BAHASA MELAYU
TINGKATAN DUA
KELAS 2 TEKUN
PANTUN
KASIH SAYANG
DISEDIAKAN OLEH : CIKGU KANG
PANTUN KASIH
SAYANG
DARIPADA ANTOLOGI
BAIK BUDI, INDAH
BAHASA (M/S 14 & 15)
MAKSUD PANTUN
Rangkap 1
Wajah seseorang yang kelihatan berseri-seri kerana
senyumannya yang menawan.
Rangkap 2
Harapan yang tinggi terhadap seseorang tetapi akibat tersilap
perhitungan, harapan tidak kesampaian.
MAKSUD SAJAK
Rangkap 3
Menyimpan impian untuk mendapatkan seorang wanita
yang cantik serta tiada bandingannya.
Rangkap 4
Menggunakan muslihat untuk memikat anak gadis orang.
MAKSUD SAJAK
Rangkap 5
Seseorang perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, akan bertemu
juga akhirya.
TEMA
Kasih sayang antara teruna dengan
dara. Namun begitu, untuk mencapai
impian supaya dapat hidup bersama-
sama kadangkala kita terpaksa
menempuh berbagai-bagai halangan
seperti perbezaan darjat atau
perpisahan.
PERSOALAN
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam
pantun ini, antaranya:
(a) Perwatakan yang menarik akan menyebabkan kita
disukai oleh ramai orang.
(b) Perbezaan antara darjat menyebabkan impian
seseorang akan terhalang.
(c) Cita-cita untuk memiliki sesuatu yang besar
dianggap mustahil kerana adanya kekurangan diri.
(d) Sanggup berpura-pura untuk mencapai sesuatu
tujuan.
(e) Perpisahan yang berlaku tidak semestinya untuk
selama-lamanya kerana pada suatu hari nanti pasti
akan bertemu semula.
BENTUK
(a) Pantun ini terdiri daripada lima
rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap
adalah sama. Contohnya,
rangkap 1: empat baris;
rangkap 2: empat baris;
rangkap 3: empat baris;
rangkap 4: empat baris;
rangkap 5: empat baris.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d)Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga
hingga enam patah kata. Contohnya,
Jalan-jalan sepanjang jalar (3 patah kata)
Asam di darat ikan di laut (6 patah kata)
N
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan
hingga sepuluh suku kata.
Contohnya,
Berasa dahan terlampai (8 suku kata)
Kuala Linggi bakaunya rendah (10 suku kata)
(t) Pantun ini berbentuk terikat.
UNSUR
BUNYI
(a) Asonansi. Contohnya,
Kandis terletak dalam puan (perulangan vokal a)
Singgah-menyinggah di pagar orang (perulangan vokal i)
Gula madu kusangka manis (perulangan vokal u)
(b) Aliterasi. Contohnya,
Asam di darat ikan di laut (perulangan konsonan d)
Harap hati kepada tuan (perulangan konsonan h)
Buah mengkudu kusangka kandis (perulangan konsonan k)
Asap api di Tanjung Tuan (perulangan konsonan t)
(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,
rangkap 1: abab
rangkap 2: abab
rangkap 3: abab
rangkap 4: abcb
rangkap 5: abab
GAYA
BAHASA
(a) Penggunaan unsur alam. Contohnya, buah mengkudu;
kandis; asap; api; bakau; langit; anak udang; dahan;
bulan; bintang; ayam; asam; ikan; laut; dan sebagainya.
(b) Personifikasi. Contohnya, Anak udang meniti batang.
(c) Paradoks. Contohnya, Langit tinggi kupandang rendah.
(d) Repetisi. Contohnya,
kandis (rangkap 1, baris 1 dan 2)
manis (rangkap 1, baris 3 dan 4)
tuan (rangkap 1, baris 4; rangkap 2, baris 1 dan 3);
di (rangkap 2, baris 1; rangkap 4, baris 2; rangkap 5, baris
3)
NILAI
a) Kasih sayang. Contohnya, kasilh sayang sesama insan akan mengeratkan tali
persaudaraan.
(b) Rasional. Contohnya, pemıkiran yang rasional sangat penting sebelum seseorang
hendak melakukan sesuatu perkara.
(c) Keikhlasan. Contohnya, setiap perbuatan yang dilakukan memerlukan keikhlasan
hati.
(d) Berusaha. Contohnya, usaha yang gigih sangat penting untuk mencapai sesuatu
impian agar segala yang dicita-citakan akan tercapai.
(e) Kesetiaan. Contohnya, kesetiaan sangat penting sewaktu berlakunya perpisahan.
PENGAJARAN
(a) Kita haruslah saling menyayangi antara satu dengan yang lain.
(b) Kita mestilah bersikap rasional sebelum melakukan sesuatu yang
dianggap mustahil.
c) Kita haruslah ikhlas dalam melakukan setiap perkara dalam kehidupan.
(d) Kita mestilah berusaha dengan gigihnya untuk mencapai cita-cita yang
dihajatkan.
(e) Kita haruslah setia terhadap seseorang walaupun terpisah jauh
dengannya.