The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayreenmazalan, 2021-04-06 05:30:08

novel hempasan ombak

novel hempasan ombak

Sinopsis Bab 1

Kematian ayahnya Haji Badrul telah melemahkan perniagaan batik keluarga.Farid
kerap mengingati pesan arwah bapanya,bahawa perniagaan ibarat roda yang
penuh cabaran.Farid tetap berfikir mampukah yang cetek ilmu perniagaan
mewarisi dan meneruskan perusahan batik ayahnya yang kian malap dengan
hutang yang banyak.Takkan ibunya,Hajah Zaoyah (56 tahun) yang menanggung
beban itu,abang lotfi lebih 10 tahun berada di kerusi roda.Manakala abangnya
Farhan telah meninggal dunia ketika akhir tahun di UKM.Adik-adiknya hanisyah
(15 tahun) dan Hisyam(12 tahun) sangat mentah.Farid terpaksa mengambil alih
perniagaan keluarganya.Tomsiah merupakan kerani yang berdikasi telah
membantu Farid.Menurut Kak Tom,hutang ayahnya bukan dengan pihak bank
tapi hutang runcit dengan pembekal.Selain it Kak Tom memberikan gambaran
kedudukan perniagaan keluarganya kepada Farid.Kak Tom memberikan nombor
telefon Rncik Mokhsein yang dapat membantu Farid dalam selok-belok
perniagaan

Sinopsis Bab 2

Punca kematian ayahnya dibangkitkan semula.Kata dokter ayahnya
mengalami barah dalam perut(hypertension). Walaupun ada yang
menyatakan ayahnya disantau.Farid terima takdir Allah.Farid
meyakinkan dirinya bahawa orang muda sepertinya perlu mencari ilmu
dan sabar dalam perniagaan.Perniagaan batik ayahnya masih
beroperasi seperti biasa tetapi ada sebilangan ejen yang mengambil
kesempatan tidak membayar hutang.Farid berbual dengan Pak
Nik(pekerja batik),menurut Pak Nik kuato pengeluaran dikecilkan
kerana bekalan bahan mentah menghasilkan batik makin
kurang.Manakala batik keluaran mereka kurang laris dipasaran.Pak Nik
menasihati Farid bahawa dalam perniagaan ada pelbagai watak mesti
diwarisi.Kak Tom menunjukkan Farid meminta bayaran kepada ejen
yang masih berhutang.

Sinopsis Bab 3

Suatu malam, keluarga Hajah Zaoyan makan malam bersama.Mereka
bercerita banyak perkara.Ibunya menyedari bahawa Farid semakin
kurus dan Masa bersosialnya kurang kerana sibuk menguruskan
perniagaan keluarga.Ibu dan abangnya mendesak Farid menceritakan
masalah yang dialaminya semasa semasa menguruskan perniagaan
batik keluarga.Malam itu Farid meluahkan masalahnya.Farid berasa
malu kepada diri sendiri kerana bangsa lain seusia dengannya mampu
mengendalikan perniagaan.Ibunya berkesan bahawa dia tidak mau
syarikat ayahnya dibubarkan kerana tinggalan ayahnya.Ibunya ingin
menggadaikan barang kemas dan tanah untuk menyelamatakan
syarikat.Farid terfikir tentang cadangan ibunya.Dia baru teringat cakap
Kak Tom untuk berjumpa seseorang.

Sinopsis Bab 4

Farid pagi-pagi lagi ke tapak bangsal batik
perusahannya.Dia memikirkan prospek meluaskan
perusahaan batiknya berasaskan keluasan size tapak
sedia ada.Pak Nik melihat Farid dan bangga kerana sifat
kerja keras Haji Badrul ada pada Farid.Farid merupakan
anak muda yang mempunyai keazaman yang tinggi.Farid
ingin mencontohi kawannya Abdul Kaber berketurunan
india Malabor yang mempunyai kedai kain kecil di Jalan
Banggol dan Chew Teck Heng dari Kampung Cina yang
menjual mi.Kawan Farid berniaga kecil-kecil tetapi
berjaya kerana berkat kesabaran dan kecekapan dalamm
bidang perniagaan.Semangat kawannya itu
menyebabkan Farid semakin yakin untuk bersama dalam
industri batiknya.Dalam mesyuarat Farid melontarkan
idea bernas iaitu membincangkan usaha meningkatkan
kualiti merusahaannya disamping promosi
efektif.Masalah kos turut dibincangkan.Kak Tom
mencadangkan asset kurang produktif hendaklah dijual
secara sekali gus mengurangkan beban syarikat.

Sinopsis Bab 5

Farid ke jalan Tok Lam untuk berjumpa dengan encik Mokhsein.Farid
mendapat layanan yang baik daripada encik Mokhsein yang suka
merendah diri dan gaya hidup sederhana.Encik Mokhsein amat tertatik
dengan sikap Farid,anak muda yang berjiwa besar,inovatif dan
berpandangan jauh.Mereka berbincang tentang ilmu perniagaan dan
peluang Serta penglibatan orang melayu kursusnya dalam DEB.Encik
Mokhsein berterus terang Haji Badrul banyak mengajarnya selok-belok
dalam perniagaan ketika dia bekerja di Syarikat Batik Nusantara milik
keluarga Haji Badrul.Pendapatan Encik Mokhsein sama dengan Pak Nik
bahawa masalah perniagaan batik Haji Badrul kerana khianat
sesetengah syarikat lain akan kejayaan Haji Badrul.Bagi mengatasi
pesaingan perusahaan batik yang lain dan kejam,encik Mokhsein
mencadangkan kepada Farid berani mencari pasaran baharu dan idea-
idea yang baik untuk Farid lakukan.

Sinopsis Bab 6

Zuraida terkejut kedatangan Farid ke kedainya.Farid kagum dengan
kegigihan Zuraida setelah sepuluh tahun mengusahaan
perniagaan,rakan sekelasnya sejak tingkatan satu membantu
keluarganya mnegusahakan kedai pakaian bazar MARA,Jalan Bonggol
dekat dengan stesen bas lama.Ketika zaman persekolahan Zuraida
mencuri curi untuk belajar ketika membantu ibunya berniaga di
kedainya sementara untuk menunggu pelanggan datang
membeli.Zuraida tetap merendah diri dan mengatakan perniagaannya
kecil di kaki lima tidak sehebat perusahaan Farid.Zuraida memberikan
pandangan dalam perniagaan bahawa dia banyak bermodalkan petua
ibunya supaya sabar dan manis muka melayan pelanggan.Walaupun
Zuraida sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus,dia tetap
berbual dengan Farid.Farid telah balik ke pejabatnya dan bercerita
dengan Kak Tom bahawa dia semalam berjumpa dengan Encik
Mokhsein dan hari ini dengan Zuraida.Bagi Farid dia kagum dengan
Zuraida dan Encik Mokhsein merupakan usahawaan yang gigih dan
perlu dicontohi.

Sinopsis Bab 7

Farid telah mempelawa Zuraida makan tengah Hari di restoran
Mail,sebarang Jalan Bonggol.Zuraida memuji kehebatahan Farid,
bahawa dia tidak menyangka pelajar 5 sastera 1,Sekolah Menengah Seri
Budiman sudah berjaya menjadi taukeh besar.Farid merendah diri
sambil mengatakan dia menghadapi krisis dan perlukan bantuan
seseorang. Zuraida sedia membantu Farid tanpa mengharapkan
balasan. Zuraida mencadangkan batik Farid dijual dikedainya.Farid
menceritakan syarikatnya tidak dapat pusing modal kerana ada ejen
yang tidak jujur dan liat membayar hutang selepas batik dijual. Zuraida
mencadangkan Farid memodenkan batik keluarannya agar pasaran
luas, mampu bersaing dan memenuhi cita rasa pelanggan terkini.
Zuraida memberikan pelbagai idea dan perubahan untuk Farid supaya
melaku-lakukan perlahan-lahan demi menarik pelanggan khasnya
pelanvong semakin ramai berkat tahun melawat Malaysia.Selesai
makan dan menuju ke kedai Zuraida.Farid merasakan hatinya ada bit-
bibit cinta dengan Zuraida.

Sinopsis Bab 8

Di pejabat,Farid rancak memikirkan corak bahatu yang agak
moden.Zuraida mencadangkan batik canting yang agak modem
mengikut minat pelanggan.Kak Tom bersetuju dengan cadangan Farid
supaya memodenkan batik perusahaan. Farid bercadang meminta
Bantu Encik Mokhsein bagi memberikan pandangan tentang projek
memodenkan batik keluarannya. Ketika bercadang a dengan Encik
Mokhsein petang itu,Encik Mokhsein telah memuji Farid kerana contoh
usahawaan yang hendak dilahirkan oleh DEB iaitu berdaya saing untuk
memajukan perusahaannya kerana ramai usahawaan melayu muflis
ekoran majalah-majalah pribadi yang remeh-remeh . Encik Mokhsein
bersetuju projek “ Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan
Perintis Batik Lukis Syarikat Batik Nusantara” dilaksanakan
segera.Menurut Encik Mokhsein,Farid masih muda walaupun lepas
SPM berpotensi untuk berjaya dalam perniagaan.Encik Mokhsein yakin
projek Farid bakal menaikkan maruah bangsa dan martabat industri
kampung. Farid perlu mendalami ilmu perniagaan nangis pendek oleh
MARA dan MIDA. Encik Mokhsein berjanji akan membantu aspek
pasaran agar produk Farid tidak jatuh ke tangan ejen yang tidak
bertanggungjawab. Selepas itu, Encik Mokhsein kerap bertanyakan
perkembangan projek Farid. Farid tidak bercadang menamatkan
pengeluaran batik tradisi Cuma dimodenkan untuk pasaran sekarang.

Sinopsis Bab 9

Encik Mokhsein telah merasmikan bangsal yang baru dibina. Perasmian
agak sederhana dan lebih kepada kenduri kesyukuran ekoran
tertegaknya bangsal baharu. Encik Mokhsein membawa sepupunya
Hartini Noor,graduan seni reka fabric lepasan UITM kemudian
melanjutkan pelajaran di sebuah akedemik seni tampak di Australia.
Kehadiran Hartini Noor menimbulkan perasaan cemburu Zuraida dan
meninggalkan majlis . Encik Mokhsein mencadangkan Farid mengambil
belia tempatan sahaja sebagai pekerja bagi mengurangkan kos. Dengan
bantuan Atan tujuh pekerja sudah disenaraikan namanya oleh Farid.
Hartini meminta Farid memanggilnya kakak . Hartini Noor
menceritakan kepada Farid tentang kaedah corak dan sejarah batik
asli(sarung) serta pengalamannya pelajar. Farid yakin batik modennya
mampu bersaing dengan syarikat batik yang lain dan tidak lupa janjinya
hendak meletakkan batik dijual di kedai Zuraida.

Sinopsis Bab 10

Zuraida terkejut apabila Farid muncul di kedainya pada pukul 10.15
pagi. Dia tidak menyangka Farid masih berjumpa dengannya walaupun
ada primadona batik modennya. Farid kurang senang dengan perasan
cemburu Zuraida. Akhirnya, Farid menjelaskan Hartini Noor bekerja
secara kontrak selama sebulan sahaja dan dia telah bertunang serta
umurnya 25 tahun menyebabkan Farid memanggilnya kakak. Hartini
Noor telah berjaya membimbing pekerja-pekerja kilang Farid dengan
baik. Kerja mencanting batik atas kain sutera yang dilakukan oleh
Hartini sangat halus. Farid mengajak Zuraida mengelilingi semenanjung
sebagai strategi promosi dan yakin dengan sifat semua jadi
Keperempuanannya. Petang itu, Zuraida ke bengkel syarikat Farid dan
dia terpukau melihat hasil kerja Hartini. Namun Hartini merendah diri
dan tidak mahu dianggap primadona malah upahpun dia tidak ambil
kerana percubaaan untuk mengangkat martabat batik.

Sinopsis Bab 11

Mukhtar marah jualan batiknya merosot walaupun komisyen diberi
35%. Dia puas hati apabila melihat perniagaan Haji Badrul musnah
selepas kematian Haji Badrul. Namun Mukhtar amat marah apabila
mendapat tahu batik keluaran syarikat Rajawali miliknya susah laku
kerana batik moden kimi menambat hati pengguna. Mukhtar
menganggap Farid ,budak mentah tidak mampu berbuat apa apa
menyelesaikan masalah syarikat arwah bapanya. Bagaimanapun
Mukhtar mula risau apa bila mendapat tahu Farid datang ke pejabat
Encik Mokhsein dan berbaik dengan Zuraida,anak saudaranya. Mukhtar
datang ke gerai Zuraida dan memarahinya kerana menjual batik moden
milik syarikat Farid. Zuraida mempertahankan haknya,namun Mukhtar
mengugutnya jika menjual terus batik moden keluaran syarikat Farid.
Zuraida mula terfikir ,mungkin mokhtar mungkin dalang kepada
kemusnahan syarikat keluarga Farid pada masa dahulu . Farid pula telah
mendapat Surat layang. Hal ini membimbingkan keluarga Farid tetapi
dia tidak takut kerana menyedari ugutan tersebut kerana cemburu
dengan bengkel baharunya berupaya menghasilkan corak yang lebih
moden ,namun ibunya berazam melaporkan surat layang kepada pihak
polis.

Sinopsis Bab 12

Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja , Farid mendapat panggilan daripada
Zuraida. Zuraida ingin berjumpa dengan Farid kerana ada perkara
penting. Farid tergesa-gesa berjumpa dengan Zuraida. Zuraida
memberitahu Farid kerana ada orang mengugut gerainya akan
dirobohkan sekiranya menjual batik moden syarikat Farid. Oleh it ,
Zuraida terpaksa menutup gerainya dan mengajak Farid ke rumahnya di
Kampung Tanjung untuk menceritakan perkara rahsia . Ibu Zuraida suka
Farid berkawan dengan anaknya dan berharap Mukhtar,tidak
mengganggu hubungan anaknya. Farid risau dan Rasa bersalah kerana
hubungannya dengan Zuraida menimbulkan kemarahan Mukhtar dan
bunyinya hampir sama dengan Surat layang. Manakala di bengkel Farid
pula , Mahmood membuat kekacauan kononnya sebelum Masri dan
Azmi merupakan bekas syarikat majikannya yang di rampas oleh
Syarikat Batik Nusantara . Harini Noor yang ketakutan meminta
bantuan Pak Nik . Melihat Azmi berkelakuan kasar oleh Mahmood
menyebabkan Masri ingin membantu tetapi Mahmood mencurah liking
panas ke muka Masri. Mahmood lari dan Pak Nik bercadang untuk
melaporkan kepada pihak polis. Kepulangan Farid ke syarikat di sambut
dengan kekacauan berikut.

Sinopsis Bab 13

Jam 2 pagi ,keluarga Hajah Zaoyan terjaga kerana berlaku kebakaran di
bangsal batik baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawan itu
dan menuju ke keretanya lalu memecut. Farid berusaha memadamkan
kebakaran menggunakan alat pendam api tetapi gagal. Jiran-jirannya
membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih
melihat bangsal modennya dibinanya tidak sampai sebulan musnah dan
sebahagian besarnya tinggal rangka. Siasatan mendapati 75% harta
benda musnah. Dalam kesedihan Farid meyakinkan abangnya
kebakaran bangsal batik moden tiada kaitan dengan ugutan surat
layang yang diterimanya. Ibunya telah nenyerahkan surat layang
kepada Pak Nik untuk dilaporkan kepada pihak polis. Ibu dan abangnya
menasihati supaya Farid menerima takdir tuhan selepas solat subuh .
Keesokan paginya , kawan kebakaran menjadi tumpuan. Hartini Noor
terkejut tetapi kagum dengan ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak
polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan Surat layang dan
kekacauan oleh Mahmood. Tengah Hari Zuraida datang melawat
keluarga Farid dan bersimpati. Inspektor Ruzman menjelaskan bahawa
Mukhtar,pemilik Syarikat Rajawali punca semuanya.

Sinopsis Bab 14

Mukhtar ditahan di lokap balai polis daerah Kuala Terengganu .
Didakwah mengupah giga samseng membakar bangsal batik moden
syarikat Farid. Tiga hari kemudian , Encik Mokhsein yang baru balik dari
singapora. Menurut Encik Mokhsein punca semuanya berlaku kerana
sifat hasad dengki . Dia juga mendapat ugutan sejak berbaik dengan
Farid. Encik Mokhsein menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa
butik dari singapora dan Kuala Lumpur ingin melanggan batik moden
keluaran perniagaan Farid. Selain itu, Encik Mokhsein merancang untuk
mencarikan Farid peluang untuk mengadakan petunjukkan kesenian
Anjuran Perbadanan Kemajuan Kraft Tangan Malaysia. Farid terhutang
budi dengan Encik Mokhsein, Zuraida dan Hartini Noor yang banyak
membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dugun dalam bidang
pentadbiran perniagaan. Mahkamah rendah Terengganu menjatuhkan
hukuman bahawa Mukhtar didapati bersalah dan akan meringkuk Tiga
tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar membuat jahat kerana
kemerosotan jaulan batik dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi
Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Encik Mokhsein datang
menjemput Farid dan Zuraida ke majlis perkahwinan Hartini Noor di
Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid menjelaskan bahawa
dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung
pelajaran dahulu.

Sinopsis keseluruhan

Farid yang baru berusia 19 tahun terpaksa menerajui Perusahaan
Syarikat Batik Nusantara yang telah diusahakan selama 20 tahun
apabila pemiliknya, Haji Badrul meninggal dunia akibat barah dalam
perut. Ibunya, Hajah Zaoyah terpaksa menyerahkan tanggungjawab
tersebut kepada Farid kerana anak-anaknya yang lain tidak mampu
memikul tugas tersebut. Farid menerima tugas itu dengan penuh
tanggungjawab. Sebagai tugasan pertama, Farid melawat bengkel
untuk melihat kerja-kerja mengecap batik. Pak Nik, pekerja syarikat itu
menerangkan keadaan syarikat, iaitu batik keluaran syarikat tidak laku
dan wujudnya sebuah syarikat yang mahu menggerhanakan syarikat
mereka. Untuk mengukuhkan kewangan syarikat, Hajah Zaoyah
bercadang mahu menggadaikan emas dan tanah miliknya. Seterusnya,
Farid meluahkan keinginannya untuk membesarkan bengkel sekiranya
kewangan syarikat semakin kukuh.

Farid mengadakan mesyuarat syarikat buat kali yang pertama dengan
pekerja-pekerjanya. Dalam mesyuarat tersebut, Farid mahu syarikat
menjual batik dalam bentuk pakaian siap dengan jenama tersendiri dan
Farid mencadangkan bengkel diperbesar dan mesin baharu perlu dibeli.
Pada satu hari, Farid mengunjungi pejabat pemborong binaan Nadi
Zaman kepunyaan Mokhsein, bekas pekerja ayahnya satu ketika
dahulu. Mokhsein memaklumkan, terdapat sebuah syarikat pesaing di
Kuala Terengganu yang mahu memonopoli pengeluaran batik dengan
menjual batik dengan harga yang murah untuk memastikan syarikat
yang sedia ada muflis. Mokhsein kemudian menerangkan akan perlunya
Farid menjalankan “strategi terkunci” jika mahu syarikatnya kukuh
kembali.

Zuraida berniaga pakaian di bazar MARA di Jalan Banggol sejak tujuh
tahun lalu. Farid, rakan sekelasnya ketika berada di tingkatan satu
hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Seri Budiman datang
berkunjung untuk bertanya khabar. Dalam pertemuan yang lain,
Zuraida berjanji mahu membantu Farid dengan menjualkan batik di
gerainya tanpa mengenakan sebarang komisen, namun dia
mencadangkan Farid mengeluarkan batik corak baharu untuk menarik
perhatian pembeli. Farid bertemu Mokhsein ntuk mendapatkan
pandangannya. Hasilnya dia dapat menyiapkan kertas kerja “Projek
Pembesaran Keupayaan Pengeluaran Batik Cap dan Perintis Batik Lukis
Syarikat Batik Nusantara” dan seterusnya, Farid membina bengkel
tambahan dengan modal sebanyak RM75 ribu. Hal berkaitan tenaga
pengajar batik moden akan diuruskan oleh Mokhsein. Sebagai seorang
usahawan yang berjaya, Mokhsein diundang untuk merasmikan
bangunan bengkel batik moden. Pada hari tersebut, Hartini Noor, adik
sepupu Mokhsein datang. Zuraida melahirkan rasa cemburu terhadap
kehadiran Hartini Noor. Farid mengunjungi Zuraida di gerainya. Farid
menjelaskan bahawa Hartini Noor sudah bertunang dengan pereka
bentuk dalaman dan bekerja selama sebulan sahaja di syarikatnya.
Zuraida melihat kerja-kerja mencanting di bengkel.

Selanjutnya, pemilik Syarikat Batik Rajawali, Mukhtar begitu marah
apabila batik keluaran syarikatnya tidak mendapat sambutan dengan
alasan batik keluarannya bercorak lama. Mukhtar yakin, batik pilihan
pengguna sekarang adalah keluaran syarikat pesaingnya, Syarikat Batik
Nusantara. Mukhtar kemudiannya pergi ke gerai anak saudaranya,
Zuraida dan mendapati batik bercorak baharu dijual di gerai Zuraida.
Mukhtar memberi amaran agar Zuraida tidak menjual batik itu dan jika

masih degil, dia akan merobohkan gerai Zuraida. Farid pula menerima
amaran keras dalam bentuk surat layang. Dia diingatkan agar
memutuskan hubungannya dengan Zuraida dan memastikan batik
keluarannya tidak menguasai pasaran. Jika amaran tersebut tidak
dipandang serius, padah yang lebih besar akan menanti. Hajah Zaoyah
mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis.

Farid mendapat panggilan telefon daripada Zuraida. Zuraida
menjelaskan akan larangan bapa saudaranya agar tidak menjual batik
moden yang dikeluarkan oleh syarikat Farid. Di bengkel membuat batik
moden kepunyaan Farid, Mahmood, pekerja Mukhtar mencari Azmi
dan Masri. Mahmood tidak berpuas hati kerana dua-dua lelaki itu telah
meninggalkan Syarikat Batik Rajawali. Azmi dan Masri memberi alasan
meninggalkan syarikat kerana tidak dibayar gaji walaupun sudah
bekerja selama dua bulan. Berlaku pertengkaran. Mahmood yang hilang
sabar kemudiannya mencekik leher baju Azmi. Disebabkan Masri tiada
pilihan lain untuk menyelamatkan Azmi, dia menerpa ke arah
Mahmood lalu mencurahkan lilin panas dari canting ke muka
Mahmood.

Ketika jam menunjukkan pukul 2:00 pagi, seisi rumah Hajah Zaoyah
dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat. Alangkah terkejutnya
mereka apabila mendapati bengkel tempat pengeluaran batik moden
dijilat api. Bengkel tersebut tinggal rangka. Lebih 75 peratus peralatan
dan bahan mentah untuk membuat batik musnah. Farid menerima
dugaan yang menimpanya sebagai takdir. Pihak polis yakin kebakaran
bermotifkan jenayah lalu meminta Farid mengikutnya ke balai polis
untuk diambil keterangan. Di balai polis, Inspektor Rusman
menjelaskan, pihaknya telah memberkas Mahmood di sebuah klinik

ketika lelaki itu sedang menerima rawatan kerana tersiram lilin batik.
Mahmood mempunyai rekod jenayah dan merupakan pekerja Syarikat
Batik Rajawali. Pemilik syarikat tersebut ialah Mukhtar bin Yusof dan
kini pihak polis berusaha untuk memberkasnya.

Tiga hari selepas peristiwa kebakaran bengkel, Mokhsein datang ke
bengkel Farid sekembalinya dari Singapura. Mokhsein berjanji akan
membantu Farid menjadi pembekal pakaian siap. Kata-kata itu
memberi semangat semula ke dalam jiwa Farid. Zuraida pula
menjelaskan, kerana kekurangan ilmu dalam bidang perniagaan, dia
mengikuti kursus luar kampus dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di
UiTM. Zuraida mencadangkan Farid menimba ilmu lagi kerana terdapat
banyak kolej di Kuala Terengganu. Mukhtar kini berada di Penjara
Marang dan dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun atas
kesalahannya mengupah tiga orang samseng untuk membakar bengkel
perusahaan batik Farid. Kemudian Farid dan Zuraida mengikuti
Mokhsein serta isterinya menghadiri majlis perkahwinan Hartini Noor di
Kuantan.


Click to View FlipBook Version