The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BP majlis persaraan guru besar SKN 2/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Miss Fatin, 2023-04-16 00:59:05

Buku Program Majlis Persaraan

BP majlis persaraan guru besar SKN 2/2023

ekalung udi MAJLIS S EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG GURU BESAR SK NITAR 2 08 MEI 2023 ISNIN 10:00 AM – 12.30 PM DEWAN TERBUKA NITAR 2 Sempena Persaraan 2018 - 2023 b Kasih Lambaian


Pengenalan Objektif Majlis Persaraan En. Mohd Shaari Embong ini merupakan majlis khusus yang diadakan sempena meraikan persaraan En. Mohd Shaari Embong di sekolah ini sebagai guru dan pendidik. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa dan keringat yang dicurahkan oleh beliau sejak 2018. Majlis Persaraan En. Mohd Shaari Embong diadakan bagi menghargai sumbangan dan bakti yang telah dicurahkan di sekolah ini selama lebih kurang 5 tahun. Beliau juga telah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi dan bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak bangsa. Menghargai jasa En. Mohd Shaari Embong sebagai seorang guru besar dan pendidik yang berwibawa Meningkatkan inspirasi kepada rakan guru yang masih berkhidmat dalam mendidik murid-murid. Mewujudkan perasaan muhibah dalam kalangan guru SKN 2


Jawatankuasa Pelaksana AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI AJK FOTOGRAFI Cik Nur Yasmin bt Ismail Zaidi Encik Ahmad Lukmanul Hakim AJK FLOWER GIRLS & PENGAPIT Puan Siti Fadhilah bt Kamarudin Encik Mohamad Fauzi Cik Nas’Izzati bt Nadzri Puan Siti Nur Syamila bt Md Arshad AJK PERSIAPAN TEMPAT Encik Zaidi bin Hashim Encik Abdul Fattah bin Abdul Ghani Encik Mohammad Fauzi Encik Abdul Aziz bin Ahmad PIBG AJK KENDERAAN & HIASAN KENDERAAN Encik Ahmad Lukmanul Hakim AJK DISIPLIN & KAWALAN MURID Cik Norazimah bt Said Encik Mohamad Fauzi AJK PA SISTEM Encik Mohd Taufik bin Osman Encik Ahmad Lukmanul Hakim AJK PERSEMBAHAN ZAPIN : Encik Rafiuddin KOIR : Puan Susliza SAJAK & NYANYIAN : PIBG KOMPANG & SILAT : Encik Mohd Nizam AJK PAKAIAN & GOODIES Cik Fatin Athirah bt Abu Bakar Puan Mazniza bt Manaf AJK DOKUMENTASI Encik Abdul Fattah bin Abdul Ghani Encik Badruddin bin Marudin PENGACARA MAJLIS Puan Fazurra bt Zakariya Emcee Rozana BACAAN DOA Encik Mohamad Fauzi bin Abd Salam AJK BUKU PROGRAM DAN KAD JEMPUTAN Cik Fatin Athirah bt Abu Bakar AJK SUMBANGAN & SURAT-MENYURAT Puan Nurnida Hanifah bt Abd Wahab AJK FLOOR MANAGER & PROTOKOL Puan Norlida bt Md Amidon Puan Mazniza bt Manaf Puan Siti Nur Syamila bt Md Arshad AJK BACKDROP/PENTAS & PERSIAPAN DEWAN, TEMPAT MAKAN VIP Puan Nurranie Idayu bt Daron Puan Irdawati bt Kamaruzaman Puan Zun Mazlia bt Mahadi AJK MAKANAN & MINUMAN Puan Nuradibah bt Mispani Puan Noraziah bt Jusoh PIBG AJK HADIAH & PENDAFTARAN Cik Nas’Izzati bt Nadzri Puan Norazeian bt Jafri AJK BUNGA TELUR & BUNGA MANGGAR Puan Masrah bt Dukimin Puan Norlida bt Md Amidon PENAUNG : KEBIRUS bersama PIBG SKN 2 PENGERUSI : Encik Mohd Shaari bin Embong NAIB PENGERUSI : Puan Leda binti Santan NAIB PENGERUSI II : Puan Masrah binti Dukimin NAIB PENGERUSI III : Encik Mohammad Nizam bin Maliki PENGARAH : Encik Badruddin bin Marudin TIMB. PENGARAH : Encik Hafiz Azwany bin Taher PENYELARAS : Encik Rafiuddin bin Ahmad Samawe SETIAUSAHA : Puan Mazniza bt Manaf BENDAHARI : Puan Nuradibah bt Mispani AHLI JAWATANKUASA


Tertib Majlis MASA PERKARA 10.00 am – 10.15 am vSemua murid berkumpul di dewan terbuka Nitar2 vPerarakan masuk dengan kenderaan vPerarakan berkompang masuk ke dewan vPersembahan silat 10.15 am – 12.15 pm vPermainan tradisional guru besar bersama murid-murid vPersembahan zapin vUcapan alu-aluan pengacara majls vBacaan doa vUcapan GPK Pentadbiran vUcapanYDP PIBG SK Nitar2 vUcapan wakil PPD vTayangan multimedia vUcapan yang diraikan Tuan Guru Besar vUpacara memotong kek/pulut vPersembahan koir (murid) vPersembahan sajak/nyanyian (PIBG) vPenyampaian hadiah daripada VIP-VIP vPenyampaian hadiah daripada murid-murid vSesi bersalaman dengan guru besar vPemberian buah tangan (goodies) kepada murid dan tetamu 12.15 pm – 12.30 pm vMajlis bersurai/ Jamuan


Bicara Pena Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniNYA saya dapat berkhidmat sebagai seorang pendidik sehingga sampai ke tarikh persaraan saya dalam keadaan sihat sejahtera. Buat anak didik yang dikasihi, hanya kecekalan, kesungguhan dan keikhlasan menuntut ilmu dapat membantu anda menjadi insan yang berjaya. Hormatilah guru-guru anda supaya ilmu yang diperolehi diberkati. Kenanglah jasa serta pengorbanan mereka dan jangan lupa doakanlah kesejahteraan mereka. Harapan saya agar semua rakan guru dan anak didik yang dikasihi siberikan kesihatan, kelapangan masa dan ketenangan emosi dalam menjalani kehidupan seharian. Semoga kehadiran saya di SK LKTP Nitar 2 bermakna dan membawa kenangan indah buat semua. Sebagai penutup bicara, salam perpisahan daripada saya buat seluruh warga SK LKTP Nitar 2. Semoga kita mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNYA. Aameen EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG GURU BESAR SK LKTP NITAR 2 Sehubungan dengan itu, dengan penuh takzim dan ikhlas saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapat terima kasih kepada semua warga kerja daripada pelbagai peringkat dengan segala kerjasama erat dan sokongan padu yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan saya dan menjadikan majlis apersaraan ini sangat bermakna. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan pentadbir, guru-guru serta seluruh warga SK Nitar 2 yang sentiasa komited membantu saya dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf jika ada kesilapan, keterlanjuran perbuatan atau kata-kata yang telah menyinggung perasaan dan hati sesiapa sahaja sama ada secara sedar atau tidak sepanjang perkhidmatan saya di sini. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpisahan


Amanat Pentadbir Assalamualaikum. Selamat bersara Cikgu Shaari. Saya doakan cikgu dapat menempuh hidup persaraan dengan ceria, gembira, sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta. Terima kasih atas dedikasi dan komitmen cikgu dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sepanjang berkhidmat di SK Nitar 2. Saya mohon maaf atas apa-apa kesilapan sepanjang saya bertugas di bawah pimpinan cikgu. Sesungguhnya saya sangat selesa dan gembira bekerja bersama-sama cikgu. ~~ GPK Pentadbiran Assalamualaikum cikgu Shaari. Selamat menempuh kehidupan persaraan dengan penuh tenang dan ceria. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah adat manusia. Selamat bersara cikgu. Semoga diberi kesihatan yang baik dan sentiasa ceria di samping keluarga tercinta. Saya memohon maaf atas segala kesilapan saya selama saya bekerja di bawah pimpinan cikgu. Saya sangat selesa bekerja dengan cikgu kerana cikgu seorang yang sempoi dan ceria. ~~ GPK Kokurikulum Assalamualaikum. Tahniah dan setinggitinggi penghargaan serta ucapan istimewa kepada En. Mohd Shaari bin Embong atas persaraan beliau pada hari ini. Selamat bersara cikgu. Semoga cikgu terus hidup bahagia bersama keluarga tercinta dan semoga cikgu maju jaya di dalam semua bidang yang akan diceburi nanti. Insyaallah. Di sini saya menambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau kesilapan yang tidak sengajakan selama saya bekerja di bawah pimpinan cikgu. Saya amat gembira bekerja dengan cikgu. Terima kasih cikgu. ~~ GPK Hal Ehwal Murid PN. LEDA BT SANTAN PN. MASRAH BT DUKIMIN EN. MOHD NIZAM BIN MALIKI


Maklumat Peribadi nama penuh mohd shaari bin embong tarikh lahir tempatlahir nama isteri cahaya mata 3 perempuan, 1 lelaki 1 cucu perempuan , 1 cucu lelaki 08 mei 1963 hospital mersing hayati binti harun


Sejarah Pendidikan SEKOLAH RENDAH : Sekolah Kebangsaan Seri Mersing SEKOLAH MENENGAH : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mersing PENGAJIAN TINGGI : Kolej Temenggong Ibrahim, Johor Bahru Sejarah Ikhtisas DIPLOMA PENDIDIKAN 1997 : Kolej Temenggong Ibrahim, Johor Bahru Sejarah Perkhidmatan Ø SK LKTP NITAR 1 : GPK Pentadbiran (2011-2012) Ø PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN 7, KPM : Guru Besar (Sekolah Kurang Murid) (2012-2014) Ø SK AIR PAPAN : Guru Besar (2014-2018) Ø SK LKTP NITAR 2 : Guru Besar (2018-2023)


Sejambak Kenangan


Secebis Kenangan


Setulus Hati Warga sekolah mengucapkan “SELAMAT BERSARA” kepada Encik Mohd Shaari bin Embong. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga ikatan yang telah terbina akan terus kukuh menyatukan kita semua Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagian berpanjangan. Budi dan jasa baik sentiasa diingatan. Terima kasih Cikgu Shaari. Kuning emas masaknya padi, Mawar merah dalam jambangan, Terima kasih daun keladi, Budi tuan dalam kenangan. Pergi ke dusun memetik kelapa, Kelapa muda si kelapa bali, Jari disusun maaf dipinta, Panjang usia bertemu kembali.


Bagaikan Air Yang Mengalir Tiba jual kiranya di muara waktu, Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku Berdiri melihat denai-denai kenangan Berbunga mesra dalam jambangan ingatan Tiba waktunya untuk menyusun jemari Membuang segala kerikil bersalut di hati Yang terkhilaf dimaafi Yang sesal diinsafi Yang lebih dibahagi Yang kurang dilengkapi Agar saat perpisahan ini indah Terlerai segala durja gundah Tersirna cebisan amarah Tersurai segala yang bercanggah Bak air yang mengalir Tiba juga kiranya di muara waktu Pasti tersisa kenangan yang terindah Berhias luka tidak berdarah Kerana sekali dipanggil guru Selamanya bergelar guru Selamat tinggal suara-suara ceria Padang perhimpunan dan dewan perkasa Bilik darjah dan anak-anak keletah Pejabat tugas dan pembantu ikhlas Bilik guru dan timbunan buku Ruang kantin mesra terjalin Selamat tinggal seribu kerenah Datang dan pergi pelbagai wajah Bercampur gembira bersisip gundah Bergema didikan beralas madah Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah Selamat datang persaraan Kerana segalanya hanya kesementaraan Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan Bak air yang mengalir Tiba jua kiranya di muara waktu Di sini kami pasti merindu Jelinglah kami jika rindu masih bertamu Sapalah kami andai mesra akrab berpadu Selamat berangkat dalam doa berkat Selamat istirahat dari segala muslihat Selamat bersara dengan senyuman mesra Senyumlah seindah suria Setelah mencurahkan segala-galanya Pasti beroleh keredaan-Nya Bak air yang mengalir Sampai di sini kenangan indas pasti terukir SELAMAT BERSARA CIKGU.......


Penghargaan


Selamat Bersara Cikgu……… Jasamu Dikenang


Click to View FlipBook Version