The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Yayasan Sarawak Official Newsletter
OUTREACH 2020 Jan-Apr Edition

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Sarawak, 2020-06-26 22:24:21

2020 OUTREACH 1st Edition (Jan-Apr)

Yayasan Sarawak Official Newsletter
OUTREACH 2020 Jan-Apr Edition

09/2020 (01-04) JAN - APR 2020 EDITION
OUTREACH
LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH

PROGRAM PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA

MS-6KERAJAAN NEGERI SARAWAK BAKAL DILANCARKAN

“Catalyst In Education Development Towards Quality Human Capital”

Visi

Untuk menjadi yayasan bertaraf dunia
dalam membangun modal insan
yang berkualiti di Sarawak.

Misi

Beriltizam untuk memacu pembangunan
modal insan yang berkualiti untuk Sarawak
melalui bantuan dan sokongan yang berkesan.

Nilai-Nilai Teras
Berintegriti
Berhemah dan Prihatin
Profesionalisma
Sikap Bersegera dan Kepunyaan

Semangat Berpasukan
Berorientasikan Pencapaian

KANDUNGAN

4 Dari Meja Pengarah Info Korporat
5 Dari Meja Ketua Editor
24 Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak Platform
Berita Utama Latihan Warga Kerja Kendali Acara Majlis

6 Sesi Taklimat Program Perkhidmatan Bas Sekolah 25 Taklimat Penilaian Pematuhan Peraturan
Percuma Kerajaan Negeri Sarawak Pentadbiran dan Kewangan melalui ECSA

7 Yayasan Sarawak Hulur Sumbangan Mangsa 26 Program Taklimat dan Bengkel Credit Tip-Off
Kebakaran dan Perangi COVID-19 System (CTOS)

Info Pendidikan 27 Kursus Amali Pengurusan Fail dan Rekod
28 Program Ceramah Agama FARAID anjuran

Jawatankuasa Surau Yayasan Sarawak

8 26,175 Pelajar Bakal Penerima Manfaat Bantuan Info Taska Tadika Yayasanku Sayang
Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak Bagi
9 Tahun 2020 29 Minggu Orientasi/Transisi Taska Tadika
Pembentangan Penilaian Program HiPERS Yayasanku Sayang
10 Yayasan Sarawak daripada Swinburne University of
11 Technology Info Sukan, Riadah & Kebajikan
12 Sesi Perjumpaan Yayasan Sarawak Bersama Anak-
13 Anak Sarawak di Kolej Matrikulasi Labuan 30 Sesi Brainstorming Kelab Yayasan Sarawak
14 Sesi Perjumpaan Bersama Mahasiswa Sarawak di untuk penganjuran Sukan PESAYA 2021
15 Universiti Utara Malaysia (UUM) Kedah
16-17 Majlis Perjumpaan Yayasan Sarawak Bersama 30 Kelab Yayasan Sarawak Kerjasama Anjur
Pelatih Kemahiran Anak-Anak Sarawak Kejohanan M-Games Indoor Games MAKSAK
18 Majlis Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Sarawak 2020
19 Yayasan Sarawak
Program Perkampungan Pelajar Pertukaran 31 Pasukan Kelab Yayasan Sarawak Raih Lima (5)
20 Yayasan Sarawak Zon Semenanjung Pingat di Kejohanan Olahraga MAKSAK 2020
21 Pelajar Kursus Scaffolding Ambilan Februari Tajaan anjuran UNIMAS
22 Yayasan Sarawak
23 Siri Lawatan Pemantauan Program High Performing 32 Worklife Balance
Rural School (HiPERS) Yayasan Sarawak 33 Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada

Warga Kerja
33 Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil Bulanan serta

Sumbangan Kebajikan Jawatankuasa Surau
Yayasan Sarawak

INFOGRAFIK PENDIDIKAN (JANUARI - APRIL 2020) 34-35 GALERI FOTO
PUSAT PEMBELAJARAN
INFOGRAFIK BAYARAN BALIK (JANUARI - APRIL 2020) 36

Info Korporat 37 MAKLUM BALAS PELANGGAN
38 PREMIS YAYASAN SARAWAK UNTUK
Pasukan Kerajaan Persekutuan Juarai Yayasan
Sarawak Golf Invitational SEWAAN
Majlis Ringkas Serahan Tugas Timbalan Pengarah 39 DIREKTORI YAYASAN SARAWAK
Khidmat Bantuan Pendidikan

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015 Sistem
Pengurusan Kualiti Yayasan Sarawak

Majlis Makan Malam Penghargaan Warga Yayasan
Sarawak 3.0 / 2019

Dari Meja

PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dalam mendepani era cabaran norma baharu atau the new normal, Yayasan Sarawak senantiasa bersedia
dan berubah mengikut peredaran masa dan keperluan demi memastikan perkhidmatan dan penyampaikan
kami sampai kepada rakyat negeri Sarawak secara amnya.

Bagi tempoh Januari hingga April untuk tahun 2020, Yayasan Sarawak telah meluluskan sebanyak RM23.5
juta untuk skim pembiayaan pinjaman pelajaran melibatkan 1,007 penerima baharu dengan 2,895 penerima
sedia ada menjadikan jumlah bilangan penerima pinjaman pelajaran Yayasan Sarawak berjumlah 2,895
orang.

Untuk Hadiah Galakan Ke IPT pula, sebanyak RM534,500 telah diluluskan melibatkan 460 orang penerima
dan kami menjangkakan bilangan penerima serta jumlah kelulusan akan bertambah secara mendadak
apabila keputusan kemasukan ke universiti diumumkan pada bulan Jun nanti.

Bagi tempoh yang sama pula, di bawah Biasiswa Tun Taib, Biasiswa Yayasan Biasiswa Tunku Abdul Rahman
(YBSTAR) serta Biasiswa Program Perubatan UNIMAS, sebanyak RM2.68 juta telah dibelanjakan dan kami
mengunjurkan pertambahan perbelanjaan melalui kelulusan pengambilan baharu yang akan bermula pada
bulan Ogos 2020.

Manakala bagi program dan bantuan, sebanyak RM1.178 juta telah dibelanjakan untuk Biasiswa Tempatan
Yayasan Sarawak serta seramai 26,175 orang pelajar seluruh Sarawak bakal menerima manfaat Baucar
Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak bagi tahun 2020 menerusi kerjasama Pejabat Residen,
Pejabat Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dengan melibatkan sejumlah RM5.5 juta.

Pada masa yang sama, Yayasan Sarawak juga telah membantu para pelajar Sarawak di Indonesia dan
Mesir bagi mendepani cabaran wabak COVID-19 dengan memastikan kebajikan mereka terjaga sepanjang
tempoh tersebut.

Melalui perutusan ini juga, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada semua warga kerja Yayasan
Sarawak yang telah memberikan perkhidmatan yang terbaik semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) di mana mereka memberikan usaha dan dedikasi tidak berbelah bahagi untuk memastikan para
penerima manfaat Yayasan Sarawak tidak terjejas dengan keadaan semasa tempoh PKP tersebut.

Pada masa yang sama, Yayasan Sarawak mengalu-alukan kedatangan Encik Louis Simon Peter sebagai
Timbalan Pengarah (Khidmat Pendidikan) yang menggantikan Encik Ellen @ Manium anak Engang yang telah
bersara pada akhir tahun lalu. Kami yakin dengan pengalaman beliau, Yayasan Sarawak akan berterusan
memberikan yang terbaik kepada anak-anak Sarawak.

Akhir kata, Yayasan Sarawak akan meneruskan usaha untuk membantu anak-anak Sarawak dalam bidang
pendidikan bagi membangunkan aspirasi modal insan untuk negeri Sarawak.

Haji Azmi bin Haji Bujang

Pengarah Yayasan Sarawak

“ Pemangkin Pembangunan Pendidikan Ke Arah Modal Insan Berkualiti “

4

Dari Meja SIDANG

KETUA EDITOR EDITORIAL
PENASIHAT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Haji Azmi bin Haji Bujang
Alhamdulillah sekali lagi kita berjumpa dalam penerbitan buletin Outreach edisi Januari Haji Mersal bin Abang Rosli
– April 2020 dan merupakan penerbitan sulung dan yang pertama pada tahun ini serta KETUA EDITOR
merupakan terbitan kami yang ke-9 semenjak tahun 2017. Suryani binti Abdul Hamid
Edisi kali ini kita memaparkan pelbagai aktiviti mendekati rakyat dan juga pelajar-pelajar EDITOR
sekolah, graduan serta inisiatif yang telah dilakukan oleh Yayasan Sarawak sepanjang Muhamad Rahman bin Sallehin
tempoh ini walaupun dalam cabaran menghadapi wabak COVID-19, tidak melunturkan PEMBACA PRUF
semangat kami untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami khususnya. Siti Asfajarina binti Salleh
Bagi mengurangkan beban kepada para ibu bapa, Kerajaan Negeri menerusi Yayasan GRAFIK/BAHAN
Sarawak telah melancarkan Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Ahmad Jumadi bin Sabang
Negeri Sarawak di mana pilot programme akan dijalankan terlebih dahulu di Kuching FOTOGRAFI
sebelum diimplementasi di bandar – bandar utama di Sarawak. Ahmad Jumadi bin Sabang
Yayasan Sarawak juga telah mengambil peluang untuk mengadakan sesi dialog anak- Andy Gray anak Simon
anak Sarawak di institut pengajian tinggi (IPT) pada bulan Februari yang lalu di mana Jeffery Undi anak Anthony
mahasiswa anak Sarawak yang menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan serta Universiti Bill Clinton Buma anak Banyi
Utara Malaysia (UUM). PENULISAN
Tidak dilupakan juga kepada anak-anak Sarawak yang meneruskan latihan kemahiran Watson Chunggat Leornard Doo
mereka di Semenanjung Malaysia di mana pada bulan Mac tahun ini, kami berkesempatan Jolly bin Marikan
untuk berjumpa dan beramah mesra di Melaka. Hajijah binti Morsidi
Selaras dengan misi penubuhan Yayasan Sarawak, Yayasan Sarawak juga telah Shafida Safia binti Mobil
menghulurkan bantuan ehsan kepada mangsa-mangsa kebakaran di Rumah Panjang Abang Azrianto bin Abang Bohari
Daniel Lawi Gantung, Batu Lintang, Sri Aman dan juga Rumah Panjang Dingon Megong, Haznetta Sarenau Howell
Sekuau, Sibu. Liew Tze Rong
Selain aktiviti-aktiviti yang telah dinyatakan, dalam tempoh yang sama Yayasan Siti Noorlis binti Hassan
Sarawak juga telah terlibat dalam aktiviti riadah sukan, di mana Yayasan Sarawak telah Franklyn Messat Kujang
menganjurkan Kejohanan Golf Jemputan Yayasan Sarawak yang berlangsung di Damai Ahmad Jumadi Sabang
Golf and Country Club, Kuching. Syaifulhizam bin Othman
Secara ringkasnya, kesemua aktiviti dan juga program yang telah dijalankan dapat Mohamad Hafizi bin Talhah
dilakukan dengan jayanya oleh warga kerja Yayasan Sarawak yang berdedikasi. Selaras Sidik bin Bujang
dengan itu, kami telah mengadakan Majlis Makan Malam Penghargaan Warga Yayasan Sub’bha binti Jalia
Sarawak bagi menghargai pekerja cemerlang dan pesara pesara di atas segala penat A’isya Munirah binti Rafi
lelah mereka sepanjang perjalanan ini. TERBITAN
Sebelum mengakhiri wacana ini, kami di Yayasan Sarawak berharap agar para pembaca Seksyen Komunikasi Korporat
kami senantiasa diberikan kesihatan berpanjangan di dalam kehidupan norma baharu ini. Yayasan Sarawak, Wisma Adenan,
Jumpa lagi di edisi yang akan datang. Jalan Sultan Tengah, Petra jaya
93050 Kuching, Sarawak.
SURYANI BINTI HAJI ABDUL HAMID Tel: +60 82 441 686
Ketua Editor Faks: +60 82 440 023
WhatsApp: +6017 700 1971 (ysCARE)
Laman Web: www.yayasansarawak.org.my
E-mel: [email protected]
SEKALUNG BUDI
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan
penerbitan majalah OUTREACH kali ini.
Sebarang cadangan penambahbaikan
serta sumbangan artikel boleh di emel ke
[email protected].

5

BERITA UTAMA OUTREACH JAN - APR 2020

SESI TAKLIMAT PROGRAM

PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH PERCUMA
KERAJAAN NEGERI SARAWAK

OLEH: Mustafa Arif Kiphli

YB Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak memberi ucapan Sesi perbincangan YB Menteri bersama pengurusan Yayasan Sarawak yang turut
sebelum sesi taklimat bermula. disertai Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan, Pengurusan Besar SEDC,
dan wakil daripada badan perundangan.
WISMA ADENAN, 29 Februari 2020 - Satu Taklimat Salah seorang daripada wakil pengusaha bas dalam sesi soal jawab bersama
Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma Kerajaan Pengarah Yayasan Sarawak.
Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium Yayasan
Sarawak.
Taklimat tersebut merupakan satu pendekatan Yayasan
Sarawak bersama Kementerian Pengangkutan Sarawak
dalam menyampaikan maklumat berkenaan program.
Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas daripada persatuan pengusaha bas, pemandu-
pemandu bas serta guru-guru dari sekolah yang terlibat.
Dalam majlis yang sama, simbolik penyerahan logo Bas
Sekolah Percuma Kerajaan Negeri Sarawak kepada wakil
Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Bumiputra Bahagian
Kuching Samarahan telah disempurnakan oleh Yang
Berhormat Datuk Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan
Sarawak.
Turut hadir bersama pada majlis tersebut adalah YBrs Tuan
Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak;
Encik Buckland Bangik, Setiausaha Tetap di Kementerian
Pengangkutan Sarawak; Tuan Haji Abdul Hadi Datuk Haji
Abdul Kadir, Pengurus Besar SEDC dan Encik Razami
Mohammad, Pengarah Lembaga Pelesenan Kenderaan
Perdagangan (LPKP) Sarawak.

6

OUTREACH JAN - APR 2020 BERITA UTAMA

YAYASAN SARAWAK

HULUR SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN
DAN PERANGI COVID-19

OLEH: Ahmad Jumadi Sabang / Sidik bin Bujang

Penghuni Rumah Panjang Danial Lawi bersama replika cek sumbangan Encik Jolly Marikan menyampaikan baucar pakaian seragam kepada Tuai Rumah
daripada Yayasan Sarawak. Panjang Dingon.

Yayasan Sarawak yang amat komited dalam Encik Jolly Marikan meninjau lokasi kebaran yang melihat penduduk tinggal sehelai
pembangunan pendidikan di Bumi Kenyalang telah tampil sepinggang.
bersama lain-lain agensi menghulurkan sumbangan
kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kasih LCDA bagi membantu mangsa kebakaran di Rumah
Sarawak (JPBNS) dalam sama-sama berganding bahu Panjang Dingon Megong, Sekuau, Sibu.
memerangi penularan virus Covid-19. Dalam program tersebut, Encik Jolly bin Marikan yang mewakili
Majlis penyerahan cek telah disampaikan oleh YBrs Tuan Pengarah Yayasan Sarawak telah menghulurkan bantuan
Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak berupa Baucar Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak
kepada Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, kepada 35 orang pelajar bernilai RM200.00 untuk seorang
Belia dan Sukan Sarawak, YB Datuk Haji Abdul Karim pelajar.
Rahman Hamzah yang juga Timbalan Pengerusi JPBNS
di Wisma Bapa Malaysia pada 7 April 2020.
Turut hadir YBhg Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin
Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak
(Transformasi Sosio Ekonomi) merangkap Timbalan
Pengerusi Yayasan Sarawak.
Pada majlis lain, Yayasan Sarawak turut menghulurkan
bantuan RM10,000.00 kepada 17 buah keluarga mangsa
kebakaran di Rumah Panjang Daniel Lawi Gantung
di Batu Lintang pada 28 Januari 2020 di Sri Aman.
Sumbangan ini bagi membantu meringankan beban ibu
bapa dan pelajar yang terjejas akibat kebakaran tersebut.
Majlis penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh
Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah Yayasan
Sarawak (Khidmat Bantuan Pendidikan) kepada wakil
penduduk rumah panjang tersebut.
Sementara itu tanggal 29 Februari 2020 yang lalu,
Yayasan Sarawak juga turut serta dalam Program Jalinan

7

INFO PENDIDIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

26,175 PELAJAR BAKAL PENERIMA

MANFAAT BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
YAYASAN SARAWAK BAGI TAHUN 2020

OLEH: Mustafa Arif Kiphli

SIBU, 31 Januari 2020 - Mesyuarat penyelarasan Pengarah Yayasan Sarawak mempengerusikan mesyuarat bersama pejabat
agihan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Residen, Bank Simpanan Nasional dan wakil daripada Unit Komunikasi Awam
Sarawak telah diadakan di Universiti College of Sarawak (UKAS).
Technology Sarawak (UCTS), Sibu melibatkan Mesyuarat yang sama turut diadakan di Bahagian Bintulu dan dipengerusikan oleh
Yayasan Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Tuan Residen Bahagian Bintulu.
Sarawak, 12 Pejabat Residen, Pejabat Pendidikan
Daerah Sibu, Bank Simpanan Nasional dan Unit
Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs Tuan
Haji Azmi Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak
kali ini bertujuan untuk membincangkan prestasi
agihan tahun sebelum, kuota agihan baucar serta
pendekatan terbaharu dalam melaksanakan agihan
baucar.
Pendekatan terbaharu dalam pelaksanaan program ini,
Yayasan Sarawak telah mengagihkan baucar kepada
setiap pejabat Residen mengikut kuota baucar yang
ditetapkan. Pejabat Residen akan memaklumkan
kepada Pejabat Daerah berkenaan jumlah baucar
yang diterima dan mendapatkan senarai nama pelajar
layak daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
Pihak sekolah akan menghantar senarai nama
yang layak kepada Pejabat Daerah melalui Pejabat
Pendidikan Daerah untuk pengesahan dan
diperakukan. Senarai nama yang telah diperakui
diserahkan kepada Pejabat Residen, Yayasan
Sarawak dan Bank Simpanan Nasional untuk
dimasukkan dalam data penerima bantuan.
Penerima bantuan tahun ini melibatkan seramai
26,175 orang pelajar seluruh Sarawak, dimana setiap
pelajar akan menerima baucar bernilai RM200.00
bagi mendapatkan pakaian sekolah, kasut, beg dan
alat tulis di panel kedai yang telah dilantik.
Hadir sama ialah Encik Louis Simon Peter, Timbalan
Pengarah Yayasan Sarawak, Cik Natrah Amin Ahim
wakil Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Encik
Abdullah Shariff selaku Pegawai Wilayah Bank
Simpanan Nasional Sibu.

Mesyuarat yang sama turut diadakan di Bahagian Bintulu dan
dipengerusikan oleh Tuan Residen Bahagian Bintulu.
8

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

PEMBENTANGAN

PENILAIAN PROGRAM HiPERS YAYASAN SARAWAK
OLEH SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY

OLEH: Mohamad Hafizi bin Talhah / Ahmad Jumadi Sabang

Ulasan daripada YBrs Pengarah sebelum permulaan sesi pembentangan.

WISMA ADENAN, 22 Januari 2020 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Orkid telah diadakan sesi pembentangan laporan bagi
penilaian Program High Performing Rural School (HiPERS) Yayasan Sarawak.
Melalui kerjasama dengan pihak Swinburne University of Technology Sarawak Campus, empat (4) orang pakar yang diketuai
oleh Dr. Ngui Kwang Sing, Associate Dean (Research & Development) telah dilantik untuk membuat penilaian penanda aras
bagi pelaksanaan program HiPERS ke beberapa buah sekolah luar bandar yang terpilih.
Tujuan penilaian ini adalah untuk membuat kajian mengenai impak serta keberkesanan program yang telah dilaksanakan ke
beberapa buah sekolah di luar bandar.
Turur hadir dalam sesi ini Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak, Timbalan Pengarah Khidmat Bantuan
Pendidikan dan Penolong Pengarah Seksyen Program dan Bantuan serta lain-lain pegawai kanan.

Pakar penilai Swinburne University of Technology yang diketuai oleh Dr Sesi perkongsian penambahbaikan dan pendapat.
George.

9

Info PIeNFnOdPidEiNkDaIDnIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

SESI PERJUMPAAN

YAYASAN SARAWAK BERSAMA ANAK-ANAK
SARAWAK DI KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

OLEH: Syaifulhizam bin Othman

Penyampaian cenderamata kepada Pengarah KML oleh Pengarah Yayasan Sarawak.

Para pelajar di kalangan anak-anak Sarawak yang hadir ke sesi perjumpaan. Salah seorang pelajar semasa sesi soal jawab.

Labuan, 8 Februari 2020 - Satu sesi perjumpaan pelajar Sarawak bersama Pengarah Yayasan Sarawak telah diadakan di
Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan (KML) pada hari ini.
Seramai 850 orang pelajar Sarawak telah hadir ke sesi perjumpaan tersebut Turut hadir adalah Pengarah KML, Encik
Mohd Idris bin Omar dan Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar KML, Encik Masah bin Abu Mansor. Seramai 15 orang pelajar
daripada Sekolah Menengah Sains Labuan juga turut menyertai perjumpaan tersebut.
Pada sesi berkenaan, YBrs Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak telah menyampaikan taklimat
berkaitan dengan skim-skim bantuan pendidikan yang ditawarkan oleh Yayasan Sarawak kepada pelajar-pelajar KML serta
hala tuju pelajar selepas menamatkan pengajian di KML.
Rombongan Yayasan Sarawak turut disertai oleh Encik Shamsuddin Sham Bin Abdullah, Encik Abdullah bin Abdul Gafor,
Encik Mahathir bin Mohamad dan Encik Syaifulhizam bin Othman.

10

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

SESI PERJUMPAAN

BERSAMA MAHASISWA SARAWAK DI UNIVERSITI
UTARA MALAYSIA (UUM) KEDAH

OLEH: Franklyn Messat Kujang

Sesi Ucapan bersama Pengarah Yayasan Sarawak. KUALA LUMPUR, 13 Februari 2020 - Yayasan
Nyanyian ‘Ibu Pertiwiku’ oleh para jemputan dan pelajar. Sarawak menerusi pejabat Kuala Lumpur (YSKL)
yang telah memulakan siri lawatan susulan ke
Universiti Awam dengan melawat para mahasiswa
dan mahasiswi anak Sarawak yang mengikuti
pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Perjumpaan tersebut yang dijayakan bersama
Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM telah berjaya
menghimpunkan seramai 60 orang daripada
pelbagai kursus serta tahun pengajian.
Turut sama hadir adalah Prof. Madya. Dr Abdul
Manaf bin Bohari, Penasihat Kelab Patriot Chapter
Sarawak UUM, Prof. Madya Dr Malike Brahim,
Ketua Jabatan Program Pengurusan Awam, Pusat
Pengajian Kerajaan, UUM Colgis, Encik Liew Zhe
Rong, Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan
Data dan Maklumat Yayasan Sarawak, Encik Muhd
Dzulfaidzuan bin Hipni, Presiden Kelab Patriot
Chapter Sarawak serta Encik Ibnur Radhi bin
Azman, Presiden Anak Sarawak Universiti Malaysia
Perlis (UNIMAP).
Pada malam perjumpaan tersebut, Pengarah
Yayasan Sarawak, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang
dalam ucapan, beliau telah memberikan penerangan
lebih lanjut mengenai skim-skim pembiayaan
pendidikan dan juga bantuan yang diberikan oleh
Yayasan Sarawak kepada anak-anak Sarawak
khususnya dalam penajaan pendidikan, bantuan
pelajaran dan sebagainya serta menyentuh mengenai
polisi pendidikan Sarawak untuk dikongsi bersama.
Yayasan Sarawak menerusi YSKL akan meneruskan
sesi perjumpaan bersama para mahasiswa anak
Sarawak di Universiti Awam seluruh Semenanjung
Malaysia sepanjang tahun 2020.

Penyampaian Cenderamata oleh Penasihat Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM, Prof.
Madya Dr Abdul Manaf bin Bohari kepada Pengarah Yayasan Sarawak.

11

INFO PENDIDIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

MAJLIS PERJUMPAAN

YAYASAN SARAWAK BERSAMA PELATIH KEMAHIRAN
ANAK-ANAK SARAWAK

OLEH: Sub’bha binti Jalia

Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang kepada salah seorang pelatih Penyampaian Sijil Tamat Kursus (DOSH Tahap 1 Scaffolding) kepada pelatih.
yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang khidmatnya dengan Syarikat
berkaitan.

Melaka, 6 Mac 2020 - Satu perjumpaan bersama 62 orang pelatih tajaan Yayasan Sarawak di bawah Skim Biasiswa
Pinjaman Latihan Teknikal telah pun diadakan di Puteri Cashrina Chalet, Melaka.

Kesemua pelatih telah pun menamatkan kursus DOSH Tahap 1 dalam bidang Scaffolding dengan jayanya dan telah pun
ditawarkan pekerjaan sebagai Pemasang Perancah (Scaffolder) di beberapa buah syarikat di Melaka.
Pengurusan Yayasan Sarawak yang diketuai oleh YBrs
Pengarah telah meraikan kejayaan mereka pada satu
majlis makan malam dianjurkan oleh pihak institusi SR
Scaffold Resources Sdn Bhd.

Antara aktiviti pada malam tersebut ialah penyampaian
sijil tamat dan penyampaian Sijil Anugerah Pekerja
Cemerlang oleh Pengarah Yayasan Sarawak kepada
pelatih. Sebelum itu, Pengarah Yayasan Sarawak telah
menyampaikan beberapa kata amanat kepada para
pelatih.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Para pelatih sedang mendengar kata amanat daripada YBrs Pengarah Yayasan
SR Scaffold Resources iaitu Encik Nor Hisham bin Arifin, Sarawak.
Pengurus Besar, SR Scaffold Resources iaitu Encik Mohd
Yusri bin Hamden, wakil majikan serta beberapa orang
pegawai kanan Yayasan Sarawak.

12

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

MAJLIS PENYAMPAIAN
ANUGERAH GRADUAN CEMERLANG
YAYASAN SARAWAK

OLEH: Mustafa Arif Kiphli

Penyerahan cenderamata kepada Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak Nurul Hikmah Begum Ali Sabri daripada Program Sinematografi (Fakulti Seni
daripada pihak UNIMAS. Gunaan dan Kreatif) menerima sijil beliau daripada Timbalan Pengarah Yayasan
Sarawak.

KOTA SAMARAHAN, 15 Januari 2020 - Satu majlis Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak telah
diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak merupakan salah satu usaha Yayasan Sarawak dalam mengiktiraf prestasi
kecemerlangan graduan dalam bidang yang telah mereka ceburi di peringkat universiti.
Pada majlis tersebut, dua (2) orang graduan telah
menerima anugerah tersebut iaitu saudari Nurul Hikmah
Begum Ali Sabri daripada Program Sinematografi (Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif) dan saudari Lai Soh Hui
daripada Program Kejuruteraan Perisian (Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat).

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Encik
Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Khidmat Bantuan
Pendidikan) Yayasan Sarawak

Setiap graduan menerima Sijil Penghargaan, Plak Saudari Lai Soh Hui daripada Program Kejuruteraan Perisian (Fakulti Sains
Cenderahati serta cek bernilai RM2,000.00. Komputer dan Teknologi Maklumat) menerima sijil beliau.

13

INFO PENDIDIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

PROGRAM PERKAMPUNGAN

PELAJAR PERTUKARAN YAYASAN SARAWAK
ZON SEMENANJUNG

OLEH: Sub’bha binti Jalia

KUALA LUMPUR, 13-17 Mac - Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur Sesi Khas Bersama Timbalan Pengarah Khidmat Bantuan
(YSKL) telah menganjurkan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak Pendidikan Yayasan Sarawak, Encik Louis Simon Peter.
(PPPYS) Siri 01/2020 bertempat di premis YSKL@Ampang. Program
tersebut telah dihadiri seramai 59 orang pelajar tajaan Yayasan Sarawak di Para pelajar dibekalkan Hand Sanitizer peribadi oleh YSKL.
bawah Biasiswa Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (BPPPYS)
yang bersekolah di Pusat GENIUS@Pintar UKM, Sekolah Berasrama Penuh Aktiviti Indoor Games oleh pelajar.
(SBP), MRSM dan Sekolah Sukan di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pelbagai aktiviti yang telah dirangka serta dianjurkan oleh YSKL diketuai Islam Sultan Alam Shah, Alyaa Izzati Bt. Mohammad
oleh Ketua Cawangan Pejabat Kuala Lumpur, Encik Franklyn Messat yang mengatakan bahawa intipati program yang
Kujang sambil dibantu oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar YSKL, Puan Suhana dilaksanakan harus dijadikan sebagai landasan kerana
binti Ahmad beserta para warga kerja YSKL yang lain. Para pelajar telah menarik perhatian beliau serta rakan-rakan untuk
berpeluang bersuai kenal dalam sesi khas bersama Timbalan Pengarah teruja menyertai PPPYS bagi siri akan datang dengan
Pendidikan Yayasan Sarawak yang baharu, Encik Louis Simon Peter yang pelajar Ling You Chen, pelajar Tingkatan 2 daripada
menggantikan Encik Ellen @ Manium Engang. Kolej GENIUS@Pintar Negara merasa tidak sabar bagi
Minggu perkampungan pelajar juga diisi dengan aktiviti Kem Bina Semangat PPPYS untuk dianjurkan lagi pada masa hadapan.
bertempat di premis Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh
YSKL selama dua hari satu malam telah memberi peluang kepada para
pelajar untuk menguji ketahanan fizikal dan mental dengan aktiviti seperti
Indoor games. Ceramah bertopikkan Perkongsian Amalan Belajar Terbaik
juga telah diberikan oleh penceramah yang dijemput khas iaitu Encik
Mohd Alif Idham dari Universiti Malaya di mana beliau berkongsi mengenai
pengurusan stress dan pembelajaran yang efektif di kalangan pelajar sekolah.
Kelas Komprehensif bagi subjek Matematik Tambahan dan Matematik PT3
juga diadakan pada minggu tersebut.
Pada majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Encik Louis Simon
Peter, Timbalan Pengarah (Khidmat Bantuan Pendidikan) mewakili Pengarah,
beliau telah memberikan amanat kepada para pelajar mengenai betapa
pentingnya pendedahan pembangunan sahsiah diri di usia muda untuk
mendepani cabaran masa akan datang serta memastikan bahawa kebajikan
para pelajar sepanjang mereka menjadi pelajar tajaan Yayasan Sarawak di
bawah Program Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Zon Semenanjung
Malaysia) senantiasa diambil berat.
Menurut pelajar Genevie Amber Anak Herman, 12 tahun daripada Kolej
GENIUS@Pintar Negara, beliau merasakan intipati program yang diaturkan
amat bersesuaian dengan keperluan pelajar yang memerlukan cara
pembelajaran yang santai dan pada masa yang sama memberikan lebih
banyak input melalui pendekatan hands-on yang diberikan di mana pelajar
Wan Deniel Afizie Bin Wan Nazarudin yang bersekolah di Tingkatan 2 Sekolah
Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu juga bersependapat
dengan beliau.
Untuk pelajar etnik Lun Bawang, Elda Saran Balan, 15 tahun daripada Sekolah
Sains Seri Puteri (SESERI) Kuala Lumpur, beliau berasa amat seronok kerana
berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta dan pada masa
yang sama, pelbagai aktiviti berfaedah juga dijalankan.
Perkara yang sama juga turut dilontarkan oleh pelajar Tingkatan 5 Kolej

14

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

PELAJAR KURSUS

SCAFFOLDING AMBILAN FEBRUARI TAJAAN
YAYASAN SARAWAK

OLEH: Sub’bha binti Jalia

Pelatih mengisi Surat Perjanjian Biasiswa Pinjaman.

Pelatih menjalani Latihan Praktikal. Kumpulan Pelajar Tajaan Yayasan Sarawak Sesi Februari 2020.

BINTULU - Pada Mac 2020, Yayasan Sarawak telah menaja seramai 60 orang pelatih di SR Scaffold Resources Sdn Bhd
dalam bidang Scaffolding dan menjalani kursus di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu.
Pada 3 Mac, satu sesi taklimat oleh wakil institusi berhubung tawaran perjanjian pinjaman telah pun diadakan. Pelajar telah
diberi penerangan berkenaan dengan pembayaran pinjaman, bayaran balik pinjaman serta para pelajar juga turut diingatkan
berkenaan dengan disiplin semasa mengikuti latihan.
Pada 16 Mac 2020 kesemua pelatih telah pun berjaya menamatkan kursus dan lulus Sijil DOSH. Kini mereka semua
menunggu untuk penempatan kerja di beberapa buah syarikat di Melaka.

15

INFO PENDIDIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

SIRI LAWATAN PEMANTAUAN

PROGRAM HIGH PERFORMING RURAL SCHOOL
(HiPERS) YAYASAN SARAWAK

OLEH: Mohamad Hafizi bin Talhah

14 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK Tan Sri 16 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan
Datuk Haji Mohamed, Kuching. Sarawak di SMK Tebakang, Serian.
21 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan
Seksyen Program dan Bantuan telah mengadakan beberapa Sarawak di SK Pendam, Sadong Jaya.
siri lawatan melibatkan sekolah-sekolah bagi Program High
Performing Rural School (HiPERS) di Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Menengah Kebangsaan bermula bermula 14 Januari
hingga 20 Februari 2020.
Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan maklumat
Program HiPERS yang telah dikemaskini, semakan dokumentasi
selain mengadakan beberapa sesi perbincangan dan perkongsian
bagi cadangan penambahbaikan program.
Sekolah yang telah dilawati untuk kali ini melibatkan Bahagian
Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kanowit,
Sibu dan Daerah Kecil Daro.
Maklum balas daripada pihak sekolah yang diperolehi sangat
berpuashati dengan sumber maklumat yang telah diberikan
terutamanya kepada Pengetua dan Guru Besar serta Penyelaras
program yang baharu dilantik.
Mereka juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan
Sarawak di atas geran serta sokongan yang telah diberikan
selama ini dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan anak-
anak Sarawak di luar bandar.

16

21 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SMK 23 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK
Sadong Jaya, Asajaya. Jangkar, Lundu.

29 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK Datuk 29 Januari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK
Bandar, Debak. Melugu, Sri Aman.

11 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK 11 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SMK
Segong, Bau. Lake, Bau.

19 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK Ulu 20 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK
Ranan, Sarikei. Abang Gesa, Belawai.

20 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan Sarawak di SK 20 Februari 2020: Sesi Pemantauan Program HiPERS Yayasan 17
Sungai Paoh, Sarikei. Sarawak di SMK Bawang Assan, Sibu.

BIASISWA PEMBIAYAAN HADIAH GALAKAN PROGRAM
PENDIDIKAN KE IPT DAN BANTUAN

Tawaran biasiswa di Biasiswa Pinjaman ke Membantu kos Bantuan dan
IPT akan dibuka pada IPT Awam & Swasta. peringkat awal pengiktirafan pelajar
pengajian ke IPT.
bulan Ogos 2020 peringkat sekolah.

RM3,895,944.00 RM23,500,000.00 RM534,500.00 RM6,279,900.00

Perbelanjaan Jumlah Kelulusan Perbelanjaan Perbelanjaan

638 RM13,600,341.00 460 26,175

Pelajar IPT Perbelanjaan Kelulusan Baharu Bakal Penerima Manfaat
Semasa Bantuan Pakaian
1,007 Seragam Sekolah
1,500
Pelajar Baharu 1,395
Pelajar Baharu
Peringkat Sekolah 1,888 Penerima Hadiah
Pelajar Cemerlang
Pelajar Semasa Yayasan Sarawak

SPM & STPM

INFOGRAFIK
PENDIDIKAN

Januari - April 2020

18

INFOGRAFIK
BAYARAN BALIK

Januari - April 2020

Tanggungjawab peminjam Insentif kepada pelajar
bagi kelangsungan cemerlang dan berjaya
generasi baharu. menamatkan pengajian.

RM1,323,534.38 RM721,160.75

Kutipan Pinjaman Peruntukan

144 74

Pembayar Baharu Penerima Insentif
Rebat
2,455

Pembayar Semasa

19

INFO KORPORAT OUTREACH JAN - APR 2020

PASUKAN KERAJAAN

PERSEKUTUAN JUARA YAYASAN SARAWAK
GOLF INVITATIONAL

OLEH: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 5 Januari 2020 - Seramai 80 orang Merakam kenangan sebelum memulakan Tee-Off pertandingan.
peserta telah mengambil bahagian pada Kejohanan YB Encik Saidol turut menyertai pertandingan bagi kategori VIP.
Golf Jemputan Yayasan Sarawak yang berlangsung
di Damai Golf and Country Club, Kuching.
Kejohanan ini merupakan salah satu acara sukan
korporat anjuran Yayasan Sarawak yang disertai oleh
pasukan Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan,
Badan Berkanun dan Pesara Kerajaan. Turut menjadi
rebutan adalah Piala Pusingan Setiausaha Kerajaan
Negeri Sarawak.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Datuk
Amar Jaul Samion dalam ucapannya, pertandingan
tersebut merupakan landasan terbaik untuk
mengukuhkan jalinan hubungan kerjasama di
kalangan pegawai perkhidmatan awam di negeri
Sarawak terutama sekali di peringkat eksekutif.
Kejohanan itu menyaksikan Pasukan Kerajaan
Persekutuan muncul sebagai juara pertandingan
sekaligus merangkul Piala Pusingan Setiausaha
Kerajaan Negeri Sarawak.
Manakala pasukan Kerajaan Negeri di tempat kedua,
pasukan Pesara di tempat ketiga dan pasukan
Badan-Berkanun di tempat keempat. Lain-lain
kategori juga turut diadakan dalam acara VIP dan
Individu.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh
YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Turut hadir
YBhg Dato Sri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki,
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap
penasihat pertandingan.

Semua pasukan daripada Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun dan
Pesara merakam kenangan sebelum pertandingan.
20

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

MAJLIS RINGKAS

SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT
BANTUAN PENDIDIKAN

OLEH: Ahmad Jumadi bin Sabang

Majlis menandatangai dokumen Serah Tugas Timbalan Pengarah Khidmat Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak.

Penyerahan kembali BizChannel@CIMB Security Device kepada Akauntan Yayasan WISMA ADENAN - Pada 2 Januari 2020 bertempat
Sarawak, Encik Easmawi Razak bin Mohamad Eastern. di Bilik Mesyuarat Alamanda di Wisma Adenan telah
berlangsung Majlis Ringkas Serah Tugas sempena
Pegawai-pegawai mengambil kesempatan untuk bersalaman mesra dengan Cikgu persaraan Encik Ellen @ Manium anak Engang pada
Ellen. 31 Disember 2019.
Majlis didahului dengan ucapan pembukaan daripada
Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pemangku
Pengarah Yayasan Sarawak dan seterusnya upacara
penyerahan Serah Tugas kepada Encik Louis
Simon Peter, Timbalan Pengarah Khidmat Bantuan
Pendidikan yang baharu di Yayasan Sarawak.
Sebelum majlis berakhir, pegawai-pegawai serta
kakitangan yang hadir mengambil kesempatan untuk
bersalaman dengan Encik Ellen @ Manium yang mesra
panggilan Cikgu Ellen sebagai tanda penghormatan
dan penghargaan kepada beliau.
Akhir kata, selamat bersara kepada Cikgu Ellen dan
jutaan terima kasih atas sumbangan bakti selama
berada di Yayasan Sarawak dan juga mengucapkan
tahniah kepada Encik Louis Simon Peter di atas
perlantikan tersebut.

21

INFO KORPORAT OUTREACH JAN - APR 2020

AUDIT PENGAWASAN

MS ISO 9001:2015 SISTEM PENGURUSAN KUALITI
YAYASAN SARAWAK

OLEH: Watson Chunggat Leornard Doo

Mesyuarat penutupan audit dijalankan. WISMA ADENAN - Audit Pengawasan MS ISO
9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Yayasan
Sarawak bagi kitaran yang kedua telah diadakan
pada 30 hingga 31 Januari 2020.
Pengauditan telah dilakukan oleh Tuan Ir. Razali
Abdul Rahim, juruaudit dari Intertek International
Certification (Malaysia) Sdn Bhd.
Audit Pengawasan ini dilakukan untuk memastikan
dan mengukur pelaksanaan Sistem Kualiti yang
telah dibangunkan di Yayasan Sarawak dapat
dipelihara serta dipertingkatkan secara berterusan
untuk mencapai kepuasan pelanggan sepanjang
masa.
Sesi audit diakhiri dengan penyampaian
penghargaan kepada Tuan Ir. Razali Abdul
Rahim daripada Tuan Haji Mersal bin Abang
Rosli, Timbalan Pengarah Khidmat Korporat dan
Kewangan.

Antara pegawai yang hadir di mesyuarat penutupan audit. Sebahagian kakitangan yang terlibat turut hadir ke majlis penutupan sesi audit.
22

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

MAJLIS MAKAN MALAM
PENGHARGAAN WARGA YAYASAN SARAWAK
3.0 / 2019

Encik Mahathir bin Mohammad, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang OLEH: Abang Azrianto bin Abang Bohari
Pengarah Yayasan Sarawak.
KUCHING, 17 Januari 2020 - Majlis tahunan ini
telah diadakan buat kali ketiga berturut-turut pada 17
Januari 2020 di Borneo Convention Centre Kuching
(BCCK) bagi menghargai sumbangan dan komitmen
jitu semua warga Yayasan Sarawak sepanjang tahun
2019. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan
Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak.
Dalam amanat beliau, kata kunci utama kejayaan
Yayasan Sarawak selama ini adalah “Teamwork” atau
Kerjasama dan harapan beliau agar semangat ini kekal
tersemat dalam sanubari semua wargakerja.
Acara kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang Pengarah Yayasan Sarawak (8
penerima), Anugerah Khidmat Setia Yayasan Sarawak (3
penerima), Anugerah Wargakerja Cemerlang Tahun 2019,
Anugerah Penganjuran Perhimpunan Bulanan Terbaik dan
Anugerah ‘MP News’ Terbaik.
Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh
Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan
Sarawak.

Puan Norjanah binti Mohd Julie, penerima Anugerah Perkhidmatan Setia Puan Marynona anak Simon Noew, penerima Anugerah Perkhidmatan
Yayasan Sarawak. Cemerlang Pengarah Yayasan Sarawak.

23

INFO KORPORAT OUTREACH JAN - APR 2020

PERHIMPUNAN BULANAN

YAYASAN SARAWAK PLATFORM LATIHAN WARGA
KERJA KENDALI ACARA MAJLIS

OLEH: Ahmad Jumadi bin Sabang

WISMA ADENAN, 25 Februari 2020 - Setiap bulan, Bacaan penghayatan Ikrar Integriti yang dipimpin oleh seorang pegawai kanan.
Seksyen Komunikasi Korporat akan mengadakan Sesi Sambutan hari lahir dan ulang tahun perkahwinan warga kerja.
Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak yang wajib
dihadiri oleh semua lapisan warga kerja di Wisma Adenan
termasuk pelajar-pelajar praktikal.
Tujuan utama perhimpunan ini adalah bagi mendengar
amanat bulanan yang akan disampaikan oleh YBrs
Pengarah Yayasan Sarawak berkaitan dengan isu-isu
semasa serta polisi-polisi yang baharu dalam memberi
perkhidmatan ke arah pembangunan pendidikan yang
cemerlang kepada anak-anak Sarawak.
Pada sesi kali ini, YBrs Pengarah turut melancarkan
Buku Laporan Tahunan Yayasan Sarawak Tahun 2018.
Buku tersebut mempunyai kandungan maklumat yang
komprehensif mengenai pencapaian perkhidmatan
dan aktiviti sepanjang tahun serta prestasi kewangan
Yayasan Sarawak.
Sesi perhimpunan ini juga merupakan salah satu
landasan bagi melatih warga kerja untuk mengendalikan
sesuatu acara majlis rasmi. Pengacara majlis akan
dipilih secara bergilir untuk mengendalikan majlis dengan
pelbagai acara seperti senaman ringan, nyanyian lagu
rasmi, bacaan doa, ikrar integriti, perkongsian maklumat,
suai kenal dan laporan video aktiviti dalam bentuk berita
MP News.
Selain itu, turut diadakan penyampaian anugerah pekerja
bulanan dan juga sambutan meraikan hari jadi serta
ulang tahun perkahwinan warga kerja yang pada bulan
tersebut.
Sambutan hari perayaan juga turut diadakan sekiranya
jatuh pada bulan tersebut seperti Tahun Baharu Cina,
Hari Raya, Gawai dan Hari Natal.

Upacara Yee Sang sebagai simbolik sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2020.
24

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

TAKLIMAT PENILAIAN
PEMATUHAN PERATURAN PENTADBIRAN
DAN KEWANGAN MELALUI ECSA

OLEH: Shafida Safia binti Mobil

YBrs Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak WISMA ADENAN, 2-3 Mac 2020 - Seksyen Audit &
menyampaikan cenderahati kepada penceramah, Puan Saniah Abdul Kadir, Pengurusan Risiko telah mengadakan Sesi Taklimat Penilaian
Unit Audit Dalam (Jabatan Ketua Menteri Sarawak). Pematuhan Peraturan Pentadbiran dan Kewangan melalui
Memperkenal Electronic Compliance Self Assessment (ECSA) kepada Electronic Compliance Self Assessment (ECSA) bertempat di
peserta yang hadir. Hotel Serapi, Kuching.
Seksyen Audit & Pengurusan Risiko menjemput Puan Saniah
Abdul Kadir dari Unit Audit Dalam, Jabatan Ketua Menteri
Sarawak untuk memberikan taklimat bagi memperkenal
Electronic Compliance Self Assessment (ECSA) kepada
Yayasan Sarawak.
Program selama dua hari telah disertai seramai 48 orang
pada hari pertama dan 38 orang pada hari kedua. Taklimat
ini memberi pengenalan kepada Electronic Compliance Self
Assessment (ECSA) dan membincangkan kriteria dalam
komponen Electronic Compliance Self Assessment (ECSA)
bagi membolehkan agensi melakukan penilaian kendiri untuk
mengetahui tahap kecekapan pengurusan kewangan dan
pentadbiran secara dalam talian.
Selain itu, Puan Saniah turut membincangkan isu-isu yang
sering dibangkitkan oleh Juruaudit dan menerangkan tindakan
yang perlu diambil untuk mengesan dan mencegah kelemahan
tentang ketidakpatuhan peraturan pentadbiran dan kewangan
di Yayasan Sarawak.
Lanjutan surat dari Jabatan Ketua Menteri (Unit Audit Dalam)
bertarikh 29 Oktober 2019 memaklumkan bahawa Jabatan
Audit Negara (JAN) tidak lagi menjalankan Pengauditan
Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti dan ianya diganti
melalui penilaian kendiri menggunakan sistem Electronic
Compliance Self Assessment (ECSA).
Dengan adanya Electronic Compliance Self Assessment
(ECSA) ini, Yayasan Sarawak berupaya untuk membuat
penilaian sendiri dan meningkatkan tahap kecekapan
pengurusan kewangan dan accountability consciousness di
Pekhidmatan Awam Negeri.

Membincangkan cara penilaian Electronic Compliance Self Assessment
(ECSA) sejajar dengan komponen yang terlibat.

25

INFO KORPORAT OUTREACH JAN - APR 2020

PEMINJAM TEGAR

YAYASAN SARAWAK DALAM SENARAI LAPORAN
KREDIT CTOS

OLEH: Liew Tze Rong

Wakil CTOS memberi tunjuk ajar penyenaraian nama dalam pangkalan data Taklimat tentang Credit Tip-Off System (CTOS).
CTOS.

WISMA ADENAN, 16 Januari 2020 - Seksyen Bayaran Balik dengan kerjasama Seksyen Pengurusan Pengetahuan,
Prestasi dan Pengurusan Pelanggan telah menganjurkan Sesi Taklimat dan Bengkel Credit Tip-Off System (CTOS kelolaan
CTOS Systems Sdn Bhd. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Khidmat
Bantuan Pendidikan) Yayasan Sarawak.

Tujuan taklimat dan bengkel tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan persiapan kepada warga kerja dalam proses
untuk menggunakan pangkalan data bagi perkhidmatan laporan kredit CTOS.

Ianya merupakan salah satu usaha Seksyen Bayaran Balik pada
tahun 2020 untuk memperkasakan prestasi kutipan bayaran balik
pinjaman Yayasan Sarawak dengan menyenarai-hitamkan nama
peminjam tegar yang telah dikenakan Surat Peringatan Terakhir
dalam pangkalan data laporan kredit CTOS.

Sesi taklimat yang dikendalikan oleh Encik Siaw Jing dan Puan
Evelyn Jamahi Andrew daripada CTOS Systems Sdn Bhd Cawangan
Sarawak telah diadakan dalam dua sesi iaitu sesi taklimat pada
sebelah pagi dan sesi bengkel diadakan pada sebelah petang.

CTOS Systems Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada tahun 1990 Bengkel Credit Tip-Off System (CTOS) turut dihadiri oleh wakil
merupakan peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia di daripada anak syarikat.
bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010.

26

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO PENDIDIKAN

Para peserta membuat latihan amali pengurusan rekod. KURSUS AMALI

PENGURUSAN FAIL DAN REKOD

OLEH: Hajijah binti Morsidi

WISMA ADENAN - Pada 4 hingga
6 Februari 2020, seramai 60 orang
kakitangan Yayasan Sarawak dan Sanjung
Etika Sdn Bhd telah mengikuti Kursus
Amali Pengurusan Fail & Rekod bertempat
di Pusat Sumber Yayasan Sarawak.
Kursus yang dikendalikan oleh dua (2)
orang pegawai daripada Pustaka Negeri
Sarawak ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran tentang pentingnya amalan
pengurusan serta pengendalian rekod
yang baik di organisasi.
Mereka didedahkan dengan pengetahuan
dan kaedah dalam pengendalian fail,
di peringkat penutupan, penyusunan,
penyimpanan serta pelupusan fail dan
rekod yang lebih efektif dan efisien
selaras dengan pekeliling-pekeliling yang
berkaitan.

Peserta-peserta meneliti contoh fail yang diberikan. Peserta mendengar pembentangan kumpulan tentang tatacara dan rekod
pelupusan fail.

27

INFO KORPORAT OUTREACH JAN - APR 2020

PROGRAM CERAMAH

AGAMA FARAID ANJURAN JAWATANKUASA SURAU
YAYASAN SARAWAK

OLEH: Siti Noorlis binti Hassan

WISMA ADENAN - Program Ceramah Faraid telah diadakan pada 28 Februari 2020 pada Hari Jumaat jam 2.30
petang bersamaan dengan 4 Rejab 1441H bertempat di Auditorium Yayasan Sarawak.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Hakim Syarie di Mahkamah Rendah Syariah, Bahagian Kuching iaitu
Tuan Haji Najarudin bin Haji Nedri.

Antara intipati ceramah beliau adalah mengenai
pembahagian harta pusaka selepas kematian
seseorang islam yang telah ditetapkan di bawah
Hukum Syarak ke atas waris-waris; bentuk harta
yang boleh dibahagikan secara Faraid; kadar syarat
bagi setiap ahli waris dan banyak lagi.

Syukur alhamdulillah dengan izin Allah SWT maka Serahan cenderahati kepada penceramah jemputan oleh Pengerusi JK Surau
perkongsian ilmu faraid daripada penceramah Yayasan Sarawak, Encik Ismallia bin Bohari.
jemputan tersebut telah mendapat sambutan
yang amat memberangsangkan terutama sekali
daripada warga kerja Yayasan Sarawak dan anak
syarikat iaitu Sanjung Etika Sdn Bhd dan Centre of
Technical Excellence Sarawak (CENTEXS).
Beberapa program yang dirancang untuk bulan
Mac dan April 2020 telah dibatalkan selaras
dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18
Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020.

Sesi soal jawab bersama wargakerja. Sebahagian wargakerja yang hadir ke sesi ceramah.
28

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO Taska Tadika Yayasanku Sayang

MINGGU ORIENTASI

/ TRANSISI TASKA TADIKA YAYASANKU SAYANG

OLEH: Siti Noorlis binti Hassan

Aktiviti mewarna dan menamakan bentuk. Food Preparation: Watermelon Juice. Bubble Time.

WISMA ADENAN - Taska Tadika Yayasanku Sayang mula beroperasi pada 27 Mei 2010 dengan hanya 10 orang kanak-
kanak. Sehingga tahun 2019, seramai 223 orang kanak-kanak telah mengikuti sesi pembelajaran di Taska Tadika Yayasanku
Sayang.
Kini, pada tahun ke-10 operasinya, Taska Tadika Yayasanku Sayang memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2020
yang lepas dengan 55 orang kanak kanak berusia 2 hingga 6 tahun.
Pelbagai ragam boleh dilihat pada minggu pertama persekolahan. Bagi membantu kanak-kanak menghadapi perubahan
dalam rutin harian, Minggu Orientasi/Transisi telah diadakan pada 2 minggu pertama persekolahan.
Program ini memastikan semua pelajar taska dan tadika yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang
berbeza, boleh mengadaptasi rutin harian di taska dan tadika. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar dan dalam masa yang sama, kanak-kanak dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira.
Sepanjang dua minggu pelaksanaannya, pelbagai aktiviti secara individu dan berkumpulan dijalankan. Kanak-kanak
berpeluang merasai pengalaman baharu berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia
untuk mereka.

Minggu transisi dirancang bagi memastikan kanak-kanak boleh;
1. Diperkenalkan dan seterusnya menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan rakan baru.
2. Meningkatkan semangat dan minat belajar untuk kanak-kanak.
3. Guru dapat menyelaraskan keperluan kanak-kanak dari segi kognitif, emosi dan jasmani sebelum memulakan proses

pembelajaran.
4. Menggalakkan komunikasi dan kemahiran bersosial untuk kanak-kanak.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu berkenaan adalah seperti berikut:
1. Suai kenal - rakan baharu dan guru baharu.
2. Pengenalan kepada persekitaran taska dan tadika (tandas, ruang makan, ruang membaca, ruang kelas, taman permainan,

kolam renang).
3. Rutin harian di taska dan tadika - seperti pemeriksaan fizikal harian, perhimpunan & circle time, bacaan doa dan lain-lain.
4. Nyanyian dan gerakan.
5. Aktiviti secara individu dan berkumpulan seperti mewarna, sukaneka, nature walk dan lain-lain.
Pelaksanaan aktiviti berbeza sepanjang dua minggu pertama persekolahan sebagai persediaan kanak-kanak untuk proses
pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan.
Pada pengakhiran setiap aktiviti yang dijalankan, semua kanak-kanak yang mengikuti program telah diberikan hadiah
galakan bagi tujuan meraikan kesediaan mereka mengikuti program.

29

INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

SESI BRAINSTORMING KELAB YAYASAN

SARAWAK UNTUK PENGANJURAN SUKAN PESAYA 2021

OLEH: Haznetta Sarenau Howell / Jolly bin Marikan

KUCHING - Sukan bukan hanya untuk tontonan dan hiburan tetapi ia juga adalah ejen perpaduan dalam menyatukan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sukan Pesaya adalah sukan antara seyayasan
Malaysia yang diadakan setiap dua (2) tahun.
Yayasan Sarawak telah dilantik untuk menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan Pesaya Tahun 2021 nanti. Kelab Yayasan
Sarawak telah diberi amanah untuk mengurus dan membuat persediaan bagi sukan tersebut. Satu sesi Brainstorming telah
diadakan oleh Kelab Yayasan Sarawak untuk Penganjuran Sukan Pesaya 2021 pada 21 Februari 2020 bertempat di UCSI
Hotel, Kuching.
Antara cadangan-cadangan yang dibincangkan adalah jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan, tempat kejohanan, logo
dan maskot Pesaya Sarawak 2021, hadiah dan cenderahati, peraturan pertandingan sukan, pengangkutan, penginapan,
majlis perasmian dan penutupan dan lain-lain.

INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

KELAB YAYASAN SARAWAK KERJASAMA

ANJUR KEJOHANAN M-GAMES INDOOR GAMES MAKSAK
SARAWAK 2020

OLEH: Zulfiqqar Fadhzely bin Randy

KUCHING - Kejohanan M-Games Indoor Games MAKSAK Sarawak telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 2020 di Riverside
Shopping Complex, Kuching. Acara-acara yang dipertandingkan adalah sukan dart, catur, karom dan E-Sport (FIFA 20 & TEKKEN
7). Kejohanan ini diadakan sempena memilih bakat-bkat yang ada di kalangan ahli-ahli gabungan yang terdiri daripada para
penjawat awam bagi mewakili kontinjen Sarawak yang bakal berentap dalam peringkat kebangsaan di Pulau Pinang pada Mac
2020.
Kejohanan ini diadakan dengan Kerjasama MAKSAK Sarawak, Kelab Yayasan Sarawak dan Kelab Kebajikan & Sukan JAIS.
Kejohanan ini disertai oleh pelbagai pasukan terdiri daripada agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat
di negeri Sarawak. Inisiatif kejohanan ini diadakan adalah bagi mengukuhkan semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli,
mengetengahkan bakat-bakat dalam acara-acara yang dipertandingkan bagi mewakili pasukan negeri ke kejohanan kebangsaan
selain mengeratkan hubungan antara ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai agensi.

Yayasan Sarawak telah menghantar wakil bagi setiap acara yang dipertandingkan dengan Pasukan E-Sport (FIFA 20)
menjuarai kejohanan; Pasukan Karom Beregu Wanita di tempat keempat, Pasukan Dart berada di Top 16 dan Catur
30 Perseorangan di kedudukan ke 21 keseluruhan.

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN

PASUKAN KELAB

YAYASAN SARAWAK RAIH 5 PINGAT DI KEJOHANAN
OLAHRAGA MAKSAK 2020 ANJURAN UNIMAS

OLEH: A’isya Munirah Binti Rafi

KOTA SAMARAHAN - Pada 5-7 Mac 2020, Kejohanan Acara Lontar Peluru (Terbuka Lelaki).
Olahraga MAKSAK 2020 telah diadakan di Stadium Pemenang Acara Lempar Cakera (Terbuka Wanita).
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan sebanyak 17 Pemenang Acara Lempar Cakera (Terbuka Lelaki).
jabatan telah mengambil bahagian dalam kejohanan pada
kali ini. Kejohanan ini diadakan bertujuan untuk membuat
pemilihan bagi mewakili pasukan MAKSAK Sarawak
ke Karnival Sukan MAKSAK Malaysia 2020 yang akan
diadakan di Skudai, Johor.
Sebanyak 9 acara balapan dan 4 acara padang telah
dipertandingkan dan dipecahkan kepada 6 kategori bagi
setiap acara iaitu kategori Terbuka, Junior Veteran, Senior
Veteran, Super Senior Veteran dan Master. Tahun ini,
Kelab Yayasan Sarawak telah menghantar seramai 18
orang kakitangan Yayasan Sarawak termasuk kakitangan
Sanjung Etika Sdn. Bhd. bagi menyertai kejohanan
tersebut.
Pasukan yang diketuai oleh Encik Randy Alexon Rozaiman
dan Cik A’isya Munirah binti Rafi telah berjaya membawa
pulang lima (5) pingat iaitu pingat perak bagi acara Lempar
Cakera Wanita Terbuka oleh Cik A’isya Munirah Rafi, Acara
Lontar Peluru (Terbuka Lelaki). empat (4) pingat gangsa
iaitu dua (2 pingat oleh Cik Rosna Mezani bagi acara 100
meter dan Rejam Lembing Wanita Junior Veteran, satu
(1) pingat oleh Cik Dayien Elfifa Abu untuk acara Lempar
Cakera Wanita Terbuka dan satu (1) pingat oleh Encik
Awangku Muhammad Nasrullah Awangkoh Morsidi untuk
acara Lempar Cakera Lelaki Terbuka.
Penglibatan Yayasan Sarawak pada kali ini telah menyuntik
semangat kesukanan dan sekaligus telah berjaya
mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada dalam diri
kakitangan yang terlibat.

Acara 100m (Terbuka Lelaki). Acara Merejam Lembing (Senior Veteran Wanita).

31

INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN OUTREACH JAN - APR 2020

WORKLIFE BALANCE

20 Februari 2020: Sesi pendedahan Sukan Memanah oleh Cikgu Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak merangkap
Setiausaha Persatuan Memanah Negeri Sarawak yang berlangsung di Gelanggang Sukan Wisma Adenan.

13-16 Februari 2020: Pasukan Yayasan Sarawak juarai acara E-Sports & tempat keempat acara Karom sempena
Kejohanan M-Games Indoor Games MAKSAK 2020 Sarawak di Riverside Shopping Mall, Kuching.

18 Januari & 29 Februari 2020: Kelab Yayasan Sarawak turut serta EDURUN & MAJMA Leap Year Run.

31 Januari & 28 Februari 2020: Sesi Senamrobik Bulanan anjuran Kelab Yayasan Sarawak yang
turut disertai oleh pelajar-pelajar YAKIN.

32

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN

PENYERAHAN SUMBANGAN
KEBAJIKAN KEPADA WARGAKERJA

OLEH: Abang Azrianto bin Abang Bohari

WISMA ADENAN - Majlis penyerahan sumbangan kebajikan kepada wargakerja di atas pemergian ahli keluarga yang
tersayang pada awal tahun 2020 telah disempurnakan oleh Puan Suryani binti Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah
(Khidmat Korporat, Operasi dan Pentadbiran) selaku wakil Pengurusan Yayasan Sarawak.
Wargakerja yang telah menerima sumbangan kebajikan ini adalah Puan Jennifer Lim Siok Cheng yang telah kehilangan
ibunda tersayang, Mendiang Puan Alice Hon Siok Lian pada 23 Januari 2020 dan Puan Hajah Hazlina binti Mohamad Azmi
yang telah kehilangan ayahanda tersayang, Allahyarham Encik Mohamad Azmi bin Abdullah pada 10 Februari 2020 yang
lepas.
Majlis ini turut disaksikan oleh Encik Abang Azrianto bin Abang Bohari (Seksyen Pengurusan Sumber Manusia) dan Encik
Muhamad Rahman bin Sallehin (Seksyen Komunikasi Korporat).

OUTREACH JAN - APR 2020 INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN

MAJLIS TAHLIL

BULANAN DAN SUMBANGAN KEBAJIKAN JAWATANKUASA
SURAU YAYASAN SARAWAK

OLEH: Siti Noorlis binti Hassan

WISMA ADENAN - Majlis Tahlil Bulanan anjuran Jawatankuasa Surau Yayasan Sarawak telah diadakan pada 21 Januari 2020
bersamaan dengan 25 Jamadilakhir 1441H bertempat di Surau Yayasan Sarawak, Wisma Adenan.

Majlis seumpama ini merupakan sebahagian daripada program tahunan surau yang mana ianya diadakan bertujuan untuk
mendapatkan kebaikan dan keberkatan daripada Allah SWT selain merapatkan ukhwah sesama warga kerja.

Jawatankuasa Surau Yayasan Sarawak juga telah menyerahkan sumbangan ikhlas kepada Puan Hajah Hazlina binti Mohamad
Azmi yang telah kehilangan ayahanda tercinta pada 10 Feb 2020 bersamaan dengan 16 Jamadilakhir 1441H serta sumbangan
kepada Puan Siti Asfajarina binti Haji Salleh di atas pemergian ibu beliau kerahmatullah pada 2 Mac 2020 bersamaan dengan 2
Rejab 1441H.

Al fatihah dan semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan soleh. 33

GALERI FOTO

19 Februari 2020: Mesyuarat Lembaga Amanah Yayasan Sarawak Kali 2 Mac 2020: Taklimat Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma
Ke-127 yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak. Kerajaan Negeri kepada YB Datuk Amar Jaul anak Samion, Setiausaha

Kerajaan Negeri Sarawak.

21 Januari 2020: Lawatan Delegasi Pusat Pembangunan Ungku Aziz, 4 Februari 2020: Lawatan Kerja Presiden Yayasan KRU, Dato’ Norman
Fakulti Ekonomi & Pentadbiran, Universiti Malaya ke Yayasan Sarawak di Abdul Halim ke pejabat Yayasan Sarawak di Wisma Adenan.

Wisma Adenan.

3 Mac 2020: Kunjungan Pengurus Besar Perbadanan Tabung 2 Januari 2020: Mesyuarat Pembukaan bagi tahun 2020 yang
Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) Cawangan Sarawak, Encik Yussuf dipengerusikan oleh Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pemangku

bin Cik ke atas Pengarah Yayasan Sarawak di Wisma Adenan. Pengarah Yayasan Sarawak.

2 Januari 2020: Sesi Ramah Mesra Bahagian Khidmat Bantuan 21 Januari 2020: Mesyuarat Sesi Ambilan Pelajar bagi Biasiswa Tempatan
Pendidikan bersama Encik Louis, Simon Peter, Timbalan Pengarah Yayasan Sarawak (BTYS) bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak (JPNS) & Bank Simpanan Nasional (BSN).
(Khidmat Bantuan Pendidikan) yang baharu.

13 Februari 2020: Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Bil 2-2020 yang 5 Mac 2020: Jemputan Ceramah Program dan Bantuan Pendidikan
dipengerusikan oleh Puan Suryani binti Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak sempena Program Peningkatan Akademik T6
(Khidmat Korporat, Operasi & Pentabiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa. ‘Scholarship Engagement’ di SMK Suai, Miri.
34

25 Februari 2020: Hari penyampaian keputusan peperiksaan Sijil Tinggi 5 Mac 2020: Hari Pengumuman dan penyerahan keputusan peperiksaan
Pelajaran Malaysia (STPM) bertempat di SMK St Joseph, Kuching. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Green Road, Kuching.

10 Januari 2020: Sesi temuduga kepada pemohon yang layak untuk 9 April 2020: Aktiviti pelajar Program Perkampungan Zon Semenanjung
tawaran program-program biasiswa di Yayasan Sarawak. semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bertempat di Asrama

Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur.

31 Januari 2020: Penghargaan kepada Pejabat Yayasan Sarawak Kuala 16 Mac 2020: Lawatan Kerja Yayasan Sarawak ke CENTEXS Dalat,
Lumpur daripada penganjur Kursus Intensif Tilawah Al-Quran Peringkat Mukah diketuai oleh Encik Jolly bin Marikan, Penolong Pengarah
(Perundangan & Pematuhan) bersama lain-lain pegawai.
Kebangsaan.

12-13 Januari 2020: Yayasan Sarawak turut serta Pameran Sarawakku 26 Februari 2020: Cik Hasiah binti Untot, salah seorang kakitangan
Sayang yang telah dilancarkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak di Yayasan Sarawak menerima Pingat Kebesaran Negeri, Bintang Bentara
Dewan Suarah Kota Samarahan. Sarawak (BBS) daripada TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak bertempat

di Dewan Besar Astana Negeri Sarawak.

22 Januari 2020: Penyampaian cenderahati kepada salah seorang 31 Januari 2020: Mesyuarat Biro Wanita Kelab Yayasan Sarawak
Pesara Yayasan Sarawak sempena Sambutan membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi
Tahun Baharu Cina 2020. tahun 2020.

35

PUSAT PEMBELAJARAN

POSTAL ADDRESS CDT 250, 98009 MIRI, SARAWAK. +60 85 63 0100 (T) | +60 85 63 0088 (F)
JALAN SIMPANG TIGA, 93350 KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA. +60 82 415 353 (T) | +60 82 428 353 (F)
NO. 1, JALAN UNIVERSITI, 96000 SIBU, SARAWAK, MALAYSIA. +6084-367300 (T) | +6084-367301 (F) | [email protected] (E)
JALAN SULTAN TENGAH, RAMPANGI SANTUBONG, SARAWAK, 93050 KUCHING. +6082-846408 (T) | +6082-846409 (F)

36 INSTITUTE CITY CAMPUS (ICC), BANGUNAN YAYASAN SARAWAK, MASJID ROAD, 93000 KUCHING.
+6082-231230 (T) | +6082 231506 (F)

TESTIMONI PELAJAR / IBU BAPA

37

PREMIS YAYASAN SARAWAK UNTUK SEWAAN

Sanjung Etika Sdn Bhd (SESB) was incorporated on 31st March 1997 and the main

task is to carry out business and therefore to lead as one of Yayasan Sarawak investment
arms. In 2002, SESB was appointed to manage particularly in property management and
facilities management for Yayasan Sarawak premises.

Yayasan Sarawak Premises for rent by location:

Yayasan Sarawak Building, Wisma Satok, Jalan Satok, Jalan Rock, Batu Lintang Demak Laut Commercial Centre,
Jalan Masjid, Kuching Kuching Kuching Kuching

Ariva Gateway, Jalan Pinang Jawa, Gita Jalan Padungan, Tabuan Jaya,
Jalan Bukit Mata Kuching Kuching Kuching Kuching

Unisquare, Jalan Airport Lama, Jalan Club, Jalan Bangkita,
Kota Samarahan Kapit Sri Aman Limbang

Jalan Bulatan Piasau, Jalan Sommerville,
Miri Bintulu

For information, please call Tel: 082-432157 | Fax: 082-432171
http://sesb.org.my/
FARALIZA: 017-8135779 (HP)
AMIR: 016-8846491 (HP)

38

WISMA ADENAN DIREKTORI YAYASAN SARAWAK

JALAN SULTAN TENGAH LOKASI KAMI
PETRA JAYA, 93050 KUCHING.
+6082 441686 KUCHING KUALA LUMPUR LONDON
+6082 440023
+6017 7001971 (ysCARE)
[email protected]
www.yayasansarawak.org.my

BIASISWA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
+6082 441686 samb. 105 +082 441686 samb. 293
+6019 8879114
TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENGURUSAN SISTEM
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN +082 441686 samb. 317
+6082 441686 samb. 101
+6019 8151686 (Pinjaman) ASET DAN PEROLEHAN
+6013 8395244 (Teknikal) +082 441686 samb. 202

PROGRAM & BANTUAN PENGURUSAN PENGETAHUAN, PRESTASI
+6082 441686 samb. 104 & PERHUBUNGAN PELANGGAN
+082 441686 samb. 250
BAYARAN BALIK
+6082 441686 samb. 102 PENGURUSAN KHIDMAT KUALITI
+6013 803 1158 +082 441686 samb. 314

PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT PERUNDANGAN & PEMATUHAN
+082 441686 samb. 205 +082 441686 samb. 309

KOMUNIKASI KORPORAT AUDIT & PENGURUSAN RISIKO
+082 441686 samb. 313 +082 441686 samb. 315
+6017 700 1971
PENTADBIRAN AM
AKAUN +082 441686 samb. 341
+082 441686 samb. 201
PEJABAT KUALA LUMPUR
PENGURUSAN HARTANAH, PENGANGKUTAN & FASILITI +603 42650619
+082 441686 samb. 316 +603 42661972

PENGURUSAN PROJEK RUMAH YAYASAN SARAWAK LONDON
+082 441686 samb. 216 ++44 2088 300165

PELABURAN AM & SYARIKAT
+082 441686 samb. 204

39

Website Student App

www.yayasansarawak.org.my
KUCHING.KUALA LUMPUR.LONDON


Click to View FlipBook Version