Laporan Pemeriksa Kira-Kira
Laporan Kewangan 2019
Latar Belakang
Pemeriksa Kira-kira telah menerima dokumen-dokumen daripada Bendahari Persatuan Penduduk
Garden Homes Seksyen 15 bagi tujuan semakan dan pengesahan Laporan Kewangan 2019.
Pemerhatian Pemeriksa Kira-kira adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen berikut;
1 . Laporan Kewangan Bagi tahun Berakhir 31 Disember 2019;
2. Summary of Account as at 31 Dis 2018;
3. Summary of Account as at 31 Dis 2019;
4. Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun 2018 dan 201 9;
5. Penyata bank Maybank Islamic Berhad (Current Ac No. 562834622321 ); dan
6. Dokumen-dokumen sokongan untuk pembayaran bagi bulan Oktober 2019 hingga Disember
2019.
2. Penemuan Pemeriksaan
Pemeriksa Kira-kira berpendapat perkara-perkara berikut harus diberi perhatian.
Bil. Perkara Penemuan
1. Pendapatan
1.1 Yuran Ahli 1. Pendapatan daripada Yuran Ahli bagi tahun 2018 adalah
berjumlah RM147,050.OO dan 2019 berjumlah
RM157,957.30. Terdapat peningkatan kutipan pada
tahun 2019 berjumlah RM10,907.30 (7.41%) berbanding
tahun 2018.
2. Bagaimanapun, pendapatan ini tidak memberi
gambaran sebenar pendapatan daripada kutipan kerana
Pemeriksa kira-kira tidak diberikan jumlah sebenar Unit
rumah yang berada di Garden Homes untuk memberikan
anggaran kutipan.
2.1 Resit Rasmi 3. Pemeriksa Kira-kira juga mendapati tiada resit
dikeluarkan sebagai bukti terimaan bayaran. Temu bual
2. Perbelanjaan mendapati Bendahari melaksanakan tugas secara
2.1 Penggajian Anggota Kawalan sukarela dan tidak berkesempatan untuk
mengeluarkan resit terimaan kerana transaksi
Keselamatan terimaan yang banyak, pembayar tidak dapat dikenal
pasti dan wang dibayar melalui CDM.
4. Semakan dengan penyata bank mendapati bayaran
oleh Ahli tidak dapat dikenal pasti kerana tidak
menyatakan nama Ahli, nombor dan lorong rumah.
Sebagai contoh bagi Penyata bank bulan Disember
2019, seramai 65 orang Ahli tidak dikenalpasti daripada
133 orang Ahli yang membuat pembayaran (48.87%).
5. Pemeriksa Kira-kira mencadangkan satu format
pemberitahuan seragam oleh Ahli semasa membuat
pembayaran bagi memudahkan Bendahari mengenal
pasti pembayar. Satu daftar perlu disediakan yang
mengandungi maklumat penting pembayar dan
transaksi pembayaran bulanan untuk setiap lorong.
6. Mesyuarat Persatuan juga perlu bersetuju supaya resit
Pembayaran oleh Ahli boleh dianggap resit terimaan
oleh Bendahari dengan memberikan pemberitahuan
kepada semua Ahli.
7.Pemeriksa Kira-kira difahamkan bahawa pembayaran
Gaji Anggota Kawalan Keselamatan dibayar secara
tunai dengan Bendahari menunaikan cek terlebih
dahulu sebelum dibayar kepada anggota. Semakan
mendapati perkara ini boleh disahkan melalui
dokumen.
8.Bagaimanapun, tiada bukti terimaan oleh Anggota
Keselamatan yang menerima gaji. Catatan penerimaan
perlu sebagai bukti terimaan gaji.
9.Semakan terhadap dokumen pembayaran gaji
mendapati perkara-perkara berikut:
Gaji No.Cek Tarikh Tarikh Perbezaan
262143 Cek Gaji Hari
Oktober Tunai
Dibayar 0
6/1 1/19
6/1 1/19
Nov 262145 25/1 02/12/19 9
1/19
Dis 262147 26/12/19 Tidak Tidak
Dinyatakan Dinyatakan
2.2 Bayaran Bulan Disember Pemeriksa Kira-kira mencadangkan supaya perkara ini
2.3 Cek Tersalah Catat diputuskan dalam Mesyuarat Persatuan bagi
2.4 Cek 2018 memberikan tempoh masa yang sesuai untuk tarikh
menunaikan cek dan pembayaran gaji.
10. Cek bernombor 262147 bertarikh 26/12/2019
berjumlah RM7,970 dikeluarkan untuk pembayaran
untuk Gaji Guard (Rm7,600), Bil Elektrik (RM250), Bil
Guard Ganti (RM80) dan Duit Runcit (RM40).
Bagaimanapun, pemeriksaan terhadap dokumen
sokongan mendapati bayaran gaji Guard pada bulan
Disember adalah berjumlah RM7,685.
Terdapat perbezaan RM85.00. (Mohon Penjelasan)
11. Semakan di Penyata Penerimaan dan Pembayaran
bagi tahun 2019 mendapati 2 cek telah tersilap catat
bagi transaksi bulan Disember 2019 iaitu;
a. Napest Resources SIB berjumlah RM3,510
dengan cek bernombor 262140 yang sepatutnya
262146; dan
b. Tunai Gaji Guard berjumlah RM7,970 dengan
cek bernombor 262143 yang sepatutnya 262147.
12. Pemeriksaan terhadap nombor turutan cek
mendapati cek bernombor 262111 tiada dinyatakan di
Penyata Penerimaan dan Pembayaran bagi tahun 2018.
Mohon Tindakan dan penjelasan.
LAPORAN PEMERIKSA KIRA-KIRA
PERSATUAN PENDUDUK GARDEN HOMES
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
Kami telah memeriksa Laporan Kewangan Persatuan Penduduk Garden Homes Seksyen 15 Bandar
Baru Bangi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 bersamasama dengan nota kepada akaun. Segala
kenyataan dan keterangan yang dikehendaki telah didapati daripada pegawai yang bertanggungjawab.
Pada pendapat kami, Laporan Kewangan, Summary of Account, Penyata Penerimaan dan Pembayaran
dan Nota-nota Kepada Penyata Kewangan telah dibuat dengan cara yang betul untuk menunjukkan
satu kenyataan yang benar dan munasabah mengenai kedudukan kewangan Persatuan Penduduk
Garden Homes Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2019 dan urusan-
urusan berkaitan dengannya bagi tahun berakhir pada tarikh itu.
Disahkan oleh : Disahkan oleh .
Pemeriksa Kira-Kira 2
Persatuan Penduduk Garden Homes Seksyen
Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
Tarikh : Tarikh :