The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noorullaily, 2023-03-13 22:07:05

BULETIN ALUMNI BIL. 5 (FEB)

BULETIN ALUMNI BIL. 5 (FEB)

e-Buletin Alumni Pusat Alumni UMT Alumni UMT Official BIL. 5 | FEBRUARI 2023 1 oleh : Noorullaily binti Saffain PUSAT ALUMNI RAKAN PENAJA JERSI FUTSAL UMT Pusat Alumni merakamkan ucapan terima kasih kepada Pusat Sukan dan Rekreasi, HEPA (PSR) kerana telah memberi peluang dan kepercayaan untuk menaja jersi pasukan Futsal UMT sempena Majlis Perasmian Food Truck Corner & Jersi Futsal UMT yang telah diadakan pada 27 Februari 2023 baru-baru ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Izani Bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (HEPA). Majlis turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Yusof Shuaib Bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni, En. Mohammad Zaidi Bin Mahadi, Ketua Pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), Pn. Siti Noriam Binti Yaakob, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) dan En. Badruhisham Bin Darus, Ketua Pusat Kebudayaan dan Keseniaan. Melalui kerjasama ini, Pusat Alumni telah sudi menjadi rakan penaja pasukan Futsal UMT dengan menaja jersi pasukan Futsal UMT. Jersi ini akan diguna pakai oleh pasukan Futsal UMT untuk perlawanan Liga Premier Futsal IPT 2023 yang berlangsung pada 6 Mac hingga 10 Mac 2023 bagi fasa pertama (fasa I) UMT dan UniSZA. Pasukan futsal ini akan membawa logo Pusat Alumni yang dipamerkan di hadapan jersi pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Ini merupakan satu langkah dalam mengimplementasikan elemen ”pembudayaan alumni” dalam kalangan mahasiswa (Bakal Alumni) sebagaimana yang terkandung di dalam Pelan Hala Tuju Alumni 2023- 2027 (PEHTA 2023-2027). Sehubungan dengan itu, Pusat Alumni juga mendoakan agar Pasukan Futsal UMT beroleh kemenangan dan menjulang pingat emas sepanjang menyertai Liga Premier Futsal IPT 2023.


e-Buletin Alumni Pusat Alumni UMT Alumni UMT Official BIL. 5 | FEBRUARI 2023 2 Antara gambar-gambar sesi penyerahan jersi pasukan Futsal UMT sempena Majlis Perasmian Food Truck Corner & Jersi Futsal UMT


Click to View FlipBook Version