The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maa93, 2021-09-18 07:24:24

SEMINAR PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2021

BUKU PROGRAM

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 16,
JALAN HALIA 16/8, 40200 SHAH ALAM,
SELANGOR.

SEMINAR PERKONGSIAN
AMALAN TERBAIK
KAJIAN TINDAKAN
TAHUN 2021

“Membudayakan Kajian Tindakan Memacu Transformasi Pendidikan”

SABTU
25 SEPTEMBER 2021

8.00 PAGI

Dirasmikan Oleh:
PUAN HAJAH ANISMAH BINTI M.NOH
PENGARAH PENDIDIKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

8.00 – 8.10 pagi Semua Jemputan, Pentadbir, Juri, Pembentang dan Guru-guru
menyertai link Google Meet yang diberikan.

8.10 – 8.15 pagi Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
8.15 – 8.20 pagi Bacaan Doa
8.20 – 9.00 pagi Sesi Pembentangan Slot 1 (4 pembentang)

9.00 – 9.15 pagi Ucapan Pengacara Majlis
Nyanyian Lagu Negaraku

9.15 – 9.25 pagi Ucapan Alu-aluan Pengetua
Puan Rosilawati bt Yusof
Pengetua SMK Seksyen 16

9.25 – 9.40 pagi Ucapan Perasmian
Puan Hajah Anismah bt M.Noh
Pengarah Pendidikan, JPNS

9.40 – 9.45 pagi Gimik Perasmian
9.45 – 9.55 pagi Perkongsian Amalan Terbaik oleh GKMP Bahasa :

Puan Alison Ng Hooi Suan
9.55 – 11.10 pagi Sesi Pembentangan Slot 2 (4 pembentang )
11.10 – 11.20 pagi Perkongsian Amalan Terbaik oleh GKMP Sains & Matematik :

Puan Nurhafiza bt Md Husin
11.20 – 12.20 Sesi Pembentangan Slot 3 (4 pembentang )
tengah hari

12.20 – 12.25 Rehat
tengah hari

12.25 – 12.30 Rumusan Ketua Juri oleh Dr Faridah bt Darus
tengah hari Pensyarah Jabatan Kecemerlangan Akademik
IPG Kampus Bahasa Melayu
Penutup

Pengerusi : Puan Rosilawati binti Yusof
Naib : Puan Noor Banon binti Muji
Pengerusi : Encik Mohd Sobri bin Che Seman
: Puan Nazdrah binti Hj Mustapha
Penyelaras : Puan Halizah binti Baharom
: Puan Suhaina binti Suriman
Setiausaha : Puan Nurhafiza binti Md Husin
Seminar : Puan Alison Ng Hooi Suan
: Puan Sharipah Noor Azizah binti Syed Aziz
: Puan Sazliatul Rahimiah binti Zakarial
: Puan Norliza Hayati binti Ahmad Khalil

Penyelaras: Puan Sazliatul Rahimiah binti Zakarial

SU Latihan Personel:  Menyediakan link kehadiran guru.
Puan Rozanita binti Mohamed  Mengunci masuk maklumat guru-guru yang
Rashid
menghadiri seminar ke dalam sistem SPLKPM.
Jemputan:  Menguruskan jemputan perasmi, hakim dan
Puan Norliza Hayati binti
Ahmad Khalil tetamu jemputan.
Puan Ida Royanie binti Khalid

Teknikal/Tayangan Montaj & Gimik  Menyediakan link G-meet dan link youtube.
Perasmian: Menjadi host dan mengawal aturcara.
 Memastikan perjalanan seminar lancar semasa
live.
Puan Nurazirah binti Basri  Menyediakan montaj Pembudayaan Kajian
Tindakan SMK Seksyen 16 sebagai gimik
Puan Shashafarah binti Ibrahim perasmian.
Encik Mohd Asyraf bin Menyediakan slaid paparan muka bagi setiap
 agenda untuk ditayangkan semasa Mini
Seminar.
Zainuddin Menyediakan latar belakang yang sama untuk
Puan Nurul Wahida binti Mohd Din digunakan oleh semua pembentang.
Cik Nurul Nadia binti Adnan




Penyelaras: Puan Sharipah Noor Azizah binti Syed Aziz

Pengacara Majlis:  Menyediakan teks ucapan pengacara majlis.
Puan Norliza Hayati binti  Mengacarakan seminar mengikut aturcara
Ahmad Khalil majlis.
Encik Mohamad Amirul Azuwan  Memastikan seminar berjalan dengan lancar.
bin Abdul Aziz Menyediakan teks doa.
Bacaan Doa:  Mengetuai bacaan doa.
Encik Sapuan bin Mohd Jonid 
Encik Muhd Irham bin Abdul Aziz

Poster & Buku Program:  Menyediakan buku program dalam bentuk
Puan Rosmawati binti Omar
anyflip.
Puan Wan Emmey Maizira binti  Menghantar dummy kepada penyelaras
Md Izatzi untuk semakan.
Cik Norzanadiyah binti Noorizen  Menyediakan poster dan membuat sebaran
kepada warga sekolah.

Statistik:  Menyediakan borang markah dan
Puan Zarinawati binti Abdullah Menyediakan.
Puan Nur Shahirah binti Azmi
 Salinan kepada juri.
 Mengira jumlah markah peserta akhir.
 Menyediakan senarai pemenang.

Penyelaras: Puan Alison Ng Hooi Suan

Dokumentasi:  Mengambil gambar semua aktiviti seminar.
Puan Nurul Imratul Husna binti  Menyediakan borang post mortem kepada
Yaakob
Puan Siti Hajar binti Selamat semua unit.
 Menyediakan buku laporan lengkap seminar.

Sijil/Hadiah:  Mengenalpasti dan menguruskan hadiah
Puan Nor Hidayati binti Suhaimi semasa majlis penyampaian hadiah
Puan Zalilah binti Ahmad  Menyediakan sijil (juri, peserta, AJK)
Puan Asfalaila binti Kasan Morad  Menyerahkan sijil yang telah ditandatangani
pengetua kepada pemenang dan AJK.
 Menguruskan pembelian dan penghantaran
‘fruit basket’ kepada perasmi.

Teks Ucapan & Kata Alu-aluan:  Menyediakan teks ucapan perasmi.
Puan Norliza binti Mohamed  Menyediakan teks ucapan pengetua.
Sarwani
Cik Siti Anis binti Ismail

DR FARIDAH BINTI DARUS
Pensyarah
Jabatan Kecermerlangan Akademik
IPG Kampus Bahasa Melayu
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
DR SITI HAJAR BINTI MAN
Penolong Pegawai Pendidikan
Daerah Gua Musang
SIP+
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang
Kelantan Darul Naim
PUAN MADZNAH BINTI BACHOK
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang
Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK
1. PUAN ALISON NG HOOI SUAN
2. PUAN NURHAFIZA BINTI MD HUSIN

SLOT 1
1. PUAN MARDHIANA BINTI MOHAMED
2. PUAN NOR AMIRA BINTI AZIZ
3. PUAN SYAZWANI BINTI ABDUL GHANI
4. PUAN MUZAIMAH BINTI ISMAIL

PUAN ROSLIZA BINTI HAMZAH
PUAN SUMAIYAH BINTI ABDULLAH

SLOT 2
1. PUAN NOOR IMA BINTI AHMAD TAJUDDIN
2. ENCIK MUHD IRHAM BIN ABDUL AZIZ

PUAN MAZNI EZURA BINTI MOHAMAD RASIT
3. PUAN ROZITA BINTI MD RASHID

PUAN NURUL AFISZAH BINTI MOHD ZUBIR
PUAN NURUL DYANA BINTI IBRAHIM
4. PUAN NUUR DIYANA BINTI AB SATTAR

SLOT 3
1. PUAN MARLINA BINTI KHAMIS
2. DR ZAITUN BINTI GHAZALI

PUAN SITI AISHAH BINTI CHE RAMLI
3. PUAN AINA ASIKIN BINTI ABDULLAH

PUAN SITI FATIMAH BINTI MEGAT FAUZI
PUAN ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI
PUAN NURUL SHAFINIE BINTI MOHD DIN
4. PUAN SITI MASLINAH BINTI AHMAD TUBI

Nama : Puan Alison Ng Hooi Suan

Panitia : Bahasa Inggeris

Tajuk : Improving Speaking Skills Among 4 Mutiara Pupils Using Sea Swicon Kit

Kata Kunci : ‘SEA SWICON KIT’, Wh-question words, Speaking Assessment Scales,
Subject-verb Agreement, Tenses and Useful Expressions.

Abstrak

Speaking Paper contributes 25 % of the overall SPM English Language paper. To
master speaking skill, pupils need to acquire confidence, grammar skills,
communicative competence and sufficient knowledge of vocabulary in order to
impart their ideas. Apart from that, they need strategies and speaking techniques to
ensure a smooth line of thoughts is delivered. The majority of pupils in SMK Seksyen
16 are less exposed to the use of English in daily conversation. Hence, they lack the
abilities to speak English confidently. This action research is done to improve their
speaking skills so that pupils not only score better on the SPM English paper, but also
able to speak English in their daily encounters. Fifteen pupils are selected for this
research in which several steps were executed within a period of two months. During
the pretest, the new format of Part 2 Speaking Task was used to identify the issues
faced by the pupils. Then, several steps using pictures, Wh-question words, useful
expressions and substitution tables were conducted to address the issues. After the
completion of the cycle, a post assessment is carried out. The instrument used to
gauge their level is the Speaking skill assessment scales and this is done and recorded
via Google Meet. Pupils were assessed before and after the execution of the steps
planned in this action research. The outcome shows a small percentage of
improvement in which it is presumed that the procedures need to be repeated
perhaps another three cycles to achieve a greater result.

Nama : Puan Nurhafiza binti Md Husin

Panitia : Matematik

Tajuk : Penggunaan Teknik “3S + AD” dalam Meningkatkan Peratus Kehadiran
Semasa Proses Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah (PdPR) dalam
Kalangan Murid 4 Berlian

Kata Kunci : ‘3S +AD”, PdPR, Strategi Pembelajaran Kendiri, Strategi Pembelajaran
Berasaskan Masalah, Strategi Pembelajaran Berasaskan Projek

Abstrak

Cabaran pandemik COVID-19 ini telah mengubah landskap sistem pendidikan negara kita. Jika sebelum
ini kebanyakan sekolah masih mengamalkan pembelajaran secara konvensional iaitu pengajaran di dalam
kelas, namun kini proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian adalah sebagai langkah
penyelamat supaya sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dapat diteruskan. Justeru itu,
penggunaan Teknik “3S + AD” - Tiga Strategi Pembelajaran iaitu Pembelajaran Kendiri (PK), Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) dan juga Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) yang di sokong dengan
penggunaan elemen aplikasi digital yang interaktif bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan dan berimpak tinggi ketika sesi PdPR dijalankan. Menerusi intervensi ini, murid akan
diberi Manual Pembelajaran Kendiri(MPK) bagi strategi PK. Manakala bagi strategi PBM, murid akan
diberi soalan bukan rutin yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Seterusnya, bagi strategi PBP,
murid diberi dua projek STEM yang melibatkan gabungan beberapa mata pelajaran bagi bab 3 (Penaakulan
Logik) dan bab 8 (Sukatan Serakan bagi data tak terkumpul). Penggunaan ketiga-tiga strategi ini, akan
disokong dengan elemen aplikasi digital yang interaktif seperti padlet, peardek, classkick, jamboard,
mentimeter, google slides, google sites dan blooket. Intervensi ini mengimplementasikan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi bagi ketiga-tiga strategi. Bagi melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan, satu
kajian telah dijalankan ke atas 29 murid Tingkatan 4 Berlian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen
16 Shah Alam, Selangor. Kajian ini dijalankan untuk memastikan peningkatan sekurang-kurangnya 70%
minat murid-murid dalam mata pelajaran Matematik, peningkatan peratus penglibatan murid sebagai
pembelajar aktif dan peningkatan peratus kehadiran murid-murid sepanjang PdPR 3.0. Di dalam kajian ini,
data diambil melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Dapatan menunjukkan 80%
murid-murid mempunyai minat yang tinggi untuk menghadiri kelas PdPR Matematik, murid-murid terlibat
aktif semasa kelas PdPR Matematik dijalankan dan peratus kehadiran mencatat angka tertinggi iaitu
sebanyak 98%. Kesimpulannya, Teknik “3S + AD” adalah sesuai untuk diaplikasikan ketika sesi PdPR
dan dalam masa yang sama ia secara tidak langsung dapat memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21
yang menekankan kreativiti, komunikasi dan literasi teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) murid
serta pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar agar proses pembelajaran yang dialami oleh
murid lebih bermakna.

Nama : Puan Mardhiana binti Mohamed
Panitia : Sains
Tajuk : Kaedah Pengumpulan Token Dalam Meningkatkan Peratus Penghantar

Tugasan Sains Semasa PdPR Bagi Murid Tingkatan 3 Delima

Kata Kunci : Pengumpulan Token, PdPR, Penghantaran Tugasan

Abstrak

Pandemik yang melanda negara menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) menetapkan supaya murid mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Mahu atau tidak, pembelajaran melalui PdPR
telah bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lepas. Kajian
tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan peratusan murid yang menghantar
tugasan Sains semasa PdPR bagi murid tingkatan 3 Delima. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengkaji persepsi murid terhadap kaedah yang digunakan untuk
mengatasi masalah ini iaitu Kaedah Pengumpulan Token. Seramai 27 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah analisis dokumen daripada
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan soal selidik. Hasil dapatan kajian
menunjukkan peratusan penghantaran tugasan murid menunjukkan peningkatan yang
ketara selepas intervensi dilakukan dengan purata peratusan adalah 43% berbanding
sebelum intervensi, 21.7%. Hasil analisis menggunakan SPSS versi 28 mencadangkan
bahawa tahap persepsi murid terhadap Kaedah Pengumpulan Token daripada segi
PdPR Sains berada pada tahap tinggi dengan memperoleh nilai min keseluruhan 4.32
dengan sisihan piawai 0.77. Berdasarkan dapatan tersebut, persepsi murid secara
keseluruhan didapati sangat positif terhadap Kaedah Pengumpulan Token ini. Kajian
ini diharap dapat membantu murid dan guru dalam mengatasi masalah ini.

Nama : Puan Nor Amira binti Aziz
Panitia
Tajuk : Asas Sains Komputer

: Analogi Situasi Membasuh Pakaian Bagi Meningkatkan Kefahaman
Konsep Asas Pemikiran Komputasional Murid Subjek Asas Sains
Komputer Tingkatan 1 Berlian.

Kata Kunci : Teknik Asas Pemikiran Komputasional, Analogi situasi membasuh
pakaian, Rentetan langkah, Tingkatan 1

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid subjek Asas
Sains Komputer Tingkatan 1 dalam memahami konsep mengenai Asas Pemikiran
Komputasional. Seramai 14 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual, dan ujian. Hasil
tinjauan mendapati bahawa murid kurang faham untuk membezakan setiap teknik
yang terdapat dalam topik tersebut. Gagal memahami topik pertama ini akan
mengakibatkan murid terus tidak faham keseluruhan konsep subjek Asas Sains
Komputer. Perancangan tindakan difokuskan kepada cara untuk menggambarkan
situasi yang mempunyai rentetan di setiap teknik yang dipelajari supaya
mudah difahami. Analogi situasi membasuh pakaian diperkenalkan bagi membantu
murid memahami topik ini kerana mempunyai rentetan langkah yang hampir
menyamai dengan setiap teknik yang terdapat dalam Asas Pemikiran Komputasional.
Dalam situasi membasuh pakaian, terdapat langkah dimana kita perlu kelompokkan
jenis pakaian,(Teknik Leraian), kategorikan pakaian yang boleh dibasuh bersama
(Teknik Pengecaman Corak), aspek yang tidak penting dalam basuhan pakaian (Teknik
Peniskalaan) beserta peraturan dan langkah langkah yang akan kita dapat dihujung
nanti (Teknik Pengitlakan). Keputusan Ujian Pos menunjukkan, murid memberikan
respon yang positif dengan markah yang tinggi. Ada murid yang memberitahu,
dia mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah sesuai dengan konsep
pemikiran komputasional selepas belajar teknik tersebut.

Nama : Puan Syazwani binti Abdul Ghani
Panitia : Bahasa Inggeris

Tajuk : Increasing The Use Of ICT in ESL Classroom

Kata Kunci : ICT classroom, Attitudes, Challenges, ICT intergration

Abstrak

Teaching and learning of English as a second language has gone through tremendous
changes over the years. Methodologies have evolved rapidly, especially in the
previous 20 years. Till date, English teachers are always looking for new, interesting
and practical methods to gauge students into ESL classrooms, trying to make simple
changes so that language learning can improve. Starting from the traditional chalk-and
-talk strategies to using computers and information and communication technology
(ICT) to deliver lessons. Especially in the year of Covid-19 pandemic, ICT has taken
forthwith the traditional face-to-face teaching, leaving conventional academics no
choice but to succumb to technology as their only means of getting education across.
ICT has maintained a major role in enhancing the quality of education. Its significance
has been acknowledged by policy makers and has been made integral in classrooms to
date. It has revolutionized the classroom as we know it, making it more interesting
than it did 10, or 20 years ago. The concept of ICT in education, as seen by the
Ministry of Education, includes systems that enable information gathering,
management, manipulation, access, and communication in various forms (Hassan,
2002). Therefore, this paper aims to investigate the attitudes and challenges faced by
the teachers to use ICT in their ESL classrooms. A total of 10 English teachers of SMK
Seksyen 16 of different races and ages were given a questionnaire to gather sufficient
data to answer the research questions. The questionnaire was adapted, and it consists
of three sections, A: demographic details, B: 11 items on challenges and C: 10 items on
attitudes. The findings revealed that the teachers have positive attitudes towards ICT
despite having a high frequency of challenges to use ICT. Future research could focus
on more effective ways to overcome the challenges of ICT integration,especially to
schools in rural areas.

Nama Ahli : Puan Muzaimah binti Ismail
: Puan Rosliza binti Hamzah
: Puan Sumaiyah binti Abdullah

Panitia : Reka Bentuk & Teknologi

Tajuk : Penggunaan Teknik Bayangan Garisan Isometrik Untuk Meningkatkan
Kemahiran Menghasilkan Lakaran Objek 3D Dalam Kalangan Murid
Reka Bentuk dan Teknologi Tingkatan 1.

Kata Kunci : Teknik Bayangan Garisan Isometrik, Lakaran Objek 3D, Reka Bentuk &
Teknologi, Sekolah Menengah, Paksi Isometrik

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kemahiran menghasilkan lakaran
isometrik yang dihadapi oleh murid. Penggunaan lakaran isometrik adalah lebih
mudah dan ringkas, di mana ianya menunjukkan keseluruhan sesuatu pandangan
objek dalam bentuk 3D. Melalui refleksi pengajaran, pemerhatian dan soal selidik
yang telah dijalankan, pengkaji mendapati murid tidak dapat melakar paksi isometrik
dengan betul dan seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan lakaran
objek 3D dengan baik. Pengetahuan asas mengenai lakaran isometrik ini adalah
penting kerana mereka akan mengaplikasikan ilmu tersebut sehingga Tingkatan 3.
Justeru, pengkaji memperkenalkan Teknik Bayangan Garisan Isometrik bagi
meningkatkan kemahiran murid melakar objek 3D. Kajian ini melibatkan seramai 20
orang murid Tingkatan 1 dan diselesaikan dalam tempoh dua bulan di mana murid
diajar teori dan praktikal lakaran secara PdPR. Kajian ini bertujuan untuk melihat
peningkatan peratus markah dalam ujian serta peningkatan peratus persepsi dan
pengetahuan murid terhadap lakaran isometrik melalui soal selidik. Teknik yang
diperkenalkan ini telah berjaya menepati objektif yang disasarkan iaitu peningkatan
markah pascaujian sebanyak 50% dan tahap keberkesanan teknik sebanyak 70%.
Kesimpulannya, Teknik Bayangan Garisan Isometrik berjaya meningkatkan kemahiran
melakar murid dan menjadikan proses PdP lebih menarik dan menyeronokkan.

Nama Puan Noor Ima binti Ahmad Tajuddin
Panitia
Tajuk Sejarah

Meningkat Kemahiran Menghafal Dan Mengingat Fakta Sejarah
Menggunakan Teknik Tontonan Video Menerusi Aplikasi Tik Tok Dalam
Kalangan Murid Tingkatan 2 Berlian, 2 Topaz dan 2 Rubi

Kata Kunci Aplikasi Tik Tok, Video Pendek, Menghafal, Mengingat

Abstrak

Dunia teknologi masa kini dilihat semakin canggih dan membawa pelbagai impak tersendiri. Salah
satu aplikasi yang sedang viral ketika ini ialah Aplikasi Tik Tok. Aplikasi Tik Tok adalah sebuah
platform di media sosial yang berteraskan video pendek yang disokong dengan alunan muzik.
Tik Tok juga memiliki kesan istimewa (special effect) yang boleh digunakan oleh penggunanya untuk
membuat video-video pendek agar hasil video mereka lebih menarik. Pengunaan visual boleh
menjadi salah satu strategi yang amat berkesan bagi membantu dan meningkatkan proses
pembelajaran. Oleh itu, penggunaan Aplikasi Tik Tok dilihat sebagai satu kaedah yang boleh
diaplikasikan dalam membantu murid-murid mengingat dan menghafal sesuatu fakta Sejarah dengan
lebih santai dan menyeronokkan. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah menghafal dan
mengingat fakta-fakta Sejarah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 2 Berlian, 2 Topaz dan 2 Rubi
yang merangkumi sesuatu subtopik yang terdapat dalam silibus Sejarah Tingkatan 2. Seramai 22
orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian,
soal selidik dan Praujian. Hasil tinjauan menunjukkan penguasaan murid terhadap fakta-fakta Sejarah
adalah sederhana dan lemah. Murid juga memerlukan sesuatu dorongan untuk meningkatkan
kemahiran mereka dalam menghafal sesuatu fakta Sejarah. Melalui kajian tindakan ini, perancangan
tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kemahiran murid dalam menghafal dan
mengingat fakta Sejarah menggunakan Teknik Tontonan Video Menerusi Aplikasi Tik Tok dan kajian
ini telah diselesaikan dalam tempoh 1-2 minggu. Keputusan pascaujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid daripada lemah dan sederhana kepada baik dan cemerlang. Dapatan dari
soal selidik pula menunjukkan murid agak teruja dengan tontonan video Tik Tok ini dalam proses
mengingat dan menghafal sesuatu fakta sejarah dengan lebih baik yang merangkumi sesuatu
subtopik. Pada akhirnya, saya dapati murid berjaya menguasai sesuatu fakta dan mengingatinya
dengan lebih baik walau pun melalui aktiviti soal jawab setelah menonton video pendek dari
Aplikasi Tik Tok.

Nama Ahli : Encik Muhd Irham bin Abdul Aziz
: Puan Mazni Ezura binti Mohamad Rasit

Panitia : Sejarah

Tajuk : Meningkatkan Penguasaan Fakta Sejarah Menggunakan Teknik Tontonan
Video Dalam Kalangan Murid Tingkatan

Kata Kunci : Google Form, Video, Kod QR

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah- masalah yang
dihadapi oleh murid Tingkatan 3 Berlian dan 3 Mutiara dalam subtopik Penentangan
Masyarakat Tempatan. Seramai 50 orang murid kelas 3 Berlian dan 3 Mutiara,
SMK Seksyen 16, Shah Alam dan dua orang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan
awal telah dilaksanakan melalui ujian atas talian menggunakan kaedah Google Form
semasa sesi persekolahan ditangguh kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kuiz
dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan yang murid tidak dapat mengetahui secara
kronologi Gerakan Penentangan Tokoh Pejuang Tempatan Abad Ke-20. Perancangan
tindakan difokuskan menggunakan teknik pembelajaran menggunakan video yang
diperoleh melalui kod QR dalam buku teks. Murid didedahkan dengan menonton
tayangan tersebut secara kendiri di rumah. Keputusan ujian pos mendapati yang murid
semakin meminati topik ini dan mereka menunjukkan peningkatan dalam keputusan
melalui latihan yang diberikan.

Nama Ahli : Puan Rozita binti Md Rashid
: Puan Nurul Afiszah binti Mohd Zubir
: Puan Nurul Dyana binti Ibrahim

Panitia : Sains

Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Menghafal Subtopik Sistem Pencernaan
Manusia Dengan Menggunakan Kaedah Mnemonic Dalam Kalangan
Murid Tingkatan 2

Kata Kunci : Mnemonik, Menghafal, Enzim, Pencernaan

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah mengingat urutan aliran makanan,
mengingat nama-nama enzim serta tindak balas pencernaan makanan yang dihadapi
oleh murid tingkatan 2 dalam subtopik sistem pencernaan manusia. Seramai enam
orang murid yang yang masing-masing daripada kelas 2 Intan, 2 Topaz dan 2 Ametis
terlibat dalam kajian ini tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian
dan hasil dapatan praujian. Hasil tinjauan menunjukkan murid sukar untuk mengingat
urutan aliran makanan dan nama-nama enzim serta tindak balas pencernaan dalam
sistem pencernaan manusia. Perancangan tindakan difokuskan kepada kemahiran
menghafal menggunakan kaedah mnemonik untuk meningkatkan daya ingatan dan
kefahaman murid dalam subtopik ini. Keputusan pascaujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan dari temu bual pula menunjukkan bahawa
kaedah yang diperkenalkan ini banyak membantu murid meningkatkan keyakinan diri,
daya ingatan dan kefahaman terhadap topik yang dipelajari di samping menjadikan
suasana pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Nama : Puan Nuur Diyana binti Ab Sattar

Panitia : Matematik Tambahan

Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Melakar Graf Fungsi Sinus, Kosinus Dan
Tangen Dengan Menggunakan Teknik ‘AKJASOM’ Dalam Kalangan
Murid 5 Berlian Dan 5 Mutiara

Kata Kunci : Kaedah ‘AKJASOM’, Lakaran, Graf Fungsi Trigonometri, Matematik
Tambahan

Abstrak

Penguasaan topik Fungsi Trigonometri penting untuk pembelajaran Matematik di
peringkat tinggi. Fungsi Trigonometri adalah berkait dengan algebra, penaakulan, graf
dan kalkulus. Walau bagaimanapun, pembelajaran dalam lakaran graf bagi Fungsi
Trigonometri adalah sukar bagi segelintir murid. Kajian tindakan ini dijalankan untuk
mengatasi masalah dalam menguasai lakaran graf fungsi sinus, kosinus dan tangen
yang dihadapi murid 5 Berlian dan 5 Mutiara dalam topik Fungsi Trigonometri bagi
subjek Matematik Tambahan. Seramai 10 orang murid 5 Berlian dan 11 orang murid 5
Mutiara terlibat. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah hasil kerja murid,
Praujian 1, temubual, dan soal selidik. Hasil tinjauan awal menunjukkan murid tidak
dapat melakar graf fungsi trigonometri dengan betul, menghadapi masalah
menentukan bentuk graf tersebut dengan betul, menunjukkan sikap yang kurang
bermotivasi semasa belajar topik Fungsi Trigonometri dan mempunyai masalah untuk
mengingati formula lakaran graf yang tidak diberi dalam peperiksaan. Fokus utama
kajian ini adalah untuk memastikan murid dapat melakar graf fungsi sinus, kosinus dan
tangen dengan tepat dan lengkap. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik
untuk mempertingkatkan kemahiran melakar graf fungsi sinus, kosinus dan tangen
yang dikenali sebagai teknik akronim ‘AKJASOM’. Ia sebagai satu medium pemudah
cara untuk murid-murid memahami dan mengingati langkah-langkah penting yang
harus dibuat semasa melakar graf fungsi trigonometri. Kajian ini telah diselesaikan
dalam tempoh lapan minggu. Keputusan daripada hasil lembaran kerja murid
dan Pascaujian 1 menunjukkan majoriti menujukkan peningkatan dari segi pencapaian.
Dapatan daripada temubual dan soal selidik juga menunjukkan murid lebih
berkeyakinan melakar graf Fungsi Trigonometri. Walaubagaimanapun, terdapat
seorang murid yang mendapat markah di bawah pencapaian indikator.
Kesimpulannya, teknik ‘AKJASOM’ berjaya membantu murid meningkatkan kemahiran
dalam melakar graf fungsi sinus, kosinus dan tangen.

Nama : Puan Marlina binti Khamis
Panitia
Tajuk : Matematik

: Menentukan Panjang Sisi Yang Tidak Diketahui Bagi Sebuah Segitiga
Bersudut Tegak Menggunakan Kaedah MBOB

Kata Kunci : Kemahiran menyelesaikan pengiraan, perkaitan hubungan warna dengan
pengiraan melibatkan Teorem Phythagoras, segitiga bersudut tegak

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan pengiraan mencari
nilai panjang sisi yang tidak diketahui bagi sebuah segitiga bersudut tegak dan
seterusnya gabungan bentuk geometri melalui mengaplikasi peraturan Teorem
Phythagoras. Terdapat murid-murid yang berada di aras sederhana dan rendah yang
tidak dapat menguasai Teorem Pythagoras, di mana masalah timbul apabila soalan
yang diberikan melibatkan gambar rajah segitiga bersudut tegak, murid tidak tahu
meletakkan nilai pada kedudukan yang betul. Saya memfokuskan kajian ini kepada
kemahiran mengenalpasti kedudukan tempat nilai yang hendak dicari dan juga nilai
dua sisi yang diberikan dalam soalan untuk diletakkan dalam Teorem Pythagoras, dan
memilih 10 orang murid menjadi responden kumpulan sasaran.Tinjauan awal
dilakukan dengan menganalisis melalui soal selidik, praujian dan pemerhatian latihan
kerja murid. Melalui soal selidik murid kurang ingatan dan kefahaman berkaitan rumus
Teorem Phythagoras yang hendak digunakan dalam pengiraan. Melalui latihan pula,
murid kurang lengkap langkah pengiraan walaupun ringkas. Keputusan praujian pula
yang diperolehi kurang memuaskan juga. Pengkaji melaksanakan satu intervensi
melalui perkaitan hubungan warna dengan pengiraan melibatkan Teorem Phythagoras
iaitu MBOB bagi membantu kemahiran murid dalam mengira panjang sisi yang tidak
diketahui bagi sebuah segitiga bersudut tegak dan seterusnya gabungan bentuk
geometri. Dapatan mendapati perbandingan keputusan sebelum intervensi dijalankan
dan selepas aktiviti intervensi dilaksanakan ada peningkatan sedikit keputusan pada
pos ujian dan dapat membantu murid laksanakan pengiraan melibatkan rumus
Teorem Phthagoras untuk tajuk-tajuk yang lain.

Nama Ahli : Dr Zaitun binti Ghazali
Puan Siti Aishah binti Che Ramli

Panitia : Kimia

Tajuk : Teknik “Carta Alir Programmer” Membantu Kemahiran Menulis Nama
Yang Betul Bagi Isomer Sebatian Karbon Mengikut Penamaan Sistem
IUPAC Di Kalangan Murid 5 Berlian Dan 5 Mutiara

Kata Kunci : Carta alir, Isomer, Sebatian Karbon, Kimia

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menyelesaikan masalah murid tidak dapat menulis nama yang
betul bagi molekul isomer sebatian karbon mengikut penamaan sistem IUPAC. Penamaan
isomer adalah subtopik dalam tajuk Sebatian Karbon bagi matapelajaran Kimia Tingkatan 5.
Penerangan langkah-langkah dalam bentuk teks yang panjang, tidak dapat menghafal
langkah-langkah mengikut turutan yang betul dan keliru dengan penamaan kumpulan
bercabang adalah punca pelajar tidak dapat menulis nama isomer dengan betul. Dalam
kajian ini, perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meringkaskan arahan
langkah penamaan, meningkatkan hafalan mengenai langkah-langkah penamaan dan
seterusnya meningkatkan kemahiran menulis isomer. Teknik ’Carta Alir Programmer’ direka
dengan mengambil kira pembelajaran melalui visual Spatial dimana maklumat di
persembahkan dalam bentuk carta alir. Teknik ini dapat meringkaskan maklumat dan
langkah penting dalam bentuk visual maka maklumat senang difahami. Seterusnya dapat
meningkatkan daya ingatan, motivasi dan keyakinan murid. Seramai 17 murid telah dipilih
sebagai kumpulan sasaran dalam kajian ini. Perbezaan pencapaian murid dalam praujian dan
pascaujian serta pemerhatian digunakan sebagai cara untuk mengetahui wujud pengaruh
yang signifikan penggunaan teknik ini terhadap kemahiran murid menulis nama isomer.
Keputusan pascaujian telah menunjukkan peningkatan peratus lulus murid menulis nama
isomer sebanyak 47% berbanding markah praujian. Dapatan dari pemerhatian pula
menunjukkan murid lebih mudah menghafal, yakin dan bermotivasi untuk membuat latihan
penamaan isomer yang diberi oleh guru menggunakan teknik ‘Carta alir Programmer’
berbanding kaedah konvensional. Dapatan kajian menunjukkan teknik ‘Carta Alir
Programmer’ dapat diaplikasikan dalam mengajar penamaan isomer bagi meningkatkan
hafalan, kefahaman dan konsep yang betul dikalangan murid.

Nama Ahli : Puan Siti Fatimah binti Megat Fauzi
: Puan Aina Asikin binti Abdullah
: Puan Alya Hanna binti Mahmud Pathi
: Puan Nurul Shafinie binti Mohd Din

Panitia : Pendidikan Khas

Tajuk : Penggunaan Token Untuk Meningkatkan Tahap Penglibatan Murid
Pendidikan Khas (PPKI) Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran
Di Rumah (PdPR)

Kata Kunci : Program token kejayaan, penglibatan murid dalam PdPR, penghantaran
hasil kerja murid, murid pendidikan khas.

Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid
dalam PdPR khususnya dalam aspek kehadiran dan penghantaran hasil kerja murid.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan melibatkan murid
pendidikan khas dari Program Pendidikan Khas Integrasi, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam sebagai responden kajian. Pemilihan responden ini
dilakukan berdasarkan hasil pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik sepanjang
sesi PdPR berlangsung dalam tempoh PKP ini. Pengumpulan data diperoleh
menerusi kaedah pemerhatian, manakala jadual token kejayaan digunakan sebagai
instrumen bagi mencatat hasil pemerhatian yang dilakukan. Hasil kajian menunjukkan
perlaksanaan program token kejayaan yang dilakukan oleh penyelidik telah berjaya
meningkatkan tahap penglibatan responden dalam sesi PdPR disamping menaikkan
motivasi murid untuk menyiapkan tugasan dan menghantarnya kepada guru.
Jelasnya, dapatan kajian telah membuktikan bahawa program token ganjaran
berupaya meningkatkan tahap penglibatan murid dalam sesi PdPR serta
menaikkan semangat murid untuk menyiapkan tugasan dan menghantarnya kepada
guru.

Nama : Puan Siti Maslinah binti Ahmad Tubi

Panitia : Pendidikan Islam

Tajuk : Teknik Lihat Lima Jari Untuk Menyelesaikan Kekeliruan Murid Menyebut
Beberapa Huruf Hijaiyah Ketika Membaca Al-Quran Dan Menghafaz
Ayat Hafazan Di Kalangan Murid Tingkatan 2 Berlian, Delima Dan Rubi
2021

Kata Kunci : Lihat Lima Jari Sendiri, bijak menyebut makhraj huruf Hijaiyah

Abstrak

“Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti” ialah tema sambutan Maal Hijrah 1443H.
Selaras dengan tema ini, saya sebagai Guru Pendidikan Islam yang mengajar murid
kelas Tingkatan 2 Berlian, Delima dan Rubi ingin berkongsi tentang kekeliruan
murid-murid menyebut huruf hijaiyah. Objektif kajian saya ini bertujuan untuk
melahirkan generasi muda yang celik al-Quran dan bijak menyebut huruf hijaiyah
mengikut makhraj yang betul dan tepat. Kekeliruan ini dapat didengar dengan jelas
ketika murid membaca ayat hafazan Surah Al-Imran ayat 8, 18, 26 dan 27 di dalam
PdPC dan PdPR. Saya membuat pemerhatian secara lisan ke atas murid-murid ini agar
mereka dapat membaca dan memperdengarkan suara ketika menyebut huruf
hijaiyah. Saya telah membuat kelas mengaji di dalam kumpulan kecil untuk murid
yang berminat secara voice chat melalui telegram. Kemahiran mereka dapat
dipertingkatkan dengan adanya semakan bacaan al-Quran secara dua hala. Mereka
dapat merasakan kekeliruan ini sebagai masalah mereka untuk terus membaca ayat
hafazan dan mengikuti kelas mengaji kerana diselubungi dengan perasaan malu. Oleh
itu, saya cuba dedahkan satu cara untuk memudahkan mereka menyebut huruf
hijaiyah dengan merujuk lima jari seperti di dalam gambar. Konsep lima jari ini dapat
membantu mereka ketika menyebut huruf hijaiyah, walaupun pada hakikatnya
mereka jarang membaca Al-Quran di rumah. Harapan saya, semua murid yang rajin
membaca al-Quran dengan saya dapat terus berusaha menjadikan amalan ini dengan
istiqamah di dalam kehidupannya. Kejayaan mereka ini boleh menunjukkan satu
usaha ke arah pembentukan umat Islam yang berkualiti di dunia dan di akhirat.

Semua Ahli Jawatankuasa Induk,
Ahli Jawatankuasa Pelaksana

serta warga sekolah dengan sukacitanya
merakamkan setinggi-tinggi ucapan

terima kasih dan penghargaan kepada
perasmi, barisan juri, para

pembentang serta semua yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung

dalam menjayakan

“Seminar Perkongsian Amalan Terbaik
Kajian Tindakan Tahun 2021”.

‘Membudayakan Kajian Tindakan Memacu Transformasi Pendidikan’


Click to View FlipBook Version