DETIK PERPADUAN : AKTIVITI GOTONG ROYONG MEMUPUK
PERPADUAN RAKYAT
NAMA & KOD KURSUS:
MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH:
USTAZAH AS NUURIEN NAJMA BINTI AHMAD
NAMA PELAJAR DAN NO MATRIKS:
1) DEVEEYA A/P SUBPERAMANIAM (33DPE19F2011)
2) SUBASHINI A/P S.GUNASEGARAN (33DPE19F2050)
3) SETHUBATHI A/L SHANMUGAM (33DPE19F2054)
OBJEKTIF:-
MEWUJUDKAN HUBUNGAN SILATURAHIM YANG KUKUH
ANTARA SATU SAMA LAIN
MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA HIDUP DALAM KEADAAN
YANG HARMONI DAN SEJAHTERA
MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA BERSIH DISEBABKAN
ADANYA SIKAP KERJASAMA ANTARA KAUM
MENGENAL PASTI MASALAH AKTIVITI GOTONG ROYONG
SEMAKIN PUDAR MASA KINI
PENGENALAN :-
Istilah gotong royong adalah berasal dari negara Indonesia. Ianya
bermaksud sebuah kerja sama atau bekerja secara kelompok antara
sejumlah warga masyarakat untuk menyelesaikan sesuatu atau
pekerjaan tertentu yang dianggap berguna untuk kepentingan dan
kesejahteraan bersama. Kebiasaanya amalan gotong royong ini
selalunya dapat dilihat di kawasan luar bandar dan jarang untuk
orang-orang bandar mengamalkan amalan ini. Oleh sebab itu,
semangat kejiranan makin pudar untuk mereka yang tinggal di
kawasan bandar.
Selain mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum,
aktiviti gotong-royong turut mendatangkan banyak kebaikan kepada
masyarakat. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang
dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong
menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.
Gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja
bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di
kampung-kampung. Namun begitu, kurang dilakukan dibandar pada
masa kini. Hal ini mungkin juga kerana suasana bandar dimana
penduduk kebanyakannya tidak ambil cakna tentang jiran tetangga
dan kawasan sekitar menyebabkan aktiviti gotong royong sukar
dijalankan. Aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali
dalam masyarakat di negara ini untuk mengeratkan perpaduan di
antara kaum.
Seperti yang sedia maklum, gotong royong merupakan amalan
yang mulia. Kerana ianya adalah satu amalan yang membantu antara
satu sama lain serta merupakan satu amalan yang dapat
memudahkan pekerjaan orang lain. Sekiranya amalan gotong
royong ini dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata
pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".
Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang
mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga
belanjanya akan menjandi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan
beresama-sama. Itu adalah prinsip gotong-royong.
1. MEMPERKUKUHKAN PERPADUAN ANTARA KAUM
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara
pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat
di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus
ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara
kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu
membentuk masyarakat yang kondusif. Contohnya, mereka dapat
berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal ini dilakukan
pastilah akan melahirkan keadaan yang aman.
Benarlah amalan gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli
masyarakat. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan
masyarakat akan terjalin secara langsung atau secara tidak langsung.
Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat
negara kita akan terus aman dan maju.
2. MENGHIDUPKAN SEMANGAT KEJIRANAN
Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan
memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang
kebanyakannya bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga
tidak mempunyai masa untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran
masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran tanpa mengira
perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti
yang sama.
Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam.
Selepas terlaksananya aktiviti ini, kita akan terpanggil untuk membuka
hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat
dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang
akan merasai semangat bersatu padu. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh
diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman,
menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya.
Hal ini demikian kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-
sama. Contohnya, bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan.
Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan meringankan sesuatu kerja.
Tepatlah bahawa amalan gotong-royong membawa banyak kebaikan dan
lebih memperkenalkan ada-adat contohnya adat melayu kepada kaum
yang lain.
3. MEMUPUK SEMANGAT POSITIF DALAM DIRI
Bergotong-royong antara kaum di sekitar kawasan perumahan dapat
membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk nilai
mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan.
Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga
dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang
pelbagai penyakit seperti aedes. Kesannya, kita akan menjadi rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar, masyarakat dan
diri sendiri.
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana
kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim.
“KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN” sudah menjadi
tema kebersihan bagi orang-orang islam sama ada disedari ataupun
tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan
kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti
gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG
Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah
amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat
terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan
secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada
masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu
diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak
menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang
dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan
mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru
tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan
urbanisasi.
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat
penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan
mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan
Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau
secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan
kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil
kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak
memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut.
Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan
sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus
diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh
diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa
dikawasan tempat tinggal.
LAMPIRAN:-
GAMBAR MENUNJUKKAN SEKUMPULAN PENDUDUK BEKERJASAMA
MEMBERSIHKAN KAWASAN TEBIAR DAN MENJADIKANNYA KAWASAN
TANAMAN SAYUR
GAMBAR MENUNJUKKAN PENDUDUK KAMPUNG SEMENYIH BERGOTONG
ROYONG MEMBUAT LONGKANG BAGI MELANCARKAN SISTEM PENGAIRAN
GAMBAR MENUNJUKKAN ADALAH MEMPERKASA SUKARELAWAN
MAHASISWA
GAMBAR MENUNJUKKAN BEKERJASAMA MEMASAK UNTUK
KENDURI
KESIMPULAN :-
Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu
dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi
serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik
yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya
hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih
mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi
lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan
gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu
ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap
anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan
menggalakkan anak-anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-
royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa,
seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang
kelebihan gotong-royong. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa
berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan.
Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah
memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti
gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu
menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping
menjadi cerminan kepada golongan pelajar.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini
mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk
hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi
pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi. Ini kerana amalan ini
perlu disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat
suatu hari kelak.
RUJUKAN:-
https://images.app.goo.gl/6YkT5zzLHKMMXGo18
http://ashshuaraa.blogspot.my/
http://gotongroyongdrm.blogspot.my/2016/10/usaha
-usahamewujudkan-perpaduan-kaum-di.html
https://www.utusan.com.my/berita/2020/09/gotong-
royong-aktiviti-hari-malaysia-warga-seri-pagi-7/
https://www.negeripesona.com/2015/11/5-alasan-
gotong-royong-mulai-ditinggalkan.html