PENGENALAN NOVEL TIRANI
Novel Tirani hasil karya Beb Sabariah bukan sekadar novel yang sarat dengan penceritaannya
tetapi turut menyelitkan warna budaya dan resam masyarakat setempat khususnya etnik
sarawak.Keunikan etnik Sarawak diketengahkan oleh pengarang menerusi usaha gigih watak
utamanya, Waheeda untuk mempromosikan industri pelancongan di Sarawak.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL TIRANI
Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.Beliau
lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November 1949.
Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche BuyongKuching.
Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke SekolahMenengah
Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di MaktabPerguruan
Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru,
Johor.Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi dan rencana.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL TIRANI
Novel ini mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang mahu menjadi cantik dan berhidung
mancung kerana hidungnya pesek. Gadis yang bernama Waheeda juga ingin mengecapi
kemajuan atas anma dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan
bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Waheeda telah
membuat kebetulan hidungnya yang kebetulan digigit monyet dengan melakukan pembedahan
rekonstruksi wajah untuk menjadi lebih cantik. Dengan kecantikan yang dibentuk, maka
datanglah kejayaan dalam kerjayanya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah
mempertemukan suaminya dengan anak rakan niaganya di Sarawak Datuk Yasser. Kecantikan
dan kejayaan yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga malah
merosakkan kehidupannya. Kecantikannya menyebabkan tugasnya bertambah berat dan
harapan prang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya.
Cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah
diceraikan oleh suaminya. Penceraian berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikannya dan ditambah rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya, Waheeda bertekad
untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di
Cameron Highland. kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah
menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhirnya mereka dipertemukan di
chalet tersebut. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu Tirani.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL TIRANI
BAB 1: MELONTAR PUING DUKA
Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan
diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obsess dengan
kecantikan. Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet yang menjadi ejekan kepada
kawan-kawannya seperti Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak
dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah
Ruqaiyah perasaan benci dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.
BAB 2: DAYANG MUDA
Semasa di pejabatnya, Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang 2 lawatan institusi
pelancongan dan lawatan Putera Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun
Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi
menggambarkan indentiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang
hadir.Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun
disebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang
tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah
dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkankan kerana
bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak
melakukan apa yang dihajatinya.Tidak beberapa lama kemudian, keadaan chalet pada malam
itu menjadi kelam kabut. Seekor monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet.
Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia
luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr.
Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju
untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.
BAB 3: KATARSIS
Perjalanannya menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu
Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi
ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke
pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan
mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob,
keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada
malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-
kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak
bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang
semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum
tentang bandaraya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat
menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.Mereka sempat sampai ke
lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak
menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.Sesampainya di
lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju kerumah Bazilah iaitu kawan satu
university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di
Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.
BAB 4: SEMARAK API SEMARAK HATI
Sebelum Waheeda menuju ke rumah Bazilah, Waheeda kagum dengan kebersihan bandaraya
Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya
untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang
berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah
yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah
dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Wheeda akan tinggal di salah sebuah bilik dirumah
kepunyaan pakcik Bazilah.Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-
peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,
Malaysia. Keesokkan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya,
Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doctor pakar pembedahan plastik di Hospital
Sultanah Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran
tentang pembedahan plastic yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda
juga menyatakan bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.
BAB 5: DOA SELAMAT
Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mail yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya.
Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada
ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak dengan menyediakan sejenis makanan yang
bernama ketupat lepas. Penyediaaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat
di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke
Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk
menolak bala.Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia
sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya
menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada didepan pintu rumahnya. Ibunya membawa
ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu
dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.
BAB 6: METAMORFOSIS
Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini
diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes
(Dr.Rushdi). Di dalam bidik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani
pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12
jam.Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang
menunggu diluar bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama
ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda
berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah
terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran pakej
pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La
Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang
membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.
BAB 7: KE PULAU SENTOSA
Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama
rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakkan masa dihabiskan dengan
membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai anugerah alam disitu.
Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang
mengingatkan Waheeda kepada kampong halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber
inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.Semasa
Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya Dr Averroes. Dr Averroes
juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi.
Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.
BAB 8: HADIAH ALAM
Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa kecantikan ialah tirani
yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek.
Persoalan ini menjadi topik berbualan yang panjang antara mereka berdua.Pada malamnya,
sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi
tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyo. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan
Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampong halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah
telah menelefonnya tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia
(MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya
bersama-sama rombongan tersebut.
BAB 9: WAJAH PESONO
Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah
mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat
menyenangkan hati beberapa orang staff di situ seperti Lais, Anati dan Kong. Dalam pada itu,
Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau
Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan
Waheeda di café, Waheeda sempat melihat seorang lelaki yang bernama Zahid setelah
dibisikkan oleh Alex kepadanya.Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr
Zahari muncul. Waheeda sedar sejak kebelakangan ini, Dr Zahari selalu dating ke rumah
mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak memperdulikan Bazilah
menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan
mata yang cukup berlainan yang mugkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini
menyebabkan Waheeda menganggap tirani itu memang benar. Dengan alas an ini, Waheeda
mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.Dalam pada merangka program
yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid.
Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort
dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan hadapan.
Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway
memuji kecantikan Waheeda.Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid.
Melalui perbualan tersebut, Waheeda dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.
BAB 10: SENYUM SEPULUH ELA
Datuk Yasser berkinjung ke Sngapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk
menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak
membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang Islam, rasuah,
cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang
kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka
tinggal di sana kerana beberap isu negative terhadap Malaysia dan islam. Datuk Yasser berasa
bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada
pengembangan perniagaan di Kuching, SSeri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam
kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan
Zahid.Selepas menikmati makanan tengahari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh
Zahid. S eterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan
Waheeda dengan Datuk Yasser semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada
kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat
gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.
BAB 11: ORANG RUMAH SEBELAH
Fatimah menerima E=Mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan
bahawa Zahid yang yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya
Sri Gading holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut.Di Flamingo, berita
kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International disebarkan kepada semua. Detik-
detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya
Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr.
Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah
sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.
BAB 12: BIDADARI DARI LANGIT
Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibut. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelar digelar
Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang
perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamango. Waheeda tetap menjalankan tugas
yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibut
mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.Di Sri Gading, Zahid sering
menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort
menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka
agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang
ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum
berakhir.
BAB 13: MATI HIDUP SEMULA
Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaaah statistic pelancongan yang
semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana
rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannuya bernilai RM60juta.
Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat
bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin
Hazirah, isterinya menyatakan kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang
nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin
Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja
lagi. Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan
baiknya iaitu Aiman. Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong
dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.
Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri
doa selamat di rumah Dtuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan
majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke
rumahnya kerana dia sedang berada di SMCuntuk menerima rawatan.Kerunsingan yang
dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam
pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah
menembahkan kerungsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku
kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahu hal sebenarnya bahawa Waheeda
di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang
telah mengalami satu komplikasi. Walaubagaimanapun, proses tersebut Berjaya dilakukan oleh
Dr Rushidi.Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu oleh Anati bahawa Waheeda
berada di SMC. Zahid bergegas ke sana. Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa
meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid
cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi
tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi
selepas mengalami selsema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.
BAB 14: BAGAIKAN PUTERI
Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada
Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah.
Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan
Tajau emas juga menjadi tetamu undangna majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, inggeris,
Jepun dan lain-lain lagi. Adat-istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh
meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu. Irama
muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50
orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah
berjalan dengan jayanya. Lafas nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafas sahaja. Selepas
acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan
kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama
dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser a.kan
mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-
dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira
BAB 15: HIDUP RANGGI
Permandangan di kawasan kampung Matang dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang
menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung
awan. Senario pemandangan dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan
gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid semasa dia berada di kampungnya. Malahan
pelancong asing juga memuji permandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan
nasib yang akan menimpa kawasan yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk
membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa
yang sama, zahid juga terkenang kehidupannya semasa berada di luar Negara bersama
beberapa wanita. Malahan gaya afsunnya boleh mencairkan hati wanita.Sejak pertemuan
dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid
teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia
semakin meningkat.Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut
utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya
serta keterampilan sentiasa meniti dibibirnya.
BAB 16: MIMPI LAIN-LAIN
Zahid membaca akhbar dibilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member
gambaran negative kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan
menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun
depan. Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang
datang ke Sarawak nanti.Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia yang menyatakan
Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sector
pelancongan. Kemudian dia pula mengambilsekeping wadahberkaitan alam sekitar yang ditulis
oleh NAR, singkatan daripada nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah
terputus hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya itu
semasa di sekolah dahulu.Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya. Dalam masa
yang sama, zahid menanti isterinya, waheeda untuk makan tengah hari di restoran Sri gading
bersama-sama. Namun, Waheeda tidak muncul-muncul. Kesibukan masing-masing
menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.Zahid telah bergegas ke Tajau
Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet
tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid
kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan
ketegangan dengan suaminya, Zahid.Zahid perasan apabila sesekali terserempak pandangan
pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini
menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang
cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datul Yasser akur dengan
kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau
Emas kerana Waheeda ingin berdikari.Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk
Yasser dengan ayahnya. Dimana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja
dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh
ayahnya.
BAB 17: KONFLIK
Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya
seolah-olah manusia individulistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri
Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun
begitu, Waheeda sentiasa bersedia datang ke Seri Gadinguntuk membantu.Waheeda banyak
terkenangkan masa-masa lalunya. Dimana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama
ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi
perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang
dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.Di samping itu, Waheeda
masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui,
hodoh pula dihina.Awal tengahari, Waheeda ke farmali di Mall Matang Jaya untuk membeli
ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda
berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin Stress,
tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan
kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu.
Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid
mengungkitlan insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulupun
masih dalam ingatan Waheeda.Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk
tidak bersama suaminya. Waheeda sudahpun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal
malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenengan dalam kenangan yang
melingkari hidupnya.Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda
supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa
keresahan dan sensitivity hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.
BAB 18: DILANDA NOSTALGIA
Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan
Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa
izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh
Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan
Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin
mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung jogging. Pada waktu inilah,
Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-
wanita dahulu seperti halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.Zahid melenting
dihujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan
keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu zahid tidak pulang ke rumah
di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.Nostalgia pada peringkat awal begitu
romantic bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang
baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya
perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu
cemburu.Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan
diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan
tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan
laluan yang dihadapinya.Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam
kecil, waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu
Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka dating bersama team BRP bagi
menyisat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha
tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita
yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin.
Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran
Zahid.
BAB 19: BAGAIKAN BONGKAH BATU
Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad ekslusif Hospital
Normah, raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa
Zahid tidak dating. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya
dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuannya menyatakan Zahid
sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.Sebaik Datin Hazirah
meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang
menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit
perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak
pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar
bagi meredakan perasaan tersebut.Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu
Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego
Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap
anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati.
Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh
Nurjihan.Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang
diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk
member kefahaman tentang ujian DNA. Dibilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil
yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut lebat seperti dengan . Hidungnya
peset tidak sama dengan hidung Waheeda danZahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan
tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan DNA yang telah dibuatnya.
Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik
tidurnya.Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh
sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkkan
Waheeda.Sekiranya Zahid dating, datangnya untuk menambahkan luka dihati Waheeda.Raidah
berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh
Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak
tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar
Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.
BAB 20: KE PUSAT RAWATAN ISLAM
Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di
PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais menjelaskan kepada Waheeda
bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak CikAziz ke pusat rawatan tersebut.
Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke
situ bertujuan untuk mendapatkan rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di
Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di
Cameron Highlands. Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan
perusahannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada
Waheeda, Raidah dan Ghazi. Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di
Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil
untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan
segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang
yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan
keluarganya. Setelah mendapat nasihat daripada Dr.Qamariah, serta sokongan moral ibu dan
abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif,
Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi.Waheeda ingin memulakan hidup baru. Ghazi
yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz.
Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya
‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.
BAB 21: SINAR DI HUJUNG TEROWONG
Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya
Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani
sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat
untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih Chalet Iwana-Iwani di Cameron
Highlands setejah pergi melihat sendiri esok.Urusan mengambil alih berlaku dan urusan
dengan Bank Rakyat berjalan lancar. Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk
tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia
dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan
oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan
anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
BAB 22: BAGAIKAN AIR GUNUNG
Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun
dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya.
Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia
menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan
melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung.
Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras
tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu. Waheeda terus
mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan
kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru
kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembangmaju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari
dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan
curahan air dari gunung. Ketrampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada
suatu pagi Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula
mendaftar di chalet itu.
BAB 23: SEJUK-SEJUK TROPIKA
Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup
kopi panas dan menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada
Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran
anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya
menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula
sekarang. Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Lais sentiasa berada
di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.Lais cuba
mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang
menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-
siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan
antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan
mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles. Izzati bersetuju
untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk
ke cafe. Zahid sempat bertembungan mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan
senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman
bahawa gadis di situ anggun.
BAB 24: KAMA HATI
Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku
kepada gadis di cafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya.Senyuman, wajah, bulu
matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya.dan
gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid
amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan
pasti anak itu anaknya atau bukan.Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.
Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana.Harapannya akan dapat melihat
wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan
perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan
Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemua Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam
suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun
Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat
mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang pertama ialah novel ini mempunyai perkembangan watak yang bagus
dan baik. Sebagai contoh, Waheeda berjaya meneruskan kehidupannya walaupun dengan
ketiadaan suaminya iaitu Zahid untuk bersama-sama membesarkan anaknya. Seterusnya,
novel ini sememangnya membuat banyak rujukan untuk penerokaan secara terperinci
etnik atau budaya masyarakat Sarawak. Penamat cerita yang bagus dan membolehkan
pembaca mengambil iktibar serta tidak mencontohi sikap Zahid. Namun, jika hendak
dibandingkan dengan Jendela Menghadap Jalan, Tirani lebih menarik kerana plot yang
tidak berulang. Saya juga perasan bahawa novel bertujuan sebagai sejenis cara untuk
membincangkan topik seperti pemeliharaan budaya dan hubungan yang kesat.
KEKURANGAN NOVEL
Kelemahan yang pertama ialah novel ini banyak menyimpang atau tersasar daripada
plot utama. Seterusnya, jika hendak dibandingkan dengan Songket Berbenang Emas hasil karya
Khairuddin Ayip, kisah cinta dalam novel ini sangatlah tidak rasional. Pada pendapat saya,
tidak mengaku anak hanya disebabkan oleh bentuk hidung yang tidak sama dan meminta cerai
disebabkan cemburu buta merupakan perangai kebudak-budakan dan tidak patut dicontohi.
Kesimpulan pada cerita ini juga boleh dipersoalkan kerana penutup cerita ini tergantung dan
membuat pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada mereka tiga beranak. Selain itu,
pemikiran watak utama tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan dan mengambil kesempatan
ketika terkena serangan oleh monyet-monyet besar untuk membuat pembedahan plastik. Pada
pendapat saya, novel ini tidak menarik kerana jalan cerita yang ‘cliché’.
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diperbaiki oleh penulis supaya novel
ini menjadi lebih mantap. Antara perubahan yang dapat penulis lakukan ialah penulis perlulah
lebih jelas dengan pengakhiran novel yang dipilih supaya tidak mengelirukan pembaca. Selain
itu, penulis bolelah melanjutkan peristiwa watak utama di awal jalan cerita dan hujung jalan
cerita supaya pembaca dapat mengetahui dengan lebih teliti tentang keadaan dan masalah yang
dihadapi. Kemudian, penggunaan kontra warna di hadapan kulit novel perlulah ditukar supaya
banyak pembaca lebih minat untuk membaca novel. Seterusnya, penggunaan bahasa di dalam
novel supaya dapat difahami oleh setiap pembaca novel. Akhir sekali, penulis perlulah
menyemak tentang penggunaan tanda baca yang digunakan di dalam novel untuk menjadikan
novel tersebut lebih sempurna. Ini kerana dengan penggunaan tanda baca yang sempurna novel
itu akan menjadi lebih menarik dan difahami oleh pembaca
PENGENALAN NOVEL BIMASAKTI MENARI
Ia bukannya tentang mahu menggerakkan bintang-bintang di langit.Bintang-bintang memang
sedia ada di sana.Hanya mata manusia sahaja yang tidak dapat melihat.Pelik bukan? Sedikit
cahaya pula menutup deria mata.Begitu tuhan mencipta deria manusia dengan penuh
keterbatasan agar manusia tidak leka dengan apa-apa yang dilihat oleh deria.
Dapatkah Nurul Hafsa membawa bintang-bintang itu kembali ke kuala Selangor?
BIOGRAFI PENULIS NOVEL BIMASAKTI MENARI
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP
Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop
Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor
Tarikh lahir: 18 Jun 1976
Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988).
Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993).
Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand
dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK
Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya pelajari ialah novel Bimasakti Menari. Novel ini mengisahkan Nurul Hafsa
yang bertugas sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau dikunjungi oleh
pelajar-pelajar dari Jepun untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar,
tanpa sebarang bantuan alat pencerap namun gagal kerana langit terlalu cerah. Nurul Hafsa
yang pada mulanya runsing dengan situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak
bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh
kumpulan pengunjung tersebut. Dia dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku
pada malam tersebut berpunca daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku
di Kuala Selangor.
Nurul Hafsa mengambil keputusan untuk melihat sendiri kelip-kelip di Kampung Kuantan.
Beliau kecewa kerana tidak banyak kelip-kelip di situ, apatah lagi anak sungainya dipagar
untuk menghalang bot atau sampan melaluinya. Budiman mengajak Nurul Hafsa menemui
‘lelaki kelip-kelip’ atau nama sebenarnya Muhammad Taufik yang merupakan pemilik anak
sungai tersebut. Muhammad Taufik berbuat demikian agar populasi kelip-kelip tidak terancam.
Nurul Hafsa membentangkan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar,
ahli akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Rancangannya
ditentang oleh Dato’ Johann Arlington dan dia mengatur rancangan untuk mengupah tiga orang
tonto bagi menyiasat pergerakan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan mereka
tidak dapat melaksanakan projek tersebut. Berita kemalangan Muhammad Taufik mengejutkan
Nurul Hafsa. Ketua Inspektor Lim mengesyaki kemalangan itu dirancang oleh musuhnya.
Selepas peristiwa itu, Nurul Hafsa pula menjadi mangsa apabila diculik dan abangnya,
Budiman cedera dipukul. Muhammad Taufik cuba membebaskan Nurul Hafsa dengan
mengikut arahan penculik untuk berjumpa di stesen minyak Petronas.
Nurul Hafsa dibebaskan tetapi Muhammad Taufik pula diculik. Nurul Hafsa cuba
menyelamatkan Muhammad Taufik dengan membuat laporan polis di IPD Kuala Selangor.
Balai Polis Bestari Jaya menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat aktiviti
bukan perladangan dan pihak polis membentuk Pasukan Gerak Khas. Pasukan ini menyerbu
dan berjaya menembak tiga lelaki dan beberapa orang lelaki keluar menyerah diri. Muhammad
Taufik diselamatkan oleh Ketua Inspektor Lim.
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas dengan menyatakan rasa
syukur beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau dan musuh
perniagaannya, Dato’ Johann Arlington pula bakal dihadapkan kemuka pengadilan. Dalam
majlis tersebut, Muhammad Taufik meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Muhammad
Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke kediaman orang
tua Nurul Hafsa.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL BIMASAKTI MENARI
BAB 1: JANJI SRIKANDI
Dalam bab Janji Srikandi, penulis bercerita tentang Nurul Hafsa yang melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan
pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari Sekolah Rendah
Kichihimahigashi, Hiroshima hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj
Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa
telah menghadapi masalah di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut yang
sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa yang pada mulanya runsing dengan
situasi tersebut akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut
dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebut. Dia
dengan berani telah mengakui kekurangan yang berlaku pada malam tersebut berpunca
daripada kesan negatif akibat pembangunan pesat yang berlaku di Kuala Selangor. Pada malam
tersebut, Nurul Hafsa telah menanam azam dalam jiwa seterusnya berjanji kepada para
pengunjung bahawa dia akan memulihkan keadaan yang berlaku dengan sedaya upayanya.
Pada mulanya, Puan Wickham mempersoalkan kemampuan manusia untuk menggerakkan
bintang kembali ke kawasan pencerapan. Namun, Nurul Hafsa dengan hujah bijaknya
menyatakan bahawa bintang-bintang sememangnya sedia ada di langit, hanya mata manusia
sahaja yang tidak dapat melihat. Sedikit cahaya akan membuka deria manusia, manakala
banyak cahaya pula akan menutup deria kita. Dia memaklumkan bahawa tuhan menciptakan
deria manusia dengan penuh keterhadan agar kita tidak leka dengan sesuatu yang tidak dapat
dilihat oleh deria.
BAB 2: WICHAM
Dalam bab ini, penulis mendedahkan bahawa Puan Wickham yang hadir sebagai pengiring
kumpulan pelajar dari Hiroshima, Jepun merupakan ibu kepada salah seorang Pegawai Cerap
Sultan Salahuddin yang bernama Muhammad Taufik. Muhammad Taufik berasa kesal dengan
janji yang dibuat oleh Nurul Hafsa terhadap pengunjung tersebut kerana dia benar-benar kenal
dengan ibunya, Puan Wickham yang akan datang lagi bersama kumpulan pengunjung tersebut
untuk menuntut janji yang dilafazkan oleh Nurul Hafsa. Walaupun Puan Wickham dan
anaknya, Muhammad taufik tinggal berjauhan namun kekerapan mereka berkomunikasi
melalui rangkaian sosial menyebabkan mereka tidak kekok untuk berbual setiap kali bersua
muka. Mereka mempunyai minat dalam bidang yang sama. Pada malam tersebut Muhammad
Taufik menjemput ibunya untuk bermalam di rumah prototaip Ikhtiar TeknoAlam yang
diusahakan olehnya. Hal ini bagi membolehkan Puan Wickham memberikan pendapat beliau
tentang projek pembinaan rumah mesra alam komersial yang sedang diusahakan oleh anaknya,
Muhamad Taufik. Muhammad Taufik bersyukur atas kepulangan ibunya walaupun dia tahu
apabila subuh menjelang, ibunya akan pergi kembali meneruskan tugas beliau.
BAB 3: SUNGAI RAHSIA
Nurul Hafsa memutuskan untuk melakukan kajian terlebih dahulu tentang kebenaran kata-kata
kumpulan pengunjung dari Hiroshima yang kecewa kerana tidak dapat melihat kelip-kelip di
Kuala Selangor sebelum dia bertanyakan hal tersebut kepada abangnya, Budiman. Nurul Hafsa
telah pergi ke tempat orang melihat kelip-kelip dengan menaiki kereta yang dipandu oleh
ayahnya, Haji Yassir. Sesampai di sana, Haji Yassir tidak berminat untuk bersama-sama Nurul
Hafsa menaiki bot untuk melihat kelip-kelip. Hal ini disebabkan seumur hidupnya Haji Yassir
tinggal di Kampung Kuantan dan tidak pernah ke mana-mana selain ke Tanah Suci Mekah.
Dalam imaginasi Nurul Hafsa, dia nampak kelip-kelip terbang dalam satu gerombolan dengan
jumlah berjuta-juta ekor dan melakukan kerlipan secara serentak. Malangnya, pemandangan
hebat tersebut hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, menunggu kehadiran serangga
tersebut bagaikan mereka menunggu kehadiran tetamu yang sangat pemalu. Akhirnya, Nurul
Hafsa menerima kanyataan bahawa perkara inilah yang dialami oleh kumpulan pengunjung
dari Jepun yang terbang beribu-ribu batu jauhnya tetapi hanya dapat menyaksikan kelip-kelip
yang cahayanya separuh mati kerana bilangannya yang sedikit. Nurul Hafsa turut mengajak
pengemudi bot yang dinaikinya untuk melalui suatu kawasan cabang sungai milik persendirian
yang dikatakan menjadi tempat kumpulan kelip-kelip berkelip serentak seperti lampu-lampu
hiasan. Namun demikian, dia begitu kecewa kerana kawasan persendirian tersebut tidak dapat
dilalui oleh mereka. Sepanjang perjalanan pulang, Nurul hafsa melayan perasaan sambil
memikirkan sudut hujahan yang bakal dibentangkan dalam satu persidangan kemuncak fantasi.
Kuala Selangor yang berubah menjadi bandar pelancongan telah dicemari oleh pencemaran
cahaya dengan senyap.
BAB 4: BUDIMAN
Budiman kembali ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis hibrid seperti yang diimpikan
oleh Nurul Hafsa. Budiman dan adiknya makan tengah hari bersama ayah mereka, Haji Yassir.
Seusai solat Zohor berjemaah, Budiman bertanyakan khabar Nurul Hafsah tentang hari pertama
dia bekerja di balai cerap. Setelah mendapat jawapan yang mengecewakan daripada adiknya,
Budiman yang merupakan seorang guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaaan Tanjung
Keramat sejak tiga tahun yang lalu membaca laporan menggunakan Skala Langit Gelap Bortle
yang ditaip adiknya, Nurul Hafsah. Skala ini dicipta oleh John E Bortle untuk membantu
peminat-peminat kaji falak amatur membandingkan tahap kegelapan langit di sesuatu tempat
pencerapan dengan tempat pencerapan lain. Berdasarkan skala ini, Kuala Selangor yang pernah
diklasifikasikan sebagai kelas 1 sebelum ini, kini berada di kelas 8, iaitu langit terbias dengan
warna putih atau oren disebabkan cahaya lampu. Nurul Hafsah mengeluh apabila Kuala
Selangor yang baru empat tahun ditinggalkannya telah berubah. Budiman mengakui penduduk
Kuala Selangor belum menyedari bahawa pembangunan dan kemudahan yang dinikmati jika
tidak dirancang dengan teliti akan membawa kesan buruk terhadap alam sekitar. Nurul Hafsa
terkejut namun gembira apabila menyedari bahawa Budiman turut menyokong usahanya untuk
menyelamatkan Kuala Selangor daripada terus tercemar akibat pembangunan yang tidak
terancang.
BAB 5: JIWA AYAHANDA
Tan Sri Muhaimin mengambil tempat pemandunya yang keletihan menunggu kepulangan
beliau di lapangan terbang dan memandu laju ke sebuah kawasan kampung tempat projek
rumah Ikhtiar TeknoAlam yang didiami anaknya Muhammad Taufik. Sepanjang
pemanduannya, beliau mengimbas kembali kenangan perpisahan antara beliau dengan
isterinya Maryam Wickham Abdullah kerana Muhammad Taufik telah menghantar pesanan
ringkas tentang kehadiran bekas isterinya untuk bermalam di situ. Beliau berasa puas dapat
membuktikan kepada bekas isterinya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk anak
mereka. Sesampai beliau di rumah Muhamamad Taufik, air muka beliau berubah apabila
dimaklumkan anaknya bahawa Puan Maryam telah pulang. Beliau tetap bertanyakan khabar
Puan Maryam kepada anaknya ketika mereka bersama dengan pemandunya Sobirin
menghadap hidangan yang dimasak Puan Maryam sebelum bekas isterinya itu pergi. Walaupun
Tan Sri Muhaimin terpaksa melepaskan isterinya kerana perbezaan pendapat dan membawa
haluan masing-masing, namun mereka tidak pernah bermusuh dan zuriat menjadi penyambung
silaturahim mereka berdua.
BAB 6: CITA-CITA
Nurul Hafsa membuat keputusan untuk bercakap dengan Puan Foziah, Pegawai Atasan Pejabat
Majlis Daerah Kuala Selangor berkaitan dengan laporan tentang tahap kecerahan langit Kuala
Selangor yang telah dihantarnya. Namun demikian, Nurul Hafsa hanya dinasihati agar tidak
mengharapkan sebarang tindkan diambil kerana Puan Foziah memaklumkan tiada undang-
undang alam sekitar yang telah dilanggar di Kuala Selangor. Namun demikian, Nurul hafsah
tetap mengingati janjinya terhadap kumpulan pengunjung kanak-kanak dari Jepun yang ingin
melihat bintang di Kuala Selangor dan impiannya yang sejak dulu hingga kini adalah untuk
menjadikan Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Balai Cerap Sultan Salahuddin tempat
tumpuan peminat-peminat langit seluruh dunia melihat bintang. Dalam masa yang sama, Nurul
Hafsah bertanyakan abangnya Budiman sama ada dirinya telah hilang akal dan bimbang
tentang hal yang remeh-temeh. Budiman menasihati Nurul Hasfa agar bertenang dan
beristighfar serta mendengar kata hati. Akhirnya, dia bertekad tidak akan membiarkan masalah
pencemaran di Kuala Selangor daripada terus berlaku. Mereka sedar perkara ini tidak boleh
dilakukan tanpa bantuan orang lain. Budiman bersedia untuk membawa adiknya berjumpa
dengan ‘ lelaki kelip-kelip’. Lelaki tersebut merupakan individu yang memagar sungai kecil di
kawasan orang melihat kelip-kelip dan dialah juga yang menghantar Budiman pulang ke rumah
dengan kereta hibrid. Pada awalnya, Nurul Hafsa tidak senang dengan lelaki tersebut, namun
Budiman menasihati adiknya agar tidak terburu-buru bersangka buruk terhadap orang lain.
Nurul Hafsa bersedia untuk berjumpa lelaki tersebut dengan folio yang dihasilkannya dengan
tajuk Kuala Selangor: Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 7: LELAKI KELIP-KELIP
Nurul Hafsa menyiapkan dirinya untuk bertemu lelaki kelip-kelip dengan berhati-hati. Dia
beranggapan bahawa dia akan bertemu dengan seorang lelaki berpangkat bapa dan berpengaruh
seperti yang dikatakan oleh abangnya, Budiman. Setelah mereka berdua sampai di kawasan
rumah lelaki kelip-kelip, Nurul Hafsa ternampak seorang lelaki muda sedang membuat kerja-
kerja pertukangan yang melibatkan pembinaan sebuah peralatan pertanian kecil-kecilan.
Apabila Nurul Hafsa melihat wajah lelaki tersebut, mindanya cuba mengingati kembali wajah-
wajah yang pernah dia lihat sepanjang usianya. Akhirnya, Nurul Hafsa mengecam wajah lelaki
tersebut. Budiman memanggil lelaki tersebut dengan nama Muhammad Taufik dan
bertanyakan beliau sama ada masih mengingati adiknya, Nurul Hafsa. Rupa-rupanya
Muhammad Taufik merupakan rakan sekolah abangnya ketika bersekolah di Tanjung Keramat.
Budiman memaklumkan bahawa selepas tahun 6, dia belajar di Otago. Dalam masa yang sama,
Nurul Hafsa menyindir perbuatan Muhammad Taufik yang memagar sebahagian daripada
sungai Selangor. Muhammad Taufik menjelaskan bahawa dia yang meminta ayahnya
membelikan tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan, terus ke kampung
Api-api yang berkeluasan 50 hektar. Semua ini dilakukannya apabila dia mendapati populasi
kelip-kelip di Kampung Kuantan semakin berkurangan akibat kehadiran pelancong yang ramai
dengan bunyi enjin motor bot, cahaya lampu di jeti, pencemaran air sungai, pemusnahan
kawasan paya bakau, cahaya dari kawasan petempatan manusia dan cahaya rodaferris yang
semuanya membawa ancaman kepada populasi kelip-kelip. Dia memagar anak sungai tersebut
dengan harapan kelip-kelip mempunyai tempat untk bersembunyi dan akan meruntuhkan pagar
itu apabila populasi kelip-kelip sudah pulih kembali. Nurul Hafsa yang mendengar penjelasan
tersebut memohon maaf daripada En. Taufik kerana telah tersalah anggap terhadap pemuda
tersebut.
BAB 8: BEBAS GRID
Budiman mencadangkan Muhammad Taufik menunjukkan projek yang sedang
dilaksanakannya kepada Nurul Hafsa. Muhammad Taufik bersetuju lalu mengajak Budiman
dan adiknya meneliti rumah tradisional Melayu yang mempunyai ciri-ciri berteknologi tinggi
yang dibinanya. Setelah mendengar penjelasan Muhammad Taufik tentang sistem rumah
tersebut, lalu Nurul Hafsa membuat kesimpulan bahawa Muhammad Taufik mencipta satu
model tempat tinggal di luar grid. Muhammad Taufik mengakui bahawa dia hendak mendirikan
rumah di atas tanah satu per lapan ekar untuk sebuah keluarga, yang dapat mengurangkan
kebergantungan penduduk terhadap grid utiliti yang sedia ada. Hasratnya adalah untuk
menyampaikan mesej dan menanamkan kesedaran bahawa apabila manusia kembali
bergantung kepada alam semula jadi secara terus, manusia akan menyedari betapa pentingnya
alam sekitar. Hal ini disokong oleh Nurul Hafsa. Sepanjang pertemuan tersebut, Nurul Hafsa
sering bersetuju dengan pendapat Muhammad Taufik menyebabkan abangnya, Budiman
tersenyum melihat gelagat dua pencinta alam etrsebut. Namun begitu, dia sedar bahawa
adiknya Nurul Hafsa dan sahabatnya Muhammad Taufik emmpunyai misi penting yang tidak
boleh dilalaikan dengan emosi. Akhirnya, Muhammad Taufik mengingatkan Nurul Hafsa
tentang tujuan asal mereka bertemu Muhammad Taufik menolongnya membawa kembali
kegelapan ke Kuala Selangor.
BAB 9: ZURIAT
Bab ini menceritakan Muhammad Taufik meminta pertolongan ayahnya Tan Sri Muhaimin
untuk menyokong rancangannya untuk menjadikan Kuala Selangor satu kawasan simpan langit
gelap secara industri untuk tujuan kaji bintang amatur dan profisional dan untuk menghalang
kepupusan kelip-kelip. Pertemuan Tan Sri Muhaimin dengan rakan lamanya Tan Sri Yahya
telah membuka ruang kepada mereka untuk berbicara tentang zuriat masing-masing. Pada akhir
perbualan, Tan Sri Muhaimin bertahmit apabila menyedari bahawa usaha-usaha anaknya
selama ini merupakan gabungan ciri-ciri terbaik dua orang manusia bernama Muhaimin dan
Maryam.
BAB 10: SIDANG SEJUTA KELIP-KELIP
MuhamMad Taufik tersinggung jika sering dikaitkan dengan kedudukan dan kemewahan
ayahnya. Muhammad Taufik ketawa mengenangkan peristiwa dia selalu didampingi oleh
perempuan-perempuan yang ingin mengambil kesempatan atas kemewahannya. Namun
begitu, mereka akan meninggalkannya setelah mengenali Muhamad Taufik yang sebenarnya.
Kini, dia berhadapan dengan seorang gadis yang terang-terangan tertarik oleh keistimewaan-
keistimewaan yang ada pada dirinya. Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa bertemu di dalam
bilik tutorial di Perpustakaan Awam Sultan Syarafuddin, Kuala Selangor untuk berbincang
tentang pembentangan tentang projek Kuala Selangor. Di situ mereka berbalas-balas hujah bagi
memantapkan pembentangan yang akan dilaksanakan nanti. Budiman menemankan mereka
berdua tetapi tidak mengganggu perbincangan mereka. Muhammad Taufik kagun akan
kesetiaan Budiman sebagai saudara tua yang hadir untuk menjaga tatatertib perhubungan antara
lelaki dan wanita yang bukan mahram. Nurul Hafsa mengemukakan rasional pelaksanaan
projek tersebut, iaitu untuk mengembalikan populasi kelip-kelip ke Kuala Selangor sebelum
pupus sepenuhnya dan mengembalikan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian
falak yang terkenal di peringkat antarabangsa. Selesai perbincangan, Muhammad Taufik
mempelawa mereka berdua ke rumahnya malam tersebut untuk menebus kekecewaan Nurul
Hafsa yang tidak dapat melihat kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan tempoh hari.
BAB 11: LEWAT SATU MELINIUM
Muhammad Taufik memilih untuk menggerakkan sampan menggunakan pendayung,
bukannnya dengan menggunakan enjin motobot elektrik untuk membawa Nurul Hafsa dan
Budiman ke kawasan kelip-kelip. Mereka berhenti setelah sepuluh minit mendayung.
Berdasarkan pandangan Nurul Hafsa, keadaan gelap di situ adalah pada skala dua. Sambil
menantikan kelip-kelip yang mula hadir, Muhammad Taufik menerangkan kepada dua beradik
itu tentang jenis kelip-kelip atau dalam bahasa saintifiknya pteroptyx tener. Kemudian
bilangan kelip-kelip menjadi semakin banyak lalu menjadi satu gerombolan kelip-kelip yang
berkerlipan secara serentak bagaikan lingkaran Bimasakti. Pada malam itu Nurul Hafsa terkejut
apabila dimaklumkan Muhammad Taufik bahawa Puan Wickham ialah ibunya. Nurul Hafsa
bersetuju dengan permintaan Muhammad Taufik bahawa dia akan meneruskan pencerapan
data populasi kelip-kelip andai sesuatu terjadi kepada Muhammad Taufik.
BAB 12: STRATEGI
Muhammad Taufik akan mengambil masa seminggu untuk meminta bapanya menggunakan
pengaruh beliau agar dia dan Nurul Hafsa dapat bertemu dengan pegawai daerah dan panel
penasihatnya. Di hadapan dua insan penting tersebut, Nurul Hafsa memulakan pembentangan
dengan membaca surah al-A,raaf, ayat 56. Setelah dia dan Muhammad Taufik selesai membuat
pembentangan dan menjelaskan segala kekeliruan Dato’ Haji Mustofa , pegawai daerah Kuala
Selangor, mereka meminta Beliaumeneliti cadangan mereka untuk mewartakan Kuala
Selangor sebagai kawasan simpan langit gelap yang pertama di negara ini.
BAB 13: DENDAM KEMBALI MEKAR
Dalam bab ini, Dato’ Haji Mustafa telah mengunjungi individu bernama Johann Arlington-
Majid. Beliau memaklumkan minat mendalam menteri besar terhadap idea projek Kawasan
Simpan Langit Gelap. Johann marah dengan berita tersebut kerana hal itu bermakna dia tidak
dapat meneruskan penguasaan tender membekalkan lampu-lampu daripada syarikat miliknya.
Johann merupakan ahli perniagaan yang hanya mementingkan kekayaan. Dia merupakan
musuh lama Tan Sri Muhaimin apabila Marion Wickham wanita yang dicintainya memilih Tan
Sri Muhaimin sebagai suami. Dato’ Mustafa memaklumkan bahawa Muhammad Taufik akan
membuat pembentangan terbuka tentang projek tersebut di hadapan menteri besar, ahli
akademik, ahli perniagaan dan orang awam di bangunan SUK Shah Alam. Beliau meminta
Johann untuk belajar dan memberikan tempoh selama seminggu untuk berfikir bagi
mendapatkan tender projek tersebut jika mahu. Namun Johann tetap berkeras dengan
pendiriannya, dan rasa tamaknya.
BAB 14: GELAP DALAM TERANG
Johan Arlington-Majid tetap hadir dalam sesi pembentangan terbuka projek yang diusahakan
Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Namun kehadirannya bukan untuk memberi sokongan
malah untuk mengganggu dan membuat kecoh pada hari itu. Nurul Hafsa dengan ditemani
Muhammad Haimin disisinya telah membentangkan projek tersebut kepada yang hadir. Segala
sanggahan daripada Johann telah berjaya dibidas dan Menteri Besar sentiasa menyokong
pandangan dan hujahannya. Pembentangan pada hari tersebut banyak berkisar tentang jenis
penggunaan lampu dan pencahayaan yang sesuai. Menteri Besar turut menegur sikap buruk
Johann dalam majlis tersebut. Pada akhir pembentangan Menteri Besar mengumumkan bahawa
pihak kerajaan negeri akan mengiklankan tender dalam masa terdekat. Johann yang sentiasa
bergelumang dengan dendam kesumat dalam diam mengatur rancangan untuk mengupah tiga
orang tonto bagi menyiasat pergeragan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik dan memastikan
mereka tidak dapat melaksanakan projek tersebut.
BAB 15: KHIANAT
Nurul Hafsa memerhatikan lampu-lampu jalan yang terdapat di lorong menuju ke rumahnya
sambil memandu. Walaupun lorong tersebut sepi tetapi dia tidak pernah berasa terancam.
Lorong ke rumahnya memang tiada berorang melainkan dua tiga hari kebelakangan terdapat
tiga orang lelaki memotong rumput di tepi-tepi jalan. Namun demikian, dia hairan walaupun
tiga orang pemotong rumput bekerja tetapi lalang masih meninggi. Ketika dia menghentikan
kenderaannya di sisi motosikal Budiman, dia menerima berita Taufik ditimpa kemalangan.
Mereka terus pergi mencari Taufik dan bertemu dengannya dalam rimbunan lalang dengan
bajunya dibasahi darah di bahagian rusuk. Nurul Hafsa segera menelefon ambulans dan Taufik
dibawa ke Hospital Besar Tanjung Karang. Menerut siasatan awal, polis memberitahu
walaupun penyerang mengambil barang-barang berharga milik Taufik, namun mereka
meninggalkan telefon bimbitnya sebagai suatu mesej peribadi penjenayah kepada mangsa.
Pihak hospital memaklumkan bahawa Muhammad Taufik berada dalam keadaan stabil.
BAB 16: DUA KELIP-KELIP TERAKHIR DI DUNIA
Nurul Hafsa bersama dengan ayah dan abangnya menuju ke hospital untuk melawat
Muhammad Taufik. Setibanya mereka di sana, Nurul Hafsa melihat ibu dan bapa Muhammad
Taufik sedang berbual dan sedikit bertelagah tentang kejadian yang menimpa anak mereka.
Nurul Hafsa meminta izain untuk berbual dengan mereka berdua dan menceritakan keazaman
Muhammad Taufik. Selepas itu mereka solat subuh berjemaah di surau hospital. Kemudian,
mereka mendapat khabar tentang keadaan Muhammad Taufik yang semakin baik walaupun
belum sedar. Nurul Hafsa melawat Muhammad Taufik dua hari kemudian sambal ditemani
abangnya, Budiman. Dia memohon maaf kepada rakan seperjuangannya itu atas segala yang
terjadi. Dia bersedia jika Muhammad Taufik ingin mengundurkan diri. Namun begitu,
temannya itu masih berkobar-kobar untuk meneruskan perjuang mereka bersama. Dalam
pertemuan tersebut, Muhammad Taufik sempat bertanyakan Nurul Hafsa tentang sebab dia
tidak memakai selendang hitam bermanik Kristal.
BAB 17: JALAN YANG DITINGGALKAN
Tan Sri Muhaimin memberitahu Muhammad Taufik ketika beliau dan bekas isterinya berada
di hospital bersama Muhammad Taufik bahawa Ketua Inspektor Lim menasihati beliau agar
memberitahu pihak media bahawa kejadian yang menimpa anaknya merupakan kejadian
jenayah biasa bagi memudahkan pihak polis menjalankan siasatan. Namun begitu, Muhammad
Taufik tidak bersetuju dan meminta ayahnya memberitahu perkara sebenar bahawa serangan
tersebut bermotifkan khianat kerana dia yakin motif serangan tersebut adalah untuk
membuktikan kegelapan sebagai punca jenayah seterusnya menghalang projek kawasan
Simpanan Langit Gelap akan dihentikan. Setelah Menteri Besar berbincang dengan Tan Sri
Muhaimin melalui perbualan telefon, keesokan harinya akhbar mengeluarkan berita bahawa
Kuala Selangor Akan Diwartakan Sebagai Kawasan Simpan Langit Gelap.
BAB 18: KERASUKAN
Sejak Muhammad Taufik dimasukkan ke hospital, sudah hampir seminggu kerja mencerap
populasi kelip-kelip terhenti. Sebagai menunaikan janji mereka terhadap Muhammad Taufik,
Nurul Hafsa dan Budiman meneruskan kerja tersebut dengan menggunakan peralatan
pencerapan yang telah disampaikan oleh Tan Sri Muhaimin kepada mereka berdua. Ketika
meranduk semak samun untuk balik ke kereta mereka selepas melakukan aktiviti pencerapan,
tiba-tiba Nurul Hafsa terdengar suatu bunyi dan ternampak Budiman tergelimpang di tanah.
Sepantas kilat, dia dicapai oleh tangan-tangan ganas. Dia ternampak susuk tiga orang lelaki
sebelum mulutnya dibalut dengan pita pelekat bersaiz lebar dan kepalnya disarung dengan kain
gelap.
BAB 19: SELENDANG HITAM MANIK KRISTAL
Muhammad Taufik bersiap-siap untuk keluar dari Hospital dan mengikut ibunya pulang ke
Otago apabila dia kejutkan dengan jambangan bunga berbalut selendang hitam bermanik
kristal. Dia menjumpai sekeping nota dalam jambangan tersebut yang memintanya berada di
stesen petronas pada jam 8.30 pagi hari tersebut. Hatinya bertambah bibang apabila melihat
kerongsang yang yakininya milik Nurul Hafsa. Muhammad Taufik meminta Tan Sri Muhaimin
menghentikan kereta di stesen petronas ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang dengan
alasan ingin ke tandas. Tanpa disedari kedua-dua orang tuanya, dia pergi ke tempat van putih
seperti yang tercatat dalam nota yang diterimanya. Ketika itu, dia diarahkan masuk ke dalam
van tersebut sebelum disarung sebelumnya tangannya diikat dan dimasukkan ke dalam but
kereta. Kepanya disarung dengan kain hitam sepanjang perjalanan. Muhammad Taufik dibawa
ke lokasi yang sama dengan tempat Nurul Hafsa ditahan. Menyedari situasi tersebut, dia cuba
menenagkan Nurul Hafsa walaupun tidak dapat melihat apa-apa sebelum dia dipukul di
rusuknya sehingga tidak sedarkan diri.
BAB 20: NYAWA UNTUK NYAWA
Nurul Hafsa telah dibebaskan oleh penculik. Dia bimbang dengan keadaan Muhammad Taufik
yang belum dibebaskan. Dalam keadaan tersebut, Nurul Hafsa berasa bertuah kerana tidak
dicederakan. Dia pasti bahawa perancang jenayah ini sebenarnya ingin mencapai sesuatu yang
boleh diukur dengan wang. Jika rancangan tersebut gagal sekalipun, mereka masih boleh
melepaskan diri daripada tuduhan mencederakan, merogol atau membunuh mangsa. Dengan
bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri, dia telah
membuat laporan polis. Haji Yassir dan Budiman bersyukur keran Nurul Hafsa selamat. Haji
Yassir menenangkan Tan Sri Muhaimin dengan meminta beliau bersabar, berdoa dan
menyerahkan segalnya kapada Allah. Kehilangan Muhammad Taufik disiarkan dalam berita
setiap jam di semua stesen televisyen tempatan.
BAB 21: LEGASI BAJU BIRU
Bab ini menceritakan kronologi penculikan Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik. Dengan
bantuan CCTV, pihak polis cuba mengecam van putih yang digunakan oleh penculik tersebut.
Malangnya, nombor pendaftaran kenderaan tersebut sukar dikesan kerana kabur. Tan Sri
Muhaimin telah memaklumkan kepada Ketua Inspektor Lim tentang pesanan ringkas yang
dihantar ke telefon bimbitnya yang memintanya menarik balik sebut harga Dedaun Emas jika
tidak mahu menerima padah. Berita tengah hari yang membawa khabar tentang penculikan
sensasi etrsebut secara besar-besaran telah membuahkan hasil. Seorang penduduk tempatan
telah membuat aduan tentang aktiviti bukan perladangan di sebuah ladang kelapa sawit yang
terletak jauh di pedalaman Bestari Jaya. Pasukan Gerak Khas telah diarahkan ke lokasi tersebut
untuk mengadakan serbuan dan tangkapan. Selepas berbalas tembakan, Muhammad taufik
berjaya diselamatkan.
BAB 22: CINTA PEJUANG
Nurul Hafsa, Haji Yassir dan Budiman berada di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Kuala Selangor
untuk menghadiri kenduri kesyukuran bagi meraikan pernikahan kali kedua Tan Sri Muhaimin
dan bekas isterinya. Tan Sri Muhaimin menyampaikan ucapan ringkas menyatakan rasa syukur
beliau ke hadrat Ilahi dengan kembalinya anak dan isteri ke pangkuan beliau. Musuh
perniagaannya pula bakan menghadapi pengadilan. Dalam majlis tersebut, Muhammad Taufik
meluahkan isi hatinya terhadap Nurul Hafsa. Dia telah mengembalikan selendang hitam manik
kristal yang disimpannya semenjak hari pertama dia mengetahui Nurul Hafsa diculik.
Muhammad Taufik menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan lamaran ke
kediaman orang tau Nurul Hafsa. Dalam keadaan malu dan meminta diri untuk membantu
mengemaskan kenduri yang baru selesai, dia menerima pesanan ringkas daripada Muhammad
Taufik bertulis kita ialah dua kelip-kelip terakhir di dunia.
KEKUATAN NOVEL
Kekuatan yang pertama, penulis mesti telah membuat banyak rujukan untuk
menghasilkan novel ini. Saya berkata demikian, atas sebab dengan membaca novel ini,
pembaca boleh mempelajari banyak perkara baharu seperti kelip-kelip dan info-info
menarik yang lain. Seterusnya, novel ini merupakan novel yang paling memberi kesedaran
kepada pembaca berbanding novel-novel KOMSAS yang lain. Hal ini kerana penulis
mengetengahkan isu pencemaran cahaya. Tidak lupa juga penulis mengambil berat tentang
nilai cinta akan alam sekitar. Jika hendak dibandingkan dengan novel-novel KOMSAS
menengah atas yang lain, novel ini merupakan yang paling menarik kerana jalan cerita yang
tidak menyimpang dan menambah ilmu. Seterusnya, walaupun novel ini pendek dan
ringkas, namun isi kandungan novel ini sangat padat dan berbaloi untuk dibaca. Akhirnya,
penamat untuk novel ini juga memuaskan dan tidak membuat pembaca tertanya-tanya.
KEKURANGAN NOVEL
Terdapat beberapa kelemahan yang saya dapat lihat dalam novel ini. Antaranya, watak
antagonis di novel ini kurang masa kemunculan dalam novel ini berbanding dengan novel
Songket Berbenang Emas yang mana watak antagonis itu sudah muncul di perkembangan
cerita dan kekal sehingga ke akhir cerita.
Selain itu, watak sampingan di novel ini mempunyai banyak konflik yang memeningkan
berbanding dengan novel Songket Berbenang Emas yang mana mempunyai konflik yang
kurang dan lebih memfokuskan kepada kehidupan watak utama.
Di samping itu, kisah cinta antara Nurul Hafsa dan Muhammad Taufik tidak sehebat kisah
cinta antara Dahlia dan juga Azhari kerana Muhammad Taufik menyukai Nurul Hafsa
tanpa pengorbanan
Kemudian, penjelasan tentang bagaimana Tan Sri Muhaimin dan juga Maryam Wickham
boleh bercerai kurang dijelaskan dalam novel ini kerana secara tiba-tiba sahaja mereka
berpisah kerana mempunyai haluan tersendiri lalu mereka bersatu semula dan ia berpunca
dari Johan Arlington-Majid tanpa sebarang penjelasan
Akhir sekali, matlamat watak utama di novel ini masih belum tercapai dan jika kita
bandingkan antara novel ini dengan novel Songket Berbenang Emas di mana watak
utamanya berjaya mencapai matlamatnya
PENAMBAHBAIKAN UNTUK NOVEL
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh diperbaiki oleh penulis supaya novel
ini menjadi lebih menarik dan mantap untuk dibaca. Antara penambahbaika yang perlu
ditambah iaitu penulis patutlah menambahkan pengakhiran novel yang menunjukkan
perkembangan watak sepanjang jalan cerita novel. Seterusnya, penulis perlulah fokus pada plot
utama atas watak utama sepanjang jalan cerita dan tidak merumitkan masalah watak sampingan
dengan watak utama. Selain itu, penulis mestilah memulakan novel bersama dengan watak
utama sepanjang jalan cerita novel. Kemudian, penulis perlu menambah kreativiti terhadap
kulit buku novel tersebut agar ramai pembaca lebih minat untuk membaca novel tersebut dalam
kalangan remaja. Akhir sekali, penulis perlu menambahkan sesuatu jalan cerita yang tidak
disangka untuk pembaca agar menjadikan novel ini seperti luar biasa dan mantap.
PENGENALAN NOVEL SILIR DAKSINA
Lelaki bernama Abdullah bin Kayan begitu misteri dalam hidupnya.Sesungguhnya Haiqal
tidak pernah bertemu, apatah lagi mengenali lelaki itu.Konflik keluarga telah membawa kepada
penceraian, lalu memisahkan Haiqal dengan ayah kandungnya itu.
Sebuah manuskrip lama yang terbengkalai menyingkap rahsia yang sekian lama
terpendam.Haiqal membulatkan tekad walau sedar uminya pasti membantah.Dia perlu ke
kampung halaman arwah ayahnya.Misteri Abdullah bin Kayan perlu dirungkai.
BIOGRAFI PENULIS NOVEL SILIR DAKSINA
Nizar Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di
Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau meneruskan pengajian di
Maktab Perguruan Kinta (MPKI), Jalan Dairy, Ipoh, Perak. Pada tahun 2015, beliau berjaya
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah daripada Open
University of Malaysia.
Nizar Parman mula menulis pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang ditulis oleh Sasterawan Negara dan
penulis tersohor tanah air semasa menuntut di sana.
SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL SILIR DAKSINA
Novel ini mengisahkan tentang seorang remaja bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama
ibu dan ayah tirinya.Suatu hari, Haiqal didatangi sebuah manuskrip lama yang didalmnya
terdapat hasil penulisan ayah kandungnya.
Teruja dengan kandungan nmanuskrip iyu, Haiqal bertekad untuk mencari jejak kehidupan
arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat, Johor. Keputusannya untuk ke
kampung arwahayahnya mendapat tentangan daripada uminya. Umi melarang Haiqal ke Johor
atas sebab-sebab tertentu.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia sehingga berpisah. Umi
membawa Haiqal tinggal bersamanya di Kuala Terengganu. Ayah Haiqal, Abdullah bin Kayan
tinggal kesepian di Johor. Hidupnya kesepian, keseorangan dan dihurung kerinduan terhadap
anaknya.
Haiqal telah membuat keputusan bahawa dia tetap akan pergi walaupun uminya melarang keras
keputusannya itu. Uminya tidak mahu Haiqal mengikuti jalan hidup seperti arwah ayah
kandungnya. Haiqal tidak diberikan sebarang wang perbelanjaan untuk kesana.
Novel Silir Daksina - Komsas Tingkatan 5Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal
disambut mesra oleh penduduk kampung. Hal ini dikatakan demikian kerana ayah kandung
haiqal seorang yang sangat disegani di sana. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui
mengenai arwah ayahnya melalui peceritaan penduduk-penduduk kampung di situ.
Terdapat sedikit ilmu mengenai tarian zapin di dalam novel ini. Beliau juga seorang yang amat
mecintai sastera. Dari situlah perlahan-lahan Haiqal mengenali ayah kandungnya. Semenjak
ayahnya meninggal dunia , Kampung Seri Purnama kehilangan orang penting untuk
memperkenalkan tarian zapin ini.
Sebelum pulang, Haiqal ingin kumpulan zapin D'Purnama membuat persembahan zapin.
Haiqal dan See Hwa menari bersama-sama. Haiqal sangat terharu kerana umi, walid, dan adik
tirinya turut memberikan sokongan. Dendam uminya terhadap Abdullah bin Kayan telah
melebur apabila dia datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.
SINOPSIS SETIAP BAB NOVEL SILIR DAKSINA
BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA
Haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang setebal 58 muka surat.
Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang
pernah disebut uminya. Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di sekolah tadika. Uminya
membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang
ayahnya. Uminya memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.
BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN
Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di pantai Batu Buruk. Kawan
sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya
membantu ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal meneruskan
pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan STPM. Mereka berkawan baik. Haikal
memberitahu Ratna bahawa dia sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-
siar di pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya.. Ratna tiba-tiba ingin
tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal. Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya
umi tetapi dibatalkan khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya
juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal menerimanya daripada Ong Swee
Hwa beralamat Kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor.
BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA
Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang cuba mengikut rentak tari
penari-penari yang sedang berlatih. Aku menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan
menyertai kumpulan tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan
perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa Melayu. Aku sebenarnya
teringat akan anaknya Aiman yang jauh terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang
seusiadengan Ai Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan pelajar-
pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi atau cerpen, ataupun berbual-bual
dengan Tauke Lim. Tauke Lim tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah
menoreh dan menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu Tauke Lim
datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal menyewa di bandar setelah berhijrah
dari kampung halamannya kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin bekerja. Waktu pagi dia
menoreh getah sementara petang digunakan untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk
dijual di bandar. Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku dan
membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim rumahnya diubah suai
menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18 tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak
sulung Tauke Lim, Kok Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil peperiksaan SPM. Tauke Lim
hidup cara orang Melayu. Ayah aku menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya
sendiri.Ayahnya sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim muncul dan meminta
tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling ke sekolah kerana keretanya tidak dapat
dihidupkan kerana kehabisan bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil
bas sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah Kebangsaan Seri
Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah aliran Melayu dan Cina tidak penting.
Yang penting anak-nanaknya belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah
dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri tentang pelawaan aku.
Aku kembali terbayang- bayang Aiman di dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik
guru. Hanya aku dan Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah memberitahunya tentang
Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari
subjek Pendidikan Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai Ling.
Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai Ling ketika Ai Ling rapat dengan
arwah ayahnya. Aku tidak mahu tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak
selesa.
BAB 4: DESAKAN HATI
Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya , Abullah Kayan. Haikal
bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-
lonjak untuk ke kampung Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan halangan paling besaar iaitu
uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali
dia meninggikan suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-benar
buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui Ratna di gerai Ratna.. Haikal
memberitahu Ratna dia sudah selesai membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang
dikarang ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna kebingungan apabila
Aksara yang digambarkan oleh ayahnya dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna
Aksara yang menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa ayahnya.
Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang diri. Haikal memberitahu Ratna,
berdasarkan manuskrip itu , ayahnya seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis yang menjadi johan
peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan
kejayaannya. Sebaliknya uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia sastera ayannya. Benar-
benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan
perasaannya tentang ayahnya.
BAB 5: RINDU
Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang memori yang dia ada bersama-
sama ayahnya. Hanya manuskrip itu yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama
ada Ai Ling dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal tentang Seri
Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin.
Haikal terasa rugi tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang dunia
perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian uminya mahu Haikal mewarisi
perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi.
Manuskrip ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya. Haikal mahu
melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini. Haikal terkenang kembali tentang
kekecewaannya untuk menatap wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak
membenarkan dia menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang menduduki
peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih sayang walid ayah tirinya. Namun
Haikal amat merindui kasih sayang ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca
perpisahan umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika bertanya hal itu
kepada umi.
BAB 6: SATU KETETAPAN
Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong
keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan
ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun
pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak
membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman
ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.
BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan
ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa
tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan
ibunya.
BAB 8: TIBA DI KAMPUNG
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri
Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung
kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya.
Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke
Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman
rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang
gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan
kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.
BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk
memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur
ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.
BAB 11: SUASANA BAHARU
Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu.
Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya
kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan
tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai
pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong
tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak
mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah
memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya
Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut.
Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-
sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya
untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.
BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA
Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai
raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan
terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan
mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak
percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan
arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik
dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-
gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari
zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan
zapin Seri Purnama.
BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri
Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal
juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.
BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama
dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.
BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama
masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.
BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi
Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama
dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama
ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda
yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
KEKUATAN NOVEL