JABATAN PERDAGANGAN
KURSUS : MPU21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN : TOPIK 6.1 SEJARAH, DEFINISI DAN KONSEP
PERLEMBAGAAN
SESI 1 2021/2022
NAMA PENSYARAH :
TUAN AMIR FARIZ BIN CHE MAN
NAMA PELAJAR :
NAMA NOMBOR PENDAFTARAN
THARANI A/P V. SELVAM 01DPM21F1029
NURUL SHAFIQAH AINNA BINTI ALI 01DPM21F1025
NUR HAZIERA BINTI MOHD SHUKOR 01DPM21F1030
01DPM21F1034
KOK SHU TEE 01DPM21F1001
NURLYANA AFIRA BINTI MAKMUM
ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Tajuk Kecil 2
Penghargaan dan Objektif 3
Jadual Pengagihan Kerja Ahli Kumpulan
Pengenalan Perlembagaan Persekutuan 4-9
Sejarah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan 10
Garis waktu gubalan Perlembagaan Persekutuan 11
Definisi Perlembagaan Persekutuan 12 - 14
Konsep Perlembagaan Persekutuan 15
16
Kesimpulan 17
Lampiran
Sumber Rujukan
PENGHARGAAN
(NURUL SHAFIQAH AINNA BINTI ALI – 01DPM21F1025)
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami sekumpulan rasa amat bersyukur kerana dapat
melaksanakan tugasan e-folio ini bagi kod subjek Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032)
yang telah diamanahkan kepada kami. Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
diucapkan kepada pensyarah kami, Tuan Amir Faris Bin Che Man yang telah banyak memberikan
bimbingan dan nasihat sehingga tugasan e-folio ini dapat disiapkan dengan jayanya. Seterusnya, tidak
lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan
mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir madah, terima kasih juga kepada ahli-ahli kumpulan
saya yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Sikap
kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan-rakan saya ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan ini.
OBJEKTIF
✓ Bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah Perlembagaan Persekutuan menjadi salah satu
instrument dalam menghidupkan perpaduan kaum di Malaysia.
✓ Mengenal pasti sejarah, definisi dan konsep Perlembagaan Persukutuan terhadap individu,
masyarakat dan negara.
✓ Menjelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi utama
negara.
✓ Menghuraikan definisi dan konsep Perlembagaan sebagai asas etika dan peradaban di
Malaysia.
JADUAL PENGAGIHAN KERJA AHLI KUMPULAN
NAMA AHLI KUMPULAN DAN NO. PENDAFTARAN :
1.THARANI A/P V. SELVAM (01DPM21F1029)
2.NURUL SHAFIQAH AINNA BINTI ALI (01DPM21F1025)
3.NUR HAZIERA BINTI MOHD SHUKOR (01DPM21F1030)
4.KOK SHU TEE (01DPM21F1034)
5.NURLYANA AFIRA BINTI MAKMUM (01DPM21F1001)
BIL NAMA TUGASAN
1. Tharani
2. Shafiqah • Mencari maksud konsep perlembagaan.
• Mencari pelbagai gambar berkaitan
3. Haziera
4. Shu Tee perlembagaan.
5. Nurlyana
• Membuat pengenalan.
• Membuat penghargaan dan isi kandungan.
• Menghuraikan sejarah Perlembagaan
Persekutuan
• Membuat kesimpulan/penutup.
• Membuat lampiran.
• Menulis definisi perlembagaan
persekutuan.
• Mengedit.
• Menulis sejarah perlembagaan persekutuan.
• Membuat garis waktu Gubalan
Perlembagaan Persekutuan
PENGENALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(NURUL SHAFIQAH AINNA – 01DPM21F1025)
Pengenalan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang-undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia
telah mula di guna pakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan
Malaysia mengandungi 183 perkara dan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan secara automatik akan terbatal. Satu Perlembagaan digubal di Perlimen
dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan
apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat.
Perlembagaan juga mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan
dan panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara. Selain itu,
Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis.
Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Sebagai contoh perlembagaan tidak
bertulis ialah perlembagaan United Kingdom. Seterusnya, perlembagaan menjadi asas penting untuk
menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap,
jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Perlembagaan sebagai Rukun Masyarakat
Bagi negara Malaysia perlembagaan telah mengikat masyarakat untuk merujuk pada satu undang-
undang yang sama untuk sesuatu masalah supaya tidak bercanggah antara satu sama lain. Sebagai
contohnya Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia
1963, disebutkan bahawa, “Bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal seperti yang di
peruntukkan oleh Perlimen ;
• Tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan kecuali hal-hal rasmi, atau
mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain.
• Tidak ada sebarang peruntukkan dalam fasal ini yang boleh menganggu hak kerajaan
Persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan
penggunaan dan pengkajian bahasa komuniti lain (Perlembagaan Persekutuan Bahagian XII
1957).
Ini bermaksud penggunaan Bahasa Melayu diutamakan di Malaysia. Walaupun setiap negeri
mempunyai undang-undang masing-masing, namun jika ia bercanggah dengan Perlembagaan, maka
Perlembagaan Persekutuan akan digunakan.
Sebagai contoh, Badan Perundangan Kerajaan Kelantan telah membuat draf untuk meminda Enakmen
Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan mewartakan undang-undang Hudud di Kelantan, namun ia
masih tidak di putuskan di peringkat persekutuan. Mengikut Bekas Ketua Hakim Malaysia, Tun
Abdul Hamid Moamad, pada 7 January 2014 beliau telah mengatakan bahawa Enakmen Kanun
Jenayah Syariah (II) 1993 itu tidak sah kerana Badan Perundangan Negeri Kelantan telah membuat
undang-undang mengenai perkara yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan.
Kesimpulannya, Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi, dan kebebasan
rakyat dan keadilan social untuk semua kaum di negara ini. Selain itu, ia menjamin keadilan,
kerjasama, kesepakatan, dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(NURLYANA AFIRA BINTI MAKMUM – 01DPM21F1001)
UNDANG-UNDANG SEBELUM KEDATANGAN PENJAJAH
Undang-Undang Laut Melaka,Hukum Kanun Melaka,Batu Bersurat Terengganu adalah merupakan
contoh sistem perlembagaan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.Kandungan syarat yang
telah ditetapkan oleh Perlembagaan Johor dan Terengganu seperti peruntukan seorang Menteri yang
berstatus orang melayu,hubungan antara rakyat dan sultan dan agama islam adalah agama rasmi telah
menjelaskan bahawa sistem perlembagaan itu telah wujud sebelum kedatangan pihak penjajah.
Namun apabila Jepun keluar daripada Tanah Melayu setelah berkurunnya menguasai Tanah Melayu
dan menyerah kalah kepada British selepas tamat Perang Dunia Kedua (1942-1945),British telah
kembali semula ke Tanah Melayu.Penjajahan British dengan menguasai Tanah Melayu iaitu Negeri
Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang (NNMB) sejak abad yang ke-19 yang diperkenalkan
telah membawa kepada sejarah Pembentukan Perlembagaan di Malaysia.
Gambar 1.1 Batu Bersurat Terengganu Gambar 1.2 Penjajah British di Tanah Melayu
mengandungi undang-undang seorang raja
MALAYAN UNION 1946
Dengan munculnya kuasa British ke atas Tanah Melayu ini membawa kepada pengenalan Malayan
Union yang termeterai pada April 1946.Kesatuan yang terdiri daripada negeri Tanah Melayu iaitu
Melaka,Pulau Pinang dan Sembilan lagi negeri dan telah membentuk Kesatuan Tanah Melayu.Hal ini
mewujudkan satu penggabungan peraturan dan undang-undang untuk melaraskan pentadbiran di masa
dahulu.Penggabungan yang berlaku pada 1 April 1946 ini membawa kepada satu perjanjian di mana
Sultan pada ketika itu menandatangani satu perjanjian dengan Sir Harold MacMicheal yang mewakili
British.Perisitiwa ini telah dinamakan sebagai peristiwa triti MacMicheal.Beberapa peruntukan telah
dibuat oleh British yang mentadbir Tanah Melayu apabila Sultan yang menyerahkan kuasanya sendiri
terhadap tanah jajahan dan negeri sultan.Pada Majlis Mesyuarat Kesatuan Tanah Melayu 1946
peruntukan in disuarakan.Pada 27 Mac 1946 arahan diraja yamg dikenali sebagai kolekstit bermaksud
menjadi perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu yang dikuatkuasakan pada 1 April 1946. .Namun
tentangan yang hebat daripada orang melayu kerana perlembagaannya yang tidak menunjukkan hak-
hak masyarakat Melayu dan kaum-kaum lain seperti Cina,India,Sarawak dan
sebagainya.Perlembagaannya yang juga tidak menyeluruh menyebabkan pembatalan perlembagaan
Kesatuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1946 oleh kerana rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat
apabila dengan mudahnya warga imigran mendapat status kerakyatan dan menikmati keistimewaan
yang dinikmati oleh bemuiputera.Keselamatan Malayan Union yang terganggu telah memaksa British
untuk menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 yang melibatkan antara
Raja-Raja Melayu dan Penjajah.Perbincangan yang dilakukan telah mewujudkan satu perlembagaan
yang baru.
Gambar 1.3 Bukti penentangan orang melayu Gambar 1.4 British menduduki Tanah Melayu
PERSATUAN TANAH MELAYU 1948
Persatuan Tanah Melayu telah terbentuk pada 1 Febuari 1948 setelah perjanjiannya yang berjaya
termeterai pada 21 Januari hasil rundingan daripada pihak British dan Raja-Raja Melayu serta
UMNO. Pembentukan Tanah Melayu 1948 ini berpunca daripada kegagalan perlembagaan Malayan
Union yang gagal dalam membentuk kesepaduan rakyat di Tanah Melayu.Perlembagaan Malayan
Union dibantah rakyat kerana dikatakan hanya digubalkan hanya untuk golongan imigran.Matlamat
dan prinsipnya juga telah mencabar status quo Orang Melayu yang sebelumnya Sultan mempunyai
hak mutlak namun selepas diambil alih Perlembagaan Malayan Union,Sultan hanya berkuasa sebagai
raja yang kehormat sahaja tetapi politik dan ekonomi semuanya diputuskan oleh British.Dengan
perjanjian yang telah dilakukan,kerajaan pusat mengandungi seorang Pesuruhjaya Tinggi British
,sebuah Majlis Mesyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundangan mengandungi anggota
rasmi dan Pesuruhjaya Tinggi British melantik sebilangan anggota yang tidak rasmi.British telah
mumutuskan untuk menggubal keselurahan peruntukan yang dianggap tidak memihak kepada orang
melayu kepada sebaliknya.Sebagai contoh, Raja Kembali berkuasa apabila British meletakkan takhta
raja sebagai ketua negeri.Secara tidak langsungnya,system raja perlembagaan dapat diwujudkan.Ia
secara rasmi telah dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
KERJASAMA ETNIK;CLC, PILIHANRAYA, PERIKATAN
Sesetengah masalah perlembagaan,politik dan ekonomi telah diusahakan untuk diselesaikan oleh
pelbagai etnik melalui Penubuhan Jawatankuasa Perlembagaan Masyarakat 1949 (CLC).Pelbagai isu
seperti kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang melayu serta dasar Pendidikan dibincangkan
melalui penubuhan Jawatankuasa ini.Antara tokoh-tokoh yang terlibat ialah Dato’ Onn Jaafar,Dato’
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C.C. Tan dan E.E.C Thuraisingham.Kemenangan Parti
Perikatan yang majoriti di pilihan raya 1955 secara tidak langsung menjadi pemerintah kerajaan serta
telah memberi kesan yang mempengaruhi aspek daripada hubungan etnik di Malaysia.Kerjasama dan
toleransi yang memberangsangkan antara Melayu dan bukan Melayu yang berlaku khususnya apabila
pembahagian kerusi pilihan raya.Calon bukan Melayu diletakkan di Kawasan yang majoritinya melayu
kerana pengorbanan daripada UMNO sendiri.Hal ini dapat mengetepikan isu perkauman dan bekerja
kearah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.Ini telah menuntut pihak penjajah iaitu British
mengadakan satu persidangan di London.Tunku Abdul Rahman yang mengetuai rombongan tersebut
sebagai ketua rombongan telah pergi menghadiri mesyuarat tersebut ke London dan diikuti atau
diwakili oleh empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan empat wakil Parti Perikatan untuk menghadiri
mesyuarat dengan kerajaan British.Rundingan ini dipersetujui dengan menandatangani satu perjanjian
iaitu Perjanjian London.Melalui persidangan ini, Tunku Abdul Rahman Berjaya menubuhkan sebuah
Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Gambar 1.5 Permuafakatan masyarakat semasa mengundi
Gambar 1.6 Empat Orang Wakil mengiringi Tunku Abdul Rahman
semasa Perjanjian London
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(NURUL SHAFIQAH AINNA BINTI ALI – 01DPM21F1025)
SURUHANJAYA PERLEMBAGAAN (SURUHANJAYA REID)
Suruhanjaya Reid telah mengadakan referedom dalam kalangan semua penduduk Tanah Melayu
termasok orang awam, parti politik, badan awam dan sebagainya . Pada bulan Okteber 1956,
Suruhanjaya Reid telah berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu. Akhir
nya, darft perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu telah di bentuk pada 31 ogos 1957.
Suruhanjaya Reid merupakan asas utama kepada pembentukkan Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 di kuat kuasakan sehingga ke hari ini dengan
beberapa pindaan telah dilakukan. Contoh pindannya ialah akta Malaysia yang di luluskan dalam
tahun 1963 meminda Pekara (1) dan (2) untuk kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura serta
menukarkan nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Persekutuan Malaysia.
JAWATANKUASA KERJA
Pada Februari 1957, draf pertama syor perlembagaan dan laporan telah diumumkan oleh
Suruhanjaya Reid.Hal ini kerana, Suruhanjaya Reid telah mendapat maklum balas meluas daripada
pelbagai pihak. Oleh hal yang demikian, Suruhanjaya Reid telah mengeluarkan satu penyataan.
Penyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid mengetepikan syor dan tuntutan daripada
Orang Melayu. Antara tuntutan yang diketepikan berkaitan dengan kerakyatan, bahasa, agama dan
hak istimewa orang Melayu yang telah disuarakan oleh pertubuhan-pertubuhan Melayu.
Sebaliknya, suruhanjaya ini mengandungi kelebihan untuk kaum bukan Melayu yang menuntut
hak persamaan dengan orang Melayu. Hali ini mendapat perhatian ialah pemberian dua kerakyatan
kepada rakyat Komanwel, Kerakyatan jus soli, rakyat yang berdasarkan prinsip kerakyatan jus
soli, semua kaum. Oleh yang demikian, hal ini akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu
jika semua kaum mendapat hak yang sama rata.
Oleh itu, Jawatankuasa kerja telah dibentuk bagi mengkaji semula syor tersebut.Jawatankuasa
kerja terdiri daripada 11 orang. Antara yang terlibat ialah Pesuruhjaya tinggi British, Ketua
setiausaha, Peguam Negara, Empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan Empat orang Parti
Perikatan. Ia dipengerusikan oleh MacGillivray (Pesuruhjaya Tinggi British).
Tugas utama Jawatankuasa Kerja ialah memastikan bahawa perlembagaan baharu yang digubal
bersesuaian dengan bentuk pemerintahan di Malaya. Ia tidak boleh mengubah struktur umum draf
perlembagaan yang diasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sebanyak
23 kali pertemuan telah diadakan iaitu antara 22 Februari hingga 27 April 1957.Ia telah
membentuk draf Perlembagaan yang diterima oleh semua pihak. Antara isu yang dibincangkan
ialah kerakyatan, agama, hak istimewa orang Melayu dan bahasa Melayu.
Perbincangan akhir Jawatankuasa Kerja telah diadakan pada 13 hingga 21 Mei 1957 di London. Ia
diketuai oleh Setiausaha Tanah Jajahan British serta dihadiri oleh Kerajaan British dan Kerajaan
Tanah Melayu yang diketua oleh Tunku Abdul Rahaman. Melalui perbincangan ini Kertas Putih
atau Constitutional Proposals for the Federation of Malaya telah diterbitkan. Kandungannya ialah
beberapa pindaan terhadap Laporan Suruhanjaya Reid serta rangka perlembagaan yang telah
dipersetujui semua ahli rundingan.
Seterusnya, pada Jun 1957, Rang Undang-undang Perlembagaan telah diperkenankan oleh Majlis
Raja-Raja. Perlembagaan Persekutuan ini turut dibahas pada 12 Julai1957 di House of Commons,
England dan ia diluluskan tanpa sebarang pindaan. Manakala, House of Lord telah meluluskan
Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan tanpa pindaan setelah dibahaskan pada 29 Julai
1957. Seterusnya, Majlis Perundangan Persekutuan pula telah meluluskan Rang Undang-Undang
Perlembagaan Persekutuan pada 15 Ogos 1957. Ia dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957, iaitu sebaik
sahaja perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan tamat. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan ini
berkuatkuasa secara rasmi pada 31 Ogos 1957 bersempena dengan pengisytiharan kemerdekaan
Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan ini dipinda apabila Singapura, Sabah dan Sarawak
bergabung dengan Tanah Melayu semasa pembentukan Malaysia.
Gambar 1.7 Parti Perikatan Raja-Raja
Melayu Kolonial British
PERISYTIHARAAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957 dan draf Perlembagaan Persekutuan diterima. Ianya
juga diperbaharui seperti Singapura, Sabah, Sarawak, dan Tanah Melayu di satukan menjadi negara
Malaysia pada 16 sep 1963.
Gambar 1.8 Perisytiharan Perlembagaan
GARIS WAKTU GUBALAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(NURLYANA AFIRA BINTI MAKMUM – 01DPM21F1001)
…… Negeri-negeri menerimanya.
Majlis Perundangan Persekutuan
membahas dan meluluskannya
……. (10 Jun 1957)
Dalam Parlimen British,Draf Kedua
dibahas dan diluluskan
…..
Penubuhan JawatanKuasa untuk
mengkaji Draf Pertama.Kertas Putih
dikeluarkan oleh JK, dan perbincangan
tentang cadangan JK berlaku di
London(10 Mei),mencadangkan beberapa
1957 pindaan
Draf Pertama Perlembagaan
Persekutuan dikeluarkan oleh
……. Suruhanjaya Reid
Perlantikan Suruhanjaya
Perlembagaan
(terma-terma lantikan dibekalkan)
……
1956 Persidangan London
(16 Jan-6 Feb)
Perjanjian London
(Kemerdekaan Malaysia pada 8 Feb)
Pilihan Raya Pertama,Penubuhan
Majlis Perundangan Persekutuan dan
1955 Majlis Mesyuarat Persekutuan
DEFINISI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
(KOK SHU TEE – 01DPM21F1034)
Perlembagaan merupakan prinsip - prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan
dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang, adat atau peraturan yang lazim.
Perlembagaan juga berkait dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa agihan antara institusi
kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan
had - had kewibawaan kerajaan dan cara - cara pemilihan serta pelantikan pemerintah.
Perlembagaan ialah prinsip - prinsip asas dan sumber undang-undang tertinggi negara.
Kewujudan perlembagaan adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara, selain juga
berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang - undang sama ada di pihak pemerintah atau
rakyat. Perlembagaan bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.
Gambar 1.8 Perlembagaan Malaysia
Gambar 1.9 British mempersetujui memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu
KONSEP PERLEMBAGAAN
(THARANI A/P V.SELVAM – 01DPM21F1029)
1 Definisi: Peraturan negeri atau
undang-undang atau pemerintah
negeri.
2 Bermatlamat untuk
memberikan jaminan dan
perlindungan kepada rakyat.
3 Merupakan sumber undang-
undang tertinggi sesebuah.
4 Perlembagaan Persekutuan
mempunyai 131perkara yang
menyentuh berkaitan pemerintahan.
Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan
undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah
negara. Perlembagaan berperanan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah
kerajaan dan hak-hak rakyat.
Perlembagaan ialah suatu kumpulan undang-undang dasar yang menentukan cara
pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan menerangkan kuasa-kuasa yang
dipunyai oleh pelbagai anggota negara itu, hak-hak yang dipunyai oleh orang yang diperintah
dan perhubung antara yang memerintah dengan orang yang diperintah.
Profesor Dicey (dalam Tun Mohd. Salleh Abas, 1997) berpendapat bahagia undang-undang
perlembagaan mengandungi dua prinsip sahaja, iaitu prinsip kedaulatan parlimen dan prinsip
undang-undang. Sebagai undang-undang utama di sebuah negara, perlembagaan
mengandungi pelbagai peruntukan, antara lain & adan Perundangan iaitu Parlimen, & adan
Pemerintah seperti emaah Menteri, mahkamah dan lain-lain. Perlembagaan juga
mengandungi peruntukan-peruntukan lain seperti kenegaraan, kebebasan asasi, agama,
bahasa kebangsaan dan sebagainya.
Menurut Md. Bohari Ahmad (1997), perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua undang-undang asas negara. Perlembagaan wujud daripada kehendak
keadaan semasa dan diasaskan atas kebolehan kerajaan untuk menjamin semua yang
terkandung di dalam perlembagaan itu. Jika undang-undang yang dikanunkan berlandaskan
perlembagaan yang tidak dapat dijalankan atau hak yang dijanjikan di dalamnya tidak dapat
ditunaikan, maka perlembagaan itu tidak bermakna. Oleh itu, perlembagaan mestilah
dipegang teguh dan seimbang dengan hasrat orang ramai. Yang nyata ialah perlembagaan
bukan sahaja merupakan sebuah fikiran atau syor,tetapi merupakan undang-undang agung
negara.
KESIMPULAN
(NUR HAZIERA BINTI MOHD SHUKOR – 01DPM21F1030)
Perlembagaan persekutuan merupakan satu aspek penting bagi sesebuah negara supaya rakyat
hidup dalam keadaan yang damai . Keharmonian sesebuah negara dapat dipertingkatkan
apabila perlembagaan persekutuan diwujudkan sekaligus memupuk kasih sayang diantara
semua rakyat , tanpa perlembagaan persekutuan, keharmonian dan keamanan tidak akan
wujud dalam negara dan akan menyebabkan negara menjadi kucar kacir serta rakyat hidup
dalam kebencian dan bermusuhan . Ia juga akan mengakibatkan pergaduhan sehingga
melibatkan nyawa . Ini akan menjadi imej negara terjejas .
Kesimpulannya , kita perlu mengambil iktibar dari pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh
generasi terdahulu dalam menghayati erti sedia berkorban, toleransi dan rela berkongsi
kuasa. Permuafakatan sosial atau social contract ini perlu diterima oleh semua rakyat
Malaysia tanpa perlu mempersoalkan lagi. Melalui pembudayaan sikap ini, secara langsung
ia dapat menghindarkan negara Malaysia daripada berada dalam keadaan tidak stabil yang
boleh merosakan perpaduan yang sudah sedia terjalin . Oleh itu rakyat perlu hidup bersatu
padu bagi menjaga keharmonian negara.
LAMPIRAN
(NUR HAZIERA BINTI MOHD SHUKOR – 01DPM21F1030)
https://images.app.goo.gl/uSdJvYts7w2nfuVx7
https://images.app.goo.gl/rZHnGzANYe8poJnk9
https://images.app.goo.gl/AQvKPpqn8vSaw5fV6
SUMBER RUJUKAN
Pengenalan Perlembagaan Persekutuan
https://www.researchgate.net/publication/326987913_Perlembagaan_Persekutuanpdf
Undang-undang sebelum kedatangan penjajah
https://membelaislam.wordpress.com/2010/06/14/undang-undang-islam-gemilang-sebelum-
kedatangan-british-ke-tanah-melayu/
Malayan Union
https://ms.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union
Persekutuan Tanah Melayu 1948
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Persekutuan_Tanah_Melayu_1948
Kerjasama etnik; CLC, Pilihan Raya, Perikatan
https://www.slideshare.net/izuan21/hubungan-etnik-24081390
Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)
https://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid
Jawatankuasa Kerja
http://budakrobot2016.blogspot.com/2016/09/jawatankuasa.html
Perisytiharan Perlembagaan
https://www.amazon.com/Perisytiharan-Kemerdekaan-Perlembagaan-Rang-Undang-
Undang/dp/9021160862
Definisi Perlembagaan Persekutuan
https://www.scribd.com/doc/168891933/Definisi-Dan-Konsep-Perlembagaan-Persekutuan
Konsep Perlembagaan Persekutuan
https://www.slideshare.net/rosnabil/konsep-perlembagaan