POSISI MENGAMBIL TEKANAN DARAH – POSISI DUDUK
HASIL DAPATAN BACAAN TEKANAN DARAH DALAM POSISI DUDUK Posisi duduk adalah keadaan yang paling stabil untuk mengambil tekanan darah. Bacaan dalam posisi duduk adalah bacaan yang berada di antara seseorang itu dalam posisi baring dengan posisi berdiri. Bacaaan pada posisi duduk dikatakan adalah bacaan yang paling tepat untuk mengukur tahap tekanan darah seseorang.
POSISI MENGAMBIL TEKANAN DARAH – POSISI BARING
HASIL DAPATAN BACAAN TEKANAN DARAH DALAM POSISI BARING Ketika seseorang sedang berbaring, jantung akan berdenyut agak perlahan berbanding keadaan duduk atau berdiri. Ini disebabkan oleh kesan tarikan graviti pada tubuh berkurangan dan membuatkan lebih banyak darah mengalir semula ke jantung melalui salur darah. Pada posisi berbaring juga tekanan darah akan menjadi rendah kerana seseorang itu berada dalam keadaan rehat, tenang dan jantung berdenyut tanpa tekanan.
HASIL DAPATAN BACAAN TEKANAN DARAH DALAM POSISI BARING Ini bermakna setiap denyutan jantung yang diperlukan per minit untuk memenuhi keperluan darah, oksigen dan nutrien akan menjadi kurang. Jika darah yang kembali ke jantung lebih banyak, maka jantung akan mampu mengepam lebih banyak darah pada setiap denyutan. Dalam posisi baring, tahap bacaan tekanan darah berada dalam tahap yang paling rendah di antara posisi duduk dan posisi berdiri.
POSISI MENGAMBIL TEKANAN DARAH – POSISI BERDIRI
HASIL DAPATAN BACAAN TEKANAN DARAH DALAM POSISI BERDIRI Denyutan jantung akan meningkat ketika seseorang sedang berdiri kerana darah yang kembali ke jantung berkurangan Dalam posisi berdiri, terdapat daya tarikan graviti yang akan melancarkan aliran darah sehingga semakin banyak denyutan jantung yang diperlukan. Ketika berdiri, tekanan darah akan meningkat kerana sewaktu berdiri seseorang itu memerlukan tenaga yang lebih banyak berbanding keadaan berbaring atau duduk. Dalam posisi berdiri, tahap tekanan darah adalah yang paling tinggi berbanding dengan posisi duduk dan posisi berbaring.
TAMAT