I, II dan III B. II, III dan IV C. I, II dan IV D. I, III dan IV 2. Apakah yang dimaksudkan dengan stres haba? 3. Nyatakan punca berlakunya stres haba. 4. Nyatakan simptom-simptom kecederaan stres haba. 5. Apakah perbezaan antara keletihan haba dengan strok haba? 6. Nyatakan tiga (3) impak peralatan pelindungan sukan seperti pelindung kepala atau muka terhadap stres haba. 7. Anda telah ditugaskan untuk mengurus kejohanan merentas desa peringkat sekolah. Sebagai pengarah teknikal, apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan kecederaan strok haba dalam kalangan peserta? 219 BIDANG 7
• Punca kecederaan sukan adalah disebabkan oleh faktor kendiri, pihak ketiga, peralatan dan persekitaran. • Atlet perlu mengenal pasti langkah-langkah pencegahan kecederaan sukan seperti pakaian, peralatan sukan, peralatan perlindungan dan persekitaran semasa bersukan. • Peralatan perlindungan seperti pelindung kepala dan pendakap mulut dapat mencegah kecederaan sukan. 7.1 • Jenis kecederaan sukan dikategorikan kepada dua iaitu kecederaan tisu lembut (sprain, kekejangan otot, tendonitis, radang bursa, lebam atau kontusi, strain dan diskolasi) dan kecederaan tisu keras (patah terbuka dan patah tertutup). • Antara tanda dan simptom kecederaan sukan ialah kelainan pada anggota badan seperti pendarahan, pucat dan cara bernafas tidak normal serta aduan daripada atlet seperti loya, anggota lemah atau anggota yang cedera tidak boleh bergerak. • Kecederaan sukan diklasifikasikan sebagai kecederaan akut dan kecederaan kronik berdasarkan jangka masa bermula kecederaan sehingga proses pemulihan. 7.2 • Stres haba terjadi apabila suhu persekitaran melebihi suhu badan. Antara punca stres haba ialah terdedah kepada sinaran matahari dan kelembapan udara yang tinggi. • Kategori kecederaan yang disebabkan oleh stres haba ialah ketidakaturan suhu badan yang dinilai dari aspek ketidakaturan minor dan major. • Antara strategi untuk mengurangkan risiko stres haba ialah aklimasi terhadap keadaan panas secara beransur-ansur, peka kepada cuaca panas dan kelembapan, kekerapan sela rehat antara aktiviti, keperluan air mencukupi, timbang berat badan sebelum dan selepas latihan, pakaian yang sesuai, mengenal pasti atlet yang berisiko dan mengenal pasti simptom atau tanda awal. • Kaedah pengurusan kecederaan terdiri daripada Talk, Observe, Touch, Active Movement, Passive Movement dan Skill Test (TOTAPS), Rest, Ice, Compression, Elevation, dan Refer (RICER), Danger, Respons, Airway, Breathing dan Circulation (DRABC) dan posisi pemulihan. • Terdapat tiga teknik yang digunakan dalam pengurusan kecederaan sukan iaitu balutan, splinting dan taping. 7.3 • Rehabilitasi sukan bertujuan mengembalikan fungsi badan kepada tahap asal dalam jangka masa yang singkat selepas kecederaan. Antara kepentingan rehabilitasi sukan adalah untuk melegakan kekejangan, pemulihan fungsi sendi dan meningkatkan kekuatan otot. • Jenis terapi kecederaan sukan bergantung kepada jenis kecederaan sukan; kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras. Antara contoh jenis terapi kecederaan sukan ialah Terapi Haba, Modaliti Elektrik dan Modaliti Mekanikal. • Terdapattiga peringkat dalam rehabilitasisukan iaitu peringkat awal, pertengahan dan lanjutan. 7.4 7.5 220 BIDANG 7
Berdasarkan skala antara 1 hingga 4, tandakan ( P ) untuk tahap kefahaman anda tentang bidang Kecederaan Sukan dan Langkah Pencegahan. 1 - Tidak faham 2 - Kurang faham 3 - Faham 4 - Sangat faham No. Perkara 1 2 3 4 1 Punca kecederaan sukan berdasarkan faktor kendiri, pihak ketiga, peralatan dan persekitaran 2 Langkah-langkah pencegahan kecederaan sukan dari segi pakaian, peralatan sukan, peralatan perlindungan dan persekitaran 3 Peralatan perlindungan yang digunakan dalam sukan untuk mencegah kecederaan 4 Penghasilan alat ganti peralatan perlindungan yang boleh digunakan dalam sukan 5 Kecederaan sukan yang melibatkan tisu lembut dan tisu keras 6 Tanda dan simptom pelbagai kecederaan sukan 7 Kecederaan akut dan kecederaan kronik 8 Pengurusan kecederaan yang melibatkan Talk, Observe, Touch, Active Movement, Passive Movement dan Skill Test (TOTAPS), Rest, Ice, Compression, Elevation, dan Refer (RICER), Danger, Respons, Airway, Breathing, dan Circulation (DRABC) dan posisi pemulihan. 9 Tunjuk cara pengurusan kecederaan yang melibatkan TOTAPS, RICER, DRABC dan posisi pemulihan 10 Fungsi balutan, splinting dan taping 11 Teknik balutan, splinting dan taping 12 Penghasilan alat ganti bagi alatan balutan, splinting dan taping 13 Rehabilitasi sukan dan kepentingan rehabilitasi sukan 14 Terapi yang sesuai berdasarkan jenis kecederaan sukan 15 Peringkat-peringkat rehabilitasi sukan 16 Stres haba dan punca stres haba 17 Kecederaan yang disebabkan oleh stres haba 18 Strategi mengurangkan risiko stres haba 221 BIDANG 7
1. Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh lebihan gunaan pada tendon? A. Lebam B. Tendonitis C. Arthritis D. Hipertropi 2. Apakah yang dimaksudkan dengan kecederaan sprain? A Kecedeaan otot B. Kecederaan tendon C. Kecederaan ligamen D. Kecederaan sistem saraf 3. Semasa menguruskan kecederaan, anda mendapati bahawa ada darah keluar daripada bahagian yang cedera. Apakah yang perlu anda lakukan? A. Guna sarung tangan B. Tunggu kehadiran doktor C. Bersihkan kawasan sekitar D. Elakkan sentuhan secara langsung 4. Bagaimanakah cara anda mengenal pasti kecederaan akut? A. Kecederaan yang berlaku dalam tempoh 1 - 10 jam yang pertama. B. Kecederaan yang berlaku dalam tempoh 10 - 28 jam yang pertama. C. Kecederaan yang berlaku dalam tempoh 15 - 33 jam yang pertama. D. Kecederaan yang berlaku dalam tempoh 24 - 48 jam yang pertama. 6. Apakah teknik rawatan yang paling sesuai untuk kecederaan tulang belakang? A. Urutan B. Tarikan C. Gelombang mikro D. Gelombang terapeutik 7. Berapakah suhu badan atlet yang mengalami strok haba? A. 37.77 o C B. 38.88 o C C. 37.00 o C D. 40.50 oC 8. Apakah yang dimaksudkan dengan radiasi? A. Tenaga haba keluar daripada tubuh ke persekitaran. B. Proses pemindahan haba secara langsung apabila bersentuh dengan objek. C. Proses pemindahan haba melalui pergerakan air atau udara ke seluruh tubuh. D. Proses pemindahan haba ini berlaku apabila peluh menyejat dari permukaan kulit. 9. Antara langkah berikut, manakah langkah pencegahan kecederaan sukan yang sesuai bagi atlet sofbol? I. Bermain di padang yang rata. ll. Memakai baju yang menyerap haba. lll. Memanaskan badan sebelum bermain. lV. Mengunakan glove mengikut saiz yang sesuai. 222 BIDANG 7
A. I, II dan III B I, II dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV 10. Antara tanda kecederaan sukan berikut, yang manakah merupakan kecederaan tisu lembut? I. Kaku akibat trauma. II. Bengkak serta-merta. III. Lebam berterusan selepas 24 sehingga 48 jam. IV. Terdapat bunyi atau geselan semasa berlakunya kecederaan. A. I, II dan III B I, II dan IV C. I, III dan IV D. I, II, III dan IV 11. Senaraikan lima (5) alat perlindungan sukan yang diperlukan oleh seorang pemain ragbi dan nyatakan kepentingan alat tersebut. 12. Terangkan dengan ringkas perkara berikut: (a) Kecederaan tisu lembut akut (b) Kecederaan tisu lembut kronik (c) Kecederaan tisu keras 13. Nyatakan dua (2) perbezaan antara active movement dengan passive movement dalam cara pengurusan TOTAPS? 14. Bincangkan langkah yang perlu dilakukan semasa pengurusan kecederaan tisu keras. 15. Bincangkan langkah-langkah pencegahan kecederaan sukan yang perlu diamalkan oleh seseorang atlet. 16. Bina satu progam rehabilitasi sukan bagi kecederaan tisu lembut. 17. “Satu pelanggaran antara dua orang pemain ragbi telah berlaku dan seorang daripadanya jatuh dan tidak sedarkan diri”. (a) Berdasarkan situasi tersebut, huraikan proses penilaian awalan untuk mengenal pasti kecederaan yang dialami. (b) Selepas melaksanakan penilaian pada (a), anda dapati pemain tersebut mengalami pendarahan pada bahagian kepala. Huraikan secara terperinci langkah-langkah yang perlu diambil selanjutnya. 18. Bagaimanakah stres haba berlaku? 223 BIDANG 7
Achilles Tendinopathy Rasa sakit dan bengkak pada tendon Achilles di pergelangan kaki. adaptasi Penyesuaian sistem dalam tubuh atlet dengan beban latihan. aklimasi Penyesuaian fisiologi dan tingkah laku terhadap perubahan sekitaran. aktiviti fizikal Sebarang pergerakan tubuh dan anggota badan yang memerlukan tenaga dan dihasilkan oleh penguncupan otot rangka atau skeletal. anterior cruciate ligament sprain Kecederaan pada bahagian ligamen sendi lutut. buffer Larutan yang menghalang perubahan nilai pH apabila berlaku penambahan asid atau alkali. cecair serebrospinal Cecair jernih yang terkandung di dalam otak dan saraf tunjang yang berfungsi menyerap hentakan dan membuang toksin daripada tubuh. corak neural Corak laluan saraf yang menghantar impuls ke otak. diabetes Sejenis penyakit disebabkan oleh kandungan glukosa dalam darah melebihi tahap normal juga dikenali sebagai kencing manis. doping Penggunaan bahan kimia atau dadah oleh atlet untuk meningkatkan prestasi sukan yang diharamkan oleh pertubuhan sukan. Espirit de corps Semangat setia kawan dan kekitaan yang utuh dalam sesebuah kumpulan atau pasukan. fitokimia Bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan yang boleh membantu tubuh badan mengelakkan penyakit seperti kanser. fosfokreatina Sejenis molekul yang wujud untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan. glikogen Simpanan tenaga dalam otot dan hepar yang terhasil daripada metabolisme karbohidrat. hepar Organ terbesar yang terletak pada bahagian kuadran kanan abdomen yang mempunyai fungsi penting dalam metabolisme tubuh manusia. hipertensi Tekanan darah tinggi. hipokinetik Penyakit yang akan dialami sekiranya seseorang tidak atau kurang melakukan aktiviti fizikal. homeostasis Keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan ciri-ciri fizikal dan kimia yang stabil tanpa dipengaruhi perubahan persekitaran. 224
kadar nadi Berapa kali jantung berdenyut dalam seminit. Kadar denyutan nadi sama dengan kadar denyutan jantung. kalistenik Aktiviti senaman yang melibatkan pergerakan anggota tubuh badan mengikut ritma dan tidak atau kurang menggunakan alatan. katarsis Proses meluahkan atau melegakan perasaan (emosi) daripada ketegangan dengan melakukan aktiviti seperti bersukan. kawalan autonomi Sistem saraf yang mengawal organ dalaman secara separa sedar seperti denyut jantung, pernafasan dan penghadaman makanan. kebangkitan Tahap persediaan fisiologi individu untuk bertindak secara fizikal dan mental. ketidakaturan major Kecederaan yang lebih serius sehingga boleh menyebabkan kematian. ketidakaturan minor Kecederaan pada bahagian kulit luar. koenzim Bahan organik dan bukan organik yang membantu enzim pemangkin untuk mempercepatkan tindak balas kimia di dalam tubuh badan. lakuan motor Kemahiran melakukan pergerakan yang berkaitan dengan sukan. ligamen Tisu penghubung berfiber kenyal yang menghubungkan tulang dengan tulang. LSD Larian jarak jauh dengan perlahan yang bertujuan untuk membina daya tahan kardiovaskular dan daya tahan otot kaki. muscle soreness Kesakitan yang dirasai pada otot selepas melakukan senaman yang berat. Patellar Tendinopathy Lebihan gunaan pada bahagian lutut yang menyebabkan tendon patella rosak. pencemaran silang Pencemaran makanan oleh bakteria berbahaya disebabkan oleh sentuhan dengan makanan dan kelengkapan memasak yang telah dijangkiti bakteria tersebut. periodisasi Pembahagian program latihan sukan kepada beberapa fasa. proprioseptif Keupayaan menyedari postur, pergerakan dan perubahan keseimbangan tubuh badan yang disebabkan oleh pergerakan. rali Siri pukulan dan pukulan balas antara dua orang pemain untuk memenangi satu mata dalam sukan seperti badminton dan tenis. regangan Meregangkan otot, tendon dan ligamen melalui aktiviti senaman. 225
rehat aktif Aktiviti fizikal yang berintensiti rendah seperti berjalan dan regangan dinamik yang bertujuan untuk pulihkan sistem tenaga tubuh. reseptor Tisu atau sel khusus yang peka terhadap rangsangan. Rotator Cuff Tendinopathy Rasa sakit semasa melakukan rotasi dan elevasi bahu. saraf Sel yang membawa impuls sensori ke sistem saraf pusat serta membawa impuls motor dari sistem saraf pusat ke otot dan organ. shin splints Rasa sakit pada bahagian tulang tibia. Skala koma Glasgow Skala neurologi yang bertujuan menilai tahap kepekaan. simulasi Suasana atau perbuatan yang direka mirip pada keadaan dan perbuatan yang sebenar. sternum Tulang leper pada bahagian tengah dada. steroid Sebatian kimia yang meningkatkan pembentukan tisu otot baharu. Stress Fracture of tarsal (foot) bones Retak atau patah pada bahagian tulang metatarsal. taktikal Perancangan yang dibuat sebelum atau semasa satu perlawanan oleh satu pasukan atau atlet untuk mengatasi pihak lawan. tekanan osmosis Tekanan yang diperlukan untuk menghentikan perpindahan bahan terlarut apabila terdapat perbezaan kepekatan larutan yang dipisahkan oleh membran separa telap. tendon Tisu penghubung yang menghubungkan tulang dengan otot. transisi Fasa latihan selepas pertandingan yang bertujuan memulihkan altet setelah berlatih untuk tempoh masa yang lama. Volar Resting Splint Alat yang digunakan untuk menstabilkan sendi sebelum atau selepas pembedahan. 226
Abernethy, P. J., Jürimäe, J., Logan, P. A., Taylor, A. W., & Thayer, R. E. (1994). Acute and chronic response of skeletal muscle to resistance exercise. Sports Medicine, 17(1), 22-38. American College of Sports Medicine. (2012). ACSM’s resource manual for guidelines for exercise testing and prescription. Baltimore MD: Lippincott Williams & Wilkins. Armstrong, L. E. (2007). Assessing hydration status: The elusive gold standard. Journal of the American college of Nutrition, 26(5), 575S-584S. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Menengah, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Beashel, P., Sibson, A., & Taylor, J. (2001). The world of sport examined. Croatia: Thomas Nelson & Son. Bernadot, D. (2006). Advanced sports nutrition. Champaign, IL: Human Kinetics. Berryman, J. W. (1996). Thomas K. Cureton, Jr.: Pioneer Researcher, proselytizer, and proponent for physical fitness. Research Quarterly for Exercise and Sport, 67(1), 1-12. Bompa, T. O., & Haff, G. G. (2009). Periodization: Theory and Methodology of Training. Champaign, IL: Human Kinetics. Budgett R. (1998). Fatigue and underperformance in athletes: The overtraining syndrome. British Journal of Sports Medicine, 32:107-10. Burton, D. & Raedeke T. D. (2008). Sport psychology for coaches. Champaign, IL: Human Kinetics. Buschbacher, R., Prahlow, N., & Dave, S. J. (2009). Sports and medicine rehabilitation: A sport-specific approach (2nd ed.). Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins. Casa, D. J., Guskiewicz, K. M., & Anderson, S. A. (2012). National athletic trainers’ association position statement: Preventing sudden death in sports. Journal of Athletic Trainer. 47(1): 96-118. Casa, D.J. & Stearns, R. (2017). Preventing sudden death in sport and physical activity. Burlington, MA: Jones & Bartlett Learning. Coakley, J. J., & Pike, E. (2014). Sports in society: Issues and controversies. Maidenhead: McGraw-Hill. Corbin, C. B., Welk, G., Corbin, W. R., & Welk., K.A. (2011). Concepts of physical fitness: Active lifestyles for wellness. Boston: McGraw-Hill. Cox, R.H. (2012). Sport psychology: Concepts and applications (7th ed.). Dubuque, Iowa: Wm C. Brown. Coyle, E. F., Hemmert, M. K., & Coggan, A. R. (1986). Effects of detraining on cardiovascular responses to exercise: Role of blood volume. Journal of Applied Physiology. 60(1), 95-99. 227
Davis, B., Roscoe, J., Roscoe, D., & Bull, R. (2004). Physical education and the study of sport (5th ed.). London, UK: Harcourt Publishers Ltd. Denegar, C.R., Saliba, E., Saliba, S., (2016). Therapeutic modalities for musculoskeletal injuries (4th ed.). Champaign IL: Human Kinetics. Dick, F. W. (2007). Sports training principles. London, UK: A. & C. Black. Dittner, A. J., Wessely, S. C., & Brown, R. G. (2004). The assessment of fatigue: A practical guide for clinicians and researchers. Journal of Psychosomatic Research, 56, 1. Duma, S., Swardt, R, de., Khanyile, T., Kyrgiakos, U., Mazjaliza, N., Maree, L., Pulang, T., Jean Van Sen Heever and Hewett, G. (2008). Fresh perspectives: Fundamental of nursing. Cape Town, South Africa: Pearson Prentice Hall. Dunford, M & Doyle, J. A. (2015). Nutrition for sport and exercise. Stanford, USA: Cengage Learning. Eaves, T. (2011). The practical guide to athletic training. Sunbury, MA: Jones & Bartlett Publishers. Ebbing, D. D. & Gammon, S. D. (2013). General chemistry (10th ed.). Belmont, USA: Cengage Learning. Elliott, B., & Mester, J. (1998). Training in sport: Applying sport science. Chisheter, UK: John Wiley & Sons. Hodge, K. (2005), The complete guide to sports motivation. London: Bloomsbury Publishing PLC. Hoeger, W. W., & Hoeger, S. A. (2013). Principles and labs for physical fitness. Belmont, CA: Cengage Learning. Hoffman, J. (2014). Physiological aspects of sport training and performance. Champaign, IL: Human Kinetics. Hurd, A. R., & Anderson, D. M. (2011). The park and recreation professional’s handbook. Champaign, IL: Human Kinetic. Institute of Medicine of the National Academy of Sciences (2002). Dietary reference intakes for energy, carbohydrate, fiber, fat, fatty acids, cholesterol, protein, and amino acids. Washington DC: The National Academies Press. Kolt, S. G., & Mackler, L. S., (2007). Physical therapies in sport and exercise. Philadelphia: Elsevier Health Sciences. Kirk, D. (2010). Physical education future. New York: Routledge. Macdonald, R. (2004). Taping techniques principles and practice (2nd ed.). Michigan: Butterworth-Heinemann. Maughan, R. J. (2009). The encyclopaedia of sports medicine: An IOC medical commission publication, the olympic textbook of science in sport. USA: John Wiley & Sons. 228
Miller, B. F., & O’Toole, M,T. (2003). Encyclopedia and dictionary of medicine, nursing, and allied health (7th ed.). Michigan: Saunders. Miller, D. K. (2013). Measurement by the physical educator. Why and how. New York: McGrawHill Higher Education. Mohd Salleh Aman. (2005). Sukan dalam masyarakat malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Morrow Jr, J. R., Mood, D., Disch, J., & Kang, M. (2015). Measurement and evaluation in human performance. Champaign, IL: Human Kinetics. Mujika, I., & Padilla, S. (2000). Detraining: Loss of training-induced physiological and performance adaptations. Part I. Sports Medicine, 30(2), 79-87. Nieman, D. C. (2011). Exercise testing and prescription: A health related approach. New York: McGraw-Hill Companies. Norris, C., M. (2004). Sports injuries: Diagnosis and management. Michigan: Butterworth Heinemann. Peterson, L & Renstrom, Per A., F., H. (2016). Prevention, treatment and rehabilitation. Boca Rotan: Taylor and Francis Group. Sawka, M. N., Burke, L. M., Eichner, E. R., Maughan, R. J., Montain, S.J., & Stachenfeld, N. S. (2007). American college of sports medicine position stand: Exercise and fluid replacement. Medicine and Sciences in Sports and Exercise, 39(2), 377-390. Schinke, R. J., & Hackfort, D. (2016). Psychology in professional sports and the performing arts: Challenges and strategies. London: Routledge Taylor & Francis Group. Selye, H. (2013). Stress in health and disease. Boston, MA: Butterworth-Heinemann. Shaharudin Abd Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Selangor: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Stager, J. M., & Tanner, D. A. (Eds.). (2008). Handbook of sports medicine and science, swimming. Malden, MA: John Wiley & Sons. Swiss Forum of Sports Nutrition (2008). Food pyramid for athletes. Retrieved July 25, 2017, from http://www.sfsn.ethz.ch/index_EN Tanaka, H., Monahan, K. & Seals, D. (2001). Age-predicted maximal heart rate revisited. Journal of the American College of Cardiology. 37(1), 153. Thompson, S. R, & Zlotolow, D. A. (2012). Handbook of splinting and casting. Philadelphia: Elsevier Mosby. US Department of Agriculture (1992). Food guide pyramid: A guide to daily food choices. Center for Nutrition Policy and Promotion. Waldman, S. D. (2014). Atlas of interventional pain management (4th ed.). Elsevier Health Sciences. Philadelphia: Elsevier Saunders. 229
Wann, D. L. (1997). Sport psychology. London: Prentice Hall, Inc. Ward, K. (2015). Routledge handbook of sports therapy, injury assessment and rehabilitation (Routledge international handbooks). New York: Routledge. Weinberg, R. S., & Gould, D. (2015). Foundation of sport and exercise psychology (6th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Welk, G., Welk, K., Corbin, C., & Corbin, W. (2015). Concepts of fitness and wellness: A comprehensive lifestyle approach, loose leaf edition. New York: McGraw-Hill Education. Whyte, G., Loosemore, M. & Williams, C. (2015). ABC of sports and exercise medicine. West Sussex: John Wiley & Sons. Williams, M. H., Rawson, E. S. & Branch, D. (2016). Nutrition for health, fitness & sport (11th ed.). New York: McGraw-Hill Companies, Inc. 230
B Bendalir 63, 84, 85, 108 Bom calorimeter 80 C Cecair serebrospinal 85 Coping 143 D Daging rendah lemak 82 sederhana lemak 82 tanpa lemak 82 tinggi lemak 82 Daya tahan aerobik 43, 45, 56, 58, 60, 65, 68, kardiovaskular 6, 7, 14, 16, 18, 39, 43, 54, 58, 65, 68, 94, 96, 97, 210 otot 6, 7, 8, 13, 14, 16, 20, 31, 35, 40, 47, 50, 52, 53, 60, 63, 68, 93, 95, 96, 102 Dehidrasi 66, 87, 89, 90, 95, 100, 106, 182, 216, 218 Dinamometer 15, 21 Dislokasi 184 Doping 93, 97 E Ecchymosis 183 Edema 192, 207 Eksogenus 81, 106 Elektrolit 66, 76, 84, 85, 87, 88, 89, 101, 102, 103, 106, 182, 213, 215, 216, Emosi 4, 5, 62, 68, 112, 116, 134, 154, 155, 156, 168, 209, Endogenus 81, 106 Endorphin 160 Ergogenik 92, 93, 94, 95, 97, 106 F Farmalogikal 93 Fleksibiliti 6, 7, 8, 15, 16, 22, 31, 38, 47, 51, 52, 60, 66, 68 Fosfokreatina 95, 103 G Ganjaran ekstrinsik 121 intrinsik 121 Gastroknemius 23, 182 Gentian 199 Glikogen 65, 96, 103 H Hidrasi 63, 66, 68, 84, 89, 90, 100, 106 Hipertermia 86 Hipokinetik 7, 159 Hipotalamus 86 Hipotermia 86, 212 I Imageri dalaman 143 luaran 143 Imbangan 6, 9, 14, 23, 25, 31, 68 Intelek 4, 5, 68, 154, 155, 156, Intensiti 34, 36, 37, 38, 39, 40, 43, 45, 46, 52, 53, 54, 55, 56, 57, 58, 59, 63, 66, 68, 76, 81, 88, 89, 95, 96, 99, 101, 102, 106, 119, 168, 183, 217 231
Integrasi 159, 161, 163, 164, 169 J Julat 22, 51, 52, 68, 182, 187, 190, 191, 197, 204, 205, 206 K Kafein 75, 94, 100, 106, Kalori 43, 65, 77, 82, 101, 104, 106 Kapilari 192 Katarsis 160 Keagresifan instrumental 129, 130, 168 ketara 129, 168 Kebimbangan kognitif 138 seketika 137, 168 somatik 138, 139 tret 137, 168 Kecederaan akut 181, 187, 208, 220 kronik 181, 187, 220 Kekuatan otot 6, 7, 8, 9, 14, 16, 21, 31, 34, 35, 40, 48, 49, 52, 53, 58, 60, 68, 102, 106, 205, 220 Ketangkasan 6, 9, 10, 14, 23, 27, 31, 36, 60, 68 Ketidakaturan major 215 minor 215, 220 Kinesiology tape 200, 201 Kognitif 62, 68, 94, 112, 113, 116, 135, 138, 155, 168 Kompartmen ekstrasel 85 intrasel 85 Kompeten 115 Kompetitif 147, 152, 153, 159 Komposisi badan 6, 7, 14, 16, 17, 30, 31, 68 Kontusi 178, 183, 220 Koordinasi 6, 9, 14, 23, 24, 31, 68, 216 Kreatina 75, 94, 95 Kuasa 6, 9, 23, 31, 40, 49, 52, 53, 54, 58, 59, 60, 62, 68, 80, 87, 95, 102, 103, 106, 185, 197, 206 L Latihan aerobik 43, 56, 58, 65, 68, anaerobik 45, 46, 58, 68 bebanan 34, 38, 39, 40, 47, 48, 49, 50, 52, 53, 54, 55, 61 berterusan 39, 68 fartlek 43, 44 fleksibiliti 47, 51, 52, 68 jarak jauh perlahan 43, 57 jeda 38, 39, 43, 44, 45, 46, 57, 68 kardiovaskular 38, 43 litar 47, 50, 68 piramid 43, 44 pliometrik 47, 49, 50, 68 Ligamen 8, 47, 51, 174, 175, 182, 184, 187, 200, 201, 204, 206, 208 Lompat atas kotak 49, 50 ketinting 49, 61 mendalam 49, 50 pike 49, 50, 61 setempat 49, 50, 61 232
M Makronutrien 80 Malnutrisi 74, 77, 106 Masa reaksi 6, 9, 10, 14, 16, 23, 26, 31, 68 Matlamat hasil 118, 124, 125, 126, jangka panjang 123, 125, 126, 168 jangka pendek 123, 125, 126, 168 jangka sederhana 125, 126, 168 prestasi 118, 124, 125, 126, 168 proses 118, 124, 125, 126, 168 Melanoma 215 Metabolisme 63, 75, 87, 88, 93, 205 Mobiliti 159, 162, 169 Motivasi ekstrinsik 119, 120, 168 intrinsik 119, 120, 121, 168 N Norma 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 68 Nutrien 51, 75, 76, 77, 85, 100, 106 P Patah lesung 186 melintang 186 remuk 185 serong 186 tebu 185 terbuka 185 terpusing 186 tertutup 185 Patriotisme 163, 166, 169 Pentermokawalaturan 84, 85, 86, 106 Penyejatan 86, 87 Potasium 216 Pronasi 22 Proprioseptif 200, 205, 211 R Radang bursa 183, 220 Radiasi 80, 86, 87, 213, 214, Regangan dinamik 51 statik 51 Rehabilitasi 177, 189, 204, 205, 206, 220 Relaksasi 139, 140, 141, 142, 144, 148, 168 Rohani 4, 5, 68, 154, 155, 156 S Sistem aerobik 81, 103 anaerobik alaktik 81 anaerobik laktik 81 anaerobik 103 otot rangka 34, 42, 47, 48, 68 Sosial 4, 5, 68, 115, 150, 151, 154, 155, 156, 159, 160, 162, 163, 166, 168, 169 Splint keras 198, 199 lembut 198 tarikan 198, 199 udara atau vakum 198, 199 Sprain 182, 197, 201, 220 233
Steroid 93, 132 Strain 183, 187, 197, 209, 220 Suhu kulit 86 teras 86 T Tendonitis 183, 220 Timing gate 27, 28 Tisu keras 182, 185, 186, 209, 210, 220 lembut 174, 182, 183, 184, 186, 199 Tokokan karbohidrat 65, 93, 94, 96, 106 U Urin 88, 89, 90, 94, 106 W Whey protein 94, 96, 106 234
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah _______________________________________ Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima Nombor Perolehan: _______________________________ Tarikh Penerimaan: _______________________________ BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.