The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2022 OUTREACH 3rd Edition September-December

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Sarawak, 2023-02-11 00:28:41

2022 OUTREACH 3rd Edition September-December

2022 OUTREACH 3rd Edition September-December

OUTREACH LOCAL ORGANISATION WITH GLOBAL OUTREACH 17/2022 (09-12) EDISI SEP-DIS 2022 “Pemangkin Pembangunan Pendidikan Ke Arah Modal Insan Berkualiti” Permohonan Secara Dalam Talian Laman Sesawang Yayasan Sarawak IMBAS INFO YAYASAN SARAWAK-PUTERI DANG BALAI RAJA SUNGAI REGATTA SARAWAK 2022 ANUGERAH KHAS PREMIER SARAWAK (AKPS) KE-30: MS 6 JULANG MARTABAT PENDIDIKAN DI SARAWAK MS10


2 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Visi Untuk menjadi yayasan bertaraf dunia dalam membangun modal insan yang berkualiti di Sarawak. Misi Beriltizam untuk memacu pembangunan modal insan yang berkualiti untuk Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang berkesan. Nilai-Nilai Teras Integriti Profesionalisme Berorientasikan Hasil Baik Hati dan Prihatin Semangat Berpasukan Sikap Kesegeraan dan Semangat Sepunya


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 3 KANDUNGAN 4 5 Dari Meja Pengarah Dari Meja Ketua Editor BERITA UTAMA INFO KORPORAT 6 7 8 Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) Ke-30: Julang Martabat Pendidikan Di Sarawak ‘A Memorable Moment With The Right Honourable Premier Of Sarawak’ YAB Premier Sarawak Serah Tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak Kepada 23 Pelajar UTS 9 9 10 11 11 12 13 13 14 15 Tahniah YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki Atas Anugerah Pingat Kebesaran Negeri ‘Datuk Amar’ Yayasan Sarawak Sertai Dua Acara Rasmi Kerajaan Sarawak Di Miri Yayasan Sarawak-Puteri Dang Balai Raja Sungai Regatta Sarawak 2022 Yayasan Sarawak Serah Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran Kampung Pulo Ulu Dan Kampung Semarang Sesi Lawatan Tapak Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2022 Yayasan Sarawak Sebar Maklumat Perkhidmatan Melalui Pameran Jerayawara Sarawakku Sayang Sesi Taklimat Disiplin Dan Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) Sesi Ceramah Kesihatan Dan Saringan Kanser Serviks Pengauditan Semula Amalan Persekitaran 5S Yayasan Sarawak Pengurusan Sedia Kursus Dan Latihan Untuk Tingkat Prestasi Kakitangan INFOGRAFIK 16 17 Jumlah Benefisiari Baharu Yayasan Sarawak Tahun 2022 Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Yayasan Sarawak Tahun 2022 INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN 30 31 32 33 Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak 2022 Majlis Lambaian Kasih Persaraan Puan Denner Anak Ata Yayasan Sarawak Rapid Open Chess Tournament 2022 Ahli Kelab Aktif Sertai Acara Sukan Bagi Persiapan Ke Sukan PESAYA Ke-14 di Sarawak INFO PENDIDIKAN 18 19 20 21 22 23-25 26 27 28 29 29 Yayasan Sarawak Sedia Anugerah Kepada Graduan Cemerlang di IPT Sarawak Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Bagi Kawasan Simanggang Delegasi Yayasan Sarawak Adakan Lawatan Ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Pengisytiharan Sambutan Hari Alumni UiTM Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak Yayasan Sarawak Dengan Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Anjur Hari Kerjaya Dan Pendidikan Seluruh Sarawak Lawatan Sambil Belajar Ke Yayasan Sarawak Beri Pendedahan Kepada Pelajar Dan Guru Jemputan Pameran Pendidikan Direalisasikan Untuk Penyampaian Maklumat Kepada Pelajar Dan Masyarakat Taklimat Kesedaran Pendidikan Tingkat Kefahaman Hala Tuju Pendidikan Para Pelajar Lawatan Pemantauan HIPERS Di SMK Trusan Dan SK Ulu Merapok Perasmian Program HIPERS Pra Kemasukan Tahun 6 SK Buntal 34-35 36 37 38 39 Galeri Foto Testimoni Pelanggan Direktori Yayasan Sarawak Premis Sewaan Yayasan Sarawak Pusat Pembelajaran Dan Latihan Kami


4 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Dari Meja PENGARAH HAJI MERSAL BIN ABANG ROSLI Pengarah Yayasan Sarawak Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Saya ingin memanjatkan rasa syukur kepada hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bertemu kembali dalam Buletin Outreach Edisi SeptemberDisember 2022 ini. Terima kasih dan syabas kepada sidang redaksi serta warga kerja yang terlibat dalam penerbitan edisi Outreach kali ini. Saya yakin pada edisi ini dapat memperlihatkan solidariti, komitmen, usaha dan kegigihan dalam meneruskan legasi kegemilangan Yayasan Sarawak. Sepanjang tahun 2022, seramai 22,264 anak Sarawak telah menerima manfaat biasiswa daripada Yayasan Sarawak secara keseluruhannya. Daripada Jumlah tersebut, 224 orang pelajar telah ditawarkan skim Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT), dan 204 orang lagi telah ditawarkan skim Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR). Manakala, seramai 2,599 orang pelajar telah ditawarkan skim Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak merangkumi pelajar sekolah rendah dan menengah. Bagi skim Bantuan Kemasukan ke IPT, seramai 5,271 orang pelajar telah menerima manfaat tersebut dan 13,550 orang pelajar telah diberikan Inisiatif Graduan Pulang Sarawak. Seperti sebelum ini, seramai 40 orang lagi pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah ditawarkan Biasiswa Khas Perubatan UNIMAS dan seterusnya seramai 376 orang pelajar daripada IPTS terpilih di Sarawak telah menerima manfaat skim Bursari BP40. Sementara itu, kita juga terus komited dalam usaha untuk memberikan pinjaman pelajaran kepada anak Sarawak yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Bagi meneruskan misi ini, kita telah menawarkan pinjaman kepada seramai 4,844 orang pelajar menerusi skim-skim yang berbeza berdasarkan bidang pengkhususan yang diceburi. Baru-baru ini juga iaitu pada 14 November 2022 lepas, kita telah menyerahkan surat tawaran biasiswa kepada 23 orang pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS). Kesemua 23 orang pelajar yang ditawarkan adalah ambilan baharu dan telah melalui beberapa penilaian oleh pihak UTS berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima Anugerah Khas Premier Sarawak (AKPS) yang telah dilangsungkan pada 14 September 2022 lalu di Pullman Kuching. Semoga dengan pengiktirafan kecemerlangan ini dapat memberi suntikan semangat kepada mereka untuk meneruskan usaha murni pada masa akan datang. Sekalung tahniah diucapkan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak yang baharu, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki yang telah dilantik secara rasminya pada 1 Julai 2022 lepas bagi menggantikan YBhg Datuk Amar Jaul Samion yang bersara pada 30 Jun 2022. Akhir kata, saya berharap agar kita semua dapat memanfaatkan segala ilmu yang dikongsikan melalui penerbitan Outreach ini. Kami di Yayasan Sarawak akan terus komited untuk membantu anak Sarawak dalam bidang pendidikan ke arah mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030. ‘SELAMAT TAHUN BAHARU 2023’ Sekian, terima kasih. “BERSATU BERUSAHA BERBAKTI AN HONOUR TO SERVE PEMANGKIN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN”


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 5 Dari Meja KETUA EDITOR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bagi melabuhkan tirai tahun 2022, saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana Outreach Edisi September-Disember 2022 Yayasan Sarawak ini telah diterbitkan dengan jayanya yang juga merupakan terbitan yang ke-17 semenjak tahun 2017. Syabas dan tahniah kepada sidang editorial dan seluruh warga kerja Yayasan Sarawak yang telah banyak membantu dan bertungkus-lumus dalam menyumbangkan idea penulisan dan memastikan penerbitan Outreach ini siap tepat pada masanya. Sekalung ucapan tahniah kepada Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak, Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Sarawak yang baharu pada 1 Julai 2022 lepas. Dengan terbitan Outreach ini, kita dapat melihat kepelbagaian aktiviti yang telah dianjurkan dan di antara fokus utama kita adalah Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak yang telah kita adakan pada 14 September 2022 lepas bertempat di Hotel Pullman, Kuching. Wadah ini juga turut memuatkan pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan selari dengan visi dan misi organisasi untuk terus menjadi agensi yang terunggul sebagai Pemangkin Pembangunan Pendidikan di Sarawak. Dengan usaha-usaha yang telah dilakukan ini, Yayasan Sarawak berjaya menunjukkan dan mengekalkan komitmen berterusan dalam mengurus serta membangunkan perkhidmatan kami kepada golongan memerlukan selari dengan hasrat untuk mengoptimumkan sumbangan kepada pembangunan modal insan minda kelas pertama di negeri ini. Akhir kata, saya mewakili sidang redaksi Outreach ingin mengucapkan selamat membaca dan diharap semua pembaca mampu memanfaatkan segala maklumat dengan sebaiknya untuk kesejahteraan semua. Sekian, terima kasih. SURYANI BINTI ABDUL HAMID Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Komunikasi) Ketua Editor KETUA EDITOR Suryani binti Abdul Hamid SEKALUNG BUDI Terima kasih atas sumbangan penulisan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan penerbitan buletin OUTREACH kali ini. Sebarang cadangan penambahbaikan serta sumbangan artikel boleh di emel ke [email protected]. TERBITAN Seksyen Pengurusan Data & Komunikasi Awam (PDKA), Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, 93050 Kuching, Sarawak, MALAYSIA. +60 82 441 686 (t) | +60 82 440 023 (f) | +6017 700 1971 (ysCARE) | [email protected] | www.yayasansarawak.org.my EDITOR Haznetta Sarenau Howell PEN. EDITOR / PENULIS / JURUFOTO Randy Alexon anak Rozaiman REKA GRAFIK / JURUFOTO / PENULIS Ahmad Jumadi bin Sabang PENULIS Kathy binti Omar PENULIS / JURUFOTO Mohammad Nizam Awang Buang PENULIS / JURUFOTO Jeffery Undi anak Anthony


6 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 INFO BERITA UTAMA ANUGERAH KHAS PREMIER SARAWAK (AKPS) KE-30: JULANG MARTABAT PENDIDIKAN DI SARAWAK Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY Penyampaian Kategori Pelajar Cemerlang SPM (Sains) bagi tahun 2020. Penyampaian Kategori Sekolah Cemerlang bagi tahun 2019. Penyampaian Kategori Pelajar Penan STPM bagi tahun 2021. KUCHING, 14 Sept 2022 - “Pengiktirafan ini merupakan sumber inspirasi kepada kita semua untuk terus bersama menjulang dan memartabatkan mutu pendidikan di negeri Sarawak,” kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg ketika merasmikan Majlis Anugerah Khas Premier Sarawak di Hotel Pullman Kuching di sini hari ini. Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Abang Rosli menjelaskan seramai 58 orang penerima akan menerima anugerah masing-masing yang terdiri daripada 20 pemenang daripada 17 kategori (2019), 26 pemenang daripada 8 kategori (2020), dan 12 pemenang daripada 12 kategori (2021). “Secara tradisinya, majlis anugerah berprestij ini dianjurkan setiap tahun sebagai satu usaha untuk menghargai jasa dan pengiktirafan di atas pencapaian cemerlang dalam kalangan warga pendidik, sekolah dan pelajar oleh Yayasan Sarawak dan Kerajaan Sarawak”. “Namun, kita tidak dapat mengadakannya selama dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda negara tetapi kita bersyukur akhirnya kali ini kita berkesempatan untuk mengadakannya sekali lagi,” tambah beliau ketika berucap di hadapan khalayak ramai. Penganugerahan ini diharap dapat memupuk semangat persaingan yang positif dalam kalangan warga pendidik, sekolah dan pelajar untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Turut hadir ke majlis tersebut, Timbalan Premier Sarawak, YB Dato Sri Prof Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, YB Dato Sri Fatimah Abdullah, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Peguam Besar Negeri, YBhg Dato Sri Talat Mahmood Abdul Rashid dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak YBhg Datu Dr. Azhar Haji Ahmad. YAB Premier Sarawak merakamkan kenangan bersama penerima APKS bagi tahun 2021.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 7 INFO BERITA UTAMA ‘A MEMORABLE MOMENT WITH THE RIGHT HONOURABLE PREMIER OF SARAWAK’ Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY KUCHING, 18 Sept 2022 - Kerajaan Sarawak menubuhkan lima sekolah antarabangsa di negeri ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang kompeten di peringkat global, ujar Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg. Fokus utama kini adalah untuk melahirkan pelajar yang berpencapaian tinggi dan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik untuk memastikan mereka berada dalam golongan modal insan minda kelas pertama demi menjamin masa depan yang cerah. “Kita harus mengakui hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Jika kita ingin melakukan penyelidikan dan memperoleh pengetahuan semasa, tiada pilihan lain selain menguasai bahasa Inggeris dengan baik.” “Ini amat penting supaya kita dapat memahami pelbagai metodologi serta kemahiran baharu kerana teknologi berubah dengan begitu pantas,” katanya ketika berucap menyempurnakan program Fun Ride and A Moment with Premier of Sarawak Yayasan Sarawak International Secondary School Petra Jaya (YSISSPJ). Tambahnya, “bagi mencapai hasrat Sarawak untuk menjadi sebuah negeri maju, salah satu usaha kerajaan adalah untuk memastikan anak-anak Sarawak dari peringkat akal umbi mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik supaya mereka dapat bersaing di peringkat antarabangsa. “Jika kita mempunyai pelajar cemerlang di Sarawak, mereka mungkin dihantar ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Australia untuk pengajian pasca siswazah. “Di sinilah mereka perlu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan itulah sebabnya kerajaan Sarawak memutuskan bahawa kita mesti mempunyai sekolah sendiri yang melahirkan pelajar antarabangsa yang bukan hanya ‘jaguh kampung’ tetapi ‘jaguh dunia’, jelasnya.” “Apabila mereka menjadi ‘juara dunia’, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke universiti ternama dan apabila mereka kembali ke Sarawak, mereka boleh mengubah ekonomi kita,” tegasnya. Abang Johari berkata terdapat lima sekolah antarabangsa di negeri ini yang mana dua terletak di Kuching dan satu di Bintulu, Sibu dan Miri, ini akan menjadi saluran untuk ibu bapa yang tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa untuk belajar di sekolah antarabangsa Yayasan Sarawak. “Tetapi sudah tentu pelajar perlu mempunyai standard kerana kita perlu mengekalkan standard sekolah ini. Kita berharap daripada sekolah antarabangsa ini, kita akan mempunyai anak-anak Sarawak yang bijak, berdisiplin dan berfikiran kritis dan melalui konsep dan falsafah ini, mereka akan terus memikirkan apa yang terbaik untuk negeri ini khususnya.” Abang Johari dalam ucapannya juga mengumumkan bahawa satu lagi blok asrama akan dibina untuk YSISSPJ tidak lama lagi. “Ini kerana ruang dan bangunan tidak mencukupi jadi kita berhasrat untuk membina satu lagi blok asrama pelajar di sekolah ini,” katanya memberi jaminan. Abang Johari kemudiannya menyertai Fun Ride yang menyaksikan Premier Sarawak, sambil diiringi kira-kira 100 orang penunggang basikal, berbasikal dari kediamannya di Petra Jaya ke premis YSISSPJ. Turut hadir Timbalan Premier Sarawak YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, YB Dr Annuar bin Rapaee, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Penasihat Hal-Hal Pendidikan di Pejabat Premier Sarawak, YBhg Datuk Amar Michael Manyin Jawong, Pengarah Yayasan Sarawak, YBrs Tuan Haji Mersal Abang Rosli dan Pengetua YSISSPJ Encik Bakthiar Affandi. Simbolik perasmian dengan menanam pokok belian yang disumbangkan oleh Jabatan Hutan Sarawak. YAB Premier Sarawak merakamkan kenangan bersama para pelajar dan pengurusan Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak. Para pelajar mendapat autograf daripada YAB Premier Sarawak. ‘Yayasan Sarawak Fun Ride’ dari kediaman Premier ke Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Jalan Casuarina, Petra Jaya.


8 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 INFO BERITA UTAMA YAB PREMIER SARAWAK SERAH TAWARAN BIASISWA YAYASAN SARAWAK KEPADA 23 PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK (UTS) Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY YAB Premier Sarawak merakamkan gambar bersama para penerima biasiswa / pinjaman Yayasan Sarawak dan warga UTS. SIBU, 14 Nov 2022 - YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan majlis penyerahan surat tawaran biasiswa kepada 23 orang pelajar Universiti Teknologi Sarawak (UTS). Kesemua 23 orang pelajar yang ditawarkan adalah ambilan baharu pada tahun 2022 dan telah melalui beberapa penilaian oleh pihak UTS berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Abang Johari dalam ucapan beliau berkata bahawa UTS merupakan salah sebuah universiti tempatan yang memberi peluang kepada anak-anak Sarawak yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Tambahan, UTS merupakan universiti hak milik sepenuhnya oleh kerajaan negeri selain Swinburne University of Technology Sarawak Campus di Kuching dan Curtin University di Miri. “Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak akan terus komited dalam menyalurkan bantuan-bantuan pendidikan kepada anak-anak Sarawak untuk melahirkan lebih ramai lagi golongan cendekiawan di negeri ini khususnya dalam bidang sains dan teknologi”. “Kita kini berada dalam era modenisasi dan bergerak seiring dengan negara-negara maju dalam memanfaatkan segala sumber yang mampu meningkatkan taraf ekonomi baharu seperti penggunaan gas hidrogen,” ujarnya. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Sarawak, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, dan Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Abang Rosli. YAB Premier memberi ucapan pada majlis berkenaan. Penyampaian surat tawaran kepada salah seorang pelajar UTS. Ketibaan YAB Premier Sarawak disambut oleh Naib Canselor dan warga UTS.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 9 Kontinjen Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Encik Zulfiqqar Fadhzely Randy, Penolong Pengarah (Pengurusan Hartanah, Projek & Fasiliti). Kontinjen Yayasan Sarawak yang diketuai oleh Encik Hasyim bin Baidawi selaku Pengerusi Surau Al-Hidayah Yayasan Sarawak. MIRI, 8-10 Okt 2022 - Pada tahun ini, Yayasan Sarawak turut menyertai Acara Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Jadi Ke-86 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud yang dilangsungkan di Stadium Terbuka, Miri yang bermula seawal jam 8 pagi. Bagi acara kali ini, Yayasan Sarawak telah menghantar seramai 40 orang ahli kontinjen yang diketuai oleh Encik Zulfiqqar Fadhzely bin Randy, Penolong Pengarah, Seksyen Pengurusan Hartanah, Projek dan Fasiliti dan Puan Suryani binti Abdul Hamid, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi selaku Ketua Penyelaras. Acara dimulakan dengan nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku, kawalan kehormat dari Angkatan Tentera Diraja Malaysia, dan perarakan kontinjen perbarisan daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan Bukan Uniform, Persatuan, dan beberapa lagi Badan Bukan Kerajaan. Turut hadir ke majlis rasmi istiadat perbarisan ialah isteri kepada Tuan Yang Terutama, Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan juga Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berserta isteri, YABhg Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang. INFO KORPORAT TAHNIAH YB DATUK AMAR HAJI MOHAMAD ABU BAKAR BIN MARZUKI ATAS ANUGERAH PINGAT KEBESARAN NEGERI ‘DATUK AMAR’ Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY INFO KORPORAT YAYASAN SARAWAK SERTAI DUA ACARA RASMI KERAJAAN SARAWAK DI MIRI Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY MIRI, 9 Okt 2022 - Pemangku Setiausaha Kerajaan Sarawak, Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Sarawak dan dianugerahkan gelaran “Datuk Amar” oleh Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud bertempat di Hotel Imperial, Miri. YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, 58, menggantikan Datuk Amar Jaul Samion yang telah bersara pada 30 Jun lepas. Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) sejak 2018 dan pernah menggalas jawatan sebagai Pengarah Unit Perancang Negeri serta Pengarah Yayasan Sarawak. Dilahirkan pada 29 September 1964, beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains, Pembangunan Sumber Manusia (HRD) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Sepanjang perkhidmatannya, beliau menerima beberapa anugerah negeri dan perkhidmatan awam termasuk anugerah Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) yang membawa gelaran Dato Sri pada Oktober 2019. Selain itu, beliau turut dianugerah Darjah Jasa Bakti Sarawak (D.J.B.S), Pegawai Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Pegawai Bintang Kenyalang (PBK), Pingat Perkhidmatan Bakti (PPB), Pingat Perkhidmatan Setia (PPS), Anugerah Perkhidmatan Lama dan Pingat Terpuji Jubli Emas (PTE). YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak Dua hari selepas penganjuran istiadat perbarisan, kontinjen Yayasan Sarawak turut menyertai Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1444H yang turut diadakan di Stadium Terbuka Miri melibatkan seramai 40 orang warga kerja. Turut bersama-sama dari awal perarakan sehingga akhir ialah Puan Suryani binti Abdul Hamid selaku ketua kontinjen dan Encik Hasyim bin Baidawi selaku Pengerusi Surau Al-Hidayah Yayasan Sarawak. Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, Kontinjen Yayasan Sarawak tetap bersemangat meraikan perayaan junjungan besar tersebut.


10 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Ahli Pasukan Yayasan Sarawak-Puteri Dang Balai meraikan kemenangan bersama Piala Raja Sungai Sarawak.untuk kali kedua. KUCHING, 3-14 Nov 2022 - Regatta Sarawak tahun ini memberikan seribu makna kepada pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai kerana tidak pulang dengan tangan kosong setelah dinobatkan sebagai Raja Sungai Sarawak 2022. Pasukan Yayasan Sarawak atau lebih dikenali sebagai YSPDB telah merampas semula gelaran ‘Raja Sungai’ daripada pasukan LANDAS yang kali terakhir dimenangi pada Regatta Sarawak pada tahun 2018 sekali gus merangkul Piala Tuan Yang Terutama (TYT) di Regatta Sarawak 2022. Kejayaan pasukan Yayasan Sarawak bagi kategori perahu bidar 30 pekayuh lelaki telah membawa pulang Piala TYT serta wang tunai berjumlah RM20,000 selain piala pusingan. Sungai Sarawak berkocak juga oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Pantai Damai GP Binladen Empat di tempat kedua dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan piala iringan. Seterusnya tempat ketiga milik Pasukan UDAK dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM8,000 dengan piala iringan. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Wakil penerima hadiah kemenangan bagi pasukan Puteri Dang Balai ialah Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Abang Rosli, manakala wakil tempat kedua ialah Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Manakala, wakil penerima hadiah pasukan Udak ialah Afiq Brahim. Dalam pada itu, sekitar lebih 5,000 pengunjung membanjiri tebingan sungai Kuching untuk menyaksikan aksi final Regatta Sarawak 2022. Terdahulu, sesi penyerahan bendera pasukan YS-PDB telah dilangsungkan pada 3 November 2022 oleh Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal Abang Rosli kepada pengurus pasukan bertempat di Kampung Bintawa Ulu, Kuching. Pengarah Yayasan Sarawak julang Piala Raja Sungai Sarawak TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Majlis penyerahan bendera kepada pasukan YS-PDB oleh Pengarah Yayasan Sarawak di Kampung Bintawa Ulu. Penyerahan Piala Raja Sungai kepada Pengarah Yayasan Sarawak oleh Pengurus Pasukan, Encik Nazri yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Operasi. INFO KORPORAT YAYASAN SARAWAK - PUTERI DANG BALAI RAJA SUNGAI SARAWAK REGATTA 2022 Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 11 KUCHING, 16 Dis 2022 - Dua keluarga mangsa kebakaran di Kampung Pulo Ulu dan Kampung Semarang telah menerima sumbangan daripada Yayasan Sarawak yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, YB Dato’ Sri Nancy Shukri dan disaksikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Biasiswa dan Program Bantuan Yayasan Sarawak, Encik Zamahari bin Saidi. Mangsa yang menetap di Kampung Pulo Ulu dan Kampung Semarang masing-masing hanya tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah akibat kebakaran yang menyebabkan kerosakan hampir 100 peratus. Semua hadirin yang hadir ke majlis penyerahan cek sumbangan itu merakamkan simpati dan juga memberi kata-kata semangat kepada kedua-dua belah pihak keluarga bahawa ada hikmah di sebalik tragedi yang berlaku ini. Sumbangan seperti ini juga merupakan salah satu objektif penubuhan Yayasan Sarawak yang termaktub dalam Ordinan Yayasan Sarawak, iaitu memberi sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau malapetaka negara. Penyerahan kepada salah seorang mangsa kebakaran rumah. Penyerahan sumbangan Yayasan Sarawak oleh YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Ahli Parlimen Santubong. INFO KORPORAT YAYASAN SARAWAK SERAH SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG PULO ULU DAN KAMPUNG SEMARANG Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY WISMA ADENAN, 12 Dis 2022 – Seramai lima orang panel penilai AKPANS 2022 telah mengadakan lawatan tapak ke Yayasan Sarawak pada 12 Disember 2022 yang lalu untuk membuat sesi penilaian. Rombongan yang diketuai oleh Encik Kasvenda bin Kassim, Pengarah Wilayah SIRIM Sarawak itu yang turut disertai oleh Cik Chong Pei Nei yang merupakan urusetia AKPANS dari Unit Pemodenan Perkhidmatan Sarawak telah disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim. Sebelumnya, wakil daripada Yayasan Sarawak telah membuat pembentangan kepada para panel di Pejabat Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 21 November 2022. Hasil daripada pembentangan tersebut, pihak penilai AKPANS 2022 telah menyenarai pendekkan Yayasan Sarawak sebagai calon agensi utama negeri untuk meraih anugerah berprestij tersebut. Perkara ini menunjukkan bahawa Yayasan Sarawak sekali lagi berpeluang untuk mendapatkan anugerah tersebut sekali gus mengulangi kejayaannya pada tahun 2019. INFO KORPORAT SESI LAWATAN TAPAK PANEL PENILAI ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (AKPANS) 2022 Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN Para panel penilai telah disambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Yayasan Sarawak. Pihak panel sedang membuat penilaian di Bilik Mesyuarat Orkid.


12 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Kerajaan Sarawak telah menganjurkan Program Jerayawara Sarawakku Sayang 2022 yang bertemakan ‘Jaga Sarawak, Intu Sarawak’. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendekatkan kerajaan dengan masyarakat dalam memberi akses tentang khidmat dan dasar kerajaan dengan lebih jelas. Yayasan Sarawak juga tidak melepaskan peluang ini dan terus komited menyertai pameran pembangunan Program Jerayawara Sarawakku Sayang 2022 yang telah dirasmikan oleh YAB Datuk Petinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Antara kawasan yang terlibat dengan pameran tersebut ialah Mukah, Santubong, Sibu, Lubok Antu, Lawas, Batang Lupar. Puncak Borneo, Batang Sadong dan Saratok. KUCHING, 02-03/11/2022: Program Sarawakku Sayang Zon Santubong di Esplanade, Telaga Air, Kuching. INFO KORPORAT YAYASAN SARAWAK SEBAR MAKLUMAT PERKHIDMATAN MELALUI PAMERAN JERAYAWARA SARAWAKKU SAYANG Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN SADONG JAYA, 16-17/11/2022: Program Sarawakku Sayang Zon Batang Sadong di Dataran Panggung Udara, Sadong Jaya. LINGGA, 11-12/11/2022: Program Sarawakku Sayang Zon Batang Lupar di Dataran Pekan Lingga. SARATOK, 17-18/11/2022: Program Sarawakku Sayang Zon Saratok di Pentas Utama Sri Kalaka, Saratok. SINIAWAN, 15-16/11/2022: Program Sarawakku Sayang Zon Puncak Borneo di Pekan Siniawan. BA’KELALAN, 07-08/11/2022: Program Sarawakku Sayang Daerah Lawas di Stadium Tertutup Lawas. SRI AMAN, 06-07/11/2022: Program Sarawakku Sayang Daerah Lubok Antu di Stadium Tertutup Lawas. SIBU, 03-04/11/2022: Program Sarawakku Sayang Bahagian Sibu di Dewan Suarah Sibu. MUKAH, 02-03/11/2022: Program Sarawakku Sayang Bahagian Mukah di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 13 WISMA ADENAN, 22 Sept 2022 – Yayasan Sarawak telah mengadakan sesi taklimat disiplin dan tatatertib perkhidmatan awam negeri Sarawak (PANS) di Auditorium Yayasan Sarawak. Sesi taklimat ini dihadiri oleh kakitangan Yayasan Sarawak dan tetamu kehormat, Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim. Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Angelico anak Francis Freddy Tiam daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak. Taklimat ini bertujuan untuk mempertingkatkan disiplin dan tatatertib kakitangan Yayasan Sarawak agar perkhidmatan awam yang disediakan lebih baik pada masa akan datang. WISMA ADENAN, 27 Okt 2022 – Satu sesi ceramah kesihatan dan saringan kanser serviks telah diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak. Fokus utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan Yayasan Sarawak terhadap bahayanya kanser serviks dan memastikan kakitangan Yayasan Sarawak tidak mempunyai sebarang tanda-tanda awal kanser tersebut. Program ini dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Klinik Kesihatan Pantai Damai, kakitangan Yayasan Sarawak serta tetamu kehormat, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran & Komunikasi, Puan Suryani Binti Abdul Hamid. INFO KORPORAT Merakamkan kenangan bersama Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran & Komunikasi) dan pegawai-pegawai daripada Klinik Kesihatan Pantai Damai serta kakitangan yang hadir. SESI CERAMAH KESIHATAN DAN SARINGAN KANSER SERVIKS Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI INFO KORPORAT SESI TAKLIMAT DISIPLIN DAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (PANS) Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI Sesi taklimat daripada Encik Angelico anak Francis Freddy Tiam daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak. Sesi saringan kesihatan kepada semua yang hadir. Merakamkan kenangan bersama Timbalan Pengarah Operasi dan kakitangan yang hadir.


14 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Sisih, Susun, Sapu, Seragam, dan Sentiasa Amal merupakan tunjang bagi amalan 5S. Amalan 5S ialah amalan yang dilaksanakan bagi mencapai pengiktirafan tertinggi dalam mewujudkan pengurusan persekitaran berkualiti di tempat kerja. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja. Oleh itu, pengauditan semula amalan persekitaran 5S Yayasan Sarawak dilakukan bagi melihat sejauh manakah amalan ini dilaksanakan. INFO KORPORAT PENGAUDITAN SEMULA AMALAN PERSEKITARAN 5S YAYASAN SARAWAK Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAMAN 5S KALI KE-2 WISMA ADENAN, 13/12/2022 - Mesyuarat pembukaan audit dalaman 5S kali ke-2 telah diadakan bagi membincangkan tahap pelaksanaan amalan 5S di Yayasan Sarawak. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim. LAWATAN PERUNDINGAN AUDIT APB 5S WISMA ADENAN, 29/11/2022 - Satu lawatan perundingan audit APB 5S telah dilaksanakan di sekitar Yayasan Sarawak. Lawatan ini bertujuan untuk menilai amalan 5S di pelbagai zon-zon 5S Yayasan Sarawak seperti Pusat Sumber Yayasan Sarawak dan Taska Tadika Yayasanku Sayang. SESI AUDIT DALAMAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S WISMA ADENAN, 14/12/2022 - Satu sesi audit dalaman amalan persekitaran berkualiti 5S telah berlangsung di Yayasan Sarawak. Sesi audit tersebut telah dilakukan di zon-zon 5S Yayasan Sarawak.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 15 INFO KORPORAT PENGURUSAN SEDIA KURSUS DAN LATIHAN UNTUK TINGKAT PRESTASI KAKITANGAN Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY 01/10/2022: Kursus ‘Intensive Public Speaking’ di Pullman Kuching. Pengurusan Yayasan Sarawak dengan penuh integriti telah menganjurkan pelbagai kursus kepada warga kerja yang berpotensi untuk mengasah bakat dan kepimpinan dalam bidang-bidang tertentu berdasarkan skop kerja yang dilaksanakan setiap hari. Penganjuran kursus-kursus yang berkesan kepada warga kerja dapat memberikan impak yang positif kepada pembangunan organisasi meliputi setiap lapisan jawatan bagi memenuhi keperluan masyarakat. OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 15 02/10/2022: Kursus Berani Berucap Bersama Halim Othman di Trafik 360 Training Centre, Metrocity, Kuching. 19-20/10/2022: Kursus Audit Dalaman 5S di Serapi Hotel, Kuching. 22/10/2022: Latihan Penggunaan Microsoft Dynamics GP di Seksyen Akaun, Wisma Adenan, Kuching. 29-30/11/2022: Kursus ‘Work Life Balance’ Kumpulan I di Hotel The Waterfront, Kuching. 17-18/10/2022: Kursus Potensi Diri di Serapi Hotel, Kuching. 22/10/2022: Kursus Komunikasi Berkesan di Bilik Mesyuarat Orkid, Wisma Adenan, Kuching. 01-04/11/2022: Bengkel Penambahbaikan Sistem HRMS di Pusat Sumber Yayasan Sarawak, Wisma Adenan. 01-02/12/2022: Kursus ‘Work Life Balance’ Kumpulan II di Hotel The Waterfront, Kuching. 27-28/9/2022: Kursus Pra Persaraan di Hotel Maya, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur. 01/10/2022: Kursus ‘Intensive Public Speaking’ di Pullman Kuching.


16 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 135,907 BENEFISIARI BAHARU (BAGI TAHUN 2022) BIASISWA PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PROGRAM & BANTUAN BAYARAN BALIK PINJAMAN Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib (BYSTT) 224 Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman (YBSTAR) 204 Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS) 2,599 Bantuan Kemasukan ke IPT 5,271 Biasiswa Khas Program Perubatan UNIMAS 40 Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) 13,550 Skim Bursari BP40 376 JUMLAH BENEFISIARI 22,264 Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 3,176 Pinjaman Pelajaran Luar Negara 94 Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal 1.352 Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Sarawak (HiED) 222 JUMLAH BENEFISIARI 4,844 Biasiswa Program Pertukaran Pelajar 120 Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 25,400 Program HIPERS (High Performing Rural Schools) 56 Program Perkhidmatan Bas Sekolah Percuma 7,228 Inisiatif Kelas Tuisyen Sekolah Menengah 157 English Enhancement Program 79 Program Kerjasama YS-JPNS 25,441 Program KEMASAINS 233 Hadiah Pelajar Cemerlang 1,578 Kecemerlangan Akademik 6 Bantuan Am 47,390 JUMLAH BENEFISIARI 107,688 Insentif Bayaran Balik Pinjaman 912 JUMLAH BENEFISIARI 912 16 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 17 info INFOGRAFIK KEPUASAN PELANGGAN KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN (TAHUN 2022) Untuk info lanjut, sila hubungi [email protected] PENCAPAIAN HASIL KAJIAN METODOLOGI EDARAN BORANG KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN secara dalam talian Maklum Balas daripada 731 ORANG RESPONDEN KAMI MENDENGAR ANDA! Pengurusan Yayasan Sarawak sentiasa peka dan mengambil perhatian sepenuhnya dalam membuat analisis hasil kajian kepuasan pelanggan bagi memastikan kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik pada setiap masa. as at 31 Disember 2022 DATA PENCAPAIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN TAHUN TAHUN 2022 Bulan Jumlah Maklum Balas Skala >2 Suku Tahun Pencapaian Januari 48 43 Februari 62 62 Mac 107 101 April 42 40 Mei 27 27 Jun 48 47 Julai 42 40 Ogos 57 55 September 82 80 Oktober 102 101 November 71 67 Disember 61 57 94.93% 97.44% 96.69% 96.15% 96.13% 4848 6262 107 107 4242 2727 4848 4242 5757 8282 102 102 7171 6161 4343 6262 101 101 4040 2727 4747 4040 5555 8080 101 101 6767 5757 Bulan 0 25 50 75 100 125 Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jumlah Maklum Balas Skala >2 JUMLAH MAKLUM BALAS


18 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 YAB Premier menyerahkan Sijil Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak 2021 kepada Eugenius Then Ji Zuan, pelajar Doktor Perubatan UNIMAS. KOTA SAMARAHAN - Kecemerlangan dalam bidang pendidikan menjadi matlamat utama setiap pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Yayasan Sarawak telah menyediakan anugerah khas untuk memberi pengiktirafan kepada graduan yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam bidang pengajian mereka. Dua pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menerima Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak bagi tahun 2022 yang disampaikan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sarawak ke-26 pada 31 Oktober hingga 3 November 2022 di DeTAR Putra, UNIMAS. Eugenius Then Ji Xuan dari Fakulti Perubatan menerima anugerah bagi kategori Keseluruhan, manakala Nur Aisyah Johari menerima anugerah bagi kategori Bumiputera. Selain itu, dua graduan cemerlang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak turut menerima anugerah tersebut pada Isitiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA ke-95 yang diadakan di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan pada 19 hingga 21 Disember 2022. Penerima anugerah tersebut ialah Amy Michelle Segi, pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran di UiTM bagi kategori Sarjana Muda. Seorang lagi penerima ialah Mohd Nazirul Faiz bin Salleh, pelajar Diploma Penghasilan Herba bagi kategori Diploma. YAB Premier menyerahkan Sijil Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak 2021 kepada Nur Aisha binti Johari, pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) UNIMAS. Amy Michelle Segi, pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM menerima Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak 2021 bersama Pengarah Yayasan Sarawak. Mohd Nazirul Faiz bin Salleh, pelajar Diploma Pengeluaran Herba UiTM menerima Anugerah Graduan Cemerlang Yayasan Sarawak 2021 bersama ibu bapa. INFO PENDIDIKAN YAYASAN SARAWAK SEDIA ANUGERAH KEPADA GRADUAN CEMERLANG DI IPT SARAWAK Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN | AHMAD JUMADI BIN SABANG


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 19 Sesi bergambar kenangan bersama YB Timbalan Menteri dan wakil-wakil penerima. SRI AMAN, 23 Sept 2022 - Satu Majlis Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam bagi kawasan N.32 Simanggang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sri Aman. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Muda II di Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, merangkap N.32 Simanggang, YB Datuk Francis Harden Hollis dan disaksikan oleh wakil pengurusan Yayasan Sarawak, Encik Zamahari bin Saidi. Pada majlis tersebut, sebanyak 13 buah sekolah rendah dan menengah di kawasan N.32 Simanggang telah menerima Baucar Pakaian Seragam bernilai RM200.00 untuk dimanfaatkan oleh para pelajar yang telah dikenal pasti. Bantuan Pakaian Seragam Sekolah tajaan Yayasan Sarawak yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 bermatlamat untuk mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak dan memastikan para pelajar selesa mengikuti sesi persekolahan. Baucar tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan sekolah seperti baju dan seluar sekolah, beg, kasut dan barangan lain. Penyerahan baucar kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah. Penyerahan baucar kepada wakil Pejabat Pendidikan Daerah. YB Timbalan Menteri menyampaikan ucapan kepada yang hadir. INFO PENDIDIKAN MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM BAGI KAWASAN SIMANGGANG Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 19


20 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Sesi bergambar delegasi Yayasan Sarawak dan pelajar Sarawak daripada UUM dan UNIMAP dan Kelab Patriot Chapter Sarawak. KEDAH, 1 DISEMBER 2022 – Satu delegasi daripada Yayasan Sarawak telah mengadakan lawatan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyantuni pelajar-pelajar Sarawak yang melanjutkan pelajaran di sana. Pada sesi lawatan tersebut, sebuah sesi ‘Town Hall’ telah diadakan antara pelajar UUM dan UNIMAP bersama tetamu kehormat, Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli. Pihak Yayasan Sarawak telah disambut baik oleh Kelab Patriot Chapter Sarawak yang diwakili oleh Penasihat kelab tersebut, YBrs Prof. Madya Dr. Abdul Manaf bin Bohari. Sepanjang sesi ‘Town Hall’ tersebut berlangsung, pihak Yayasan Sarawak sempat menyampaikan sumbangan kepada Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM. Pada hari yang sama, rombongan daripada Yayasan Sarawak juga telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM). Satu sesi perbincangan antara delegasi Yayasan Sarawak dan pihak pengurusan UUM telah diadakan di pejabat tersebut. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, dan Timbalan Pengarah Operasi, Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim. INFO PENDIDIKAN DELEGASI YAYASAN SARAWAK ADAKAN LAWATAN KE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI YBhg Tuan Pengarah memberikan ucapan kepada pelajar Sarawak di UUM dan UNIMAP. Penyerahan sumbangan kepada Kelab Patriot Chapter Sarawak UUM. Merakamkan kenangan bersama Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah. Sesi perbincangan delegasi Yayasan Sarawak bersama pengurusan UUM. Ucapan alu-aluan oleh Penasihat Kelab Patriot Chapter Sarawak, YBrs Prof. Madya Dr. Abdul Manaf bin Bohari.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 21 Sambutan Hari Alumni UiTM. KOTA SAMARAHAN, 19 Dis 2022 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengisytiharkan tarikh 19 Disember sebagai ‘Hari Alumni UiTM’ yang bakal disambut setiap tahun. Tarikh 19 Disember telah dipilih sebagai hari sambutan tersebut berdasarkan tarikh Majlis Konvokesyen UiTM yang pertama iaitu 19 Disember 1964. Untuk pengetahuan, Universiti Teknologi MARA dahulunya dikenali sebagai Dewan Latihan RIDA sebelum diambil alih oleh Bahagian Latihan MARA. Pengisytiharan Hari Alumni UiTM telah dibuat oleh Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd. Janor bersempena dengan Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di UiTM Kota Samarahan. Pengisytiharan sambutan ini merupakan satu tanda penghargaan kepada para alumni UiTM yang menjadi pemangkin kepada kelestarian pembangunan ekosistem universiti mampan. Pada hari tersebut, Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli turut hadir sebagai salah seorang alumni UiTM. Dengan adanya sambutan Hari Alumni UiTM ini, interaksi antara para alumni UiTM akan dapat diperkukuhkan seterusnya menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih akrab serta aktif. Peranan para alumni amat penting sebagai pemangkin kecemerlangan dari satu generasi dengan generasi yang lain. Sesi foto bersama pengurusan UiTM. Pengisytiharan Sambutan Hari Alumni UiTM. Alumni UiTM turut hadir meriahkan majlis konvokesyen. INFO PENDIDIKAN PENGISYTIHARAN SAMBUTAN HARI ALUMNI UiTM Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN


22 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Peserta Perkampungan merakam kenangan bersama YBhg Tuan Pengarah selepas majlis perasmian. Yayasan Sarawak telah menganjurkan Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak yang diadakan pada 3 sehingga 9 September yang lalu kepada semua pelajar di bawah tajaan Program Pertukaran Pelajar, Program HIPERS dan juga kepada anak kakitangan dengan jumlah yang terhad. Objektif program ini adalah sebagai wacana untuk membina keyakinan dan keazaman diri para pelajar supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan dapat mengukuhkan hubungan profesional dan rangkaian dalam kalangan para pelajar. Selain itu, program ini merupakan latihan tahunan yang berbentuk kepimpinan, pembinaan semangat berpasukan dan menambah ilmu pengetahuan terutama dalam proses pembangunan kemahiran insaniah para pelajar. Program tersebut telah diadakan di dua lokasi iaitu Zon Sarawak dan Zon Semenanjung. Satu majlis penutupan rasmi Program Perkampungan Pelajar Yayasan Sarawak oleh YBrs Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak telah diadakan Pejabat Yayasan Sarawak Cawangan Kuala Lumpur pada 8 September 2022 yang dihadiri. Di Kuching, majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Yayasan Sarawak, Encik Louis Simon Peter bertempat di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak. INFO PENDIDIKAN PROGRAM PERKAMPUNGAN PELAJAR YAYASAN SARAWAK Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN | AHMAD JUMADI BIN SABANG Sesi bergambar YBhg Tuan Pengarah bersama para pelajar pertukaran tajaan Yayasan Sarawak. Penyampaian hadiah kepada juara kumpulan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah Pendidikan semasa Majlis Penutupan Rasmi Program Perkampungan Pelajar. Para peserta sedang mengadakan aktviti ‘team building’ di Sumiran Eco Park. Para peserta turut diberi kemudahan menggunakan ESports Lab CENTEXS. Pelajar Zon Semanjung adakan perkampungan di kem Modal Insan Agrotourism Homestay, Melaka


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 23 INFO PENDIDIKAN Yayasan Sarawak sekali lagi telah berjaya menganjurkan satu program mega selepas Ekspo Pendidikan yang diadakan secara serentak pada awal bulan Jun lepas. Untuk Program Hari Kerjaya dan Pendidikan ini, Yayasan Sarawak terus kekal bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah di setiap bahagian bagi sama-sama menjayakan program yang berskala besar dan melibatkan ramai golongan lapisan masyarakat. Program ini memfokuskan mod kerjaya menerusi ceramah yang disampaikan oleh pegawai-pegawai Yayasan Sarawak yang terpilih ke seluruh daerah. Objektifnya adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada audien sasaran khususnya para pelajar sekolah untuk terus berusaha menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran. Pihak penganjur yang dilantik adalah Pejabat Pendidikan Daerah di setiap bahagian dan dana program disalurkan oleh Yayasan Sarawak bagi memastikan keperluan program terjamin dan dapat memberikan impak yang besar kepada pembangunan masyarakat. YAYASAN SARAWAK DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH ANJUR HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN SELURUH SARAWAK Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY 28/09/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Sri Aman di Restoran Eden, Sri Aman. 20/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong. 28/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Meradong di Dewan Masyarakat Bintangor, Meradong. 29/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Lundu di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Lundu. 13/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Song di Dewan Sri Kenyalang SMK Song. 22/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Lawas di Dewan SJK (C) Chung Hwa Lawas. 29/10/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Sarikei di Dewan Sentral Sarikei. 01/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Tatau/Sebauh di Dewan Tatau.


24 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 INFO PENDIDIKAN 02/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Bintulu di Dinner World Restaurant, Bintulu. 12/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Dalat di SJK Yak Tee Oya Square, Dalat. 17/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Selangau di SJK Tong Ah Selangau. 24/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Simunjan di Dewan Sri Gemilang, SMK Simunjan No. 1. 29/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Bau di Dewan Suarah Bau. 11/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Belagad serta Hari Terbuka PIBG SMK Belaga di Dewan SMK Belaga. 14/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Samarahan di Institut Perguruan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan. 23/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Mukah di Dewan Suarah Mukah. 26/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Daro di Dewan Masyarakat Daro. 30/11/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Limbang di Dewan Suarah Limbang.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 25 INFO PENDIDIKAN 02/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Baram di Dewan Suarah Marudi, Baram. 03/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Kuching di SJK (C) Chung Hua No. 4, Kuching. 08/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Padawan di Tingkat 2, Kuching Central. 10/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Miri di Imperial Mall, Miri. 03/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Kanowit di Dewan Pejabat Daerah Kanowit. 06/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Serian di Dewan Masyarakat Serian. 08/12/2022 : Hari Kerjaya dan Pendidikan anjuran PPD Subis di Dewan Masyarakat Bekenu, Subis.


26 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 06-09/9/2022 : Lawatan Sambil Belajar SK Nanga Machan di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. 14/12/2022 : Lawatan Sambil Belajar SMK Kanowit, Sibu di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. INFO PENDIDIKAN Pada bulan September sehingga Disember 2022, pelbagai siri lawatan sambil belajar ke Yayasan Sarawak daripada pelbagai sekolah telah berlangsung. Lawatan tersebut diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru mengenai program serta bantuan yang disediakan oleh pihak Yayasan Sarawak kepada mereka. Kebanyakan pihak sekolah yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Yayasan Sarawak ini merupakan sekolah yang berada di kawasan luar bandar. Lawatan ini sekali gus menjadi satu usaha Yayasan Sarawak bagi menyampaikan maklumat kepada mereka yang menghadapi isu-isu berkaitan dengan lokasi mereka, jaringan internet, medium penyampaian maklumat, dan sebagainya. Isu sedemikian boleh menyebabkan mereka ketinggalan dan tercicir daripada mendapatkan maklumat yang penting. Para pelajar disambut oleh kakitangan Yayasan Sarawak dan menerima taklimat mengenai program dan bantuan Yayasan Sarawak daripada para pegawai atasan Yayasan Sarawak. Diharapkan para pelajar yang telah menyertai lawatan sambil belajar ini akan dapat menerima info yang dapat membantu mereka untuk melanjutkan pengajian pada masa akan datang. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE YAYASAN SARAWAK BERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR DAN GURU Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN 15/11/2022 : Lawatan Sambil Belajar SK Kalok, Betong di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. 13/12/2022 : Lawatan Sambil Belajar SK Sg Durin, Sibu di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak. Kuala Lumpur, 05-07/12/2022 : Lawatan Sambil Belajar dan penginapan rombongan SK Perpat, Saratok di Pejabat & Asrama Yayasan Sarawak Kuala Lumpur 22/12/2022 : Lawatan Sambil Belajar SMK Julau No.2, Sarikei di Wisma Adenan, Yayasan Sarawak.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 27 INFO PENDIDIKAN Sepanjang bulan September hingga Disember 2022, Yayasan Sarawak telah menerima banyak jemputan daripada pelbagai pihak untuk mengadakan pameran pendidikan. Setiap jemputan tersebut telah direalisasikan oleh Yayasan Sarawak demi kebaikan anak-anak Sarawak sendiri. Tujuan pameran pendidikan tersebut diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat secara langsung dan telus kepada para pelajar di samping dapat membantu mereka untuk memilih hala tuju selepas menamatkan zaman persekolahan. Melalui pameran pendidikan ini juga, penyampaikan maklumat berkaitan dengan program dan bantuan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak kepada para pelajar dapat dilaksanakan. Jemputan pameran ini diadakan bukan sahaja di sekitar Kuching, malah dijalankan di daerah seperti Mukah, Sibu, Sri Aman, Serian, dan juga di Kuala Lumpur. JEMPUTAN PAMERAN PENDIDIKAN DIREALISASIKAN UNTUK PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA PELAJAR DAN MASYARAKAT Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN 30/09/2022 : Pameran Hari Kerjaya Sekolah Kebangsaan Melugu, Sri Aman. 26/10/2022 : Pameran Penutupan Bulan Akademik SMK Taee, Serian. 31/10/2022 : Program Kecemerlangan Murid Tingkatan 6 Zon Sarawak JPNS di Raia Hotel, Kuching. 15/10/2022 : Pameran Lan Berambeh Anak Sarawak di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. 09-11/9/2022 : Pameran Pesta Benak di Tebingan Sungai Sri Aman. 22/09-02/10/2022 : Pameran Agensi Pesta Tasik Biru di Tasik Biru Resort City Food Village, Bau. 29/10/2022 : Pameran sempena Yayasan Petronas STEM School Adoption Program SMK Santubong di Dewan Sri Santubong, SMK Santubong. 20/12/2022 : Pameran Program Hari TVET Kolej Komuniti Kuching 2022 di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya, Kuching. 09-10/9/2022 : Pameran Hari Kerjaya Politeknik Mukah. 16-17/9/2022 : DTTAS Education Fair, Sibu di Dewan Komuniti Sibu Jaya.


28 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 19/09/2022 : Jemputan Taklimat sempena N51 Bukit Assek Educational Incentive Award di SMK Methodist, Sibu. Yayasan Sarawak terus mengekalkan komitmennya bagi membantu anak-anak Sarawak untuk memahami hala tuju yang ada selepas tamat persekolahan. Taklimat kesedaran pendidikan yang diberikan oleh Pegawai Yayasan Sarawak, dapat memberi pendedahan tahap pemahaman mereka khususnya para pelajar terhadap peluang-peluang pendidikan yang ada. Selain itu, penerangan berkaitan dengan bantuan-bantuan pendidikan yang terdapat di Yayasan Sarawak turut menjadi agenda untuk memudahkan para pelajar membuat perancangan dan persiapan selepas alam persekolah untuk melanjutkan pengajian ke menara gading. INFO PENDIDIKAN TAKLIMAT KESEDARAN PENDIDIKAN TINGKAT KEFAHAMAN HALA TUJU PENDIDIKAN PARA PELAJAR Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN | AHMAD JUMADI BIN SABANG 03/12/2022 : Sesi Taklimat Kesedaran Pendidikan di SK Mata Parang, Kota Samarahan. 24/09/2022 : Sesi Taklimat sempena National Undergraduates Fellowship 2022 di Dewan Pejabat SUPP, Kuching. 06/12/2022 : Sesi Ceramah Kesedaran Pendidikan di SK Gayu, Padawan. 29/11/2022 : Jemputan Taklimat sempena Program Kesedaran Pendidikan di SMK Chung Hua Serian. 10/11/2022 : Jemputan Taklimat sempena Program Kesedaran Pendidikan di SK Cardinal Vaughan, Song. 03/12/2022 : Jemputan Taklimat sempena Program Kesedaran & Hari Terbuka SMK Serian.


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 29 INFO PENDIDIKAN INFO PENDIDIKAN LAWAS, 22 Okt 2022 - Satu sesi lawatan pemantauan HIPERS ke dua sekolah di bahagian zon utara telah berjaya dilaksanakan bertempat di SMK Trusan dan SK Ulu Merapok. Rombongan dari Yayasan Sarawak diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa dan Program Bantuan, Encik Zamahari bin Saidi dan diiringi oleh Penolong Pengarah Seksyen Program dan Bantuan, Encik Mahathir bin Mohamad dan seorang lagi sekretariat HIPERS dari seksyen yang sama, Encik Mohamad Hafizi bin Talhah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan maklumat program HIPERS yang telah dikemaskini, semakan dokumentasi selain mengadakan beberapa sesi perbincangan serta perkongsian bagi cadangan penambahbaikan program. Maklum balas daripada pihak sekolah amat memberangsangkan dengan sumber maklumat yang diberikan oleh pegawai Yayasan Sarawak yang terlibat. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Sarawak di atas geran serta sokongan yang telah diberikan selama ini dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan anak-anak Sarawak khususnya di bahagian Lawas. KUCHING, 26 Nov 2022 - Satu majlis perasmian Program HIPERS bagi pra kemasukan pelajar tahun 6 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Buntal. SK Buntal telah diletakkan di bawah program HIPERS sebagai usaha bagi meningkatkan prestasi sekolah tersebut menjadi sekolah berprestasi tinggi. Majlis perasmian tersebut telah dihadiri oleh Encik Zamahari bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Biasiswa, Program dan Bantuan. Upacara perasmian program tersebut juga dihadiri oleh ibu bapa dan para pelajar yang bakal melangkah ke Tahun 6 pada sesi persekolahan yang baru pada tahun depan. Sebahagian daripada pelajar dan ibubapa yang hadir ke majlis. PERASMIAN PROGRAM HIPERS PRA KEMASUKAN TAHUN 6 SK BUNTAL Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN LAWATAN PEMANTAUAN HIPERS DI SMK TRUSAN DAN SK ULU MERAPOK Disediakan oleh: JEFFERY UNDI ANTHONY Merakamkan kenangan bersama Guru dan Penyelaras HIPERS di SK Ulu Merapok. Merakamkan kenangan bersama pihak sekolah. Pegawai Yayasan Sarawak mendengar taklimat daripada guru HIPERS SMK Trusan.


30 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 YB Setiausaha Kerajaan Sarawak merasmikan Larian Kesihatan. KUCHING, 4 Dis 2022 - Majlis Kebajikan dan Sukan AnggotaAnggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak telah menganjurkan Program Larian Kesihatan yang bertempat di Dataran Dewan Undangan Negeri Sarawak (Lama). Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan serta memberi kesedaran terhadap manfaat kegiatan kecergasan dan rekreasi dalam kalangan penjawat awam, seiring dengan slogan “Badan Sihat, Mental Cergas, Produktiviti Meningkat”. Oleh itu, Yayasan Sarawak telah dijemput dan menghantar 11 orang peserta ke program Larian Kesihatan MAKSAK Sarawak 2022 ini. Larian ini telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan selain wakil-wakil dari setiap agensi. Larian ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Haji Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak. Sesi bergambar peserta larian Sesi senamrobik. INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN LARIAN KESIHATAN MAKSAK SARAWAK 2022 Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI Wakil Yayasan Sarawak. 30 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 31 YBhg Tuan Pengarah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada Puan Denner. WISMA ADENAN, 19 Dis 2022 - Puan Denner Anak Ata merupakan seorang Pegawai Khidmat Pelanggan di Seksyen Pengurusan Hartanah, Projek dan Fasiliti di Yayasan Sarawak dan telah berkhidmat selama 28 Tahun 4 bulan. Oleh itu, sempena persaraan beliau, Kelab Yayasan Sarawak telah mengadakan Majlis Lambaian Kasih bertempat di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak. Semua kakitangan Yayasan Sarawak telah dijemput hadir. YBrs Tuan Haji Mersal bin Abang Rosli, Pengarah Yayasan Sarawak telah dijemput untuk menyempurnakan majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Yayasan Sarawak dan seterusnya penyampaian sijil penghargaan oleh YBrs Tuan Pengarah kepada Puan Denner serta penyampaian cenderahati daripada Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak, Encik Jolly bin Marikan Sebelum majlis selesai, warga kerja yang hadir turut berkesempatan bergambar kenangan bersama Puan Denner. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tercinta. Puan Denner anak Ata memberi sepatah dua kata ucapan persaraan. Penyampaian cenderahati kenangan daripada Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak. Sesi bergambar kenangan Puan Denner anak Ata bersama warga Yayasan Sarawak. MAJLIS LAMBAIAN KASIH PERSARAAN PUAN DENNER ANAK ATA Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 31


32 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Kejohanan mendapat sambutan yang luar jangkaan. WISMA ADENAN, 17 Dis 2022 - Yayasan Sarawak bersama Persatuan Catur Sarawak telah menganjurkan Rapid Open Chess Tournament 2022 di Dewan Jamilah Yayasan Sarawak, Kuching. Pertandingan catur yang diadakan ini berformat rapid, iaitu setiap peserta diberikan tempoh masa yang terhad selama 15 minit untuk membuat gerakan. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat usia dan tidak terhad dalam satu kategori sahaja. Wakil daripada Yayasan Sarawak turut menyertai pertandingan ini. Kejohanan catur terbuka ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Antara tumpuan dalam pertandingan tersebut ialah peserta cilik yang tidak ketinggalan merebut peluang untuk turut serta bertanding pada hari tersebut. Para peserta sedang fokus pada perlawanan. Wakil Yayasan Sarawak turut serta dalam kejohanan. INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN YAYASAN SARAWAK RAPID OPEN CHESS TOURNAMENT 2022 Disediakan oleh: ZUBIR HARISH BIN SABANI Peserta cilik tidak ketinggalan merebut peluang sertai pertandingan. 32 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 33 21-22/10/2022 : Encik Ismallia Bohari daripada Yayasan Sarawak sertai Pasukan Sarawak ke Kejohanan Dam Aji anjuran MAKSAK Terengganu bertempat di Perkarangan Muzium Terengganu. Ahli kelab Yayasan Sarawak giat melakukan persediaan bagi menghadapi Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri se-Malaysia (PESAYA) ke-14 yang bakal berlangsung di Kuching pada 10 Februari sehingga 19 Februari 2023 nanti. Bagi mempersiapkan diri mereka menghadapi temasya sukan tersebut, para ahli kelab giat aktif menyertai beberapa kejohanan sukan. Antara kejohanan sukan yang disertai ialah Liga Boling Trio serta mengadakan beberapa perlawanan persahabatan dengan pasukan luar seperti acara karom dengan pasukan MAKSAK Sarawak. Selain itu, ahli kelab juga terlibat dengan MAKSAK ‘Indoor Game’ bagi acara sukan Dart. Untuk sukan rakyat, ahli Kelab Yayasan Sarawak, Encik Ismallia bin Bohari telah dipilih mewakili pasukan Sarawak ke Kejohanan Dam Aji anjuran MAKSAK Terengganu. Penyertaan kejohanan sukan dan perlawanan persahabatan ini dilakukan untuk melihat sejauh manakah kemampuan ahli kelab dalam sukan yang disertai selain menjadikannya sebagai penanda aras prestasi semasa mereka. 09-11/9/2022 : MAKSAK ‘Indoor Game’ Acara Sukan Dart di Riverside Shopping Complex, Kuching. 06/12/2022 : Pasukan YS A di Kedudukan Ke-2 Liga Boling Trio bertempat di Megalane Sarawak, E-Mart Batu Kawa, Kuching. 17/12/2022 : Perlawanan Karom Persahabatan Bersama Pasukan MAKSAK Sarawak bertempat di Lobi Aras 1 Wisma Adenan Yayasan Sarawak, Kuching. AHLI KELAB AKTIF SERTAI ACARA SUKAN BAGI PERSIAPAN KE SUKAN PESAYA KE-14 DI SARAWAK Disediakan oleh: MUHAMMAD FAKHRUL IKRAM BIN SAMAN | AHMAD JUMADI BIN SABANG INFO SUKAN, RIADAH & KEBAJIKAN OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 33


34 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 30/09/2022 : Sambutan Hari Jadi kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak. 08/09/2022 : Kunjungan Hormat Association of Chartered Certified Accountants (ACCA). 20/09/2022 : Delegasi Yayasan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) adakan perbincangan bersama Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu. 26/09/2022 : Kunjungan Hormat Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Samarahan. 24/11/2022 : Kunjungan Hormat daripada Kolej Matrikulasi Sarawak. 19/10/2022 : Penyerahan Kek Hari Jadi Kepada YBhg Dato Sri Gramong Juna, Ahli Lembaga Amanah Yayasan Sarawak. 12/09/2022 : Sesi Mesyuarat bersama RHB Bank. 23/09/2022 : Delegasi Yayasan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) adakan mesyuarat bersama Akademi Laut Malaysia Melaka. 26/09 & 08/12/2022 : Sesi Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak Edisi 7 & 8 2022. 19/12/2022 : Sesi Mesyuarat Panel Pengurusan Sumber Manusia Yayasan Sarawak. GALERI FOTO


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 35 12/09/2022 : Sesi Mesyuarat bersama Lim Kok Wing University. 13/12/2022 : Kunjungan Hormat dan Taklimat Program UKM Bangi bersama Pengurusan Yayasan Sarawak. 20-27/09/2022 : Sesi Temuduga calon yang layak untuk tawaran Biasiswa Yayasan Sarawak (YBSTAR & BYSTT). 25/11/2022 : Sesi Taklimat ‘Apple Education Ecosystem’ bersama Anak Syarikat. 15/12/2022 : Sesi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan PESAYA XIV, Kuching di Bilik Mesyuarat Alamanda, Wisma Adenan, Kuching. 14/11/2022 : Sesi Mesyuarat Program Kolaborasi bersama Jabatan Tanah Dan Survei Serta UiTM Samarahan. 15/12/2022 : Sesi Perjumpaan bersama Curtin University Malaysia. 21/09/2022 : Sesi Perjumpaan Bersama Leadership Institute. 13/12/2022 : Sesi Mesyuarat ‘Online’ Bersama Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP). 15/09/2022 : Pelajar Praktikal Seksyen Pengurusan Data Dan Komunikasi Awam Tamat Latihan GALERI FOTO


36 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022


OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 37 DIREKTORI YAYASAN SARAWAK ANAK SYARIKAT WISMA ADENAN JALAN SULTAN TENGAH PETRA JAYA, 93050 KUCHING. +6082 441686 +6082 440023 +6017 7001971 (ysCARE) [email protected] www.yayasansarawak.org.my KUCHING KUALA LUMPUR LONDON LOKASI KAMI BIASISWA +6082 441686 samb. 105 PEMBIAYAAN PENDIDIKAN +6082 441686 samb. 101 +6019 8151686 (Pinjaman) PROGRAM & BANTUAN +6082 441686 samb. 104 BAYARAN BALIK +6082 441686 samb. 102 +6013 803 1158 AKAUN +082 441686 samb. 201 KORPORAT +082 441686 samb. 309 PENGURUSAN PRESTASI & KUALITI +082 441686 samb. 314 AUDIT DALAM & PEMATUHAN +082 441686 samb. 315 TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENGURUSAN SISTEM +082 441686 samb. 317 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA / UNIT INTEGRITI +082 441686 samb. 293 PENGURUSAN HARTANAH, PROJEK & FASILITI +082 441686 samb. 216 PENTADBIRAN, ASET & PEROLEHAN +082 441686 samb. 341 PELABURAN +082 441686 samb. 204 PENGURUSAN DATA & KOMUNIKASI AWAM +082 441686 samb. 313 +6017 700 1971 PENGURUSAN RISIKO +082 441686 samb. 103 PEJABAT PERHUBUNGAN KUALA LUMPUR +603 42650619 +603 42661972 RUMAH YAYASAN SARAWAK LONDON ++44 2088 300165


38 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022 Sanjung Etika Sdn Bhd (SESB) ditubuhkan pada 31 Mac 1997 dan merupakan anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak. Kegiatan utama perniagaan adalah operasi perkayuan, pembangunan dan pengurusan harta tanah serta kontraktor perkhidmatan am. Pada tahun 2002, SESB dilantik secara khusus untuk menguruskan harta tanah dan premis Yayasan Sarawak. Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, Kuching Jalan Rock, Batu Lintang, Kuching Jalan Padungan, Kuching Jalan Bulatan Piasau, Miri Ariva Gateway, Jalan Bukit Mata, Kuching Jalan Pinang Jawa, Gita, Kuching Unisquare, Kota Samarahan Jalan Bangkita, Limbang Samariang Square, Jalan Sultan Tengah, Kuching Demak Laut Commercial Centre, Kuching Jalan Club, Sri Aman Tabuan Jaya, Kuching Jalan Airport Lama, Kapit Jalan Sommerville, Bintulu Tel: 082-432157 | Faks: 082-432171 http://sesb.org.my/ Untuk maklumat, sila hubungi: FARALIZA: 017-8135779 (HP) AMIR: 016-8846491 (HP) Premis Sewaan Yayasan Sarawak mengikut lokasi: PREMIS SEWAAN YAYASAN SARAWAK 38 OUTREACH | EDISI SEPTEMBER - DISEMBER 2022


PUSAT PEMBELAJARAN DAN LATIHAN KAMI CURTIN UNIVERSITY MALAYSIA Postal Address CDT 250, 98009 Miri, Sarawak, Malaysia. https://www.curtin.edu.my/ SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS Jalan Simpang Tiga, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://www.swinburne.edu.my/ UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK (UTS) No. 1, Jalan Universiti, 96000 Sibu, Sarawak, Malaysia. https://www.ucts.edu.my/ CENTRE FOR TECHNOLOGY EXCELLENCE SARAWAK (CENTEXS) Jalan Sultan Tengah, Rampangi Santubong, Sarawak, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://www.centex-sarawak.my/ PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) Jalan Canna, Off Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://ppks.edu.my/ss/ SARAWAK CENTRE OF PERFORMANCE EXCELLENCE (SCOPE) Bangunan Yayasan Sarawak, Jalan Masjid, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia. https://www.scope.net.my/ YAYASAN SARAWAK INTERNATIONAL SECONDARY SCHOOLS (YSISS) Lot 449,Jalan Casuarina, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.


www.yayasansarawak.org.my KUCHING.KUALA LUMPUR.LONDON Imbas untuk Koleksi Penerbitan Yayasan Sarawak


Click to View FlipBook Version