The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yayasan Sarawak, 2021-12-13 22:34:10

2021 OUTREACH 1st Edition (Jan-Apr)

Outreach 2021 Jan-Apr Edition

Yayasan Sarawak

Visi

Untuk menjadi yayasan bertaraf dunia dalam membangun modal
insan yang berkualiti di Sarawak.

Misi

Beriltizam untuk memacu pembangunan modal insan yang berkualiti
untuk Sarawak melalui bantuan dan sokongan yang berkesan.

Nilai-Nilai Teras

• Berintegriti
• Berhemah dan Prihatin
• Profesionalisma
• Sikap Bersegera dan Kepunyaan
• Semangat Berpasukan
• Berorientasikan Pencapaian

KANDUNGAN

Dari Meja Pengarah ................................................................................................................................................................... 4
Dari Meja Ketua Editor .............................................................................................................................................................. 5

BERITA UTAMA 6
Majlis Perjumpaan Khas YAB Perdana Menteri Malaysia Bersama Penjawat Awam Negeri Dan Persekutuan Di Sarawak ... 7
RM30 Juta Bantu Anak Sarawak Bayar Pinjaman PTPTN ....................................................................................................... 8
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Petronesa Sdn Bhd Dan Sanjung Etika Sdn Bhd .......................................................... 9
Yayasan Sarawak Turut Serta Lawatan Amal Bersama YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah .................................................

info KORPORAT 10
Sidang Media Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak .................................................................................... 11
Perancangan Dan Persiapan Penerbitan Buku 50 Tahun Yayasan Sarawak ........................................................................... 12
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 ......................................................................................................... 13
Sesi Perbincangan Data Risiko Taska Tadika Yayasanku Sayang ............................................................................................ 14
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Yayasan Sarawak ............................................................................................ 15
Sesi Perjumpaan Pengurusan Bersama Pelatih Gets 4.0 Scope .............................................................................................. 16
Kumpulan Pengurusan Menganjurkan Perhimpunan Bulanan Yayasan Sarawak .................................................................... 17
Yayasan Sarawak Anjur Bengkel Balanced Scorecard System (SCS Scorecard) .................................................................... 18
Bengkel Pemurnian Prosedur MS ISO 9001:2015 Yayasan Sarawak .................................................................................... 19
Kursus Asas Masakan Untuk Kakitangan Yayasan Sarawak ....................................................................................................

INFOGRAFIK 20
Jumlah Penajaan & Perbelanjaan Benefisiari Yayasan Sarawak (Januari - April 2021) ........................................................... 21
Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Yayasan Sarawak (Januari - April 2021) ..........................................................................

info PENDIDIKAN 22
Graduan Cemerlang Terima Anugerah Industri Yayasan Sarawak ........................................................................................... 23
Sesi Perjumpaan Pengarah Yayasan Sarawak Bersama Kakitangan Bahagian Pendidikan ................................................... 24
Sesi Temuduga Biasiswa Khas Program Perubatan UNIMAS .................................................................................................. 25
Malam Apresiasi Pelajar Tingkatan 5 Kohort 2020 Tajaan Yayasan Sarawak .......................................................................... 26
Edaran Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2021 Ke Pejabat Residen Dipercepatkan ............................................... 27
Yayasan Sarawak Sediakan Pinjaman Latihan Teknikal Di Kolej SATT ....................................................................................

info REKREASI & KEBAJIKAN 28
Yayasan Sarawak Hulur Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran .......................................................................................... 29
Persatuan Penderma Darah Sarawak (PPDS) Terima Sumbangan Yayasan Sarawak ............................................................ 30
The Salvation Army Terima Sumbangan Prihatin Kelab Yayasan Sarawak Untuk Bencana Kebakaran .................................. 31
Kelab Yayasan Sarawak Salur Sumbangan Kepada Mangsa Banjir ........................................................................................ 32
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab Yayasan Sarawak Ke-17 ..............................................................................................

GALERI FOTO .......................................................................................................................................................................... 33-35
TESTEMONI PELANGGAN ...................................................................................................................................................... 36
PUSAT PEMBELAJARAN ........................................................................................................................................................ 37
PREMIS SEWAAN YAYASAN SARAWAK ............................................................................................................................... 38
DIREKTORI YAYASAN SARAWAK .......................................................................................................................................... 39

DARI MEJA PENGARAH

Yayasan Sarawak

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
Saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan limpah
kurnia dan inayahNya maka penerbitan Outreach edisi kali ini dapat kita siapkan dengan jayanya.
Pada masa sekarang, pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberikan kesan kepada kehidupan
harian kita. Ianya juga telah merubah cara kita bekerja untuk memberikan sumbangan kepada para pelanggan kita.
Namun begitu, melalui usaha-usaha berterusan kerajaan untuk mengekang penularan wabak ini, negara kita
mampu membendungnya daripada menjadi semakin parah. Dan di pihak Yayasan Sarawak, kita masih mampu
untuk menghulurkan perkhidmatan kepada semua pelanggan kita di sepanjang masa. Pengamalan norma baharu
dalam membendung penularan wabak Covid-19 tidak akan menemui kejayaan sekiranya tidak dilaksanakan
dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi atas kejayaan menerbitkan Outreach pada kali ini.
Semua program, aktiviti dan gambar yang kita rakam ketika menyalurkan perkhidmatan semasa pandemik Covid-19
ini merupakan rujukan dalam sejarah ketika kita menjayakan agenda pendidikan negara bagi melahirkan generasi
masyarakat yang gemilang dan cemerlang pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
HAJI AZMI BIN HAJI BUJANG
Pengarah Yayasan Sarawak

BERSATU BERUSAHA BERBAKTI
AN HONOUR TO SERVE

PEMANGKIN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

4 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

DARI MEJA KETUA EDITOR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan Outreach edisi
Januari-April 2021 yang merupakan terbitan yang ke-12 sejak tahun
2017.

Edisi kali ini kita memaparkan pelbagai program dan aktiviti yang
telah dilaksanakan khusus untuk rakyat Sarawak meskipun kita
masih lagi di dalam fasa Pelan Pemulihan Negara menempuh
cabaran wabak Covid-19. Namun, ini bukanlah suatu penghalang
bagi Yayasan Sarawak untuk merealisasikan program-program yang
telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Bermula dengan pemberian Insentif 30% Bayaran Balik Pinjaman KETUA EDITOR
Pelajaran untuk anak Sarawak yang menggunakan pinjaman dari Suryani binti Abdul Hamid
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Yayasan
Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk
dimanfaatkan kepada 8,973 orang pelajar bagi fasa pertama ini.
Insentif yang berbentuk “One-Off” ini akan terus disalurkan pada masa
akan datang kepada pelajar yang layak menepati syarat sepertimana
yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri.

Yayasan Sarawak juga telah mengambil langkah bijak di musim EDITOR PEMBACA PRUF
pandemik ini dalam menyalurkan bantuan pendidikan kepada seluruh Watson Chunggat Leornard Doo Randy Alexon anak Rozaiman
rakyat Sarawak yang berkelayakan seperti terma dan syarat melalui
Bantuan Baucar Pakaian Seragam dengan menyerahkan baucar
tersebut kepada setiap Pejabat Pendidikan Daerah untuk diberikan
kepada para pelajar yang telah dikenalpasti tanpa penganjuran majlis
bersemuka seperti sebelum ini.

Yayasan Sarawak juga tetap kekal menghulurkan bantuan kepada
mangsa-mangsa kebakaran dan banjir di beberapa daerah seperti
Pejabat The Salvation Army, Kampung Bintawa, Kampung Sudat dan
Kampung Desa Sejijak baru-baru ini, di mana Yayasan Sarawak telah
memberikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka di
saat getir.

Kami berharap kandungan berita di dalam edisi kali ini dapat memenuhi JURUFOTO / GRAFIK / PENULIS PENULIS / PEN. JURUFOTO
aspirasi semua pihak untuk kami di Yayasan Sarawak mewujudkan Ahmad Jumadi bin Sabang Jeffery Undi anak Anthony
sistem penyampaian perkhidmatan dan maklumat secara konsisten,
cepat dan berkesan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan edisi
Outreach kali ini. terutamanya kepada sidang redaksi yang sentiasa
peka dan berusaha untuk memuatkan penulisan meskipun kini dalam
keadaan “Bekerja Dari Rumah”.

Jumpa lagi di edisi akan datang.

STAY SAFE, STAY VIGILANT, STAY HEALTHY

SURYANI BINTI ABDUL HAMID PEN. JURUFOTO PEN. PEMBACA PRUF
Ketua Editor Mohammad Nizam Awang Buang Fytmacklyn anak Sudy

SEKALUNG BUDI Terima kasih atas sumbangan penulisan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan penerbitan majalah

OUTREACH kali ini. Sebarang cadangan penambahbaikan serta sumbangan artikel boleh diemel ke [email protected].

TERBITAN Seksyen Komunikasi Awam (SKAS), Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya 93050 Kuching, Sarawak. 5

+60 82 441 686 (t) | +60 82 440 023 (f) | +6017 700 1971 (ysCARE) | www.yayasansarawak.org.my | [email protected]
OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

BERITA UTAMA

YAB Perdana Menteri memberi ucapan melalui sidang video kepada Sidang video ucapan YAB Perdana Menteri telah disiarkan kepada
Penjawat Awam Negeri & Persekutuan di Sarawak. semua agensi negeri & persekutuan di Sarawak.

Sebilangan kakitangan hadir untuk mendengar amanat YAB Perdana Majlis Perjumpaan Khas YAB Perdana Menteri bersama Penjawat
Menteri semasa Majlis Perjumpaan Khas. Awam Negeri & Persekutuan di Sarawak.

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA BERSAMA
PENJAWAT AWAM NEGERI DAN PERSEKUTUAN DI SARAWAK

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 1 April 2021 - Majlis Perjumpaan Khas Penjawat Awam Negeri Sarawak Bersama YAB Tan Sri Dato’
Muhyiddin Yassin diadakan di Waterfront Hotel Kuching sempena lawatan kerja rasmi dua hari ke Sarawak.

Pada majlis tersebut, seramai 100 orang warga kerja yang diketuai oleh YBrs Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang,
Pengarah Yayasan Sarawak telah hadir ke Auditorium Yayasan Sarawak untuk menyaksikan siaran secara langsung
majlis tersebut yang turut dihadiri oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan di seluruh Sarawak.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri, beliau berharap sektor awam dapat terus memainkan peranan sebagai
pemudah cara dalam mempermudahkan urusan masyarakat. Penggunaan teknologi semasa pasca COVID-19
sudah pastinya dapat memberi nilai tambah terhadap penyampaian perkhidmatan. Beliau juga mengatakan bahawa
penjawat awam mesti menjalankan tugas mereka dengan amanah berdasarkan prinsip integriti yang tidak harus
dikompromi kerana ia merupakan penanda aras keyakinan rakyat terhadap sektor awam.

Pada akhir ucapan, beliau menyeru agar penjawat awam dapat memanfaatkan teknologi digital dalam penyampaian
perkhidmatan dan beriltizam serta komited supaya segala inisiatif dan aspirasi kerajaan dalam pemerkasaan sektor
awam dapat diterjemahkan ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 demi kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua
Menteri Sarawak dalam ucapan beliau berkata, Kerajaan Sarawak amat menghargai sumbangan, pengorbanan
dan komitmen penjawat awam negeri dan persekutuan yang memainkan peranan penting dalam membantu
merealisasikan visi Sarawak untuk menjadi negeri maju menjelang tahun 2030.

6 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

BERITA UTAMA

KERAJAAN NEGERI BAYAR PTPTN RM30 JUTA, BANTU ANAK SARAWAK
BAYAR PINJAMAN

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 5 Mac 2021 - Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan Sarawak dengan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwakili oleh YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang,
Pengarah Yayasan Sarawak sementara PTPTN diwakili oleh Ketua Eksekutifnya, Encik Ahmad Dasuki bin Abdul
Majid bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia.

Atas inisiatif YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua
Menteri Sarawak selaku Pengerusi Yayasan Sarawak mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan
RM30 juta untuk membantu membayar balik pinjaman pelajar Sarawak dengan PTPTN.

Beliau berikhtiar untuk membantu meringankan beban graduan untuk membayar balik pinjaman dan beliau telah
memutuskan untuk melantik Yayasan Sarawak bekerjasama dengan PTPTN dalam menyelesaikan masalah
tersebut.

Kerjasama antara Yayasan Sarawak dan PTPTN dalam menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman untuk anak-
anak Sarawak yang berjaya dalam pengajian tetapi menghadapi masalah dengan pembayaran balik pinjaman
dapat meringankan beban hutang mereka, kata beliau.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, di bawah inisiatif tersebut, pelajar yang layak menerima bantuan itu adalah
mereka yang sudah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman dan akan berpandukan kepada
proses Yayasan Sarawak kerana mereka mempunyai pengalaman, iaitu mereka juga turut menyediakan pinjaman
kepada pelajar kita, kata beliau.

Sementara itu, Encik Ahmad Dasuki berkata, Sarawak adalah satu-satunya kerajaan negeri yang mengambil
langkah menyediakan peruntukan untuk membantu pelajar menyelesaikan hutang pinjaman. Inisiatif kerajaan
Sarawak harus dipuji dan menjadi contoh kepada negeri lain dalam membantu rakyatnya membayar baki hutang
pinjaman PTPTN yang masih ada. Usaha ini juga tepat pada masanya ketika pendapatan rakyat terjejas akibat
penularan pandemik COVID-19.

Tuan Haji Azmi menyerahkan cek berjumlah RM30 juta kepada Encik Sesi pertukaran Memorandum Persefahaman antara Yayasan

Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif PTPTN. Sarawak & PTPTN disaksikan oleh YAB Ketua Menteri.

YAB Ketua Menteri memberi taklimat kepada media mengenai Inisiatif Tuan Haji Azmi memberi penerangan ringkas kepada YAB Ketua
Bantuan Pembayaran Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Menteri & Ketua Eksekutif PTPTN sebelum acara dimulakan.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 7

BERITA UTAMA

Penyerahan cek pembayaran zakat dari Petronesa Sdn Bhd kepada YAB Ketua Menteri menjadi saksi penyerahan Sanjung Etika Sdn Bhd
Baitulmal Sarawak disaksikan oleh YAB Ketua Menteri. kepada Baitulmal Sarawak.

Bacaan akad pembayaran zakat oleh Pengerusi syarikat, YBhg Dato Pembacaan doa kesyukuran dipimpin oleh Baitulmal Sarawak
Sri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki yang dipimpin oleh YDP Majlis selepas majlis penyerahan zakat.
Islam Sarawak, YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN PETRONESA
DAN SANJUNG ETIKA SDN BHD

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 6 Januari 2021 – YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji
Openg telah menyaksikan majlis ringkas penyerahan zakat perniagaan bagi tahun berakhir Disember 2020 dari
anak syarikat Yayasan Sarawak iaitu Petronesa dan Sanjung Etika Sdn Bhd kepada Tabung Baitulmal Sarawak
yang berlangsung di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching.

Majlis tersebut dimulakan dengan lafaz akad dan diikuti dengan penyerahan cek yang disampaikan oleh
Pengerusinya, YBhg Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki kepada Yang di-Pertua Majlis Islam Sarawak,
YBhg Datu Haji Misnu bin Haji Taha sebagai wakil Tabung Baitulmal Sarawak.

Zakat perniagaan Petronesa bagi tahun berakhir Disember 2020 berjumlah RM405,500.00 sementara zakat
perniagaan untuk Sanjung Etika Sdn Bhd bagi tahun berakhir Disember 2020 berjumlah RM22,046.52.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Sarawak YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang dan Pengurus Besar Tabung
Baitulmal Sarawak YBhg Datu Haji Abang Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie serta ahli lembaga kedua syarikat.

8 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

BERITA UTAMA

YAYASAN SARAWAK TURUT SERTA LAWATAN AMAL BERSAMA YB DATO SRI HAJAH
FATIMAH ABDULLAH

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 13 Mac 2021 - Yayasan Sarawak bersama beberapa agensi dan NGO telah menerima jemputan
daripada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Kanak-kanak untuk mengadakan lawatan amal bersama rombongan beliau.

Semasa sesi lawatan, para rombongan tersebut telah mengunjungi seorang pelajar Sekolah Rendah Tahun 4 yang
berhenti sekolah untuk menjaga ibu tirinya yang buta dan juga mengalami banyak masalah kesihatan yang lain dan
tidak dapat mengurus dirinya dengan baik.

Dalam lawatan tersebut, beberapa organisasi yang hadir juga menyampaikan sumbangan seperti barangan
persekolahan dan keperluan dari Jabatan Kebajikan Negeri, Yayasan Sarawak dan Tabung Baitulmal Sarawak.

Hope Place Kuching menyampaikan wang tunai berjumlah RM2,000 yang diperoleh dari pensyarah Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kelab Pemilik Sibu 4X4 menyumbang RM10,000 dengan jumlah yang akan
dikeluarkan sebanyak RM500 setiap bulan untuk sewa dan pengangkutan hospitalnya.

Pada masa yang sama, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah mengatakan bahawa sesiapa yang berminat untuk
membantu keluarga tersebut harus melalui Jabatan Kebajikan Negeri untuk memastikan bantuan sampai kepada
mereka, dan penderma tidak menghadapi penipuan.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Puan Noriah Ahmad dan Encik Zamahari bin
Haji Saidi yang mewakili Yayasan Sarawak.

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah dan rakan-rakan NGO yang lain Encik Zamahari Haji Saidi yang mewakili Yayasan Sarawak turut
bersama murid & ibunya yang mendapat bantuan. hadir atas undangan YB Menteri.

YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah merakamkan kenangan bersama Encik Zamahari bersama dengan agensi dan NGO mengambil
agensi & NGO yang hadir untuk lawatan amal bersamanya. kesempatan untuk mengadakan perbincangan ringkas semasa sesi
lawatan dengan YB Menteri.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 9

info KORPORAT

Tuan Haji Azmi memberi taklimat kepada media mengenai insentif Turut hadir ke sidang media Encik Yussuf Chik, Pengurus Besar
daripada kerajaan negeri untuk disalurkan secara tepat kepada PTPTN Negeri Sarawak.
masyarakat.

Sesi soal jawab dengan wartawan selepas sidang media bersama Pihak media yang hadir memberi perhatian semasa sidang media

Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang. dari Pengarah Yayasan Sarawak.

SIDANG MEDIA INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK SARAWAK

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

WISMA ADENAN, 20 Januari 2021 - Satu sidang media mengenai Insentif Pembayaran Balik Pinjaman PTPTN
Anak Sarawak telah diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci
berkaitan dengan inisiatif Kerajaan Sarawak kepada peminjam PTPTN Anak Sarawak.

Peminjam yang telah melunaskan 30 peratus pinjaman PTPTN layak menerima insentif dari Kerajaan Sarawak
untuk menyelesaikan 30 peratus pinjaman mereka.

Pengarah Yayasan Sarawak, YBhg Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang berkata insentif yang menelan belanja RM30
juta, akan memanfaatkan sejumlah 9,643 peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak. Sementara itu, pelajar
yang belum mencapai pembayaran sekurang-kurangnya 30 peratus diminta membayar balik pinjaman mereka
untuk menikmati insentif ini.

Insentif ini hanya layak untuk pelajar yang telah membayar sekurang-kurangnya 30 peratus pinjaman dan Yayasan
Sarawak akan membayar 30 peratus dari baki pinjaman mereka. Kata beliau, kerajaan negeri melalui Yayasan
Sarawak telah menyetujui formula yang digunakan untuk membantu menyelesaikan pinjaman pelajar Sarawak
dari PTPTN. Insentif ini telah dimulakan dan peminjam diminta untuk menghubungi PTPTN untuk mengetahui baki
pinjaman mereka.

Beliau menambah bahawa Yayasan Sarawak juga menawarkan insentif berdasarkan formula yang sama kepada
pelajar di bawah Skim Biasiswa Pinjaman Pelajaran Dalam Negara Yayasan Sarawak. Seramai 3,715 pelajar di
bawah skim ini layak menerima dengan peruntukan sekitar RM6 juta.

Bagi peminjam Skim Biasiswa Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak, permohonan boleh dibuat secara bertulis
dan pada masa yang sama menasihati peminjam yang layak menerima insentif untuk meneruskan pembayaran
baki pinjaman mereka.

Terdahulu, semasa sesi dialog dengan pelajar di Program Lan Berambeh 2019 di Kuala Lumpur, YAB Datuk
Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg mengatakan bahawa Kerajaan
Sarawak akan mencari kaedah terbaik untuk membantu anak-anak Sarawak membayar baki tunggakan pinjaman
PTPTN mereka.

10 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info KORPORAT

PERANCANGAN DAN PERSIAPAN PENERBITAN BUKU 50 TAHUN YAYASAN SARAWAK

Disediakan oleh: Watson Chunggat Leornard Doo

WISMA ADENAN - Sebuah buku khas akan diterbitkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50
penubuhan Yayasan Sarawak tahun ini. Mesyuarat pertama Jawatankuasa Penerbitan Buku 50 Tahun diadakan
pada 18 Februari 2021 dan dipengerusikan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) yang
bertempat di Bilik Alamanda, Tingkat 3, Wisma Adenan.

Sementara itu, pada 3 Mac 2021, mesyuarat kedua diadakan di tempat yang sama dan dipengerusikan oleh Tuan
Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak secara maya bersama beliau. Kedua-dua pertemuan itu
membincangkan pelbagai persiapan yang berkaitan dengan penyiapan buku.

Walaupun banyak aktiviti bersama pihak berkepentingan dirancang, sebahagian aktiviti telah diadakan secara
sederhana dan juga akan diadakan sekiranya SOP semasa memungkinkan penganjuran suatu aktiviti pada waktu
yang ditentukan.

Tuan Haji Azmi meneliti & menyemak kandungan draf buku oleh Pegawai kanan hadir memberikan komitmen & idea semasa sesi

Jawatankuasa Penerbitan Buku. perbincangan.

Mesyuarat Penerbitan Buku kali kedua diadakan secara maya Sebahagian daripada Pegawai Kanan yang hadir ke mesyuarat
bersama Tuan Haji Azmi. tersebut.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 11

info KORPORAT

Encik Mohamad Adzlie, KPP (Pembangunan Organisasi, Strategi, Ahli mesyuarat membincangkan kaedah & tatacara perlaksanaan
Hartanah & Pelaburan) memberi ucapan pembukaan semasa Audit Dalam MS ISO 9001:2015.
mempengerusikan Mesyuarat Pembukaan Audit.

Juruaudit menjalankan audit dengan pegawai yang terlibat. Pegawai yang terlibat akan diaudit berdasarkan projek berkaitan
dengan ISO.

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT DALAM MS ISO 9001:2015

Disediakan oleh: Watson Chunggat Leornard Doo

WISMA ADENAN - Mesyuarat pembukaan Audit Dalam MS ISO 9001:2015 untuk tahun ini telah diadakan pada 9
Februari 2021 di Bilik Alamanda, Wisma Adenan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan
Organisasi, Strategi, Hartanah dan Pelaburan) sebagai Wakil Pengurusan MS ISO 9001:2015 Yayasan Sarawak.

Mesyuarat telah membincangkan pelaksanaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 yang akan dijalankan oleh
Pasukan Juruaudit Dalam MS ISO 9001: 2015 dari 15 Februari hingga 2 Mac 2021.

12 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info KORPORAT

SESI PERBINCANGAN DATA RISIKO TASKA TADIKA YAYASANKU SAYANG

Disediakan oleh: Azalina binti Ali Omar

WISMA ADENAN - Taska Tadika Yayasanku Sayang (TTYS) yang berada di bawah pengawasan Seksyen
Pengurusan Sumber Manusia adalah salah satu inisiatif kebajikan sosial Yayasan Sarawak melalui kemudahan
penjagaan untuk anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak dan ia dapat menampung sejumlah 42 kanak-kanak.

Oleh itu, untuk memastikan keselamatan dan keperluan kanak-kanak di TTYS diambil tindakan yang sewajarnya,
maka perbincangan antara Seksyen Pengurusan Risiko dengan Guru Besar TTYS telah diadakan pada 1 Mac
2021.

Antara intipati perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pelaburan dan Hartanah),
Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim adalah mengenal pasti pelan tindakan untuk menangani potensi risiko yang
telah dikenal pasti.

Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, KPP (Pelaburan & Hartanah) Puan Azlina selaku Pegawai Pengurusan Risiko memberikan
mempengerusikan sesi perbincangan untuk Data Risiko Taska Tadika penerangan semasa sesi perbincangan tersebut.
Yayasanku Sayang.

Perbincangan melibatkan risiko yang perlu diberi perhatian untuk Turut hadir adalah Cikgu Siti Noorlis selaku Guru Besar Taska Tadika
pelajar semasa pandemik. Yayasanku Sayang.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 13

info KORPORAT

Puan Suryani binti Abdul Hamid, KPP (Khidmat Korporat, Pengurusan Ahli mesyuarat meliputi pegawai dari seksyen-seksyen yang
Risiko & Perolehan) mempengerusikan JK Pengurusan Aduan menerima aduan kes.
Yayasan Sarawak.

Salah seorang ahli mesyuarat yang turut hadir ke mesyuarat JK Sebahagian pegawai yang turut hadir ke mesyuarat JK Pengurusan
Pengurusan Aduan. Aduan.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN ADUAN YAYASAN SARAWAK

Disediakan oleh: Jeffery Undi Anthony

WISMA ADENAN, 16 Mac 2021 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aduan Yayasan Sarawak telah
diadakan di Bilik Mesyuarat Alamanda dan dipengerusikan oleh Puan Suryani binti Abdul Hamid, Ketua Penolong
Pengarah (Perkhidmatan Korporat, Pengurusan Risiko dan Perolehan) dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan
Aduan Yayasan Sarawak.

Mesyuarat berkala ini adalah mesyuarat ke-3 sejak penubuhannya pada tahun 2020. Ahli jawatankuasa yang
dijemput adalah dalam kalangan pegawai dari bidang pendidikan, juruaudit, pengurusan risiko, komunikasi korporat,
pengurusan prestasi dan kualiti.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan laporan aduan yang diterima pada tahun 2020 dan bulan semasa.
Seperti dalam mesyuarat sebelumnya, terdapat lima aspek utama yang diambil kira sebagai ukuran untuk
menentukan peratusan tahap kepuasan pelanggan termasuk perkhidmatan yang ditawarkan, tempoh masa maklum
balas, kemudahan yang disediakan, tahap keberkesanan dan layanan yang diberikan.

Pencapaian tahap kepuasan pelanggan tahun lalu menunjukkan peratusan yang memuaskan sebanyak 95%
secara keseluruhan. Ini berdasarkan skala Likert 3 hingga 5 bintang yang diberikan oleh pelanggan yang pernah
berurusan dengan kaunter dan perkhidmatan dalam talian.

Inti perjumpaan kali ini banyak membincangkan mengenai pendedahan kaedah baharu yang perlu diterapkan
dalam pengurusan jawatankuasa ini sebagai langkah mengurangkan jumlah kes aduan yang diterima. Ini sangat
penting untuk memastikan keberkesanan sistem penyampaian yang lebih efektif kepada pengguna pada masa
akan datang.

14 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info KORPORAT

SESI PERJUMPAAN PENGURUSAN BERSAMA PELATIH GETS 4.0 SCOPE

Disediakan oleh: Rajanah Jasmin binti Abu Bakar

WISMA ADENAN - Pada 26 Februari, pelatih GETS mengadakan sesi perjumpaan dengan Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Perolehan, Puan Suryani untuk membincangkan kerja harian dan projek
mereka. Mesyuarat dihadiri oleh kesemua enam pelatih di Bilik Mesyuarat Orkid, Wisma Adenan.

GETS atau Graduate Enhancement Training Sarawak adalah program untuk menyediakan peluang pekerjaan
dan latihan kepada graduan baru, terutama warga Sarawak. Yayasan Sarawak telah menerima 3 kohort pelatih
GETS dari tahun 2019 hingga sekarang. Jumlah satu kohort merangkumi enam hingga sepuluh pelatih. Pelatih
GETS kohort 3 kini berasal dari pelbagai latar belakang pembelajaran seperti pengurusan korporat, bahasa,
sains komputer, sains sosial, dan pentadbiran. Mereka ditempatkan di bahagian atau seksyen yang berbeza iaitu
Bahagian Pentadbiran dan Komunikasi, Seksyen Pembiayaan Pendidikan, Seksyen Pembayaran Balik, Seksyen
Aset dan Perolehan, Seksyen Komunikasi Awam dan Seksyen Pengurusan Kualiti dan Prestasi.

Sesi perjumpaan ini adalah untuk memastikan bahawa kedua-dua pihak, Yayasan Sarawak dan pelatih GETS,
memberikan sumbangan yang adil antara satu sama lain. Ini membantu dalam menguruskan kebajikan pelatih
serta kerja harian yang dilakukan dengan hasil yang memuaskan. Puan Suryani juga membuat catatan untuk
memantau dan meningkatkan maklum balas pelatih mengenai persekitaran dan beban kerja mereka.

Perbincangan selanjutnya juga membincangkan mengenai projek yang dijalankan oleh pelatih GETS dari SCOPE
tentang Design Thinking dan projek mega dari Yayasan Sarawak. Design Thinking adalah projek wajib yang
disiapkan oleh semua pelatih GETS untuk lulus dalam program ini. Pengertian serta isi projek diberikan melalui
latihan yang dilalui oleh pelatih semasa mereka mengikuti program ini. Projek mega Yayasan Sarawak adalah kerja
tambahan yang diamanahkan oleh Pengarah Yayasan Sarawak kepada pelatih GETS. Objektif projek ini adalah
untuk membantu organisasi membuat pemerhatian dan kajian mengenai pengetahuan masyarakat mengenai
perkhidmatan yang disediakan oleh Yayasan Sarawak.

Puan Suryani memberi taklimat kepada pelatih Scope GETS 4.0 untuk Sebahagian pelatih GETS 4.0 yang hadir ke mesyuarat.
panduan kepada mereka yang ditempatkan di Yayasan Sarawak.

Pelatih GETS 4.0 diberi latihan tugasan kumpulan untuk tujuan Pelatih Scope GETS 4.0 mendapat bimbingan daripada Puan
menguji kemampuan mengendalikan sesuatu projek. Suryani berkenaan hala tuju latihan mereka.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 15

info KORPORAT

Salah seorang kakitangan menerima cenderahati pengurusan yang Penghayatan bacaan Ikrar Integriti oleh semua kakitangan yang hadir.
disampaikan oleh Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan
Sarawak.

Pembacaan Ikrar Integriti dipimpin oleh Tuan Haji Kasubi bin Haji Senaman ringan yang diketuai oleh Pegawai-pegawai Kanan
Bakir, Pegawai Perhubungan Yayasan Sarawak London yang Yayasan Sarawak.
disiarkan secara maya.

KUMPULAN PENGURUSAN MENGANJURKAN PERHIMPUNAN BULANAN YAYASAN
SARAWAK

Disediakan oleh: Jeffery Undi Anthony

WISMA ADENAN, 30 Mac 2021 - Pengurusan tertinggi Yayasan Sarawak telah menganjurkan Perhimpunan
Bulanan yang diadakan di Auditorium Yayasan Sarawak sebagai acara wajib setiap bulan untuk mendengar amanat
daripada Tuan Pengarah dan melihat semula rangkuman aktiviti dan program yang diadakan pada bulan tersebut.

Istimewanya kali ini, pihak pengurusan sendiri telah tampil sebagai penganjur untuk memeriahkan lagi sesi
perhimpunan pada edisi ini. Sebelumnya, penganjuran ini dikendalikan oleh kakitangan dari setiap seksyen
secara bergilir menggunakan medium yang sama. Tetapi, kali ini pelbagai kaedah baharu telah digunakan seperti
penghayatan Ikrar Integriti secara maya, montaj video yang merangkumi aktiviti yang lebih interaktif dan menarik
serta banyak lagi.

Terdahulu, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak dalam ucapan beliau mengatakan
bahawa penganjuran seperti ini sangat penting dalam organisasi untuk mendorong dan melatih kakitangan dalam
pengurusan acara tanpa mengira pegawai atasan atau kakitangan biasa.

Dalam kemeriahan perhimpunan itu, Prosedur Operasi Standard (SOP) tetap dijaga dalam kalangan kakitangan
yang hadir untuk mengekang penyebaran wabak Covid-19. Terdapat juga kakitangan yang mengikuti perhimpunan
bulanan ini secara maya melalui Google Meet terutama golongan yang berisiko.

16 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info KORPORAT

YAYASAN SARAWAK ANJUR BENGKEL BALANCED SCORECARD SYSTEM (SCS
SCORECARD)

Disediakan oleh: Hajijah binti Morsidi

WISMA ADENAN - Seksyen Pengurusan Prestasi dan Kualiti telah menganjurkan Bengkel Balanced Scorecard
System (SCS Scorecard) pada 15 April 2021 di pejabat Yayasan Sarawak. Bengkel ini bertujuan memberi maklumat
dan latihan kepada pegawai Yayasan Sarawak mengenai sistem SCS Scorecard.

Balanced Scorecard System (SCS Scorecard) adalah sistem pengurusan prestasi yang membolehkan organisasi
menjelaskan visi, misi, strategi dan objektifnya serta menterjemahkannya ke dalam tindakan.

Bengkel ini dijalankan dengan kerjasama SAINS secara maya melalui aplikasi Zoom untuk memberi latihan
langsung kepada kakitangan untuk menggunakan sistem SCS Scorecard. Dalam sesi tersebut, semua pemilik KPI
berpeluang untuk mengemas kini KPI masing-masing.

Semua pemilik KPI membentang objektif strategik, penerangan KPI dan inisiatif yang dirancang untuk tahun
2021 untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan dalam operasi dalaman untuk mencapai
kecemerlangan organisasi.

Sebelum itu, pada 12-14 April 2021, seksyen ini juga menganjurkan Bengkel Balanced Scorecard (BSC) yang
bertujuan memperkukuh pengetahuan dan kemahiran. Sesi perasmian bengkel telah dilancarkan oleh YBrs
Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang, Pengarah Yayasan Sarawak. Semasa sesi perasmian, beliau telah memberikan
bimbingan dan tunjuk ajar kepada pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan Balanced Scorecard (BSC) di Yayasan
Sarawak.

Pegawai yang hadir mendengar taklimat dan panduan daripada Sebahagian pegawai yang menghadiri Taklimat Pembukaan Bengkel
Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Azmi bin Haji Bujang. Balanced Scorecard (BSC).

Sesi bengkel Balanced Scorecard System (SCS Scorecard) yang Pegawai & kakitangan yang hadir memberikan komitmen sepenuhnya
diadakan secara maya dengan SAINS. semasa sesi latihan dan bengkel.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 17

info KORPORAT

Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, KPP (Pelaburan & Hartanah) Pegawai memberi perhatian semasa sesi taklimat diadakan.
mewakili pengurusan Yayasan Sarawak mempengerusikan bengkel.

Sebahagian Pegawai Kanan yang hadir ke bengkel tersebut. Sebahagian Pegawai Kanan yang hadir ke bengkel tersebut.

BENGKEL PEMURNIAN PROSEDUR MS ISO 900:2015 YAYASAN SARAWAK

Disediakan oleh: Watson Chunggat Leornard Doo

WISMA ADENAN - Satu Bengkel Pemurnian Prosedur MS ISO 9001:2015 untuk semua seksyen yang terlibat telah
diadakan pada 3 Mac 2021 di Bilik Orkid, Aras 3, Wisma Adenan. Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat oleh
Encik Mohamad Adzlie bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah (Pelaburan dan Hartanah) mewakili Pengurusan MS
ISO 9001:2015 dan juga bertindak sebagai Fasilitator Bengkel.

Fokus utama bengkel ini adalah untuk memastikan bahawa prosedur kualiti dikemas kini dan memenuhi standard
yang ditetapkan. Di samping itu, ini memberi peluang kepada pegawai yang terlibat untuk melengkapkan
dokumentasi ini secara terancang dan berperingkat.

Beberapa prosedur utama yang terdapat di beberapa seksyen berjaya dimurnikan semasa bengkel ini. Ini juga
merupakan salah satu langkah persiapan Yayasan Sarawak untuk menghadapi audit pada bila-bila masa.

Sebagai rekod, Yayasan Sarawak telah memperolehi sijil MS ISO 9001:2015 pada 7 April 2018 dari badan akreditasi
Intertek Certification International (Malaysia) Sdn Bhd. Pensijilan tersebut telah melibatkan sebanyak tiga puluh
empat (34) prosedur berkaitan dengan pelbagai perkhidmatan yang terdapat di Yayasan Sarawak.

Memandangkan negara masih lagi dilanda pandemik Covid-19, maka pensijilan semula yang sepatutnya
dilaksanakan pada penghujung tahun 2020 telah ditangguhkan oleh badan akreditasi sehingga ke suatu tarikh lain
yang akan dimaklumkan kemudiannya.

18 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info KORPORAT

KURSUS ASAS MASAKAN UNTUK KAKITANGAN YAYASAN SARAWAK

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING - Yayasan Sarawak tidak hanya memberi latihan kepada kakitangan berkaitan dengan pekerjaan mereka
sekarang, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus berdasarkan minat mereka dan
juga sebagai persiapan untuk hari persaraan.

Sejajar dengan itu, Yayasan Sarawak dengan kerjasama Kolej SATT telah menganjurkan Kursus Asas Masakan
untuk kategori Masakan Barat dan Pastri bertempat di Kolej SATT, Jalan Haji Taha, Kuching.

Untuk kumpulan pertama, seramai 23 orang peserta kursus diberi pendedahan dan teknik untuk menyediakan
pelbagai menu masakan barat seperti Spageti, Lasagna dan banyak lagi.

Untuk kumpulan kedua dengan 20 orang peserta, bidang pastri menjadi pilihan dan mereka diberi bimbingan oleh
chef pastri mengenai teknik membuat pizza dan pelbagai jenis roti dengan cara yang betul.

Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula 11 - 12 Januari 2021 dengan bimbingan tenaga pengajar yang
berpengalaman dari Kolej SATT.

Kakitangan menunjukkan hasil masakan yang disediakan untuk Membuat persiapan untuk tugasan jenis masakan yang telah
kategori masakan barat. diberikan.

Kakitangan merasakan hidangan siap. Kakitangan menunjukkan hasil hidangan yang disediakan untuk
kategori pastri.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 19

INFOGRAFIK PENAJAAN
JUMLAH PENAJAAN DAN PERBELANJAAN BENEFISIARI
YAYASAN SARAWAK
(BULAN JANUARI-APRIL 2021)

Pinjaman Tabung Hadiah
Pelajaran Pendidikan Galakan Ke
Yayasan
Sarawak Tinggi IPT
Sarawak
712 729
(HiED)

52

RM15,996,300.00 RM2,185,250.00 RM583,000.00

Biasiswa Yayasan Biasiawa
Tempatan Biasiswa Yayasan
Yayasan Sarawak Tunku Sarawak
Sarawak* Abdul Rahman Tun Taib*
(YBSTAR)*
Di dalam proses Iklan Jun/Julai 21
Iklan Jun/Julai 21
RM596,350.00 RM2,182,306.57
RM1,244,863.14

Biasiswa Khas Program Bayaran
Program Bantuan & Balik
Perubatan Sumbangan
UNIMAS** Pinjaman
54
41 3,563
RM188,620.00
RM20.5 juta RM2,241,712.01

* Jumlah keseluruhan / peruntukan yang dikeluarkan kepada pelajar semasa
** Kelulusan untuk Kohort 4

Sumber: Seksyen Pengurusan Data dan Maklumat

20 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

KAJIAN TAHAP KEPUASAN PELANGGAN
YAYASAN SARAWAK

JANUARI HINGGA APRIL 2021

Maklum Balas daripada

308 ORANG RESPONDEN

KATEGORI METODOLOGI EDARAN BORANG KAJIAN
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 KATEGORI KEPUASAN PELANGGAN

MEMUASKAsNeBcERaPUrAaS HAdTIaSlAaNGmAT BtEaRPUliAaS HnATI
PERKHIDMATAN 2 6 30 74 195 PERKHIDMATAN 1.9% 9.7% 24.0%

MASA MENUNGGU 3 11 34 75 184 MASA MENUNGGU 3.6% 11.0% 24.4%

KEMUDAHAN 3 5 34 80 185 KATEGORI KAJIANKEMUDAHAN1.6%11.0% 26.0%
KADAR EFISIENSI 1 10 31 74 191 3.2% 10.1% 24.0%
LAYANAN 2 7 30 64 204 KADAR EFISIENSI2.3% 9.7% 20.8%
LAYANAN

LAYANAN 2.3% 9.7% 20.8%

KADAR EFISIENSI 3.2% 10.1% 24.0%

KEMUDAHAN 1.6% 11.0% 26.0%

MASA MENUNGGU 3.6% 11.0% 24.4%

PERKHIDMATAN 1.9% 9.7% 24.0%

0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%

MEMUASKAN BERPUAS HATI SANGAT BERPUAS HATI

KAMI MENDENGAR ANDA!

Pengurusan Yayasan Sarawak sentiasa peka
dan mengambil perhatian sepenuhnya
dalam membuat analisis hasil kajian
kepuasan pelanggan bagi memastikan
kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan
ke tahap yang lebih baik pada setiap masa.

Untuk info lanjut, sila hubungi [email protected]

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 21

info PENDIDIKAN

YAB Ketua Menteri menyampaikan sijil kepada salah seorang Penyerahan sijil penghargaan kepada Yayasan Sarawak yang
penerima Anugerah Industri Yayasan Sarawak. diwakili oleh Encik Zahari bin Haji Said.

Jennifer Ng Sing Yee penerima Anugerah Industri Yayasan Sarawak Perasmian Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Sarawak Skills /

& Anugerah Presiden. i-CATS Ke-23 oleh YAB Ketua Menteri Sarawak.

GRADUAN CEMERLANG TERIMA ANUGERAH INDUSTRI YAYASAN SARAWAK

Disediakan oleh: Watson Chunggat Leornard Doo

KUCHING: Jennifer Ng Sing Yee, yang merupakan graduan terbaik untuk program Diploma Pentadbiran Perniagaan,
menerima Anugerah Industri Yayasan Sarawak dan Anugerah Presiden untuk kategori bukan teknikal sempena
Majlis Pengisytiharan Konvokesyen Sarawak Skills / i-Cats ke-23 pada 8 Mac 2021.

Konvokesyen itu, yang dilakukan secara temu janji, berlangsung di Kampus Sarawak Skills dan cawangan i-CATS
Miri di Lutong, Miri. Majlis disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun
Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.

Selain itu, dua (2) penerima anugerah lain adalah Saudari Kitty Jong Feng Ni yang mengambil jurusan Diploma
Kejuruteraan Perisian dan Saudara Mohd Naquyuddin bin Affendi dalam bidang Diploma Kemahiran Malaysia
dalam Pembangunan Produk Elektronik.

Seramai 73 graduan menghadiri majlis tersebut. Turut hadir mewakili Pengarah Yayasan Sarawak, Encik Zamahari
bin Haji Saidi, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pendidikan).

22 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info PENDIDIKAN

SESI PERJUMPAAN PENGARAH YAYASAN SARAWAK BERSAMA KAKITANGAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN

Disediakan oleh: Jeffery Undi Anthony

WISMA ADENAN, 1 April 2021 - Satu Sesi Perjumpaan Khas Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Haji Azmi bin Haji
Bujang dengan 30 kakitangan dari empat seksyen di bawah Bahagian Pendidikan telah diadakan di Auditorium
Yayasan Sarawak.

Antara kakitangan yang dijemput untuk menghadiri perjumpaan tidak formal ini adalah mereka yang menguruskan
biasiswa, pinjaman pelajaran, bayaran balik pinjaman pelajaran serta program dan bantuan yang ditawarkan oleh
Yayasan Sarawak.

Isu yang dibangkitkan adalah kaedah pengurusan yang lebih efisien dalam kecekapan kakitangan untuk menangani
proses permohonan pelajar supaya dapat memendekkan masa maklum balas dan perkembangan kerjasama antara
Yayasan Sarawak dengan agensi luar dalam pengurusan program dan bantuan yang ditawarkan sebelumnya.

Pelbagai penelitian masalah telah dikenal pasti bersama bagi memikirkan kaedah terbaik untuk memberikan
perkhidmatan yang lebih telus dengan melihat kepada aspek keperluan lain dalam pengurusan sedia ada. Ini
sangat penting agar pihak pengurusan atasan lebih peka dengan masalah harian yang dihadapi oleh kakitangan
dalam menjalankan tugas.

Tuan Haji Azmi memberi taklimat dan panduan kepada kakitangan Sebahagian kakitangan yang hadir memberi perhatian terhadap
Bahagian Pendidikan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan saranan Pengarah Yayasan Sarawak.
kepada masyarakat.

Kakitangan pendidikan perlu meningkatkan kualiti perkhidmatan dari Sebahagian kakitangan yang hadir di Sesi Perjumpaan Bersama

semasa ke semasa seperti yang disarankan oleh Tuan Haji Azmi. Pengarah Yayasan Sarawak.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 23

info PENDIDIKAN

Sesi temuduga diadakan secara maya sahaja tanpa calon pelajar Sekretariat temuduga memberikan taklimat dan panduan kepada
perlu hadir secara fizikal. panel temuduga dari pelbagai institusi & agensi.

Ahli panel menemuduga pelajar berdasarkan kepakaran mereka Ahli panel jemputan dipilih berdasarkan prinsip profesional &
masing-masing. kepakaran mereka di institusi & agensi masing-masing.

SESI TEMUDUGA BIASISWA KHAS PROGRAM PERUBATAN UNIMAS

Disediakan oleh: Watson Chunggat Leornard Doo

WISMA ADENAN - Sesi temuduga Biasiswa Khas Program Perubatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
untuk tahun ini telah diadakan pada 23 hingga 25 Mac 2021 di Bilik Orkid, Aras 3, Wisma Adenan.

Sesi temuduga tersebut yang diadakan secara maya dipengerusikan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan
Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak dan disertai oleh ahli panel jemputan pelbagai institusi dan agensi
berdasarkan kemahiran yang berkaitan.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak telah menyediakan peruntukan untuk 40 orang pelajar perubatan setiap
tahun bermula pada tahun 2017 untuk tujuan meningkatkan bilangan doktor di Sarawak.

Program ini adalah salah satu inisiatif awal yang diperkenalkan oleh YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul
Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak dan juga sebagai Pengerusi Lembaga
Amanah Yayasan Sarawak.

Kohort pertama, seramai 40 pelajar yang menerima biasiswa pada tahun 2017 akan berada di tahun terakhir
mereka pada tahun 2021 dan pada tahun 2027, untuk lima kohort seterusnya, program ini diharapkan dapat
menghasilkan 200 doktor perubatan untuk berkhidmat di Sarawak.

24 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info PENDIDIKAN

MALAM APRESIASI PELAJAR TINGKATAN 5 KOHORT 2020
TAJAAN YAYASAN SARAWAK ZON SEMENANJUNG

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUALA LUMPUR - Malam Apresiasi Pelajar Tajaan Yayasan Sarawak telah diadakan pada 22 Mac 2021 bertempat
di Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan pelajar tahun 5 kohort 2020 yang tamat persekolahan di
Semenanjung Malaysia dan kembali ke destinasi masing-masing di Sarawak. Mereka akan menjadi sebahagian
daripada alumni pelajar yang pernah mendapat tajaan Yayasan Sarawak.

Pada majlis tersebut, Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak berkesempatan
untuk menyempurnakan majlis secara maya berikutan SOP pergerakan yang terhad. Namun, majlis berjalan lancar
dan para pelajar dapat memberi perhatian atas amanat yang disampaikan oleh beliau.

Pada akhir majlis, Encik Franklyn Messat anak Kujang, Ketua Cawangan Pejabat Kuala Lumpur telah menyampaikan
cenderahati kenangan daripada Yayasan Sarawak kepada semua pelajar.

Pada kesempatan ini, Yayasan Sarawak ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar. Semoga
anda semua berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan melestarikan impian
anda ke menara gading. Selamat Maju Jaya.

Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Para pelajar menerima cenderahati kenangan daripada Encik
Sarawak menyempurnakan majlis secara maya. Franklyn Messat anak Kujang, Ketua Cawangan Yayasan Sarawak
Kuala Lumpur.

Para pelajar mendengar amanat daripada Timbalan Pengarah Sesi foto pelajar bersama pegawai & kakitangan di pejabat Yayasan
(Pendidikan) Yayasan Sarawak. Sarawak Kuala Lumpur.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 25

info PENDIDIKAN

Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2021 Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2021 kepada
kepada Puan Hayati binti Haji Ali daripada Pejabat Residen Sibu. Puan Haslina binti Kassim daripada Pejabat Residen Betong.

Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2021 Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah 2021
kepada Encik Harun bin Hatta daripada Pejabat Residen Bintulu. kepada Encik Zulkarnain bin Dadu daripada Pejabat Residen Sibu
yang mewakili Pejabat Residen Kapit.

EDARAN BAUCAR BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2021 KE PEJABAT
RESIDEN DIPERCEPATKAN

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

Yayasan Sarawak telah mengedarkan baucar Skim Bantuan Pakaian Seragam Sekolah ke semua Pejabat Residen
di setiap bahagian pada 22 hingga 26 Mac 2021.

Baucar bernilai RM200.00 setiap satu akan diberikan kepada pelajar yang layak melalui sistem e-Kasih untuk
membeli kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan beg di kedai-kedai yang terlibat.

Tujuan pemberian baucar ini adalah untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan
asas untuk persekolahan anak-anak mereka.

Program ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2000 dan diberi penambahbaikan dari tahun ke tahun hingga
pengenalan kepada kaedah sistem baucar. Sistem baucar ini telah berfungsi dengan baik dan dapat mencapai
sasaran yang ditetapkan dan tidak ada lagi menghadapi masalah kualiti dan saiz kepada pelajar.

Sehingga tahun 2020, seramai 519,705 pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini.

26 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info PENDIDIKAN

YAYASAN SARAWAK SEDIAKAN PINJAMAN LATIHAN TEKNIKAL DI KOLEJ SATT

Disediakan oleh: Jeffery Undi anak Anthony

KUCHING - Yayasan Sarawak bersedia memberikan Pinjaman Latihan Teknikal Yayasan Sarawak kepada pelajar
yang ingin melanjutkan pelajaran di Akademi Hospitaliti dan Pelancongan Saujana (Kolej SATT).

Kolej SATT adalah satu-satunya institusi swasta yang diiktiraf di Sarawak yang menawarkan kursus kemahiran
seperti Sijil Seni Kulinari dan Regional Specific Tourist Guide. Kedua-dua kursus yang ditawarkan mempunyai
tahap kemahiran tertentu dalam 6 hingga 8 bulan pengajian.
Kursus Regional Specific Tourist Guide dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) sejak tahun 2013.

Bagi pelajar yang berminat dalam penyediaan makanan dan masakan, Seni Kulinari di Kolej SATT adalah salah
satu yang terbaik. Program ini telah mendapat akreditasi dari JPK dan juga diiktiraf sebagai Sijil Kemahiran Malaysia
(Tahap 2 dan 3).

Pada tahun ini, Seni Kulinari di Kolej SATT telah dianugerahkan 3 bintang oleh JPK sendiri sebagai pengiktirafan
atas usaha kolej membina asas kemahiran peribadi yang baik untuk pelajar menempa kerjaya dalam industri
perhotelan, restoran dan katering khususnya.

Kursus Regional Specific Tourist Guide anjuran Kolej SATT. Pelajar diberi latihan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman
dalam bidang pemandu pelancong.

Kursus Seni Kulinari di SATT College mendapat anugerah 3 bintang Pelajar diberi latihan yang mencukupi sebagai persediaan untuk
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). menempa kerjaya di industri perhotelan, restoran dan katering
khususnya.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 27

info REKREASI & KEBAJIKAN

YAYASAN SARAWAK HULUR SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN

Disediakan oleh: Jeffery Undi Anthony

KUCHING, 15 Februari 2021 - Dua keluarga mangsa kebakaran telah menerima sumbangan dari Yayasan Sarawak
yang disampaikan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak di lokasi
kebakaran. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan sedikit beban bagi menampung sementara keperluan
asas.

Mangsa yang menetap di Kampung Sudat, Jalan Datuk Stephen Yong dan Kampung Desa Sejijak itu hanya tinggal
sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah akibat kebakaran yang menyebabkan kerosakan hampir 100
peratus.

Encik Louis yang tampil untuk memberi sumbangan merakamkan simpati dan juga memberi kata-kata semangat
kepada kedua-dua pihak keluarga bahawa terdapat hikmah di sebalik tragedi yang berlaku ini.

Sumbangan seperti ini juga merupakan salah satu objektif penubuhan Yayasan Sarawak yang termaktub di
dalam Ordinan Yayasan Sarawak, iaitu memberikan sumbangan dan bantuan di dalam keadaan kecemasan atau
malapetaka negara.

Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Rumah mangsa terbakar hampir 100 peratus dengan kerosakan
Sarawak menyerahkan cek kepada mangsa kebakaran di Kampung yang sangat teruk.
Sudat.

Mangsa kebakaran di Kampung Desa Sejijak juga menerima Kawasan rumah telah dibersihkan akibat musnah dalam kebakaran
sumbangan dari Yayasan Sarawak. untuk pembinaan semula rumah yang baharu.

28 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info REKREASI & KEBAJIKAN

Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran
Sarawak menyerahkan cek kepada Pertubuhan Penderma Darah masyarakat sekitar.
Sarawak (PPDS).

Sebilangan Ahli Kelab Yayasan Sarawak yang terlibat dalam Peserta menerima sijil & cenderahati dari pihak penganjur setelah
penganjuran kempen & mengambil bahagian dalam menderma selesai menderma darah.
darah.

PERSATUAN PENDERMA DARAH SARAWAK (PPDS) TERIMA SUMBANGAN YAYASAN
SARAWAK

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

WISMA ADENAN, 20 Februari 2021 - Kempen derma darah yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Petra
Jaya (PKPJ) hari ini berjaya mengumpul 70 orang penderma. Kempen yang diadakan di Dewan Jamilah Yayasan
Sarawak itu diadakan dengan kerjasama Tabung Derma Darah Hospital Umum Sarawak, Pertubuhan Derma Darah
Sarawak, Kelab Yayasan Sarawak dan Biro Wanita Kelab Yayasan Sarawak.

Pada majlis tersebut, Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak telah
menyampaikan sumbangan dari Yayasan Sarawak sebanyak RM3,000.00 kepada Pertubuhan Penderma Darah
Sarawak (PPDS).

Kempen ini dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Timbalan
Pengerusi PKPJ, Dato Dr Munirah Hassan menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.

Hadir bersama adalah Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak, Encik Zamahari bin Haji Saidi
dan Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak, Encik Jolly bin Marikan.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 29

info REKREASI & KEBAJIKAN

THE SALVATION ARMY TERIMA SUMBANGAN PRIHATIN KELAB YAYASAN SARAWAK
UNTUK BENCANA KEBAKARAN

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 8 Februari 2021 - Kelab Yayasan Sarawak telah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan
asas kepada The Salvation Army di pejabat mereka, Jalan Sekama, Kuching.

Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan)
Yayasan Sarawak yang mewakili Kelab Yayasan Sarawak Club.

Sumbangan dalam bentuk ‘one off’ ini diperuntukkan kepada The Salvation Army untuk memudahkan mereka
menyalurkan sumbangan kepada mangsa bencana dengan harapan dapat meringankan beban yang mereka
hadapi.

Dengan kekerapan bencana baru-baru ini, pihak Kelab Yayasan Sarawak merasa simpati dan prihatin serta
berusaha untuk membantu pihak NGO dengan memberikan sokongan dan bantuan dari semasa ke semasa.

Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Encik Louis Simon Peter memberi penerangan ringkas berkaitan
Sarawak menyaksikan penyerahan sumbangan kepada The Salvation dengan Program Prihatin Yayasan Sarawak dengan kerjasama Kelab
Army dari Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak. Yayasan Sarawak.

Perwakilan dari The Salvation Army memberitahu bahawa bantuan Rombongan Kelab Yayasan Sarawak mengagihkan sumbangan
akan segera diserahkan kepada mangsa kebakaran. dalam bentuk keperluan asas.

30 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

info REKREASI & KEBAJIKAN

KELAB YAYASAN SARAWAK SALUR SUMBANGAN PRIHATIN KEPADA MANGSA
BANJIR

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING - Kelab Yayasan Sarawak telah mengadakan misi bantuan segera dengan menyampaikan bantuan
sumbangan prihatin kepada mangsa banjir yang bertempat di Masjid Kampung Bintawa, Jalan Bintawa, Kuching
pada 18 Januari 2021.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Jolly bin Marikan, Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak kepada
wakil penduduk kampung tersebut.

Dalam majlis yang berasingan, ahli-ahli kelab yang terkesan dengan bencana banjir, turut menerima sumbangan
daripada pihak Jawatankuasa Kelab. Bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban
yang dihadapi oleh mereka yang memerlukan di saat yang mencabar ini.

Pada majlis tersebut, Encik Louis Simon Peter, Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Sarawak telah
menyampaikan sumbangan prihatin kepada ahli-ahli kelab. Majlis penyerahan telah diadakan pada 2 Februari
2021 bertempat di Bilik Mesyuarat Alamanda, Wisma Adenan, Kuching.

Encik Louis Simon Peter mewakili Pengurusan Yayasan Sarawak Salah seorang ahli kelab dari anak syarikat menerima sumbangan
menyerahkan sumbangan kepada salah seorang Ahli Kelab Yayasan cek daripada Encik Louis Simon Peter yang mewakili Pengurusan
Sarawak. Yayasan Sarawak.

Encik Jolly bin Marikan, Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak mengetuai Wakil penduduk memberi taklimat ringkas kepada Pengerusi Kelab
rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk Yayasan Sarawak mengenai bencana banjir di kawasan perumahan
yang terjejas akibat banjir. sekitarnya.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 31

info REKREASI & KEBAJIKAN

Encik Jolly Marikan, Pengerusi Kelab Yayasan Sarawak memberikan Sebahagian besar ahli hadir secara maya melalui Google Meet.
ucapan pembukaan untuk memulakan mesyuarat.

Sebilangan kecil 20% ahli yang hadir secara fizikal. Sesi Foto untuk Jawatankuasa Induk Kelab Yayasan Sarawak Sesi
2020/22 selepas mesyuarat.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KELAB YAYASAN SARAWAK KE-17

Disediakan oleh: Ahmad Jumadi bin Sabang

KUCHING, 26 Februari 2021 - Kelab Yayasan Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Kelab
Yayasan Sarawak ke-17 di Auditorium Yayasan Sarawak. Mesyuarat tersebut telah dihadiri secara berdaftar oleh
136 ahlinya. Dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini, hanya 20% ahli yang hadir secara
fizikal dan selebihnya secara maya melalui Google Meet.

Seperti lazimnya, Jawatankuasa Kelab telah melaporkan aktiviti dan program serta perbelanjaan untuk sesi
2018/2020 melalui biro masing-masing. Beberapa cadangan pindaan undang-undang dan perlembagaan juga
dibentangkan untuk makluman semua ahli.

Sejurus selepas semua laporan dibentangkan, Jawatankuasa Kelab 2018/2020 dibubarkan dan Puan Hajijah
binti Morsidi dilantik sebagai Pengerusi sementara untuk mengendalikan proses pemilihan Jawatankuasa Induk
Kelab Yayasan Sarawak Sesi 2020/2022. Usul dari ahli yang hadir bahawa ahli sebelum ini dikekalkan mendapat
sokongan sebulat suara daripada ahli Kelab.

Berikut adalah senarai perlantikan Ahli Jawatankuasa Induk Kelab Yayasan Sarawak bagi Sesi 2020/2022:

1. Encik Jolly bin Marikan - Pengerusi
2. Encik Zulfiqqar Fadhezely bin Randy - Timbalan Pengerusi I
3. Cik Nur Hamizah binti Rakawi - Timbalan Pengerusi II
4. Puan Alina binti Vincent - Setiausaha
5. Puan Haznetta Sarenau Howell - Penolong Setiausaha
6. Puan Nur Shermila binti Chebby - Bendahari
7. Puan Bethsheba Nassa anak Mattson Attang - Penolong Bendahari
8. Puan Hajah Hamsiah binti Mustajir - Biro Wanita
9. Encik Awang Bashiron bin Awang Azmi - Biro Rekreasi
10. Puan Nurul Kartini Abdullah - Biro Kebajikan
11. Encik Randy Alexon anak Rozaiman - Biro Sukan
12. Encik Hafi bin Malaya - Biro Tugas Khas
13. Encik Azizan bin Saperi - Ahli
14. Cik A’isya Munirah binti Rafi - Ahli
15. Puan Siti Asfajarina binti Salleh - Juru Audit Dalam

32 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

GALERI FOTO

25/03/2021 - Lawatan Kerja YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah ke Yayasan Sarawak.

18/01 & 24/02/2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan & Tender 26/02/2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Pendidikan yang dipengerusikan
yang dipengerusikan oleh YBhg Timbalan Pengerusi Lembaga oleh YBhg Datu Dr Sabariah Putit, Ahli Lembaga Amanah Yayasan
Amanah Yayasan Sarawak. Sarawak.

28/01/2021 - YBrs Dr. Norisah Suhaili mengadakan lawatan kerja 8/01/2021 - Sesi Perjumpaan dengan Cik Larissa Ping, bekas Miss
ke Yayasan Sarawak sebagai Pengarah Pelajaran Negeri dan Ahli Malaysia World 2018.

Lembaga Amanah yang baharu.

30/03/2021 - Lawatan kerja Pengarah Yayasan Sarawak ke Sekolah 1 & 6/04/2021 - Sesi Pembentangan Kumpulan Inovatif & Kreatif
Antarabangsa Tunku Putra, Kuching. (KIK) Yayasan Sarawak dengan pihak pengurusan.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 33

GALERI FOTO

7/04/2021 - Mesyuarat Kick-Off Project untuk pembinaan Leadership Institute.

9/04/2021 - Sesi temu ramah Sarawak Media Group (SMG) dengan 12/04/2021 - Sesi Mesyuarat Bahagian Hartanah & Projek.
Pengarah Yayasan Sarawak untuk siaran program di saluran TVS.

18/01/2021 - Mesyuarat Penilaian untuk Penerima Biasiswa Yayasan Januari - April 2021 - Mesyuarat Berkala Jawatankuasa Bantuan &
Sarawak yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Sumbangan Yayasan Sarawak setiap bulan.

Yayasan Sarawak.

3/02/2021 - Sidang Video Entrance Conference untuk Program 3/03/2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Bayaran Balik yang
Pembangunan CENTEXS. dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan

34 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) Sarawak.

GALERI FOTO

22/04/2021 - Sesi Temuduga Biasiswa Yayasan Sarawak diadakan secara maya dengan para calon.

08/02/2021 - Puan Suryani menyampaikan cenderahati Tahun 18/03/2021 - Pengurusan memperketat pemantauan pelaksanaan
Baru Cina kepada salah seorang pesara Yayasan Sarawak SOP Norma Baharu di Yayasan Sarawak dalam membendung
penyebaran Covid -19.
sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka semasa dalam
perkhidmatan.

28/01/2021 - Mesyuarat Penyelarasan Laluan Program Bas Sekolah 23/02/2021 - Sesi audit program-program Centexs & pembinaan
Percuma Kerajaan Sarawak bersama pihak sekolah. kampus di Lundu bertempat di Yayasan Sarawak.

15/04/2021 - Bengkel Balanced Scorecard System (SCS Scorecard) 23/03/2021 - Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal di Seksyen
untuk pegawai kanan yang terlibat. Perundangan & Pematuhan.

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 35

TESTIMONI

36 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

POSTAL ADDRESS CDT 250, 98009 MIRI, SARAWAK. +60 85 63 0100 (T) | +60 85 63 0088 (F)
JALAN SIMPANG TIGA, 93350 KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA. +60 82 415 353 (T) | +60 82 428 353 (F)
NO. 1, JALAN UNIVERSITI, 96000 SIBU, SARAWAK, MALAYSIA. +6084-367300 (T) | +6084-367301 (F) | [email protected] (E)
JALAN SULTAN TENGAH, RAMPANGI SANTUBONG, SARAWAK, 93050 KUCHING. +6082-846408 (T) | +6082-846409 (F)
INSTITUTE CITY CAMPUS (ICC), BANGUNAN YAYASAN SARAWAK, JALAN MASJID, 93400 KUCHING. +6082-231230 (T) | +6082 231506 (F)

PREMIS SEWAAN YAYASAN SARAWAK

Sanjung Etika Sdn Bhd (SESB) ditubuhkan pada 31 Mac 1997 dan merupakan
anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak. Kegiatan utama perniagaan adalah operasi

perkayuan, pembangunan dan pengurusan harta tanah serta kontraktor perkhidmatan am.

Pada tahun 2002, SESB dilantik secara khusus untuk menguruskan harta tanah dan premis

Yayasan Sarawak. Sanjung Etika Sdn Bhd
Premis Sewaan Yayasan Sarawak mengikut lokasi:

Samariang Square, Yayasan Sarawak Building, Wisma Satok, Jalan Rock,
Jalan Sultan Tengah, Kuching Jalan Masjid, Kuching Jalan Satok, Kuching Batu Lintang, Kuching

Ariva Gateway, Jalan Pinang Jawa, Jalan Padungan, Demak Laut Commercial Centre,
Jalan Bukit Mata, Kuching Gita, Kuching Kuching Kuching

Unisquare, Jalan Airport Lama, Jalan Club, Tabuan Jaya,
Kota Samarahan Kapit Sri Aman Kuching

Jalan Bangkita, Jalan Bulatan Piasau, Jalan Sommerville,
Limbang Miri Bintulu

Untuk maklumat, sila hubungi: Tel: 082-432157
Faks: 082-432171
FARALIZA: 017-8135779 (HP) http://sesb.org.my/
AMIR: 016-8846491 (HP)

38 OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR)

DIREKTORI YAYASAN SARAWAK

WISMA ADENAN LOKASI KAMI

JALAN SULTAN TENGAH KUCHING KUALA LUMPUR LONDON
PETRA JAYA, 93050 KUCHING.
+6082 441686
+6082 440023
+6017 7001971 (ysCARE)
[email protected]
www.yayasansarawak.org.my

BIASISWA TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENGURUSAN SISTEM
+6082 441686 samb. 105 +6082 441686 samb. 317
+6019 8879114
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN +6082 441686 samb. 293
+6082 441686 samb. 101
+6019 8151686 (Pinjaman) PENGURUSAN HARTANAH, PROJEK & FASILITI
+6013 8395244 (Teknikal) +6082 441686 samb. 216

PROGRAM & BANTUAN PENGURUSAN DATA & MAKLUMAT
+6082 441686 samb. 104 +6082 441686 samb. 205

BAYARAN BALIK PENTADBIRAN, ASET & PEROLEHAN
+6082 441686 samb. 102 +6082 441686 samb. 341
+6013 803 1158
PELABURAN
KOMUNIKASI AWAM +6082 441686 samb. 204
+6082 441686 samb. 313
+6017 700 1971 PENGURUSAN RISIKO
+6082 441686 samb. 103
AKAUN
+6082 441686 samb. 201 PEJABAT CAWANGAN KUALA LUMPUR
+603 42650619
KORPORAT +603 42661972
+6082 441686 samb. 309
RUMAH YAYASAN SARAWAK LONDON
PENGURUSAN PRESTASI & KUALITI ++44 2088 300165
+6082 441686 samb. 314

AUDIT DALAM & PEMATUHAN
+6082 441686 samb. 315

OUTREACH 2021 (EDISI JAN-APR) 39


Click to View FlipBook Version