PEMBELAJARAN ATAS
TALIAN DALAM
PERINTAH KAWALAN
PERGERAKKAN
Panduan Untuk Pelajar
Oleh : Cr. Saharuddin Baadu
1. YouTube
Banyak sangat link pembelajaran di
youtube dan ini merupakan satu kaedah
yang paling berkesan untuk belajar kerana
ada visual (video) dan juga audio
(suara)..bila tak faham, boleh ulang
tengok sampai faham..kan senang tu..
2. Telegram
Terdapat banyak group di telegram yang
menghimpunkan pelbagai jenis soalan sebagai
latihan..hanya perlu search sahaja. Nanti akan
jumpa berlonggok latihan. Ada yang siap dengan
jawapan..ada yang belum ada jawapan. Buat
sendiri, tak reti jawab, tanya guru atau tengok
video di youtube.
3. WhatsApp
Dalam keadaan sekarang pasti ramai guru dah
mula buat group-group pembelajaran dengan
pelajar melalui whatsapp dan sememangnya di
zaman ni, hampir semua pelajar ada whatsapp ni.
Bila guru dah buat group, jangan pula left. Baca
segala info atau latihan yang guru beri. Jangan
hanya ada bila time nak sembang..bila guru bagi
latihan, terus diam tanpa respon.. kasihanilah guru
yang bertungkus lumus sediakan bahan
4. Sesi Pembelajaran Online
Sejak PKP ni berlangsung, fb saya sendiri dibanjiri dengan
catatan para guru buat sesi pembelajaran online.. jadi
para pelajar, respon dan sertailah sesi online dengan
guru.. kamu boleh habiskan masa main game, layari fb,
main whatsapp sampai pagi, tapi untuk 30 minit bersama
guru pun payah.. ada guru yang gunakan aplikasi
zoom..ada guru yang merakam video dan dihantar
kepada pelajar ada guru yang guna aplikasi meet, dan
macam-macam lagi..hargailah usaha guru kamu. Ada juga
guru-guru yang rajin, siap bukak kelas online free lagi
untuk semua pelajar seluruh Malaysia..jadi sertailah jika
berkesempatan..
5. Tiada Internet Tiada Fon
Jangan risau..asas pembelajaran adalah bacaan..baca apa
saja yang paling mudah untuk kamu dapatkan. Sebagai
contoh, baca surat khabar, baca majalah, malahan bagi
pelajar sekolah rendah, baca komik pun salah satu
kaedahnya juga..untuk bantu pelajar-pelajar sekolah
rendah membaca. Selain itu, baca Al-Quran dan
terjemahannya juga satu pembelajaran.. kalau ada masa,
belajar lah memasak dengan mak di dapur. Tu pun
pembelajaran..mungkin tak begitu selari dengan
peperiksaan awam, tapi masih relevan untuk
pembelajaran asas kehidupan..
6. Rancangan Pendidikan
rancangan pendidikan di television dan radio juga
boleh membantu pelajar ketika ni..kita ada siaran
astro tv danjuga national geographic sebagai
medium pendidikan dan info...bagi yang tiada
astro, akan disiarkan tv pendidikan mulai minggu
hadapan di RTM..jika tiada tv, ada juga rancangan
pendidikan di radio..setakat sekarang yang saya
tahu radio Kedah dan radio Terengganu dah
mulakan rancangan pendidikan di radio ni..ambil
masa untuk dengar..insyaAllah bermanfaat..
Daun Selasih Ubi Kayu
TerimaKasih Thank You
Oleh :Cr. Saharuddin