The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MUHAMMAD ASYRAF ILMAM BIN RAZALI IPG-Pelajar, 2024-03-04 10:15:52

Buku Cerita Kanak-Kanak

Buku Cerita Kanak-Kanak

Merpati yang penyabar dan Monyet yang nakal Karya : Muhammad Asyraf Ilmam bin Razali


Dalam sebuah hutan, terdapat seekor merpati yang sangat baik dan penyabar. Namun, dia sering diganggu oleh seekor monyet yang nakal. Si Monyet itu terkenal dengan kenakalannya. Pada suatu pagi, Sang Monyet itu ternampak Sang Merpati sedang tidur di atas dahan pokok. Sang Monyet mendapat satu idea. Bukankah itu Sang Merpati? Lenanya dia tidur. Aku dapat satu idea! Aku nak bangunkan dia dari tidur.


Sang Monyet mencari sesuatu untuk dia dapat mengganggu Sang Merpati. Tiba-tiba, Sang Monyet ternampak batu-batu kecil di tepi pokok. Dia mengutip batu-batu tersebut lalu membalingnya ke arah Sang Merpati.


Sang Merpati : Aduh! Sakitnya. Siapakah yang membaling batu ke arahku? Sang Monyet : Hahahaha! Padan muka kamu. Sang Merpati : Eh! Kamu rupanya Sang Monyet. Kenapa kamu ganggu saya sedang tidur. Ada sesuatu yang ingin kamu sampaikan? Sang Monyet : Mestilah ada. Saya kejutkan kamu sebab saya nak bercakap dengan kamu wahai Sang Merpati. Sang Merpati : Oh! Kalau begitu, apa yang kamu ingin sampaikan wahai Sang Monyet? Sang Monyet : Aku berbohong sahaja! Haha! Kesian aku melihat ada burung yang lembab seperti kamu ini. Kata Sang Monyet sambil berlalu pergi meninggalkan Sang Merpati yang kesakitan. Setelah itu, Sang Merpati terbang ke dalam hutan untuk mencari makanan.


Wah! Di sini banyak sekali makanan. Bolehlah aku simpannya sebagai bekalan makanan aku. Sang monyet ternampak Sang Merpati sedang mencari makanan. Sang Monyet mendapat idea untuk menakutkan Sang Merpati. Sang Monyet menunggu dalam semak dan menunggu. Lalu, Sang Monyet melompat ke arah merpati dan mengejutkannya. Sang Merpati terkejut.


Sang Merpati : Eh! Terkejut saya. Saya ingatkan Sang Harimau yang cuba memakan saya. Rupanya kamu, wahai Sang Monyet. Sang Monyet : Haha! Kamu patut melihat muka terkejut kamu tadi. Sungguh buruk. Haha! Sang Merpati : Ish! Kamu ini. Nasib baiklah saya tidak pengsan. Kamu buat apa dekat sini Sang Monyet? Sang Monyet : Aku ingin memberitahumu satu berita buruk. Kelak, hutan kita akan ditimpa hujan lebat. Lebih baik kamu bersedia dengan bekalan makanan yang banyak. Sang Merpati : Hah?! Dari manakah kamu mendapat berita ini Sang Monyet? Sang Monyet : Aku mendapat berita ini daripada Raja RImba. Sang Merpati : Baiklah kalau macam itu. Aku minta diri dahulu, Sang Monyet. Aku ingin mencari lebih banyak makanan.


Sang Merpati pun berlalu pergi ingin mencari makanan. Sang Monyet ketawa melihat kebodohan Sang Merpati kerana percaya akan helahnya. Ketika Sang Merpati sedang mencari makanan. Sang Singa ternampak Sang Merpati lalu menegurnya.


Sang Singa : Wahai Sang Merpati, kamu ingin kemana? Aku lihat kamu terbang dengan begitu laju. Apa yang kamu takutkan? Sang Merpati : Hai Sang Singa! Saya ingin cepat kerana ingin mengumpul makanan dnegan banyak. Sang Singa : Kenapa kamu ingin mengumpul makanan dengan banyak? Sang Merpati : Bukankah kamu berkata bahawa banjir akan melanda hutan kita kelak? Sang Singa : Sejak bila aku berkata demikian? Aku hanya berbaring di sini sejak kelmarin. Sang Merpati : Apa?! Bukan kamu yang mengarahkan supaya semua haiwan bersedia dan mengumpul makanan dengan banyak kerana banjir akan melanda? Sang Singa : Sudah pasti bukan aku yang berkata demikian. Siapa yang berkata demikian kepada kamu wahai Sang Merpati? Sang Merpati : Sang Monyet. Sang Singa : Haha! Kamu pasti sudah diperbodohkan olehnya. Tidakkah kamu tahu bahawa Sang Monyet memang suka mempermainkan haiwan lain? Sang Merpati : Aku tidak menyangka dia begitu nakal. Tidak mengapalah. Mungkin dia hanya ingin bergurau denganku. Baiklah Sang Singa. Aku ingin pulang. Selamat tinggal! Sang Singa : Selamat tinggal Sang Merpati. Jumpa lagi.


Sang Merpati : Wahai Sang Monyet! Adakah kamu yang menghabiskan makanan yang telah aku kumpul itu? Sang Monyet : Makanan itu milik kamu? Saya lihat makanan itu tiada tuannya. Jadi, makanan itu bukan milik kamulah. Sang Merpati : Aku yang mengumpulkan makanan itu dari pagi hingga petang, wahai Sang Monyet. Kamu pula yang habiskan kesemuanya. Sang Monyet : Padan muka kamu. Lain kali janganlah tinggal makanan sesuka hati. Kebetulan saya sedang lapar. Jadi saya habiskanlah kesemua sekali. Sekarang saya dah kenyang. Terima kasih Sang Merpati. Lain kali kamu tolong kumpulkan makanan lagi ya! Selamat tinggal! Ketika Sang Merpati tiba di rumahnya. Dia terkejut melihat makanan yang dikumpul tadi telah habis dimakan. Dia terkejut lalu mencari siapakah yang sanggup menghabiskan makanannya. Tibatiba Sang Merpati ternampak Sang Monyet yang sedang makan makanannya di tepi pokok.


Sang Monyet pun meninggalkan Sang Merpati. Sang Merpati berasa sangat sedih dan lapar. Namun, dia tetap bersabar dan berfikir bahawa makanan tersebut adalah rezeki Sang Monyet. Sang Merpati pun terbang pergi untuk mencari makanan. Keesokan harinya, Sang Merpati bangun dari tidurnya dan terbang untuk mencari makanan. Tiba-tiba, dia ternampak Sang Monyet yang sedang cuba untuk mengganggu sarang Sang Lebah. Sang Merpati berasa sangat risau dan bergegas untuk menasihati Sang Monyet.


Keesokan harinya, Sang Merpati bangun dari tidurnya dan terbang untuk mencari makanan. Tiba-tiba, dia ternampak Sang Monyet yang sedang cuba untuk mengganggu sarang Sang Lebah. Sang Merpati berasa sangat risau dan bergegas untuk menasihati Sang Monyet.


Sang Merpati : Sang Monyet! Jangan ganggu sarang Sang Lebah. Nanti mereka marah dan akan menyengat kamu. Kamu akan kesakitan. Sang Monyet : Ah! Kamu diam. Aku bukan nak mengganggu mereka. Aku hendak bergurau sahaja. Sang Merpati : Kalau kamu membaling batu tersebut ke arah sarang Sang Lebah. Mereka akan marah dan mengejar kamu. Sang Monyet : Mereka yang kecil ingin mengejar dan menyengat aku? Aku ini besar dan laju. Aku boleh melarikan diri dengan bergayut ke dahan pokok-pokok itu dengan laju. Mana mungkin mereka sempat mengejar aku. Sang Merpati : Kalau begitu, aku tidak mampu lagi berkata apa-apa. Jaga diri kamu baik-baik. Aku hendak mencari makanan. Selamat tinggal Sang Monyet. Sang Monyet tidak mengendahkan nasihat Sang Merpati. Dia terus membaling batu-batuan ke arah sarang Sang Lebah. Tiba-tiba, sarang Sang Lebah hancur dan mereka sangat marah akan Sang Monyet. Sang Lebah : Sang Monyet! Kamu telah menghancurkan rumah kami! Kamu akan terima balasannya. Kejar! Ratu Lebah sangat marah dan mengarahkan lebah-lebah yang lain supaya mengejar Sang Monyet dan menyengatnya. Sang Monyet ketakutan dan melarikan diri. Sang Monyet : Tolong! Tolong! Tolong selamatkan aku! Aku tidak mahu disengat. Sang Lebah : Kamu jangan cuba nak melarikan diri! Nah! Rasakan ini! Sang Monyet : Aduh! Sakit! Tolong selamatkan aku. Aku menyesal atas perbuatanku. Sang Merpati : Eh! Sang Monyet. Kenapa kamu melarikan diri, wahai Sang Monyet? Sang Monyet : Aku dikejar oleh sekawan lebah kerana aku telah menghancurkan rumahnya. Bantu aku wahai Sang Merpati. Sang Merpati : Baiklah. Di hadapan sana terdapat sebatang sungai. Kamu lompatlah ke dalam air dan menyelam sejenak.


Sang Monyet pun segera melarikan diri dan melompat ke dalam sungai tersebut. Sang Lebah tidak dapat mengejar Sang Monyet dan berlalu pergi. Sang Monyet : Terima kasih Sang Merpati kerana telah menyelamatkan aku. Aku menyesal atas perbuatanku sebelum ini. Sang Merpati : Tidak mengapa Sang Monyet. Aku sentiasa memaafkan kamu. Jom kita mencari makanan. Sang Monyet : Jom! Aku juga sedang lapar. Sang Merpati dan Sang Monyet bersahabat baik. Sang Monyet tidak lagi melakukan perbuatannya yang lama dan sentiasa menolong haiwan-haiwan lain di hutan.


PENGAJARAN Kita haruslah sentiasa bersabar dengan ujian yang menimpa dan janganlah kita melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati orang lain.


Rumusan Buku ini berkisar mengenai seekor merpati dang seekor monyet. Sang Monyet sangat nakal dan selalu mengganggu Sang Merpati. Pada satu hari, Sang Monyet ditimpa masalah dan Sang Merpati membantunya. Mereka pun bersahabat baik dan Sang Monyet tidak lagi bersifat nakal.


Click to View FlipBook Version