The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by suriati.mohamad76, 2022-06-12 21:07:45

Assessment bm - Emel Tingkatan 4

Tugasan Emel BM alif khuarizmi

Daripada : [email protected]
Kepada : [email protected]
Pemohonan Program Bantuan Kemanusiaan mangsa banjir di Felda Kesidang Jengka
8,Pahang

Assalamualaikum Puan Norakma.
Berhubung dengan perkara di atas, saya Alif Khuarizmi Bin Mohd Yusof dari Maktab
Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau, selaku Setiausaha Kelab Kebajikan MRSM
Balik Pulau ingin memohon bantuan bagi melaksanakan Program Bantuan Kemanusiaan
mangsa banjir di Felda Kesidang Jengka 8,Pahang.
Program ini bertujuan untuk mengurangkan beban mangsa mangsa yang terlibat dengan
banjir di Pahang. Namun, kami masih kekurangan dana yang diperlukan bagi memberikan
sumbangan. Justeru, kami ingin meminta sumbangan dari pihak tuan untuk membantu kami
memberikan keperluan yang mencukupi kepada mereka. Dengan melakukan program ini,
sifat prihatin dapat disematkan dalam diri pelajar dan juga dapat memberikan peluang kepada
pelajar bagi berkomunikasi dengan orang luar. Sebagai contoh, pelajar dapat mempelajari
kesusahan yang dialami orang lain. Pada masa yang sama, kita juga dapat mendidk pelajar
supaya mempunyai sifat bersyukur dalam diri supaya tidak merungut dengan apa yang
mereka punyai. Kesannya, program ini dapat memuaskan hati semua pihak.

Saya berharap agar pihak puan dapat mempertimbangkan sewajarnya berkenaan dengan
permohonan saya untuk melaksanakan program ini. Balasan e-mel dari pihak tuan amat saya
nantikan. Terima kasih kerana telah sudi membaca e-mel saya yang tidak seberapa sempurna
ini daripada permulaan sehingga ke penghujungnya.

Yang Benar,
Alif khuarizmi


Click to View FlipBook Version