The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

1.3 - Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZURIDA BINTI ABU BAKAR KPM-Guru, 2023-10-28 23:23:12

BIDANG 1: Pengenalan Sains Sukan dan Pengurusan Sukan

1.3 - Pengurusan dan Pengelolaan Pertandingan Sukan

Keywords: BBM SST4

1.3 PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERTANDINGAN SUKAN Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor


Pengurusan dalam Sukan Proses pengurusan sukan yang diurus dengan cekap dan profesional sebenarnya mengandungi unsur-unsur sains. DeSensi et al. (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran yang berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.


Pengurusan dalam Sukan Menurut Aman (2006), pengurusan sukan boleh didefinisikan sebagai satu proses mencari cara menentukan tanggungjawab dan mengendalikan sumber fizikal dengan merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan pergerakan organisasi sukan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kesimpulannya, pengurusan dalam sukan merupakan proses mengurus dan mentadbir segala yang berkaitan dengan sukan melalui proses perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan dan penilaian.


Pengurusan Sistem Pertandingan Sistem pertandingan kalah mati Sistem pertandingan liga


Sistem pertandingan kalah mati Sistem pertandingan kalah mati ialah satu sistem pertandingan yang membolehkan peserta yang menang terus mara ke peringkat seterusnya dan peserta yang kalah tersingkir (Wee, 1994). Proses pertandingan kalah mati akan berterusan sehingga terdapat seorang peserta atau pasukan bergelar juara.


Ciri-ciri Sistem Kalah Mati Masa untuk menyelesaikan pertandingan singkat Peruntukan kewangan yang terhad Bilangan penyertaan yang banyak Bilangan kemudahan yang kurang Bilangan pegawai sukan yang terhad


Variasi dalam Sistem Kalah Mati Kalah Mati Sekali Kalah Mati Dua Kali


Kalah Mati Sekali Peserta atau pasukan yang telah kalah sekali terus terkeluar daripada pertandingan. Separuh daripada bilangan peserta akan terkeluar apabila tamat pusingan pertama.


Kalah Mati Sekali Dalam pertandingan kalah mati sekali, penyusunan jadual pertandingan adalah lebih mudah sekiranya pasukan yang mengambil bahagian adalah dalam angka kuasa dua iaitu 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya. Sekiranya 16 pasukan bertanding, maka tiada peserta menunggu. Sekiranya 17 peserta bertanding, maka pertandingan kalah mati sekali ini melibatkan peserta menunggu ataupun bye. Bagi pertandingan yang mempunyai 17 peserta, bilangan peserta menunggu (bye) ialah 1.


Contoh Situasi Satu pertandingan badminton beregu lelaki yang melibatkan tujuh pasukan telah diadakan di dewan sekolah anda. Jangka masa pertandingan adalah bermula dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang yang melibatkan satu hari sahaja. Terdapat dua gelanggang yang boleh digunakan.


Langkah Pelaksanaan


Jadual pertandingan kalah mati sekali untuk tujuh pasukan dengan satu bye.


Kelebihan Kalah Mati Sekali Format mudah difahami Menentukan pemenang dengan cepat Boleh melibatkan ramai peserta Memerlukan bilangan perlawanan yang sedikit Memerlukan bilangan perlawanan yang sedikit Menjimatkan masa dan perbelanjaan Tidak memerlukan kemudahan gelanggang atau padang yang banyak


Kelemahan Kalah Mati Sekali Peserta yang kalah akan terus tersingkir Pemenang tidak semestinya peserta terbaik Peserta tidak dapat mempamerkan bakat atau keupayaan sebenar Separuh daripada peserta disingkirkan selepas pusingan pertama


Kalah Mati Dua Kali Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta atau pasukan untuk bertanding sekurangkurangnya dua kali sebelum tersingkir daripada pertandingan. Peserta yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir apabila mengalami kekalahan kali kedua. Peserta yang menang di peringkat awal akan menuju ke kanan manakala yang kalah akan ditempatkan di sebelah kiri.


Contoh Situasi Pertandingan ping pong yang melibatkan lapan peserta akan diadakan di dewan sekolah anda selama satu hari Pertandingan bermula pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang dengan menggunakan dua meja ping pong sahaja.


Langkah Pelaksanaan


Jadual pertandingan sistem kalah mati dua kali bagi lapan peserta.


Kelebihan Pertandingan Kalah Mati Dua Kali Memerlukan bilangan padang atau gelanggang yang sedikit Penentuan peserta pilihan tidak perlu Peserta yang kalah sekali masih berpeluang untuk menjadi johan Memilih pemenang yang sebenar Membolehkan peserta bermain sekurangkurangnya dua kali sebelum tersingkir


Kelemahan Sistem Pertandingan Kalah Mati Dua Kali Sekiranya banyak permainan akan menimbulkan masalah jika kekurangan gelanggang atau padang Jadual pertandingan kompleks dan mengelirukan Tidak menggunakan kemudahan secara optimum Mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan kalah mati sekali Memerlukan banyak pusingan


Sistem Liga Sistem pertandingan liga ialah satu sistem pertandingan yang membenarkan seseorang peserta atau pasukan menghabiskan bilangan permainannya sebelum disingkirkan daripada permainan seterusnya (Wee, 1994). Sistem pertandingan ini dianggap mempunyai kelebihan berbanding jenis pertandingan yang lain kerana sistem ini membenarkan seorang peserta menghabiskan bilangan permainannya sebelum disingkirkan daripada pertandingan seterusnya.


Sistem Liga Sistem ini membenarkan beberapa peserta atau pasukan berkumpul dalam satu kumpulan atau beberapa kumpulan. Mereka akan bertanding antara satu sama lain dalam kumpulan masing-masing sebelum meneruskan ke pusingan sistem kalah mati.


Ciri-ciri Sistem Liga Setiap peserta atau pasukan bertanding sesama sendiri dalam kumpulan masing-masing Kedudukan dalam kumpulan adalah berdasarkan pungutan mata Perlawanan dengan pasukan lain telah diketahui awal Bilangan perlawanan begantung kepada penyertaan dalam kumpulan


Variasi dalam Sistem Liga Liga Satu Kumpulan Liga Dua Kumpulan Liga Tiga Kumpulan Liga Empat Kumpulan


Liga Satu Kumpulan Sistem ini dijalankan apabila terdapat antara tiga hingga lima pasukan atau peserta yang akan mengambil bahagian.


Contoh Situasi Persatuan Sains Sukan sekolah anda akan menganjurkan pertandingan Futsal Jemputan Antarabangsa sempena Sambutan Jubli Emas sekolah anda. Jumlah pasukan yang akan mengambil bahagian adalah lima. Pertandingan akan dijalankan selama satu hari bermula jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang dengan menggunakan satu padang sahaja.


Langkah Pelaksanaan


Susunan Jadual Perlawanan


Susunan perlawanan bagi lima pasukan dalam liga satu kumpulan.


Jadual keputusan pertandingan.


Contoh jadual keputusan dan kedudukan perlawanan.


Liga Dua Kumpulan Sistem ini dijalankan apabila terdapat antara enam hingga lapan pasukan atau peserta yang mengambil bahagian.


Contoh Situasi Satu pertandingan jemputan Bola Jaring Piala Menteri Besar Pahang akan diadakan sempena Hari Pekerja. Jumlah pasukan yang akan mengambil bahagian adalah dari lapan buah negeri. Pertandingan akan dijalankan selama satu hari bermula jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang dengan menggunakan dua padang bola jaring sahaja.


Langkah Pelaksanaan


Agihan pasukan kepada dua kumpulan.


Contoh susunan jadual perlawanan penuh bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.


Keputusan perlawanan dalam Kumpulan A.


Kedudukan empat pasukan dalam Kumpulan A.


Keputusan perlawanan dalam Kumpulan B.


Kedudukan empat pasukan dalam Kumpulan B.


Keputusan pasukan yang layak ke pusingan separuh akhir.


Struktur jadual pertandingan peringkat separuh akhir dan akhir bagi pertandingan liga dua kumpulan.


Liga Tiga Kumpulan Sistem pertandingan ini dilaksanakan apabila terdapat penyertaan di antara sembilan hingga 11 pasukan yang mengambil bahagian. Sebagai contoh, jika terdapat sembilan pasukan yang akan bertanding, maka setiap kumpulan mempunyai tiga pasukan dalam satu kumpulan.


Contoh Situasi Pesta Hoki USM akan berlangsung pada 20 hingga 21 September dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang bertempat di Padang Hoki USM dan akan dijalankan secara temasya dengan menggunakan tiga padang. Sebanyak sembilan pasukan akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang akan diwakili oleh pasukan hoki seluruh Malaysia.


Langkah Pelaksanaan Jika terdapat pasukan pilihan berdasarkan keputusan pertandingan lalu, maka johan akan mengetuai Kumpulan A, naib johan akan mengetuai Kumpulan B dan tempat ketiga akan mengetuai Kumpulan C. Pasukan lain akan diundi untuk ditetapkan dalam kumpulan masingmasing


Contoh agihan sembilan pasukan kepada tiga kumpulan.


Untuk menjalankan pusingan awal liga,


Contoh susunan jadual perlawanan penuh bagi Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.


Contoh susunan jadual perlawanan penuh bagi Kumpulan A, Kumpulan B dan Kumpulan C.


Keputusan pertandingan dan kedudukan pasukan bagi liga tiga kumpulan.


Click to View FlipBook Version