SK LOK YUK INANAM
PETI SURAT 11757, 88819
KOTA KINABALU, SABAH
KAJIAN KES TAHUN 6 TULIP
TEMA:
PENCAPAIAN KEBANGGAAN NEGARA
TAJUK:
PEMIMPIN NEGARA
NAMA:
SHADIA BINTI JIMLOK
KELAS:
6 TULIP
NAMA GURU:
SHADIA BINTI JIMLOK
1
ISI KANDUNGAN
BILANGAN TUGASAN MUKA
1 Pendahuluan SURAT
3
2 Objektif kajian 4
3 Laporan Kajian 5
1. Apakah tugas Perdana Menteri Malaysia? (Hasilkan dalam 5
peta I-think)
2. Senaraikan nama-nama dan biodata ringkas Perdana Menteri 6-9
Malaysia? (Hasilkan dalam bentuk Jadual / peta minda)
3. Nyatakan sumbangan setiap Perdana Menteri Malaysia 10-11
kepada negara? (Jadual atau peta I-think)
4. Nyatakan gelaran setiap Perdana Menteri Malaysia? (Jadual) 12
5. Senaraikan ciri-ciri kepimpinan Perdana Menteri Malaysia? 13
(Peta I-Think)
4 Rujukan 14
5 Kaedah 15
6 Refleksi 16
7 Lampiran 17
2
1. PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan
kepada Allah swt kerana diberikan peluang untuk menyiapkan Kajian Kes Tahun 6 : Tajuk
Pemimpin Negara.
Terlebih dahulu syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat
saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Shadia
Jimlok selaku guru mata pelajaran Sejarah Tahun 6 Tulip atas bimbingan dan tunjuk ajar
beliau kepada saya.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang telah memberikan sokongan dan
dorongan sehingga akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan saya ini.
Sepertimana yang kita pelajari, Negara Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri.
Terdapat 7 Perdana Menteri Malaysia selepas Kemerdekaan sehingga pada hari ini.
Sepanjang dua minggu tugasan ini disiapkan bermula proses menerima tajuk, menentukan
tajuk, menentukan kaedah kajian, mengumpul bahan, menulis tugasan ke dalam folio
sehingga proses penghantararn tugasan.
Lima fokus utama saya bentangkan di dalam kajian kes ini ialah :
1. Tugas Perdana Menteri Malaysia.
2. Nama-nama dan biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia
3. Sumbangan setiap Perdana Menteri Malaysia kepada negara
4. Gelaran setiap Perdana Menteri Malaysia
5. Ciri-ciri kepimpinan Perdana Menteri Malaysia
Saya berharap kajian ini dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada diri saya dan
juga rakan-rakan yang lain.
3
2 . OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian ialah :
1. Menjelaskan bidang tugas Perdana Menteri
2. Menyenaraikan nama dan biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia
3. Menerangkan sumbangan Perdana Menteri Malaysia
4
3. LAPORAN KAJIAN :
1. Tugas Perdana Menteri Malaysia. (buku teks 198-199)
1. Penasihat kepada
Yang di-Pertuan
Agong.
3.Menjaga 2. Pengiring Yang
Kebajikan Rakyat di-Petuan Agong
TUGAS-TUGAS
PERDANA
MENTERI
5. Pelaksanaan 3. Ketua Kabinet
Dasar Negara. (Jemaah Menteri)
4. Pengerusi
Mesyuarat Kabinet
5
2. Nama-nama dan biodata ringkas Perdana Menteri Malaysia. (Buku teks 200-205)
PERDANA BIODATA
MENTERI
a) Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Tunku Abdul Rahman b) Berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Inner
Putra Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Temple, London, United Kingdom
c) Beliau menubuhkan Parti Perikatan yang disertai oleh
Abdul Hamid Halim
Shah UMNO, MCA dan MIC
d) Menjadi Ketua Menteri setelah Parti Perikatan memenangi
Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun
1955
e) Setelah Merdeka, beliau dilantik sebagai Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu
f) Memegang jawatan Perdana Menteri dari tahun 1957
hingga 1970 dan diberi gelaran Bapa Kemerdekaan
a) Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kedua
b) Berkelulusan dalam bidang undang-undang dari Lincoln’s
Inn, London, United Kingdom
c) Pada tahun 1955, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran
d) Setelah merdeka, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu
e) Beliau juga memegang jawatan Menteri Pertahanan dan
Menteri Pembangunan Luar Bandar
f) Beliau menjadi Pengarah MAGERAN pada tahun 1970
g) Menjadi Presiden UMNO , Pengerusi Parti Perikatan dan
seterusnya dilantik sebagai Perdna Menteri Malaysia
h) Beliau meninggal dunia pada tahun 1976
i) Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1970
hingga tahun 1976
j) Beliau diberi gelaran Bapa Pembangunan
6
a) Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ketiga
b) Beliau berkelulusan dalam bidang undang-undang dari
Lincoln’s Inn, London, United Kingdom pada tahun 1958
c) Beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada tahun 1970
d) Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian
e) Pada tahun 1976, beliau dilantik sebagai Presiden UMNO
dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan seterusnya
sebagai Perdana Menteri Malaysia
Tun Hussein bin Dato’ f) Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri dari tahun 1976
Onn
hingga tahun 1981
g) Beliau diberi gelaran Bapa Perpaduan
a) Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan
ketujuh.
b) Berkelulusan dalam bidang perubatan dia King Edward VII
College of Medicine, Universiti Malaya, Singapura
c) Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran dan pada tahun
1976, dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
d) Pada tahun 1978, beliau dilantik sebagai Menteri
Perdagangan dan Perindustrian
e) Beliau menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan
Nasional pada tahun 1981. Seterusnya dilantik sebagai
Perdana Menteri Malaysia
f) Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang paling
lama berkhidmat, iaitu dari tahun 1981 hingga tahun 2003.
g) Berkhidmat semula sebagai Perdana Menteri Malaysia pada
10 Mei 2018 - 1 Mac 2020.
h) Beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan
Tun Dr. Mahathir bin
Mohammad
7
a) Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima
b) Mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan
memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Islam)
pada tahun 1964
c) Menjadi Menteri Pelajaran pada tahun 1984 dan Timbalan
Perdana Menteri pada tahun 1999
d) Beliau dilantik sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN
dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun
2003
e) Tempoh perkhidmatan Tun Abdullah sebagai Perdana
Tun Abdullah bin Haji Menteri ialah dari tahun 2003 hingga 2009
Ahmad Badawi
f) Beliau digelar Bapa Pembangunan Modal Insan
a) Perdana Menteri Malaysia yang keenam
b) Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam
bidang ekonomi industri dari Nottingham University,
United Kingdom pada tahun 1974
c) Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada tahun
1986
d) Beliau dilantik menjadi Menteri Pertahanan pada tahun
1990 dan Menteri Pendidikan pada tahun 2005
e) Pada tahun 2004, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana
Menteri
Dato’ Seri Mohd Najib f) Beliau dilantik sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN dan
bin Tun Abdul Razak
seterusnya sebagai pada tahun 2009
Tan Sri Muhyiddin a) Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kelapan.
Yassin b) Isteri: Puan Sri Noorainee Abdul Rahman
c) Anak: 4 orang (Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa, Farhan)
d) Tarikh Lahir: 15 Mei 1947
e) Tempat lahir: Muar, Johor
8
f) Pendidikan:B.A. (Hons) (Economics & Malay Study)
Universiti Malaya (UM)
g) Politik : Ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak 1978
h) Antara Kerjaya:
1970 - Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
1974 - Penolong Pegawai Daerah Muar
1978 - Pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila
memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum
kelima.
1981 - Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negeri
1982 - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
1983 - Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri
1986-1995 - Menteri Besar Johor ke-13
1995-1999 - Menteri Belia dan Sukan
1999 - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
2004-2006 - Menteri Pertanian
2006-2008 - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2009-2013 - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri
Pendidikan
2015 - Dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri
(UMNO-BN)
2016 - Dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO
Ogos 2016 - Asaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) dan dilantik sebagai Presiden
2018 - Presiden, Pakatan Harapan Negeri Johor - Menteri
Dalam Negeri (di bawah kerajaan Pakatan Harapan)
i) 1 Mac 2020 - Dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.
9
3. Sumbangan setiap Perdana Menteri Malaysia kepada negara. (Buku teks 206-207)
Perdana Menteri Sumbangan
Tunku Abdul Rahman Putra a) Terlibat dalam penubuhan Parti Perikatan 1955
Al-Haj Ibni Almarhum b) Menuntut kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
Sultan Abdul Hamid Halim
Shah 1957
c) Terlibat aktif dalam pembentukan Malaysia 1963
d) Menjadi Setiausaha Agung Organisation of Islamic
Conference (OIC)
e) Presiden Persatuan Bolasepak ASEAN
Tun Abdul Razak bin Dato’ a) Penyata Razak
Hussein b) Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
c) MAGERAN
d) Menjalin hubungan diplomatik dengan negara China
e) Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Tun Hussein bin Dato’ Onn a) Menggalakkan perpaduan demi keamanan negara
b) Melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
c) Memperkenalkan Dasar Sains dan Teknologi Negara
d) Dasar Petroleum Negara
e) Sidang Kemuncak ASEAN Pertama
Tun Dr. Mahathir bin a) Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur
Mohammad b) Wawasan 2020
c) Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
d) Merealisaskan Menara Berkembar PETRONAS
e) Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Putrajaya
f) Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM)
g) Jambatan Pulau Pinang
h) Penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan bagi
meningkatkan kerjasama negara-negara dunia ketiga
i) Persidangan Antarabangsa Tentang Penyalahgunaan
Dadah
10
Tun Abdullah bin Haji a) Dasar Bioteknologi Nasional
Ahmad Badawi b) J-Qaf
c) Pelan Integriti Nasional (PIN)
Dato’ Seri Mohd Najib bin d) Pengerusi OIC
Tun Abdul Razak e) Koridor Wilayah Ekonomi Utara, Selatan, Sabah dan
Tan Sri Muhyiddin Yassin Sarawak
a) 1Malaysia
b) Pelan Tranformasi Negara
c) Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM)
d) Pengerusi ASEAN
e) Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)
f) Menyelesaikan konflik di Pulau Midanao dengan
termeterainya proses damai antara Bangsamor dengan
kerajaan Filipina
a) Sebagai Menteri Besar Johor Darul Ta’zim
b) Sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia
c) Sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna Malaysia.
d) Sebagai Menteri Pertanian dan dan Industri Asas Tani
Malaysia
e) Sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri Malaysia.
f) Sebagai Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri
Pendidikan 1 Malaysia. (Pemansuhan PPSMI dan
Sekolah Dalam Hospital)
g) Menteri Dalam Negeri Malaysia.
h) Timbalan Perdana Menteri Malaysia
11
4. Gelaran setiap Perdana Menteri Malaysia
PERDANA MENTERI GELARAN
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Bapa Kemerdekaan
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Bapa Pembangunan
Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein Bapa Perpaduan
Bapa Pemodenan
Tun Hussein bin Dato’ Onn
Bapa Pembangunan Modal Insan
Tun Dr. Mahathir bin Mohammad Bapa Transformasi Malaysia
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul
Razak
12
5. Ciri-ciri kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. (Buku teks 208)
Ciri-ciri Kepimpinan
Perdana Menteri Malaysia
Bijak Berani Tegas Mempunyai
strategi
Berpandangan Mesra rakyat Berdaya saing
jauh
13
4. KAEDAH
Semua maklumat dalam kajian kes sejarah ini dikumpul dengan menggunakan kaedah
seperti berikut:
kaedah Huraian
Rujukan / Perpustakaan
Saya menggunakan rujukan buku teks dan
buku aktiviti Sejarah Tahun 6.
Melalui kaedah ini saya telah memperoleh
banyak maklumat seperti biodata, tugasa
dan sumbangan Perdana Menteri Malaysia.
Media / Laman sesawang Saya turut menggunakan laman sesawang
untuk mencari dan menambah maklumat.
Penggunaan internet banyak memberikan
saya idea dan maklumat untuk kajian ini.
Temubual Saya mengambil alternatif dengan menemu
bual ibu dan ayah saya tentang sumbangan
Perdana Menteri Malaysia. Hal ini kerana
ibu bapa saya memang lahir di Malaysia
dan lebih mengetahui tentang sumbangan
Perdana Menteri.
14
5. REFLEKSI
PERASAAN 1. Saya sangat gembira kerana dapat menyiapkan
tugasan Kajian Kes tepat pada masanya.
2. Saya sangat bersyukur kepada ibu bapa saya yang
banyak membimbing dan membantu dalam proses
kajian saya.
CABARAN / HALANGAN 1. Mengalami masalah berkaitan dengan liputan
laman sesawang / internet. Liputan sangat perlahan
dan menyukarkan saya untuk membaca maklumat.
2. Terlalu banyak maklumat menyukaran saya
memilih.
1. Mengetahui tentang tugas, sumbangan dan ciri-ciri
kepimpinan Perdana Menteri.
2. Dapat mengenal pasti ciri-ciri yang dimiliki oleh
Perdana Menteri yang patut saya contohi. Di
antaranya ialah nilai sifat bijak, berani dan mesra.
KEBAIKAN ATAU MANFAAT 3. Sebagai seorang rakyat Malaysia kita perlulah
menghargai sumbangan pemimpin negara kita
dengan menunjukkan taat setia dan menjaga
keharmonian kaum.
4. Mendapat banyak ilmu pengetahuan yang akan
saya jadikan panduan untuk menjawab ujian.
15
6. RUJUKAN
1. Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Sivarajan a/l Ponniah. Sharifah Afidah binti
Syed Hamid dan Ahmad Salehee bin Abdullah. (2015) : Dewan Bahasa dan
Pustaka / muka surat 198-208.
2. Modul Aktiviti Formula A+ Sejarah Tahun 6. Fatimah Muhammad, Ros Maria
Chin dan Wan Iqmar. (2020) : SASBADI SDN.BHD / muka surat 77-84.
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Muhyiddin_Yassin
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad
16
7. LAMPIRAN
17