The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Sarawak, 2023-10-22 22:17:25

2023 OUTREACH 1st Edition Jan-April

Published by Yayasan Sarawak

OUTREACH LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH 18/2023 (05-08) EDISI MEI-OGOS 2023 “Pemangkin Pembangunan Pendidikan Ke Arah Modal Insan Berkualiti” EMPAT MUKA BAHARU DILANTIK MENJADI AHLI LEMBAGA AMANAH YAYASAN SARAWAK PREMIER SARAWAK MENYAMPAIKAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN SARAWAK SPM 2023 BAGI BAHAGIAN SERIAN MS 6 MS 6 IMBAS INFO Koleksi Penerbitan Yayasan Sarawak


Visi Untuk menjadi yayasan bertaraf dunia dalam membangun modal insan yang berkualiti di Sarawak. Misi Beriltizam untuk memacu pembangunan modal insan yang berkualiti untuk Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang berkesan. Nilai-Nilai Teras Integriti Profesionalisme Berorientasikan Hasil Baik Hati dan Prihatin Semangat Berpasukan Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya 2 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


KANDUNGAN 4 5 Dari Meja Pengarah Dari Meja Ketua Editor INFO BERITA UTAMA 6 6 Premier Sarawak Menyampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak SPM 2023 Bagi Bahagian Serian Empat Muka Baharu Dilantik Menjadi Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak INFO KORPORAT 7 7 7 8 8 8 9 10 10 10 11 11 11 12 12 12 13 13 13 14 14 Majlis Penyerahan Bantuan Komputer Yayasan Sarawak Kepada Sekolah Majlis Penyerahan Cek Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak Sesi Taklimat Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak Kepada Ahli Lembaga Amanah Yang Baharu Yayasan Sarawak Terima Kunjungan Rasmi Delegasi Yayasan Kelantan Yang Diketuai Oleh YB Timbalan Menteri Besar Majlis Konvokesyen Ke-7 Universiti Teknologi Sarawak Sidang Media EKSPO Pendidikan Sarawak 2023 Delegasi Yayasan Sarawak Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke Kelantan Majlis Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak Pengarah Dan Kakitangan Yayasan Sarawak Meraikan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Sesi Audit Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S Yayasan Sarawak Komited Sesi Pengauditan ‘SCS Scorecard’ Mesyuarat Panduan Bajet 2024 Bersama YSIE Sdn Bhd & Kolej Universiti i-Cats Mesyuarat ‘Balanced Scorecard’ Dan Pelan Strategik Kumpulan Universiti Dan Kolej Milik Yayasan Sarawak Kumpulan ‘My-Yayasan GTS’ Wakili Yayasan Sarawak ke Konvensyen Kumpulan Inovasi Dan Kreatif Sesi Perbincangan Dan Pengemaskinian MyPortfolio Yayasan Sarawak Mesyuarat Kolaborasi Fakulti Maritim Laila Taib Universiti Teknologi Sarawak Dan Akademi Pelita Maslaut Bakal Pesara Yayasan Sarawak Hadiri Kursus Pra Persaraan Kursus Kesedaran MS ISO 9001:2015 Yayasan Sarawak Sertai Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka Bengkel ‘Media Profiling And Measurement’ Kontinjen Yayasan Sarawak sertai Perarakan 60 Tahun Sarawak Merdeka INFOGRAFIK 15 16 Jumlah Benefisiari Baharu Yayasan Sarawak (Bulan Januari Hingga Ogos 2023) Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Yayasan Sarawak (Bulan Januari Hingga Ogos 2023) INFO PENDIDIKAN 17 17 18 18 18 19 19 19 20 20 21 22 24 24 24 25 26 Sesi Pembentangan Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah Majlis Perasmian EKSPO Pendidikan Sarawak 2023 Sesi Temuduga Biasiswa Yayasan Sarawak Bagi Sesi Pengambilan 2023/2024 Kursus Pemantapan Program HiPERS Lab Pemurnian Bengkel Pelan Pembangunan Pendidikan Mesyuarat Bersama Guru Pengawas Hala Tuju Pelajar Program Pertukaran di Sarawak Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris Sesi Perbincangan Pengangkutan Air Bagi Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah Bengkel Sistem Aplikasi Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah Sesi ‘Meet & Greet’ Kumpulan Pelajar Baharu Mei 2023 Bagi Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris Yayasan Sarawak Memastikan Penyebaran Maklumat Perkhidmatan Mencapai Kumpulan Sasaran Sekitar Program Hari Kerjaya Dan Pendidikan Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Sesi Perjumpaan Bersama Pelatih Kursus Scaffolding SR Scaffold Lawatan Sambil Belajar Pelajar Dan Guru SMK Lutong, Miri Aktiviti Pelajar Program Pertukaran Zon Semenanjung Semasa Cuti Sekolah Sekitar Pelaksanaan Kelas Dan Program Sekolah-Sekolah HiPERS Yang Terlibat Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak 2023 INFO SUKAN, REKREASI & KEBAJIKAN 29 29 29 30 30 30 31 32 32 32 Ahli Kelab Yayasan Sarawak Sertai Hari Suri MAKSAK Wanita Sarawak Penyerahan Geran Tajaan Kepada Pasukan Regatta Yayasan Sarawak-Puteri Dang Balai Ahli Kelab Yayasan Sarawak Mengadakan Lawatan Rekreasi Ke Taman Negara Bako Kejohanan Dam Aji Yayasan Sarawak Majlis Penutupan Bengkel Permainan Tradisi MAKSAK Sarawak 2023 Yayasan Sarawak Johan Pertandingan Sukan Tradisi Maksak Sarawak 2023 Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Anjuran Kelab Yayasan Sarawak Pengarah Pendidikan Sarawak Ziarah Aidilfitri Bersama Pegawai Yayasan Sarawak Majlis Doa Selamat Sempena Ulang Tahun Ke-52 Yayasan Sarawak Program Ceramah Ibrah Korban Anjuran Jawatankuasa Surau Yayasan Sarawak 33 36 37 38 39 Galeri Foto Testimoni Pelanggan Institusi Akademik Dan Latihan Teknikal Direktori Yayasan Sarawak Premis Sewaan Yayasan Sarawak OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 3


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Sarawakku Sayang. Saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu kembali dalam Buletin Outreach Edisi Mei-Ogos 2023 ini. Terima kasih dan syabas kepada sidang redaksi serta warga kerja yang terlibat dalam penerbitan edisi Outreach kali ini. Seiring dengan visi untuk menjadikan yayasan bertaraf dunia dalam membangun modal insan yang berkualiti di Sarawak, saya yakin pada edisi ini dapat memperlihatkan komitmen, usaha dan kegigihan dalam meneruskan legasi kegemilangan Yayasan Sarawak. Pelbagai aktiviti dan program Yayasan Sarawak telah dilaksanakan sepanjang bulan Mei hingga Ogos 2023. Antaranya ialah kolaborasi kali pertama antara Yayasan Sarawak dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak. Program sebegini sememangnya akan memberikan pendedahan dan pengalaman yang baharu kepada para pelajar merasai kehidupan di universiti. Semoga kolaborasi ini akan dapat diteruskan untuk lebih banyak lagi program pada masa akan datang. Selain itu, Yayasan Sarawak turut memaparkan kehadiran empat muka baharu yang telah dipilih sebagai Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak. Antaranya ialah Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Persekutuan Sarawak Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman serta Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Dato Richard Wee Liang Huat. Dengan kehadiran AhliAhli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak yang baharu ini, diharapkan dapat menyumbang bakti melalui pengalaman penglibatan mereka dalam dunia korporat dan juga NGO (organisasi bukan kerajaan). Antara usaha lain pula, Yayasan Sarawak masih lagi meneruskan program dan bantuan pendidikan malah diperluaskan lagi ke pelbagai daerah. Hal ini demikian seiring dengan misi Yayasan Sarawak iaitu beriltizam untuk memacu modal insan yang berkualiti untuk Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang berkesan. Perkara ini juga selaras dengan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Yayasan Sarawak di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Premier Sarawak merangkap Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak serta sokongan daripada Kerajaan Negeri. Saya berharap penerbitan Outreach pada kali ini dapat menyampaikan mesej yang lebih jelas kepada para pelanggan, badan-badan organisasi serta rakyat amnya tentang aktiviti-aktiviti, program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Yayasan Sarawak. Semoga bertemu lagi pada edisi yang akan datang. Selamat membaca. Wassalam. Sekian, terima kasih. “BERSATU BERUSAHA BERBAKTI AN HONOUR TO SERVE PEMANGKIN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN” HAJI MERSAL BIN ABANG ROSLI Pengarah Yayasan Sarawak PENGARAH Dari Meja 4 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


KETUA EDITOR Dari Meja Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Yayasan Sarawak ku Sayang. Syukur alhamdulillah saya lafazkan setinggi-tinggi pujian dan kesyukuran kehadirat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan nikmatNya maka buletin Outreach Edisi Mei-Ogos 2023 yang merupakan edisi kedua bagi tahun 2023 telah pun berjaya dihasilkan. Edisi Outreach pada kali ini memaparkan pelbagai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan pada suku tahun kedua 2023. Aktiviti dan program yang telah dijalankan melibatkan setiap lapisan komuniti bagi mencapai hasil, proses perhubungan, wacana, pembuatan keputusan dan juga pelaksanaan program-program yang diamanahkan oleh Kerajaan Negeri. Untuk edisi kali ini rutin kerja medium ini akan terus berkongsi rentetan program-program yang telah dilaksanakan jayanya. Sidang redaksi pada kali ini akan menyingkapkan segala pelaksanaan program sepanjang bulan Mei – Ogos 2023 sebagai perkongsian bersama. Pertama sekali, jutaan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg kerana telah menyampaikan Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak di Bahagian Serian pada 15hb Julai 2023 bertempat di Serian Conference Centre (SCC). Tahun ini juga memperlihatkan julung kalinya kerjasama di antara pihak Yayasan Sarawak dan pihak Universiti Utara Malaysia dalam penganjuran Program Perkampungan Pelajar bertempat di Universiti Utara Malaysia (Sintok, Kedah) selama seminggu bermula pada 26hb Ogos 2023. Para peserta terdiri daripada 105 orang pelajar di bawah tajaan Biasiswa Pertukaran Pelajar (Semenanjung, Sarawak dan Labuan) dan juga pelajar HIPERS. Selain daripada itu, seperti tahun yang lalu Yayasan Sarawak juga telah meneruskan penganjuran Ekspo Pendidikan Sarawak dimana penganjuran program pada kali ini telah diperluaskan ke 45 buah daerah di seluruh Sarawak. Kejayaan pelaksanaan program sebegini telah menjadi pemangkin kepada warga kerja Yayasan Sarawak untuk melangkah jauh dan ia menjadi kayu pengukur sehingga dekad yang akan datang. Menyedari hasrat ini, kami di Sidang Redaksi menggandakan usaha untuk memastikan edisi bercetak kali ini terus melaksanakan fungsinya dan tidak ditelan zaman walaupun sedekad akan datang berpaksikan fungsi Yayasan Sarawak sebagai “Pemangkin Pembangunan Pendidikan di Negeri Sarawak” yang bertaraf dunia. Melalui perutusan ini juga, saya ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penerbitan Outreach edisi pada kali ini dan sebarang penambahbaikkan yang ingin dikemukakan amatlah dialu-alukan untuk meningkatkan mutu penerbitan buletin di masa akan datang. Selamat membaca, wassalam. HAJAH SURYANI BINTI ABDUL HAMID Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran, Risiko & Komunikasi) Ketua Editor SEKALUNG BUDI Terima kasih atas sumbangan penulisan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan penerbitan buletin OUTREACH kali ini. Sebarang cadangan penambahbaikan serta sumbangan artikel boleh di emel ke [email protected] TERBITAN Seksyen Pengurusan Data & Komunikasi Awam (PDKA), Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA. +60 82 441 686 (t) | +60 82 440 023 (f) | +6017 700 1971 (ysCARE) | [email protected] | www.yayasansarawak.org.my KETUA EDITOR Haznetta Sarenau Howell REKA GRAFIK / JURUFOTO / PENULIS Ahmad Jumadi bin Sabang JURUFOTO Muhd Haziq bin Rahmatullah PEN. EDITOR / PENULIS / JURUFOTO Bethsheba Nassa anak Mattson Attang PENULIS Kathy binti Omar PENULIS / JURUFOTO Muhamad Fakhrul bin Ikram KETUA EDITOR Hajah Suryani binti Abdul Hamid SIDANG REDAKSI OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 5


DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR BETHSHEBA NASSA INFO INFO KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg telah melantik tujuh Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak berkuatkuasa pada 1 Januari 2023. Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Sarawak menyerahkan surat lantikan tersebut dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia. Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, dengan tempoh pelantikan selama tiga tahun sehingga 31 Disember 2025, ahli lembaga yang dilantik terdiri daripada individu yang terpilih berdasarkan kebolehan dan pengalaman mereka dalam bidang yang berkaitan. Empat muka baharu yang dilantik adalah Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan (Setiausaha Persekutuan Sarawak), Datuk Amar Michael Manyin Anak Jawong (Penasihat di Pejabat Premier Sarawak), Dato Richard Wee Liang Huat (Presiden Persekutuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian) dan YB Tuan Fazzrudin Bin Abdul Rahman (Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak). Turut menerima watikah pelantikan adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki sebagai Timbalan Pengerusi, Setiausaha Kewangan Sarawak, YBhg Dato Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar dan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, YBhg Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad. SERIAN, 15 Julai – Premier Sarawak telah merasmikan Serian Conference Centre (SCC), Pelancaran Serian Master Plan dan Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka Bahagian Serian bersempena dengan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Turut sama diraikan dalam masjlis perasmian tersebut adalah majlis penyampaian Hadiah Cemerlang Yayasan Sarawak SPM 2023. Seramai 8 orang calon SPM 2022 daripada Bahagian Serian yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran telah menerima Sijil Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2022 dan Sijil Simpanan Premium BSN bernilai RM500.00 seorang. Majlis penyampaian tersebut telah disampaikan oleh YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Richard Riot Jaem, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan) Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Residen Bahagian Serian, Selamat Jati Yanjah dan dif-dif kenamaan yang lain. Mesyuarat Lembaga Amanah Yayasan Sarawak ke 131 dipengerusikan oleh YAB Premier Sarawak. Dari kiri: Dato Ahmad Nadzri bin Mohd Hassan, Datuk Amar Michael Manyin anak Jawong, Dato Richard Wee Liang Huat dan YB Tuan Fazzruddin bin Abdul Rahman BERITA UTAMA BERITA UTAMA EMPAT MUKA BAHARU DILANTIK MENJADI AHLI LEMBAGA AMANAH YAYASAN SARAWAK PREMIER SARAWAK MENYAMPAIKAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG YAYASAN SARAWAK SPM 2023 BAGI BAHAGIAN SERIAN YAB Premier Sarawak menyerahkan sijil kepada salah seorang penerima Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2022. YAB Premier Sarawak bergambar kenangan bersama penerima Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak 2023. 6 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


MIRI, 26 Jun 2023 - Yayasan Sarawak dalam inisiatif untuk membantu melengkapkan kemudahan pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar telah mengagihkan sejumlah 50 komputer kepada lapan buah sekolah di dalam konstituensi Parlimen Sibuti Ini juga merupakan usaha menaik taraf sistem pendidikan di luar bandar. Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana bersetuju melulus-kan pemohonan sumbangan komputer tersebut untuk kegunaan pelajar sekolah Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Komputer Yayasan Sarawak-CAPS di pejabatnya di sini pada Sabtu KUALA LUMPUR, 2 Ogos 2023 – Kerajaan Negeri Sarawak berprihatin dan berterusan membantu peminjam PTPTN yang terdiri daripada anak-anak Sarawak membayar baki hutang pinjaman PTPTN melalui inisiatif yang dilaksanakan. Majlis penyerahan replika cek berjumlah RM41.84 juta daripada Yayasan Sarawak kepada PTPTN melalui Kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak telah diadakan pada 2 Ogos 2023 di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur. Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli dan para pegawai daripada kedua-dua belah pihak. Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak telah melaksanakan jalinan kerjasama dengan PTPTN dalam usaha membantu pelajar Sarawak meringankan beban hutang pinjaman PTPTN masing-masing. Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman PTPTN mereka. Insentif ini yang mula diperkenalkan pada tahun 2022 oleh kerajaan negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM77.99 juta dengan seramai lebih 22,000 peminjam telah menerima manfaat ini. Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ini membuktikan sokongan serta merupakan usaha proaktif kerajaan negeri dalam memastikan peminjam PTPTN yang terdiri daripada anak-anak Sarawak bebas daripada belenggu hutang. Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyokong usaha yang dibuat oleh PTPTN untuk membudayakan pembayaran balik pinjaman dalam kalangan masyarakat untuk kesinambungan pinjaman kepada generasi akan datang. WISMA ADENAN, 12 Mei 2023 - Satu sesi taklimat pendidikan telah diadakan bersempena dengan perlantikan ahli lembaga amanah yang baharu iaitu YBhg Datuk Amar Michael Manyin anak Jawong, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Pendidikan) dan YBhg Dato Richard Wee Liang Huat, Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian. Taklimat ini bertujuan untuk memaklumkan perkembangan terkini berkaitan bantuan pendidikan yang diberikan oleh Yayasan Sarawak kepada pelajar. Ia termasuk penajaan biasiswa, pinjaman dan program serta aktiviti yang dikendalikan oleh Yayasan Sarawak. Selain itu, Yayasan Sarawak juga menjadi urusetia bagi beberapa program biasiswa dan inisiatif pendidikan daripada kerajaan Sarawak kepada rakyat. Taklimat ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan, Encik Louis Simon Peter. Turut hadir Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan dan Pegawai Kanan Bahagian Pendidikan Yayasan Sarawak. YB Tuan Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Komputer Yayasan Sarawak kepada pihak sekolah. Tuan Haji Mersal Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak menyerahkan replika cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Encik Mohamad Dasuki bin Abdul Majid. Encik Mohammad Faisal, Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat & Pengurusan Sistem bergambar kenangan bersama pihak sekolah. Sesi bergambar Ahli Lembaga Pengarah yang baharu bersama Pegawai daripada Bahagian Pendidikan yang diketuai oleh Encik Louis Simon Peter. DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO KORPORAT MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KOMPUTER YAYASAN SARAWAK KEPADA SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO INFO KORPORAT KORPORAT MAJLIS PENYERAHAN CEK INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK SARAWAK SESI TAKLIMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK KEPADA AHLI LEMBAGA AMANAH YANG BAHARU lalu. Turut hadir sama dalam majlis penyerahan bantuan komputer adalah Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sistem Yayasan Sarawak, Mohammad Faisal Jaafar. Ahli Parlimen Sibuti itu juga menyatakan bahawa komputer yang sedia ada di sekolahsekolah berkenaan kebanyakannya sudah ketinggalan dari segi perisian dan daif. Dengan adanya komputer dengan perisian yang terkini, maka ia dapat memanfaatkan guru dan pelajar dalam mencari informasi secara dalam talian. “Sumbangan komputer berkenaan adalah antara komitmen Yayasan Sarawak dalam membantu pelajar di negeri ini mendapat pendedahan dalam penggunaan teknologi maklumat (IT),” jelasnya. Beliau yakin dengan adanya sumbangan komputer tersebut akan dapat membantu para pelajar mahir dalam penggunaan teknologi selain memudahkan komunikasi. Beliau berharap kemudahan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar dan meningkatkan prestasi pelajar berkomunikasi, memproses dan menyimpan data serta memperoleh pelbagai maklumat dengan mudah. Penyerahan sumbangan komputer itu telah diagihkan kepada lapan sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku dan SK Kelapa Sawit No 1 hingga No 5. Selain itu, SK Kampung Angus, SK Rumah Balat dan SK Rumah Essau. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 7


Sesi bergambar bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Amar bin Abdullah dan delegasi Yayasan Kelantan Darulnaim di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. YAB Premier Sarawak hadir ke Majlis Konvokesyen UTS yang turut disertai oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli. Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli bergambar kenangan bersama para penerima geran dan Insitusi Pengajian Tinggi di bawah Yayasan Sarawak. Sesi lawatan kerja delegasi Yayasan Kelantan ke CENTEX Kuching. KUCHING, 22 Mei 2023 - Yayasan Sarawak telah menerima kunjungan Yayasan Kelantan yang diketuai oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Amar Bin Abdullah. Turut serta ialah pegawai kanan Yayasan Kelantan dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Tujuan utama lawatan itu adalah untuk menjalinkan kerjasama antara Yayasan Kelantan dan Yayasan Sarawak dan mengeratkan hubungan kedua-dua pihak. Selain memperkukuh integrasi nasional antara yayasan negeri, kedua-dua pihak dilihat cuba mencari peluang kerjasama dalam bidang pendidikan. Antara agensi yang turut dilawati oleh delegasi Yayasan Kelantan ialah Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Kuching di Rampangi, Santubong. SIBU, 6 Ogos 2023 – Konvokesyen Universiti Teknologi Sarawak ke -7 menyaksikan seramai 347 graduan memperolehi ijazah masing-masing dalam pelbagai peringkat pengajian dari 20 program pengajian. Konvokesyen tersebut melibatkan 2 sidang dimana sidang kedua majlis tersebut telah disempurnakan oleh Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UTS, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Sidang pertama yang melibatkan 152 graduan termasuk (15) Sarjana dan seorang Doktor Falsafah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaiee yang juga merangkap Pengerusi UTS. Premier dalam ucapannya menyatakan bahawa graduan mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan dan membuat perubahan. “Graduan adalah pemimpin dan pengubah masa hadapan dan menjadi harapan bagi negeri ini untuk memberi impak positif serta menyumbang kepada perkembangan Sarawak dan Malaysia amnya” katanya dalam ucapannya di Majlis Konvokesyen ke-7 UTS. Diantara tetamu jemputan bagi majlis konvokesyen ini adalah Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid serta Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR BETHSHEBA NASSA INFO INFO KORPORAT KORPORAT YAYASAN SARAWAK TERIMA KUNJUNGAN RASMI DELEGASI YAYASAN KELANTAN YANG DIKETUAI OLEH YB TIMBALAN MENTERI BESAR MAJLIS KONVOKESYEN KE-7 UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK WISMA ADENAN, 4 Julai 2023 - Satu sidang media Ekspo Pendidikan Sarawak 2023 telah diadakan di Auditorium Wisma Adenan Yayasan Sarawak. Sidang media ini diadakan bagi tujuan untuk penyerahan geran bagi Ekspo Pendidikan Sarawak 2023 yang akan berjalan serentak pada 8 Julai 2023 diseluruh daerah Sarawak. Terdapat 42 daerah akan terlibat sama dalam expo pendidikan itu. Tetamu kehormat yang hadir adalah Pengarah Yayasan Sarawak dan wakil-wakil dari pihak media. Selain itu, penyerahan geran berjumlah RM 15,000 kepada semua pejabat daerah yang terlibat turut berlangsung pada sidang media tersebut. Penerima geran untuk Ekspo Pendidikan adalah dari wakil Pejabat Daerah sekitar Sarawak. DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO KORPORAT SIDANG MEDIA EKSPO PENDIDIKAN SARAWAK 2023 8 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Sesi bergambar kenangan pengurusan Yayasan Kelantan dan Yayasan Sarawak di Komplek YAKIN, Kota Bahru, Kelantan. Sesi bergambar kenangan semasa lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) di Kota Bahru, Kelantan. Sesi bergambar sempena Lawatan kerja ke Universiti Malaysia Kelantan. Delegasi Yayasan Sarawak diberi taklimat semasa lawatan ke salah satu makmal di Universiti Malaysia Kelantan. KELANTAN, 30-31 Julai 2023 - Satu delegasi daripada Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk mengadakan hubungan kerjasama antara Yayasan Sarawak dengan beberapa agensi dan institusi di Kelantan. Delegasi Yayasan Sarawak telah diketuai oleh Yang Berusaha, Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, dan disertai oleh timbalan-timbalan pengarah serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Sarawak. Antara agensi yang telah dilawat ialah Yayasan Kelantan (YAKIN) yang bertempat di Kota Bharu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kedua-dua belah pihak selain menguatkan integrasi nasional antara yayasan negeri. Yayasan Sarawak turut melawat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Tujuan lawatan ke KIAS diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan kerjasama dalam program pendidikan Islam. Hal ini akan dapat membuka peluang dan memberi pilihan kepada pelajar lepasan tahfiz dan sekolah pondok untuk melanjutkan pelajaran. Selain KIAS, Yayasan Sarawak juga melawat Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Lawatan ini dilaksanakan bagi memantau program khas hasil kerjasama UMK-Yayasan Sarawak DVM+ iaitu sebuah program Doktor Perubatan Veterinar. Hal ini bertujuan bagi menarik minat pelajar Sarawak yang cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke dalam bidang perubatan veterinar tersebut di UMK. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO KORPORAT DELEGASI YAYASAN SARAWAK ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE KELANTAN OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 9


Membaca Ikrar Integriti Penjawat Awam Negeri Sarawak yang dipimpin oleh Pegawai Kanan menjadi amalan di setiap Majlis Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak. Salah seorang pelajar praktikal menerima Sijil Penghargaan daripada pengurusan Yayasan Sarawak. WISMA ADENAN - Yayasan Sarawak telah mengadakan beberapa edisi majlis perhimpunan bulanan dengan jayanya. Tujuan utama perhimpunan tersebut diadakan adalah untuk menghimpunkan semua kakitangan dari pelbagai jawatan bersama-sama mendengar amanat daripada YBrs Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli. Perhimpunan tersebut turut diisi dengan pelbagai slot seperti tayangan video program yang telah dilaksanakan, perkongsian maklumat, sambutan hari lahir dan ulang tahun perkahwinan kakitangan Yayasan Sarawak. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO KORPORAT MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN YAYASAN SARAWAK Pengarah dan pegawai kanan serta kakitangan Yayasan Sarawak turut meraikan secara sederhana Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Mesyuarat Sesi Audit Persijilan 5S telah dipengerusikan oleh Puan Suryani binti Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran, Risiko dan Komunikasi. WISMA ADENAN, 23 Julai 2023 - Negeri Sarawak telah menyambut ulang tahun merdeka kali ke-60 tahun pada 22 Julai yang lalu. Sehubungan dengan itu, Yayasan Sarawak tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan sambutan 60 tahun Sarawak merdeka itu. Pengarah dan warga kerja Yayasan Sarawak telah bersama-sama berhimpun bagi meraikan hari merdeka tersebut. Acara tumpuan pada hari tersebut seperti upacara simbolik pemasangan bendera negeri Sarawak pada kenderaan rasmi Yayasan Sarawak yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli dan timbalan-timbalan pengarah serta pegawai-pegawai kanan Yayasan Sarawak. Sambutan tersebut telah diadakan di Wisma Adenan Yayasan Sarawak. WISMA ADENAN, 09 Mei 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan satu mesyuarat Sesi Audit Pensijilan 5S yang telah pengerusikan oleh Puan Suryani Binti Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran, Risiko dan Komunikasi. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan tentang amalan 5S di Yayasan Sarawak dan penambahbaikan untuk mendapatkan pensijilan amalan berkualiti 5S dari pihak MPC. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA KATHY OMAR INFO KORPORAT INFO KORPORAT PENGARAH DAN KAKITANGAN YAYASAN SARAWAK MERAIKAN SAMBUTAN 60 TAHUN SARAWAK MERDEKA SESI AUDIT PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S 10 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Penyampaian cenderamata kepada panel penilai SCS Scorecard daripada Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan). WISMA ADENAN, 9 Ogos 2023 - SCS Scorecard merupakan satu sistem pengurusan prestasi yang membolehkan sesebuah organisasi untuk menjelaskan visi, misi, strategi, dan objektifnya serta menerjemahkannya ke dalam bentuk tindakan. Yayasan Sarawak telah mengadakan sesi pengauditan SCS Scorecard sebagai satu cara untuk melihat laporan pencapaian bagi tahun 2022. Sesi pengauditan ini telah dilaksanakan dan melibatkan seksyen-seksyen tertentu untuk menilai prestasi Yayasan Sarawak berdasarkan petunjuk prestasi utama (KPI). Setiap seksyen yang terlibat telah diminta untuk menghantar Fail Pelaporan KPI masing-masing yang telah dikemas kini bagi tujuan penilaian. Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak, Encik Louis Simon Peter turut hadir semasa sesi tersebut berlangsung. Sesi pengauditan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda, Wisma Adenan Yayasan Sarawak, Kuching. WISMA ADENAN, 23 Ogos 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Panduan Bajet 2024 bersama dengan pihak YS International Education (YSIE) Sdn Bhd dan Kolej Universiti I-CATS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak dan dihadiri oleh wakil dari YSIE dan Kolej i-CATS. Turut hadir, pegawai Yayasan Sarawak, Encik Easmawi Razak bin Mohamad Eastern, yang turut memberi penerangan dan garis panduan dalam penyediaan kertas kerja dan penyeragaman bajet. WISMA ADENAN, 8 Mei 2023 - Mesyuarat ‘Balanced Scorecard (BSC) dan pelan strategik Kumpulan Universiti dan Kolej anjuran Yayasan Sarawak telah diadakan pada 18hb Mei 2023 di Universiti Teknologi Sarawak. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Jolly bin Marikan, Penolong Pengarah Seksyen Korporat Yayasan Sarawak dan dihadiri oleh Penolong Pengarah Seksyen Akaun, Encik Easmawi Razak bin Haji Mohamad Eastern serta wakil-wakil daripada universiti-universiti milik Yayasan Sarawak. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menyelaraskan format laporan perbelanjaan setiap institusi secara seragam agar digunakan untuk laporan balanced scorecard yang akan datang. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN KATHY OMAR MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO INFO INFO KORPORAT KORPORAT KORPORAT YAYASAN SARAWAK KOMITED SESI PENGAUDITAN ‘SCS SCORECARD’ MESYUARAT PANDUAN BAJET 2024 BERSAMA YSIE SDN BHD & KOLEJ UNIVERSITI I-CATS MESYUARAT ‘BALANCED SCORECARD’ DAN PELAN STRATEGIK KUMPULAN UNIVERSITI DAN KOLEJ MILIK YAYASAN SARAWAK Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Timbalan Pengarah (Operasi) Yayasan Sarawak. Pegawai Yayasan Sarawak memberi taklimat dan penerangan kepada ahli-ahli mesyuarat. Pegawai Yayasan Sarawak memberi penerangan kepada salah seorang ahli panel. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 11


Sesi bergambar bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Amar bin Abdullah dan delegasi Yayasan Kelantan Darulnaim di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. Ahli membuat pembentangan projek kumpulan kepada audien dan para juri. Pegawai dan kakitangan mendengar penerangan daripada Puan Hajijah Morsidi, Penolong Pengarah (Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kualiti). Pegawai Yayasan Sarawak turut hadir dalam mesyuarat kolaborasi antara UTS dan Pelita Maslaut. KUCHING, 15-16 Ogos 2023 - Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Konvensyen KIK telah diadakan sekali lagi pada tahun ini dan Yayasan Sarawak telah turut serta dengan menghantar sebuah kumpulan. Kumpulan yang dinamakan sebagai MYYAYASAN GTS, diketuai oleh Dr. Eliza Fazliyaton Alias telah mewakili Yayasan Sarawak dengan idea yang dibentangkan iaitu My Yayasan Free School Transportation Service atau MYFSTS. MYFSTS merupakan satu penambahbaikan kepada proses servis bas sekolah percuma yang telah digunakan sebelumnya. Walaupun tidak memenangi pertandingan tersebut, penyertaan Yayasan Sarawak pada kali ini sehingga ke peringkat akhir merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan. Konvensyen tersebut telah berlangsung selama dua hari di Riverside Majestic Hotel, Kuching. WISMA ADENAN, 09 Jun 2023 - Satu sesi perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Orkid, Yayasan Sarawak berkenaan pengemaskinian Myportfolio Wargakerja Yayasan Sarawak. Pegawai dan kakitangan Yayasan Sarawak dijemput hadir bagi mendengar taklimat tentang Myportfolio tersebut yang telah disampaikan oleh Puan Hajijah Morsidi, Penolong Pengarah Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kualiti. SIBU, 8 Mei 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan mesyuarat berkenaan Kolaborasi Fakulti Maritim Laila Taib di antara Universiti Teknologi Sarawak dengan Akademi Pelita Maslaut bertempat di Universiti Teknologi Sarawak, Sibu. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN KATHY OMAR INFO INFO KORPORAT KORPORAT KUMPULAN ‘MY-YAYASAN GTS’ WAKILI YAYASAN SARAWAK KE KONVENSYEN KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF SESI PERBINCANGAN DAN PENGEMASKINIAN MYPORTFOLIO YAYASAN SARAWAK DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO KORPORAT MESYUARAT KOLABORASI FAKULTI MARITIM LAILA TAIB UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK DAN AKADEMI PELITA MASLAUT Mesyuarat dihadiri oleh En Jolly bin Marikan selaku Sekretariat Edusar Holdings Sdn Bhd, Professor Ir Dr Mohammad Shahril Bin Osman dari Universiti Teknologi Sarawak, dan En. Mohamad Nazim Bin Haji Masni, Pengurus Besar Pelita Mas Laut Sdn Bhd. Mesyuarat diadakan bagi tujuan membincangkan pelarasan Fakulti Maritim di Universiti Technology Sarawak Kampus Mukah. Semoga kolaborasi ini dapat mewujudkan sinergi yang kuat antara program akademik dan latihan, menyediakan pelajar dengan pendidikan yang komprehensif dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam industri maritim. 12 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Empat orang kakitangan Yayasan Sarawak yang mengikuti kursus bergambar kenangan bersama Pesara Yayasan Sarawak (tengah). Kapsyen gambar Sebahagian daripada peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang hadir ke kursus. KUCHING, 11-14 Julai 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan satu kursus kesedaran MS ISO 900:2015 bertempat di Hotel Hilton, Kuching. Kursus yang berlangsung selama 4 hari itu telah dibimbing oleh penceramah jemputan,Encik Suhaimi bin Haji Wahab dari Al Kautsar Consultant Traning. Peserta kursus terdiri daripada kakitangan Yayasan Sarawak dan juga anak-anak syarikat yayasan sarawak iaitu Sanjung Etika Sdn Bhs, Centexs dan Yayasan Sarawak International School (YSIE). Matlamat kursus ini memberi pendedahan tentang memenuhi kehendak serta menangani keperluan dan jangkaan masa depan organisasi dalam persekitaran yang semakin dinamik dan kompleks. DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO KORPORAT KURSUS KESEDARAN MS ISO 9001:2015 Penceramah memberi penerangan dan taklimat kepada peserta kursus. KUCHING, 17-18 Julai 2023 - Seksyen Pengurusan Prestasi & Kualiti telah menganjurkan Kursus Audit Dalaman ISO 9001:2015 pada 17 hingga 18 Julai 2023 bertempat di Imperial Hotel, Kuching. Seramai 48 orang wargakerja telah menghadiri kursus ini yang juga melibatkan warga kerja dari Yayasan Sarawak cawangan Kuala Lumpur dan wargakerja anak syarikat Yayasan Sarawak seperti Sanjung Etika Sdn Bhd. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan semasa dalam aspek pengauditan selain memberi makluman mengenai garis panduan, peraturan serta prosedur terkini dalam bidang pengauditan. Sesi kursus audit ini telah disampaikan oleh Puan Saniah binti Abdul Kadir, pegawai dari Unit Audit Dalam Jabatan Premier bagi perkongsian ilmu dan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pengauditan. Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi manfaat kepada peserta dalam melaksanakan aktiviti jaminan (audit) berasaskan risiko dan objektif serta khidmat nasihat yang berintegriti selain mencapai matlamat organisasi dengan menggunakan pendekatan yang lebih sistematik dan berdisiplin dan memperbaiki keberkesanan kawalan pengurusan risiko dengan lebih berkesan. DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO KORPORAT KURSUS AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015 KUALA LUMPUR, 21-22 Jun 2023 - Alam persaraan merupakan satu fasa yang dinanti-nantikan oleh bakal pesara yang telah lama berkhidmat jika perancangan awal dan rapi telah dilaksanakan. Kursus pra persaraan merupakan langkah persediaan awal untuk warga kerja yang bakal bersara bagi membina persaraan yang cemerlang. Kursus selama dua hari ini telah diadakan di Hotel Maya, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. Seramai 4 orang warga kerja Yayasan Sarawak telah menghadiri kursus pra persaraan tersebut. Antara warga kerja yang terlibat ialah Puan Alina binti Vincent, Cik Hasiah binti Untot, Puan Marina binti Abang, dan Puan Marini binti Bujang. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO KORPORAT BAKAL PESARA YAYASAN SARAWAK HADIRI KURSUS PRA PERSARAAN OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 13


Kakitangan Yayasan Sarawak menunjukkan maklumat berkaitan bantuan pendidikan kepada pengunjung pameran di Bahagian Kapit. Di Bahagian Kuching, pameran telah diadakan selama dua (2) hari bertempat di pusat beli-belah bagi memudahkan para pengunjung. Yayasan Sarawak tidak ketinggalan memberi sumbangan dalam menyertai program dan aktiviti sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Sarawak ke-60. Antara acara yang disertai ialah Pameran Digital di Bahagian Kapit dan Kuching. Di Kapit, pameran itu diadakan di Dataran Bandar Kapit pada 24 Jun 2023, manakala di Bahagian Kuching pada 21-23 Julai 2023 bertempat di Plaza Merdeka. Gerai pameran Yayasan Sarawak dianjurkan di bawah Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak. Pameran Digital 60 Tahun Merdeka Sarawak bertujuan untuk meraikan warisan dan inovasi negeri dalam menyambut Ulang Tahun Ke-60 Kemerdekaan Sarawak. Ia menjadi platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan kepelbagaian industri, seni, kreativiti dan sektor ekonomi utama yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Sarawak. Pempamer telah menyampaikan kandungan berkaitan pembangunan dan pencapaian Sarawak dalam pelbagai bidang kepada pengunjung pameran. Bagi Yayasan Sarawak, penerangan lebih tertumpu kepada aspek penajaan berkaitan bantuan dan program pendidikan kepada rakyat. DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO KORPORAT YAYASAN SARAWAK SERTAI PAMERAN DIGITAL 60 TAHUN SARAWAK MERDEKA 2 orang kakitangan hadir kursus dengan jayanya untuk meningkat ilmu dalam bidang media. Seramai 40 orang kakitangan Yayasan Sarawak dan anak syarikat pelbagai jawatan sertai Kontinjen Yayasan Sarawak ke Perarakan 60 Tahun Sarawak Merdeka. KUCHING, 16-17 Ogos 2023, Seramai 2 orang kakitangan Yayasan Sarawak telah terpilih untuk menyertai bengkel yang berlangsung selama 2 hari di Hotel Merdeka Palace, Kuching. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang maklumat berkaitan media dan bidang penulisan dalam media sosial seperti Facebook, Instagram, Website dan Tiktok. Penceramah bagi bengkel tersebut adalah daripada ISD Solutions Sdn Bhd. Bengkel itu turut dihadiri beberapa agensi lain seperti Sarawak Board Tourism dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC). DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO KORPORAT BENGKEL ‘MEDIA PROFILING AND MEASUREMENT’ KUCHING, 22 Julai 2023 - Yayasan Sarawak telah menghantar para kontinjen seramai 46 orang wargakerja untuk menyertai Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa bersempena memperingati 60 tahun kemerdekaan Sarawak. Ahli kontinjen yang diketuai oleh En Zulfiqqar Fadhzely Randy, penolong pegawai Seksyen Pengurusan Hartanah, Projek & Fasiliti merupakan gabungan daripada pelbagai jawatan dan anak syarikat. Perbarisan tersebut telah diadakan di Padang Merdeka, Kuching. .Perarakan ini juga telah disertai sebanyak 75 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan, badan-badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) akan terlibat sama dalam perarakan tersebut pada Sabtu ini. Hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Professor Dr Sim Kui Hian, Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, barisan Menteri Sarawak dan Persekutuan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, barisan Timbalan Menteri Sarawak dan Persekutuan serta dif-dif kehormat lain. DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO KORPORAT KONTINJEN YAYASAN SARAWAK SERTAI PERARAKAN 60 TAHUN SARAWAK MERDEKA 14 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


64,948 ORANG PENERIMA 210 BUAH SEKOLAH BENEFISIARI (BAGI BULAN JANUARI HINGGA OGOS 2023) BIASISWA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PROGRAM & BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN JAN-OGOS BIASISWA PENERIMA SEKOLAH Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal 1,412 - Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negera 1,980 - Pinjaman Pelajaran Luar Negara 77 - Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED) 33 - JUMLAH BENEFISIARI 3,552 - PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PENERIMA SEKOLAH Bantuan Kemasukan ke IPT 2,653 - Biasiswa Khas Program Perubatan UNIMAS 25 - Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak 1,934 - Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib 33 - Bursari BP40 256 - Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPs) 19,905 - JUMLAH BENEFISIARI 24,806 - PROGRAM & BANTUAN PENERIMA SEKOLAH Bantuan Am / Geran 2,903 - Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris 621 - Program HIPERS (High Performing Rural Schools) - 53 Inisiatif Kelas Tuisyen Sekolah Menengah - 157 Program Perkhidmatan Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah 13,194 - Program Pendidikan Komuniti 17,564 - Biasiswa Program Pertukaran Pelajar 103 - Hadiah Pelajar Cemerlang 1,294 - Anugerah Graduan Cemerlang 4 - JUMLAH BENEFISIARI 35,683 210 BAYARAN BALIK PINJAMAN PENERIMA SEKOLAH Insentif Bayaran Balik Pinjaman 907 - JUMLAH BENEFISIARI 907 - *DATA SEHINGGA 1 SEPTEMBER 2023 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 15


KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN (JANUARI HINGGA OGOS 2023) METODOLOGI EDARAN BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN secara dalam talian Maklum Balas daripada 658 ORANG RESPONDEN KAMI MENDENGAR ANDA! Pengurusan Yayasan Sarawak sentiasa peka dan mengambil perhatian sepenuhnya dalam membuat analisis hasil kajian kepuasan pelanggan bagi memastikan kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik pada setiap masa. Untuk info lanjut, sila hubungi [email protected] PENCAPAIAN HASIL KAJIAN 16


DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO PENDIDIKAN DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO PENDIDIKAN SESI PEMBENTANGAN PROGRAM PENGANGKUTAN PERCUMA PELAJAR SEKOLAH MAJLIS PERASMIAN EKSPO PENDIDIKAN SARAWAK 2023 WISMA ADENAN, 9 Mei 2023 - Ekoran daripada pengumuman pengenalan Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dalam Pembentangan Belanjawan Sarawak 2020, Yayasan Sarawak terus berusaha untuk mewujudkan program tersebut dengan jayanya. Yayasan Sarawak telah diberi mandat sebagai penggerak utama program tersebut dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kementerian yang lain serta kerajaan negeri Sarawak. Yayasan Sarawak telah menghadiri sesi pembentangan Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, YB Dato Sri Lee Kim Shin. Antara pegawai Yayasan Sarawak yang menghadiri sesi tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan, Encik Zamahari bin Haji Saidi dan Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sistem, Encik Mohamad Faisal bin Jaffar. Hasil daripada sesi pembentangan tersebut adalah penambahan daerah yang terlibat dengan program tersebut iaitu Dalat dan Lawas. Selain itu, penggunaan pengangkutan air turut diperkenalkan di daerah Dalat dan Lawas terutamanya di kawasan sungai iaitu bot atau kapal. WISMA ADENAN - Pada tanggal 8 Julai 2023, telah berlangsung satu majlis perasmian ekspo pendidikan sarawak 2023 bertempat di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. Majlis perasmian ini berlangsung secara serentak yang melibatkan 43 lokasi di seluruh negeri Sarawak, 45 Pejabat Daerah dan 30 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Majlis perasmian ekspo pendidikan telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Selain dari majlis perasmian itu, berlangsung sekali juga adalah Majlis Penganugerahan Sekolah SPM Terbaik yang dianugerahkan kepada Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA) bagi tahun 2023. Penganjuran Ekspo Pendidikan bertujuan untuk menyebarkan maklumat tentang peluang-peluang pendidikan yang ada di negeri Sarawak. Di antara universiti milik kerajaan negeri Sarawak adalah Universiti Teknologi Swinburne, Universiti Curtin, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS, Kolej Laila Taib (KLT) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) dan Sarawak Skills. Ekspo ini juga membantu para pelajar lepasan sekolah, ibu bapa dan orang awam mendapat maklumat terkini tentang peluang melanjutkan pelajaran serta peluang bantuan penajaan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak. Majlis tururt dihadiri oleh para pelajar, ibubapa dan komuniti setempat di sekitar Bandar Kuching. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak. YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, mewakili YAB Premier Sarawak merasmikan Ekspo Pendidikan Sarawak 2023 yang diadakan serentak di 44 daerah seluruh Sarawak. Majlis Perasmian diadakan serentak di 43 buah lokasi seluruh Sarawak anjuran Pejabat Daerah masing-masing. Para penerima Sijil Hadiah Pelajar Cemerlang Yayasan Sarawak SPM 2022 dari SM Sains Kuching Utara (SAKURA) merakam kenangan bersama Yang Berhormat. Sebahagian dariapda tetamua terdiri daripada ketua masyarakat, ibu bapa dan pelajar yang hadir ke majlis. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 17


Ahli panel sedang menemuduga calon-calon secara dalam talian bagi sesi pengambilan 2023/2024. Pelajar yang layak akan ditemuduga secara dalam talian untuk permohonan biasiswa yang terdapat di Yayasan Sarawak DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO PENDIDIKAN TEMUDUGA BIASISWA YAYASAN SARAWAK BAGI SESI PENGAMBILAN 2023/2024 DIJALANKAN SECARA DALAM TALIAN WISMA ADENAN - Biasiswa merupakan satu daripada bantuan pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak kepada para pelajar cemerlang yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Permohonan biasiswa amatlah tinggi namun hanya pelajar yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pihak Yayasan Sarawak telah mengadakan beberapa sesi temuduga biasiswa sama ada Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) mahupun Yayasan Biasiswa Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). Sesi temu duga telah diadakan secara atas talian dan dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Alamanda & Orkid, Aras 3, Wisma Adenan, Kuching. KUCHING, 28-30 Julai 2023 - Kursus Pemantapan Program HIPERS ini melibatkan 53 orang guru penyelaras HIPERS di Sarawak. Kursus ini berlangsung selama 2 hari di Hock Lee Hotel & Residences, Kuching dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Encik Zamahari Bin Haji Saidi. Tujuan diadakan kursus ini adalah untuk memperkasakan dan memurnikan prosedur garis panduan program HIPERS. Diharap dengan adanya kursus ini dapat mencapai matlmat dan hasrat program HiPERS yang sebenar. KUCHING, 8-9 Jun 2023 - Lab Pemurnian Bengkel Pelan Pembangunan Pendidikan bersama pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah serta para cikgu telah diadakan di Raia Hotel bermula pada 8hb Jun 2023 sehingga 10hb Jun 2023. Lab pemurnian yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam ini antara lain bertujuan untuk menyediakan pelan tindakan di peringkat daerah yang komprehensif dan tersusun selari dengan objektif dan hasrat Yayasan Sarawak. Selain daripada itu, lab ini diadakan bagi memastikan pelan tindakan yang dibuat dapat melahirkan program dan aktiviti pendidikan yang berimpak tinggi,positif dan berkesan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan juga di Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak selain mengeratkan hubungan kerjasama di antara pihak yang terlibat bagi meningkatkan pencapaian prestasi pelajar, guru dan sekolah. DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO PENDIDIKAN KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM HIPERS DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO PENDIDIKAN LAB PEMURNIAN BENGKEL PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN Sesi bergambar kenangan peserta selepas kursus sebelum bersurai. 18 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Guru-guru pengawas di sekolah penempatan pelajar pertukaran zon Kuching memberi input kepada pengurusan Yayasan Sarawak. Mesyuarat turut diadakan bersama guru-guru pengawaw untuk zon Miri-Labuan. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO PENDIDIKAN MESYUARAT BERSAMA GURU PENGAWAS HALA TUJU PELAJAR PROGRAM PERTUKARAN DI SARAWAK Yayasan Sarawak komited dengan tanggungjawab menjaga para pelajar yang berada di bawah tajaannya dalam program pertukaran. Untuk makluman, program pertukaran pelajar merupakan satu program menghantar anak-anak Sarawak yang berpotensi ke sekolah-sekolah yang cemerlang untuk mengasah potensi mereka ke tahap yang maksimum. Oleh itu, pihak Yayasan Sarawak telah mengadakan mesyuarat bersama guru-guru pengawas yang telah dilantik bagi mengawasi pelajar tajaan Yayasan Sarawak. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan arah tuju pelajar yang terlibat di dalam program pertukaran pelajar. Pihak guru yang mengawas akan memberikan input yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan kepada Yayasan Sarawak. Mesyuarat ini telah diadakan sebanyak dua kali iaitu kali pertama di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak bagi pelajar program pertukaran di sekitar Kuching. Mesyuarat yang kedua pula diadakan di Mega Hotel, Miri bagi pelajar program pertukaran di MiriLabuan. Program ini telah diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan, Encik Zamahari bin Haji Saidi. MIRI, 24 Mei 2023 - Majlis penutupan Program Pemerkassan Bahasa Inggeris telah diadakan pada 24 Mei 2023 di Curtin University, Miri, Sarawak. Seramai 50 orang pelajar telah terlibat dalam program tersebut. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembiayaan Pendidikan dan Bayaran Balik). KUCHING, 9 Jun 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan perbincangan bersama pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Pejabat Pendidikan Daerah Dalat dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Lawas pada 9hb Jun 2023 bertempat di RAIA Hotel, Kuching. Sesi perbincangan ini telah membincangkan pelaksanaan skop perkhidmatan percuma pelajar sekolah melalui pengangkutan air di Sarawak dimana Yayasan Sarawak akan memperluaskan perkhidmatan tersebut di Lawas dan Dalat. Sesi perbincangan ini juga memohon kerjasama pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lawas dan Pejabat Pendidikan Daerah Dalat untuk menyediakan data jumlah pelajar yang menggunakan pengangkutan air di kawasan masing-masing di samping itu membuat tinjauan pemandu/penambang yang berlesen dan aktif di kawasan mereka. DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO PENDIDIKAN MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO PENDIDIKAN SESI PERBINCANGAN PENGANGKUTAN AIR BAGI PROGRAM PENGANGKUTAN PERCUMA PELAJAR SEKOLAH Majlis Penutupan Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris di Curtin University Malaysia disempurnakan oleh Encik Watson Chunggat Leornard Doo, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembiayaan Pendidikan dan Bayaran Balik) Perbincangan berkaitan kaedah perlaksanaan pengangkutan air untuk diserapkan di dalam Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 19


Bengkel turut melibatkan operator bas dan wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolng Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) sedang memberi ceramah berkaitan hala tuju pelajar yang mengikuti program. Sesi bergambar kenangan pelajar bersama pegawai Yayasan Sarawak dan pengurusan Swinburne University. Pihak pembekal sedang memberi penerangan dan taklimat kepada para peserta. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN KATHY OMAR INFO INFO PENDIDIKAN PENDIDIKAN BENGKEL SISTEM APLIKASI PROGRAM PENGANGKUTAN PERCUMA PELAJAR SEKOLAH SESI ‘MEET & GREET’ KUMPULAN PELAJAR BAHARU MEI 2023 BAGI PROGRAM PEMERKASAAN BAHASA INGGERIS MIRI, 20 Mei 2023 - Yayasan Sarawak telah mengadakan satu bengkel pengenalan Sistem Aplikasi Program Pengangkutan Percuma Pelajar Sekolah bertempat di Prinia 3, Computer Lab, Curtin University Malaysia, Miri. Seramai 54 orang guru daripada 27 buah sekolah yang terlibat telah dijemput hadir bagi mendengar taklimat tersebut. Penolong Pengarah Seksyen Teknologi Maklumat dan Pengurusan Sistem, Encik Mohamad Faisal bin Jaffar telah bertanggungjawab bagi memberi penerangan tentang sistem yang diperkenalkan pada bengkel tersebut. Tujuan utama bengkel tersebut diadakan adalah untuk memberi latihan serta mendaftar pelajar yang terlibat ke dalam sistem pangkalan data My-Yayasan. Sesi latihan dilaksanakan dengan menggunakan sistem My-Yayasan Partner iaitu sistem yang akan digunakan oleh para guru. Sistem tersebut dapat diakses dengan menggunakan aplikasi My-Yayasan Partner untuk mendaftar, menyemak, memantau dan melihat laporan secara mudah. Sebelum bengkel berakhir, para guru telah diagihkan kad My-Yayasan dan sesi mendaftar pelajar menjadi penutup bengkel tersebut. KUCHING, 09 Mei 2023 - Pada 9 Mei 2023 telah diadakan satu sesi ‘Meet & Greet’ Kumpulan Pelajar Baharu bertempat di Swinburne University of Technology Sarawak bagi Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris. Seramai 60 orang pelajar baru telah menghadiri majlis suai kenal tersebut. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan) bagi memberi makluamat berkaitan hala tuju pelajar yang mengikuti program itu. Tujuan Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris (EPP) adalah sebagai persiapan untuk mengukuhkan penguasaan bahasa inggeris para pelajar di peringkat pengajian universiti kelak. Program EPP ini ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak. 20 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Kuching, 13 Julai 2023 - Siri Ceramah ‘English Enhancement Program’ di i-CATS University College, Jalan Stampin Timur, Kuching. Kuching, 2 Ogos 2023 - Sesi Ceramah Penajaan ‘English Enhancement Program’ di Swinburne University Of Technology Sarawak Campus, Kuching. Sibu, 13 Julai 2023 - Sesi Ceramah Yayasan Sarawak Hala Tuju Pasca SPM di SMK Sacred Heart, Sibu. Kuching, 11 Mei 2023 - Ceramah Yayasan Sarawak Bersempena Minggu Pendidikan & Kerjaya SMK Tun Abg Haji Openg. Sibu, 22 Jun 2023 - Taklimat Yayasan Sarawak ‘English Enhancement Program’ di Kolej Laila Taib. DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK MEMASTIKAN PENYEBARAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN MENCAPAI KUMPULAN SASARAN Yayasan Sarawak telah mengadakan beberapa siri ceramah atas jemputan sekolah, universiti dan kolej. Ceramah tersebut bertujuan memberi penerangan kepada pelajar berkaitan tajaan bantuan pendidikan yang terdapat di Yayasan Sarawak. Ia membolehkan pelajar membuat persediaan dan perancangan awal selepas mendapat tawaran dan mula melangkah ke alam Institusi Pengajian Tinggi. Manakala bagi taklimat Program Pemerkasaan Bahasa Inggeris pula lebih tertumpu kepada persediaan menguasai Bahasa Inggeris apabila memasuki universiti selain syarat penajaan. Lokasi ceramah jemputan telah diadakan di SMK Sacred Heart, SMK Tun Abang Haji Openg, Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Kolej Universiti i-CATS dan Kolej Laila Taib dari 11 Mei hingga 2 Ogos 2023. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 21


Mukah, 24 Jun 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Dalat di Dewan Jerunai SMK Dalat, Mukah Sarikei, 27 Julai 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Sarikei di Dewan Terbuka SJKC Min, Sarikei. Mukah, 07 Jun 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Daro di Dewan Masyarakat Daro, Mukah. Sebauh, 10 Jun 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Tatau-Sebauh di Dewan Sri Kemena SMK Sebauh, Bintulu. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO PENDIDIKAN SEKITAR PROGRAM HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH Yayasan Sarawak dan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pelbagai daerah di Sarawak telah berkolaborasi menganjurkan Program Hari Kerjaya dan Pendidikan. Yayasan Sarawak telah mengagihkan dana kepada setiap PPD dan setiap PPD akan mengadakan program tersebut mengikut kesesuaian masing-masing. Tujuan utama program tersebut diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat tentang peluang pendidikan serta bantuan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak bagi melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Selain itu, pengenalan kepada kewujudan Yayasan Sarawak turut ditekankan kerana tidak semua orang tahu akan adanya Yayasan Sarawak. Program-program tersebut telah diadakan mengikut ketetapan setiap PPD dan diadakan sepanjang bulan Jun sehingga Ogos 2023. Kesemua program tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya dan berkemungkinan besar akan diadakan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. 22 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


INFO PENDIDIKAN Kuching, 24 Jun 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Padawan di SMK Matang Jaya, Kuching. Sri Aman, 12 Julai 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman. Bau, 05 Ogos 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Bau di Dewan Suarah Bau. Sarikei, 26 Ogos 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Sarikei di Dewan Sentral, Sarikei. Kapit, 27 Jun 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Kapit di Dewan Suarah Kapit. Kanowit, 05 Ogos 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Kanowit di Dewan Pejabat Daerah Kanowit. Julau, 18 Ogos 2023 - Program Hari Kerjaya & Pendidikan PPD Julau di Dewan Terbuka SMK Julau. Serian, 26 Ogos 2023 - Hari Terbuka PPD Serian & Hari Kerjaya & Pendidikan Yayasan Sarawak 2023 di Dewan Masyarakat Serian. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 23


Pegawai Yayasan Sarawak, Encik Yantiska Mahmud memberi taklimat kepada para pelatih. Sesi bergambar bersama pelatih kursus Scaffolding. DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR INFO PENDIDIKAN SESI PERJUMPAAN BERSAMA PELATIH KURSUS SCAFFOLDING SR SCAFFOLD BINTULU - Pada 14 Ogos 2023, Wakil dari Yayasan Sarawak telah mengadakan satu sesi perjumpaan dengan pelatih Kursus Scaffolding SR Scaffold bertempat di IKM Bintulu, Sarawak. Seramai 60 orang menghadiri sesi perjumpaan tersebut. Tujuan diadakan perjumpaan tersebut adalah untuk menyalurkan maklumat terkini berkaitan bantuan Yayasan Sarawak dalam bidang kemahiran dan bayaran balik pinjaman Yayasan Sarawak. Kesemua pelajar berjaya menamatkan dan memperolehi sijil pemasangan perancah Tahap 1 daripada DOSH. WISMA ADENAN, 17 Ogos 2023 - Satu rombongan pelajar dan guru daripada SMK Lutong, Miri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan Sarawak. Seramai 28 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 5 dan 7 orang guru pengiring telah mengikuti lawatan tersebut. Lawatan tersebut dirancang bagi memberi pendedahan tentang program dan bantuan pendidikan yang terdapat di Yayasan Sarawak terutamanya kepada pelajar sekolah menengah untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat tinggi. Taklimat tentang program dan bantuan Yayasan Sarawak tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Seksyen Bayaran Balik, Encik Liew Zhe Rong. KUALA LUMPUR, 27 Jun - 2 Julai 2023 - Bersempena dengan cuti Hari Raya Aidiladha 2023 yang bermula pada 27hb Jun 2023 hingga 2hb Julai 2023, seramai 19 orang pelajar merangkumi pelajar daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang tidak balik ke Sarawak telah menginap di premis asrama Yayasan Sarawak @ Ampang, Kuala Lumpur bagi menghabiskan masa cuti mereka itu. Ketua pegawai pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur Encik Franklyn Messat Kujang telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti program khas bersempena Hari Raya Aidiladha dengan menikmati juadah yang telah disediakan dan lain-lain lagi. Para ibu bapa pula memberikan maklum balas yang positif di mana kebajikan anakanak mereka dijaga dengan baik oleh pegawai YSKL di samping anak mereka berpeluang memanfaatkan cuti mereka dengan perkara berfaedah. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO PENDIDIKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR DAN GURU SMK LUTONG, MIRI DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO PENDIDIKAN AKTIVITI PELAJAR PROGRAM PERTUKARAN ZON SEMENANJUNG SEMASA CUTI SEKOLAH Sesi bergambar kenangan peserta selepas kursus sebelum bersurai. Para pelajar diberikan pelbagai aktiviti bukan akademik bagi memenuhi ruang masa semasa cuti sekolah. 24 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Program HiPERS di SK Segong, Bau. Program HiPERS di SMK Matu, Mukah. Program HiPERS di SMK Melugu, Sri Aman. Program HiPERS SMK Saribas, Debak. Program HiPERS di SMK Trusan, Lawas. Program HiPERS di SMK Sg Paoh, Sarikei. DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO PENDIDIKAN SEKITAR PELAKSANAAN KELAS DAN PROGRAM SEKOLAH-SEKOLAH HIPERS YANG TERLIBAT Program Sekolah Luar Bandar Berprestasi Tinggi Yayasan Sarawak atau lebih dikenali sebagai HiPERS telah diperkenal semenjak tahun 1996 bertujuan untuk meningkatkan prestasi Sekolah Rendah dan Menengah terpilih di luar bandar. Selain itu, hasrat Yayasan Sarawak juga ialah dapat memberi sumbangan dalam membantu dan berganding bahu bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merapatkan jurang pencapaian sekolah bandar dan luar bandar. Dalam perkembangan terkini, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan untuk memberi impak kepada hasil daripada pelaksanaan program tersebut terutama sekali dalam peperiksaan SPM. Pada tahun lepas, 4,631 pelajar dari 25 sekolah menengah luar bandar menyertai program ini menduduki peperiksaan SPM. Pada SPM 2022, prestasi kirakira empat belas sekolah meningkat sebanyak empat peratus, manakala hanya sebuah sekolah mengekalkan prestasinya berbanding tahun sebelumnya. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 25


DISEDIAKAN OLEH: BETHSHEBA NASSA INFO PENDIDIKAN PROGRAM PERKAMPUNGAN PELAJAR YAYASAN SARAWAK 2023 SINTOK, KEDAH, 26 Ogos - 03 September 2023 - Pada cuti penggal kali ini, pihak Yayasan Sarawak telah menganjurkan “Perkampungan Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) 2023” khas bertempat di premis Universiti Utara Malaysia, Sintok. Program ini merupakan julung kalinya kolaborasi di antara Yayasan Sarawak dengan pihak Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM sebagai pengelola bersama untuk menyuntik motivasi diri dengan menerokai kehidupan sebenar sebagai seorang pelajar universiti. Majlis perasmian telah diadakan pada 26 Ogos 2023 bertempat di Universiti Utara Malaysia (Sintok, Kedah) telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli. Para pelajar dari Sarawak dan Labuan telah menaiki kapal terbang menuju ke Kuala Lumpur pada 26hb Ogos 2023 sebelum meneruskan perjalanan mereka ke Universiti Utara Malaysia. Seramai 173 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar di bawah tajaan Program Biasiswa Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Semenanjung), Program Biasiswa Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Sabah), Program Biasiswa Pertukaran Pelajar Yayasan Sarawak (Labuan) dan pelajar Tingkatan 5 Sekolah HIPERS. Para pelajar terdiri daripada pelajar yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun. Selain itu, turut serta adalah 15 pegawai pengiring Yayasan Sarawak dan 19 pelajar UUM yang bertindak sebagai Urus Setia program. Dengan adanya kerjasama daripada pihak Universiti Utara Malaysia dan urusetia Yayasan Sarawak, pelbagai aktiviti telah berjaya dianjurkan. Antara aktiviti yang telah dijalan adalah taklimat ringkas mengenai tajuk “Smart Choices Begin With Information Literacy” yang dikendalikan oleh 4 orang pegawai dari Unit Pendidikan Pengguna, Bahagian Perkhidmatan Pengguna. Selain itu, para pelajar juga dibawa melawat ke sekitar ruangan dalam perpustakaan di UUM untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai segala kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah Perpustakaan akademik seperti PSB. Para peserta program juga telah dibawa untuk melawat ke tempat yang menarik seperti seperti lawatan ke Pulau Langkawi, lawatan ke Kuala Lumpur, dan juga aktiviti fizikal dan lain-lain. Aktiviti seperti refleksi diri juga telah disampaikan oleh En Khaironi yang merupakan kaunselor UUM bagi membantu para pelajar mengenali dan menyerlahkan keupayaan dalam diri mereka. Ceramah motivasi juga turut disampaikan oleh Cikgu Abdul Rahim Abol untuk pengukuhan jati diri dan akhlak dalam mencapai kecemerlangan akademik yang menjadi benteng terbaik bagi pelajar berjaya. Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli merasmikan Program Pekampungan Pelajar Yayasan Sarawak yang diadakan di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Para peserta perkampungan giat aktif mengadakan aktiviti lasak semasa program. Pengarah Yayasan Sarawak bergambar kenangan bersama Kelab Patriot Chapter Sarawak yang dilantik menjadi sekretariat mengendalikan Program Perkampungan Pelajar di UUM. Sesi bergamar peserta semasa adakan lawatan ke Pulau Langkawi. Para peserta diterapkan dengan nilai kebudayaan semasa majlis penutupan rasmi. 26 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


INFO PAMERAN PENDIDIKAN Sarikei, 15 Julai 2023 - Pameran Sempena Karnival Kesihatan di Rumah Sibar Lubok Lemba, Ulu Sarikei. Kuching, 10 Jun 2023 - Pameran Hari Terbuka Swinburne Sarawak di Student Leisure Area, Swinburne Sarawak Campus. Lundu, 19 Mei 2023 - Pameran Hydrogen & Tech Safari Centexs 3.0 di Dewan Serbaguna, CENTEXS Lundu. Kuching, 6 Mei 2023 - Pameran Sempena Hari Terbuka Swinburne Sarawak di Student Leisure Area, Swinburne Sarawak Campus. Kota Kinabalu, Sabah, 1 Julai 2023 - Pameran Sempena Program Jelajah Anak Sarawak di Sabah Convention Centre. Miri, 16 Julai 2023 - Pameran Sempena Program Sukarelawan Langkah Selepas SPMSTPM di Pustaka Miri. Kuching, 17 & 24 Jun 2023 - Pameran Sempena Hari Konsultasi di i-Cats University College, Jalan Stampin Timur, Kuching. Kuching, 8 Jun 2023 - Pameran dan Taklimat Program Kerjaya SM Teknik Sejingkat di Dewan Integrasi SM Teknik Sejingkat. Mukah, 17-20 Mei 2023 - Pameran Pendidikan Bersempena Konvokesyen Politeknik Mukah di Ruang Parkir, Dewan Serbaguna Politeknik Mukah. Sarikei, 4 Ogos 2023 - Pameran Sempena Majlis Penutupan Karnival Kokurikulum Peringkat Sarawak di Dewan Besar SMK Tinggi Sarikei. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 27


INFO PAMERAN PENDIDIKAN Kuching, 19 Ogos 2023 - Pameran Sempena Hari Permohonan Swinburne Sarawak di Swinburne University Of Technology Sarawak Campus, Kuching. Miri, 13 Ogos 2023 - Pameran Sempena Hari Permohonan Swinburne Sarawak di Pullman Miri. Mukah, 12 Ogos 2023 - Pameran Sempena Program CENTEXS Hydrogen & Tech Safari 3.0 di CENTEXS Mukah. Kuching, 5-6 Ogos 2023 - Pameran Sempena Festival Konvokesyen i-Cats University College di i-CATS University College, Jalan Stampin Timur, Kuching. Miri, 25 Julai 2023 - Teh Tarik Session With Yayasan Sarawak @ Curtin di Future Students Lounge, Heron 1, Curtin Malaysia Campus. Sri Aman, 25-27 Ogos 2023 - Kaunter Perkhidmatan / Pameran Agensi Sempena Pesta Pantu 2023 di Dewan Sri Pantu, Sri Aman. Betong, 19 Ogos 2023 - Pameran Sempena Program CENTEXS Hydrogen & Tech Safari 3.0 Di Mukah di CENTEXS Betong. Sibu, 12 Ogos 2023 - Pameran Sempena Hari Permohonan Swinburne Sarawak di RH Hotel Sibu. Mukah, 11-13 Ogos 2023 - Pameran Sempena Pesta Pulau Bruit 2023 di Mukah. Miri, 29 Julai 2023 - Pameran Sempena Program Kesedaran Pendidikan di SMK Bakong, Miri. 28 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang bergambar kenangan selepas program selesai. Kakitangan Yayasan Sarawak turut dijemput untuk memeriahkan program. DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH AHLI KELAB YAYASAN SARAWAK SERTAI HARI SURI MAKSAK WANITA SARAWAK DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: AHMAD JUMADI BIN SABANG BETHSHEBA NASSA INFO INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH PENYERAHAN GERAN TAJAAN KEPADA PASUKAN REGATTA YAYASAN SARAWAK-PUTERI DANG BALAI AHLI KELAB YAYASAN SARAWAK MENGADAKAN LAWATAN REKREASI KE TAMAN NEGARA BAKO KUCHING, 13 Julai 2023 - Ahli Kelab Yayasan Sarawak yang terdiri daripada ahli wanita telah dijemput untuk menyertai Program Suri Beriadah anjuran Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) dan Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAnggota (Maksak) Wanita Sarawak. Program tersebut yang telah dirasmikan oleh Presiden Sabati yang juga isteri kepada Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bertempat di pekarangan Wisma Sabati. Program bertemakan ‘Badan Sihat, Mental Cergas, Produktiviti Meningkat’ itu merupakan idea asal Preseiden Sabati. Menurut Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak, YBhg Datin Amar Hajah Baduyah binti Haji Bujang, seramai 60 orang peserta dari jabatan-jabatan melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan seperti Chairobic bimbingan Unit Geriatrik Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan. Penganjuran program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk menggalakkan lebih ramai penyertaan para wanita. WISMA ADENAN, 25 Julai 2023 - Satu majlis penyerahan geran kepada Pasukan Reggatta Yayasan Sarawak iaitu Puteri Dang Balai telah diadakan di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. Geran itu telah disampaikan oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Yang Berusaha Tuan Haji Mersal Abg Rosli. Pada tahun ini acara Regatta Sarawak berlangsung pada 4 hingga 6 November 2023. KUCHING, 24 Jun 2023 - Pihak ahli jawatankuasa Kelab Yayasan Sarawak telah berjaya menganjurkan aktiviti lawatan rekreasi ke Taman Negara Bako. Lawatan rekreaksi itu hanya terbuka kepada ahli Kelab Yayasan Sarawak dan bagi yang bukan ahli Kelab Yayasan Sarawak untuk mengikuti lawatan tersebut. Seramai 30 orang ahli Kelab Yayasan Sarawak yang menyertai lawatan tersebut yang bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Untuk tiba ke destinasi, para ahli menaiki bot yang terletak di Jeti Bako untuk menuju ke Taman Negara Bako di mana perjalanan mereka mengambil masa selama 20 minit. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli Kelab Yayasan Sarawak yang tidak pernah mengunjungi Taman Negara Bako. Taman Negara Bako merupakan tanah rizab milik negara yang dijadikan kawasan perlindungan alam semulajadi, flora dan fauna atau bahan sejarah. Disepanjang program rekreasi ini, peserta telah berjaya meneroka Taman Negara Bako, melihat pelbagai spesis flora & fauna dan menjumpai hidupan liar. Antara aktiviti dalam lawatan tersebut adalah seperti trek hiking. Bagi sesetengah ahli yang tidak dapat membuat aktiviti trek hiking, mereka memilih untuk menunggu di bawah sambil menikmati alam flora dan fauna. Walaupun tidak dapat melawat tempat seperti dalam tentatif program namun ratarata ahli kelab Yayasan Sarawak berpuas hati dapat melihat sendiri keindahan Taman Negara Bako itu. Penyerahan geran tajaan kepada Encik Nazri, Pengurus Pasukan Puteri Dang Balai. Ahli kelab bergambar kenangan di salah satu tempat menarik yang terdapat di Taman Negara Bako. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 29


3 JUN 2023 - Tournament Dam Aji Yayasan Sarawak 20 Ogos 2023 - MAKSAK Sarawak Checkers Tournament di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak. YBhg Datin Amar Hajah Baduyah binti Haji Bujang bergambar kenangan bersama para peserta. YBhg Datin Amar Hajah Baduyah bin Haji Bujang menyampaikan medal kepada peserta Yayasan Sarawak. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN KATHY OMAR AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO INFO INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH KEJOHANAN DAM AJI YAYASAN SARAWAK MAJLIS PENUTUPAN BENGKEL PERMAINAN TRADISI MAKSAK SARAWAK 2023 YAYASAN SARAWAK JOHAN PERTANDINGAN SUKAN TRADISI MAKSAK SARAWAK 2023 KUCHING - Kelab Dam Aji Yayasan Sarawak giat menyertai pertandingan-pertandingan Dam Aji yang diadakan di sekitar Kuching. Kelab yang dipimpin oleh Penolong Pengarah Seksyen Pelaburan, Encik Ismallia bin Bohari, telah menyertai beberapa pertandingan Dam Aji seperti Tournament Dam Aji Yayasan Sarawak, Inter Agency Checkers Tournament, dan MAKSAK Sarawak Checkers Tournament. Walaupun Kelab Dam Aji Yayasan Sarawak baru sahaja ditubuhkan pada tahun ini, kelab tersebut telah mencapai beberapa kejayaan dalam pertandingan-pertandingan yang disertai. Antaranya ialah menjuarai Tournament Dam Aji Yayasan Sarawak, Inter Agency Checkers dan MAKSAK Sarawak Checkers Tournament. Pengerusi Kelab, Encik Ismallia bin Bohari, juga telah terpilih bagi mewakili negeri Sarawak bagi kejohanan MAKSAK Permainan Tradisional (Dam Aji) peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur. KUCHING, 4-5 Jun 2023 - Bengkel Permainan Tradisional (Dam Aji, Seremban dan Congkak) MAKSAK Sarawak 2023 telah berlangsung di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak. Bengkel itu dihadiri 50 peserta dari pelbagai Jabatan dan Agensi Sarawak termasuk Yayasan Sarawak. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh YBhg Datin Amar Hajah Baduyah binti Haji Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak. Pihak penganjur berharap permainan ini dapat diketengahkan sebagai legasi warisan yang terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat selain dapat meningkatkan interaksi antara Jabatan Kerajaan dan Agensi di Sarawak. KUCHING, 26 Ogos 2023 - Puan Zubaidah binti Baderie yang mewakili Kelab Yayasan Sarawak telah muncul Johan untuk kategori permainan Seremban sempena Pertandingan Sukan Tradisi MAKSAK Sarawak 2023 anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Kuching. Majlis Penyerahan Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Datin Amar Hajah Baduyah binti Haji Bujang, Pengerusi MAKSAK Wanita Sarawak. Pada hari tersebut, 2 kategori telah dipertandingkan iaitu permainan Seremban dan Congkak. Seramai 5 orang ahli Kelab terdiri dari wanita telah menyertai pertandingan tersebut. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Tuan Haji Japri Bujang Masli. 30 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI ANJURAN KELAB YAYASAN SARAWAK WISMA ADENAN, 19 Mei 2023 - Kelab Yayasan Sarawak sekali lagi telah menganjurkan satu majlis ramah tamah Aidilfitri untuk seluruh warga kerja Yayasan Sarawak dengan jayanya. Majlis yang meriah tersebut telah diadakan di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak. Selain daripada warga kerja Yayasan Sarawak, warga kerja daripada anak-anak syarikat Yayasan Sarawak turut hadir memeriahkan majlis tersebut. Antaranya ialah Yayasan Sarawak International Education (YSIE), Yayasan Sarawak International Secondary School (YSISS), Sanjung Etika Sdn. Bhd., Petronesa Sdn. Bhd. dan Guru Taska Yayasanku Sayang. Di samping menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan, bagi memeriahkan lagi majlis pada kali ini, terdapat persembahan busking daripada kumpulan khas yang dijemput oleh Kelab Yayasan Sarawak. Selain itu, pihak kelab turut menyediakan hadiah Anugerah Pakaian Terbaik kepada tetamu yang mengenakan pakaian dengan gaya yang paling menyerlah pada majlis ini. Pihak Kelab Yayasan Sarawak turut mengadakan cabutan bertuah dengan hadiah berupa wang tunai kepada tetamu bertuah yang hadir pada majlis tersebut. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi semua warga kerja yang hadir bersama-sama bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri Yayasan Sarawak tersebut sebagai kenang-kenangan. Tuan Pengarah merakam kenangan bersama kakitangan Yayasan Sarawak. Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak, Encik Zulfiqqar Fadhzely bersama pengurusan tertinggi Yayasan Sarawak. Encik Louis Simon Peter membuat cabutan bertuah bagi memilih calon pemenang bertuah. Anugerah Pakaian Terbaik dinobatkan kepada Puan Rita anak Jagok dan Encik Jolly bin Marikan. Majlis dikendalikan oleh pengacara Encik Muhamad Azranee dan Puan Lee Chung Ching. Ketibaan sebahagian daripada kakitangan Yayasan Sarawak, anak syarikat dan pelajar praktikal ke majlis. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 31


Datu Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad bersama pegawai Yayasan Sarawak dan pegawai JPNS. Sebahagian pegawai dan kakitangan yang hadir ke Majlis Doa Selamat sempena Ulang Tahun Ke-52 Yayasan Sarawak. Tuan Pengarah (tengah) menyampaikan cenderahati kepada penceramah, Ustaz Abdul Rahim bin Abol. Pegawai Yayasan Sarawak diraikan oleh pihak sekolah bersama keluarga mereka. DISEDIAKAN OLEH: DISEDIAKAN OLEH: KATHY OMAR AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH PENGARAH PENDIDIKAN SARAWAK MENGADAKAN ZIARAH AIDILFITRI BERSAMA PEGAWAI YAYASAN SARAWAK MAJLIS DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KE-52 YAYASAN SARAWAK ASAJAYA, 20 Mei 2023 - Pada tarikh tersebut, Pengarah Pendidikan Sarawak, iaitu Datu Dr. Haji Azhar Bin Haji Ahmad yang juga merupakan ahli lembaga amanah Yayasan Sarawak bersama- sama dengan beberapa pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah datang ke SK Beliong untuk menghadiri majlis ziarah Aidilfitri. Turut hadir sama memeriahkan majlis ziarah aidilfitri adalah Encik Jolly Marikan yang mewakili Yayasan Sarawak. Selain itu, ibu bapa dan ahli keluarga pelajar SK Beliong juga terlibat meramah mesra dengan para jemputan yang hadir. Sedikit sumbangan duit hari raya juga diagihkan kepada anakanak yang beragama islam. WISMA ADENAN, 26 Mei 2023 - Satu Majlis Doa Selamat telah dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Surau AlHidayah Yayasan Sarawak bersempena dengan Ulang Tahun Penubuhan Yayasan Sarawak Ke-52. Majlis tersebut yang dipimpin oleh Sdra Muhammad Nasrullah Muinuddin Bin Azarae telah dimulakan dengan Solat Asar berjemaah dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat. Turut hadir Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli dan Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan Sarawak. DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN INFO SUKAN, KEBAJIKAN & RIADAH PROGRAM CERAMAH IBRAH KORBAN ANJURAN JAWATANKUASA SURAU YAYASAN SARAWAK WISMA ADENAN, 26 Jun 2023 - Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun 2023, pihak Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Yayasan Sarawak telah menganjurkan satu program ceramah. Ceramah yang diberi tajuk ‘Ibrah Korban Dalam Kehidupan’ itu telah disampaikan oleh seorang penceramah yang amat berpengalaman iaitu Ustaz Abdul Rahim bin Abol. Program ceramah itu telah diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak dan dihadiri oleh semua warga kerja yang beragama Islam. Melalui ceramah ini, beberapa aspek telah ditekankan, seperti kepentingan ibadah korban dalam Islam dan apakah pengajaran serta pembelajaran yang dapat diambil daripada ibadah tersebut ke dalam kegiatan seharian. Turut hadir meluangkan masa untuk pada program tersebut, Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Pengerusi Surau Al-Hidayah Yayasan Sarawak, Encik Hasyim bin Baidawi serta Pegawai-Pegawai Kanan Yayasan Sarawak. 32 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


INFO GALERI FOTO London, 7 Mei 2023 - TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak & YAB Premier Sarawak hadir ke Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Sarawak (UK) di London. Kuching, 30 Jun 2023 - Majlis Ibadah Qurban Anjuran Pejabat Premier Sarawak, SABATI & Yayasan Sarawak disempurnakan oleh YAB Premier Sarawak di Wisma Sabati, Kuching. Wisma Adenan, 23 Ogos 2023 - Sesi Mesyuarat Penajaan Program Veteriner Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Wisma Adenan, 09 Ogos 2023 - Exit Conference Audit Negara. Sibu, 17 Ogos 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Kolej Laila Taib. Kuching, 16 Mei 2023 - Kunjungan Hormat Pertama Ferraloys Sdn Bhd ke atas YAB Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia. Kuching, 22 Mei 2023 - Majlis Makan Malam sempena Lawatan YB Timbalan Menteri Besar Kelantan dan rombongan Yayasan Kelantan di Hilton Kuching. Wisma Adenan, 14 Ogos 2023 - Sesi Temu Ramah Media Rakan Sarawak Bersama Pengarah Yayasan Sarawak. Kuching, 24 Ogos 2023 - Sesi Townhall anak syarikat Sanjung Etika Sdn Bhd bersama Pengarah Yayasan Sarawak. Wisma Adenan, 25 Mei 2023 - Lawatan Penandaarasan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 33


INFO GALERI FOTO Wisma Adenan, 14 Jun 2023 - Sesi Mesyuarat Bersama RHB Bank. Wisma Adenan, 18 Julai 2023 - Mesyuarat Penajaan Bursary BP40 Bersama Institusi Pendidikan Yayasan Sarawak. Wisma Adenan, 21 Ogos 2023 - Sesi Mesyuarat Bersama Jabatan Pembangunan Kemahiran, Putra Jaya. Wisma Adenan, 22 Ogos 2023 - Sesi Mesyuarat Penerbitan Video Korporat Yayasan Sarawak 2023. Wisma Adenan, 21 Jun 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Bayaran Balik Yayasan Sarawak. Wisma Adenan, 26 Julai 2023 - Mesyuarat Pinjaman Teknikal, Pelajaran dan Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED). Wisma Adenan, 21 Jun 2023 - Mesyuarat Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal Yayasan Sarawak. Wisma Adenan, 23 Ogos 2023 - Sesi Pembentangan Pembangunan Tanah Matang Yayasan Sarawak oleh pihak pemaju. Sintok, Kedah, 17 Julai 2023 - Mesyuarat Persediaan Program Perkampungan Pelajar Bersama Pengurusan Universiti Utara Malaysia. Kedah, 16 Julai 2023 - Sesi Mesyuarat Persiapan Perkampungan Pelajar bersama Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM Kedah. 34 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


INFO GALERI FOTO Wisma Adenan, 23 Ogos 2023 - Sesi Mesyuarat Kerjasama bersama Sarawak Media Group. Kuala Lumpur, 04 Ogos 2023 - Mesyuarat Bersama Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang disertai oleh Ketua Cawangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur. Wisma Adenan, 09 Jun 2023 - Sesi Audit Kewangan Yayasan Sarawak. Kuching, 25 Mei 2023 - Majlis Penutupan Sambutan Minggu Perpaduan Sarawak 2023. Wisma Adenan, 01-07 Ogos 2023 - Sesi Audit Secretariat Sarawak Higher Education Fund (SHEF). Wisma Adenan, 04 Ogos 2023 - Majlis Perpisahan Praktikal Koperasi Yayasan Sarawak Berhad. Sibu, 11 Ogos 2023 - Sesi Penyerahan Surat Tawaran Pinjaman Teknikal Pelatih Akademi Pelita Maslaut di Sibu. OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 35


TESTIMONI PELANGGAN 36 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


DIREKTORI YAYASAN SARAWAK ANAK SYARIKAT WISMA ADENAN JALAN SULTAN TENGAH PETRA JAYA, 93050 KUCHING. +6082 441686 +6082 440023 +6017 7001971 (ysCARE) [email protected] www.yayasansarawak.org.my KUCHING KUALA LUMPUR LONDON LOKASI KAMI BIASISWA +6082 441686 samb. 101 PEMBIAYAAN PENDIDIKAN +6082 441686 samb. 105 +6019 8151686 (Pinjaman) PROGRAM & BANTUAN +6082 441686 samb. 103 BAYARAN BALIK +6082 441686 samb. 104 +6013 803 1158 AKAUN +082 441686 samb. 310 KORPORAT +082 441686 samb. 306 PENGURUSAN PRESTASI & KUALITI +082 441686 samb. 311 TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENGURUSAN SISTEM +082 441686 samb. 305 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA / UNIT INTEGRITI +082 441686 samb. 201 PENTADBIRAN, ASET & PEROLEHAN +082 441686 samb. 205 PELABURAN +082 441686 samb. 203 PENGURUSAN HARTANAH, PROJEK & FASILITI +082 441686 samb. 204 KOMUNIKASI AWAM & PENGURUSAN DATA +082 441686 samb. 206 +6017 700 1971 AUDIT DALAM & PENGURUSAN RISIKO +082 441686 samb. 202 PEJABAT CAWANGAN KUALA LUMPUR +603 42650619 +603 42661972 RUMAH YAYASAN SARAWAK LONDON ++44 2088 300165 ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 37


Sanjung Etika Sdn Bhd (SESB) ditubuhkan pada 31 Mac 1997 dan merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak. Kegiatan utama perniagaan adalah operasi perkayuan, pembangunan dan pengurusan harta tanah serta kontraktor perkhidmatan am. Pada tahun 2002, SESB dilantik secara khusus untuk menguruskan harta tanah dan premis Yayasan Sarawak. Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, Kuching Jalan Rock, Batu Lintang, Kuching Jalan Padungan, Kuching Jalan Bulatan Piasau, Miri Ariva Gateway, Jalan Bukit Mata, Kuching Jalan Pinang Jawa, Gita, Kuching Unisquare, Kota Samarahan Jalan Bangkita, Limbang Samariang Square, Jalan Sultan Tengah, Kuching Demak Laut Commercial Centre, Kuching Jalan Club, Sri Aman Tabuan Jaya, Kuching Jalan Airport Lama, Kapit Jalan Sommerville, Bintulu Tel: 082-432157 | Faks: 082-432171 http://sesb.org.my/ Untuk maklumat, sila hubungi: FARALIZA: 017-8135779 (HP) AMIR: 016-8846491 (HP) Premis Sewaan Yayasan Sarawak mengikut lokasi: PREMIS SEWAAN YAYASAN SARAWAK 38 OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023


INSTITUSI AKADEMIK & LATIHAN TEKNIKAL CURTIN UNIVERSITY MALAYSIA Postal Address CDT 250, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia. https://www.curtin.edu.my/ SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://www.swinburne.edu.my/ UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK (UTS) No. 1, Jalan Universiti, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia. https://www.ucts.edu.my/ CENTRE FOR TECHNOLOGY EXCELLENCE SARAWAK (CENTEXS) Jalan Sultan Tengah, Rampangi Santubong, Sarawak, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://www.centex-sarawak.my/ KOLEJ LAILA TAIB 323, Persiaran Brooke, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia. https://klt.edu.my i-CATS UNIVERSITY COLLEGE Jalan Stampin Timur, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://icats.edu.my/ YAYASAN SARAWAK INTERNATIONAL SECONDARY SCHOOLS Lot 449,Jalan Casuarina, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia https://ysiss.edupage.org/ OUTREACH | EDISI MEI-OGOS 2023 39


www.yayasansarawak.org.my KUCHING.KUALA LUMPUR.LONDON Permohonan Secara Dalam Talian Laman Sesawang Yayasan Sarawak


Click to View FlipBook Version