EPILEPSY/ CONVULSION / FEBRILE FITS
JP Nurul Sakina Juhari
DCGN 1/12(2022)-0042
DEFINISI
Epilepsy : Dikenali juga sebagai seizure disorder, satu keadaan yang berlaku diotak dicirikan dengan
sawan berulang dengan mudah dan kejadian tidak dapat ditahan, dikaitkan dengan disjac elektrik oleh
neuron yang abnormal didalam otak.
Konvulsi : serangan kontraksi dan relaksasi otot skeletal berlaku diluar kawal secara tiba-tiba yang
berulang –ulang disebabkan oleh pengeluaran aktiviti elektrik yang abnormal di korteks serebrum .
Febrile fits : Sawan berlaku akibat demam yang tinggi. Biasanya terjadi pada kanak – kanak diantara
umur 6 bulan hingga 5 tahun. Disebabkan jangkitan gastroenteritis, meningoensefalitis, pneumonia,
bronchopneumonia dan lain-lain penyakit.
ETIOLOGI
1. Infeksi seperti meningitis, encephalitis, atau brain abscess
2. Faktor Metabolik : Bahan toksik manganggu metabolisma, pengairan oksigen dan glukos ke
otak dan gangguan ini meyebabkan sawan. Contoh : Hipoglycemia, hypocalcemia dan
pyridoxine deficiency.
Pengambilan alkohol yang berlebihan
3. Faktor Kecederaan atau trauma di kepala terutamanya jika dura meter tertembus. Kecederaan
mungkin disebabkan oleh kemalangan atau semasa proses kelahiran.
4. Faktor Genetik yang abnormal seperti tuberous sclerosis dan phenylketonuria . Latar belakang
keluarga yang pernah mengalami epilepsi samada ibubapa atau adik-beradik.
5. Idiopatik , sawan berlaku tanpa sebab-sebab tertentu dan di kenali sebagai idiopathic epilepsy.
FAKTOR PRADISPOS
EPILEPSY CONVULSION
Fatigue Epilepsy
Demam suhu > 38°c dan serangan penyakit Meningitis
Stress Brain Lesion
Berfikir lebih Head Injury
Gangguan corak tidur Hypertension
Bunyi bising yang melampau Demam >38°c
KLASIFIKASI DAN MANIFESTASI KLINIKAL EPILEPSY
KLASIFIKASI MANIFESTASI KLINIKAL
Gran Mal Epilepsy
Petit Mal Epilepsy • Konvulsi (sentakan) seluruh tubuh.
• hilang kesedaran diri.
Jacksonian Epilepsy • Inkontinen urin dan feses.
• Kerap berlaku pada kanak-kanak
• Pesakit hilang kesedaran selama beberapa saat
• Biasa pesakit akan berhenti melakukan aktiviti yang sedang dilakukan
• Mata terbeliak
• Tiada sawan atau sentakan
• Tidak akan terjatuh ke lantai
• Mungkin berlaku sedikit twitching pada mata / jari
• Berlaku dalam 5 -20 saat
• Pulih dengan sekejap saja dan meneruskan aktiviti seperti biasa, tidak
ingat apa yang terjadi.
• Sawan yang disebabkan oleh kecacatan di dalam otak samada
tumor/jangkitan di otak,dengan manifestasi:
i) Bermula di satu bahagian tubuh,contohnya bermula di tangan kiri
kemudian merebak keseluruh bahagian tubuh kiri.
ii) Pesakit mungkin hilang kesedaran diri.
Temporal Epilepsy Disebabkan kerosakkan di otak temporal. Manifestasinya:
• Pesakit keliru/disorientasi
• ‘Clouding of conciousness’ – keadaaan di mana pesakit berada di
tahap separuh ingatan,tidak ingat ke atas apa yang berlaku keadaan
sekeliling.
• Pesakit melakukan pergerakan automatik seperti mengunyah /
menelan
• Tidak ingat apa yang terjadi apabila sedar.
Status Epilepticus • Sawan yang berterusan sekurang-kurangnya 30 minit.
• Sawan berlaku secara berturut-turut.
• Pesakit tidak sedar diri antara serangan.
• Komplikasi serius dalam epilepsy, Medical emergency
• Serangan sawan berulang mengakibatkan kurang ventilasi dalam
tubuh, cardiac arrhythmias, hyperthermia,acidosis secara sistemik ,
otak menjadi hipoksia yang boleh kecacatan otak kekal.
KLASIFIKASI DAN MANIFESTASI KLINIKAL FEBRILE FIT
KLASIFIKASI SIMPLE FEBRILE FIT COMPLEX FEBRILE FIT
MANIFESTASI • High grade fever > 38°c • Boleh terjadi samaada demam, ini
KLINIKAL • Jangkamasa sawan < 15 disebabkan gangguan metabolisma
seperti:
minit
• Generelized fit - Uremia
• Tidak menganggu IQ dan - Kernicterus
- Acidocis
tahap pemikiran kanak- - Hypoglycemia
kanak • Jangka masa sawan tidak menentu
(berlaku bila- bila masa)
Apabila “Electro Encephalo
• Sawan kadang-kadang berlaku fokal fit
Gram” dipasang, ia tidak atau generalized fit
menunjukkan impulse elektrik yang
luar biasa diotak.
PERINGKAT- PERINGKAT SAWAN
PERINGKAT AURA Peringkat amaran atau sesuatu perasaan dirasai oleh pesakit sebelum
sawan berlaku seperti perasaan tidak senang.
Nampak seakan cahaya kilat, terdengar bunyi, pening kepala atau kebas
anggota.
PERINGKAT TONIK Pesakit mengalami epileptic city dan jatuh dalam keadaan tidak sedarkan
(30-40 Saat) diri.
Jeritan nyaring yang disebabkan oleh otot-otot menjadi kejang dan kaku.
Tangan membengkok, manakala kakinya melurus.
Eyeball rolling up.
Pernafasan terhenti dan sianosis.
PERINGKAT KLONIK Otot-otot mula mengucup dan mengendur secara berselang-
(1-3 minit) seli,mengakibatkan pergerakkan yang tersentak-sentak.
“Twitching” berlaku pada kening,bibir,tangan dan kaki.
Pesakit mula bernafas tetapi cetek,mengeluarkan air liur ‘berbuih’
(mungkin mempunyai kesan darah akibat tergigit lidah semasa sentakan
otot berlaku).
Pesakit mungkin terkencing / terbuang air besar
PERINGKAT TIDUR / Semua sentakan otot terhenti.
KESEMBUHAN / POSTICTAL Pesakit akan tidur 1-2 jam atau lebih.
STUPOR Apabila terjaga, kadang-kadang menjadi agresif, tidak ingat kejadian
semasa sawan.
PENYIASATAN DIAGNOSTIK
1. Sejarah pesakit : Cara kelahiran,mula-mula mendapat serangan, corak dan ciri sawan.
2. Ujian Darah
• BUSE- untuk mengesan gangguan metabolic seperti uraemia yang merupakan salah satu punca
epilepsi.
• Glukos dalam darah-paras glukos yang rendah menyebabkan hipoglisemia
3. X- Ray skull untuk mengesan ‘lesion’ atau kecederaan di otak
4. EEG (electroencephalogram) sejenis pemeriksaan dengan bantuan peralatan elektrik,ia
menggambarkan aktiviti elektrik otak seseorang.Bagi manusia normal,EEG boleh merakam
aktiviti otak mengikut perubahan pergerakan seperti berdiam diri,tidur atau bermimpi.
* Tujuan : mengenalpasti tempat discaj aliran elektrik bermula,rebakan dan menentukan jenis
epilepsi.Penyakit epilepsi yang berlainan,jadi pemeriksaan EEG amat berkesan untuk mengesan
dan mengenalpasti penyakit itu.EEG dilakukan dengan mengumpul aktiviti elektrik pesakit dan
kemudian disalurkan kepada alat perakam.
5. CT Scan Untuk melihat struktur otak/ mengesan tumour di otak atau stroke
6. Lumbar puncture untuk Pemeriksaan CSF – mengesan jangkitan/ tumor di otak
7. Ventriculogram (Pemeriksaan x-ray) di ventricle otak untuk mengesan tumour.
PENGURUSAN SEMASA SAWAN
Tujuan – mengawal sawan dan mengelakkan kecederaan.
1. Melapangkan salur pernafasan.
• Posisi lateral untuk memudahkan pengaliran sekresi.
• Longgarkan pakaian di leher, dada dan pinggang.
• Masukkan artificial airway.
• Lakukan sedutan prn.
• Berikan oksigen melalui nasal prong/ mask 2-4 liter mengikut arahan doktor.
2. Mengelak kecederaan
• Rawat pesakit dalam katil berpagar.
• Susun bantal disekeliling pagar katil.
• Letak bantal dihujung kepala katil – untuk elak kecederaan semasa serangan.
• Elak menahan gerakan untuk elak cedera.
• Jauhkan alat-alat tajam,gelas atau botol panas.
• Berada disisi pesakit semasa serangan untuk menentukan keselamatan pesakit.
3. Pemerhatian
• Sawan – Waktu berlaku, jangkamasa, tempoh, bahagian yang terlibat dan jangkamasa
kehilangan kesedaran diri.
• Warna kulit.
• Incontinence urin/feses.
• Kelakuan selepas serangan – tidur, agresif.
• Catat dalam fit chart
• Tanda vital – SPO2, pernafasan, nadi, tekanan darah ,suhu dan tahap kesedaran.
4. Rekod kesemua pemerhatian dan keputusan.
• Carta sawan
• Carta tanda vital
• Carta medikasi
5. Ubatan IV atau IM
i. Anticonvulsant – valium 10 mg slow bolus
Tujuan – untuk meredakan serangan, merehatkan otot dan menenangkan pesakit
Jika masih tidak reda – Iv valium melalui infusi
ii. IV phenytoin sodium-300 mg diberi bersama valium untuk serangan teruk.
Tujuan - menghalang ledakan aktiviti letrik yang berlebihan melalui neuron.
PENGURUSAN LANJUT
1. Kebersihan – Tukar cadar dan baju pesakit,bersihkan pesakit sekiranya berlaku incontinence
urine, bowel atau terdapat discaj dari mulut.
2. Rehat – Beri keselesaan dan elakkan bunyi bising.
3. Pemerhatian tanda vital – Ambil setiap 4 jam.
4. Ubatan Anticonvulsant seperti preskripsi doctor. Seperti :
i) Dilantin 100 mg – 200 mg
ii) luminal (Phenobarbitone) 30 – 50 mg tds oral
iii) Tegretol (carbamazepine) : 200 mg tds – oral (Sesuai untuk temporal lobe epilepsy)
iv) iv. Epilim (sodium valprate): 200 mg tds oral (Kesan sampingan – loya,muntah dan
tremor.)
NURSING DIAGNOSIS
1. Gangguan salur pernafasan berkaitan dengan hilang kesedaran diri semasa sawan.
i. Letakkan pesakit dalam posisi lateral dengan kepala ke sisi untuk memudahkan
pengeluaran sekresi dari mulut.
ii. Longgarkan pakaian yang ketat terutama dibahagian leher, dada dan pinggang untuk
memudahkan pernafasan.
iii. Berikan oksigen melalui nasal prong 2-4L/minit atau face mask 5-10L/minit ikut arahan
doctor untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada tubuh sewaktu serangan sawan.
iv. Lakukan regular suction untuk mengelakkan pengumpulan sekresi dalam mulut yang
boleh menyekat salur pernafasan.
v. Pasangkan saturation oxymeter (SpO2) untuk monitor tahap oksigen pesakit dan
mengesan tanda-tanda hipoksia.
vi. Bantu doctor masukkan airway jika perlu sekiranya pesakit mengalami kesukaran
bernafas.
vii. Dokumentasi setiap tindakan perawatan dan lapor kepada doctor jika terdapat sebarang
keabnormalan untuk tindakan perawatan lanjut.
2. Potensi kecederaan semasa serangan sawan.
i. Nilai keadaan pesakit semasa serangan sawan berlaku seperti tahap kesedaran untuk
menentukan tindakan perawatan lanjut.
ii. Naikkan pagar untuk mengelakkan pesakit jatuh sekiranya berlaku sawan.
iii. Letakkan bantal atau kainan tebal yang digulung sekeliling dalam pagar untuk
mengelakkan pesakit terhantuk atau tersepit dipagar semasa sawan berlaku.
iv. Jauhkan objek yang boleh membahayakan pesakit seperti objek k eras dan tajam untuk
mengelakkan kecederaan semasa serangan sawan.
v. Elakkan restrain pesakit untuk mengelakkan kecederaan kepada pesakit semasa
serangan sawan.
vi. Longgarkan pakaian pesakit terutamanya bahagian leher untuk mengelakkan pesakit
tercekik semasa serangan sawan.
vii. Elak letak objek seperti sudu ke dalam mulut pesakit untuk mengelakkan kecederaan
semasa serangan sawan.
3. Anxiety berkaitan dengan serangan sawan berulang.
i. Ases tahap kebimbangan pesakit melalui temubual untuk menentukan tindakan
perawatan seterusnya.
ii. Dengar aduan pesakit dan jawab dengan lemah lembut dan yakin untuk mengurangkan
anxiety pesakit terhadap serangan sawan berulang.
iii. Terangkan kepada pesakit untuk elakkan factor –faktor yang mempradispos serangan
sawan seperti stress, berfikir secara berlebihan, fatigue, dan gangguan corak tidur agar
dapat mengurangkan anxiety terhadap serangan sawan berulang.
iv. Galakkkan pesakit untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti beriadah atau aktiviti
yang tidak menyebabkan stress dan keletihan untuk mengurangkan anxiety terhadap
serangan berulang.
v. Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan mengambil ubat secara teratur
mengikut arahan doctor untuk mengurangkan serangan sawan dan seterusnya dapat
mengurangkan anxiety pesakit.
vi. Libatkan ahli keluarga pesakit dalam cara- cara jagaan pesakit untuk mengelakkan
serangan berulang dan jagaan pesakit sekiranya serangan sawan berlaku agar pesakit
rasa dihargai dan dapat mengurangkan anxiety.
4. Defisit pengetahuan berkaitan proses penyakit.
i. Nilai tahap pengetahuan pesakit dengan menanya soalan berkaitan penyakitnya untuk
menentukan tindakan selanjutnya.
ii. Berikan penerangan tentang penyakit, rawatan dan serangan sawan yang akan berulang agar
pesakit faham dan dapat meningkatkan pengetahuannya.
iii. Galakkan pesakit bertanya kepada anggota kesihatan yang merawatnya untuk meningkatkan
pengetahuannya.
iv. Berikan pesakit risalah berkaitan penyakitnya untuk meningkatkan pengetahuannya.
v. Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan mengelakkan factor- factor mempradispos
serangan sawan agar pesakit faham.
vi. Terangkan kepada pesakit dan ahli keluarga tentang kepentingan ada ahli keluarga bersama
pesakit ketika menggunakan objek tajam atau menuang air panas untuk elak risiko kecederaan
agar pesakit dan ahli keluarga faham dan dapat meningkatkan pengetahuan.
PENDIDIKAN KESIHATAN
a. Beritahu pesakit bahawa penyakit ini tidak boleh sembuh dengan sepenuhnya tetapi boleh
dikawal dengan pengambilan ubatan yang tetap dan betul.
b. Terangkan kepada pesakit tentang kepentingan pengambilan ubat,kesan sampingan dan bahaya
jika pengambilan ubatan diberhentikan dengan tiba-tiba.
c. Nasihatkan pesakit untuk elak ketegangan emosi atau fizikal yang berlebihan yang boleh
merangsang serangan berulang.
d. Pesakit dinasihatkan untuk tidak mengambil alkohol yang berlebihan atau membeli ubatan
tanpa arahan doktor.
e. Elak melakukan kerja-kerja yang boleh mendatangkan bahaya kepada pesakit jika serangan
sawan berlaku ketika berseorangan.
f. Elakkan berenang seorang diri kerana boleh membahayakan diri sekiranya sawan berlaku
semasa sedang berenang.
g. Datang ke klinik mengikut temujanji yang diberikan untuk mengetahui proses kemajuan
penyakit disamping membolehkan doktor menukar atau menambah ubatan jika perlu.
h. Jumpa doktor dengan segera,jika ada sebarang jangkitan kerana ini boleh menyebabkan
serangan berulangan.
i. Berikan nasihat kepada keluarga tentang proses kejadian penyakit,tanda dan simptom serta
langkah-langkah yang perlu diambil jika serangan berlaku di rumah.
KOMPLIKASI
1. Kepatahan – Jika sawan/sentapan ditahan dengan kuat.
2. Renjatan – peredaran darah yang tersekat di serebral.
3. Hipoksia – Bila kekurangan oksigen di dalam tisu berlaku,pesakit tidak dapat bernafas dengan
sempurna dan mengakibatkan kekejangan otot-otot berlaku terutama otot-otot di bronkus.
4. ‘Aspiration pneumonia’ – disebabkan oleh lelehan air liur atau cecair mulut atu muntah yang
tersedut ketika pesakit mendapat sawan boleh termasuk ke dalam paru-paru semasa serangan
berlaku.
5. Brain damage- akibat daripada serangan sawan yang berulang-ulang yang memutuskan bekalan
darah ke otak.
6. “Cerebral palsy” - kekerapan sawan berlaku mengakibatkan bekalan darah ke otak terhenti dan
boleh mengakibatkan kemusnahan sel-sel neuro di otak.
7. Perubahan respiratori - disebabkan terdapat ‘spasm’ di otot-otot muskuloskeletal.
8. Kematian – Punca kematian yang tidak diketahui.