2.1 PENGENALAN SISTEM TUBUH MANUSIA Sains Sukan Tingkatan 4 KSSM Olleh Cikgu Norazila Khalid Smk Ulu Tiram, Johor
Lokasi Organ dalam Sistem Tubuh Manusia
Fungsi Sistem Tubuh Manusia dalam Pergerakan Tubuh badan manusia terdiri daripada beberapa sistem yang penting bagi memastikan mekanisme anatomi dan fisiologi dapat berfungsi dengan sempurna dan cekap untuk memenuhi keperluan aktiviti fizikal.
Sistem Tubuh Manusia Sistem rangka Sistem otot Sistem saraf Sistem endokrina Sistem kardiovaskular Sistem respiratori
Sistem rangka Menyokong berat badan dengan membentuk kerangka tegar bagi pelekatan tisu-tisu lembut dan organ-organ tubuh Tuas pergerakan apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksikan sendi
Sistem rangka Membekalkan kalsium untuk penguncupan otot Lokasi pembentukan sel darah dan platelet di dalam sum-sum tulang Melindungi organorgan penting
Sistem otot Menghasilkan pergerakan atau lakuan motor apabila berlaku penguncupan otot Memberi bentuk tubuh badan Mengekalkan postur tubuh badan
Sistem otot Menyokong tubuh badan Menghasilkan haba bagi mengekalkan suhu normal badan Membantu menstabilkan sendisendi dan tulang rangka
Sistem saraf Mengesan, menerima dan bergerak balas terhadap rangsangan yang diterima Mengawal dan menyelaraskan aktiviti tubuh Menyimpan maklumat yang diterima
Sistem saraf Bertindak balas terhadap perubahan rangsangan dalaman dan luara Sistem kawalan tindak balas refleks badan
Sistem endokrina Mengawal atur dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembeskan ke dalam aliran darah
Sistem kardiovaskular Mengepam darah dari jantung ke seluruh badan dan kembali semula ke jantung Mengangkut oksigen, nutrien, hormon dan keperluan lain ke sel-sel badan
Sistem kardiovaskular Membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh Membawa keluar produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh
Sistem respiratori Tempat pertukaran gas respiratori yang berlaku di paru-paru dan sel-sel tisu badan.
Perkaitan Sistem-sistem Tubuh Manusia dengan Pergerakan Semua sistem yang ada di dalam tubuh badan manusia ini berhubung kait antara satu sama lain bagi menghasilkan pergerakan.
SISTEM SARAF Tindakan impuls saraf yang menerima arahan dan rangsangan dari otak melalui saraf pusat memberi maklumat kepada otot untuk melakukan pergerakan.
SISTEM KARDIOVASKULAR DAN RESPIRATORI Membekalkan oksigen yang diperlukan bagi menghasilkan tenaga.
SISTEM RANGKA Tempat pelekatan otot.
SISTEM ENDOKRINA Hormon adrenalina dan noradrenalina dirembeskan bagi mengawal kadar metabolisme dan meningkatkan peredaran darah ke otot rangka.
SISTEM OTOT Asas pergerakan terhasil daripada penguncupan dan pengenduran otot.
TAMAT