ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. KATA ALU-ALUAN REKTOR IPGM 1 2. KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPGM KSM 2 3. KATA ALU-ALUAN PENGARAH DBPWT 3 4. LIRIK LAGU 5 5. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 6 6. ATUR CARA PROGRAM 7 7. BIODATA SASTERAWAN NEGARA KE-10: DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN 8 8. KOLEKSI KARYA: DATO’ DR. ANWAR RIDHWAN 13 9. BIODATA PANEL: DR. NORDIANA BINTI AB. JABAR 16 10. BIODATA MODERATOR: DR. FADH RAZY 17 11. SENARAI JAWATAN KUASA 18 12. AUTOGRAF 20 13. CATATAN 21
KATA ALU-ALUAN REKTOR IPGM Bismillahirrahmanirrahim Assalamulaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi peluang untuk menitip sepatah dua kata dalam buku program Minda Kreatif Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang bertempat di Dewan Utama Politeknik Besut, Terengganu. Program Minda Kreatif Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan ini terdiri daripada peserta pelajarpelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Bahasa Melayu, pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan dan guru-guru Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Terengganu. Bersempena dengan sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Jabatan Pengajian Melayu mengambil peluang untuk mengadakan program minda kreatif bersama Sasterawan Negara. Program yang diadakan ini merupakan satu langkah yang tepat bukan hanya dapat mengenali Sasterawan Negara yang dijemput malah untuk memberikan pendedahan kepada siswa siswi pendidik kerana bicara kreatif bersama Sasterawan Negara ini berbentuk perkongsian ilmu, kemahiran dan pengetahuan. Oleh hal yang demikian, secara tidak langsung mereka akan menghargai pengorbanan penulis yang diberi pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh kerajaan. Akhirul kalam hasil daripada penganjuran program ini, diharapkan dapat memperkenalkan tokoh Sasterawan Negara dan mencintai hasil penulisan kreatif mereka. Seterusnya, dapat menimbulkan keinginan membaca hasil penulisan karyawan Sasterawan Negara. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DR. MOHD AZAM BIN AHMAD REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA. 1
KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPGM KSM Assalamulaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi peluang untuk menitip sepatah dua kata dalam buku program Minda Kreatif Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang bertempat di Dewan Utama Politeknik Besut, Terengganu. IPGM Kampus Sultan Mizan ialah sebuah institusi yang cukup bertuah kerana diberi keizinan untuk menganjurkan program yang cukup bermakna ini. Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan major Bahasa Melayu, pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan dan guru-guru Jabatan Pendidkan Negeri Kelantan dan Terengganu diharapkan beroleh manfaat daripada program ini. Rasional program ini ialah untuk melahirkan semangat patriotik dan menghargai hasil karyawan penulis terkenal negara kita, mengenali laras bahasa penulisan sasterawan negara kita dan mendekatkan masyarakat dengan karya-karya Sasterawan Negara. Bicara bersama Sasterawan Negara ini juga bermatlamat untuk memberi nilai tambah kepada pelajar, pensyarah dan guru dalam meningkatkan pengetahuan sedia ada dalam penulisan kreatif. Hal ini penting kepada pelajar yang mengambil major Bahasa Melayu dalam menambah minat dalam bidang penulisan kreatif yang merupakan satu cara mereka menceritakan perasaan dan pengalaman melalui penulisan. Akhir kata diharapkan pelaksanaan program kursus ini akan memberi impak positif kepada pelajar dalam melebarkan pengetahuan sedia ada dan akan lebih yakin dan lebih bersemangat untuk menghasilkan penulisan kreatif dengan menjadikan Sasterawan Negara sebagai idola dalam penulisan mereka. Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. DR. HJ. AHAMAD BIN RAHIM PENGARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN. 2 Bismillahirrahmanirrahim
KATA ALU-ALUAN PENGARAH dewan Bahasa Dan Pustaka wilayah timur Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan dan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan atas daya usaha bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur melaksanakan program Minda Kreatif Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Terima kasih kepada Politeknik Besut yang sudi menyediakan tempat dan kemudahan, satu ruang yang cukup selesa kepada pelaksanaan program ini. Terima kasih juga kepada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Terengganu dan Penjara Marang Terengganu yang sudi bekerjasama menjayakan pementasan teater khas Sasterawan Negara. Juga kepada PPD Besut, Setiu dan Pasir Puteh, guru-guru dan semua yang turut mengambil peluang hadir ke program ini. Sekalung penghargaan kepada Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP yang hadir menyampaikan ilmu, pemikiran, pengalaman dan pandangan beliau berkongsi kepada khalayak, serta Dr. Mohd Azam Ahmad, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia yang merasmikan program ini. Pada tahun 2023, Dewan Bahasa dan Pustaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program melalui peruntukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam mempromosikan dan mengadakan aktiviti berkaitan Sasterawan Negara. Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan perasmian Majlis Pelancaran Karya Agung Sayr al-Salikin dan Hikayat Iskandar Zulkarnain, pada 17 April 2023, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP menyatakan, “Untuk menjadi seorang warganegara dan cendekiawan, saya percaya akarnya tentulah melibatkan elemen sastera, kebudayaan Melayu, budaya dunia, Islam dan budaya lain kerana kita hidup dalam masyarakat kosmopolitan yang harus menunjukkan keupayaan kita dalam memahami budaya dan tamadun yang lain.... Saya tahu tentang fahaman ini, jadi kita mohon Menteri Pendidikan untuk membantu menyelaraskan keutamaan DBP, Institut Terjemahan dan Yayasan Karyawan termasuklah... untuk segera menerbitkan dan menyebarluaskan karya-karya Sasterawan Negara.” 3 Bismillahirrahmanirrahim
KATA ALU-ALUAN PENGARAH dewan Bahasa Dan Pustaka wilayah timur Menyahut seruan YAB Perdana Menteri Malaysia tersebut maka, DBP menerusi DBP Wilayah Timur telah merangka program Minda Kreatif Sasterawan Negara bagi menyokong inisiatif ini. SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang merupakan Sasterawan Negara Ke-10 telah diundang untuk menyampaikan pemikiran dan berkongsi karya beliau melalui majlis Minda Kreatif Sasterawan Negara (SN) Dato’ Dr. Anwar Ridhwan pada 22 Oktober 2023 di UMK Kampus Bachok melibatkan lebih 600 orang khalayak meliputi wakil-wakil jabatan, warga pendidik, warga kampus Universiti Malaysia Kelantan dan Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Pada 19 November 2023, DBP Wilayah Timur telah mengadakan program Minda Kreatif Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Kota Bharu. SN Prof. Emeritus Muhammad Hj. Salleh telah berkongsi karya dan pemikiran beliau kepada lebih 450 orang warga pendidik, wakil jabatan dan penulis di Kelantan. Pada tahun 2024, DBP Wilayah Timur meneruskan agenda mempromosikan Sasterawan Negara menerusi penganjuran program Minda Kreatif SN. Pada kali ini, program ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan IPGM Kampus Sultan Mizan, dan sekali lagi pemikiran SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan terpilih untuk dibincangkan atas permintaan khusus oleh IPGM Kampus Sultan Mizan. Dan insya-Allah, program ini akan terus dilaksanakan secara konsisten dengan penampilan Sasterawan Negara yang lain juga. Kami berharap agar lebih banyak pihak yang sudi bekerjasama dengan DBP Wilayah Timur bagi menganjurkan program ini pada masa akan datang. Akhirnya, harapan kami agar program ini dapat menjadi wadah dalam mewujudkan persekitaran masyarakat yang cakna, mengetahui dan menghargai pemikiran Sasterawan Negara yang menjadi wahana pembinaan dan pengembangan tamadun dan memupuk perpaduan kebangsaan. Salam Bahasa Jiwa Bangsa. ARIZA BINTI CHE ISMAIL PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH TIMUR. 4
Lirik lagu Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta LAGU NEGARAKU Institut Pendidikan guru Kami sentiasa bersedia Menjulang etika kerja Berkorban jiwa raga Menjunjung aspirasi Bangsa negara tercinta Berwibawa berintegriti Keunggulan peribadi Berteraskan keimanan Mendidik anak bangsa LAGU IPGM Kami bangga menjadi guru Kerjaya dihormati Tidak jemu menimba ilmu Bakti setulus hati dan budi IPG Malaysia berikrar Membentuk guru berkualiti Penyayang berakhlak mulia Mendukung misi visi IPG Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa Nama dari suatu sejarah Api dari suatu zaman Kesaktian lidah rakyat Dewan Bahasa kau obor kebangsaan Restu dari jiwa pahlawan Nyala membakar semangat rakyat Kau abadi dan keramat Dipayungi langit tanah air Diusap angin pantai permai Dilindungi pohon nan menghijau Dijunjung tanah tempat berpijak Dewan Bahasa tenaga jiwa bangsa Nama dari suatu sejarah Api dari suatu zaman Obor semangat nan abadi. LAGU DBP 5
6 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. VISI IPG IPG peneraju kecemerlangan pendidikan guru MISI IPG IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah Pendidikan sekolah bertaraf dunia.
ATUR CARA program MASA PERKARA 1.45 tengah hari : Pendaftaran Peserta dan Undangan. 2.00 petang : Ketibaan YBrs. YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor IPGM. 2.15 petang : Ketibaan YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. 2.30 petang : Nyanyian Lagu (Negaraku, Dewan Bahasa dan IPGM). : Bacaan Doa. : Ucapan Alu-aluan oleh YBrs. Dr. Haji Ahamad bin Rahim, Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan. : Ucapan oleh YBrs. Puan Ariza binti Che Ismail, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur. : Persembahan daripada pelajar IPGM KSM. : Ucapan Perasmian oleh YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Rektor IPGM. : Minda Kreatif Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. - Persembahan Teater Pendek oleh penghuni Penjara, Marang Terengganu. - Sesi Minda Kreatif. - Sesi Soal Jawab. : Lagu Bahasa Jiwa Bangsa. 4.45 petang : Bersurai. Tarikh : 28 April 2024 (Ahad) Masa : 2.00 – 4.45 petang Tempat : Dewan Utama, Politeknik Besut, Terengganu 7
BIODATA Sasterawan negara ke-10 Dato’ Dr. anwar ridhwan 8 ANWAR RIDHWAN, DATO' (1949 – KINI), penulis dan Sasterawan Negara yang ke-10. Beliau terkenal sebagai penulis cerpen, drama, novel dan puisi di samping esei bahasa, sastera, budaya dan seni. Anwar Ridhwan atau nama sebenarnya Mohd. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar (1956 – 1962). Kemudian, beliau belajar di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam (1963 – 1967) dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1968 – 1969). Pada tahun 1970, beliau diterima masuk di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Bakat Anwar Ridhwan dalam bidang sastera dan penulisan mula dikesan semasa tahun pertama di universiti terutama dalam genre sajak dan cerpen. Beliau turut mengasaskan Ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) serta mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara. Beliau lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1973. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (1997) daripada universiti yang sama. Pada tahun 1973, Anwar Ridhwan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Dari tahun 1997 hingga 2000, beliau bertugas sebagai Profesor Pelawat, Tokyo University of Foreign Studies di Jepun, mengajar bahasa dan kesusasteraan Melayu kepada pelajar ijazah pertama. Beliau bersara daripada DBP pada 4 Ogos 2005 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarah Penerbitan.
9 BIODATA Sasterawan negara ke-10 Dato’ Dr. anwar ridhwan Mulai 15 Julai 2008, beliau dilantik sebagai pensyarah kanan di Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Malaysia, dan dilantik sebagai Dekan fakulti tersebut (2009 – 2011). Anwar Ridhwan pernah mengikuti kursus Pengurusan dan Penerbitan Buku di New York University (September – Disember 1982). Pada tahun 1986, beliau diundang menyertai kursus “International Writing Program” di University of Iowa, Amerika Syarikat selama empat bulan (September – Disember) atas tajaan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Pada tahun 1987, semasa memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera, DBP beliau dilantik menjadi Setiausaha Anugerah Sastera Negara. Pada bulan Ogos 1988, Anwar Ridhwan mewakili negara dalam pertemuan Puisi Dunia di Struga, Yugoslavia. Beliau mengunjungi Rusia dari bulan September hingga Oktober 1988, untuk menghayati perkembangan semasa sastera dan sosial di sana, atas undangan Persatuan Penulis Soviet. Beliau turut pernah menjadi Setiausaha Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) (1974 – 1976) dan Ketua Satu Persatuan Penulis Nasional (PENA) (1987/1988). Pada peringkat awal dalam bidang penulisan, Anwar Ridhwan menulis puisi, esei dan cerpen. Tetapi kemudiannya, beliau lebih banyak menghasilkan cerpen dan novel. Enam buah cerpennya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia, iaitu “Perjalanan Terakhir” (1971), "Dunia adalah Sebuah Apartmen" (1973), “Sesudah Perang” (1976) dan “Sasaran”, “Sahabat” serta “Menjadi Tua” (1982/1983).
10 BIODATA Sasterawan negara ke-10 Dato’ Dr. anwar ridhwan Pada tahun 1992, cerpennya “Dari Kiev ke Moskova” (Dewan Sastera, April 1992) memenangi hadiah pertama Peraduan Cerpen DBP – Maybank 1992. Novelnya yang pertama, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman mendapat hadiah pertama Hadiah Novel Yayasan Sabah-GAPENA II pada tahun 1979. Novel ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Harry Aveling dengan judul The Last Days of An Artist (1982). Johan Jaaffar telah memindahkan novel ini ke dalam bentuk drama pentas dan berjaya dipentaskan sebanyak 14 kali di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Singapura pada tahun 1984/1985. Novel ini juga diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dan Urdu, serta difilemkan oleh Balang Rimbun. Novel Anwar Ridhwan yang kedua, Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia tahun 1984/1985. Arus telah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis pada tahun 1989 dan kemudiannya ke dalam bahasa Thai. Beliau turut memenangi Hadiah Drama Esso – GAPENA II untuk drama Orang-orang Kecil (1990), Hadiah Utama Yayasan Seni – Berita Harian untuk drama Yang Menjelma dan Menghilang (1990), Hadiah Sastera Perdana untuk novel Naratif Ogonshoto (2001) dan Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara untuk novel yang sama (2002). Karya Anwar Ridhwan yang telah diterbitkan setakat ini ialah lima buah novel, iaitu Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979), Arus (1985), Di Negeri Belalang (1985), Naratif Ogonshoto (2001) dan Penyeberang Sempadan (2012); empat buah kumpulan cerpen, iaitu Parasit (1976), Sesudah Perang (1978), Sangkar (1986) dan Dunia adalah Sebuah Apartmen (2006); sebuah antologi puisi Tercipta dari Tanah (1986), Tercipta dari Tanya (2013) dan Tercipta dari Kala (2024).
11 BIODATA Sasterawan negara ke-10 Dato’ Dr. anwar ridhwan Buku kajian sastera beliau termasuklah Sudut Pandangan dalam Cereka (1985), Jati Diri Pasca Asas '50 (1996), Ahmad Kotot: Pengarang Novel Hikayat (2006); serta kumpulan esei dalam tiga jilid Potpuri : Budaya, Sastera dan Seni (2016), dan Budaya dan Rakyat (2016). Beberapa buah buku yang diselenggarakan bersama-sama penulis lain, antaranya termasuklah Kuala Lumpur: Antologi Sajak Pilihan (1975), Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (1976), Kamus Nama Samaran dan Nama Pena (1980), Dokumentasi Kesusasteraan Malaysia (1980), Kuntum Pertiwi I, II dan III (1982) dan Sinaran Permata (1987). Kumpulan cerpen Sangkar mengandungi 22 buah cerpen diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Adibah Amin dengan judul After the War and Other Stories (1991). Cerpen dalam kumpulan ini ada yang mirip kepada mindscape (menghampiri sketsa), iaitu berlegar dalam pemikiran watakwataknya. Dalam hal ini, Anwar Ridhwan berjaya menerapkan ciri-ciri realisme (mengagungkan kehidupan) dan metafiction (mengagungkan kata-kata), misalnya dalam cerpen “Sesudah Perang”, “Sehari dalam Hidup Jinggat” dan “Menjadi Tua”. Cerpen “Love of the Dragon” dan “Muzik Manhattan” boleh dikategorikan sebagai karya slick fiction (menekankan aspek luaran – sama seperti cerita di televisyen). Kumpulan cerpen Jika Esok Tiba memuatkan 15 buah cerpen Anwar Ridhwan telah diterbitkan oleh DBP pada tahun 2012.
BIODATA Sasterawan negara ke-10 Dato’ Dr. anwar ridhwan Anwar Ridhwan juga berhasil menulis beberapa skrip drama pentas, iaitu Orang-orang Kecil (1990), Yang Menjelma dan Menghilang (1992), skrip drama “Pulang” (1995), bangsawan Helah Behena (2018), serta Rumah Septuagerarian (2021) yang memuatkan lima drama pendek, sebuah monodrama adaptasi novel Penyeberang Sempadan dan sebuah adaptasi daripada novel Leo Tolstoy berjudul “Haji Murad”. Pada tahun 2002, Anwar Ridhwan menerima anugerah The South East Write Award (S.E.A Write Award) daripada Kerajaan Thailand. Pada tahun yang sama, beliau dianugerahkan darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Dato'. Pada 20 Ogos 2009, beliau menerima Anugerah Sastera Negara yang ke-10. Pada tahun 2024, beliau masih berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem ASWARA. Mulai 1 Ogos 2023, untuk tempoh selama tiga tahun, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia. 12
Koleksi karya Dato’ Dr. anwar ridhwan Rahsia O, mursyid kau ulangi lagi rahsia ini untukku? Kau ada dalam diriku diriku tak ada dalam diri-Mu kerana masinnya disebut laut masin garam bukanlah laut Kau tahu rahsia diriku aku tak tahu rahsia diri-Mu kerana Mentari memberi bayang bayang tak membalik kepada mentari. Pengembara dan Cahaya Mengapa ini jalan kembara bercabang dua? sekumpulan pengembara mencari negeri baru di belantara gelap sehingga perlu menyalakan obor mereka pengembara yang lain kembara dalam cahaya bayang-bayangnya pun menjadi cahaya suatu hari ia nanar melihat belantara bakar di negeri asing dari kejauhan ia terdengar jeritan tubuh-tubuh terbakar. 13
Koleksi karya Dato’ Dr. anwar ridhwan 14
Koleksi karya Dato’ Dr. anwar ridhwan 15
BIODATA PANEL dr. NORDIANA BINTI AB JABAR 16 ➢ Nordiana binti Ab Jabar merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan. ➢ Melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang Persuratan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan terus menyambung di peringkat Sarjana Pendidikan Kesusasteraan Melayu dan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Kesusasteraan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Pendidikan Kesusasteraan Melayu. ➢ Berkhidmat sebagai pensyarah kanan di Jabatan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan bermula 2015 sehingga kini. Tumpuan penyelidikan adalah memfokus bidang Kesusasteraan tradisional, moden dan teknologi dalam sastera. ➢ Pernah mewakili Malaysia ke Padang Panjang, Indonesia dalam program Temu Penyair Asia Tenggara pada 2018, juri bagi Pertandingan Puisi Mencipta Sajak Integriti di Universiti Malaysia Kelantan sempena Hari Integriti Nasional 2022, juri Pertandingan Mencipta Puisi sempena Hari Membaca peringkat UMK 2022 serta pertandingan pantun. ➢ Menulis dan menyelenggara beberapa karya yang pernah diterbitkan antaranya ialah Antologi Puisi Keistimewaan dan Keindahan Setempat Kelantan:Serambi Budaya Berkolek Warisan terbitan Komuniti Menulis Malaysia (KISMy) pada tahun 2022 dan Cinta Keabadian: Kumpulan Puisi Mahasiswa MalaysiaIndonesia yang diterbitkan secara digital pada 2023.
BIODATA MODERATOR dr. fadh razy 1. LATAR BELAKANG RINGKAS NAMA: Ahmad Fadhlil Mohamad Pakarul-Razy ASAL: Bandar Baru Bangi PENDIDIKAN: 1.Sek Keb Tok Jiring 2.Sek Alam Shah 3.Kolej MARA Banting 4.Royal College of Surgeon in Ireland KERJAYA: Pegawai Perubatan, Hosp Sultanah Nur Zahirah. 2. KARYA DR. FADH RAZY: 1. Menggeledah Nurani, GKLN Publishing House - Edisi Pertama 2008 - Edisi Kedua 2011 2. Kota Subuh (2013) 3. Gema Membelah Gema (2011) 4. Res Judicata (2011) 5. Antologi Karya Sasterawan 2011 (2011) 6. Dandelion (2012) 7. Trem ke Pintu Syurga (2012) 8. Aku Kalis Peluru (2013) 3. HADIAH/ANUGERAH SASTERA 1. 2010: Hadiah Penghargaan Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 (Seorang Tua di Kaki Tamadun) 2. 2011: Hadiah Penghargaan Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010 (Sebilah Pedang di Dada Rom) 3. 2012: Hadiah Penghargaan Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (Nota Kecil Saat Menyeberangi Usia II) 4. KEGIATAN SASTERA DAN PENULISAN LAIN. 1. Administrator komuniti Profil di esastera.com (2005-2008) 2. Menjadi panel 'Forum Merentasi Tambak' dan 'Meet the Author' di Singapore's Writers Festival, Singapura (29- 30 Okt 2011). 17
SENARAI JAWATANKUASA Induk & pelaksana Pengerusi Bersama : Dr. Hj Ahamad bin Rahim Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan : Pn. Ariza binti Che Ismail Pengarah DBP Wilayah Timur Timb. Pengerusi : Pn. Azlina binti Ahmad Timb. Pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan Penyelaras : Dr. Azrizan binti Abu Bakar Ketua Jabatan Pengajian Melayu : En. Muhamad Ikhram Fadhly bin Hussin Timbalan Pengarah (Sastera) DBP Wilayah Timur Tim. Penyelaras : En. Ruziman bin Omar Setiausaha Bersama : En. Mohd Fikri bin Abd Rashid : Pn. Zahani Che Ismail (DBPWT) Bendahari : Pn. Nur Shahida binti Shaarin, En. Mohd Aris bin Mohammad Noor (DBPWT) Pengurus Acara : En. Mohd Irham bin Zainuddin Jemputan/Liaison Officer: Dr. Norisin bin Mohamad Protokol/ Penyambut : Dr.Hj. Salime bin Abdul Rahman Tetamu Juruacara Majlis : En. Anua bin Haris Persembahan : En. Mohammad Ramiz bin Omar, En. Saparin bin Amat Sehab @Selamat, Penjara Marang Terengganu, En. Muhamad Ikhram Fadhly bin Hussin (DBPWT) Siaran Langsung FB : Pn. Asmida binti Che Aripin, Pn. Mariana binti Mat Rifin Poster/Backdrop 18
SENARAI JAWATANKUASA Induk & pelaksana Siar Raya & Teknikal : YM Tengku Mohd Haizee bin Tengku Abdullah Multimedia : Pn. Azimah binti Abu Bakar, En. Md Roshaimi bin Mat Hassan Dokumentasi : En. Wan Mohd Khairi b. Wan Awang, En. Wan Mohd Helmy bin Wan Hussin (DBPWT), En. Mohd Zulkarnain Jamaluddin Ansor (DBPWT) Makan Minum : Pn. Zulaini binti Husin, Pn. Kamsiah binti Hasbullah, Pn. Surina binti Shaari, Pn. Zuraini binti Osman, Pn. Hanisah binti Yaacob, Pn. Nur Shahida bin Shaarin DBPWT) Cenderamata : Dr. Nor Azizah binti Mohd Noor, Pn. Zahani Che Ismail (DBPWT) Sijil : Pn.Hjh Wan Kamsiah binti Wan Ahmad, Pn. Nur Zalifah binti Rasdi (DBPWT) Buku Program : Ts. Shariful Hafizi bin Md Hanafiah, Nor Aifa Aisyah Binti Ismail 5PISMP BM2, Nur Zahirah Binti Mohd Zuki 5PISMP BM2 Pendaftaran : En.Fauzi bin Mohamad, Pn.Norfarahiah binti Nodin, Pn. Zahani binti Che Ismail (DBPWT), Pn. Nur Zalifah binti Rasdi (DBPWT) Teks ucapan : En. Anua bin Haris Doa : Tn. Hj. Mohd Rusli bin Ismail Pengurusan / : En.Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad Kawalan Pelajar Tempat /Kebersihan : En. Azizo bin Awang, Pn. Norhasniza binti Hussin Urus setia : Dr. Muhamad Fadhil bin Md Zain, Dr. Norhisham bin Mohd Kassim, En.Muhammad bin Che Majid, En. Norazmiza bin Mohd Nor, Cik Nur Auni Muyassarah binti Mat Nasir, Cik Siti Shahirah Aqilah binti Sabri Jualan Buku DBP : En Muhammad Safwan bin Subaidin (DBPWT), En. Mohamad Shahmil Mohd Bakri (DBPWT) Pengangkutan SN : En Osman Daud (DBPWT) 19
autograf 20
catatan 21