SEKAPUR SIRIH
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan
limpah dan izinNya jua Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan
Mizan (IPGKSM) telah menerima guru-guru pelatih baharu bagi
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP)
Ambilan Jun 2021.
Selamat datang semua pelajar baharu PPISMP Ambilan Jun 2021
ke IPG Kampus Sultan Mizan. Syabas dan tahniah diucapkan kerana
berjaya terpilih ke program ini. Semoga semua pelajar yang terpilih ini
akan dapat menimba ilmu pengetahuan, kepakaran dan sahsiah yang
berguna bagi melahirkan guru-guru yang profesional sepertimana
kehendak yang digariskan pada Anjakan Keempat dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion
Pilihan.
IPG Kampus Sultan Mizan sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru telah diamanahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk melahirkan
guru-guru siswazah terlatih yang bakal dipasarkan ke sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia. Selain
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), IPG Kampus Sultan Mizan juga
mengendalikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Siswazah
Pendidikan (PDPP).
Akhir kata, saya berharap semua warga IPG Kampus Sultan Mizan dapat memperkasakan tanggungjawab
dalam melahirkan para pendidik yang berjiwa pendidik, professional dan berilmu selaras dengan aspirasi
IPG.
Sekian, salam hormat dan selamat maju jaya.
DR. HJ. AHAMAD BIN RAHIM
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
VISI IPG
IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru.
MISI IPG
IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.
AHLI JAWATANKUASA
MINGGU PENDAFTARAN DAN PENGURUSAN PELAJAR BAHARU (MPPPB)
PPISMP AMBILAN JUN 2021
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
PENGERUSI Dr. Hj. Ahamad bin Rahim
(Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)
TIMBALAN PENGERUSI En. Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali@Yusof
(Pemangku Timbalan Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan)
PENYELARAS En. Nik Abdullah bin Nik Cob
(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
PENOLONG En. Suhaimi bin Ibrahim
PENYELARAS (Timbalan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
SETIAUSAHA En. Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad @ Mohammed
PENOLONG (Ketua Unit Rekod dan Data HEP)
SETIAUSAHA Cik Amni Safiah bt Ab Halim
JAWATANKUASA (Pegawai Pengurusan HEP)
TAKLIMAT MPPPB Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman
En. Nik Abdullah bin Nik Cob
JAWATANKUASA En. Mohd Rasidi Al Munir bin Aziz
LATIHAN DALAM En. Azizo bin Awang
KUMPULAN (LDK) En. Mohd Zuraidi bin Mohamed
JAWATANKUASA Hjh. Wan Kamsiah bt Wan Ahmad
KEROHANIAN DAN En. Ibhrim @ Ibrahim bin Yajid
MORAL Hjh. Roshidah bt Mat
JAWATANKUASA En. Suhaimi bin Ibrahim
TEKNIKAL ICT En. Nik Ghazali bin Nik Md Amin
En. Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad @ Mohammed
JAWATANKUASA En Mohd Sajaretulmutaha bin Mat Nor (K)
BACKDROP DAN Pn Zulaini bt Husin
POSTER HEBAHAN
En Muhammad Zawawi bin Muhammad Ali@Yusof (K)
Hj Mohd Rusli bin Ismail
YM Tuan Yusof bin Tuan Mat
Ts. Hj. Mohamad Yusoff bin Ahmad (K)
Pn Nur Azimah bt Abu Bakar
En. Md Roshaimi bin Mat Hassan
Pn Asmida bt Che Aripin
JAWATANKUASA En Wan Mohd Khairi bin Wan Awang (K)
DOKUMENTASI Cik Amni Safiah bt Ab Halim
JAWATANKUASA BUKU Ts. Shariful Hafizi bin Md Hanafiah
PROGRAM DIGITAL Nur'Ain Hannani Binti Helmi PISMP BM 1
Nur Ainsyaqinah Binti Johari PISMP BM 1
JAWATANKUASA Muhd Fadhlin Bin Zaid PISMP PAI 4
SEMAKAN DOKUMEN En. Kamarizan bin Ya (K)
DAN SESI BERSAMA
MENTOR Hj. Mazri bin Abd. Rahman (BM 1)
Dr. Zanariah bt Isa (BM 2)
JAWATANKUASA Hj. Mohd Sarifuddin bin Mat Salleh (BM 3)
TUGAS-TUGAS KHAS YM Raja Zaid bin Raja Kadir (BM 4)
JAWATANKUASA Pn. Suhaili bt Mohd Yusoff (BM 5)
MAJLIS PENUTUPAN En. Mohd Irham bin Mohd Zainuddin (PJ 1)
MPPPB En. Wan Khairuddin bin Wan Mohammad (PJ 2)
Hj. Zakaria bin Sulaiman (SN 1)
Pn. Rosmawati bt Mohamed (SN 2)
Pn. Hanisah bt Yaacob
En. Azmi bin Mansor
En. Md Hardi bin Md Yahya
JHEP dan JPP Sesi 2021/2022
LAMPIRAN 1
SENARAI TAKLIMAT DAN PENCERAMAH
TAKLIMAT MPPPB PPISMP JUN 2021
BIL TAJUK NAMA PEGAWAI PENCERAMAH
1 AMANAT PENGARAH Dr. Hj. Ahamad bin Rahim (Pengarah IPGKSM)
2 TAKLIMAT PENERAPAN BUDAYA En. Nik Abdullah bin Nik Cob (KJ HEP)
IPG
3 TAKLIMAT DISIPLIN En. Suhaimi bin Ibrahim (KU Disiplin & Tatatertib HEP)
4 TAKLIMAT KURIKULUM Dr. Hj. Salime bin Ab Rahman (KJ JKA)
5 TAKLIMAT PEPERIKSAAN En. Mohd Rasidi Al Munir bin Aziz (KU UPP)
6 TAKLIMAT KOKURIKULUM En. Azizo bin Awang (KU KO)
7 TAKLIMAT PRAKTIKUM En. Mohd Zuraidi bin Mohamed (KU PRAK)
8 TAKLIMAT KOMITMEN KAMI Hjh. Roshidah bt Mat (KS SKP)
9 TAKLIMAT INTEGRITI En. Ibhrim @ Ibrahim bin Yajid (KS STTK/Pengerusi Unit Integriti)
10 TAKLIMAT KEBAJIKAN En. Nik Ghazali bin Nik Md Amin (KU Kebajikan HEP)
11 TAKLIMAT SMP En. Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad (KU Rekod & Data HEP)
12 TAKLIMAT PUSAT SUMBER Hjh. Wan Kamsiah bt Wan Ahmad (KU PS)
13 SESI BERSAMA KAUNSELOR En. Md. Sajaretulmutaha bin Mat Nor (KU UPsK)
14 SESI BERSAMA MENTOR Semua Mentor PPISMP Ambilan Jun 2021 (Rujuk Senarai
Mentor)
LAMPIRAN 2
SENARAI MENTOR DAN UNIT BAGI PPISMP AMBILAN JUN 2021
BIL. NAMA MENTOR UNIT BIL. PELAJAR
1. TN. HJ. MAZRI BIN ABD RAHMAN BM 1 22
2. DR. ZANARIAH BT MAT ISA BM 2 22
3. TN. HJ. MOHD SARIFUDDIN BIN MAT SALLEH BM 3 22
4. YM. RAJA ZAID BIN RAJA KADIR BM 4 22
5. PN. SUHAILI BT MOHD YUSOFF BM 5 21
6. EN. MOHD IRHAM BIN MOHD ZAINUDDIN PJ 1 16
7. EN. WAN KHAIRUDDIN BIN WAN MOHAMMAD PJ 2 16
8. TN. HJ. ZAKARIA BIN SULAIMAN SN 1 15
9. PN. ROSMAWATI BT MOHAMED SN 2 15
JUMLAH 9 UNIT 171 PELAJAR
JADUAL MINGGU PENGURUSAN & PENDAFTARAN
PELAJAR BAHARU (MPPPB) PISMP AMBILAN JUN 2021
TARIKH / HARI / 6 SEPT 2021 7 SEPT 2021 8 SEPT 2021 9 SEPT 2021
MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS
TAKLIMAT
8.30 PG 9.30 PG PENDAFTARAN TAKLIMAT TAKLIMAT SISTEM
PELAJAR BAHARU KURIKULUM KOMITMEN KAMI MAKLUMAT
9.30 PG 10.30
PG DALAM TALIAN (KJ JKA) (KS SKP) PELAJAR (SMP)
TAKLIMAT TAKLIMAT PUSAT
(JHEP) PEPERIKSAAN (JHEP)
SUMBER
(KU UPP) (KU PS)
10.30 11.00 REHAT
PG PG
TAKLIMAT
11.00 12.00 KEBAJIKAN
PG T.HARI (LAWATAN KE
LUAR NEGARA /
AMANAT TAKLIMAT KAHWIN / MAJLIS
PENGARAH KOKURIKULUM INSURAN) PENUTUPAN PPPB
(KU
KOKURIKULUM)
12.00 1.00 TAKLIMAT (JHEP) (JHEP DAN JPP)
PENERAPAN
T.HARI T.HARI BUDAYA IPG TAKLIMAT TAKLIMAT
PRAKTIKUM INTEGRITI
(JHEP) (KU PRAKTIKUM) (JK INTEGRITI)
1.00 2.30 REHAT / SOLAT ZOHOR / TAZKIRAH / MORAL
T.HARI PTG (JAPIM)
2.30 3.30 TAKLIMAT DISIPLIN
PTG PTG (PERATURAN SESI BERSAMA SESI BERSAMA
3.30 4.30 PELAJAR IPG / KAUNSELOR MENTOR
PTG PTG AKTA174 / PECAH
KONTRAK) (KU PSIKOLOGI & (JHEP DAN
KAUNSELING) MENTOR)
(JHEP)
• Semua pelajar diwajibkan untuk mengikuti setiap sesi dalam jadual.
• Sekiranya sesi tersebut dijalankan secara sidang video (video conference) semua pelajar perlu membuka kamera
dengan berpakaian formal.
LOGO IPG
BENDERA IPG
MAKSUD BENDERA RASMI IPG KPM
i. Warna emas (Gold Metalic) yang menjadi latar bendera menggambarkan kecemerlangan operasi IPG secara
menyeluruh ke arah pendidikan guru bertaraf dunia.
ii. Kedudukan logo di tengah-tengah bendera menggambarkan IPGM KPM berfungsi sebagai tunjang kepada
keseluruhan kampus IPG di seluruh negara.
iii. Jalur biru di kiri dan kanan logo IPG KPM melambangkan kesepaduan dan kejelekitan keseluruhan kampus IPG
dalam mendukung matlamat, objektif, visi dan misi IPG KPM ke tahap global.
iv. Teks KPM bermaksud IPG merupakan sebuah institusi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
v. Warna biru (Royal Blue) pada bendera merupakan warna rasmi IPG KPM.
KAMPUS-KAMPUS IPG DI SELURUH MALAYSIA
*Tiada dalam peta* English Language Teaching Centre (ELTC), Negeri Sembilan
LAGU-LAGU RASMI
KOMITMEN KAMI
Ikrar dijunjung, digenggam erat
Setiap tugas
pasti sepakat
Tugas yang murni
mendapat berkat
Guru berketerampilan
sempurna sifat
Kami sedia hadapi cabaran
Mampu bersaing
di antarabangsa
Berinovasi
Berteknologi tinggi
Agama jadi pegangan Maha Esa
Restui kami
Cemerlang dalam
segala bidang
Sahsiah, akademik
tetap seiringan
Komitmen ini
tetap dibajai
Kejayaan dituai bersama
SEJARAH IPGM
Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia di naik taraf kepada
Institut Pendidikan Guru (IPG). Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini
institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan. Implikasi
naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf
tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Graduan sulung IPG telah pun
menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.
IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996. Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan
mengenai dasar-dasar akademik.Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan
Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.
SEJARAH IPGKSM
PERASMIAN MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN (MPSM)
PENGISYTIHARAN NAMA MPSM KEPADA INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN (IPGKSM)
ATUR CARA MAJLIS PENUTUPAN MPPPB
PPISMP JUN 2021 IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
9 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)
(Pelantar Google Meet e-pembelajaran dan Fb Live IPGKSM)
11.00 pagi - Ucapan alu-aluan pengacara majlis
11.05 pagi - Nyanyian lagu Negaraku
11.10 pagi - Bacaan doa
11.15 pagi - Ikrar pelajar baharu
11.25 pagi - Ucapan KJ HEP
11.40 pagi - Tayangan montaj MPPPB
11.50 pagi - Ucapan Pengarah
12.10 tgh - Nyanyian lagu Selamat Sultan
12.15 tgh - Majlis Bersurai
*atur cara tertakluk kepada perubahan yang akan dimaklumkan dari
semasa ke semasa