Kelenjar Adrenal Kelenjar adrenal terletak di bahagian atas struktur ginjal. Kelenjar ini berbentuk seakan-akan segi tiga. Kelenjar adrenal terdiri daripada korteks adrenal di bahagian luar dan medula adrenal di bahagian dalam yang mengeluarkan hormon yang berbeza.
Kelenjar Adrenal Korteks adrenal merembeskan hormon glukokortikoid dan mineralokortikoid. Medula adrenal pula merembeskan hormon adrenalina dan noradrenalina. Melalui rembesan hormon, kelenjar adrenal mengatur dan menyelaras banyak fungsi penting dalam tubuh, termasuk keseimbangan biokimia.
hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal.- Medula Adrenal Adrenalina Noradrenalina
Adrenalina Mencetuskan gerak balas badan terhadap tekanan dan keadaan kecemasan dengan meningkatkan kadar denyutan jantung, pernafasan, aras gula dalam darah dan menyediakan bahan untuk menghadapi situasi yang cemas.
Noradrenalina Mengawal kadar metabolisme dan meningkatkan peredaran darah ke otot rangka.
hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal.- Korteks Adrenal Glukokortikoid Mineralokortikoid
Glukokortikoid Regulasi metabolisme dan ketahanan terhadap stress tubuh
Mineralokortikoid Mengawal atur penyerapan semula ion natrium daripada tubul ginjal dan mengawal atur tekanan osmosis darah yang bertujuan mengimbangi cecair dalam badan.
Fungsi Kelenjar Adrenal dalam Aktiviti Sukan Kelenjar adrenal juga memainkan peranan yang istimewa dalam proses pergerakan atlet dalam sukan. Hormon yang dirembeskan oleh kelenjar ini dapat mencetuskan gerak balas badan terhadap tekanan dan keadaan kecemasan dengan meningkatkan kadar denyutan jantung, pernafasan, aras gula dalam darah dan menyediakan bahan untuk menghadapi situasi yang cemas atau ketegangan dalam sukan yang diceburi.
Fungsi Kelenjar Adrenal dalam Aktiviti Sukan Rangsangan daripada gerak balas dalam sukan memungkinkan atlet sentiasa bersedia menghadapi sebarang tekanan daripada situasi yang wujud. Peranan hormon ini membantu kecekapan gerak balas dan penghasilan tenaga baharu untuk meneruskan aktiviti fizikal dalam pertandingan.
Kelenjar Pankreas Kelenjar pankreas berbentuk panjang melintang, berada di belakang perut dan berhampiran dengan limpa. Kelenjar pankreas ini membantu proses metabolisme badan dan membantu dalam proses pencernaan makanan oleh enzim pencernaan.
Kelenjar Pankreas Dalam kelenjar pankreas, terdapat sejenis tisu yang dipanggil kelompok Langerhans yang merembeskan dua jenis hormon, iaitu insulin dan glukagon.
hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pankreas. Insulin Glukagon
Insulin Insulin akan bertindak balas dengan glukosa di dalam darah untuk menukarkan glukosa kepada glikogen yang menjadi bahan sebagai sumber tenaga.
Glukagon Jika aras glukosa dalam darah terlalu rendah, maka glukagon akan dirembeskan supaya dapat menghuraikan glikogen kepada glukosa.
Fungsi Kelenjar Pankreas dalam Aktiviti Sukan Kelenjar pankreas sangat berkait rapat dengan sistem tenaga dalam tubuh badan manusia terutama untuk atlet. Keperluan hormon insulin bertindak balas dengan sempurna membantu membekalkan sumber tenaga yang diperlukan oleh badan dalam membantu mekanisme pergerakan lakuan motor atlet untuk aktiviti fizikal.
Kelenjar Tiroid Kelenjar tiroid terletak di bahagian anterior leher, di bawah leher dan melapisi trakea. Kelenjar ini berfungsi untuk mengatur kadar metabolisme badan, mensintesis protein dan mengatur sensitiviti tubuh terhadap hormon yang lain.
Kelenjar Tiroid Kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroksin, triiodotironin dan kalsitonin. Hormon tiroksin dan triiodotironin yang dirembeskan mengandungi iodin dan berperanan penting untuk proses metabolisme dan pertumbuhan individu.
hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid. Tiroksin dan Triiodotironin Kalsitonin
Tiroksin dan Triiodotironin Mengawal kadar metabolisme dengan cara bertindak balas dalam sel untuk mengubah lebih banyak glukosa dengan mensintesiskan protein Mengawal kalsium dan fosfat
Kalsitonin Menyimpan kalsium pada tulang dan mengawal tahap fosfat dalam darah supaya otot dan saraf dapat berfungsi secara optimum
Fungsi Kelenjar Tiroid dalam Aktiviti Sukan Kelebihan kelenjar tiroid dalam merembeskan hormon kalsitonin sangat membantu proses pergerakan atlet dalam sukan. Hormon ini dapat meningkatkan kecekapan otot untuk menguncup dan mengendur dengan lancar bagi membantu menghasilkan pergerakan otot. Tanpa bekalan kalsium yang mencukupi, maka proses penguncupan otot akan terjejas dan atlet tidak dapat bergerak dengan sempurna dan lancar
TAMAT