SEK.KEB.PAYANG,LAHAD DATU
MODUL KEINDAHAN SENI
PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN ENAM
EDISI PdPR
Isi Kandungan
Pra kata
Panduan Ibu bapa
Abstrak
Objektif Modul
Sasaram
Tempoh Pelaksanaan
PdPT Minggu ke 12 dan 13
PdPR Minggu ke 14 dan 15
PdPR Minggu ke 16 dan 17
PdPR Minggu ke 18 dan 19
Rujukan
PRAKATA
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah wa syukrulillah atas izin Tuhan yang maha pengasih serta maha
Penyayang saya telah diberikan keizinan dan kurniaan waktu untuk menyelesaikan
tugasan ini.
Terlebih dahulu jutaan terima kasih saya ucapkan atas jasa baik Guru Besar
Sek-Keb.Payang ,Pn.Hajah Saabi Binti Hasin yang sentiasa memberikan dorongan dan
tunjuk-ajar serta bimbingan hingga selesainya Modul Pendidikan Seni Tahun 6 ini.
Bahkan beliau sentiasa menggalakkan agar tetap Istiqomah menjalankan PdPR
walaupun terpaksa berhadapan dengan berbagai halangan lantaran pandemik
Covid 19 yang sedang melanda ketika ini,dengan sentiasa memastikan semua guru
menyampaikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bentuk
salinan cetak mahupun salinan keras serta secara talian atau luar talian.
Semoga segenap usaha beliau dan warga pendidik sekolah ini mendapat
ganjaran yang setimpal di sisi Allah demi memastikan anak-anak diidk terus dididik
dan mendapat ilmu.
Wassalam.
Faridah Ariyani Samsudin
Guru Pen.Seni Tahun 6
PANDUAN IBU BAPA PENJAGA
1. Ibubapa diminta memberikan kerjasama dengan mematuhi SOP pencegahan
Covid-19 semasa mengambil dan menghantar semula bahan.
2. Anda dikehendaki menurunkan tanda tangan semasa mengambil dan
mengembalikan
Bahan.
3. Setiap murid Tahun Enam Bijak dan Tahun Enam Bestari akan mendapat modul
yang disediakan
4. Murid-murid hendaklah menyiapkan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa
yang
telah ditetapkan.
5. Ibubapa digalakkan memberikan bimbingan,tunjuk ajar serta dorongan agar
tugasan yang
diberikan ini dapat disiapkan dengan ayanya.
6. Seandainya terdapat persoalan berkaitan tugasan ini tuan/puan boleh menghubungi
Cikgu Faridah Ariyani di talian 016 2569313 atau terus bertanya dalam group belajar
Di aplikasi whats App.
7. Jutaan Terima kasih saya ucapkan atas keperihatinan dan daya usaha yang
tuan/puan berikan untuk menjayakan program ini.
SILA TULIS NAMA DAN KELAS PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN.
NAMA:_____________________________________________
KELAS: _____________________________________________
MODUL PdPR PEN.SENI VISUAL
GAMBARAN MODUL
Modul PdPR PenSeni Tahun Enam ini mengandungi bahan-bahan pembelajaran murid
untuk sepanjang tempoh PKPB yang menetapkan murid-murid harus kekal di rumah
namun dapat meneruskan aktiviti pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran yang
disusun mengikut keperluan kemahiran yang perlu dikuasai oleh mereka.
Walaupun pelajaran Pen.Seni Visual hanyalah merupakan subjek pilihan
Namun murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran dan isi pelajaran kerana
Ianya mempunyai kaitan dengan kemahiran dan isi pelajaran subjek-subjek teras yang lain.
Dalam modul ini satu rangka aktiviti disediakan dan murid-murid perlu
menyiapkan sesuatu tugasan mengikut jangkaan masa yang ditetapkan.Tempoh masa yang
ditetapkan untuk sesuatu tugasan atau projek adalah selama dua minggu bagi setiap modul
Tempoh masa yang panjang ini bertujuan agar murid-murid dapat menghasilkan hasil
karya Seni yang baik dan bernilai teladan.
Anak-anak juga akan diberikan senarai bahan-bahan yang diperlukan serta mudah
di dapati di persekitaran.Selain itu langkah-langkah menyiapkan kerja turut disedikan
untuk memudahkan murid dan ibubapa saling berkerjasama bagi menghasilkan idea seni
yang kreatif.Hal ini tentu saja akan dapat membantu membina kemahiran dan mendorong
Keupayaan murid dalam bidang yang sangat diperlukan oleh Negara pada masa hadapan.
OBJEKTIF
Antara objektif modul PdPR ini dirancang dan dijalankan adalah untuk mencapai matlamat
Yang berikut:
1. Sebagai bahan untuk rujukan murid meneruskan pembelajaran di rumah sepanjang
tempoh Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) agar murid-murid tidak tercicir
untuk menyelesaikan kemahiran yang belum selesai dijalankan lantaran Covid-19 yang
melanda.
2. Memastikan murid-murid dapat melakukan aktiviti-aktiviti pendidikan seni visual
dengan agak mudah kerana terdapat panduan yang disediakan untuk menjalankan
sesuatu projek.
3. Menggalakkan murid mengisi masa lapang yang terluang dengan kerja-kerja seni yang
sekaligus dapat mengasah dan mendorong minat masing-masing.
4. Murid dapat mengisi masa belajar di rumah dengan aktiviti seni yang lebih santai yang
dapat membantu murid-murid menguruskan masa dengan lebih baik kerana tugasan
yang ditetapkan serta dipantau oleh ibubapa sekaligus akan dapat mengelakkan murid-
murid dari pada terlalu leka bermain permainan online dan seumpamanya.
SASARAN
Modul ini disasarkan kepada semua murid-murid Tahap Dua pada umumnya dan untuk
murid-murid Tahun 6 khususnya yang akan melangkahkan kaki ke sekolah menengah
pada tahun hadapan.
TEMPOH PELAKSANAA
Modul ini dijangkakan akan dijalankan sepanjang tempoh PKPB bermula sehingga
berakhirnya PKPB ia itu sepanjang tempoh 6 minggu iai itu bermula pada 19hb.Oktober
Sehingga 18.Disember,2020.
PdPR
MINGGU
12 & 13
Hari AKTIVITI 1
Tarikh
Tema Minggu 12 dan 13 (19- 30 OKTOBER 2020)
Tajuk
Aktiviti Isnin
Standard 19hb Oktober 2020
kandungan Alam semulajadi atau objek buatan maunusia
Mengenal kraf Tradisional
Satndard Membuat teribai Iban
Pembelajaran 4.1 PERSEPSI ESTETIK
Membuat persepsi dan mengenal pasti Bahasa seni visual yang ada pada
Objektif hasil aktiviti alat pertahanan diri atau alat permainan dengan gabungan
Pembelajaran teknik ukiran dan tekad
Kretia 4.1.1
Kejayaan Murid dapat membuat persepsi, mengenal pasti, memahami, dan
Langkah menyatakan bahasa seni visual yang ada pada alat pertahanan diri atau alat
permainan dengan gabungan teknik ukiran dan tekad
Bahan-bahan Murid dapat menghasilkan alat permainan atau alat pertahanan diri dengan
Media menggunakan teknik ukiran dan corak dengan menggunakan pelbagai media.
NOTA Murid dapat menghasilkan sebuah perisai berunsurkan sebuah Teribai iban
yang dihiasi corak ukiran Sarawak atau tekad.
1. Sediakan media
2. Lakarkan bentuk terabai pada kadbod atau kotak terakai
3. Lakarkan motif ukiran mengikut kreativiti
4. Tebuk motif terabai
5. Lakarkan duan bentuk perisai yang sama saiz pada permukaan putih
6. Guntingkan kedua-dua lakaran
7. Lengkungkan salah satu hasil guntingan untuk membentuk perisai
8. Lakarkan bentuk bingkai perisai pada satu lagi hasil guntingan
9. Potongkan lakaran untuk menghasilkan bingkai perisai
10. Letakkan bingkai pada dasar perisai dan jahitkan teknik tekad
11. Guntingkan bentuk bingkai yang siap ditekad
12. Gamkan kedua dua bahagian
13. Tampalkan motif pada perisai
14. Pasangkan pememgang perisai mengikut kreativiti
15. Kemaskan hasil kerja anda
Kertas warna,gunting,Kotak terpakai,gam,Pensil,pembaris,benang dam jarum
Rujuk buku teks muka surat 60-62
Langkah-langkah membuat Perisai Teribai Iban
PdPR
MINGGU
14 & 15
Hari AKTIVITI 2
Tarikh
Tema Minggu 14 dan 15 (02- 13HHB NOVEMBER 2020)
Tajuk
Aktiviti Isnin
Standard 02HB NOVEMBER 2020
kandungan Alam semulajadi atau objek buatan maunusia
Mengenali kraf tradisional
Satndard Anyaman mengkuang dan membatik
Pembelajaran 4.3 EKSPRESI KREATIF
Objektif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
Pembelajaran penghasilan aktiviti alat domestik atau perhiasan diridengan gabungan teknik
Kretia batik dan anyaman
Kejayaan 4.3.3 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
Langkah 4.3.4 Mengaplikasikan gabungan media, proses dan teknik dalam penghasilan
karya
Bahan-bahan Murid dapat menghasilkan tudung saji dengan menggunakan teknik anyaman
Media dan batik resis
NOTA Murid dapat menghasilkan sebuah tudung saji dengan gabungan anyaman
dan membatik.
1. Sediakan media
2. Lipatkan kertas warna dan lakarkan garisan
3. Guntingksn lukisan mengikut garisan
4. Membina tapak anyaman dan mulakan anyaman
5. Lakarkan dua buah bulatan yang berlainan saiz
6. Lukiskan batik pada bulatan pertama menggunakan lilin atau krayon
7. Gamkan hasil anyaman pada kertas lukisan dan lakarkan bulatan
8. Guntingkan separa dan bentukkan menjadi kon
9. Gamkan anyaman pada kertas kosong
10. Kemaskan hasil gabungan anyaman dan batik
11. Bentukkan menjadi kon
12. Gam sehingga membentuk tudung saji mini
13. Buat kemasan pada nahagian tepi tudung saji
14. Sediakan tali penyangkut
15. Gantungkan pada didnding sebagai hiasan atau sebagai alat mainan
masak-masak
Kertas warna,kertas lukisan,krayon atau lilin,warna air,gam dan gunting
Rujuk buku teks muka surat 63-69
Langkah-langkah membuat sebuah tudung saji teknik anyaman dan
membatik cara resis
PdPR
MINGGU
16 & 17
Hari AKTIVITI 3
Tarikh
Tema Minggu 16 dan 17 (16 - 27HHB NOVEMBER 2020)
Tajuk
Aktiviti Isnin
Standard 16HB NOVEMBER 2020
kandungan Alam semulajadi atau objek buatan maunusia
Satndard Stabail
Pembelajaran Membina dan mereka sebuah stabail
Objektif 3.3 EKSPRESI KREATIF
Pembelajaran Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
Kretia penghasilan stabail dengan gabungan teknik mozek dan boneka
Kejayaan 3.3.3 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
Langkah
Murid dapat menghasilkan hasil karya stabail yang kukuh tapaknya.
Bahan-bahan
Media Murid dapat menghasilkan sebuah stabail daripada pe;bagai bentuk yang
NOTA kukuh pada tapaknya
1. Sediakan media
2. Lakarkan rupa ikan,rerama,pepatung atau lain-lain
3. Guntingkan lakaran
4. Gamkan hasil guntingan
5. Gamkan manik hiasan,batu-batu kecil dll yang sesuai
6. Gamkan labuci untuk bahagian mata
7. Gamkan pencunkil gigi atau benang keras sebagai sesunggut
8. Gabungkan bahagian kepala dan badan
9. Bengkokkan dawai untuk dijadikan tapak stabail
10. Melekatkan tapak stabail
11. Buat ujian keseimbangan
12. Pastikan hasil rekaan berdiri kukuh pada tapak stabail
13. Kemaskan hasil kerja
14. Sediakan kadbod sebagai tapak dasar
15. Dirikan stabail pada tapak hias dengan sempurma
Kertas keras,gam,gunting,dawai,labuci,pencungkil gigi dan lain-lain yang
sesuai
Rujuk buku teks muka surat 53 hingga 56
Langkah-langkah menyiapkan sebuah stabail yang kukuh pada
tapaknya
PdPR
MINGGU
18 & 19
Hari AKTIVITI 4
Tarikh
Tema Minggu 18 dan 19 (30 NOV - 11HB DISEMBER 2020)
Tajuk
Aktiviti Isnin
Standard 30HB NOVEMBER 2020
kandungan Alam semulajadi atau objek buatan maunusia
Satndard Renjisan dan percikan
Pembelajaran Membuat rekaan corak
Objektif 2.1 PERSEPSI ESTETIK
Pembelajaran Membuat persepsi dan mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada hasil
Kretia aktiviti renjisan dan percikan dengan gabungan teknik stensilan dan capan
Kejayaan Murid dapat membuat persepsi, mengenal pasti, memahami, dan
Langkah menyatakan bahasa seni visual yang ada pada renjisan dan percikan dengan
gabungan teknik stensilan dan capan.
Bahan-bahan Murid dapat menghasilkan corak hasil renjisan dan percikan dengan
Media gabungan teknik stensilan dan capan.
NOTA Murid dapat menghasilkan sebuah karya seni hasil daripada aktiviti renjisan
dan percikan dengan gabungan hasil teknik stensilan dan capan.
1. Sediakan media
2. Tutup sebahagian kertas lukisan dan percikkan cat air
3. Ulangi dengan teknik renjisan menggunakan cat air
4. Teruskan dengan warna lain selatas dengan idea sendiri
5. Sapukan cat poster pada daun
6. Capkan daun pada hasil corak teknik renjisan dan percikan
7. Lakarkan imej untuk dijadikan stensil
8. Guntingkan lakaran
9. Letakkan stensil pada hasil teknik capan dan sapukan cat poster
dengan span
10. Guntingkan hasil teknik campuran
11. Tampalkan hasil guntingan di atas kad yang berombak
12. Cantumkan kad bod ombak menggunakan tali pada lubang yang
telah ditebuk
13. Kemaskan hasil kerja
Cat air,Kertas lukisan,berus lukisan,palet,stensil,tali,daun,span,berus gigi
Rujuk buku teks muka surat 37 hingga 39
Langkah-langkah menghasilkan karya perckan dan renjisan serta
gabungan stensil dan catan
RUJUKAN
1. Dokumen Standrad Kurikulum Pendidkan Seni Visual Tahun 6
2. Dokumen Penjajaran Kurikulum Pendidkan Seni Visual Tahun 6
3. Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidkan Seni Visual Tahun 6
4. Rancangan Pengajaran Tahunan Penjajaran Pendidkan Seni
Visual Tahun 6
5. Buku Teks Pendidkan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Tahun 6
KPM